kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

21
NAMA: NOR DIYANAH BINTI NOR HISHAM KELAS: 1 AL-KINDI NAMA GURU: ENCIK ZUBIR BIN AHMAD SEKOLAH: SEK. MEN. KEB. SULTAN ISMAIL II

Upload: diandiyanah

Post on 12-Jun-2015

7.176 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

NAMA: NOR DIYANAH BINTI NOR HISHAM

KELAS: 1 AL-KINDI

NAMA GURU: ENCIK ZUBIR BIN AHMAD

SEKOLAH: SEK. MEN. KEB. SULTAN ISMAIL II

Page 2: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

ISI KANDUNGAN

SALASILAH KELUARGA AYAH 1

SALASILAH KELUARGA IBU 2

SALASILAH KELUARGA SAYA 3

PENGHARGAAN 4

PENGENALAN 5

OBJEKTIF KAJIAN 6

KAEDAH KAJIAN 7

PERKEMBANGAN KELUARGA 8

ASAL-USUL KELUARGA 9

TOKOH KELUARGA SAYA 11

LAMPIRAN 14

Page 3: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009
Page 4: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

SALASILAH KELUARGA AYAH

Hairudin Anun

Halijah + Haris Nor Hisham + Amnah Rashid + Hasliza Ayu + Edi

Erikah 1) Farhan

Amylia 2) Diyanah

Daniel 3) Faiz

Alya

Danish

Page 5: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

SALASILAH KELUARGA IBU

Amran Munah

Azman + Roziana Amnah + Nor Hisham Asnan + Roshayani

Aqilah 1) Farhan a) Fadhlin Akram 2) Diyanah b) Faris

3) Faiz

Hanisa + Malik Azlan Azhan Hakim Rahman Anis Muhaimin

Amzari + Syalbiah Alyani + Fain Nur Fasya Afrina

Page 6: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

SALASILAH KELUARGA SAYA

Nor Hisham + Amnah

Mohamad Farhan Bin Nor Hisham A) Nor Diyanah Binti Nor Hisham

Muhammad Faiz Bin Nor Hisham

Page 7: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

PENGHARGAAN

Saya Nor Diyanah Binti Nor Hisham , bersyukur kepada Allah S.W.T kerana

dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan kerja kursus

Sejarah ini tanpa menghadapi masalah.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa

saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya

untuk menyiapkan folio Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber

bagi kajian salasilah keluarga saya ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada semua ahli keluarga saya yang banyak membantu dalam kewangan.

Tanpa bantuan dari mereka semua saya tidak akan dapat menyiapkan kerja folio

Sejarah ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Zubir iaitu guru

matapelajaran Sejarah saya kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan dan

kerjasama cikgu.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Nurul Najiha Binti Abd Rauf, Teh

Masrah binti Md Suhaimi dan Nur Adlin Masliza Binti Mazlan, saya ingin

mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi

sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu folio saya ini.

Sekian, terima kasih.

Nor Diyanah Binti Nor Hisham

1 Al Kindi

Page 8: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

Pengenalan

Keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga, "kulawarga" yang

bererti "anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana

beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga juga

bermaksud satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,

perkahwinan atau pengambilan anak angkat.

Menurut Yayasan Budi Penyayang Malaysia pula, keluarga adalah asas kepada

masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Keluarga terdiri

daripada empat iaitu:

1) Keluarga Asas: terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak;

2)Keluarga Luas: terdiri daripada beberapa keluarga asas yang sama keturunan;

3)Keluarga Orientasi: keluarga yang bertanggungjawab untuk meletak mereka

kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya; dan

4)Keluarga Prokreasi: keluarga yang bertanggungjawab menghasilkan,

membudayakan dan mensosialkan zuriat.

Menurut kamus sastera Melayu, salasilah bermaksud susur galur keturunan, asal

keturunan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa salasilah keluarga adalah

bermaksud susur galur sesebuah keluarga atau asal usul keturunan sesebuah

keluarga.

Page 9: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

Objektif Kajian

Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai

beberapa objektif seperti yang berikut:

1. Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya

2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya

bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya

3. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota

keluarga saya

4. Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala

kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya

5. Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai

sesuatu

kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan

kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan

hilang begitu sahaja

6. Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki

sebuah keluarga yang harmoni dan ceria

7. Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya

Page 10: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

Kaedah Kajian

Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti

berikut:

1. Kaedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibu

bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada

melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar

menyaksikannya.

2. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang

sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan

tingkah laku mereka.

3. Kaedah rujukan iaitu mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

Perkembangan Keluarga

Page 11: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa saya, emak saya, abang saya, saya dan

adik saya. Selepas perkahwinan ibu bapa saya pada 5 Februari1994, mereka

tinggal di Taman Air Putih, Kemaman, Terengganu. Abang saya, Mohamad

Farhan lahir pada tahun 1995, saya pada tahun 1996 dan adik saya,

Muhammad Faiz pula pada tahun 2001. Kami dibesarkan di rumah tersebut

sehingga saya berusia 10 tahun. Kemudian, pada tahun 2006, kami sekeluarga

berpindah ke sebuah rumah yang lebih besar dan selesa iaitu di PT10828,

Paya Tempurung, kampong Jaya, 24000 Kemaman, Terengganu. Sehingga kini,

kami masih menetap di sini. Walaupun keluarga saya tidak besar, namun setiap

ahli keluarga memainkan peranan yang penting bagi memastikan suasana

meriah dan harmoni dalam keluarga saya.

Sejarah keluarga asas saya bermula pada 5 Februari 1994 iaitu hari Sabtu, di

mana ayah saya Nor Hisham Bin Hairudin telah berkahwin dengan ibu saya

Amnah Binti Amran. Hasil perkahwinan ayah dan ibu saya, mereka dikurniakan

dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Ayah dan ibu saya

dilahirkan di Kemaman, Terengganu. Ayah saya dibesarkan di Pulau Pinang

manakala ibu saya membesar di Terengganu. Ayah saya memulakan kerjayanya

di Pulau Pinang dan ibu saya pula di Johor. Setelah berkahwin, mereka

berpindah ke Kemaman, Terengganu dan terus menetap di situ sehingga

sekarang.

ASAL-USUL KELUARGA

Page 12: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

Asal-usul Ayah

Nama ayah saya ialah Nor Hisham Bin Hairudin. Berumur 43 tahun pada tahun

ini dan dilahirkan pada 16 Disember 1966 di Kampung Injin Gergaji, Kemaman,

Terengganu. Beliau merupakan anak kedua daripada 4 orang adik-beradik. Bapa

kepada ayah saya berasal dari Kampung Gajah, Perak manakala ibu berasal

dari Kemaman, Terengganu. Ayah saya memulakan persekolahan di Sekolah

Rendah ( Jenis ) Kebangsaan Tanjung Bungah, Pulau Pinang dan melanjutkan

peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Bungah.

Asal-usul Ibu

Nama ibu saya ialah Amnah Binti Amran. Berumur 44 tahun pada tahun ini dan

dilahirkan pada 25 Oktober 1965 di Kampung Bukit Mentok, Kemaman,

Terengganu. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik-beradik.

Kedua-dua orang tua ibu saya berasal dari Kemaman, Terengganu. Ibu saya

memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Chukai, Kemaman dan

melanjutkan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sains Sulatan Mahmud,

Kuala Terengganu.

Asal-usul saya

Nama saya ialah Nor Diyanah Binti Nor Hisham. Berumur 13 tahun pada tahun

ini dan dilahirkan pada 14 Oktober 1996 di Hospital Besar Kemaman, Kemaman,

Terengganu. Saya merupakan anak kedua daripada 3 orang adik-beradik. Saya

berasal dari Kemaman, Terengganu. Saya memulakan persekolahan di Sekolah

Kebangsaan Seri Iman, Kemaman dan melanjutkan peringkat menengah di

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail II.

Page 13: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

Asal-usul Abang

Nama abang saya ialah Mohamad Farhan Bin Nor Hisham. Berumur 14 tahun

pada tahun ini dan dilahirkan pada 10 Mac 1995 di Hospital Besar Kemaman,

Kemaman, Terengganu. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-

beradik. Abang saya berasal dari Kemaman, Terengganu. Abang saya

memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman dan

melanjutkan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan

Ismail 2 ataupun dikenali sebagai SID, Kemaman.

Asal-usul Adik

Nama adik saya ialah Muhammad Faiz Bin Nor Hisham. Berumur 8 tahun pada

tahun ini dan dilahirkan pada 21 Mac 2001 di Hospital Besar Kemaman,

Kemaman, Terengganu. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik-

beradik. Adik saya berasal dari Kemaman, Terengganu. Adik saya dimasukkan

di Tadika Norani dan melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah iaitu Sekolah

Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman.

TOKOH KELUARGA SAYA

Page 14: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

Bapa saudara, Asnan Bin Amran saya boleh dijadikan tokoh dalam keluarga

saya. Bapa saudara saya boleh dikatakan seorang yang serba boleh, banyak

sungguh kelebihan dan pencapaiannya. Menurutnya, tiada apa yang mustahil

dilakukan di dunia ini asalkan kita lakukan adalah terarah kepada perkara

kebaikan dan kejayaan. Beliau juga percaya bahawa kejayaan bagi sesuatu

kerja yang dilakukan adalah hasil kerja keras dan semangat yang tidak mudah

mengaku kalah.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang tidak berada, kecemerlangan bapa

saudara saya dalam bidang akademik sudah terserlah sejak di bangku sekolah

lagi. Di samping cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga merupakan

pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum dan kepimpinan baik di peringkat

sekolah mahupun universiti. Beliau aktif dalam sukan futsal dan bola sepak

semasa sekolah menengah dan mewakili pasukan bola sepak sekolah. Beliau

merupakan pengawas sekolah dan dilantik menjadi Ketua Pengawas pada tahun

1983. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Matematik dan Sains pada

tahun 1983. Semasa di peringkat menengah, beliau belajar di Sekolah Sains

Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Setelah mencapai kejayaan yang

cemerlang dalam peperiksaan SPM, beliau telah menerima tawaran untuk

melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Boston,

Amerika Syarikat. Walau pun bapa saudara aktif menyertai persatuan, tetapi

beliau tidak pernah melupakan pelajaran kerana mempunyai jadual sendiri selain

bertanya kepada pensyarah jika tidak faham. Ini terbukti di mana beliau adalah

salah seorang pelajar pengajian tinggi yang telah diberi ganjaran biasiswa

sepenuhnya.

Disebabkan bapa saudara saya suka membantu orang lain, beliau juga

melibatkan diri dalam banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak

universiti seperti menderma darah dan bergotong-royong membersihkan

Page 15: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

kawasan universiti. Pada keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa sikap

bapa saudara saya yang sentiasa merendahkan diri dan berfikiran positif

menjadikan beliau seorang yang berjaya di dalam akademik dan kepimpinannya.

Kini, bapa diamanahkan untuk menjadi seorang jurutera kimia di sebuah syarikat

di Subang Jaya.

Sejak anak-anak beliau kecil lagi, bapa saudara saya telah menanamkan minat

untuk membaca dalam diri anak-anak beliau disebabkan beliau sendiri suka

membaca. Bapa saudara saya membawa anak-anak beliau ke perpustakaan

awam sekurang-kurangnya tiga kali dalam sebulan. Beliau selalu berkata

bahawa membaca adalah jambatan ilmu. Memang benar, kemahiran membaca

bukan sekadar membantu anak-anak beliau berjaya dengan cemerlang dalam

peperiksaan tetapi membantu meningkatkan proses perkembangan mental dan

sosial mereka dengan lebih baik. Setiap kali anak-anak beliau mendapat

kejayaan dalam pelajaran, bapa saudara saya akan menghadiahkan buku

sebagai satu dorongan untuk menambahkan lagi minat anak-anak beliau untuk

membaca. Sehingga sekarang, anak-anak beliau sentiasa membaca buku cerita

pada waktu lapang dan juga sebelum mereka tidur pada waktu malam.

Bapa saudara saya tidak pernah berkompromi untuk memberi pendidikan terbaik

kepada Fadhlin dan juga Faris. Bapa saudara saya sentiasa memberi motivasi

kepada mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang

akademik mahupun aktiviti ko-kurikulum bagi menjamin kejayaan dalam hidup

mereka pada masa-masa akan datang.

Kebanyakan ibu bapa hanya tahu menyuruh atau memerintah tanpa

mempedulikan perasaan atau pendapat anak mereka. Tetapi, walaupun sibuk

dengan tugas hariannya, bapa saudara saya cuba sedaya upaya meluang dan

Page 16: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009

memperuntukkan masa yang berkualiti bersama Fadhlin dan juga Faris untuk

berbincang, menyelesaikan masalah, memberi nasihat dan teguran yang

membina.

Selain daripada itu, satu kelebihan istimewa pada bapa saudara saya ialah

beliau sangat kreatif. Apa sahaja projek yang saya lakukan, beliau akan

memastikan bahawa ia adalah kreatif iaitu lain dari yang biasa dibuat oleh orang

lain. Maka, ini menyebabkan saya sentiasa mencari idea baru untuk melakukan

sesuatu.

Banyak yang saya pelajari dari bapa saudara kesayangan saya. Saya amat

bersyukur mendapat bapa saudara yang cemerlang sepertinya, sememangnya

beliau dipilih menjadi tokoh keluarga saya.

LAMPIRAN

Page 17: kerja kursus sejarah tingkatan 1 2009