kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

Upload: hulma96

Post on 30-May-2018

336 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    1/26

    ELEMEN 1

    TAJUK: MUZIUM SUNGAI LEMBING

    SENARAI SEMAK

    Bil Sumber Tandakan (/)i Buku ilmiahii Jurnaliii Akhbar iv Majalahv Orang sumber vi Melawat tempat kajianvii Internet

    viii Televisyenix Radiox VCD/ DVDxi Sumber lain

    MARKAH

    ELEMEN 2

    TAJUK; MUZIUM SUNGAI LEMBING

    SENARAI SEMAK

    Bil Perkara Tandakan (/)i Tajuk kajianii Senarai kandunganiii Penghargaaniv Objektif kajian

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    2/26

    v Kaedah kajianvi Hasil kajianvii Rumusanviii Lampiranix Rujukan

    MARKAH

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    3/26

    MUZIUM SUNGAI

    LEMBING

    ISI KANDUNGAN

    Bil Perkara m/si Tajuk kajianii Isi kandunganiii Penghargaan

    iv Objektif kajianv Kaedah kajianvi Hasil kajianvii Rumusanviii Lampiranix Rujukan

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    4/26

    PENGHARGAAN

    Assalamualaikum w.b.t. ,

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan

    kerja kursus ini. Kesampaian di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

    semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga

    terhasilnya folio ini. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kapada ibu bapa saya

    yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

    Setinggi-tinggi penghargaan kepada En Mahadi bin Abdul Aziz dan En. Zaini bin

    Mohammed, guru sejarah tingkatan 3 yang telah banyak memberi panduan, nasihat serta

    bimbingan sepanjang kajian dijalankan, juga kepada Tuan Haji Basirun bin Abdullah

    Hasim iaitu pengetua Sekolah Berasrama penuh Integrasi Kuantan yang banyak memberi

    sokongan dan dorongan kepada para pelajar. Tidak lupa, rakan-rakan seperjuangan saya.

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    5/26

    Ribuan terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan tidak kira agama dan bangsa.

    Saya inigin mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden-responden kerana sudi

    ditemubual. Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam

    menjayakan folio ini.

    Sekian,Wassalam.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif Am :

    1. Memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 3

    2. Memenuhi keperluan Peperiksaan Menengah Rendah(PMR)

    Objektif Khusus :

    Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah

    yang sahih.Ini akan dapat membatu saya membuat satu kajian yang berilmiah dengan

    tatacara yang betul,jelas dan tepat

    Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang

    berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga

    kalangan generasi muda melalui kajian ini.

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    6/26

    Selain itu, dengan membuat kajian ini, saya dapat menguasai teknik membuat kerja

    seperti menemu bual, melawat tempat lawatan dan lain lain.

    Kajian ini dilakukan untuk mengetahui keistimewaan bangunan yang dikaji sehingga

    bangunan itu diiktiraf menjadi tempat bersejarah.

    KAEDAH KAJIAN

    Sepanjang kajian ini dijalankan, saya menggunakan 5 kaedah iaitu :

    1. Pemerhatian

    2. Rujukan

    3. Soal selidik

    4. Menemubual

    5. Pandang Dengar

    Kaedah pemerhatian

    Saya menggunakan kaedah pemerhatian dengan melawat ke Muzium Sungai

    Lembing tersebut. Saya pergi ke tempat lawatan menaiki kenderaan ayah saya

    bersama keluarga saya. Saya mendapat hampir keseluruhan latar belakang

    bangunan yang dikaji.

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    7/26

    Saya melihat dan memerhati aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bangunan tersebut

    Kaedah rujukan

    Saya merujuk di pejabat berhampiran bangunan tersebut bagi mendapat lebih

    maklumat walaupun sibuk dengan peperiksaan yang diadakan. Melalui kaedah

    ini, saya dapat lebih banyak maklumat tentang latar belakang serta struktur binaan

    bangunan tersebut.

    Kaedah soal selidik

    Saya telah melakukan penyelidikan melalui bahan-bahan ilmiah dan orang

    sumber yang berkaitan dengan Bangunan Bersejarah untuk mendapatkan

    maklumat untuk menyiapkan folio ini.

    Saya mengkaji dan menyelidik aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Bangunan

    Bersejarah itu.

    Kaedah temu bual

    Bagi mengumpulkan maklumat tentang Bangunan Bersejarah, saya telah menemu

    bual pembantu am, En Syed Alwi bin Akil dan pembantu kurator kanan, Pn

    Rebiah binti Mohd Yusof di muzium tersebut

    Kaedah pandang dengar

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    8/26

    Saya telah menonton rancangan dokumentari iaitu majalah 3 yang disiarkan di

    TV3. Tajuk yang menjadi penyiaran pada hari Sabtu, 4 April 2009 ialah Muzium

    Sungai Lembing pada pukul 9 malam.

    HASIL KAJIAN

    Nama bangunan

    Nama bangunan ini ialah Muzium Sungai Lembing. Nama ini diambil sempena

    nama Sungai Lembing. Ada yang mempercayai bahawa nama Sungai Lembing berasal

    daripada perkataan lembing iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam

    pemburuan. Kisahnya bermula apabila sekumpulan pemburu si satu kawasan hutan telah

    melontar sebatang lembing pada seekor kijang. Dalam usaha menyelamatkan diri, kijang

    tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak pada badannya. Semenjak peristiwa itu, kawasan itu dikenali sebagai Sungai Lembing

    hingga kini.

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    9/26

    Latar belakang

    Pekan Sungai Lembing terletak kira-kira 42 kilometer dari bandar Kuantan,

    Pahang. Ramai yang tidak menyedari sejarah dan keunikan yang terdapat di sini

    berikutan lokasinya yang agak jauh dan jalan raya yang menghubungkannya sering

    dilanda banjir. Namun keadaan telah mula berubah sejajar dengan perkembangan pesat

    yang dilaksanakan di bandar Kuantan. Dalam perjalanan menuju ke pekan Sungai

    Lembing dapat diperhatikan beberapa buah taman peru mahan, kawasan industri dan juga

    projek naik taraf kampung serta beberapa batang jalan raya di kawasan sekitarnya. Selain

    itu, terdapat juga beberapa tarikan lain seperti Gunung Tapis, kolam air panas di Sungai

    Jin, Bukit Panorama, Gua Charas dan Hutan Lipur Panching.

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    10/26

    Terdapat pelbagai mitos tentang asal-usul nama Sungai Lembing. Ada yang

    mempercayai bahawa nama Sungai Lembing berasal daripada perkataan lembing iaitu

    sejenis senjata yang sering digunakan dalam pemburuan. Kisahnya bermula apabila

    sekumpulan pemburu di satu kawasan hutan telah melontar sebatang lembing pada seekor

    kijang. Dalam usaha menyelamatkan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai

    dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak di badannya. Semenjak peristiwa itu,

    kawasan itu dikenali sebagai Sungai Lembing sehingga kini.

    Menurut sejarah, pengasas pertama Sungai Lembing ini ialah William Fraser iaitu

    pada tahun 1887. Kemudian disambung oleh Capt. Harry Teague 1888, Capt. James

    Hosking 1889, Arthur H. Neild 1890 dan W. H. Derrick 1895-1905.

    Bangunan ini mula dibina sebelum tahun 1906 iaitu tahun 1886 dan ia diubah suai

    dari semasa ke semasa bermula dari zaman J.T.Marriner pada tahun 1911 hingga ke

    zaman pengurusan H.R.M Hodding pada tahun 1966.

    Alamat bagi bangunan ini ialah Muzium Sungai Lembing, Sungai Lembing,

    26200 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Muzium Sungai Lembing terletak berhampiran

    dengan Kuantan di negeri Pahang Darul Makmur. Jaraknya dari Kuantan kira-kira 60 km.

    Kampung yang popular di sini ialah Kampung Kenau ditepi Sungai Kenau . Muzium ini

    dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung

    Serudom (1055 m) di Selatannya. Kehijauan hutan amat terasa di sini.

    Antara tujuan penubuhan bangunan ini ialah untuk mengimbas kembali sejarah

    kegemilangan Sungai Lembing serta tokoh-tokoh dalam peristiwa sejarah negara untuk

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pahanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuantanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kampung_Kenau&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sungai_Kenau&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Tapishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Serudomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Serudomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pahanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuantanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kampung_Kenau&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sungai_Kenau&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Tapishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Serudomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Serudom
  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    11/26

    ditatap generasi kini dan akan datang serta menonjolkan elemen-elemen penting yang

    berkaitan dengan kegemilangan sejarah biji timah di Sungai Lembing. Selain itu,

    penubuhan bangunan ini juga dapat memelihara dan mengumpul sejarah kebudayaan

    negara termasuk artifak, monumen serta tinggalan-tinggalan lain di Sungai Lembing

    untuk terus dipelihara dan disimpan. Muzium ini dapat menarik masyarakat dan para

    pelawat agat terus meminati sejarah warisan negara seterusnya memanfaatkan

    pengetahuan yang diperolehi. Tambahan juga, muzium ini dapat menyebarkan maklumat

    kepada penyelidik dan pencinta sejarah seterusnya menggiatkan usaha-usaha lain ke arah

    pendokumentasian sejarah yang berkaitan.

    Jumlah keseluruhan kos pembinaan bangunan ini tidak diketahui. Hal ini kerana

    bangunan ini pada asalnya ialah sebuah banglow untuk pengurus Inggeris yang menetap

    disitu.

    Bangunan ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

    Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar

    Riayatuddin Al-Muadzam Shah. Perasmian ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang

    Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum

    Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP.,

    DMN., DK(Perak)., DK(Johor)., DK(Kelantan)., DK(Terengganu)., DK(Perlis).,

    DK(Kedah)., DKMB., DK(Brunei)., DK(Negeri Sembilan)., DK(Selangor)., Qiladah

    Badr Al-Kubra(Saudi Arabia)., Qiladah Al-Syeikh Mubarak Al-Kabir(Kuwait)., Grand

    Order of The Mugunghwa(South Korea)., Hon.D.Litt(Malaya)., LLD.hc.(Northrop USA)

    pada 23 April 2005 bersamaan 14 Rabiulawal 1426 Hijrah.

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    12/26

    Keistimewaan Bangunan

    Pelan bangunan ini berbentuk empat segi. Bahagian utama bangunan ini ialah

    sebuah anjung yang berada di pintu utama bangunan. Struktur binaan bangunan

    bersejarah ini mengikut gaya vernikular-kolonial. Pelan bangunan ini boleh dilihat di

    bahagian lampiran.

    Pada mulanya bangunan ini hanya bersaiz kecil dengan atap yang diperbuat

    daripada daun nipah dan berdindingkan kayu. Kemudian ia diubahsuai sehingga

    kebanyakan daripada bangunan ini menggunakan batu konkrit manakala bahagian yang

    lain menggunakan kayu.

    Bangunan ini telah mengalami pengubahsuaian yang memakan belanja

    RM1,809,818.50 bermula dari tarikh milik tapak 20 Oktober 1997 hingga tarikh siap 23

    Mac 1998. Kerja-kerja pengubahsuaian dilanjutkan masa sehingga 31 disember 1999.

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    13/26

    Kontraktor untuk kerja-kerja pemuliharaan/konservasi bangunan ini ialah Primever

    Enterprise Sdn. Bhd.

    Keseluruhan konsep pembinaan muzium ini menggunakan pelbagai media dan

    teknik pameran. Susunatur muzium ini adalah mengikut urutan kronologi sejarah,

    peristiwa dan artifak bagi memudahkan para pelawat melihat, memahami dan menghayati

    setiap informasi yang dipamerkan, justeru itu segmen ini menampilkan diorama dan

    pameran yang mengimbau waktu kegemilangan yang mampu mengembalikan nostalgia.

    Pada mula pembinaannya, ia digunakan untuk pengurus eropah dan dikenali

    sebagai Banglow Eropah (the European Bungalow), kemudian sebagai markas tentera

    Jepun ketika perang dunia kedua pada 1941 sehingga 1945. Akhir sekali, pada 20

    Oktober 1997, bangunan ini telah dipemuliharaan dan dijadikan sebagai muzium untuk

    tontonan pelancong.

    Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula sebelum tahun 1906,

    sebagai tempat kediaman bagi pengurus besar syarikat lombong biji timah di Sungai

    Lembing. Ketika zaman kegemilangan perlombongan bijih timah yang diusahakan secara

    intensif oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) sejak tahun 1906,

    bangunan muzium itu sebenarnya digunakan sebagai tempat kediaman pengurus besar

    yang menguruskan lombong bijih timah tersebut. Strultur binaan bangunan ini mengikut

    gaya vernikular-kolonial dan mempunyai kronologi pembinaan yang tersendiri.

    Bangunan dua tingkat ini meliputi kawasan seluas 2.235 hektar. Bangunan ini dibina

    dengan ciri-ciri senibina zaman inggeris. Kesemua elemen elemen dalam membina

    bangunan tersebut menambah nilai estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    14/26

    ikutan dan penentu aliran kecenderungan dalam pembinaan bangunan awam (civic

    building).

    Menurut sumber, terdapat sebuah bilik di situ yang pernah digunakan oleh Sultan

    Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Abdullah sekitar tahun

    1950-an. Bilik tersebut digunakan semasa baginda melawat Sungai Lembing sebanyak

    tiga kali dan menjadikan tempat itu sebagai tempat persinggahan baginda.

    RUMUSAN

    Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam

    tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan,

    pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui

    banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak

    memperoleh maklumat tentang bangunan bersejarah ini. Oleh itu, saya mesti menghargai

    dan berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan

    dan keunikan bangunan ini yang menyebabkannya terkenal di malaysia.

    Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama

    antara rakanrakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan

    sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakanrakan berganding

    bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan itu.

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    15/26

    Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran

    membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul derta menigkatkan kemahiran

    berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk

    berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini,

    saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

    RUJUKAN

    Dalam menyiapkan kajian saya, saya telah menggunakan lima kaedah untuk mendapatkan

    maklumat bangunan bersejarah Muzium Sungai Lembing, Pahang. Cara ini saya gunakan kerana

    ianya bersesuaian dengan kemampuan saya kerana saya tinggal jauh untuk melawat sendiri

    muzium tersebut.

    Orang sumber

    1. pembantu am muzium, Encik Syed Alwi bin Syed Akil , 54 tahun, Muzium

    Sungai Lembing, Sungai Lembing, 26200 Kuantan, Pahang Darul Makmur

    2. penolong kurator kanan muzium

    Internet

    1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembing

    2. http://pahangtrekker.malaysiatrekker.com/muzium_sg_lembing.htm

    Surat khabar

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembinghttp://pahangtrekker.malaysiatrekker.com/muzium_sg_lembing.htmhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembinghttp://pahangtrekker.malaysiatrekker.com/muzium_sg_lembing.htm
  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    16/26

    1. berita harian- Bangga jadi 'penjaga tali hayat'. Isnin, 23 Februari 2009

    2. harian metro- Imbau sejarah lombong timah. Khamis, 12 Mac 2009

    Media massa

    1. tv3-sabtu, 4 April 2009 pada pukul 9 malam

    Buku ilmiah

    1. Mohd Bakri Jaffar & Dr.Azmy Morsidi, 2007, Menjejaki Warisan Kita,

    Shah Alam, Jras Corporation Sdn.Bhd

    LAMPIRAN

    Buku Ilmiah

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    17/26

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    18/26

    Pelan bangunan

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    19/26

    Melawat Tempat KajianMuzium Sungai Lembing, Sungai Lembing, 26200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    20/26

    Peta ke tempat kawasan kajian

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    21/26

    Sumber Internet

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    22/26

    Cover page cd

    Tajuk: Perlombongan bijih timah sungai lembing

    Terbitan: Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Melayu

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    23/26

    Orang Sumber

    Encik Syed Alwi bin Syed Akil , 54 tahun, Muzium Sungai Lembing, Sungai Lembing,

    26200 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    24/26

    ESEI Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat

    cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

    Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat

    menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu, kerajaan telah

    menjalankan berbagaibagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan

    bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam

    kalangan rakyat Malaysia.

    Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan,

    monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang

    bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula,

    pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan

    pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa kepada maksud kerja

    memulihara dalam bentuk yang sedia ada. Burden (2004:62) pula mendefinisikan

    maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk

    mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan

    Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat

    dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat

    menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan

    meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    25/26

    memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai

    perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan

    tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini,

    kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

    Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat

    menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam

    melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini jugamengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat

    muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan

    semangat patriotik antara anggota masyarakat.

    Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah

    juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti

    seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta

    mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan

    ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin

    yang tinggi terhadap peraturan negara.

    Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan

    sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan

    pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara

  • 8/14/2019 kerja kursus sejarah pmr 2009 muzium sungai lembing

    26/26

    kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan

    bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi

    melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan

    warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

    Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana

    mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Oleh itu,kita

    mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus

    memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk

    berusaha memerdekakan tanah air kita ini.