kerja kursus geografi 2009 by anna bazooka

33
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA KINABALU KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 Tema PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA Tajuk Kajian PETEMPATAN DI KAWASAN BANDAR BERCHAM, IPOH, PERAK DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN DI TOKYO, JEPUN Nama Calon : MUHAMAD RASYDAN BIN RIDZUAN Tingkatan : TINGKATAN 3 DELIMA No. K/P : 941224-04-5377 Guru Penilai :CIKGU HASRUL BIN JAKIR

Upload: annabazooka

Post on 11-Jun-2015

4.621 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

this is standard mrsm folio.i wish u get full mark on this KGT.wish me too get 8a pmr =]sapew org sabah beruntung la sbb aku mrsm sabah(kota kinabalu)[email protected](ms,fs,ym)

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

KOTA KINABALU

K A J I A N G E O G R A F I T E M P A T A NP E N I L A I A N M E N E N G A H R E N D A H 2 0 0 9

Tema

PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA

Tajuk Kajian

PETEMPATAN DI KAWASAN

BANDAR BERCHAM, IPOH, PERAK

DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN

DI TOKYO, JEPUN

Nama Calon : MUHAMAD RASYDAN BIN RIDZUAN

Tingkatan : TINGKATAN 3 DELIMA

No. K/P : 941224-04-5377

Guru Penilai :CIKGU HASRUL BIN JAKIR

Page 2: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

PETEMPATAN DI KAWASAN

BERCHAM, IPOH, PERAK,

MALAYSIA

DAN PERBANDINGANNYA

DENGAN PETEMPATAN

DI TOKYO, JEPUN

Page 3: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

SENARAI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN01 Penghargaan 402 Pendahuluan 503 Objektif Kajian 604 Kawasan Kajian 705 Kaedah Kajian 1206 Hasil Kajian 1307 Rumusan 1408 Lampiran 1609 Rujukan 17

Page 4: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

PENGHARGAAN

Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama

daripada beberapa pihak.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan

kepada pengetua sekolah, Tuan Haji Ibrahim Bin Othman yang telah memberikan kebenaran

untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru

geografi saya En. Hasrul bin Jakir kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar

dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan.

Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan

dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga saya tujukan

kepada semua rakan-rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuan

kepada saya yang telah dikongsikan bersama.Selain itu, saya juga ingin mengucapakan

ribuan terima kasih kepada pihak responden yang telah sedikit sebanyak memberi maklumat

di kawasan kajian saya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua

yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

Page 5: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

PENDAHULUAN

Kawasan kajian yang saya pilih ialah Bandar Bercam di mana sepanjang kajian

ini,saya akan menbongkar segala potensi, kelemahan, perkembangan dan kegiatan ekonomi

yang ada di Bercam.Saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian bagi melawat

saudara-mara saya. Di samping dapat memudahkan saya menjalankan kajian, saya juga dapat

mengetahui sedikit sebanyak mengenai kawasan tempat tinggal saya.Tidaklah saya seperti

katak di bawah tempurug apabila orang lain atau pelancong menanyakan saya yang berkaitan

petempatan di kawasan ini.Negara yang saya pilih untuk dibandingkan dengankawasan kajian

saya ialah Negara Jepun. Saya memilih Negara Jepun ini kerana Negara ini merupakan

Negara yang optimum. Oleh itu, banyak perbezaan dari pelbagai aspek akan dapat diperolehi

jika dibandingkan dengan kawasan di Bandar Bercam.

Saya mengambil masa daripada 4 Mac hingga 13 April untuk menjalankan kajian. Ini

memberikan saya masa yang secukupnya untuk menyiapkan kerja khusus.

Page 6: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan Bercham, Ipoh

serta jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negara

Jepun.

2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan yang

terdapat di kawasan Bercham, Ipoh serta faktor-faktor yang mempengaruhi jenis

dan pola petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di Negara Jepun.

3. Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Bercham, Ipoh serta

fungsi petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negara Jepun.

4. Mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan Bercham,

Ipoh serta masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di

negar Jepun.

5. Mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di

kawasan Bercham, Ipoh serta langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang

terdapat di kawasan bandar Tokyo, Jepun

6. Menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme terhadap kawasan Bercham di

daerah Kinta, Negeri Perak, Malaysia.

Page 7: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya adalah Bercham. Bercham merupakan kawasan petempatan pinggir

bandar raya Ipoh, Negeri Perak. Bercham berasal dari kawasan perlombongan bijih timah

yang berhampiran dengan Sungai Kinta. Bercham terletak di kawasan tanah pamah. Kawasan

ini lebih rata berbanding dengan Ipoh. Di kelilingnya ada bukit-bukit batu kapur. Keluasan

kawasan Bercham adalah lebih kurang 6km persegi.

Pekan Bercham terletak lebih kurang 8km dari bandaraya Ipoh. Antara kawasan lain yang

berhampiran dengan Bercham adalah pekan Tambun, Kampung Tasek, Tasek, Kawasan

Perindustrian Tasek Kampung Tawas, Kampung Simee, Tiger Lane, Taman Cempaka dan

Ampang.

Bercham dapat dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru. Ini kerana pasar raya yang besar-

besar terdapat di sini. Antaranya ialah Jusco, Tesco, Tesco Extra, Plaza Kinta dan lain-lain.

Bercham juga hanya bersebelahan dengan Sunway Tambun 'The Lost World'. Pejabat Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ) juga berhampiran dengan kawasan ini.

Lebuhraya Utara-Selatan ada susur keluar di sini iaitu di bahagian Ipoh Selatan. Jadi

Bercham menjadi titik masuk dan keluar ke Lebuh raya Utara Selatan.

Peta-peta yang berikut adalah peta Malaysia, kedudukan negeri Perak di dalam peta

Malaysia, peta negeri Perak, Bercaham di dalam peta daerah Kinta, peta perbandingan

kawasan saya iaitu bandar Tokyo, Jepun, dan peta lakar kawasan kajian saya iaitu Bercham.

Page 8: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

Gambar 1:Peta Malaysia

Gambar 2:Negeri Perak di dalam Peta Malaysia

Page 9: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

Peta Negeri Perak

Bercham di Dalam Peta Daerah Kinta

Perak

NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN21,005 KM2

Page 10: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

PETUNJUK :

KAWASAN KAJIAN

Page 11: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

Perletakan bandar Tokyo di Jepun

Page 12: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

Kaedah Kajian

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam

mencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Antara kaedah

yang telah saya gunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah rujukan, kaedah soal selidik

serta kaedah temu bual.

Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan adalah dengan melawat tempat kawasan

kajian saya iaitu Bercham. Saya telah mengumpul beberapa data dari pemerhatian

saya. Saya juga telah memerhati dengan teliti dan melukis peta lakaran kawasan

kajian dengan betul dan tepat di dalam kajian ini.

Kaedah Rujukan

Bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian saya, saya telah menggunakan

kaedah rujukan iaitu dengan merujuk ke laman web di internet dan rujukan ke

perpustakaan. Saya memperoleh maklumat yang dikehendaki seperti maklumat

tentang kawasan kajian saya serta perbandingannya iaitu bandar di negara luar yang

saya pilih serta maklumat tambahan.

Kaedah Soal Selidik

Untuk mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis petempatan dan masalahnya, saya

telah menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menyediakan satu set soalan dan

memberikannya kepada 20 orang responden di sekitar kawasan kajian saya untuk

mendapatkan maklumat.

Kaedah Temu Bual

Saya telah pergi ke tempat kawasan kajian saya dan menemu bual 10 orang penduduk

di situ. Dengan ini telah memudahkan lagi kajian saya.

Page 13: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

HASIL KAJIAN

8.1 : Jenis dan Pola Petempatan

Jenis dan Pola Petempatan

Bercham adalah sebuah petempatan bandar yang terdapat di Malaysia dan padat

dengan penduduk. Ini kerana Bercham mempunyai pelbagai kemudahan seperti rumah, pusat

membeli-belah dan aliran pengangkutan yang baik. Manakala pola petempatan yang terdapat

di Bercham ialah berpusat, berkelompok dan terancang. Pola petempatan terancang dapat

dibuktikan melalaui Rancangan Briggs iaitu petempatan semula. Jadual dan carta pai di

bawah mewakili pola petempatan yang terdapat di Bercham.

Pola Petemapatan di Kawasan Bercham

Berpusat Berkelompok Terancang

Peratusan % 80 15 5

Page 14: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

Bandaraya Tokyo juga merupakan petempatan bandar seperti Bercham.

Walaubagaimanapun, Bercham tidak sepesat bandaraya Tokyo. Tokyo dikatakan lebih padat

berbanding Bercham kerana Tokyo merupakan ibu negara bagi Jepun dan merupakan daerah

metropolitan terbesar di dunia berdasarkan jumlah penduduknya sebanyak 33,750,000 di

bandaraya tersebut dan sekitarnya.

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana mempunyai petempatan

pelbagai jenis dan rakyat yang berbilang kaum. Ini akan menjadikan kita lebih cinta akan

tanah air yang aman dan makmur.

8.2 : Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan

Sejarah

Bercham merupakan sebuah bandar bijih timah dahulunya. Ini telah mempengaruhi

faktor petempatan di kawasan Bercham. Penduduk di kawasan Bercham ini terdiri penduduk

yang berbilang kaum. Tetapi kebanyakan penduduknya adalah orang Cina. Orang Melayu

dan orang India mula menduduki kawasan ini setelah terbinanya kawasan perumahan. Jadual

dan graf di bawah ini mewakili peratusan penduduk di kawasan Bercham.

Penduduk di Kawasan Bercham Melayu Cina India Lain-Lain

Peratusan 71% 17% 10% 2%

Page 15: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

Bandar Tokyo di Jepun pula merupakan bandar Feudalisme. Bandar Tokyo

merupakan sebuah perindustrian tercanggih di dunia. Ianya masih lagi mengamalkan kuasa

tentera. Pada tahun 2002, dicatatkan bahawa 12% penduduk di Tokyo adalah kanak-kanak,

71.4% pula merupakan golongan yang bekerja dan selebihnya adalah penduduk senior.

Bentuk Muka Bumi

80% daripada kawasan Bercham adalah tanah pamah. Manakala 20% lagi merupakan

kawasan tanah tinggi. Bercham merupakan kawasan yang rata dan dikelilingi oleh bukit batu

kapur. Di Tokyo pula, hanya terdapat sebahagian kecil sahaja yang merupakan tanah pamah.

Manakala, sebahagian besarnya pula adalah tanah tinggi.

Kegiatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi yang terdapat di Bercham adalah perniagaan. Hampir 99% rumah

kedai dan perniagaan dikuasai oleh orang Cina. Selain itu, terdapat juga pekilangan yang

Page 16: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

dijalankan. Tetapi perkilangan yang dijalankan adalah pekilangan kecil sahaja. Di Bercham

juga, dahulunya dijalankan perlombongan bijih timah. Perlancongan juga merupakan

kegiatan ekonomi di Bercham. Tampat yang boleh dilawati di sini adalah seperti gua batu

kapur. Bercham juga merupakan sebuah pusat perkhidmatan. Antara perkhidmatan yang

terdapat di sini adalah seperti perbankan dan perhubungan. Tokyo pula merupakan

metropolitan ekonomi terbesar di dunia. Tokyo merupakan satu pusat kewangan, pusat

operasi kepada pelbagai syarikat perbankan dan insuran, dan menjadi pusat perhubungan,

industri cetakan dan industri penyiaran. Tokyo juga merupakan sebuah pusat perlancongan

kerana di sana juga terdapat pulau-pulau.

Darjah Ketersampaian

Di Bercham, terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan. Sebahagian besar penduduk

memiliki kenderaan sendiri untuk memudahkan mereka bergerak. Di sini juga terdapat

pengangkutan awam yang baik. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi telah memudahkan

penduduk untuk ulang-alik ke tampat kerja serta keluar ke bandaraya Ipoh. Manakala di

Tokyo pula, penduduk penduduknya terlalau padat. Jadi, kemudahan awam seperti keretapi

telah dibina. Ini telah memudahkan penduduk Tokyo untuk bergerak ke mana-mana.

Sosial/Budaya

Di Bercham, penduduknya terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum. Oleh itu,

wujudnya tempat beribadat yang banyak. Masjid didirikan bagi penduduk muslim manakala

kuil didirikan penduduknya yang beragama hindu. Terdapat banyak tokong sebagai tempat

beribadat orang Cina yang beragama budha kerana pada dahulunya, Bercham merupakan

Page 17: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

petempatan orang cina. Di Tokyo, terdapat banyak muzium yang didirikan. Muzium ini

memaparkan kepelbagaian lukisan traditional Jepun. Ia juga memaparkan budaya yang

dahulunya wujud di Jepun.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai bentuk muka

bumi yang cantik dan kegiatan ekonominya yang tidak kurang seperti negara lain. Selain itu,

kita juga mempunyai jalan raya yang baik dan berturap.

Page 18: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

8.3 : Fungsi Petempatan

Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan

bandar Bercham serta penduduk di bandar Bercham.Antara salah satu fungsi petempatan

yang terdapat di kawasan Bercham adalah sistem pendidikan.Banyak sekolah di Bercham

telah dinaiktaraf pendidikannya.

Contohnya ialah pembukaan sekolah baru di kawasan Bercham seperti Sekolah

Rendah Perpaduan Jaya,Bercham yang akan dibuka pada tahun 2010.Sekolah tersebut

mempunyai banyak kemudahan yang lengkap dan kawasannya yang lebih luas berbanding

sekolah lain yang ada di Bercham.Secara tidak langsung terdapat juga peningkatan taraf

hidup yang berlaku di sini.Ini termasuklah taraf kesihatan dan pendidikan penduduk di

Bercham yang semakin baik dan selesa.Kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk

kemudahan dan keselesaan penduduk seperti bekalan elektrik,jalan bertar dan juga sekolah

yang dinyatakan di atas.

Fungsi petempatan di negara perbandingannya iaitu Tokyo,Jepun pula adalah sebagai

kawasan perindustrian. Ini kerana di Tokyo terdapat begitu banyak kilang. Disamping itu,

Tokyo juga mempunyai pelbagai fungsi sampingannya dan antaranya ialah menanam padi di

kawasan tanah tinggi. Ini adalah disebabkan mereka tidak mempunyai kawasan yang

mencukupi untuk menjalankan kegiatan menanam padi di kawasan tanah pamah.

Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini kerana

kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga seharusnya

berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga

perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.

Page 19: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

8.4 : Masalah Petempatan

Bersdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal selidik,beberapa

masalah telah dinyatakan oleh 20 responden,antaranya ialah kesesakan lalu lintas dan

jugapencemaran alam sekitar.Pencemaran alam terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab

segelintir penduduk kawasan Bercham.

Selain itu,Bercham juga tidak terkecuali daripada pencemaran udara kerana ia terletak

berhampiran dengan bandar yang semakin pesat membangun dengan arus pemodenan yang

terdiri daripada pelbagai kemudahan.Pencemaran udara juga terjadi disebabkan oleh

pelepasan asap daripada kenderaan bermotor ke udara.Pencemaran tanih pula berlaku

disebabkan oleh sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat.Kesan daripada

pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang tidak

menyenangkan dan mencacatkan permandangan sekeliling. Kejadian hujan asid juga berlaku

di Bercham berikutan pelepasan gas bercun daripada kenderaan-kenderaan bermotor dan

kilang-kilang.

Oleh disebabkan petempatan yang padat di kawasan kajian,pertambahan bilangan

kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif.Kesesakan lalu lintas sering berlaku

di Jalan Sunway.Ini disebabkan oleh kerana jalan tersebut menghala ke Bandaraya Ipoh.Jalan

tersebut juga berdekatan dengan kawasan perumahan dan laluan utama menuju ke sekolah.

Bandar Tokyo di negara Jepun juga tidak lari dari mengalami masalah seperti yang

berlaku di Bercham.Bandar Tokyo juga mengalami masalah pencemaran udara.Ini berikutan

dengan pembangunan pusat-pusat industri baru dan penggunaan kenderaan-kenderaan

bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh menghasilkan hujan

asid.

Page 20: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

Keesakan lalulintas yang sama berlaku ni bandar Tokyo kerana penduduknya amat

padat.Bandar Tokyo juga mengalami masalah kekurangan pelabuhan berikutan barang

dagangannya yang amat padat kerana punca ekonominya juga bergantung kepada kegiatan

pelabuhannya.

Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita.Kita

juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan

sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang sewenang-wenangnya.Bagi mengelakkan

berlakunya keadaan-keadaan di atas,sebagai penduduk Bercham,kita hendaklah saling bantu-

membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga alam sekitar kita agar tidak

tercemar dan sebagainya.Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang

disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan mengekalkannya.

Page 21: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

8.5 : Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah petempatan

yang berlaku di Bercham dan Bandar Tokyo di negara Jepun ialah melebarkan jalan

raya,menguatkuasakan undang-undang,mengitar semula sampah sarap,menyediakan tapak

pelupusan dan membuka kawasan baru.Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas,kerajaan

daripada kedua-dua buah kawasan ini telah mengambil inisiatif untuk melebarkan jalan raya.

Contohnya,di Bercham pelebaran jalan raya telah dilakukan di sekitar kawasan bandar

Sunway untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menambah baik darjah

ketersampaian.Selain itu,untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas,kerajaan juga telah

meggalakkan pengeluaran kenderaan awam dan penduduk juga memberi kerjasama dengan

menaiki kenderaan awam untuk mengatasi masalah ini.

Selain daripada mengurangkan kesesakan lalulintas, langkah ini juga telah

mengurangkan pencemaran udara.Usaha menanam pokok-pokok juga dapat mengurangkan

pencemaran.Pokok-pokok ini telah di tanam di sepanjang jalan raya.Selain daripada

mengurangkan pencemaran,ia juga boleh mencantikkan kawasan.Tambahan pula,kerajaan

telah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi untuk mengatasi masalah

pembakaran terbuka yang berlaku.

.Penyediaan tong sampah kitar semula juga telah dipertingkatkan oleh Majlis

Pembandaran.Pembukaan tapak pelupusan sampah juga telah dibuat oleh kerajaan untuk

mengatasi masalah ini. Pembukaan pusat pelabuhan baru di Tokyo telah dilaksanakan oleh

pihak kerajaan negara Jepun untuk mengatasi masalah kekurangan pelabuhan dan

pertambahan barang dagangan. Di Nagoya, penggunaan petroleum tanpa plumbum juga telah

lama dijalankan di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaanya untuk

menanam lebih banyak pokok-pokok .Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti MRT

Page 22: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

yang beroperasi di bawah tanah dapat mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran

bunyi.

Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-

langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.Namun begitu,para

penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program dan langkah

yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta melahirkan rasa

bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.

Page 23: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

RUMUSAN

Kajian yang telah saya jalankan di kawasan bandar Bercham, Ipoh, Perak ini telah

memberi banyak pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan

saya mengenalpasti pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor yang

mempengaruhi petempatan seperti bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Berdasarkan kepada kajian yang saya jalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih

jelas tentang fungsi petempatan di kawasan kajian yang telah saya pilih dan juga negara

bandingan iaitu Jepun di bandar Tokyo seperti menigkatkan tahap ketersampaian,

memendekkan masa perjalanan dan mobiliti penduduk. Saya juga dapat mengenalpasti

masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan kajian dan kawasan bandingan iaitu

Tokyo serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah

tersebut.

Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan mengenalpasti

masalah-masalah yang terdapat di kawasan Bercham serta mencari jalan untuk

menyelesaikannya bagi memberi keselesaan kepada para penduduk. Pada pendapat saya

bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu melakukan perkara ini, malah para penduduk juga

perlu mengambil inisiatif untuk terus menjaga kawasan persekitaran dengan baik.

Kita sepatutnya bersyukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan nagara yang aman

dan merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem yang

baik.

Page 24: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

Akhir kata, marilah sama-sama kita sebagai penduduk Malaysia supaya bekerjasama

menjaga kemudahan dan petempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin

agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita

akibat perbuatan kita sendiri.

Page 25: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

LAMPIRAN

Peta Negara Jepun

Page 26: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

Peta Negeri Perak Dalam Malaysia

Perak

NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN21,005 KM2

Page 27: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

BORANG SOAL SELIDIK

NAMA: .................................................................

UMUR: .................................................................

BANGSA: ....................................

PEKERJAAN: .............................

MASALAH YANG DIHADAPI:

PENYELESAIAN ANDA:

Page 28: Kerja Kursus Geografi 2009 by Anna Bazooka

TandaTangan Responden: .............................................

RUJUKAN

Buku teks

Khaw Ah Seng, Habibah binti Haji Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku teks Geografi

Tingkatan 3, Pahang Darul Makmur, PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Internet

Ipoh, Perak : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ipoh

Tokyo, Jepun : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyo

Orang sumber

Rosliza bt Boni, 42 tahun, No 5, Jalan Dinding, Taman Lim, 30100 Ipoh, Perak.