kerja kursus pmr geografi 2009

34
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2009 Petempatan dan Perkembangan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 serta membandingkannya dengan negara Singapura Nama Murid : Tim Brandon Sawing Nombor Kad Pengenalan : 940330-13-6171 Tingkatan : 3 Anggerik Nama Guru :Puan Sopi Sahah 1

Upload: tim-brandon

Post on 10-Jun-2015

12.473 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Ini ialah kerja kursus geografi PMR bagi tahun 2009. Maafkan saya jika terdapat sebarang kesilapan. Bak kata perumpamaan 'bumi mana tidak ditimpa hujan'.

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN2009

Petempatan dan Perkembangan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 serta membandingkannya dengan negara Singapura

Nama Murid : Tim Brandon SawingNombor Kad Pengenalan : 940330-13-6171

Tingkatan : 3 AnggerikNama Guru :Puan Sopi Sahah

1

Page 2: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

2

Page 3: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Senarai Kandungan

TAJUK MUKA SURAT

PenghargaanPendahuluanObjektif KajianKawasan KajianKaedah KajianHasil KajianRumusanRujukanLampiran

3

Page 4: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Penghargaan

Saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cik

Ang Siew Jin, Pengetua SMK Merbau Miri kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk

menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Sopi Sahah,

guru Geografi kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibubapa saya yang

telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian dijalankan.

Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan saya, Mohd Azmi, Asrul

Haniff dan Roystance Ling kerana kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada Encik Tan Chen Chin dan Encik

Chua Ah Loi, kakitangan Syarikat Perumahan Naim Cendera Sdn. Bhd., Miri, kerana memberi

maklumat dan sebagainya. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua responden

yang sudi menjawab soalan-soalan kami.

4

Page 5: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Pendahuluan

Saya dan rakan-rakan sekelas telah diwajibkan untuk memilih tajuk Petempatan dan

Perkembangan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 serta membandingkannya dengan negara

Singapura sebagai tugasan PMR kami bagi tahun 2009.

Kami diwajibkan memilih kawasan ini kerana kawasan ini kerana kawasan ini dekat

dengan sekolah dan tempat tinggal kami. Kawasan ini merupakan salah sebuah petempatan bagi

Bandar Baru Permyjaya.

Saya beranggapan bahawa kawasan perumahan ini memainkan peranan penting sebagai

keperluan asas kehidupan manusia. Tanpa kawasan perumahan ini, banyak masalah yang akan

berlaku kepada manusia yang sukar dibendung.

Saya menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya menulis laporan kajian ini

secara individu berdasarkan maklumat lapangan yang dikumpulkan secara individu juga.

Laporan kajian ini berjaya disiapkan dalam masa tiga bulan bermula dari bulan Febuari hingga

bulan Mei 2009.

5

Page 6: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

a) Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 serta

membandingkannya dengan negara Singapura.

b) Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkembangan kawasan Desa Indah 1 dan Desa

Indah 2.

c) Mengenal pasti fungsi petempatan di kedua-dua kawasan tersebut serta negara Singapura yang

dijadikan bandingannya.

d) Mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku di petempatan tersebut.

e) Mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku di petempatan

tersebut.

6

Page 7: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

f) Menerapkan unsur-unsur nilai patriotisme terhadap kawasan yang dikaji serta menjadikannya

sebagai prinsip kehidupan di dalam diri kita.

Kawasan Kajian

Kawasan yang saya kaji ialah Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. Petempatan ini

dimajukanoleh Syarikat Perumahan Naim Cendera pada tahun 1998.

Kawasan petempatan ini terletak di kawasan tanah pamah yang rata. Terdapat kawasan

hutan-hutan di sekeliling kawasan petempatan ini. Setiap hari semakin pesat pembangunan yang

berlaku di petempatan ini.

Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 terletak di Bandar Baru Permyjaya, Miri. Jarak petempatan

ini dengan bandar terdekat iaitu Bandaraya Miri kira-kira 20 kilometer. Kawasan ini terletak di

arah timur negeri Sarawak.

7

Page 8: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Peta Kajian

1) Peta daerah : Bandaraya Miri

8

Page 9: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

2) Peta petempatan negara yang dibandingkan : Singapura

9

Page 10: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

3) Peta kawasan kajian : Desa Pujut 1 dan Desa Pujut 2

10

Page 11: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Kaedah Kajian

Kami telah menggunakan kaedah pemerhatian. Kami menggunakan kaedah ini untuk

mengenal pasti cirri-ciri bentuk muka bumi, sumber-sumber semula jadi, dan kegiatan ekonomi

penduduk di kawasan kajian. Selain itu, kami juga memerhatikan kesan penerokaan sumber yang

terdapat di situ.Selain itu juga, kami menggunakan kaedah temubual. Kami mengumpulkan

maklumat tentang jenis pola petempatan penduduk dengan menemu bual pegawai yang bertugas

di Syarikat Naim Cendera tersebut. Kami juga menggunakan kaedah soal selidik sebagai kaedah

lain yang kami gunakan. Kami telah membuat temu bual dengan 20 orang penduduk yang

tinggal di kawasan tersebut tentang perkembangan yang telah berlaku di Desa Indah 1 dan Desa

Indah 2.

11

Page 12: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Hasil Kajian

8.1 Jenis dan pola petempatan

1) Desa Pujut 1 dan Desa Pujut 2

Jenis dan pola petempatan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 ialah berjajar. Kawasan

perumahan ini disusun secara berjajar. Terdapat pelbagai jenis rumah-rumah yang boleh didapati

di kawasan tersebut.

2) Negara Bandingan : Singapura

Jenis pola petempatan di negara Singapura ialah berpusat. Kawasan petempatan di negara

Singapura lebih padat berbanding kawasan Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. Kawasan perumahan

penduduk di negara Singapura tertumpu ke kawasan pusat bandar.

3) Nilai dan unsur patriotisme

12

Page 13: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Nilai yang dapat kita ketahu daripada kajian ini ialah Cinta akan Negara. Kita seharusnya

bersyukur kepada negara Malaysia kerana negara kita mempunya tanah yang mencukupi untuk

dijadikan tempat tinggal kita.

8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan

1) Desa Indah 1 dan Desa Indah 2

Sejarah

Petempatan Desa Indah 1 dan 2 dibuka pada tahun 1998. Kawasan ini dibangunkan

Syarikat Perumahan Naim Cendera. Bilangan penduduk di sini telah meningkat setiap tahun.

Kawasan ini menarik perhatian semua penduduk kerana kawasan yang strategik.

Bentuk muka bumi

Kawasan petempatan di sini mempunyai tanah pamah yang rata. Kawasan ini dahulunya

hutan tanah paya sebelum dibangunkan. Faktor ini yang mempengaruhi petempatan di Desa

Indah 1 dan Desa Indah 2.

Kegiatan Ekonomi

13

Page 14: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2. Antara kegiatan

ekonomi tersebut ialah perniagaan, perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Kegiatan ekonomi

ini memberikan keuntungan yang lumayan kepada penduduk kawasan ini.

Dasar kerajaan

Dasar kerajaan juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajan di sini. Contoh kemudahan yang

disediakan ialah sekolah rendah dan sekolah menengah.

2) Negara Bandingan : Singapura

Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi negara Singapura ialah tanah pamah yang rata. Kedudukannya ialah

di bahagian selatan negara Malaysia.

Kegiatan ekonomi

Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di negara Singapura. Contoh kegiatan ekonomi di

Singapura ialah perniagaan, perkilangan, perkhidmatan, perikanan serta kegiatan pelancongan

yang menguntungkan ekonomi Singapura.

14

Page 15: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Dasar kerajaan

Oleh kerana saiz negara Singapura kecil, kawasan petempatan sangat padat. Kerajaan

mereka terpaksa menghadkan bilangan rumah-rumah yang dibina dan kawasan tanah tidak

mencukupi untuk membina lebih banyak rumah untuk penduduk-penduduk Singapura.

Nilai dan unsur patriotisme

Kita telah mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan antara kawasan petempatan

kita dengan Singapura. Kita seharusnya berbangga kepada negara kita kerana mempunyai dasar

kerajaan yang baik dan terancang demi masa depan kita.

15

Page 16: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

8.3 Fungsi petempatan

1) Desa Indah 1 dan Desa Indah 2

Fungsi di kawasan petempatan ini ialah sebagai pusat perniagaan. Terdapat banyak

tempat berniaga yang telah disediakan oleh Syarikat Perumahan Naim Cendera untuk penduduk

menjalankan kegiatan perniagaan sendiri.

2) Negara Bandingan : Singapura

16

Page 17: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Negara Singapura berfungsi sebagai pusat pelabuhan antarabangsa. Kedudukan negara ini

yang strategik menjadikan negara Singapura negara pelabuhan yang terkenal di rantau ini. Selain

itu, negara Singapura juga mengimport banyak barangan ke luar negara untuk kepentingan

ekonomi sendiri.

Nilai dan unsur patriotisme

Kita patut berterima kasih kepada negara kita kerana mempunyai fungsi petempatan yang

berkaliber tinggi untuk kepentingan ekonomi di negara kita. Kita seharusnya bekerjasama antara

satu sama lain supaya petempatan di negara kita dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

8.4 Masalah petempatan

1) Desa Indah 1 dan Desa Indah 2

Terdapat pelbagai masalah petempatan di kawasan ini. Antara masalah petempatan

tersebut ialah kekurangan infrastruktur, kesesakan lalulintas serta pencemaran. Masalah

kekurangan infrastruktur berlaku kerana hanya segelintir tempat sahaja yang mempunyai

17

Page 18: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

kemudahan ini. Contoh kemudahan infrastruktur yang kurang ialah telefon awam. Masalah

kesesakan lalulintas pula sentiasa berlaku semasa awal pagi apabila semua orang sibuk hendak

ke tempat kerja dan menghantar murid ke sekolah. Masalah ini telah berlaku sejak beberapa

tahun. Masalah pencemaran pula terjadi akibat dari asap-asap kenderaan dan kilang-kilang yang

terdapat di sekitar kawasan petempatan ini.

2) Negara Bandingan : Singapura

Singapura juga mempunyai masalah petempatannya yang tersendiri. Antara masalah-

masalah yang tersenarai ialah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat tinggal. Nampaknya

negara Singapura mempunyai masalah petempatan yang hampir sama dengan Desa Indah 1 dan

Desa Indah 2. Kesesakan lalulintas berlaku akibat saiz jalan yang kecil. Kekurangan tempat

tinggal berlaku akibat kekurangan tapak tanah untuk membina bangunan yang baru. Keadaan ini

juga berlaku disebabkan kepadatan penduduk Singapura.

8.5 Langkah mengurangkan masalah petempatan

1) Desa Indah 1 dan Desa Indah 2

18

Page 19: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah petempatan di Desa Indah 1 dan Desa

Indah 2 adalah seperti berikut. Bagi masalah kekurangan kemudahan infrastruktur, pihak syarikat

sepatutnya menambahkan lagi kemudahan ini. Mereka harus membina kemudahan ini di

kawasan perumahan yang belum mempunyai apa-apa kemudahan infrastruktur ini. Bagi masalah

kesesakan lalulintas pula, jalan raya yang disediakan harus dilebarkan atau ditambah jaraknya

lagi. Dan masalah pencemaran pula, pihak tempatan seharusnya menguatkuasakan undang-

undang supaya keadaan pencemaran dapat dikurangkan secara berperingkat.

2) Negara Bandingan : Singapura

Bagi negara Singapura, terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk membantu

menyelesaikan masalah petempatan ini. Masalah kesesakan lalulintas seperti sudah menjadi

kebiasaan di Singapura, tetapi keadaan ini harus dielakkan. Seperti keadaan Desa Indah 1 dan

Desa Indah 2, melebarkan jalan raya harus digunakan sebagai alternatif utama dalam membantu

menyelesaikan perkara ini. Bagi masalah kekurangan tempat tinggal pula, kita tidak dapat

membantu sepenuhnya untuk menambahkan bilangan tempat tinggal tersebut. Jadi sebagai

langkah menjimatkan kawasan tapak tanah, pihak kerajan seharusnya membina rumah kos

rendah seperti rumah teres, pangsapuri dan kondominium.

19

Page 20: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Bahan Grafik

Jenis kaum responden yang disoal-selidik

Kaum/Kawasan Desa Indah 1 Desa Indah 2

Melayu 3 1

Cina 4 2

India 1 -

Iban 2 4

Lain-lain 2 1

20

Page 21: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Bahan Grafik Kedua

21

Langkah-langkah menyelesaikan masalah

petempatan di Desa Indah 1 dan Desa Indah 2

Menambahkan jumlah kemudahan infrastruktur di kawasan perumahan.

Page 22: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Rumusan

Desa Indah 1 dan Desa Indah 2 mempunyai keistimewaannya sendiri. Jenis pola

petempatan, faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi petempatan serta masalah

petempatan sentiasa menjadi elemen sesebuah petempatan. Penduduk di kawasan ini seharusnya

bekerjasama untuk membangunkan petempatan ini supaya menjadi maju. Sikap para penduduk

yang sentiasa menjaga tepi kain para jiran telah menjadi satu keutamaan supaya penduduk dapat

hidup aman dan damai serta sejahtera.

22

Melebarkan jalan raya di kawasan yang

mengalami kesesakan lalulintas.

Menguatkuasakan undang-undang untuk sektor perkilangan di

kawasan ini.

Page 23: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

LAMPIRAN

23

Page 24: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

LAMPIRAN

24

Page 25: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

LAMPIRAN

25

Page 26: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

LAMPIRAN

26

Page 27: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

LAMPIRAN

27

Page 28: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

1) Negara Singapura

2) Bandar Baru Permyjaya yang merangkumi Desa Indah 1 dan Desa Indah 2

28

Page 29: KERJA KURSUS PMR GEOGRAFI 2009

Rujukan

•Internet

- http://www.naimcendera.com/

- http://www.malaysia-maps.com/malaysia-states-map.htm

• Orang sumber

- Puan Sopi Sahah (Guru Matapelajaran Geografi)

• Buku teks

- Geografi Tingkatan 3

29