kerja kursus agama tingkatan 2(2009)

30

Click here to load reader

Upload: smktrj

Post on 12-Jun-2015

1.817 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

Kerja Kursus Pendidikan Islam

RUKHSAH SOLAT (QASAR DAN JAMAK),SOLAT ORANG SAKIT, SOLAT JENAZAH

Nama: *Nur Syafiqah Binti Othman*Intan Nur farizatulamira Binti

JamilTingkatan: 201Guru: Pn. Nurehan Binti Isa

Page 2: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

Isi Kandungan

TajukMuka Surat

Penghargaan

Pendahuluan

I. Rukhsah Solat (Qasar dan Jamak) I.1 PengertianI.2 Hukum dan Syarat Solat QasarI.3 Cara Melakukan Solat JamakI.4 Sebab Yang Membolehkan MenjamakI.5 Syarat Solat JamakI.6 Solat Qasar Serta JamakI.7 Ringkasan Solat Qasar dan Jamak

II. Solat Orang SakitII.1 PendahuluanII.2 Cara Pesakit Menunaikan Solat

III. Solat JenazahIII.1 PendahulanIII.2 Solat JenazahIII.3 Kelebihan Sidang Jemaah Ramai Pada Sembahyang

Jenazah Penutup

Rujukan

Page 3: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

Perhargaan

Kami Nur Syafiqah Binti Othman dan

Intan Nur Farizatulamira Binti Jamil dari

tingkatan 201 ingin merakamkan ucapan

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

dalam membantu kami menyiapkan dan

menjayakan kerja kursus Pendidikan Islam ini.

Pertamanya, saya ingin menggucapkan terima

kasih kepada kedua ibu bapa (Syafiqah) iaitu

En. Othman Bin Ibrahim dan Pn. Rabunah

Binti Othman yang telah memberi saya

dorongan dan bantuan serta mengeluarkan

pembelanjaan untuk menjalankan kerja kursus

Page 5: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

Bagi memenuhi keperluan Sukatan

Pelajaran untuk mata pelajaran Pendidikan

Islam, pelajar Tingkatan 2 diberikan tugasan

iaitu membuat kerja kursus. Hal ini

dilaksanakan melalui tajuk yang telah ustazah

berikan.

Saya dan Intan serta rakan-rakan

sekelas dengan kami telah diberikan kerja

kursus yang bertajuk “Rukhsah Solat(Qasar

dan Jamak), Solat Orang sakit, Solat Jenazah”.

Saya dan Intan telah mengambil masa selama

kira-kira 1 bulan untuk menyiapkan tugasan

yang diberikan.

Page 6: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

I. Rukhsah Solat (Qasar dan Jamak)

Page 7: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

I.1 Pengertian Yang dimaksudkan dengan solat Qasar menurut istilah ilmu fikah ialah

“Solat Yang Dipendekkan”. Maksudnya, memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat.

Manakala yang dimaksudkan dengan solat jamak ialah “Dua Solat Yang Dihimpunkan ke Dalam Satu Waktu”.

Solat yang boleh diqasarkan ialah solat yang empat rakaat sahaja, iaitu solat Zuhur, Asar, dan solat Isyak. Solat yang dua atau tiga rakaat tidak boleh dipendekkan, iaitu solat Subuh dan solat Maghrib.

Manakala solat yang boleh dijamak ialah antara solat Zuhur dengan solat Asar dan antara solat Maghrib dengan solat Isyak.

I.2 Hukum Dan Syarat Solat Qasar Hukum melakukan solat Qasar adalah harus bagi orang yang sedang

dalam perjalanan. Ini ditegaskan dalam firman Allah yang termaktub dalam suruh an-Nisa, ayat 101, yang bermaksud:“Dan apabila kamu berjalan di permukaan bumi, maka tiada halangan bagi kamu untuk memendekkan (menqasar) solatmu, jika kamu takut difitnah (dibinasakan) oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu

adalah musuhmu yang nyata”.

Firman Allah ini dengan jelas menerangkan kepada kita, bahawa menunaikan solat secara Qasar itu diharuskan bagi orang yang sedang dalam perjalanan, apabila mereka khuatir akan diganggu oleh orang kafir.

Bagaimanapun alasan kerana khuatir itu menjadi hilang, berdasarkan keterangan dari Ya’la bin Umaiyah, katanya:

Saya bertanya kepada Umar bin Khattab: Bagaimana pendapat anda tentang mengqasar solat, berhubungan dengan firman Allah “kalau kamu Khuatir akan diganggu oleh orang-orang kafir...?” Umar menjawab: “Masalah yang anda tanyakan itu juga menjadi pertanyaan bagi saya, hingga saya tanyakan kepada Rasulullah (s.a.w), maka berliau bersabda: “Itu merupakan sedekah Allah yang dikurniakan-Nya kepadamu semua, maka terimalah sedekah-Nya itu”.

(H.S.R. Jemaah )

Dan diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Abu Munib al-Jarshi bahawa pada suatu ketika Ibnu Umar ditanya orang berkenaan dengan firman Allah tersebut di atas, Kerana sekarang keadaan sudah aman dan tidak perlu lagi khuatir kepada sesiapa pun. Apakah masih dibolehkan mengqasarkan solat? Maka Ibnu Umar menjawab: “Cukuplah bagimu Rasulullah (s.a.w.) menjadi teladan yang sebaik-baiknya.

Selanjutnya diterima pula riwayat daripada Aisyah, beliau mengatakan maksudnya:

Pada mulanya solat itu diwajibkan sebanyak dua-dua rakaat di Makkah. Setelah Rasulullah (s.a.w.) pindah ke Madinah, yang dua rakaat itu ditambah lagi, kecuali solat maghrib, kerana ia adalah witir siang. Demikian juga solat fajar atau solat subuh, kerana bacaannya panjang. Maka apabila beliau berpergian, beliau melakukan solat seperti dahulu, yakni yang difardhukan di Makkah.

Page 8: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

(Diriwayatkan oleh Ahmad, Baihaqi, Ibnu Hibban, dan perawi-perawi kepercayaan)

Selanjutnya Ibnul Qayyim mengatakan:Apabila Rasulullah berpergian, beliau sentiasa mengqasarkan

solatnya yang empat rakaat dan mengerjakannya hanya dua-dua rakaat, hinggalah beliau kembali ke Madinah. Tidak ditemukan keterangan yang mengatakan bahawa beliau mengerjakan empat rakaat. Hal ini tidak menjadi perselisihan diantara para Imam, walaupun mereka berbeza pendapat tentang hukum mengqasar. Umar, Ali, Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Abdullah bin Umar, dan Jabir (r.a.) menetapkan, bahawa hukumnya wajib. Dan ini jugalah pendapat yang dianuti oleh Mazhab Hanafi. Imam Malikimenetapkan bahawa hukumnya adalah “sunat muakkad” dan lebih Ta’kid daripada solat jemaah, sehingga andaikata seorang musafir tidak mendapat kawan sesama musafir untuk berjemaah, hendaklah dia solat seorang diri secara qasar, dan makruh baginya mencukupkan solatnhya empat rakaat dan bermakmum kepada orang yang mukim. Menurut golongan Hanafiyah, mengqasar itu hukumnya jaiz, hanya saja ia lebih baik daripada melakukan solat secara sempurna. Demikian juga pendapat Syafi’iyah, Kalau memang sudah mencapai jarak yang boleh mengqasar.

(Fikah sunah, jilid 2)

Menurut mazhab Syafi’i dan Hambali, orang yang sedang dalam perjalanan diwajibkan menunaikan solat seperti biasa, Tetapi jika mereka mahu memendekkan solatnya, bolehlah dilakukannya dengan syarat tertentu.

Syarat itu ialah:a. Solat yang hendak diqasarkan itu solat yang empat rakaat.

Hendaklah jarak perjalanan itu sekurang-kurangnya dua marhalah, atau sejauh lebih kurang 96 kilometer.

b. Perjalanan yang dilakukan bukan tujuan maksiat. c. Hendaklah dia mengetahui bahawa hukum solat Qasar itu adalah

harus baginya.d. Safar yang dilakukan itu hendaklah dengan niat. e. Solat Qasar itu hendaklah dinyatakan dalam niat.f. Tidak mengikut kepada orang yang bukan solat Qasar. g. Solat yang diqasar, hendaklah solat tunai. Yakni, solat Zuhur pada

waktu Zuhur, solat Asar pada waktu Asar. Tidak boleh mengqasarkan solat diluar waktunya.

I.3 Cara Melakukan Solat Jamak Cara melakukan solat Jamak ini ada dua cara, iaitu “Jamak Taqdim”

dan “Jamak Takkhir”.Yang dimaksudkan dengan “Jamak Taqdim” ialah “menghimpunkan

dua solat ke dalam waktu terdahulu”. Yakni, menghimpunkan solat Asar ke dalam waktu Zuhur, atau solat Isyak ke dalam waktu solat Maghrib.

Manakala yang dimaksudkan dengan “Jamak Takkhir”, ialah menghimpunkan dua solat kepada waktu yang kemudian. Iaitu, menghimpunkan solat Zuhur ke dalam waktu Asar, atau solat Maghrib ke dalam solat Isyak.

Page 9: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

I.4 Sebab-Sebab Yang Membolehkan Menjamak Solat

Kitab Fikah Sunah-a. Menjamak di Arafah dan Muzdalifah.b. Kerana musafir.c. Kerana hujan.d. Sebab sakit atau uzur.e. Kerana ada keperluan.

I.5 Syarat Solat Jamak Untuk melaksanakan solat secara Jamak, Diperlukan beberapa syarat:

A. Syarat Jamak Taqdim:a. Meniatkan Jamak. Maksudnya- apabila seseorang hendak mendirikan

solat secara Jamak Taqdim, hendaklah meniatkan Jamak pada waktu menunaikan solat yang terdahulu. Umpamanya, seseorang hendak menjamak solat Asar ke dalam solat Zuhur, hendaklah dia meniatkan Jamak itu pada waktu menunaikan solat Zuhur, sungguhpun niat itu dikasadkannya ketika menggucapkan salam pada akhir solat Zuhur. Kerana yang dimaksudnya ialah, menggabung atau menggumpulkan solat yang kemudian ke dalam waktu yang dahulu.Contoh lafaz niat adalah seperti berikut:

“Sahaja aku solat Zuhur empat rakaat, menghimpunkan Asar kepadanya, tunai kerana Allah Taala”.

b. Tertib. Maksudnya- agar seseorang itu melakukan solat yang masuk waktunya lebih dahulu.

c. Berturut-turut. Maksudnya- setelah selesai menunaikan solat yang pertama, hendaklah segera meneruskan solat ke-dua dengan tidak dibatasi oleh suatu perbuatan mahupun perkataan. Sungguhpun sekadar membaca tasbih, kecuali kalau kita bermaksud hendak memberitahu orang lain akan hal-hal yang mustahak, atau hendakmengambil wuduk kerana wuduk sudah batal.

d. Apabila solat itu dilakukan dalam perjalanan, hendaklah kekal perjalanan itu sehingga selesai takbiratulihram solat yang kedua.

B. Syarat Jamak Takkhir:a. Hendaklah berniat di dalam hati sewaktu masuk waktu solat pertama.b. Hendaklah perjalanan itu berkekalan. Apabila menjamak solat itu

dilakukan disebabkan musafir, hendaklah perjalanan itu berkekalan sehingga selesai melakukan solat yang kedua.

I.6 Solat Qasar Serta Jamak Bagi orang yang sedang dalam perjalanan, selain dibolehkan

melakukan solat secara Qasar dan sekaligus. Maksudnya, disampin dia mengqasar solatnya dalam masa yang sama dibolehkan juga dia menjamak solat yang sudah di Qasarkan itu.

Page 10: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

Dengan demikian,andainya seseorang melaksanakan solat secara Jamak saja, maka dia tetap akan mengerjakan solat itu sebanyak lapan atau tujuh rakaat, hanya saja waktu untuk dua solat dikumpulkan menjadi satu waktu. Tetapi, apabila solat itu dikerjakan secara Jamak serta Qasar, ia boleh dilakukan sebanyak empat rakaat, yakni dua rakaat untuk satu solat, atau sebanyak lima rakaat, apabila kita mengqasar serta Jamak antara solat Maghrib dengan solat Isyak.

Untuk lebih jelas, baiklah kita terangkan kedudukan solat yang lima waktu dan hubungannya dengan solat Jamak dan solat Qasar:

a. Solat yang boleh dijamakkan, sama ada Jamak taqdim atau Jamak takkhir, ialah solat Zuhur, Asar, Maghrib, dan solat Isyak.

b. Solat yang boleh dijamak dan diqasarkan, ialah solat Zuhur, Asar, dan solat Isyak.

c. Solat yang boleh dijamak sahaja ialah maghrib.d. Solat yang tidak boleh dijamak dan diqasar ialah solat Subuh.

Adapun lafaz niat untuk menunaikan solat secara Qasar serta Jamak adalah seperti berikut:

“Sahaja aku solat Zuhur dua rakaat qasar, dihimpunkan Asar kepadanya, kerana Allah Taala”.

Demikianlah seterusnya, kita hanya perlu menukar nama solat dan bentuk jamak yang kita lakukan dalam solat yang lain.

Ringkasannya ialah seperti berikut:1.7 SOLAT QASAR DAN JAMAK

SOLAT QASAR SOLAT JAMAK

Maksud Qasar : Maksud Jamak :

HUKUM RUKHSAH SOLAT :

Qasar sahaja Jamak sahaja Jamak beserta Qasar

MAKSUD RUKHSAH SOLAT BAGI ORANG

MUSAFIR

Ialah : Kemudahan dan keringanan yang diberi oleh Allah dalam melakukan solat fardu dalam keadaan-keadaan tertentu. Seperti : ketika bermusafir, sakit & di medan peperangan

MAKSUD RUKHSAH SOLAT

KEMUDAHAN SOLAT QASAR DAN JAMAK

) احمد ( رواه معصيته تؤتى ان يكره كما رخصه تؤتى ان يحب الله انMaksudnya : Sesungguhnya Allah suka kamu melaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan-Nya seperti Allah membenci org yg melakukan maksiat kepada-Nya ( riwayat Ahmad)

DALIL DIHARUSKAN RUKHSAH SOLAT

HARUS

Ialah : Kemudahan yang diberi Allah kepada orang musafir utk melakukan solat fardu secara Qasar , jamak atau kedua-duanya sekali

Page 11: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

Segi bahasa ialah : Pendek atau Ringkas Menurut istilah syarak ialah :

Memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat

( Zohor , Asar, Isyak )

Segi bahasa ialah : Himpun atau Kumpul Menurut istilah syarak ialah : menghimpunkan dua solat

fardu dlm satu waktu dgn syarat-syarat tertentu

Solat yang boleh di jamakkan hanyalah : a. Zohor dengan Asarb. Maghrib dengan Isyak

Syarat Solat Qasar :

1. Hendaklah melepasi sempadan tempat tinggal ( sama ada sungai, parit atau kota sempadan )

2. Tidak niat bermukim melebihi 3 hari ( tidak termasuk perjalanan pergi dan balik )

3. Tidak berimamkan kepada imam solat sempurna ( tamam)

4. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat qasar

SYARAT SAH & NIAT SOLAT QASAR SERTA JAMAK TAQDIM & TAKHIR

1. Dimulakan dgn solat waktu pertama ( Zohor / Maghrib) Dan diikuti dgn solat waktu kedua secara berturut-turut ( Zohor diikuti Asar, Maghrib diikuti Isyak )

2. Berniat jamak pada solat yang pertama

3. Muwallat ( berturut-turut antara kedua solat). Tidak boleh diselangi

perbuatan lain kecuali beriqamah & berwuduk

4. Perjalanan masih berterusan hingga masuk waktu solat yg kedua

1. NIAT SOLAT ZOHOR & ASAR

Solat Pertama : Solat Zohor : " Sahaja aku Solat Fardu Zohor 2 rakaat qasar dihimpunkan Asar kepadanya, Jamak Taqdim kerana Allah Taala "

Solat Kedua : Solat Asar " Sahaja aku Solat Fardu Asar 2 rakaat qasar krn Allah Taala "

2. NIAT SOLAT MAGHRIB & ISYAK

Solat Pertama : Solat Maghrib " Sahaja aku Solat Fardu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan Isyak kepadanya, Jamak Taqdim kerana Allah Taala "

Solat Kedua : Solat Isyak " Sahaja aku Solat Fardu Isyak 2 rakaat qasar krn Allah Taala

Jenis-Jenis Jamak

Ialah : Menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu pertama

a. Menunaikan solat Zohor & Asar dlm waktu Zohor

b. Menunaikan solat Maghrib & Isyak dlm waktu Maghrib

Jamak taqdim

Ialah : Menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu kedua

a. Menunaikan solat zohor & Asar dlm waktu Asar

b. Menunaikan solat Maghrib & Isyak dlm waktu Isyak

Jamak takhir

Maghrib tidak boleh qasar kerana 3 rakaat shj

SOLAT QASAR

&JAMAK TAQDIM

Syarat Sah Solat Jamak Takdim

SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT QASAR & JAMAK

1. Tidak bertujuan melakukan maksiat2. Distinasi yang dituju melebihi 2 marhalah ( melebihi 96 kilometer )3. Mengetahui destinasi yang dituju

Solat Zohor hanya boleh dijamakkan dgn Asar sahaja Solat Maghrib hanya dengan Isyak sahaja

Page 12: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

.

1. Mesti berniat akan melakukan solat secara jamak takhir dalam waktu solat pertama ( waktu Zohor atau Maghrib )

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan

1. NIAT SOLAT ZOHOR & ASAR

Solat Pertama :Solat Zohor : " Sahaja aku Solat Fardu Zohor 2 rakaat qasar dihimpunkan kepada Asar , Jamak Takhir kerana Allah Taala "

Solat Kedua : Solat Asar " Sahaja aku Solat Fardu Asar 2 rakaat qasar krn Allah Taala "

2. NIAT SOLAT MAGHRIB & ISYAK

Solat Pertama : Solat Maghrib " Sahaja aku Solat Fardu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada Isyak, Jamak Takhir kerana Allah Taala "

Solat Kedua : Solat Isyak " Sahaja aku Solat Fadru Isyak 2 rakaat qasar krn Allah Taala

1. Sebagai tanda kasih sayang Allah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.

2. Memberi kemudahan kepada umat islam untuk menunaikan solat ketika dalam perjalanan jauh

3. menunjukkan solat adalah ibadat yang sangat penting dan tidak boleh ditingalkan walau dalam apa jua keadaan

4. Menggalakkan umat Islam bermusafir utk menjalankan kehidupan dgn lebih sempurna

HIKMAH DISYARIATKANSOLAT QASAR DAN JAMAK

SOLAT QASAR

&JAMAK TAKHIR

Syarat Sah Solat jamak akhir

Page 13: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

II. Solat Orang Sakit

Page 14: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

II.1 Pendahuluan Sebagaimana telah kita ketahui, bahawa ibadat solat adalah salah satu

ibadat utama dalam Islam, selain ia merupakan salah satu rukun daripada rukun Islam, ia juga merupakan tiang agama.

Oleh itu, maka amalan solat tidak boleh ditinggalkan oleh orang Islam walau dalam keadaan bagaimanapun. Memandangkan keutamaan solat itu, syariat Islam memberi kelonggaran (rukhsah) kepada pemeluknya dalam keadaan tertentu, seperti dalam perperangan, musafir, dan dalam keadaan sakit.

Adapun sebagai pesakit, dibolehkan menunaikan solat mengikut apa dan bagaimana cara yang boleh dia lakukan. Sehubung dengan ini, Allah (S.W.T.) menjelaskan dalam firman-Nya yang termaktub dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:“Allah tidak memberati seseorang itu, melainkan sekadar kesanggupannya”.

Dapatlah dimafhum bahawa, Allah (S.W.T.) tidaklah sekali-kali akan membebani hamba-Nya dengan memaksa mereka melakukan sesuatu, sedangkan hamba-Nya itu tidak mampu atau tidak berkuasa melakukannya. Begitulah juga, Allah (S.W.T) tidak memaksa orang sakit untuk menunaikan solat seperti orang sihat menunaikan solat. Tetapi mereka dibolehkan melakukannya sesuai dengan kemampuannya.

Dalam hal ini Rasulullah bersabda :

Dari Ali bin Abi Talib, daripada Rasulullah (s.a.w.), Rasulullah bersabda: “Orang yang sakit hendaklah mendirikan solat sambil berdiri, jika kuasa dia melakukannya. Jika tidak kuasa bolehlah dia solat sambil duduk, jika tidak berdaya untuk sujud, diisyaratkannya saja dengan kepalanya sehingga dia menjadi sujudnya lebih rendah daripada rukuknya. Jika dia tidak kuasa solat sambil duduk, bolehlah dia solat sambil baring di rusuk kanannya, bolehlah dia solat sambil menelentang dengan menghalakan kedua-dua kakinya ke kiblat”.

Page 15: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

(H.R. Daraqutni)

Demikianlah keringanan yang diberikan oleh syari’at Islam terhadap persakit, asalkan mereka dapat menunaikan solatnya. Sekaligus menunjukkan betapa pentingnya ibadat solat, sehingga ia tidak boleh ditinggalkan walau dalam keadaan apa dan bagaimanapun.

II.2 Cara Pesakit Menunaikan Solat Perintah menunaikan solat bagi pesakit ini disertai dengan panduaan

yang lengkap, oleh Rasulullah (s.a.w.) agar umat Islam dapat melaksanakannya dengan baik dan betul.

a. Solat sambil duduk.Solat sambil duduk yang paling baik ialah dengan duduk iftirasy, iaitu duduk yang biasa kita gunakan pada waktu duduk antara dua sujud. Sedangkan mengenai bacaan ketika ini, sama dengan bacaan pada solat sambil berdiri.

Page 16: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

Adapun rukuknya hanyalah sekadar menundukkan kepala ke hadapan. Kalau mampu, usahakan agar kepala setentang dengan tempat sujud. Sementara kedua-dua belah tangan berpegang kepada lutut. Bacaan dalam rukuk sama dengan bacaan yang disunatkan ketika rukuk pada solat sambil berdiri.

Page 17: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

Setelah sempurna iktidal, bacalah bacaan yang disunatkan, maka sujudlah. Caranya sama seperti sujud dalam solat dengan cara biasa. Atau, kalau tidak mampu untuk melakukan sujud seperti itu, lakukanlah dengan sekadar merendahkan kepala daripada tunduk yang kita lakukan untuk rukuk.

Setelah itu, bangkitlah dari rukuk untuk iktidal, iaitu duduk semula seperti tadi. Hanya kedua-dua tangan tidak lagi dilipatkan ke dada, tetapi diletakkan di atas paha atau lutut.

b. Solat sambil berbaring atas rusuk kanan.

Cara yang paling afdal ini ialah mengiring ke pihak kanan manakala dada dan muka menghadap ke kiblat. Manakala rukuk dan sujudnya dengan kepala, dan isyarat untuk sujud direndahkan sedikit daripada isyarat untuk rukuk. Jika tiada kuasa untuk mengisyaratkannya dengan kepala, bolehlah mengisyaratkannya dengan mata, seandainya tiada kuasa juga bolehlah diisyaratkan atau diiktikadkan setiap kelakuan solat itu dengan hati sahaja.

Page 18: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

c) Solat sambil melentang.Solat sambil melentang ialah dengan menghulurkan kaki menghadap kiblat, dan kepala ditinggikan sedikit dengan bantal atau seumpamanya.Untuk melakukan rukuk dan sujud, sama dengan cara rukuk dan sujud yang dilakukan dalam solat sambil mengiring ke rusuk kanan di atas.

Demikianlah kemudahan atau rukhsah yang diberikan oleh Islam kepada umatnya untuk tetap dapat menunaikan solat, walau dalam keadaan bagaimanapun.

Page 19: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)
Page 20: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

III. Solat Jenazah

Page 21: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

III.1 Pendahuluan

Tiap-tiap yang bernyawa itu akan menemui mati. Sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat.

Dari Abu Hurairah r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.:“Perbanyakkanlah oleh kamu mengingati peristiwa yang memutuskan kesenangan, iaitu mati”.

(Riwayat Tirmidzi)

Jenazah, ertinya mayat yang diletakkan di dalam usungan yang akan dibawa ke tanah perkuburan untuk ditanamkan. Ingatlah bahawa setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini pasti akan menemui mati. Setinggi-tinggi pangkat manusia, semulia- mulia mereka, dan sekaya-kaya mereka akan ke lubang kubur juga kesudahannya. Bila maut datang, terpaksalah mereka tinggalkan dunia yang fana ini, tinggallah harta kesayangan mereka, tinggallah anak kesayangan mereka, dan tinggallah ayah, ibu serta isteri atau suami yang dicintai. Tidak akan dibawa oleh mereka pada ketika itu melainkan amal ibadah mereka selama hidup di dunia ini. Rugilah mereka yang membawa amalan jahat dan beruntunglah mereka iaitu orang-orang yang membawa amal kebajikan, sewaktu mereka tinggal di alam berzakh, ketika terbaring seorang diri, berkatil, berbantal, bertirai, dan berkelambukan tanah semata-mata.

Allah Taala berfirman:

Page 22: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

Di mana sahaja kamu berada, kamu dikejar oleh kematian, sekalipun kamu di dalam benteng yang kukuh. Oleh sebab itu, bersedialah memperbanyakkan membuat amal kebajikan untuk dibawa mati.

3.2 Sembahyang Jenazah

Hukum sembahyang jenazah ialah fardhu kifayah manakala rukun-rukun adalah seperti berikut:

a. Niat- Yakni berniat dihati semasa bertakbir dengan takbir yang pertama

b.

“ Sahaja aku sembahyang atas mayat lelaki ini fardhu kifayah empat takbir imam/makmum kerana Allah Taala”.

Bagi mayat perempuan

“Sahaja aku sembahyang atas mayat perempuan ini fardhu kifayah empat tekbir imam/makmum kerana Allah Taala”.

Mayat kanak-kanak lelaki

Page 23: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak lelaki ini fardhu kifayah empat takbir imam/makmum kerana Allah Taala”.

Mayat kanak-kanak perempuan

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak perempuan ini fardhu kifayah empat takbir imam/makmum kerana Allah Taala”.

Jika makmum tidak mengetahui mayat lelaki atau perempuan atau tidak mengetahui bilangan mayat satu atau lebih maka niatnya seperti berikut:

“sahaja aku sembahyang atas orang yang disembahyangkan oleh imam empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

b. Berdiri betul bagi yang berkuasa.c. Empat takbir termasuk takbir ratulihram jika takbir imam lebih

daripada empat kali maka bagi makmum tidak disunatkan ikut.d. Membaca al-Fatihah seperti sembahyang lima waktu dan

disunatkan membaca doa iftitah.e. Berselawat atas nabi Muhammad (s.a.w.) sekurang-kurangnya.

”Ya, Allah Ya Tuhan kami limpahkanlah rahmat kepada nabi Muhammad”. Lebih afdhal menggunakan kalimah saidina (penghulu kami atau junjungan kami semasa menyebut nama baginda) dan sempurna ialah seperti selawat di dalam tahiyat akhir:

Page 24: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

“Ya Allah kurnikanlah kesejahteraan atas junjungan kami nabi Muhammad (s.a.w.) sebagai mana telah engkau kurniakan kesejateraan atas junjungan kami nabi Muhammad sebagai mana telah Kau berikan keberkatan atas junjungan kami nabi Ibrahim dan atas keluarga junjungan kami nabi Ibrahim pada seluruh alam. Engkaulah maha terpuji, maha mulia”.

f. Doa kepada si mati- sekurang-kurangnya ialah:

“Ya Allah kurnikan keampunan baginya”

Atau seelok-eloknya :

Page 25: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

“Ya Allah kurniakan keampunan baginya berilah rahmat kesejahteraan dan maafkanlah kesalahan daripadanya. Muliakan tempat kembalinya dan maafkanlah kesalahan daripadanya. Muliakan tempat kembalinya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salji dan air batu dan bersihkan dia daripada kesalahan dosa-dosanya sebagaimana pakaian yang putih bersih suci dari benda-benda yang kotor, gantikanlah baginya tempat tinggal, ahli-ahli rumah serta pasangan lebih baik daripada yang ditinggalkan, masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dia daripada azab kubur dan fitnah di kubur dan lindungilah dia daripada azab seksaan neraka”.

Bagi kanak-kanak lelaki disunatkan membaca:

“YA Allah ya Tuhan kami jadikanlah dia(kanak-kanak lelaki yang mati ini) pendahulu di alam akhirat untuk memberi pertolongan kepada ibu bapanya dan jadikanlah dia pertaruhan dan penolong simpanannya sangat-sangat berguna bagi mereka dan (bahawa maut adalah tunagan hidup) dan juga jadikanlah dia pemohon syafaat bagi mereka. Dan jadikanlah neraca timbangan amalan kedua ibu bapanya dengan yang amalan-amalan baik dengan sebab (menahan derita) kematiannya, dan limpahkanlah perasaan sabar ke dalam hati keduanya dan jangan Engkau timpakan mereka dengan

Page 26: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

fitnah ujian-ujian yang memesongkan iman mereka sepeniggalan dan jangan Engkau hampakan mereka daripada mendapat pahala”.

Catatan:

a) Jika mayat perempuan ditukarkan seperti (ganti nama) kepada

Dan begitulah pada mayat kanak-kanak perempuan seperti:

b) Boleh juga jika tidak menukarkan jika dimaksudkan bahawa untuk simati secara umum. Tetapi bagi orang yang mengetahui eloklah

menggunakan ganti nama lelaki dan bagi mayat perempuan . c) Adalah lebih baik sebelum sembahyang jenazah hendak dimulakan

lafaz pemberitahuan yang khusus bila jenazah hendak dimulakan:

I. Lelaki dewasa.

II. Perempuan dewasa.

III. Kanak-kanak lelaki:

Page 27: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

IV. Kanak-kanak perempuan:

V. Untuk jenazah ghaib.

VI. Untuk jenazah ghaib perempuan.

VII. Jawapan para jemaah.

g. Setelah takbir yang ke-empat maka sunat dibaca:

“Ya Allah ya Tuhan kami janganlah Engkau hampakan kami daripada mendapat pahala menyembahyangkannya dan janganlah engkau timpakan kami dengan fitnah-fitnah ujian yang merosakkan iman kami sepeninggalannya dan ampunkanlah segala dosa kami dan segala dosanya”.

Page 28: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

Menurut Imam Syafi’i r.h bahawa lafaz doa yang disunatkan ialah:

Doa yang sering dibaca oleh kebanyakan orang dan sentiasa kita dapati daripada kitab-kitab agama ialah:

h. Rukun yang akhir ialah salam seperti di dalam sembahyang lima waktu hanya tidak sunat ditambah wabarakatuh.

Catatan:

a) Sunat mengangkat kedua tangan pada tiap-tiap empat takbir, dan tidak payah disebutkan iman/makmum dalam lafaz niat jika sembahyang seorang sahaja.

b) Sunat sembahyang jenazah di masjid.c) Sunat berdiri iman berbetulan kepada mayat, jika mayat lelaki dan

berbetulan pinggang jika mayat perempuan.d) Segala bacaan-bacaan hendaklah dibaca dengan perlahan sekalipun

sembahyang dijadikan pada waktu malam.

III.2 Kelebihan Sidang Jemaah Ramai Pada Sembahyang Jenazah

1. Makin ramai bilangan orang yang sembahyang jenazah makin besar faedah yang di dapati oleh si mati sebagaimana hadis:

“Dari Aishah Radhiallahu Anha dari Nabi Muhammad (s.a.w) sabdanya: mana-mana mayat lelaki/perempuan yang disembahyangkan oleh satu

Page 29: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

kumpulan dari orang Islam yang mencukupinya bilangannya seramai seratus orang sedang semuanya berdoa memohon mereka mengenainya dikabulkan oleh Allah Taala.

2. Di dalam hadis yang lain seperti shahih riwayat muslim disembahyangkan oleh empat puluh orang lelaki yang tidak mempersekutukan Allah dengan yang lain nescaya Allah kabulkan doa permohonan mereka yang mengenalinya.

3. Tersebut dalam satu hadis riwayat oleh Ahmad dan lain-lain, mana-mana orang mukmin lelaki atau perempuan yang mati lalu disembahyangkan mayatnya oleh satu kumpulan dari orang-orang Islam yang dapat menjadi tiga saf melainkan (si mati) diampunkan dosanya.

4. Sunat berjemaah makmum menjadi tiga saf menurut huraian

ulamak satu saf itu sekurang-kurangnya dua orang dan banyaknya tidak terhad, jika sidang jemaah ada enam orang maka mereka hendaklah menjadi tiga saf supaya si mati mendapatkan rahmat yang dijanjikan.

Page 30: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

PenutupKami berasa bertuah kerana diberikan kerja kursus Pendidikan Islam kerana :

Kami dapat mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut mengenai cara menunaikan solat qasar dan jamak , solat orang sakit, dan solat jenazah .

Kami berasa lebih yakin untuk menunaikan solat qasar dan jamak ketika sedang bermusafir dan kami lebih yabin untuk menunaikan solat ketika sakit.

Membuatkan kami berasa lebih insaf kerana kami telah membaca hadis yang berkaitan untuk dimasukan ke dalam folio ini.

Dapat merapatkan silratulrahim antara kami kerana perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Page 31: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

Rujukan

Pengetahuan Agama Islam ; Jambatanarah Kor

Agama Tentera Kementerian Pertahanan Kuala

Lumpur ; 1992

Panduan Fardhu Ain ; Al-Ustaz Ismail Kamus ;

Muafakat Enterprise SDN. BHD. ; 1989

www.e-zakat.com.my/IBADAH/musafir_jamak.asp

www.tayibah.com/eIslam/

solat_jamak_dan_qasar.htm

Page 32: Kerja Kursus Agama Tingkatan 2(2009)

Bimbingan Lengkap Ibadat Solat ; Akhmal Haji MHD.

Zain ; Pustaka al-Mizan ; 1990