tugasan saifull kerja kursus sejarah bangunan keretapi tanah melayu tingkatan 3 2009

Upload: zainuddin-busu

Post on 14-Apr-2018

360 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    1/20

    KERJA KURSUS

    SEJARAH

    TINGKATAN 3

    TAHUN 2013

    NAMA : MUHAMMAD SAIFULL

    TINGAKATAN : 3

    TAJUK : BANGUNAN BERSEJARAH

    KERETA API KUALA

    LUMPUR ATAU KERETATANAH MELAYU

    http://www.grantham.karoo.net/andrew/pictures/rail/my10-emus.jpg
  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    2/20

    PENGHARGAAN

    Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru matapelajaran Sejarah saya iaitu

    kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam

    menjalankan Kajian Kerja Kursus Sejarah ini.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada

    Tuan Pengetua ............................................iaitu Pengetua Sekolah Menengah Saint Michael

    ............................................. yang telah membenarkan kami membuat kerja kursus ini sehingga

    selesai.

    Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu

    .............................................dan ibu saya Puan....................................,yang telah banyak

    membantu saya dan

    sentiasa memberikan dorongan ,galakan,serta bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan

    tugas ini.

    Terima kasih juga saya ucapkan kepada kawan-kawan saya yang telah banyak membantu

    saya dalam menjayakan kerja kursus ini.Selain itu,saya ucapkan ribuan terima kasih kepada

    mereka yang telah banyak membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung.

    Semoga Allah S.W.T akan membalas budi baik yang telah anda berikan.Amin.

  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    3/20

    OBJEKTIF KAJIAN

    Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu kegiatan ekonomi tradisional dimalaysia. Kegiatan yang dipilih oleh saya ialah pertanian.

    merangkumi objektif-objektif berikut:

    A) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih-Kajian dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang

    sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang

    betul,jelas dan tepat.

    B) Menambah pengetahuan tentang bangunan bersejarah yang ada di Malaysia sertamemupuk perasaan bangga terhadap tanah air

    -Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang kegiatan ekonomi tradisional yang

    ada di Malaysia.Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri

    saya.Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya kegiatan

    ekonomi tradisional di Negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga

    dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat

    Malaysia.

    C) Menanam semangat patriotisme di dalam diri

    -Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga di kalangan

    jenerasi muda melaluai kajian ini.

  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    4/20

    KAEDAH KAJIAN

    Dalam menjalankan kajian ini,saya telah mengunakan beberapa kaedah kajian.

    Antaranya ialah:

    Melayari internet

    -Melaluai kajian ini,saya telah mencari maklumat mengenai bangunan ini dengan

    melayari internet,Banyak maklumat yang saya perolehi melaluai kaedah tersebut.Salah

    satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia.Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam

    internet.Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta melaluainya dalam

    pelbagai bahasa.Selain itu saya juga merujuk buku rujukan sejarah tingkatan 1.Di

    dalamnya mempunyai sedikit sebanyak sejarah tentang kegiatan ekonomi tradisional di

    malaysia

  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    5/20

    HASIL KAJIAN

    Nama bangunan:

    -Nama bangunan yang saya kaji ialah Bangunan Keretapi Kuala Lumpur nama ini juga terkenal

    dalam bahasa Inggeris iaitu Residen Station kerana berdekatan dengan kediaman British pada

    masa itu.

    Latar belakang:

    Keretapi Kuala Lumpur telah dibina oleh Bitish sebaik sahaja perlombongan bijih

    timah di buka oleh British.Bangunan ini terletak di Sultan Hishamuddin dulu dikenali

    sebagai Victory Avenue, yang pernah merupakan sebahagian daripada Jalan

    Damansara. Stesen ini terletak berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah

    Melayuyang direka cipta dengan mirip, dan juga Masjid Negara dan Kompleks

    Dayabumi. Stesen LRT Pasar Seni terletak sejauh 400 meter, merentasi Sungai

    Klang.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Negarahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Stesen_LRT_Pasar_Seni&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Stesen_LRT_Pasar_Seni&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Negara
  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    6/20

    Sejarah

    Sebelum pembinaan stesen ini, dua buah stesen kereta api telah beroperasi di bandar raya ini.

    Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar sebagai Stesen Residen(bahasa Inggeris:

    Resident Station) kerana berdekatan dengan kediaman Residen British, dibina di seberang

    Kelab Selangorke arah barat. Dibina dengan kayu berserta dengan bumbung nipah, stesen ini

    merupakan yang pertama di Kuala Lumpur, menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang

    (Pengkalan Batu) dengan landasan kereta api yang pertama untuk menghubungkan bandar ini

    dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Melayu (dirasmikan pada 22 September1886).

    Stesen kedua, Stesen Jalan Sultan(bahasa Inggeris:Sultan Street Station), dibina pada

    tahun 1892 di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan tapak

    Menara Maybankdan Hentian Pudurayapada masa kini. Rekaannya adalah berdasarkan Stesen

    Residen, dan terletak pada laluan kereta api Pudu, sebatang landasan baru yang dicawang dari

    stesen 1910 itu, dan menghubungkan lombong-lombong di Ampang ke bandar raya ini. Laluan

    ini unik kerana bahagian awal landasan mengampiri stesen terletak di antara dua jalan Foch

    Avenue, memotong di sebelah kanan bandar ini.

    Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan stesen Kuala Lumpur yang baru siap.

    Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh suatu stesen yang lebih kecil apabila landasan di Foch

    Avenue dibuka untuk laluan lalu lintas, dan dirobohkan selepas 1960. Sebahagian laluannya di

    Ampang digunakan semula oleh aliran LRT Ampang.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Carcosa_Seri_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kelab_Diraja_Selangorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Atap_nipahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Klanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/22_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1886http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Maybankhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hentian_Pudurayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ampanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Stesen&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Aliran_Ampanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Aliran_Ampanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Stesen&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Ampanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hentian_Pudurayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Maybankhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/1886http://ms.wikipedia.org/wiki/22_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Klanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Atap_nipahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kelab_Diraja_Selangorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Carcosa_Seri_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggeris
  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    7/20

    Pengasas

    Pembinaan stesen Keretapi ini dijalankan atas arahan Residen British

    Tarikh pembinaan

    Pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun 1914 dan siap pada bulan November 1917.

    Lokasi

    Terletak di Kuala Lumpur Jalan Sultan Hishammuddin.

    Tujuan pembinaan

    Untuk memudah pekerja pelombong bijih timah mengekspot barangan dan ingin menjadikan

    stor hab kereta api.

    Reka bentuk, pembinaan dan operasi

    Reka bentuk depan stesen ini boleh dibandingkan dengan gaya seni bina bangunan

    tempatan lain, seperti Masjid Jamek.

    Arthur Benison Hubback, seorang pembantu arkitek British kepada Pengarah Jabatan

    Awam, bertanggungjawab mereka bentuk stesen ini. Pernah berkhidmat di India, dia

    menggunakan pengetahuannya mengenai seni bina Inggeris-Asia di kawasan itu dalam reka

    bentuk stesen ini. Gaya "Neo-Moor/Mughal/Indo-Saracen/Neo-Saracen" bukanlah merupakan

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jamekhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemulihan_Moor&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Mughalhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Indo-Saracen&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Indo-Saracen&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Mughalhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemulihan_Moor&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jamek
  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    8/20

    gaya yang tidak biasa ketika itu. Struktur serupa, seperti Bangunan Sultan Abdul Samad (reka

    bentuk oleh A.C. Norman, siap 1895), Dewan Bandaraya Lama (reka bentuk oleh A.B. Hubback,

    siap 1904) dan Masjid Jamek(reka bentuk oleh A.B. Hubback, siap 1909), semuanya dibina

    sebelum stesen ini.

    Dengan kos RM23,000, stesen ini siap dibina dan mula beroperasi pada 1 Ogos 1910.

    Selepas perobohan Stesen Residen dan pengasingan Stesen Jalan Sultan, Stesen Keretapi Kuala

    Lumpur menjadi stesen kereta api utama di Kuala Lumpur. Sebuah hotel,Hotel Stesen (kini

    Hotel Stesen Warisan), mengambil sebahagian ruang stesen. Pada 1995, perkhidmatan

    KTM Komuterdiperkenalkan di stesen ini.Selepas pelencongan perkhidmatan jarak jauh antara

    bandar pada 15 April 2001 ke

    Sentral Kuala Lumpur, kurang satu kilometer ke selatan, kepentingan stesen ini berkurang

    dan kemudahan stesen yang tidak lagi diperlukan dibuang. Sedang pelantar sisi stesen

    ditinggikan ke aras yang sesuai untuk kereta api KTM Komuter, tatarajah pelantar dan capaian

    ke perkhidmatan bermakna stesen asal ini tidak dapat dimaksimumkan penggunaanya sebagai

    perhentian pengangkutan untuk penumpang KTM Komuter. Keseluruhan stesen masih lagi

    dikhidmati oleh kedua-dua KTM Komuter dan perkhidmatan barangan.

    Sebelum 31 Ogos 2007, iaitu ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaya, banyak sumber

    melaporkan pemindahan pelbagai peralatan kereta api lama dari sebuah gudang kereta api di

    Klang dan beberapa tempat lain lagi ke stesen lama Kuala Lumpur. Ini termasuklah sebuah

    pelangsir kecil dan kereta bomba antik. Stesen ini secara rasminya dibuka semula pada 31 Ogos

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jamekhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/1910http://ms.wikipedia.org/wiki/Hotelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/KTM_Komuterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/15_Aprilhttp://ms.wikipedia.org/wiki/2001http://ms.wikipedia.org/wiki/Sentral_Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kemerdekaan_Malaysia_ke-50http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemasyhuran_Kemerdekaan_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pemasyhuran_Kemerdekaan_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kemerdekaan_Malaysia_ke-50http://ms.wikipedia.org/wiki/Sentral_Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/2001http://ms.wikipedia.org/wiki/15_Aprilhttp://ms.wikipedia.org/wiki/KTM_Komuterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hotelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1910http://ms.wikipedia.org/wiki/1_Ogoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jamekhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad
  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    9/20

    2007 sebagai sebuah muzium kereta api (pameran diletakkan di dewan utama dan pelantar

    stesen), dan ketika ini dicadangkan sebagai pusat budaya.

    Keistimewaan bangunan

    1) Bahan binaanBahan bagi membina stesen tersebut

    2) Pengubahsuaian dan penaiktarafan

    Bahagian dalam dewan utama stesen (gambar pada Mac 2007) mengalami pengubahsuaian

    besar pada 1986, dengan sebahagian reka bentuk asal diubah dan dimodenkan. Kini kawasan ini

    digunakan untuk meletak pameran selepas stesen ini dijadikan sebagai muzium kereta api

    Stesen ini telah mengalami beberapa perubahan besar dalam sejarahnya. Sayap utara telah

    dijadikan kawasan pejabat pada 1967, menutup capaian ke beranda lengkung dengan tingkap.

    Pada 1986, stesen ini diubahsuai dengan lebih menyeluruh, dengan bahagian dalam dan

    tingkap yang berkenaan digantikan dengan yang lebih moden manakala bahagian luar diperbaiki

    dan dipelihara, bangunan dan kemudahan baru ditambah, termasuk dewan menunggu berhawa

    dingin, kaunter maklumat pelancongan dan kedai snek. Sebahagian reka bentuk dan rangka asal

    dalaman stesen ini masih lagi wujud di Hotel Stesen Warisan.

    Pemodenan ini juga melibatkan binaan tambahan di sayap selatan bangunan ini,

    memaparkan gaya "Raj" yang mendominasi sebahagian besar bangunan itu, dan tambahan muka

    hadapan untuk sayap utara dengan unsur seni bina yang sama, melindungi bayangan reka bentuk

  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    10/20

    Barat dari hadapan. Perubahan ini menyebabkan bangunan tersebut memiliki dua chhatri

    tambahan, dua di setiap penjuru sayap, bersama-sama dengan empat yang asal.

    Pengubahsuaian lain termasuklah dinding belakang stesen yang ditebuk dan dipanjangkan

    untuk memuatkan pintu masuk baru, hentian teksi, pejabat dan kedai, manakala ruang tambahan

    dua tingkat turut dibina di atas jalan masuk ke stesen bagi menempatkan lebih banyak kedai.

    Pembentukan semula pada 1986 ini turut menyaksikan pemanjangan pelantar ke utara dan

    bangunan stesen baru di situ, yang bersambung dengan Pejabat Pos Besardi

    kompleks Dayabumi yang baru siap ketika itu (siap pada 1984).

    Apabila perkhidmatan KTM Komuterdilancarkan pada 1995 dengan

    Laluan Rawang-Seremban dan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang, kaunter tiket dan

    lawang tambang ditambah ke stesen tersebut, selaras dengan stesen KTM Komuter lain. Lokasi

    kemudahan komuter ini bermakna cuma pelantar pulau yang baru dapat digunakan oleh kereta

    api KTM Komuter.Selepas Sentral Kuala Lumpurmengambil alih operasi kereta api antara

    bandar, bahagian stesen yang digunakan untuk perkhidmatan tersebut ditanggalkan atau

    dihapuskan.

    Platform

    Stesen ini mempunyai 3 platform tinggi melayan 4 landasan, terdiri daripada 2

    platform tepi (platforms 1 dan 4) pada dua sisi dan 1 platform pulau (platform 2 dan 3) di

    tengah. Platform tambahan yang ditambah pada tahun 1986 diberikan tambahan akhiran "a",

    contohnya Platform 2a untuk tambahan platform 2 yang asal.

    Sebelum pembukaan Kuala Lumpur Sentral, kesemua platform diberikan peranan yang berikut:

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Chhatri&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pejabat_Pos_Besar_Kuala_Lumpur&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Daya_Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/KTM_Komuterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Laluan_Rawang-Serembanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Laluan_Sentul-Pelabuhan_Klanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lawang_putar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sentral_Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Platform_kereta_api&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Platform_tepi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Platform_pulau&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Platform_pulau&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Platform_tepi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Platform_kereta_api&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sentral_Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lawang_putar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Laluan_Sentul-Pelabuhan_Klanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Laluan_Rawang-Serembanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/KTM_Komuterhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Daya_Bumihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pejabat_Pos_Besar_Kuala_Lumpur&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Chhatri&action=edit&redlink=1
  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    11/20

    Platform tepi dikhaskan untuk servis keretapi Antarabandar. Kaunter tiket untuk servisini berada diantara bangunan lama dan baru. Dengan berpindahnya servis Antarabandar

    ini ke Sentral Kuala Lumpur, platform ini kini lengang. Wwlau bagaimanapun, platform

    ini masih digunakan untuk kegunaan keretapi barang. Platform tepi sepertimana aras

    bawah bangunan stesen, adalah dibuka kepada umum.

    Platform pulau dikhaskan untuk servis KTM Komuter laluan Rawang-Seremban danSentul-Port Klang Route

    3) Hiasan dalamanStesen ini dilengkapi dengan berandar-berandar yang lebar dan lapang dibina untuk

    menimbulkan suasana yang redup.Terdapat juga 94 buah tingkap gerbang

    Ghotic.Terdapat lima buah kubah dengan tiang-tiang tegak.

    4) Kegunaan dahulu dan sekarangPada zaman dahulu,stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini.Kini ia

    dijadikan sebagai bangunan ibu pejabat Kereta Api Tanah Melayu (KTM Berhad)

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rawang-Seremban_Route&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sentul-Port_Klang_Route&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sentul-Port_Klang_Route&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Rawang-Seremban_Route&action=edit&redlink=1
  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    12/20

    Pelan Pembinaan

  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    13/20

    RUMUSAN

    Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah kegiatan ekonomi

    tradisional di malaysia ini yang kian dilupakan oleh masyarakat.Oleh itu,kita mestilah

    menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita serta berusaha untukmengekalkannya.Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan

    sektor ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.

    Saya juga dapat meghayati nilai kesabaran,kejujuran dan kerjasama antara rakan-

    rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini denan sempurna.Nilaikerjasama telah membuktikan saya dan rakan-rakan berganding bahu untuk mencari

    maklumat tentang tokoh itu.

    Kerja kursus ini juga member peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran

    membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan

    kemahiran berkomunikasi.Selain iu,nilai yang saya perolehi ialah,keberanian untuk

    berkomunikasi,memupuk sifat menghagai tradisi budaya dan bangsa Negara kita.Kini

    saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    14/20

    RUJUKAN

    Rujukan yang saya telah rujuk ialah:

    A) Internethttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pertanian

    B) Buku rujukan-Visi tropical (Johoari Mohamad,BA (Hons)

    -Buku sasbadi Fokus (Jamilah Ahmad) tingkatan 1,2,3,4 dan 5

    C) Buku teks-Tingkatan 2 (Bab 6)

    -Tingkatan 1

    D) Majalah-Majalah Fokus

    -Majalah Midi

    E) Temubual-Puan Siti Mazurah Binti Haji mat Rani

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertanianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pertanianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pertanian
  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    15/20

    ELEMEN 3

    Pemeliharaan dan pemuliharan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan

    warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.Dewasa kini,kerajaan telah menyarankan agar

    generasi muda masa kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh Negara di tanah air

    kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan

    memulihara bangunan bersejarah agar dapat memupuk semangat cintakan bangsa dalam

    kalangan rakyat Malaysia.Sebagai contoh bangunan yang dibina oleh tentera British di Kuala

    Lumpur iaitu bangunan Kereta Api Kuala Lumpur bangunan ini dapat dilihat dai dahulu hingga

    sekarang yang tiada perubahan dari segi bentuk mahupun sudah dibetulkan.Oleh itu kita mesti

    berbangga dengan sejarah Negara.Impaknya,masyarakat akan berkejersama dan tolong-

    menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah.

    Bangunan bersejarah di Negara kita ini banyak meningalkan kesan sejarah yang menarik untuk

    dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempatpengumpulan Raja-Raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union.Peristiwa sedemikian

    mengingatkan kita betapa susahnya mereka untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada

    jatuh ke tangan pihak British.Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai

    Negara kita.Daripada bangunan bersejarah itu,kita akan lebih mempunyai semangat rajin dan

    gigih untuk meningkatkan diri sebagai rakyat Negara yang maju dan cinta akan agama bangsa

    dan Negara.Selain itu,melaluai aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia Negara dan

    akan tersemai di jiwa setiap masyarakat. Misalnya tokoh-tokoh Negara yang telah mengadaikan

    nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang

    kita duduki sekarang.Kesimpulannya,kita mestitaat dan setia kepada Raja dan pemimpin Negara

    kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara.Oleh itu,kita

    mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh dengan car berusaha untuk terus memilhara dan

    memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada Ilahi

    iaitu Allah S.W.T kerana telah memberi tenaga kepada kita untuk berusaha memerdekakan tanah

    air kita ini.

  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    16/20

    LAMPIRAN

    Gambar diatas menujukan landasan kereta api atau platform yang

    telah di ubah suai pada tahun 1986

  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    17/20

    Gambar di atas menunjukkan gambar hadapan bangunan Kereta

    Api Kuala Lumpur.Separuh daripada bangunan ini dijadikan Hotel iaitu

    Hotel Warisan.Reka bentuk dan gambaran masih sama apabila telah

    diubah suai pada tahun 1986.

  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    18/20

    Bahagian dalam stesen ini telah di baik pulih dan diselenggara

    dengan baik dan kemas.

  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    19/20

    Bahagan dalam di tepat platform ini telah di baik pulih pada tahun

    1986,terdapa 2 platform tetapi sekarang ia di tambah dengan (A) contoh

    platform 2a.Ini menyebabkan kawasan ini telah di tambah dengan

    beberapa landasan yang baru.

  • 7/29/2019 Tugasan Saifull Kerja Kursus Sejarah Bangunan Keretapi Tanah Melayu Tingkatan 3 2009

    20/20