kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

33

Upload: bielahpatrik

Post on 11-Jun-2015

9.668 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)
Page 2: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Bil. Kandungan Halaman

1. »Penghargaan

2. »Pendahuluan

3. »Objektif Kajian

4. »Kawasan Kajian

5. »Kaedah Kajian

6. »Dapatan Kajian

7. »Rumusan

8. »Lampiran

9. »Rujukan

Page 3: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ILLAHI kerana akhirnya saya dapat mengumpulkan maklumat yang secukupnya bagi menyiapkan kerja kursus folio geografi tingkatan 3. Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada individu-individu dan pihak sekolah yang telah memberikan bantuan, galakan dan kerjasama kepada saya dan rakan-rakan.

Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua SMK Telok Mas, Cik Hajah Jamilah Bt Ismail kerana telah memberikan kebenaran kepada saya dan rakan-rakan untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Mansor B. Mahmood, guru sejarah saya yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menyelesaikan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberikan galakan kepada saya dan telah banyak menyumbang dari segi kewangan untuk saya membeli peralatan untuk menyiapkan folio ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekumpulan yang telah bekerjasama dalam melaksanakan kajian ini. Seterusnya saya ingin berterima kasih juga kepada pihak-pihak yang berkenaan terutama sekali kepada penduduk kawasan Taman Seri Telok Mas.

Sekian Terima Kasih…

Page 4: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Bagi memenuhi Sukatan Pelajaran dan keperluan peperiksaan PMR

untuk mata pelajaran Geografi, pelajar-pelajar dikehendaki menjalankan

kerja amali di lapangan. Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memberi dua

pilihan tajuk atau tugasan untuk kerja kursus PMR 2009.

Saya telah memilih tugasan 2 iaitu kajian mengenai petempatan di

kawasan kajian dan perbandingan dengan negara lain. Kawasan yang saya

pilih untuk dijadikan sebagai tempat kajian ialah Taman Seri Telok Mas dan

saya telah memilih Negara Singapura untuk dijadikan negara perbandingan

Saya memilih Taman Seri Telok Mas sebagai kawasan kajian kerana saya

tinggal di sini dan saya bersekolah di SEK. Telok Mas yang terletak di Pekan

Telok Mas. Ini memudahkan untuk saya membuat kajian dengan lebih

terperinci kerana saya sudah mengetahui sebahagian tentang Taman Seri

Telok Mas dan tidak memakan masa yang lama untuk membuat kajian.

Page 5: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Saya memilih Bangkok, Thailand kerana Bangkok ialah sebuah negara

yang maju dan Thailand juga sebuah negara pertanian dan mempunyai

penduduk yang ramai. Saya memakan masa selama beberapa minggu untuk

mendapatkan bahan dan maklumat mengenai negara Singapura dan selama 2

minggu untuk saya menyiapkan folio ini. Akhirnya saya berjaya menyiapkan

mengikut masa yang ditetapkan.

Page 6: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Kajian ini saya jalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:-

►Mengkaji jenis dan pola petempatan di kawasan Taman Seri Telok Mas ,

dan perbandingan dengan Bangkok.

►Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan

Taman Seri Telok Mas dan Bangkok.

►Mengkaji fungsi-fungsi petempatan di kawasan sekitar Taman Seri Telok

Mas dan perbandingan dengan Bangkok.

►Mengkaji masalah-masalah petempatan di kawasan Taman Seri Telok

Mas dan membuat perbandingan dengan Bangkok.

►Mencari dan menyatakan langkah-langkah mengurangkan masalah

petempatan di Taman Seri Telok Mas dan perbandingan dengan Bangkok.

►Dapat mengetahui darjah ketersampaian di Taman Seri Telok Mas dan

perbandingan dengan Bangkok.

Melalui kajian ini, saya bersyukur kerana berpeluang untuk mengetahui

dengan lebih mendalam mengenai kepentingan dan perkembangan

petempatan di Taman Seri Telok Mas.

Page 7: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)
Page 8: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Kawasan kajian ini ialah sebuah pertempatan terancang, iaitu Taman Seri

Telok Mas yang terletak di Pekan Telok Mas. Pekan Telok Mas terletak di

peta kawasan Melaka Tengah iaitu kira-kira 12km dari Bandar Melaka.

Lihat Peta 1 menunjukkan kedudukan Pekan Telok Mas manakala Peta 2

pula menunjukkan Taman Seri Telok Mas.

Tempoh perjalan dengan menaiki kereta dari Bandar Melaka ke Pekan

Telok Mas ialah kira-kira 15 minit, menggunakan jalan raya yang

menghubungkan Bandar Melaka dengan Bandar Muar, Johor. Pekan ini

terus membangun dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur.

Penduduk di kawasan kajian berinteraksi melalui pelbagai aktiviti ekonomi

seperti pertanian, perikanan, perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan.

Kawasan kajian ini juga kira-kira 1 ½ km daripada SMK Telok Mas dan

disebabkan kawasan ini adalah kawasan yang paling hampir dengan sekolah

saya maka saya telah memilih Taman Seri Telok Mas sebagai kawasan

kajian.

Page 9: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Sebelum memulakan tugasan kajian, saya telah mengenalpasti beberapa

kaedah yang boleh digunakan untuk mengumpulkan dan mendapatkan

maklumat. Kaedah-kaedah yang saya gunakan adalah seperti berikut:-

☺Pemerhatian

Saya dan beberapa rakan telah menjalankan

pemerhatian di kawasan Taman Seri Telok Mas untuk

menentukan jenis dan pola petempatan. Melalui kaedah

ini kami dapat menyenarai fungsi Taman Seri Telok Mas.

Kaedah ini saya gunakan semasa saya menghasilkan peta

lakar. Dari pemerhatian saya, didapati pola petempatan di

kawasan kajian saya adalah berpusat.

☺Temu bual

Page 10: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Saya telah menemu bual seramai 10 orang sebagai

responden saya tentang masalah yang dihadapi mereka

berkaitan petempatan.

☺Soal selidik

Saya telah menyoal selidik seramai 20 orang responden

dan borang selidik saya sediakan untuk mencari dan

meminta pandangan penduduk mengenai masalah dan

langkah penyelesaian masalah berkaitan masalah

petempatan.

☺Rujukan

Saya telah membuat rujukan buku teks tingkatan 3 dan

juga internet untuk mendapatkan peta kawasan kajian

dan negara perbandingan. Selain itu saya juga merujuk

internet untuk mendapatkan masalah dan langkah-

langkah mengatasinya dan perbandingan.

Page 11: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

8.1 Jenis dan pola Petempatan

Petempatan ialah tempat kediaman dan tempat berinteraksi penduduk antara satu dengan

yang lain. Mereka berinteraksi melalui pelbagai aktiviti seperti pertanian, perikanan,

perlombongan, pembalakan, perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan.

Dua jenis petempatan di Malaysia ialah petempatan luar bandar dan petempatan bandar.

Perbezaan antara kedua-dua jenis petempatan ini ditentukan dari segi saiz penduduk, fungsi (

jenis aktiviti ekonomi dan sosial yang dijalankan ), dan kepadatan penduduk.

Petempatan luar bandar

Petempatan bandar

Saiz penduduk Kecil

Saiz penduduk Besar

Fungsi Kebanyakan

penduduk di petempatan luar bandar melakukan kegiatan pertanian, perikanan dan pembalakan

Fungsi Kebanyakan

penduduk di petempatan bandar melakukan kegiatan perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan

Kepadatan penduduk Rendah

Kepadatan penduduk Tinggi

Page 12: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Pola petempatan pula merujuk kepada corak susunan tempat kediaman atau bangunan di

sesuatu tempat. Oleh itu, pola petempatan ditentukan oleh susunan dua atau lebih bangunan.

Susun atur bangunan membentuk beberapa corak atau pola.

Pekan Telok Mas adalah sebuah petempatan luar bandar berbanding dengan Bangkok,

Thailand yang mempunyai jenis penempatan bandar. Di Bangkok, Thailand proses

pembandaran telah menyebabkan jumlah penduduk bandarnya bertambah dengan pesat

disebabkan oleh ramai penduduk bertumpu di kawasan bandar.

Di kawasan kajian, Pekan Telok Mas, kebanyakkan penduduknya menjalankan kegiatan

ekonomi seperti pertanian dan perikanan. Berbeza dengan Bangkok, Thailand proses

pembandaran telah menyebabkan perubahan guna tanah berlaku.

Kawasan kegiatan pertanian telah bertukar menjadi kawasan perindustrian, petempatan,

perniagaan dan perkhidmatan.

Pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian kebanyakkannya mempunyai pola

berjajar dan berpusat.

Pola petempatan berjajar juga dikenal sebagai petempatan linear. Susun atur rumah atau

bangunan di kawasan kajian dibina sebaris dan selari di sepanjang parit dan jalan raya.

Contoh-contoh petempatan berjajar di kawasan kajian jelas terdapat di Jalan Bukit Lintang

dan Jalan Bukit Meta.

Manakala pola petempatan berpusat terdapat di sekeliling masjid, persimpangan jalan

raya, kedai dan sebagainya. Rumah dan bangunan banyak dibina secara rapat-rapat dan

bertumpu di sekeliling objek yang menjadi tumpuan penduduk. Contoh yang jelas pada

kawasan kajian dapat dilihat di Taman Seri Telok Mas dan Taman Bukit Kechil.

Berbeza dengan bandar Bangkok, Thailand, penempatan nya adalah jenis petempatan

bandar. Jika dibandingkan dengan kawasan kajian ( jenis petempatan luar bandar ) keadaan

yang jauh berbeza dapat dilihat di Bangkok, Thailand yang mana kesemua jenis pola

petempatan dapat dilihat di bandar tersebut. Pola petempatan berselerak, berjajar, berpusat

dan berkelompok.

Page 13: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Justeru itu, penduduk di kawasan kajian, Telok Mas wajar berterima kasih dan bersyukur

kerana mereka dapat hidup dengan keadaan yang lebih selesa, tidaklah bersesak-sesak

sebagaimana yang dirasakan oleh penduduk di bandar Bangkok, Thailand.

Perancangan rapi yang disusun oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan yang diberikan

serta pelbagai kemudahan yang disediakan, seharusnya tidak dipandang ringan oleh semua

rakyat. Di samping memantapkan lagi usaha kearah memperkembangkan bandar, kerajaan

Malaysia tidak mengenepikan usaha-usaha untuk memperkembangkan dan

mempertingkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar. Dan, seharusnya kita, sebagai rakyat

Malaysia mestilah menanam rasa cinta, kasih dan sayang kepada negara kita, Malaysia.

Page 14: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan

Sepertimana petempatan luar bandar yang lain, petempatan Pekan Telok Mas banyak juga

dipengaruhi oleh bentuk mukabumi nya.

Pekan Telok Mas bertanah pamah dengan dataran pantai yang rendah dan rata. Kaki-kaki

bukit nya juga landai dan beralun. Kawasan tanah pamah dan dataran pantai memudahkan

pembinaan petempatan, kegiatan pertanian dan perhubungan di kawasan kajian iaitu Pekan

Telok Mas. Kawasan kaki bukit yang landai dan beralun sesuai untuk penanaman getah,

kelapa sawit dan sayur-sayuran serta buah-buahan.

Penduduk juga telah memilih kawasan kajian sebagai petempatan kerana penduduk

mudah memperolehi bekalan air. Sungai dan laut yang berhampiran juga merupakan sumber

makanan dan pendapatan serta menyediakan juga jalan pengangkutan dan perhubungan.

Kebanyakan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai dan laut menjalankan kegiatan

pertanian dan perikanan.

Jenis tanih telah juga mempengaruhi tapak petempatan di kawasan kajian. Kesesuaian

kesuburan tanih untuk kegiatan pertanian menyebabkan penduduk tertumpu di kawasan

kajian. Kawasan tanah pamah dengan tanih aluvium telah ditanami dengan tanaman padi dan

tanih laterit di kawasan kaki bukit telah ditanamkan dengan tanaman kelapa sawit dan getah.

Page 15: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Tahap ketersampaian juga mempengaruhi pemilihan tapak petempatan di kawasan kajian.

Tahap ketersampaian bermaksud keadaan samada sesuatu kawasan mudah atau sukar untuk

dihubungi. Pekan Telok Mas terletak berhampiran dengan jalan raya, pinggir pantai dan

sungai. Kesemua ini telah memudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat

yang lain.

Peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di sektor perindustrian telah menyebabkan

penghijrahan penduduk ke bandar Bangkok, Thailand.Bandar Bangkok, thailand telah

menyediakan banyak peluang pekerjaan dan telah menyebabkan perkembangan

pembandaran hasil daripada pertambahan bilangan penduduk.

Perkembangan sektor perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan yang telah

mewujudkan banyak peluang pekerjaan telah menyebabkan migrasi penduduk ke bandar

Bangkok, Thailand. Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar juga disebabkan oleh

kemudahan sosial dan infrastruktur, kemudahan pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan

perhubungan yang disediakan.

Walaupun faktor-faktor yang disenaraikan menjadi pengukur penentu penempatan,

secara zahirnya, penduduk di kawasan kajian tidak perlu merasa ianya bagai satu bebanan

atau satu perkara yang mesti diperhalusi memandangkan kesemua faktor yang disenaraikan

ada juga terdapat di kawasan kajian, Pekan Telok Mas walaupun ianya tidaklah sehebat dan

secanggih dengan apa yang dinikmatan oleh penduduk di petempatan bandar Bangkok,

Thailand. Rasa terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana keperihatinan nya

membangunkan kawasan luar bandar sejajar dengan perkembangan bandar.

Page 16: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

8.3Fungsi Petempatan

Sebagai pusat perniagaan dan perkhidmatan Sebagai pusat pelancongan seperti untuk penduduk tempatan seperti kedai runcit taman pelancongan dan ’homestay’.Dan bengkel motosikal.

FUNGSI PETEMPATAN LUAR BANDAR

Sebagai pusat pengeluaran, pengumpulan, Sebagai pusat industri desa seperti melukis dan pengedaran hasil pertanian dan mencetak batik, menenun songket, dan perikanan menganyam tikar, menghasilkan barangan kraf tangan dan makanan ringan seperti keropok dan belacan

Page 17: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Sebagai pusat perkhidmatan pos mini polis dan klinik desa

Gambarajah : Fungsi Petempatan Luar Bandar

Membincangkan tentang fungsi petempatan memang tidak dapat dinafikan fungsi

petempatan luar bandar tidaklah sehebat fungsi penempatan bandar. Walaupun begitu, di

Malaysia secara umumnya, fungsi yang dimainkan oleh penempatan luar bandar tidaklah

boleh dipinggirkan. Ini adalah kerana kedua-dua jenis penempatan ini saling berkaitan.

Justeru itu, kita yang tinggal di Malaysia ini, seharusnya merasa bersyukur kerana kerajaan

juga telah menjalankan tanggungjawabnya membantu penempatan luar bandar untuk

bersama-sama meningkatkan taraf penduduk demi untuk kesejahteraan bersama.

Petempatan luar bandar mempunyai pelbagai fungsi yang dapat dibincangkan dari aspek

ekonomi, sosial dan politik. Dari aspek ekonomi, Pekan Telok Mas berfungsi sebagai pusat

pengumpulan dan pengeluaran hasil pertanian dan perikanan. Selain itu industri kecil dan

perniagaan kecil-kecilan juga dijalankan.

Pekan Telok Mas juga berfungsi sebagai pengeluar hasil pertanian, Pekan Telok Mas

mengeluarkan hasil pertanian sebagai sumber makanan dan tanaman jualan manakala

sebagai pusat perikanan pula Pekan Telok Mas menghasilkan sumber makanan protein.

Penduduk di kawasan kajian juga melibatkan diri dalam industri kecil. Industri kecil-ecilan

atau industri desa merupakan industri yang memerlukan modal yang kecil sahaja. Industri

desa biasanya diusahakan oleh ahli keluarga secara kecil-kecilan. Contoh hasil industri desa

termasuk pembuatan kerepek, belacan dan ikan kering.

Keindahan alam semulajadi yang terdapat di sekitar petempatan luar bandar Pekan Telok

Mas sesuai dimajukan untuk aktiviti agropelancongan dan ekopelancongan.

Agropelancongan ialah tempat-tempat tarikan pelancongan yang berasaskan kegiatan

Page 18: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

pertanian, penternakanan dan perikanan. Ekopelancongan ialah aktiviti yang melibatkan

lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semulajadi, contohnya seperti

pantai berpasir. ’Homestay’ ialah aktiviti pelancong tinggal bersama-sama dengan penduduk

tempatan. Tujuan ’homestay’ ialah membolehkan pelancong lebih memahami budaya dan

cara hidup penduduk tempatan. Petempatan luar bandar seperti dikawasan kajian iaitu Pekan

Telok Mas yang dapat menyediakan kemudahan penginapan ’homestay’ kepada pelancong

juga menjadi daya tarikan pelancongan.

Petempatan luar bandar Telok Mas juga berfungsi sebagai pusat perniagaan kecil-kecilan.

Contoh perniagaan kecil-kecilan yang terdapat di kawasan kajian ialah kedai runcit yang

diwujudkan untuk membekalkan barangan keperluan harian kepada penduduk setempat.

Pelbagai kemudahan sosial boleh didapati di kawasan kajian telok Mas . Contohnya,

pejabat pos, klinik desa, klinik bidan, pusat kesihatan kecil dan kemudahan telefon awam.

Dari segi pendidikan, kawasan kajian Telok Mas telah menyediakan kemudahan pendidikan

seperti tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu, masjid, balairaya dan

dewan orang ramai yang dibina juga dijadikan pusat aktiviti sosial dan budaya di kawasan

kajian. Majlis perkahwinan dan persembahan kebudayaan sering diadakan di pusat-pusat

sosial tersebut.

Dari segi politik, kawasan kajian juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran berskala kecil.

Ketua Kampung atau Tok Sidang dilantik untuk menjalankan fungsi pentadbiran di kampung

dengan bantuan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK). Penghulu

atau Penggawa mentadbir beberapa buah kampung dan menjalankan tugas rasminya di

Kompleks Penghulu.

Jika Pekan Telok Mas berfungsi sebagai pusat pentadbiran berskala kecil, bandar

Bangkok, Thailand yang juga merupakan ibu negara bagi Negara Thailand mendukung

pentadbiran berskala besar. Bangkok yang dilengkapi dengan bangunan, kemudahan dan

infrastruktur yang cantik dan menarik berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan Negara

Thai.

Bandar Bangkok yang berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan mempunyai

banyak gedung perniagaan, perkhidmatan kewangan dan pekhidmatan lain. Sebagai contoh,

Page 19: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

pelbagai jenis perniagaan dan perdagangan terletak di bandar Bangkok. Antaranya ialah bank

perdagangan, pusat beli belah, syarikat kewangan dan syarikat insurans.

Pembinaan pusat pengajian tinggi awam dan swastatelah menyebabkan bandar Bangkok

berfungsi sebagai pusat pendidikan. Bangkok terkenal sebagai pusat pendidikan kerana

letaknya University of Chulalongkorn dan banyak pusat pengajian tinggi swasta.

Berbangga dan bersyukur kerana kita dilahirkan di Malaysia. Walaupun fungsi petempatan

di kawasan kajian tidak lah sebesar fungsi bandar Bangkok, Thailand tetapi penduduk di

kawasan kajian tidak perlu bersusah untuk ke bandar. Pelbagai kemudahan telah diadakan di

kawasan kajian seperti, klinik, pejabat pos, bank, sekolah dan bermacam-macam lagi.

Sekurang-kurang-kurangnya, penduduk di kawasan kajian dapat juga menikmati kemudahan

petempatan bandar.

8.4Masalah petempatan

Kesesakan lalu lintas merupakan masalah yang berlaku hasil daripada pertambahan

petempan di kawasan kajian. Jaringan jalan raya yang kurang cekap dan keadaan jalan yang

kurang memuaskan juga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Jumlah kenderaan yang semakin bertambah di kawasan kajian telah menyebabkan

pencemaran udara. Pelepasan gas-gas bertoksik seperti karbon dioksida, karbon

monoksida , sulfur oksida dan oksida nitrogen telah mencemarkan udara dan menyebabkan

berlakunya hujan asid. Pertambahan kawasan perindustrian juga menyebabkan pencemaran

udara dan air.

Pembuangan sisa kilang dan udara kotor telah mencemarkan air sungai dan udara.

Pertambahan penduduk di kawasan kajian juga mendatangkan isu pencemaran. Pembuangan

sampah sarap yang tidak berkawal telah mencemarkan sungai dan pandangan.

Banjir kilat juga sering berlaku di kawasan kajian memandangkan sistem perparitan yang

kurang sempurna .

Seperti di kawasan kajian, Pekan Telok Mas, Bangkok juga tidak terlepas daripada

menghadapi masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran.

Masalah lain yang agak ketara yang dihadapi di bandar Bangkok ialah pertambahan

penduduk di bandar hasil daripada penghijrahan penduduk dari luar bandar telah

Page 20: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

menimbulkan masalah kekurangan tempat tinggal. Masalah setinggan di bandar Bangkok,

disebabkan oleh kekurangan perumahan, kadar sewa rumah dan harga tanah yang tingggi.

Kawasan setinggan juga dapat menimbulkan isu sosial seperti masalah keselamatan,

kesihatan dan sebagainya.

Bangkok juga menghadapi masalah berlakunya hujan asid dan masalah pulau haba yang

lebih ketara jika di bandingkan dengan tempat kawasan kajian, Pekan Telok Mas. Kenderaan-

kenderaan bermotor yang banyak, kawasan-kawasan perindustrian yang lebih besar dan

bangunan-bangunan pencakar langit yang dibina rapat mempercepatkan untuk berlakunya

fenomena tersebut.

Panduduk di kawasan kajian, Pekan Telok Mas, seharusnya bersyukur kerana penduduk

tidak mengalami masalah ketara sepertimana yang dialami oleh bandar Bangkok, Thailand.

Penduduk rata-rata mempunyai tanah untuk dibuat petempatan dan masalah tempat tinggal

apa lagi untuk membina setinggan tidak wujud sama sekali.

Begitu juga, penduduk di kawasan kajian, tidak juga mengalami masalah pencemaran

sepertimana yang dialami oleh petempatan bandar, bandar Bangkok, Thailand. Penduduk di

kawasan kajian kurang mengalami masalah pencemaran udara, air, bunyi dan pelbagai lagi

dan secara tidak langsung telah membuatkan penduduk di kawasan kajian dapat menikmati

keadaan hidup yang lebih sihat.

Page 21: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

8.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

Masalah kesesakan lalu lintas dapat juga dikurangkan di kawasan kajian yang mana

kerajaan bersama dengan masyarakat tempatan di kawasan kajian telah bersama-sama

mengadakan kempen untuk menggalakkan penduduk menggunakan kenderaan awam atau

berkongsi kereta. Selain itu, jalan raya yang sempit juga telah di lebarkan.

Untuk mengurangkan masalah pencemaran, undang-undang dan Akta alam Sekitar perlu

dikuatkuasakan. Kilang-kilang perlu memasang penapis dan meninggikan cerobong asap.

Dendaan yang tinggi dikenakan terhadap sesiapa yang membebaskan sisa buangan ke udara

dan sungai. Pokok-pokok ditanam di kawasan kajian untuk tujuan penghijauan. Penanaman

pokok telah dapat juga mengekalkan suhu sekeliling. Pencemaran air dapat dikurangkan

dengan memasang perangkap sampah di sungai. Selain itu, sistem rawatan air kumbahan

yang sempurna dengan pembinaan loji kumbahan perlu dijalankan.

Masalah banjir kilat berpunca daripada kelemahan dalam sistem perparitan dan saliran

perlu dinaikkan taraf. Kerja-kerja mendalamkan parit dan sungai perlu dilakukan.

Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, sistem pengangkutan yang lebih sempurna

telah diadakan di bandar Bangkok. Contohnya ialah lebuh raya bertingkat, pengangkutan

aliran ringan { LRT ) serta terusan-terusan air yang dikenali sebagai Klong.

Page 22: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Banyak kawasan-kawasan perkilangan / perindustrian dibuka bagi mengatasi masalah

pengangguran akibat daripada pertambahan penduduk. Peluang-peluang pekerjaan wujud

bagi menampung masalah ini dan secara tidak langsung ianya dapat juga meningkatkan taraf

hidup penduduk di Bangkok.

Tidak banyak langkah yang perlu diambil oleh penduduk di kawasan kajian Telok Mas

untuk mengurangkan masalah petempatan. Sepertimana yang dinyatakan dalam

perbandingan sebelumnya, antara kawasan kajian Telok Mas ( petempatan luar bandar )

dengan bandar Bangkok, Thailand ( petempatan bandar ), masalah lebih ketara di petempatan

bandar.

Penglibatan kerajaan, menagani masalah yang dihadapi oleh penduduk luar bandar

secara langsung telah dapat menangkis permasalahan yang disuarakan oleh penduduk dari

segenap lapisan tanpa mengira agama dan bangsa. Tambahan pula, keadaan negara yang

aman damai, bebas dari pelbagai ancaman telah berjaya membuatkan semua rakyat Malaysia,

samada di petempatan bandar atau luar bandar untuk hidup dalam keadaan yang harmoni

dan sejahtera. Tidak menjadi satu kesalahan untuk kita bersama-sama yang tinggal di

Malaysia untuk mengatakan, ’sayangilah Malaysia sepertimana kita sayangi diri kita sendiri’,

’di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’.

Page 23: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Taman Seri Telok Mas mempunyai keistimewaannya sendiri. Jenis pola

petempatan, faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi petempatan serta

masalah petempatan sentiasa menjadi elemen sebuah petempatan.

Kedudukan kawasan kajian di kawasan yang sedang pesat membangun

turut menjadi tarikan penduduk kawasan lain untuk tinggal di kawasan ini.

Page 24: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

Penduduk di kawasan ini seharusnya bekerjasama untuk membangunkan

petempatan ini supaya menjadi maju. Sikap para penduduk yang sentiasa

menjaga tepi kain para jiran telah menjadi satu keutamaan supaya penduduk

dapat hidup aman dan damai serta sejahtera .

♦Internet

- http://www.wikipedia.com

- http://www.malaysia-maps.com/malaysia-states-map.htm

♦Orang Sumber

- Mohd Kalil Bin Hashim

♦Buku teks

- Geografi Tingkatan 1

Page 25: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)

- Geografi Tingkatan 2

- Geografi Tingkatan 3

Page 26: kerja kursus geografi tingkatan 3 2009(nabilah)