kursus siasah 2009 - 2012

35
KERTAS CADANGAN KURSUS KEPIMPINAN SIASAH DAN JATIDIRI BAGI TAHUN MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM KE 13 A. LATARBELAKANG 1. Program Kursus Kepimpinan Siasah yang dirangka ini bertujuan untuk memberi penekanan bahawa Kerajaan begitu mengambil berat terhadap golongan muda masa kini dalam menuju arus pembangunan yang begitu pesat dan sekali gus untuk menjadikan rakyat Malaysia yang berbudaya ketimuran dan berlandaskan ciri-ciri keislaman. 2. Penekanan ini harus dilakukan dan adalah menjadi satu kewajipan supaya semua golongan muda yang bakal mengisi kesenimbungan pembangunan yang maju ini dapat dipertahankan supaya Negara mempunyai rakyat dan golongan pelapis yang kreatif, bermotavasi dan berkualiti untuk meneruskan cita- cita pemimpin Negara menjelang tahun 2020. B. PERLAKSANAAN PROGRAM 1. Program Kursus Kepimpinan Siasah ini dirancang bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 bermula dari tahun 2009 hingga 2012 bagi Negeri Johor.

Upload: dek-seha

Post on 14-Sep-2015

243 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN

KERTAS CADANGAN

KURSUS KEPIMPINAN SIASAH DAN JATIDIRIBAGI TAHUN MENGHADAPI PILIHANRAYA UMUM KE 13

A. LATARBELAKANG

1. Program Kursus Kepimpinan Siasah yang dirangka ini bertujuan untuk memberi penekanan bahawa Kerajaan begitu mengambil berat terhadap golongan muda masa kini dalam menuju arus pembangunan yang begitu pesat dan sekali gus untuk menjadikan rakyat Malaysia yang berbudaya ketimuran dan berlandaskan ciri-ciri keislaman.

2. Penekanan ini harus dilakukan dan adalah menjadi satu kewajipan supaya semua golongan muda yang bakal mengisi kesenimbungan pembangunan yang maju ini dapat dipertahankan supaya Negara mempunyai rakyat dan golongan pelapis yang kreatif, bermotavasi dan berkualiti untuk meneruskan cita-cita pemimpin Negara menjelang tahun 2020.

B. PERLAKSANAAN PROGRAM

1. Program Kursus Kepimpinan Siasah ini dirancang bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 bermula dari tahun 2009 hingga 2012 bagi Negeri Johor.2. Setiap program akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam yang melibatkan seramai 80 orang peserta bagi setiap program.

( 2 )3. Setiap program ini akan melibatkan seramai 10 orang Pemudahcara, 2 orang Jurulatih dan 2 orang Penceramah dari Jabatan Hal Ehwal Khas, Negeri Johor.

4. Program Kursus Kepimpinan Siasah ini dijangka akan dilaksanakan bermula dari tahun 2009 hingga berlakunya pilihanraya umum yang ke 13 nanti.5. Tempat yang dicadangkan bagi merealisasikan program ini adalah bertempat dimana mempunyai kemudahan asas dan landskap yang boleh menarik minat golongan muda untuk berkursus.6. Program kursus yang dilaksanakan lebih menjurus kearah komunikasi dua hala, gerak saraf dan perang saraf yang memberi penekanan yang kukuh untuk menarik sokongan rakyat kearah kerajaan dan parti yang memerintah secara diplomasi.C. SASARAN PESERTA

1. Pemilihan peserta adalah melalui parti-parti siasah dalam komponen Barisan Nasional dan juga Pertubuhan Belia 4B yang diasaskan sebagai kader UMNO.i. Golongan muda yang berusia diantara 21 tahun hingga 35 tahun yang dikenal pasti sebagai pengundi baru dan baru menyertai UMNO.

( 3 )

ii. Golongan muda yang dikenalpasti kreatif, bermotivasi dan aktif berpersatuan.

iii. Golongan muda yang aktif dan mempunyai daya saing menjadi pemimpin dalam pertubuhan siasah.

2. Sasaran ini sesuai untuk membina pelapis pemimpin untuk memacu pembangunan Negara disamping secara tidak langsung menjadikan golongan muda ini berwawasan yang kukuh jatidiri bersama UMNO dan Komponen BND. OBJEKTIF PROGRAM

1. Mendidik kearah semangat kenegaraan dan kebangsaan serta memberi pendidikan kemasyarakat dalam pengertian meluaskan pengetahuan dan cara-cara berfikir mengenai soal-soal kebangsaan Malaysia dan hal ehwal antarabangsa sesuai dengan Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB. Dato Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.2. Menimbulkan aliran pemikiran kebangsaan secara positif dan persoalan sosio politik dan sosio agama serta menimbulkan sikap penyuburan jiwa murni, beramanah kearah memantapkan diri terutama di kalangan bumiputra berlandaskan pengajaran Islam.

( 4 )

E. MATLAMAT

1. Kesedaran terhadap perjuangan pemimpin-pemimpin Negara mencapai kemerdekaan dan membangunkan Negara dengan matlamat mencapai Wawasan 2020.

2. Perpaduan kebangsaan, ketahanan Nasional berlandaskan perjuangan Islam, menyemarakkan semangat golongan muda kearah membangunkan rohani dan jasmani.

3. Memantapkan ketinggian, kecemerlangan daya berfikir yang lebih kreatif dan berwawasan untuk memastikan golongan muda cintakan Agama, Bangsa Malaysia dan Negara.

4. Menanam semangat kental untuk menjadi pendidik / penyampai maklumat dasar kerajaan dan parti secara berkesan.

5. Memupuk semangat jatidiri untuk membentuk generasi pelapis yang berilmu, kreatif, berinovasi dan bermaklumat.

6. Mendidik serta membentuk hala tuju sebagai pemimpin pelapis yang berwawasan dan berdisplin.

7. Menyediakan satu kumpulan pelapis yang mantap di setiap kawasan Parlimen untuk membantu memperkukuhkan sokongan kerajaan dan parti dalam menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa.

( 5 )

F. AKTIVITI-AKTIVITI DILAKSANAKAN

1. Sesi ceramah yang disampaikan sendiri oleh pegawai-pegawai JASA yang sedang berkhidmat.

2. Latihan Dalam Kumpulan yang dikendalikan sendiri oleh pegawai-pegawai JASA yang terlatih.

3. Kuliah Maghrib / Subuh yang disampaikan oleh pegawai-pegawai JASA.

4. Perbincangan Dalam Kumpulan yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai JASA.

5. Gerak Kerja Pilihanraya berbentuk pelaksanaan kerja-kerja pilihanraya dan pembentukan Bilik Gerakan Pilihanraya yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai JASA yang berpengalaman

6. Sudut Pidato bagi setiap peserta kursus yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai JASA yang berpengalaman.

7. Sesi Perbahasan berbentuk sidang Dewan Rakyat yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai JASA yang berpengalaman.

8. Ujian Ketahanan Diri dikendalikan oleh pegawai-pegawai JASA yang terlatih.

( 6 )

G. FALSAFAH PROGRAM

1. Program ini merupakan satu gerakan untuk menangani perubahan dengan memupuk nilai murni dan membentuk sikap Bangsa Malaysia kearah pencapaian hasrat menjadikan Malaysia Negara maju, dinamik dan progresif selaras dengan hasrat yang tercerna dalam Gagasan 1 Malaysia iaitu membina Tamadun Bangsa Malaysia yang baru.

2. Gagasan murni tersebut harus diterjemahkan dalam amalan dengan meningkatkan usaha serta kegiatan membina satu rupa Bangsa Malaysia yang bersatu padu, berakhlak mulia, berperibadian Nasional, bermaruah dan mempunyai kekentalan diri yang diasaskan kepada kecemerlangan.

3. Intisari program ini menegaskan kesenimbungan diantara pembinaan / Modal Insan yang mampu menghayati nilai-nilai murni sejagat yang tinggi bagi menjamin kesejahteraan masyarakat dan Negara.

4. Membentuk satu masyarakat yang sentiasa bergerak berlandaskan unsur-unsur keislaman, sesuai dengan penerapan nilai-nilai Islam.

5. Mendidik kearah semangat kenegaraan dan kebangsaan serta memberi pendidikan kemasyarakatan dalam pengertian meluaskan pengetahuan dan cara-cara berfikir mengenai soal-soal kebangsaan Malaysia dan Hal Ehwal Antarabangsa.

( 7 )6. Menimbulkan aliran pemikiran kebangsaan secara positif dari persoalan sosio politik, menimbulkan sikap dan penyuburan jiwa murni beramanah kearah memantapkan sosio ekonomi Negara, terutama di kalangan bumiputra berlandaskan Islam.

H. TUJUAN KEPADA SASARAN

1. Menanam semangat kerjasama sepasukan di kalangan peserta.

2. Mendedahkan peserta kepada perjuangan kerajaan yang memerintah dalam memenuhi matlamat Gagasan 1 Malaysia.

3. Mendedahkan peserta kepada pengetahuan teknikal dalam kegiatan pertubuhan sukarela dan pertubuhan siasah.

4. Memantapkan peserta menjadi penggerak bagi menghasilkan satu kumpulan ahli fakir untuk membantu membangunkan sesebuah tempat / masyarakat sesuai dengan hasrat kerajaan terhadap Modal Insan dan Gagasan 1 Malaysia.5. Memantapkan ketinggian, kecemerlangan daya fakir yang lebih kreatif dan berwawasan.

( 8 )

6. Memastikan golongan muda cintakan Agama, Bangsa dan Negara sesuai dengan amalan Rukun Negara dan mendidik kearah perpaduan berbilang kaum.

I. MODUL KURSUS

Modul kursus yang dilaksanakan sebagaimana dinyatakan dibawah ini adalah untuk membentuk setiap peserta mempertingkatkan jatidiri sebagai seorang pemimpin dan mempunyai dayafikir yang kreatif kearah mencapai hasrat Gagasan 1 Malaysia.1. Ice Breaking

2. Kecergasan Minda 3. Membina Jiwa Murni 4. Simulasi Pilihanraya 5. Kawalan Emosi dan Ketahan Mental

6. Peranan dan Tanggungjawab 7. Displin dan Kebolehan

8. Daya Fikir dan Gaya Badan

9. RECALL

10. Ketahan Fizikal dan Mental

11. Membina Semangat

( 9 )

J. ANGGARAN PERBELANJAAN1. Anggaran bagi melaksanakan setiap program ini adalah seperti berikut :

i. Bayaran secara pakej termasuk makan / minum 6 kali sehari dan penginapan selama 3 hari 2 malam.

80 Peserta X RM 100.00 X 2 hari= RM 16,000.00 12 Pemudahcara X RM 500

= RM 6,000.00

2 Penceramah X RM 1000

= RM 2,000.00

Pengunaan Dewan

=F.O.C.

Pengunaan Kerusi / Meja

=F.O.C.

Pengunaan Surau

=F.O.C.

Kemudahan Latihan Jasmani

=F.O.C.

2. Keseluruhan perbelanjaan untuk 52 program X RM 24,000.00 @ RM 1,248,000.00 - ( Satu Juta Dua Ratus Empat Pulah Lapan Ribu )3. Peruntukan diperlukan adalah melalui :

Biro Latihan UMNO Malaysia. Biro Latihan Pemuda UMNO Malaysia.

Biro Latihan Puteri UMNO Malaysia.

Majlis Keselamatan Negara.

Kerajaan Negeri.

Badan Perhubungan UMNO Negeri.

( 10 )K. ATURCARA PROGRAMHARI PERTAMA : ( JUMAAT )

Jam 09.00 pagi- 10.00 pagi:Pendaftaran Peserta

Jam 10.00 pagi- 10.30 pagi:Minum Pagi

Jam 10.30 pagi- 11.00 pagi:Suai Kenal.

Jam 11.00 pagi- 12.30 tgh.:Latihan Dalam Kumpulan ( 01 )

Jam 12.30 tgh.- 02.30 ptg.:Makan Tengah hari / Solat Zuhur.

Jam 02.30 ptg.- 03.30 ptg.:Ceramah 1.

Jam 03.30 ptg.- 04.30 ptg.:Pembentangan Latihan Dalam Kumpulan ( 01 )Jam 04.30 ptg.- 05.30 ptg.:Minum Petang / Solat Asar.

Jam 05.30 ptg.- 06.30 ptg.:Latihan Jasmani / Riadah.

Jam 06.30 ptg.- 08.30 mlm.:Makan Malam / Solat & Kuliah Maghrib / Solat Isyak.

Jam 08.30 mlm - 09.30 mlm:Latihan Dalam Kumpulan ( 02 )

Jam 09.30 mlm- 11.30 mlm:Pembentangan Latihan Dalam Kumpulan ( 02 )

Jam 11.30 mlm

:Minum Malam / Rehat.

HARI KEDUA : ( SABTU )

Jam 05.30 pagi- 07.00 pagi:Solat & Kuliah Subuh.

Jam 07.00 pagi- 08.00 pagi:Latihan Jasmani / Riadah

Jam 08.00 pagi- 09.00 pagi:Sarapan Pagi / Bersedia Ke Dewan Kuliah.Jam 09.00 pagi- 11.00 pagi:Latihan Dalam Kumpulan ( 03 )

Jam 11.00 tgh.- 12.45 ptg.:Ceramah 2:

Jam 12.45 tgh.- 02.30 ptg.:Makan Tengah hari / Solat Zuhur.

Jam 02.30 ptg.- 03.30 ptg.:Latihan Dalam Kumpulan ( 04 )

Jam 03.30 ptg- 04.30 ptg:Latihan Dalam Kumpulan ( 05 )

Jam 04.30 ptg.- 05.30 ptg.:Minum Petang / Solat Asar.

Jam 05.30 ptg.- 06.30 ptg.:Latihan Jasmani / Riadah.

Jam 06.30 ptg.- 08.30 mlm.:Makan Malam / Solat & Kuliah Maghrib / Solat Isyak.

Jam 08.30 mlm- 10.00 mlm:Penampilan Diri & Tayangan Video.Jam 10.00 mlm- 11.30 mlm:Penilaian Kursus

Jam 11.30 mlm

:Minum Malam / Rehat.

HARI KETIGA : ( AHAD )

Jam 05.30 pagi- 07.00 pagi:Solat & Kuliah Subuh.

Jam 07.00 pagi- 08.00 pagi:Latihan Jasmani / Riadah

Jam 08.00 pagi- 09.00 pagi:Sarapan Pagi / Bersedia Ke Dewan Kuliah.

Jam 09.00 pagi- 11.00 pagi:Latihan Dalam Kumpulan ( 06 )

Jam 11.00 tgh.- 12.45 ptg.:Penilaian Kursus:

Jam 12.45 tgh.- 02.30 ptg.:Makan Tengah hari / Solat Zuhur.Jam 02.30 ptg- 04.30 ptg:Perasmian Penutup & Penyampaian Sijil.Jam 04.30 ptg- 05.30 ptg:Minum dan Bersurai.( 11 )

L. MENU MAKAN DAN MINUM PESERTAHARI PERTAMA :

Jam09.00pagi

:Welcome Drink (light)

Jam12.45Tengahari:Makan Tengahari

Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng / Sambal / Air Sirap / Oren / Suam

Jam04.30petang

:Minum petang - Kueh 2 Jenis / Air Teh / Kopi.

Jam08.00Malam

:Makan Malam

Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng / Sambal /Air Sirap / Oren / Suam

Jam10.30Malam

:Minum Malam - Kueh 2 Jenis /Air Teh / kopi

HARI KEDUA :

Jam07.00Pagi

:Sarapan Pagi

Nasi Lemak / Nasi Goreng / Telor Goreng /Sambal Tumis / Air Teh / Kopi

Jam10.00Pagi

:Minum Pagi - Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

Jam12.45Tengahari:Makan Tengahari

Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng / Sambal / Air Sirap / Oren / Suam

Jam04.30petang

:Minum Petang - Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

Jam08.00Malam

:Makan Malam

Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng / Sambal / Air Sirap / Oren / Suam

Jam10.00Malam

:Minum Malam - Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

HARI KETIGA

Jam07.00Pagi

:Sarapan Pagi

Nasi Lemak / Nasi Goreng / Telor Goreng /Sambal Tumis / Air Teh / Kopi

Jam10.00Pagi

:Minum Pagi - Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

Jam12.45Tengahari:Makan Tengahari

Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng / Sambal / Air Sirap / Oren / Suam

Jam04.30petang

:Minum Petang - Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1.Sarapan Pagi-2 Kali

2.Minum Pagi-2 Kali

3.Makan Tengahari3 Kali

4.Minum Petang-3 Kali

5.Makan Malam-2 Kali

6.Minum Malam-3 Kali

( 12 )

M. PELAKSANAAN MODUL KURSUS

1. SEMANGAT SEPASUKAN :

i. Ketua kumpulan akan bertindak selaku Pemudahcara untuk menjayakan sesi perbincangan dengan memastikan kesemua peserta mengambil bahagian dan melantik seorang setiausaha untuk membuat catitan keputusan perbincangan.

ii. Setiap kumpulan dikehendaki mengadakan perbincangan selama 30 minit untuk mencari jalan penyelesaian untuk mencapai satu keputusan untuk dilaksanakan tugas yang diberi.

iii. Setiap kumpulan akan dipecahkan kepada 2 yang dianggotai oleh antara 5 hingga 6 orang setiap kumpulan kecil dan dikehendaki melintas garisan sepanjang 20 kaki, hanya 3 orang dari kumpulan kecil itu yang dibenarkan memijak garisan yang disediakan dari tempat mula (A) ke garis penamat (B)iv. Kumpulan dikehendaki membuat Post-Mortem daripada tugasan yang dilaksanakan samada berjaya atau tidak dan dikehendaki membentangkannya dalam kumpulan dan seterusnya kepada semua peserta kursus.

GAMBAR RAJAH MODUL :

( 13 )2. PEMIMPIN BERWIBAWA :

i. Ketua Kumpulan akan bertindak sebagai pemandu kepada peserta dalam menuju kesatu destinasi dan memastikan semua ahli kumpulannya selamat sampai tanpa mengalami kecederaan.

ii. Kumpulan akan mengadakan perbincangan bagaimanakah strategi yang akan digunakan supaya difahami oleh semua ahli-ahli kumpulan.

iii. Setiap ahli kumpulan akan menggunakan strategi tersebut sebagai panduan semasa melaksanakan tugasan yang diberikan dan ketua kumpulan dikehendaki memastikan ahli-ahli mematuhi arahan dan mengikuti strategi yang dicapai.

iv. Setiap ahli kumpulan akan ditutup mata mereka dan akan bergerak dari satu tempat kesatu tempat dengan mendapat panduan dari ketua kumpulan dengan menggunakan isyarat tanpa bersuara. Pergerakan adalah seperti berikut :GAMBAR RAJAH MODUL :

( 14 )3. SIDANG DEWAN RAKYAT :1. Ketua Kumpulan akan bertindak sebagai Pemudahcara untuk menjayakan sesi perbincangan dengan memastikan semua ahli kumpulan mengambil bahagian dan melantik seorang setiausaha untuk membuat catatan keputusan perbincangan.

2. Setiap kumpulan akan membincangkan isu bertajuk Kestabilan Politik dapat Membina Negara Maju Berbanding Pendidikan . Perbincangan akan diadakan selama 45 minit.

3. Setiap kumpulan akan dikumpulkan untuk sesi perbahasan sebagaimana yang berlaku dalam Sidang Dewan Rakyat atau Sidang Dewan Undangan Negeri.

4. Setiap peserta dikehendaki mengambil bahagian dalam sesi soal jawab berkaitan isu yang dibincangkan dan untuk itu setiap peserta dikehendaki bersedia dengan soalan-soalan dan jawapan kepada isu tersebut.

5. Urus setia akan menentukan kumpulan manakah yang akan menjadi pencadang, pembangkang dan bebas.

CONTOH GAMBAR RAJAH KEDUDUKAN DEWAN :

( 15 )4. CEMERLANG : GEMILANG : TERBILANG

a. Semua peserta kursus akan dibahagikan kepada 7 kumpulan di mana setiap kumpulan akan dianggotai seramai 10 hingga 12 orang peserta.

b. Setiap kumpulan akan diberikan satu sampul surat yang mengandungi arahan untuk dilaksanakan dan arahan ini perlu dibincangkan dalam kumpulan.

c. Setiap kumpulan akan melaksanakan tugas seperti berikut :

1. Kumpulan 1 : Melantik Diri Sendiri.2. Kumpulan 2 : Membangkang Lantikan Kumpulan 1.3. Kumpulan 3 : Menyokong Kumpulan 1.4. Kumpulan 4 : Mencadangkan Kumpulan 6.5. Kumpulan 5 : Mengagalkan Sebarang Perlantikan.6. Kumpulan 6 : Mencadangkan Kumpulan 7.7. Kumpulan 7 : Mencadangkan Kumpulan 2.d. Kumpulan yang berjaya akan menerima hadiah dan dianggap sebagai kumpulan terbaik dan sekali gus menguasai kursus yang diadakan.

e. Pada akhir sesi semua peserta akan kembali kepada kumpulan asal dan mengadakan perbincangan serta membuat post-mortem mengenai apa yang berlaku dan dikehendaki membentangkan dalam kumpulan dan seterusnya kepada peserta kursus.f. Penilaian akan dibuat oleh Kem Komandan dan individu yang akan ditentukan.g. Kemuncak kursus ini akan menyaksikan semua peserta kursus bersama dengan pemudahcara daan jurulatih serta jawatankuasa penganjur akan berselawat sebagai menutup kursus.( 16 )5. MERCU KEJAYAAN :

a. Ketua Kumpulan akan bertindak selaku Pemudahcara untuk menjayakan sesi perbincangan dengan memastikan kesemua peserta mengambil bahagian dan melantik seorang setiausaha untuk membuat catatan keputusan perbincangan.

b. Setiap kumpulan dikehendaki mengadakan perbincangan selama 30 minit untuk mencari jalan penyelesaian untuk mencapai satu keputusan yang akan dilaksanakan kepada tugas yang diberikan sebagaimana gambar rajah di bawah :

c. Kumpulan dikehendaki membina sebuah menara atau bangunan seberapa tinggi yang boleh sebagai tanda kumpulan itu juara berbanding kumpulan lain dengan kelengkapan yang disediakan oleh Urus setia.

d. Menara yang siap dibina oleh peserta akan diarak kesuatu tempat yang akan ditentukan oleh Urus setia dan kumpulan dikehendaki memastikan menara tersebut selamat sampai tanpa mengalami kerosakan.

CONTOH GAMBAR RAJAH MODUL :

( 17 )PENERANGAN / LATARBELAKANG GERAK KERJA PILIHANRAYAMODUL BILIK GERAKAN PILIHANRAYA-------------------------------------------------------------------------------------------------

1. MODUL PEMBENTUKAN BILIK GERAKAN PILIHANRAYA :

a. Latarbelakang Modul :

Dalam menghadapi pilihanraya sesebuah organisasi hendaklah mempunyai sebuah bilik gerakan yang bertindak untuk mengemas dan melancarkan sesuatu gerak kerja yang berkaitan dengan pilihanraya. Peserta perlu faham mengapa dan kenapa sebuah Bilik Gerakan itu amat penting dan apakah tanggungjawab pengelola bilik Gerakan. Sesebuah Bilik Gerakan Pilihanraya yang bermaklumat akan memastikan jentera pilihanraya yang dibentuk dapat memainkan peranan dengan berkesan.

b. Latihan Dalam Kumpulan :

i. Setiap kumpulan dikehendaki mengadakan perbincangan dimana setiap ahli kumpulan hendaklah tidak terkecuali menyumbangkan pandangan dalam perbincangan.

ii. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang Jurutulis bagi mencatit pandangan setiap ahli kumpulan dan Ketua Kumpulan bertindak sebagai pengerusi untuk membuat rumusan dan keputusan hasil dari perbincangan.

iii. Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan mengenai Apakah yang perlu ada dalam sesebuah Bilik Gerakan Pilihanraya dan apakah rasionalnya Bilik Gerakan itu diadakan ( 18 )UNTUK PANDUAN PEMUDAHCARA

( Dirahsiakan dari pengetahuan semua peserta kursus )

c. Pengisian Bilik Gerakan Pilihanraya :

Sesebuah Bilik Gerakan mestilah mempunyai perkara-perkara sebagaimana dibawah dan secara tidak langsung membantu kekuatan parti dalam kempen pilihanraya :

i. Carta Organisasi.

Jawatankuasa Komponen Parti.

Jawatankuasa Parti.

Jawatankuasa Sayap Parti.

Jawatankuasa Bilik Gerakan.

Jawatankuasa Setiap Portfolio.

ii. Peta Kawasan Pilihanraya.

Peta Kawasan Parlimen.

Peta Kawasan Dewan Undangan Negeri.

Peta Kawasan Daerah Mengundi.

Taburan Pengundi mengikut kaum

Status setiap Daerah Mengundi.

Taburan pengaruh parti bagi setiap Daerah

Mengundi.

Gambar calon-calon yang bertanding mengikut parti.

iii. Daftar Pemilih.

Pecahan Pengundi Mengikut Kaum dan Jantina bagi kawasan Parlimen.

Pecahan Pengundi Mengikut kaum dan Jantina bagi kawasan Dewan Undangan Negeri.

Pecahan Pengundi Mengikut kaum dan Jantina bagi kawasan Daerah Mengundi

( 19 )

iv. Tempat Mengundi :

Nama tempat, alamat dan jumlah saluran tempat membuang undi bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

v. Keputusan Pilihanraya Umum :

Keputusan Pilihanraya Bagi Kawasan Parlimen mengikut setiap Daerah Mengundi dan saluran serta status tahun 2004.

Keputusan Pilihanraya Bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri mengikut Daerah Mengundi dansaluran serta status tahun 2004.

Keputusan pilihanraya kawasan Parlimen mengikut setiap Daerah Mengundi berasaskan kepada angka dan peratus bagi tempuh 3 pilihanraya iaitu tahun 1990 / 1995 / 1999.

Keputusan pilihanraya kawasan Dewan Undangan Negeri mengikut setiap Daerah Mengundi berasaskan kepada angka dan peratus bagi tempuh 3 pilihanraya iaitu tahun 1990 / 1995 / 1999.

vi. Kajian Sikap Pengundi :

Carta menunjukkan status sikap pengundi kawasan Parlimen mengikut setiap Daerah Mengundi diantara kaum dan jantina.

Carta menunjukkan status sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri mengikut setiap Daerah Mengundi diantara kaum dan jantina.

Carta pergerakan status sepanjang kempen pilihanraya setiap Daerah Mengundi mengikut kawasan Parlimen.

Carta pergerakan status sepanjang kempen pilihanraya setiap Daerah Mengundi mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri.

( 20 )

vii. Kekuatan Parti-Parti :

Jumlah Ahli Parti dan jumlah boleh mengundi bagi setiap parti-parti dalam komponen.

Jumlah Ahli Parti dan jumlah boleh mengundi bagi setiap parti-parti pembangkang.

viii. Senarai Parti-Parti Politik :

Jumlah cawangan-cawangan bagi setiap parti-parti dalam komponen bagi setiap Dewan Undangan Negeri.

Jumlah cawangan-cawangan bagi setiap parti pembangkang bagi setiap Dewan Undangan Negeri.

ix. Senarai Badan Sukarela :

Jumlah Persatuan dan Pertubuhan Sukarela dalam setiap kawasan Dewan Undangan Negeri berserta nama, alamat dan no. talipon pengerusinya.

x. Senarai Kemudahan Asas :

Jumlah Balairaya dan lokasi

Jumlah Masjid dan lokasi.

Jumlah Surau dan lokasi

Jumlah Sekolah Menengah dan lokasi.

Jumlah Sekolah Rendah dan lokasi.

Jumlah Tokong dan lokasi.

Jumlah Kuil dan lokasi.

Jumlah Balai / Pondok Polis.

Jumlah Kompleks Penghulu dan lokasi.

Jumlah Ketua Kampung dan lokasi.

( 21 )

xi. Carta Status Setiap Jentera Pilihanraya.

Senarai nama pengerusi dan jumlah petugas

a. UMNO.

b. MCA.

c. GERAKAN

d. MIC.

e. PPP.

xii. Carta Perjalanan Aktiviti :

Pergerakan aktiviti yang diadakan setiap hari mengikut tarikh, masa, tempat, penceramah dan VIP yang hadir bagi parti-parti dalam komponen bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

Pergerakan aktiviti yang diadakan oleh parti pembangkang mengikut tarikh, masa, tempat, penceramah dan VIP yang hadir bagi parti-parti pembangkang bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

xiii. Carta Isu-Isu Yang Di Kumpul :

Kertas-kertas kempen oleh parti kerajaan bagi setiap Dewan Undangan Negeri.

Kertas-kertas kempen oleh parti pembangkang bagi setiap Dewan Undangan Negeri.

xiv. Carta Laporan Hari Membuang Undi :

Carta pergerakan pengundi membuang undi setiap 2 jam mengikut Daerah Mengundi bagi setiap Dewan Undangan Negeri.

Carta Keputusan Pilihanraya bagi setiap Daerah Mengundi mengikut saluran sebagaimana laporan dari Counting Agent.

Carta Keputusan yang disahkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya bagi Daerah Mengundi mengikut saluran bagi setiap Kawasan Parlimen.

Carta Keputusan yang disahkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya bagi Daerah Mengundi mengikut saluran bagi setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri.

( 22 )

2. FALSAFAH LATIHAN DALAM KUMPULAN :

a. Mendedahkan peserta bahawa sesebuah Bilik Gerakan Pilihanraya merupakan nadi dan jantung kepada sesebuah organisasi untuk menggerakkan jentera pilihanraya lebih berkesan dan tidak lari dari landasan bertugas mengikut system berkerja.

b. Maklumat yang diterima dan disimpan dalam Bilik Gerakan akan dapat memastikan sokongan pengundi terus dapat dipantau dan dikawal serta membolehkan perancangan dirancang dengan lebih berkesan.

c. Keupayaan petugas Bilik Gerakan akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan arahan-arahan tugas kepada jentera pilihanraya supaya tidak menimbulkan ketegangan dan kekeliruan jentera pilihanraya menjalankan tugas.

d. Bertugas dengan lebih sistematik berasaskan panduan yang ada dalam Bilik Gerakan dan focus terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan.

e. Pemantauan dari pucuk pimpinan akan lebih mudah dan menjimatkan masa berkempen dengan menjalankan gerak kerja secara gerak tumpu.

3. KESIMPULAN :

a. Dengan adanya maklumat sebagaimana yang dinyatakan itu, ianya dapat memastikan perjalanan kempen yang dilaksanakan akan berjaya digerakkan secara sistematik dan mudah.

b. Kejayaan Bilik Gerakan itu boleh membantu kekuatan dan menimbulkan semangat bekerja kepada jentera pilihanraya yang dibentuk.

c. Operasi Bilik Gerakan akan berkesan jika petugasnya focus dan memberi tumpuan penuh mengenai kehendak-kehendak yang perlu ada dalam sesebuah Bilik Gerakan.

( 23 )

PENERANGAN / LATARBELAKANG GERAK KERJA PILIHANRAYAMODUL PEMETAAN KAWASAN PILIHANRAYA ( MAPING )-------------------------------------------------------------------------------------------------

1. MODUL GERAK KERJA PEMETAAN ( MAPING ) :

a. Latarbelakang Modul :

i. Dalam menghadapi pilihanraya umum, portfolio Gerak Mesra Wanita adalah satu jentera yang amat penting bagi mengesan pengundi-pengundi.

ii. Portfolio ini merupakan nadi kepada Bilik Gerakan dan lain-lain jentera yang dibentuk untuk memastikan keberkesanan kempen yang diadakan.

iii. Kejayaan gerak kerja portfolio ini akan dapat menentukan kekuatan dan sokongan pengundi kepada parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya.

b. Latihan Dalam Kumpulan :

i. Setiap kumpulan dikehendaki mengadakan perbincangan dimana setiap ahli kumpulan hendaklah tidak terkecuali menyumbangkan pandangan dalam perbincangan.

ii. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang Jurutulis bagi mencatit pandangan setiap ahli kumpulan dan Ketua Kumpulan bertindak sebagai pengerusi untuk membuat rumusan dan keputusan hasil dari perbincangan.

iii. Buat sebuah peta kawasan pilihanraya dan perkara yang perlu ada dalam peta tersebut sebagai asas untuk menjalankan kerja-kerja pilihanraya. Lantik seorang wakil untuk membentangkan rumusan perbincangan

( 24 )

Bagaimana untuk memetakan sesebuah kawasan tumpuan bagi melancarkan gerak kerja. Dalam pemetaan tersebut tunjukkan jalan, lorong, taman perumahaan dan kampong yang terdapat dalam sesebuah kawasan.

Tunjukkan rumah-rumah pengundi yang terdapat dalam peta tersebut dan warnakan mengikut pengaruh parti bagi rumah-rumah yang dikenal pasti mengikut kaedah :

a.Merah - Penyokong Pembangkang

b.Kuning- Penyokong Atas Pagar

c.Hijau

- Penyokong Kerajaan

Tunjukkan rumah-rumah pengundi mengikut kaum yang terdapat dalam peta dan warnakan seperti berikut atau mengikut kesesuaian peserta sendiri :

a.Biru

- Melayu

b.Pink

- Cina

c.Hitam

- India

Buat carta yang menunjukkan sokongan pengundi berasaskan kepada peta yang dilakarkan berasaskan kepada angka dan peratus.

Tunjukkan tempat membuang undid an tunjukkan lokasi Bilik Gerakan Parti-Parti. Tunjukkan kemudahan asas yang ada seperti Masjid, Surau, Tokong, Kuil, sekolah dan pondok polis.

Lantik seorang wakil untuk membentangkan Latihan Dalam Kumpulan ini dengan menggunakan peta yang dihasilkan oleh kumpulan.

( 25 )

LATIHAN DALAM KUMPULAN

MEREMPUH HALANGAN - ( JUNGLE TRACKING )

1. PENERANGAN PROGRAM :

A. Program dilaksanakan untuk menguji ketahan fizikal dan mental peserta semasa menghadapi suasana yang tidak menentu sesuai untuk melengkapkan peserta kepada suasana bekerja yang berubah-ubah dari masa mengikut kesesuaian tempat bertugas.

B. Program untuk menilai kesepakatan dan semangat berkerja secara berkumpulan oleh setiap peserta sebagai satu usaha memupuk sikap bertolak ansur dalam melaksanakan tugas yang diarahkan.

2. GERAK KERJA SEBELUM BERMULA AKTIVITI :

2.1 .Setiap kumpulan akan diarah melantik seorang Ketua Kumpulan dan seorang Penolong Ketua.

2.2. Jurulatih akan memastikan semua peserta berada dalam keadaan yang sihat dan mana-mana peserta yang kesihatan mereka tidak mengizinkan hendaklah dikecualikan dari sesi ini. Antaranya ialah mereka yang mengidap sakit jantung, darah tinggi, asmah / lelah / semput dan mengandung.

2.3. Taklimat akan diberikan oleh Jurulatih mengenai aktiviti yang dijalankan dan antaranya ialah pandu arah, tempat mula dan tamat, tempat hentian rehat dan alat perhubungan apabila berlaku kecemasan.

2.4. Setiap kumpulan akan disertai oleh Jurulatih / Pemudahcara yang dilantik oleh Ketua Jurulatih dan mereka bertindak sebagai penasihat dan apa jua yang hendak dilakukan oleh peserta adalah keputusan kumpulan itu sendiri.

2.5. Semua peserta semasa melalui aktiviti merempuh halangan ini hendaklah sentiasa peka pada keadaan sekeliling dan sentiasa berwaspada serta bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

( 26 )

2.6. Semua peserta diingatkan supaya sentiasa berada dalam kumpulan dan tidak berpecah. Semangat sepasukan adalah satu elemen yang amat penting dalam sesi ini untuk mencapai tujuan dan matlamat.

2.7. Peserta akan dinilai tahap pencapaian secara individu dan berkumpulan. Penilaian akan dibuat mengikut kaedah :-

a. Kecekapan menyelesaikan masalah.

b. Keberanian menghadapi sebarang kemungkinan.

c. Semangat kerjasama sepasukan.

d. Mematuhi arahan.

e. Menepati masa.

2.8. Semua kumpulan akan melalui 4 hentian (Check-Point) dan dikehendaki melaporkan kedudukan kumpulan masing-masing seperti arahan dibawah :

a. Jumlah peserta dalam kumpulan.

b. Kesihatan peserta samada sihat atau cedera

c. Menyerah kembali amanah diberikan oleh Ketua Jurulatih.

2.9. Masa untuk sesi ini bergantung kepada kemampuan setiap peserta dan akan dinilai oleh Ketua Jurulatih sebaik sampai ke garisan penamat.( 27 )

3. ARAHAN-ARAHAN TETAP CHECK POINT

a) Garis Permulaan :

i. Semua peserta akan dibekalkan peralatan bagi tujuan merempuh halangan dan pastikan semua peralatan mencukupi dan tidak ada yang tertinggal. Peserta dikehendaki menjaga peralatan yang diberikan dengan baik dan tidak rosak.

( Tali / Selo Tape / Air / Gum / Buku Nota / Bag Plastik / Bandage / Kapas / Sampul Surat / Telor )

ii. Ketua Kumpulan dikehendaki melantik salah seorang peserta untuk menjaga peralatan yang dibekalkan.

b) Check Point 1.

i. Kumpulan anda dikehendaki mencantumkan gambar yang terdapat didalam sampul surat bernombor 1.

ii. Apabila siap tunjukkan kepada Jurulatih untuk pengesahan dan sambung perjalanan ke Check Point 2.

c) Check Point 2.

i. Cantumkan gambar didalam sampul surat bernombor 2. Apabila selesai cantumkan gambar tersebut dengan gambar yang telah siap di Check Point 1.

ii. Semasa kumpulan anda sedang menyiapkan tugasan, seorang ahli kumpulan terjatuh dan mengalami kecederaan di kedua-dua belah mata. Beri rawatan dan bantu perjalanannya ke Garis Penamat.

iii. Dapatkan pengesahan dari Jurulatih Kumpulan untuk meneruskan perjalanan ke Check Point 3.

( 28 )

d) Check Point 3.

i. Cantumkan gambar didalam sampul surat bernombor 3. Apabila selesai cantumkan gambar tersebut dengan gambar dari Check Point 1 dan 2.

ii. Dalam kesibukan itu seorang rakan anda terjatuh dan patah kaki. Beri rawatan dan bantu perjalannya ke Garis Penamat.

iii. Dapatkan pengesahan dari Jurulatih kumpulan untuk meneruskan perjalanan ke Check Point 4.

e) Check Point 4.

i. Cantumkan gambar didalam sampul surat bernombor 4. Apabila selesai cantumkan gambar tersebut dengan gambar-gambar dari Check Point 1, 2 dan 3.

ii. Tahniah !! anda semakin hampir ke garisan penamat. Dalam masa yang sama tiba-tiba salah seorang ahli kumpulan anda pengsan dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

iii. Bincang dalam kumpulan bagaimana hendak membawa rakan anda yang buta, patah kaki dan pengsan ke garis penamat.

iv. Dapatkan pengesahan dari Jurulatih Kumpulan untuk meneruskan perjalanan ke Garisan Penamat.

f) Garis Penamat :

i. Tahniah !!! Kumpulan anda telah berjaya menamatkan perjalanan dengan kejayaan mengembalikan maruah pemimpin yang berpecah belah.

ii. Lapodiri kepada Ketua Jurulatih dan maklumkan kekuatan anggota kumpulan.

iii. Serahkan semua peralatan yang dibekalkan dan tugasan yang diberikan kepada Ketua Jurulatih.

( 29 )

iv. Duduk dalam satu bulatan dan adakan perbincangan untuk membuat rumusan pengalaman dalam aktiviti ini. Perbincangan hendaklah berkaitan perkara-perkara seperti berikut :

a. Pengalaman sepanjang perjalanan aktiviti.

b. Apa kaitan gambar pemimpin negara dengan diri anda sebagai seorang Pegawai JASA.

c. Apa kaitan kecederaan yang dialami oleh ahli kumpulan anda dengan aktiviti ini.

d. Falsafah keseluruhan aktiviti.

4. FALSAFAH PROGRAM :

4.1.Memberi penekanan kepada peserta bahawa peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang Pegawai JASA kepada negara amat penting dan tiada tolak ansur dalam menegakkan tunggak pemerintahan negara.

4.2.Membina jatidiri untuk bekerja dalam satu keluarga JASA yang tidak mempunyai rasa hasat dengki dan iri hati sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang Pegawai JASA.

4.3.Memupuk semangat berkerja dalam apa jua keadaan apabila diarah dan melaksanakan tugas sebagaimana arahan tanpa sebarang persoalan.

4.4.Membina sikap kreatif di kalangan pegawai supaya bekerja dengan semangat tinggi untuk menghasilkan satu kerja yang boleh dibanggakan oleh Jabatan.

( 30 )

4.5.Memupuk sikap menghormati diantara satu sama lain tanpa mengira pangkat dan umur serta dapat bekerjasama bagi mencapai tujuan dan matlamat bersama kearah kegemilangan Jabatan.

5. KESIMPULAN :

Modul ini memberi penekanan kepada peserta supaya mempunyai kekuatan mental dan fizikal sekiranya mereka perlu bertugas menghadapi tugas-tugas berkempen dalam pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.

Panjang 20 Kaki

Panjang garisan-20 kaki

Lebar garisan- 6 inchi

Peserta dikehendaki berkumpul dalam bulatan A dan setelah berjaya melintasi garisan dikehendaki berkumpul dalam bulatan B. sehingga diarah untuk meninggalkan bulatan B.

A

B

Peserta bergerak ke

Bulatan biru berkumpulan dengan

Dipandu oleh Ketua menggunakan isyarat

Tanpa suara.

Setiap peserta memegang tali ke bola merah

Dari bulatan biru dengan dipandu Ketua.

SPEAKER / TIM. SPEAKER

PENCADANGPEMBANGKANG

PARTI BEBAS