kerja kursus sejarah 2009

25
ELEMEN 2

Upload: dhiviya-mayuri

Post on 05-Jul-2015

424 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

ELEMEN

2

Page 2: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

TAJUK KAJIAN

BANGUNAN

KHOO KONGSI

Page 3: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1 Tajuk: Bangunan Khoo Kongsi

2 Penghargaan

3 Objektif kajian

4 Kaedah kajian

5

Hasil kajian

1. Nama bangunan

2. Latar belakang

3. Keistimewaan bangunan

6 Rumusan

7 Lampiran

8 Rujukan

Page 4: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru Sejarah saya,

iaitu Cik Mazita Othman terlebih dahulu kerana beliau telah banyak memberikan bantuan

dorongan dan tunjuk ajar tentang kerja kursus ini.

Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Encik Arumugam dan

Puan Nehsaselvi kerana telah memberikan semangat untuk membuat kerja kursus ini. Di

samping itu, beliau juga telah menyeediakan pelbagai jenis barang bagi menyiapka kerja kursus

ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saya,

Shaarmila kerana dia telah bekerjasama dengan saya untuk mencari maklumat-makluamat

tentang bangunan Khoo Kongsi. Dia telah mengikuti saya untuk melawati banguana Khoo

Kongsi yang bersejarah itu.

Page 5: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

KAEDAH KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan tiga kaedah iaitu:

1. Kaedah pemerhatian

2. Kaedah rujukan

3. Kaedah teknologi dan meklumat

Kaeadah pemerhatian

Saya menggunakan kaedah pemerhatian ini dengan melawat ke Bangunan Khoo Kongsi

tersebut. Saya telah pergi ke tempat kajian tersebut bersama rakan dengan menaiki kereta

bapa saya. Saya telah mendapat hampir keseluruhan latar belakang bangunan yang dikaji.

Kaedah rujukan

Saya juga telah pergi ke Perpustakaan Negeri yang terletak di Seberang Jaya untuk

mendapat lebih banyak maklumat tentang Bangunan Khoo Kongsi walaupun sibuk

dengan peperiksaan yang diadakan.melalui cara ini, saya telah mendapat lebih banyak

maklumat tentang latar belakang dan strutur binaan bangunan tersebut.

Kaedah melayari internet

Di samping itu, saya telah menggunakan kaedah internet. Banyak maklumat yang saya

perolehi daripada kaedah tersebut. Antara laman web yang kerap saya layari ialah

“www.wikipedia.com”. Saya selalunya akan melayari internet di rumah saya.

Page 6: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif bagi kajian ini adalah untuk menguasai teknik seperti mencari dan mengumpul

maklumat. Sebagai contohnya, saya berjaya mencari maklumat tentang Bangunan Khoo Kongsi.

Selain itu, saya juga berjaya memperoleh ilmu untuk menulis laporan kerja kursus. Saya tahu

bagaimana hendak menyediakan laporan ketika mencari menulis laporan tersebut di

Perpustakaan Negeri.

Di samping itu, saya juga mengetahui lebih mendalam tentang bangunan bersejarah.

Sebagai contohnya , saya lebih mengetahui tentang latar belakang dan keistimewaan Banguna

Khoo Kongsi tersebut. Tambahan pula, kajian memupuk perasaan bangga terhadap warisan

bangsa kerana Pulau Pinang terkenal dengan bangunan bersejarah. Oleh sebab bangunan

bersejarah di Pulau Pinang masih elok terpelihara, ia telah menarik tumpuan para pelancong.

Page 7: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

HASIL

KAJIAN

Page 8: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

1. Nama bangunan

-Khoo Kongsi juga dikenali sebagai Leong San Tong Khoo Kongsi.

2. Latar belakang

Walaupun Khoo Kongsi sangat terkenal,tetapi banyak orang Pulau Pinang tidak pernah

pergi ke sana untuk melawatnya.Hal ini disebabkan lokasinya yang sangat pencil.Khoo Kongsi

terletak di 18,Cannon Square,10200Penang,Malaysia.Bangunan ini tesembunyi di antara berapa

rumah kedai dan rumah teres.Nama suku Khoo merupakan salah satu lima suku kaum orang

Hokkien yang utama pada abad ke-19 .Suku kaum yang lain ialah Cheah,Yeoh, Lim and Tan.

Khoo Kongsi mempunyai 13 buah kuil keluarga,setiap kuil keluarga mewakili 1 jabatan

kaum mereka.Di samping itu,Khoo Kongsi juga mempunyai 2 buah kuil,iaitu Cheng Soon

Keong and the Hock Leng Keong.Pada mulanya,mereka memuja Ong Soon Yah and Tua Sai

Yah. Akhirnya mereka memuja Poh Seh Tai Tay, dewa peubatan.

Cheng Soon Keong telah dirosakkan pada zaman revolusi.Pada tahun 1997,Leong San

Tong Khoo Kongsi telah memperuntukkan wang sebanyak RM2.5juta kepada Cheng Soon

Keong untuk membina semula.Oleh itu,satu bangunan yang unik dan cantik bernama Khoo

Kongsi telah dilahirkan di Kampung Sin Kang. Setiap kongsi telah menggunakan tempat

kekerabatannya sebagai titik tengah dan membina rumah di sekelilingnya.Hal ini dapat menjaga

keselematan mereka serta dapat menangani masalah jenayah bersama-sama.

Page 9: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

3. Keistimewaan bangunan

Tingkat bawah Bangunan Khoo Kongsi

Page 10: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

Tingkat atas Bangunan Khoo Kongsi

Page 11: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

Bahan-bahan binaan yang telah digunakan ialah kayu dan batu. Pada tahun 1901,

bangunan yang baru dibina telah terbakar apabila malam menjelang Tahun Baru Cina. Pada

tahun yang seterusnya, mereka telah menggunakan masa selama 4 tahun untuk membina semula

Leong San Tong.Leong San Tong telah diperkenalkan pada tahun 1906.Akhirnya,mereka telah

membuat pembaikian dengan membelanjakan sebanyak RM4.2juta dari tahun 1991 hingga 2001.

Bangunan Khoo Kongsi telah dihiasi oleh ukiran kayu,ukiran batu, lukisan dinding dan

kraftangan yang unik. Pada masa kini,keistimewaan ini telah menyebabkan Khoo Kongsi

menjadi sebuah bangunan yang cantik,unik,berharga dan bersejarah lama. Pada masa dahulu,

bangunan Khoo Kongsi merupakan tempat bersembahyang manakala sekarang, bangunan

tersebut merupakan tempat bersembahyang dan tempat pelancongan. Seterusnya, cara

pembinaannya adalah dengan menggunakan tenaga manusia dan tenaga mesin.

Page 12: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

RUMUSAN

Selepas menjalankan kerja Kursus Sejarah di Bangunan Khoo Kongsi, saya rasa amat

bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai bangunan bersejarah yang

terdapat di negara yang tercinta ini. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengajaran dan

nilai yang telah saya pelajari.

Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini

yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga

dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat

meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Di samping itu, saya juga dapat menghayati nilai

kesabaran, ketabahan, kejujuran, memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan -

rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai

kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari

maklumat tentang kerja kursus ini.

Bangunan Khoo Kongsi merupakan antara bangunan yang bersejarah bagi penduduk

Pulau Pinang. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut

mendapat pujian dan sanjungan daripada masyarakat Malaysia mahupun luar negara. Kini, saya

dapat mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan mengetahui

bangunan – bangunan bersejarah di Malaysia.

Page 13: KERJA KURSUS SEJARAH 2009
Page 14: KERJA KURSUS SEJARAH 2009
Page 15: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

Tiket masuk

Page 16: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

Lokasi

Page 17: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

Gambar

Page 18: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

RUJUKAN

1. Akhbar

The Star, 9 Julai 2008, muka surat N34 dan N35.

2. Majalah

Pulau Pinang, Khoo Kongsi at Cannon Square.

3. Melawat tempat kajian

Bangunan bersejarah Khoo Kongsi, Cannon Square, 10200 Penang.

4. Internet

http://en.wikipedia.org/wiki/Khoo_Kongsi

5. Sumber lain

Leong San Tong Khoo Kongsi, The Heritage Jewel of Penang.

Page 19: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

ELEMEN

3

Page 20: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

ESEI

Tajuk: Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan

warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar

generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara(UP1) di tanah air

kita. Oleh itu, kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan

memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cinta akan warisan

bangsa(UP2) dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, aktiviti ini dapat menimbulkan

perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di

Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang, bangunan

itu masih kekal dan tidak berubah. Oleh itu, kita mesti berbangga dengan sejarah negara.

(UP3)

Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong(UP4) untuk

mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini. Bangunan bersejarah di negara kita ini

banyak meninggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Fort

Konwalis yang pernah dijadikan sebagai tempat penjajahan British. Peristiwa sedemikian

mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah Melayu ini daripada

jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai

Negara(UP5) kita. Daripada bangunan bersejarah itu, kita akan lebih semangat rajin dan gigih

untuk meningkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama, bangsa dan

Page 21: KERJA KURSUS SEJARAH 2009

negara(UP6) serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan

negara(UP7). Selain itu, melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia

negara(UP8) dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat. Misalnya tokoh-tokoh negara yang

telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air

Malaysia yang kita duduki sekarang.

Kesimpulannya, kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara(UP9)

kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Oleh yang

demikian, kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk

terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut.