kandunganfizik.um.edu.my/prog/2009bm.pdftarikh semester sesi 2009/2010 2 profil fakulti 3 ......

31

Upload: dangnhan

Post on 30-Apr-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KANDUNGAN MUKA SURAT

KATA ALUAN DEKAN FAKULTI SAINS 1

TARIKH SEMESTER SESI 2009/2010 2

PROFIL FAKULTI 3

VISI DAN MISI UNIVERSITI/MISI DAN OBJEKTIF FAKULTI SAINS 4

PENTADBIRAN FAKULTI 5

HAL AKADEMIK 6 – 11

STRUKTUR PROGRAM - Sarjana Muda Sains 12

- Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan 13

SENARAI HADIAH-HADIAH PERINGATAN DAN PENGAT-PINGAT FAKULTI SAINS 14

PETA LOKASI FAKULTI SAINS 15

JABATAN FIZIK Struktur Program 16 – 20 Latarbelakang Institut & Sinopsis Kursus 21 – 38 JABATAN GEOLOGI Struktur Program 39 – 43 Latarbelakang Institut & Sinopsis Kursus 44 – 56 JABATAN KIMIA Struktur Program 57 – 62 Latarbelakang Institut & Sinopsis Kursus 63 – 83 JABATAN PENGAJIAN SAINS & TEKNOLOGI Struktur Program 84 – 90 Latarbelakang Institut & Sinopsis Kursus 91 – 106 INSTITUT SAINS MATEMATIK Struktur Program 107 – 118 Latarbelakang Institut & Sinopsis Kursus 119 – 138

INSTITUT SAINS BIOLOGI Struktur Program 138 – 157 Latarbelakang Institut & Sinopsis Kursus 158 – 217

JABATAN GEOGRAFI Struktur Program 218 – 220 Latarbelakang Institut & Sinopsis Kursus 221 – 230

JABATAN PENDIDIKAN MATEMATIK DAN SAINS Struktur Program 231 – 232 Latarbelakang Institut & Sinopsis Kursus 233 – 240

** Nota: Maklumat yang terdapat dalam Buku Panduan Fakulti ini adalah benar sehingga tarikh dicetak. Sebarang pindaan selepas cetakan, akan dimaklumkan kepada pelajar.

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

KATA ALUAN DEKAN FAKULTI SAINS

PROFESOR DR. MOHD SOFIAN AZIRUN Assalamu’alaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera. Tahniah kepada semua pelajar di atas kejayaan melanjutkan pengajian di Fakulti Sains, Universiti Malaya. Sebagai makluman semua, Fakulti Sains menawarkan dua jenis ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains dan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan. Ijazah Sarjana Muda Sains merupakan program pengajian 6 semester (3 tahun) sementara Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan pula adalah program 8 semester (4 tahun). Pengkhususan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains melibatkan bukan sahaja bidang-bidang Sains Asas seperti Ekologi & Biodiversiti, Biokimia, Bioinformatik, Fizik, Genetik & Biologi Molekul, Geografi, Geologi, Kimia, Matematik, dan Mikrobiologi, malah juga program dalam bidang Sains Gunaan, seperti Geologi Gunaan, Matematik Aktuari dan Kewangan, Matematik Komputeran dan Industri, Bioteknologi, Sains dan Pengurusan Alam Sekitar dan sebagainya. Dengan kepelbagaian pengkhususan ini, para pelajar mempunyai lebih banyak pilihan untuk menentukan pembangunan kerjaya masing-masing demi mencapai cita-cita dan juga memenuhi harapan ibubapa serta keluarga tercinta. Bagi sesi akademik 2009/2010, pelajar diberi tawaran kemasukan terus ke program pengkhususan pilihan masing-masing. Pelajar diingatkan supaya tidak terburu-buru untuk menyelesaikan pengajian dalam tempoh 6 semester memandangkan sistem semester banyak memberi kelonggaran kepada pelajar untuk mengatur rancangan pembelajaran mengikut kebolehan dan kemampuan masing-masing. Semua pelajar dinasihatkan supaya berbincang dengan Penasihat Akademik yang telah dilantik sekiranya menghadapi masalah dalam pembelajaran dan ketidakpastian mengenai kursus, tugasan dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Dalam masa yang sama, pelajar perlu memahami dan mematuhi Kaedah-kaedah dan Peraturan-peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2006 yang telah diedarkan kepada semua pelajar. Saya berharap pelajar akan memanfaatkan sepenuhnya peluang pengajian dan mengambil kesempatan semasa berada di kampus untuk menimba ilmu pengetahuan, di samping membentuk sahsiah diri demi meningkatkan kecemerlangan peribadi. Saya akhiri dengan ucapan Selamat Maju Jaya dalam apa juga bidang yang diceburi. ”CEMERLANG BERSAMA UM”

1

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

TARIKH SEMESTER SESI 2009/2010

SEMESTER I

1 minggu 6 minggu 1 minggu 4 minggu 1 minggu* 4 minggu** 1 minggu 3 minggu 5 minggu***

Haluansiswa Kuliah Cuti Pertengahan Semester Kuliah Cuti Khas Kuliah Minggu Ulangkaji Peperiksaan Semester I Cuti Semester I 26 minggu

28.06.2009 – 05.07.2009 06.07.2009 – 16.08.2009 17.08.2009 – 23.08.2009 24.08.2009 – 18.09.2009 19.08.2009 – 27.09.2009 28.09.2009 – 25.10.2009 26.10.2009 – 01.11.2009 02.11.2009 – 22.11.2009 23.11.2009 – 27.12.2009

SEMESTER II

7 minggu 1 minggu+

7 minggu 1 minggu 3 minggu

Kuliah Cuti Pertengahan Semester II Kuliah Minggu Ulangkaji Peperiksaan 19 minggu

28.12.2009 – 12.02.2010 13.02.2010 – 21.02.2010 22.02.2010 – 11.04.2010 12.04.2010 – 18.04.2010 19.04.2010 – 09.05.2010

CUTI TAHUNAN/SEMESTER KHAS

Cuti Kuliah dan Peperiksaan

8 minggu atau 7 minggu

11.05.2010 – 04.07.2010

10.05.2010 – 27.06.2010

* Cuti Hari Raya Puasa (20 – 21 September 2009) ** Cuti Deepavali pada (17 Oktober 2009) *** Cuti Hari Raya Aidil Adha (27 November 2009) Cuti Krismas (25 Disember 2009) + Cuti Tahun Baru Cina (14 – 15 Februari 2010)

2

Buku Panduan Fakulti Sains: Sesi 2009-2010

1. PENDAFTARAN KURSUS – AM 1.1 Pelajar baru dihadkan mengambil tidak

melebihi 16 jam kredit dalam semester permulaan bagi program-program pengajiannya.

1.2 Pada amnya:

(i) bilangan jam kredit maksimum yang boleh diambil: • Semester Biasa: 18 jam kredit

(kecuali semester permulaan) • Semester khas: 9 jam kredit.

(ii) Bilangan jam kredit minimum yang boleh diambil pada Semester Biasa adalah 12 jam kredit.

(iii) Pelajar di bawah Tempoh Pemerhatian Akademik, tidak dibenarkan mengambil lebih daripada 12 jam kredit.

1.3 Seseorang pelajar dibenarkan

mendaftar seperti berikut, tertakluk kepada kebenaran Dekan: • Lebih daripada 18 jam kredit tetapi

tidak melebihi 21 jam kredit. • Kurang daripada 12 jam kredit tetapi

tidak kurang dari 6 jam kredit (kecuali bagi memenuhi keperluan pengijazahan)

1.4 Pendaftaran untuk kursus Ko-kurikulum

hanya dibenarkan selepas pelajar telah menjalani sekurang-kurangnya dua semester pengajian.

1.5 Pendaftaran untuk mana-mana kursus

hendaklah selesai pada hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Biasa dan pada hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Khas (iaitu tidak termasuk minggu penyesuaian dan

pendaftaran yang diadakan setiap semester satu sesi baru). HAL AKADEMIK

1.6 Pelajar dibenarkan menggugur mana-

mana kursus yang didaftar sehingga pada hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Biasa.

2. PENARIKAN DIRI 2.1 Penarikan diri dari kursus atau semester

• Penarikan diri dari mana-mana kursus dalam sesuatu semester bermakna penarikan diri dari satu atau lebih kursus. Pelajar masih tertakluk kepada syarat minimum jam kredit yang ditetapkan untuk Semester Biasa.

• Penarikan diri dari semester

bermakna penarikan diri daripada kesemua kursus yang didaftarkan oleh pelajar bagi semester berkenaan. Pelajar hanya dibenarkan menarik diri dari suatu semester selepas ia telah menjalani program pengajian sekurang-kurangnya satu semester.

• Bagi permohonan penarikan diri dari

kursus atau semester, pelajar hendaklah mengisi dan mengemukakan borang yang dikhaskan kepada Dekan Fakulti sebelum jam 12.00 tengahari pada hari Jumaat minggu kuliah ketujuh Semester Biasa atau pada hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Khas.

• Sekiranya permohonan tidak

diluluskan, pelajar berkenaan dikehendaki meneruskan pengajiannya bagi kursus-kursus berkenaan. Pelajar berkenaan akan diberikan gred F sekiranya tidak menghadiri kursus dan menduduki peperiksaan yang diadakan pada akhir semester berkenaan.

6

Buku Panduan Fakulti Sains: Sesi 2009-2010

• Penarikan diri daripada mana-mana

kursus atau semester tidak dibenarkan apabila tempoh peperiksaan semester telah bermula.

2.2 Penarikan diri dari Universiti

• Penarikan diri dari Universiti bermakna penarikan diri daripada program pengajian.

• Pelajar hendaklah memberitahu Pendaftar secara bertulis, melalui Dekan sekiranya pelajar tidak mahu meneruskan lagi program pengajiannya di Universiti.

• Sebarang keputusan terhadap penarikan diri dari Universiti adalah muktamad.

Penting: Pelajar yang berhenti daripada menghadiri sesuatu kursus tanpa penarikan diri secara rasmi akan diberi gred F oleh pensyarah berkenaan dan gred tersebut akan dicatatkan dalam rekod tetap yang rasmi pelajar bagi kursus berkenaan. 3. STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN 3.1 Penawaran dan Penyempurnaan

Kursus (a) Semua program peringkat Ijazah

Sarjana Muda memerlukan penyempurnaan sejumlah minimum jam kredit seperti berikut:

Sarjana Muda Sains: 114 jam kredit Sarjana Muda Sains (Matematik Aktuari & Kewangan): 126 jam kredit

Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan: 134 jam kredit

Sila rujuk struktur program (mukasurat 12-13) untuk penyempurnaan komponen struktur program.

(b) Melainkan pelajar diluluskan pemindahan atau pengecualian kredit,

tempoh minimum bagi penyempurnaan program adalah seperti berikut: • Sarjana Muda Sains: 6 semester • Sarjana Muda Sains (Matematik

Aktuari & Kewangan): 8 semester • Sarjana Muda Sains dengan

Pendidikan: 8 semester

(c) Tempoh maksimum bagi penyempurnaan program pengajian adalah seperti berikut: • Sarjana Muda Sains: 10 semester • Sarjana Muda Sains (Matematik

Aktuari & Kewangan): 12 semester • Sarjana Muda Sains dengan

Pendidikan: 12 semester

Semester Khas tidak diambilkira dalam tempoh minimum dan maksimum tempoh pengajian sesuatu program pengajian. 3.2 Pemindahan Kredit (a) Pemindahan kredit bermakna

pemindahan jam kredit bersama-sama dengan gred yang diperolehi bagi kursus yang diambil oleh pelajar selepas diterima masuk untuk mengikuti program pengajian di Universiti ini.

(b) Dalam proses pemindahan kredit, jam kredit bersama gred dan gred mata yang diperolehi bagi kursus berkenaan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar.

(c) Syarat-syarat untuk pengecualian kredit adalah seperti berikut: (i) Kursus yang dipohon mempunyai

pertindihan sekurang-kurangnya 75% dengan kursus yang ditawarkan di Universiti ini;

(ii) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan adalah tidak kurang daripada C atau 2.0.

(iii) Kursus yang dipohon hendaklah merupakan kursus dari program pengajian yang setaraf dengan program pengajian yang sedang diikuti.

7

Buku Panduan Fakulti Sains: Sesi 2009-2010

3.3 Pengecualian Kredit (a) Pengecualian kredit bermakna

pengecualian dari pendaftaran dan mengikuti kursus yang ditetapkan untuk sesuatu program pengajian berdasarkan kursus yang diambil oleh pelajar sebelum diterima masuk ke program pengajian di Universiti ini seperti mana yang diluluskan oleh Senat. Kursus yang diluluskan pengecualian kredit akan diberikan gred K dan jam kredit tidak diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK.

(b) Bagi maksud pengecualian kredit, pelajar berkenaan dikehendaki memperolehi sijil/diploma/ijazah berkenaan terlebih dahulu sebelum dipertimbangkan.

Syarat untuk pengecualian kredit adalah seperti syarat pemindahan kredit, perkara 3.2(c) (i) & (ii). Jumlah maksimum jam kredit untuk dikecualikan tidak melebihi satu pertiga (1/3) jam kredit program pengajian. Permohonan untuk pemindahan atau pengecualian kredit hendaklah di kemukakan kepada Dekan, tidak lewat dari hari Jumaat minggu kuliah kedua Semester Biasa pada Tahap 1 dengan mengisi borang yang dikhaskan di kaunter Pejabat Dekan Sains. *Sila rujuk kaunter Pejabat Dekan untuk maklumat lanjut. 4. PENASIHAT AKADEMIK PELAJAR Setiap pelajar disediakan seorang Penasihat Akademik daripada kalangan pensyarah dalam bidang pengajian pelajar untuk membimbing pelajar dalam perancangan program pengajian. Setiap pelajar hendaklah berjumpa dengan Penasihat Akademik sekurang-kurangnya satu kali dalam semester.

5. PEPERIKSAAN 5.1 Pendaftaran Peperiksaan

(i) Pelajar hendaklah mendaftar dengan mengesahkan borang yang ditetapkan oleh Pendaftar pada atau sebelum tarikh tutup untuk kemasukan ke suatu peperiksaan.

(ii) Pendaftaran lewat untuk memasuki peperiksaan Universiti akan dikenakan bayaran denda atas suatu kadar yang ditetapkan.

5.2 Keperluan Kehadiran Kelas

Pelajar diwajibkan menghadiri semua kelas. Mana-mana pelajar yang mencapai kehadiran di bawah 80% bagi sesuatu kursus tanpa sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran pensyarah berkenaan, boleh dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir kursus tersebut oleh Dekan.

5.3 Kaedah Penilaian Peperiksaan (a) Kaedah penilaian kursus bergantung

kepada objektif dan kandungan kursus berkenaan. Lazimnya, penilain terdiri dari dua bahagian mengikut nisbah sumbangan, iaitu: • Penilaian Berterusan: termasuk ujian

dan tugasan yang diadakan semasa kursus dijalankan,

• Peperiksaan akhir semester

(b) Kursus yang berbentuk praktikal atau projek ilmiah seperti Latihan Ilmiah Tahap Akhir atau Latihan Mengajar, boleh dinilai 100% berdasarkan penilaian berterusan sepanjang tempoh latihan berkenaan, tanpa ujian bertulis.

6. SKIM PEMARKAHAN 6.1 Gred Rasmi Universiti serta markah dan

maksudnya adalah seperti berikut:

8

Buku Panduan Fakulti Sains: Sesi 2009-2010

Markah Gred Mata Gred Maksud 80-100 A 4.0 Cemerlang 75-79 A− 3.7 Cemerlang 70-74 B+ 3.3 Kepujian 65-69 B 3.0 Kepujian 60-64 B− 2.7 Kepujian 55-59 C+ 2.3 Lulus 50-54 C 2.0 Lulus 45-49 C− 1.7 Lulus Pinggiran 40-44 D+ 1.3 Lulus Pinggiran 35-39 D 1.0 Lulus Pinggiran 00-34 F 0.0 Gagal *Perhatian: (i) Hanya kursus yang ditawarkan di bawah

Fakulti Sains yang bermula dengan kod SHE*/SJE*/SMES/SCE*/SGES/SFES/SXEX lulus dengan Gred D – Lulus Pinggiran, kecuali kursus yang dinyatakan ’Lulus dengan Gred C’;

(ii) Kursus Universiti / KELF / kursus yang ditawarkan oleh Fakulti lain, gred lulus adalah C.

(iii) Kecuali bagi yang dinyatakan seperti di bahagian (i) dan (ii) di atas: • Pelajar yang kekal dengan PNGK 2.0

dan ke atas pada setiap semester, tidak perlu mengulang kursus yang diperolehi gred Lulus Pinggiran;

• Pelajar dengan PNGK kurang dari 2.0 dan mendapat gred kurang dari C untuk kursus pada mana-mana semester diberi pilihan untuk mengulangi mana-mana kursus berkenaan dengan gred kurang daripada C pada mana-mana semester berikutnya supaya dapat meningkatkan PNGK sehingga 2.0 dan ke atas, tertakluk kepada had tempoh pengajian maksimum bagi program pengajiannya.

• Pelajar boleh mengemukakan permohonan untuk menebus gred C- bagi mana-mana kategori kursus melalui tugasan, ujian atau kaedah-kaedah penilaian lain tertakluk

kepada persetujuan Jawatankuasa Pemeriksa dan syarat-syarat berikut:

o Kursus ditebus kepada gred C

sahaja; o Penebusan dibuat hanya untuk

satu kursus sahaja pada semester berkenaan;

o Permohonan dibuat dalam masa dua minggu dari tarikh rasmi keputusan peperiksaan.

6.2 Penentuan Prestasi Akademik Pelajar (a) Senarai Dekan

Pelajar yang mencapai PNG 3.7 dan ke atas bagi mana-mana Semester Biasa dan memenuhi syarat-syarat berikut, akan dicatat sebagai Lulus Dengan Cemerlang bagi semester berkenaan dan namanya dimasukkan dalam Senarai Dekan: • Mengambil dan menduduki

peperiksaan tidak kurang daripada 15 jam kredit (tidak termasuk kursus gred S);

• Tiada kursus dengan gred kurang dari C;

• Tidak mengulang mana-mana kursus dalam semester berkenaan.

(b) Tempoh Pemerhatian Akademik

Pelajar yang memperolehi PNG di bawah 2.0 diletakkan di dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dalam semester berikutnya. Tempoh ini akan terus kekal sehingga PNG pelajar tersebut mencapai 2.0. Pelajar akan diberi amaran dan dimaklumkan tentang status pemerhatiannya oleh Dekan.

(c) Gagal Keluar

(i) Pelajar boleh ditamatkan daripada program pengajian sekiranya: • Sedang berada dalam tempoh

permerhatian akademik dan selepas itu mendapat PNG 1.3 atau kurang selama dua Semester Biasa berturut-turut;

9

Buku Panduan Fakulti Sains: Sesi 2009-2010

• Memperolehi PNG kurang daripada 2.0 untuk empat Semester Biasa berturut-turut;

• Gagal selepas tiga percubaan dengan gred F bagi kursus wajib;

• Memperolehi PNGK kurang daripada 1.0 untuk tiga Semester Biasa berturut-turut.

(ii) Pelajar yang diterima masuk semula

selepas gagal keluar dan memperolehi prestasi akademik yang kurang memuaskan, iaitu PNG kurang daripada 2.0.

7. PENGIJAZAHAN 7.1 Keperluan Pengijazahan Setiap pelajar hendaklah menyempurnakan keperluan-keperluan berikut untuk tujuan pengijazahan: • Keperluan Kursus Universiti; • Keperluan Kursus Teras dan Pilihan

seperti dalam struktur program; • Keperluan penyempurnaan major/minor

di mana berkenaan; • Menyempurnakan sekurang-kurangnya

dua pertiga dari keseluruhan jam kredit yang diperolehi, dari kursus yang dijalankan di Universiti (kecuali jika Universiti mempunyai peraturean khas dengan institusi lain, misalnya surat persefahaman atau memorandum persefahaman mengenai penerimaan pelajar dari institusi berkenaan ke

Universiti Malaya untuk meneruskan pengajian).

• Menyempurnakan tempoh minimum yang ditetapkan untuk tujuan pengijazahan.

7.2 Penganugerahan Ijazah Ijazah yang dianugerahkan adalah ijazah kepujian berdasarkan PNGK terakhir. Untuk melayakkan seseorang pelajar dianugerahkan ijazah ia hendaklah mencapai PNGK terakhir tidak kurang daripada 2.0. Pelajar yang memperolehi PNGK 3.7 dan ke atas akan dianugerahkan Lulus Dengan Kepujian (Dengan Cemerlang) tertakluk kepada beliau tidak pernah: • Mengulang mana-mana kursus dan • Mendapat gred F bagi mana-mana

kursus. PERHATIAN PENTING: MAKLUMAT DALAM BUKU PANDUAN INI MESTI DIBACA/RUJUK BERSAMA BUKU: • KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI

MALAYA (PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA) 2006;

• PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA) 2006

10

Buku Panduan Fakulti Sains: Sesi 2009-2010

SISTEM PENGAJIAN DI FAKULTI SAINS

Mulai sesi 1996/97 Fakulti Sains telah melaksanakan sistem semester sepenuhnya dan tempoh pengajian program Ijazah Sarjana Muda Sains disingkatkan kepada tiga tahun. Di bawah sistem baru ini, pelbagai pengkhususan baru ditawarkan. Program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan bagaimanapun dijalankan bagi tempoh pengajian empat tahun mulai sesi 2001/2001. Mulai sesi 2004/2005, Institut Sains Matematik menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Aktuari dan Kewangan) dengan tempoh pengajian empat tahu.

BIDANG PENGKHUSUSAN Fakulti Sains menawarkan pelbagai bidang pengkhususan bagi Ijazah Sarjana Muda Sains, antaranya:

Sarjana Muda Sains (Bioinformatik) Sarjana Muda Sains (Biokimia) Sarjana Muda Sains (Bioteknologi) Sarjana Muda Sains (Ekologi dan

Biodiversiti) Sarjana Muda Sains (Genetik dan

Biologi Molekul) Sarjana Muda Sains (Sains

Biokesihatan) Sarjana Muda Sains (Sains dan

Pengurusan Alam Sekitar) Sarjana Muda Sains (Mikrobiologi) Sarjana Muda Sains (Fizik) Sarjana Muda Sains (Geologi) Sarjana Muda Sains (Geologi Gunaan) Sarjana Muda Sains (Kimia) Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan) Sarjana Muda Sains (Matematik) Sarjana Muda Sains (Matematik

Komputeran dan Industri)

Sarjana Muda Sains (Statistik) Sarjana Muda Sains (Matematik Aktuari

dan Kewangan) Sarjana Muda Sains (Pengajian Sains

dan Teknologi) Sarjana Muda Sains (Geografi)

Bagi Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan, pelajar boleh memilih dua mata pelajaran dari yang berikut sebagai pengajian major dan minor:

Biologi Kimia Fizik Matematik

PANDUAN PEMILIHAN KURSUS

Pelajar digalakkan berbincang dengan Penasihat Akademik untuk membuat perancangan pemilihan kursus. Secara amnya, i. Pelajar perlu memenuhi keperluan

minima jam kredit bagi tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan;

ii. Pelajar harus mengambil perhatian keperluan kursus-kursus Pra-syarat sebelum mendaftar kursus-kursus di tahap yang lebih tinggi. Ini adalah penting kerana sesetengah kursus di Tahap 2 dan/atau 3 memerlukan penyempurnaan kursus Pra-syarat.

iii. Kursus Elektif dari luar Institut/Jabatan dalam Fakulti (10 jam kredit) hendaklah terdiri daripada kursus-kursus dari luar Institut/Jabatan di dalam Fakulti Sains

iv. Institut Sains Matematik mensyaratkan pelajar perlu lulus dengan sekurang-kurangnya gred C bagi kursus wajib dan pra-syarat kepada kursus di tahap yang lebih tinggi.

11

Buku Panduan Fakulti Sains: Sesi 2009-2010

STRUKTUR PROGRAM SARJANA MUDA SAINS SESI 2009/2010

KURSUS KANDUNGAN KURSUS KREDIT GXEX1401 GXEX1411# GXEX1412 GXEX1410

Kemahiran Maklumat Hubungan Etnik Kokurikulum Asas Pembudayaan Keusahawanan Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS)

1 2 2 2 2

Pilih 6 kredit daripada yang berikut, berdasarkan kelayakan Bahasa Inggeris:

KURSUS

UNIVERSITI (15 JAM KREDIT)

GTEE1101 GTEE1102 GTEE1103 GTEE1104

Fundamentals of English (3) English for Academic Purposes (3) Professional Writing in English (3) Effective Presentation Skills (3)

6

KURSUS TERAS FAKULTI

(6 JAM KREDIT)

SXEX1400 SXEX1101/1102/1104

Sejarah dan Falsafah Sains Biostatistik/Statistik/Geostatistik

3 3

KURSUS TERAS PROGRAM

(83 JAM KREDIT)

Kursus Wajib Program Kursus Pilihan Program

Sila rujuk Struktur Program Pengkhususan di Institut/Jabatan masing-masing

83

KURSUS PILIHAN FAKULTI [BUKAN

TERAS PROGRAM]

(10 JAM KREDIT)

Kursus dari luar Institut/Jabatan pengkhususan Nota: Rujuk Senarai Kursus Berdasarkan Kursus Pilihan Fakulti [Bukan Teras Program] Dari Setiap Institut/Jabatan.

10

JUMLAH KESELURUHAN** 114

Catatan: # Digantikan dengan kursus GXEX1413 Pengenalan Kepada Malaysia, bagi pelajar antarabangsa. Bagi program SARJANA MUDA SAINS (MATEMATIK AKTUARI DAN KEWANGAN):

* KURSUS TERAS PROGRAM: 95 JAM KREDIT ** JUMLAH KESELURUHAN: 126 JAM KREDIT

12

Buku Panduan Fakulti Sains: Sesi 2009-2010

STRUKTUR PROGRAM SARJANA MUDA SAINS DENGAN PENDIDIKAN SESI 2009/2010

KURSUS KANDUNGAN KURSUS KREDIT

GXEX1401 GXEX1411 GXEX1412 GXEX1410 SXEX1103 SGES1201 SGES1202

Kemahiran Maklumat Hubungan Etnik Kokurikulum Asas Pembudayaan Keusahawanan Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS) Komputer Untuk Pendidikan Pengenalan Kepada Bumi Proses Permukaan Bumi

1 2 2 2 2 2 2 2

Pilih 6 kredit daripada yang berikut, berdasarkan kelayakan Bahasa Inggeris:

*KURSUS UNIVERSITI

(21 JAM KREDIT)

GTEE1101 GTEE1102 GTEE1103 GTEE1104

Fundamentals of English (3) English for Academic Purposes (3) Professional Writing in English (3) Effective Presentation Skills (3)

6

KURSUS TERAS PROGRAM

(61 JAM KREDIT)

Kursus Wajib Program - Kursus Sains (Major) - Kursus Sains (Minor)

43 18

KURSUS FAKULTI PENDIDIKAN

(52 JAM KREDIT)

Kursus Fakulti Pendidikan Kursus Kaedah I Kursus Kaedah II # SXEP 4190: Latihan Mengajar v.1

24 14 6 8

JUMLAH KESELURUHAN 134

* Kursus Universiti MESTI Lulus Sekurang-kurangnya Dengan Gred C (Mata Gred 2.0), kecuali

SXEX1103, SGES1201 dan SGES1202. # Telah menyempurnakan kesemua kursus Fakulti Pendidikan. Baki jam kredit adalah tidak

lebih daripada 12 jam kredit.

13

Jabatan Fizik

http://www.fizik.um.edu.my

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

JABATAN FIZIK

Pengetahuan dalam bidang Fizik adalah perlu untuk memahami sains secara wajar. Fizik adalah satu bidang yang sangat menakjubkan kerana asal usul alam semesta kini banyak difahami melalui kajian fizik. Jabatan Fizik, Universiti Malaya diasaskan pada tahun 1961 untuk melatih pelajar-pelajar yang ingin mempelajari bidang ini secara mendalam dan juga untuk menerajui penyelidikan dalam bidang ini di Malaysia. Jabatan ini menawarkan ijazah pada peringkat Sarjana Muda Sains, Sarjana Sains dan Doktor Falsafah. Pelajar-pelajar yang lulus dengan ijazah Sarjana Muda Sains daripada jabatan ini berkebolehan menyandang jawatan-jawatan di sektor awam atau swasta dan juga melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah tinggi dalam bidang fizik atau bidang yang berkaitan dengannya. Kursus-kursus di peringkat Sarjana Muda Sains adalah dalam bentuk kuliah, tutorial, amali dan projek di mana pelajar-pelajar mengambil bahagian di dalam penyelidikan dengan ahli-ahli akademik di jabatan. Pada peringkat Sarjana pula pelajar-pelajar boleh memilih di antara program Sarjana melalui kerja-kursus atau melalui penyelidikan. Untuk ijazah Doktor Falsafah pula programnya hanyalah melalui penyelidikan sahaja. Jabatan Fizik telah menarik minat ramai pelajar di Fakulti Sains. Untuk sesi 2008/2009 jumlah pelajar tahun akhir yang membuat pengkhususan dalam bidang fizik adalah 57 orang. Di dalam penyelidikan, Jabatan ini telah mencapai tahap yang sangat memberangsangkan. Pada peringkat ijazah lanjutan di jabatan, 63 pelajar telah berdaftar untuk ijazah Sarjana Sains dan 32 pelajar untuk ijazah Doktor Falsafah bagi sesi 2008/2009. Daripada jumlah pelajar ijazah tinggi, 23% terdiri daripada pelajar antarabangsa. Jabatan Fizik juga telah berjaya memperolehi bantuan penyelidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-6 hingga Ke-9 dan kini jabatan ini mempunyai kelengkapan pengajaran dan penyelidikan yang moden dan canggih. Keutamaan Jabatan Fizik adalah untuk memberi peng-ajaran yang terbaik di dalam bidang ini dan menghasilkan graduan fizik yang berwibawa. Di samping itu, Jabatan Fizik, Universiti Malaya juga mengutamakan kegiatan penyelidikan supaya jabatan ini akan terus unggul dan terkehadapan dalam bidang Fizik yang penting ini.

SENARAI KAKITANGAN

KETUA: Profesor Abdul Kariem Hj Mohd Arof, PhD(Mal), MSc(Wales), BSc(Mal) (Bahan Gunaan, Bateri, Bahan Termaju) PROFESOR: Chia Swee Peng, PhD(Illinois), MS(Illinois), BSc(Mal), FIPM (Fizik Zarah Teori) Harith Ahmad, PhD(Wales), MSc(Wales), BSc (Mal),

MIPM (Fotonik) Keshav N. Shrivastava, Ph.D.(IIT Kanpur), D. Sc. (Kolkata), FICC, F.Inst.P.(UK), C.Phys., FNASc., FUSI (Teori Jirim Terkondensasi, Superkekonduksian, Kesan Hall Kuantum) Kwek Kuan Hiang, PhD(Mal), MSc(Mal), BSc(Mal), MIPM (Fizik Plasma dan Laser) Mohd Zambri Zainuddin, PhD(Durham), BSc(Mal), FRAS(UK) IAU (Paris), MIPM (Astronomi, Astrofizik dan Instrumentasi) Muhamad Rasat Muhamad, PhD(Durham), BSc(UKM), FIPM, MIEEE (Fizik dan Teknologi Semikonduktor) Saadah Abdul Rahman, PhD(Mal), MSc(Indiana), BSc(Indiana), FIPM (Fizik dan Teknologi Semikonduktor) Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, PhD(Lond), DIC, BSc(Lond), ARCS, FIPM (Sistem Kompleks, Rangkaian Neuron, Ekonofizik) Wan Haliza Abd Majid, PhD(Sheffield), MSc(Mal), BSc(Wales), MIPM (Bahan Dimensi Rendah) Wong Chiow San, PhD(Mal), MSc(Mal), BSc(Mal), FIPM (Fizik dan Teknologi Plasma, Kuasa Denyutan) Yusoff Mohd Amin, PhD(Birmingham), MSc(Birmingham), BSc(Salf), MSRP(UK), MIPM (Fizik Sinaran, Sinaran Alam Sekitar) PROFESOR MADYA: Anis Faridah Md Nor, PhD(Manc), MSc(Mal), BSc(Mal) (Instrumentasi Sensor Magnet, Pencirian Hingar) Burhanuddin Kamaluddin, PhD(Manc), BSc(Manc), MIPM (Micro-controllers dan Aplikasi, Filem Nipis, Luminesens) Chin Oi Hoong, PhD(Mal), MSc(Mal), BSc(Mal) (Fizik dan Teknologi Plasma) Hasan Abu Kassim, PhD(Manc), MSc(Manc), BSc(Mal), MIPM (Teori Fizik Nukleus, Astrofizik Neutrino) Ithnin Abdul Jalil, MPhil(Surrey), BSc(Mal), MIPM (Fizik Teori) Roslan Md Nor, PhD(Queens), MSc(Wales), BSc(Mal) (Plasma Gunaan, Pencirian Bahan, Bahan Termaju) Rosli Hj Mahat, MPhil(Southampton), MS(California-Riverside), BA(Macalester), AIPM (Sinaran Alam Sekitar) Rustam Puteh, PhD(Durham), BSc(Mal) (Fizik Bahan) Sithi Vinayakam Muniandy, PhD(Oxford), MSc(UKM), BSc(UKM), MIPM (Fizik Statistik) Siti Meriam Ab Gani, PhD(Durham), BSc(Mal), MIPM (Fizik Keadaan Pepejal, Kajian Struktur Bahan) Zainol Abidin Ibrahim, PhD(Durham), BSc(Mal), MIPM (Elektronik Fizikal, Peranti Elektronik, Bahan Termaju) PENSYARAH: Khaulah @ Che Som Sulaiman, PhD(Mal), MSc(UKM), BSc(Mal) (Fizik Keadaan Pepejal)

21

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

Raja Mustapha Raja Hassan, PhD(Wales), MSc(Belf), BSc(Mal) (Fizik Pendidikan) Siti Rohana Majid, PhD(Mal), MSc(Mal), BSc(Mal) (Membran Polimer, Bahan Termaju) Vengadesh Periasamy, PhD(Mal), MSc Appl Phys (Mal), BSc (Mal) (Bio-sensor, Filem Nipis dan Multi-filem) Woon Kai Lin, PhD(Hull), BSc(Hull) (Organo-fotonik, Bio-bahan) Yap Seong Ling, PhD(Mal), MSc(Mal), BSc(Mal) (Fizik Plasma, Pelakuran Plasma dan Sinaran) Zamri Zainal Abidin, PhD(Manc.),MSc(Mal), BSc(Mal) (Astrofizik, Kosmologi, Radio Astronomi) Zarina Aspanut, PhD(Gifu Univ, Jpn), MEng(Toyohashi Univ of Tech, Jpn), BSc(Mal) (Penyelidikan Bahan) Zul Hazrin Zainal Abidin, PhD(Mal), BSc(Mal) (Bahan Termaju, Teknologi salut) Zurina Osman, PhD(Mal), BSc(Mal) (Bahan Termaju, Bateri) PENGAJAR: Gan Wee Chen, BSc(Mal) Hii King Ung, BSc(Mal) Kanesh Kumar Jayapalan, BSc(Mal) Lim Lih Wei, BSc(Mal) Lim Lian Kuang, BSc(Mal) Nordin Ayoub, BSc(Mal), MSc(Mal) Noriza Ahmad Zabidi, BSc(Mal) Sidiq Mohamad Khizir, BSc(Mal) Rozalina Zakaria, BSc(UPM), MSc(Mal) (SLAB) Chong Wu Yi, BSc(Mal) MSc(Mal) (SLAI) Goh Boon Tong, BSc(UPM), MSc(Mal) (SLAI) Nazhatulshima Ahmad, MSc(Mal), BSc(Mal)(SLAI) Norhasliza Yusof, BSc(Mal), MSc(Mal) (SLAI) Richard Ritikos, BSc(Mal), MSc(Mal) (SLAI)

PROGRAM IJAZAH Pada masa ini Jabatan Fizik menawarkan satu program pada peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu BSc (Fizik). Senarai kursus yang ditawarkan dalam program ini terdapat dalam jadual Struktur Program Ijazah. Program ini mengandungi tiga tahap iaitu tahap-tahap Awal, Pertengahan dan Akhir. Pengenalan kepada bidang Fizik diberi pada tahap Awal manakala tahap Pertengahan pula memberi asas kukuh kepada bidang Fizik di mana kursus seperti Mekanik Kuantum, Keelektromagnetan, Mekanik, Kaedah Matematik, Fizik Statistik, Kaedah Berangka dan Komputeran dan sebagainya ditawarkan. Pada tahap Akhir pelajar-pelajar diberi peluang mengikuti kursus dari pelbagai bidang tumpuan. Terdapat lapan bidang tumpuan yang masing-masingnya menawarkan beberapa kursus elektif. Bidang-bidang ini adalah Fizik Plasma, Laser & Optoelektronik, Fizik Semikonduktor, Fizik Nukleus & Zarah Keunsuran, Fizik Angkasa, Fizik Sinaran & Biofizik, Fizik Bahan dan Elektronik. Pelajar-pelajar juga dikehendaki menjalankan projek dalam salah satu bidang di atas. Di akhir program Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik),

graduan dapat: 1. Mempamerkan kemahiran dalam pengetahuan

asas dalam bidang utama fizik (mekanik klasik, keelektrikan dan kemagnetan, mekanik kuantum, mekanik statistik dan termodinamik) dan bidang fizik gunaan (contohnya, fizik keadaan pepejal, optik, fizik nukleus, fizik atom, dsb.)

2. Mempamerkan kemahiran praktikal dalam fizik seperti merekabentuk, memasang eksperimen, mengumpul dan menganalisa data, mengenalpasti punca ralat, mentafsirkan keputusan experimen dan menghubungkaitkan keputusan dengan konsep fizik yang berkaitan atau teori saintifik lain.

3. Menilai keperluan untuk perkembangan berkekalan dalam mempraktikan fizik demi keperluan masyarakat dan persekitaran.

4. Mempamerkan kebolehan dalam mencari penyelesaian kreatif dan praktikal untuk memenuhi keperluan dan perubahan yang ditentukan oleh suasana kerja secara saintifik, profesional dan beretika.

5. Mempamerkan kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan terutamanya dalam menghubungkaitkan maklumat saintifik dan teknikal secara bertulis dan pembentangan lisan.

6. Menggunakan prinsip fizik bagi situasi baru, dalam bilik darjah dan suasana penyelidikan, melalui pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengmodelan matematik dan komputer, dan ujikaji di makmal.

7. Mengurus secara berkesan kerapian dan disiplin yang diperlukan untuk menjadi seorang saintis yang baik dengan pengurusan masa yang cekap dan penggunaan sumber yang bersesuaian.

8. Mengguna pengalaman dan pengetahuan fizik untuk meneroka peluang dalam dunia keusahawanan.

BIDANG PENYELIDIKAN Penyelidikan di Jabatan Fizik melibatkan tiga belas kumpulan utama dalam bidang-bidang teras berikut:

1. Bahan Gunaan 2. Fizik Angkasa 3. Fizik Keadaan Pepejal 4. Fizik Komputeran dan Mikropemproses 5. Fizik Laser dan Optik Gunaan 6. Fizik Teori 7. Fizik Zarah Keunsuran 8. Fotonik 9. Instrumentasi dan Peranti Magnet 10. Radio astronomi 11. Sains Bahan dan Fizik Polimer 12. Sinaran Gunaan 13. Teknologi Plasma dan Denyutan

Kelengkapan utama di Jabatan Fizik yang khusus digunakan untuk penyelidikan dengan pendekatan eksperimen adalah: SEM-EDX, XRD, AFM, FT-IR, PL, Pembaca TLD, OMA, Spektrofotometer UV-VIS-NIR, Mikro-penduga Auger Pancaran Medan, sistem

22 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

pemendapan hidrólisis nyala, Sistem percikan arus terus dan penjajar topeng, Spektrometer penujuan geselan 1m, penyinar Co-60 dan spektrometer Gama HpGe. Kelengkapan lain yang ada di Jabatan termasuk Alat Diagnosis Pantas, kamera “streak”, osiloskop pantas berdigit, alat analisis spektrum, sistem-sistem penyediaan filem nipis, bilik bersih dan kelengkapan pengendalian gas, laser berkuasa tinggi, laser piko-saat, sistem nyahcas voltan tinggi dan arus tinggi, punca-punca plasma pengionan rf, punca neutron berdenyutan, punca sinaran dos tinggi dan makmal uji bahan. Penyelidikan di Jabatan ini dibiayai sebahagian besarnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Peruntukan Universiti Penyelidikan (RM5.3 juta diperolehi dalam tahun 2008), Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi melalui program eScienceFund, FRGS, TechnoFund (RM5.9 juta diperolehi dalam tahun 2008); dan sumber luar seperti Toray Science Award dan British Prime Minister’s Initiative (RM435,000). Antara topik-topik penyelidikan yang sedang dijalankan oleh kakitangan akademik Jabatan Fizik ialah: 1. Kajian tentang elektrolit polimer untuk bateri-bateri

proton udara litium. 2. Kajian tentang elektrolit polimer pepejal alkali dan

polihablur Mg2Ni aloi secara mekanik untuk bateri-bateri udara-hidrid logam.

3. Kajian tentang cat-cat “silicone-acrylic”. 4. Nyahcas rerambut berdenyutan pantas sebagai

sumber sinar-x lembut dan XUV berkoherens. 5. Holografi berdigit dan interferometri corak “speckle”. 6. Pembinaan dan penggunaan sistem laser “excimer”

vakum UV dan laser kuasa tinggi industri CO2. 7. Pembinaan nano-riben sebagai dosimeter

termoluminesens. 8. Kegunaan gentian optik berdop-Ge sebagai

dosimeter sinaran. 9. Kajian bahan radioaktif yang semulajadi dan jenis

semulajadi peningkatan secara teknik. 10. Kalorimeter terkawal elektroniks di kemudahan

“Hadron-Electron Ring Accelerator” (HERA) di DESY (Negara Jerman).

11. Kajian tentang biasan Q2 tinggi, resonans dan reputan zarah-zarah.

12. Kajian mekanik polimer berdasarkan “polyurethane”.

13. Rekabentuk dan pencirian super-kapasitor. 14. Kajian tentang bahan komposit. 15. Fabrikasi pengganding lakur, parutan Bragg

gentian. 16. Membina “preform” gentian optik, peranti pandu

gelombang satahan. 17. Amplifier gentian berdop-erbium jalur-C dan jalur-L. 18. Fokus plasma sebagai sumber sinaran

berdenyutan. 19. Dawai meletup berdenyutan bagi sintesis nano-

zarah. 20. Sumber-sumber plasma gandingan induktif RF dan

kapasitif AU dan penggunaannya. 21. Ciri-ciri electronik dan elektro-optik bagi bahan

berdasarkan silikon dan karbon. 22. Peranti pemancar cahaya organik. 23. Pengukuran arus-anjakan-Maxwell bagi mono-lapis

organik.

24. Fotometri dan spektroskopi astronomi. 25. Kajian kenampakan bulan sabit muda. 26. Optik bersesuaian. 27. Kadar tindakbalas nucleus astrofizik. 28. Kajian fizik bahan terkondensasi bagi kaca. 29. Model suria dan neutrino. 30. Teknik fabrikasi secara eksperimen dalam sains

bahan. 31. Sumber bim ion kuasa tinggi dan sinar-X serta

penggunaannya. 32. Rekabentuk dan implementasi rangkaian neutron. 33. Litar pintar. 34. Kegunaan Teknologi Maklumat dan pendidikan fizik. 35. Nyahcas pencucuh vakum sebagai sumber EUV

untuk litografi generasi hadapan.

PELUANG-PELUANG PEKERJAAN Kursus-kursus di Jabatan Fizik, Universiti Malaya disesuaikan untuk mereka yang ingin menjadi ahli sains dan ahli teknologi profesional di institusi-institusi penyelidikan dan industri. Ahli-ahli Fizik sangat diperlukan, terutamanya mereka yang mempunyai kemahiran di bidang-bidang bahan-bahan baru dan termaju, pemfabrikasian peranti-peranti, nano-teknologi, pengujian dan pengukuran. Pada masa kini industri-industri dan institusi-institusi penyelidikan sangat memerlukan ahli-ahli Fizik yang mampu mengintegrasikan teknologi baru dan teknologi tinggi ke dalam sistem yang sedia ada. Graduan-graduan Fizik diperlukan di industri elektronik, industri angkasa, komputer dan teknologi maklumat serta telekomunikasi, dan pelbagai industri pembuatan barangan elektrik dan mekanik. Pada kebiasaannya mereka berkhidmat sebagai jurutera-jurutera prosesan bahan, kawalan mutu di bahagian pengeluaran atau penyelidik di bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D). Eksekutif-eksekutif pemasaran peralatan sains yang canggih juga diambil daripada kalangan graduan-graduan Fizik. Peluang juga terbuka kepada graduan-graduan Fizik di bidang perubatan. Teknologi laser, X-ray, NMR (Nuclear Magnetic Resonance), sinaran dan ultrabunyi banyak digunakan di pelbagai bidang perubatan, oleh itu graduan-graduan Fizik sangat sesuai untuk mengendalikan sistem-sistem ini dan membantu pegawai-pegawai perubatan untuk menganalisis data-data yang dihasilkan. Peluang memang luas terbuka bagi graduan-graduan Fizik untuk menjadi ahli-ahli akademik dan penyelidik-penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi jika mereka melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat PhD. Selain daripada itu pensyarah dan guru Fizik sangat diperlukan di sekolah-sekolah serta kolej-kolej kerajaan dan swasta.

IJAZAH LANJUTAN (BIDANG)

Calon-calon ijazah lanjutan boleh mengikuti program MSc dan PhD secara penyelidikan dalam bidang-bidang Fizik Plasma, Fizik Laser, Fotonik, Fizik dan Peranti Semikonduktor, Peranti Paparan, Teknologi Filem Nipis, Sains Bahan, Fizik Polimer, Polimer Pengkonduksi,

23 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

Sinaran Alam Sekitar, Rangkaian Neuron, Sistem Kompleks, Fizik Zarah Keunsuran, Teori Nukleus, Teori Jirim Terkondensasi, Fizik Angkasa, Astronomi dan Kosmologi. Jabatan juga menawarkan program MSc (Fizik Gunaan) dan MTech (Sains Bahan) secara kerja-kursus meliputi bidang Teknologi Semikonduktor, Teknologi Plasma, Laser dan Optoelektronik, Sinaran Gunaan dan Fizik Bahan.

SINOPSIS KURSUS

KURSUS-KURSUS LUAR FAKULTI (ditawarkan kepada pelajar di fakulti selain dari Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Fakulti Pergigian dan Fakulti Perubatan.) SMES1301 ALAM SEMESTA (2 JAM KREDIT) Atom sebagai pembina jisim. Struktur dalam atom – nukleus, electron. Struktur dalam nukleus. Pembentukan sistem suria akibat graviti. Menepati teori keseluruhan benda. Kosmologi ‘Big Bang’. Sistem suria dan planet tuan rumah kehidupan. Bulan dan fasanya, putaran pembeza dan fenomena tidal. Sistem-sistem kalendar berdasarkan fenomena astronomi. Teks Rujukan: 1. A. Fraknoi, D. Norrison & S.C. Wolff, Voyages

through the Universe (Brooks Cole, 2003) 2. M.A. Seeds, Astronomy: The solar system and

beyond (Brooks Cole, 2006) 3. Arthur Berry, A short history of astronomy: from

earliest times through the nineteenth century (Dover Publ., 1961)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES1302 TENAGA (2 JAM KREDIT) Mekanik klasik asas; Berbagai sumber tenaga; transformasi tenaga; Penggunaan tenaga secara efisien. Teks Rujukan: 1. R.L Reese, University Physics, Vol.1 (Brooks Cole,

2000) 2. H. Young, R. Freedman, L. Ford, University Physics

with Modern Physics, 12th Ed. (Addison-Wesley, 2008)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES1303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (2 JAM KREDIT) Sejarah sistem pembilangan dan sistem nombor. Sejarah sistem komunikasi; perkembangan sains

moden; keelektrikan dan komunikasi elektrik; peranti dan litar elektronik; sistem dedua, elektronik berdigit; perkembangan komputer; internet; komunikasi berwayar dan tanpa wayar, komunikasi optik. Teks Rujukan: 1. B.A. Daley, Computers are your Future (Pearson-

Prentice Hall, 2007) 2. R.M. Gagliardi and S. Karp, Optical

Communications (Wiley, 1995) 3. B. Grob, Basic Electronics (Glencoe-McGraw-Hill,

1999) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES1304 SINARAN DAN MASYARAKAT (2 JAM KREDIT) Definasi sinaran, sinaran pengion dan tanpa pengion, unit keradioaktifan, sinaran asli dan buatan manusia, tindakbalas sinaran dengan jirim, kesan ke atas kehidupan; perlindungan sinaran, dosimeter, sinaran dalam perubatan, sinaran dalam arkeologi, sinaran dalam kriminalogi, sinaran dalam industri, tenaga nuklear, bom atom, bom hidrogen, bom neutron, sisa radioaktif, sinaran dan undang-undang. Teks Rujukan: 1. Y.M. Amin, Fizik Moden (DBP) 2. D. Bradley & Y.M. Amin, Principles of Radiation

Protection (UM Press) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES1305 CELARU DAN ORGANISASI (2 JAM KREDIT) Sistem-sistem mudah dan teratur, sistem statistik; ketakpastian akibat pengkuantuman, dinamik celaru; organisasi dalam sistem kompleks; kegunaan dalam biologi, ekonomi, sastera, dll. Teks Rujukan: 1. Nicolis & Prigogine, Exploring complexity: an

introduction (Freeman, 1989) 2. Bak, How nature works: the science of self-

organized criticality (Oxford Univ Press, 1997) 3. Briggs & Peat, Turbulent Mirror (Harper & Row,

1989) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan

KURSUS-KURSUS PENGUAT Kursus-kursus penguat adalah setara dengan tahap STPM. Pelajar yang ingin berdaftar dalam program B.Sc. (Fizik) tetapi tidak mempunyai kelulusan Fizik STPM/setara dan Matematik STPM/setara diperlukan mengambil kursus-kursus penguat. Mereka perlu lulus

24 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

dengan sekurang-kurangnya Gred C (PNG 2.00) dalam Kursus-kursus Penguat sebagai syarat kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik). Namun begitu, nilai jam kredit bagi Kursus-kursus Penguat ini tidak diambil-kira dalam PNG atau PNGK keputusan peperiksaan bagi program ini. Nota: Kursus SMES1501 dan SMES1502 juga ditawarkan sebagai kursus bukan teras program untuk pelajar selain dari pelajar Jabatan Fizik. Bagi kes ini, kredit kursus diambil-kira dalam PNG atau PNGK keputusan peperiksaan bagi program selain daripada B.Sc. (Fizik). SMES1501 ASAS JIRIM (2 JAM KREDIT) Fizik am: Unit dan pengukuran, kuantiti fizik, hukum-hukum Newton, momentum dan perlanggaran, geseran. Getaran dan gelombang: gerakan harmonik ringkas, gerakan gelombang, sifat-sifat gelombang, resonans, superposisi, kesan Doppler. Gelombang elektromagnet: spektrum elektromagnet, hukum Brewster, halaju cahaya, interferens dan belauan, ujikaji Young, gegelang Newton, belauan Fresnel, belauan Fraunhofer, uraian teleskop, pengutuban, kesan fotoelektrik. Pepejal dan bendalir: kekenyalan, hukum Hooke, modulus Young, tegasan, terikan, peralihan fasa, haba pendam. Ilmu termodinamik: persamaan keadaan, hukum-hukum termodinamik, proses Adiabatik, proses Isokor, proses Isoterma, taburan Maxwell, gas unggul, titik tigaan dan titik genting, suhu, tekanan, pengembangan terma. Cahaya dan optik: pantulan dan biasan, prinsip Huygen, kanta dan alat-alat optik. Teks Rujukan: 1. H. Young, R. Freedman, L. Ford, University Physics

with Modern Physics, 12th Ed. (Addison-Wesley, 2008)

2. R. Knight, B. Jones, S. Field, College Physics, A Strategic Approach with Mastering Physics (Pearson-Prentice Hall, 2007)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES1502 ASAS ZARAH DAN DAYA (2 JAM KREDIT) Keelektromagnetan: arus elektrik, beza upaya, tenaga elektrik, rintangan, hukum Ohm, konduksi elektrik dalam logam, semikonduktor, kuasa, hukum Kirchoff, jambatan Wheatstone, potentiometer, rintangan dalam, ammeter; medan magnet, daya magnet pada konduktor dan cas yang bergerak, ukuran e/m, kesan Hall, sinar katod, osiloskop, galvanometer gelung bergerak, kesan magnet dari arus, hukum Biot-Savart, ketelapan, bahantara, medan elektromagnet, fluks magnet, aruhan elektromagnet, aruhan saling dan aruhan diri, alternator,

dinamo, motor; elektrostatik, penebat, hukum Coulomb, medan elektrik, keupayaan, cas dalam pengkonduksi, penyahcasan korona, penjana van der Graaf, hukum Gauss, kapasitor dan kapasitans, dielektrik, kapasitor selari dan sesiri; arus ulang-alik, bentuk vektor, rintangan, kapasitans dan induktans dalam litar arus ulang-alik, penuras, litar resonans, talaan dalam penerimaan radio, transformer; diod, diod Zener. Fizik zarah dan nukleus: elektron, kedualan gelombang-zarah, hubungan de Broglie, ukuran cas elektron Millikan, struktur atom, eksperimen dan teori Rutherford, teori Bohr, hipotesis kuantum, aras tenaga atom hidrogen, pengionan, pancaran, serapan, teori kuantum, prinsip eksklusi Pauli, penghasilan dan sifat sinar-X, belauan sinar-X; struktur nukleus, cacat jisim, pemisahan isotop, ukuran tenaga pengikat nukleus; reputan radioaktif, hukum separuh hayat, sinar alfa, beta dan gamma, pengesan, tindakbalas nukleus, keabadian jisim dan tenaga, pembelahan dan pelakuran, reaktor, penggunaan isotop radioaktif. Teks Rujukan: 1. Zahrah Ahmad, Wan Haliza, K.Y. Liew, M.M. Yatim,

Physics for matriculation, 2nd Ed. (Oriental Academic Publication, 2006)

2. J.D. Wilson, A.J. Buffa, B. Lou, College Physics, 6th Ed. (Pearson Prentice Hall, 2007)

3. R.A. Serway, College Physics, 6th Ed. (Thomson – Brooks/Cole, 2003)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan

KURSUS-KURSUS TERAS TAHAP 1 SMES1102 KAEDAH MATEMATIK ASAS (3 JAM KREDIT) Vektor: hasiltambah, hasildarab titik, hasildarab silang. Fungsi dengan satu pembolehubah: pembezaan dan kamiran. Persamaan pembezaan biasa: persamaan pembezaan peringkat pertama, persamaan pembezaan linear peringkat kedua berhomogen. Siri Taylor termasuk dengan banyak pembolehubah. Matriks: hasiltambah, hasildarab, determinan. Nombor kompleks, ungkapan exp (iθ). Teks Rujukan: 1. Mary L. Boas, Mathematical methods in the physical

sciences (John Wiley & Sons, 1983) 2. S. Lipschutz, J.J. Schiller, R.A. Srinivasan,

Schaum’s Outline of Beginning Finite Mathematics (McGraw-Hill, 2004)

3. M. Lipsson, Schaum’s Easy Outline of Discrete Mathematics (McGraw-Hill, 2002)

25 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES1103 KAEDAH MATEMATIK AWALAN (3 JAM KREDIT) Persamaan linear: penurunan baris, penentu dan hukum Cramer. Vektor dan analisis vektor: garis lurus dan satah, pendaraban vektor, hasil darab tigaan, pembezaan vektor, medan vektor, terbitan berarah, kecerunan, ungkapan yang melibatkan ∇, kamiran garis, teorem Green di dalam satah, kecapahan dan teorem kecapahan, ikal dan teorem Stoke. Matriks: operasi gabungan linear, fungsi linear, operator linear, set persamaan linear, matriks khusus. Pembezaan separa: siri kuasa dalam dua pembolehubah, pembezaan penuh, petua rantai, penggunaan pembezaan separa tentang masalah maksimum dan minimum termasuk kekangan, pendarab Lagrange, masalah titik sempadan dan titik hujung, pertukaran pembolehubah, pembezaan kamiran, petua Leibnitz. Kamiran berganda: kamiran ganda dua dan tiga, pertukaran pembolehubah dalam kamiran, Jacobian, kamiran permukaan. Persamaan pembezaan biasa: persamaan pembezaan linear peringkat kedua tak berhomogen. Teks Rujukan: 1. Mary L. Boas, Mathematical Methods in Physical

Sciences, 2nd Ed. (John Wiley & Sons, 1983) 2. S. Hassani, Foundation of Mathematical Physics

(Prentice-Hall, 1991) 3. G.B. Arfken, H.J. Weber, Mathematical Methods for

Physicists, 6th Edition - Int’l (Acad. Press, 2005) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES1201 GETARAN DAN GELOMBANG (2 JAM KREDIT) Gerakan harmonik mudah, ayunan terlembab, ayunan terpaksa, rambatan gelombang dalam tali; gelombang melintang dan membujur, gelombang pada sempadan dua bahantara, superposisi gelombang, halaju gelombang, halaju kumpulan, koherens, panjang koherens, masa koherens, interferens, belauan; gelombang bunyi, gelombang cahaya, gelombang elektromagnet, gelombang dalam cecair, kedualan gelombang-zarah. Teks Rujukan: 1. H.J. Pain, The Physics of Vibrations & Waves, 6th

ed. (Wiley, Chichester, 2005) 2. W. Gough, Vibrations and Waves (Chichester,

1983)

3. I.G. Main, Vibrations and Waves in Physics (Cambridge Univ. Press, 1978)

Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES1202 FIZIK TERMA (2 JAM KREDIT) Suhu, konduksi haba, resapan. Pancaran, hokum Stefan. Hukum Sifar Termodinamik, kerja dan haba; hukum Pertama, Kedua dan Ketiga Termodinamik; entropi; peralihan fasa, rajah fasa; teori kinetik bagi gas unggul, taburan Maxwell-Boltzmann; gas nyata. Pengenalan kepada mekanik statistik: mikrokeadaan, pemetakan sama tenaga, fungsi pemetakan, asas statistik untuk termodinamik; entropi statistik dan maklumat sebagai entropi negatif. Teks Rujukan: 1. F.W. Sears & G.L. Salinger, Thermo-dynamics,

Kinetic Theory & Statistical Thermodynamics, 3rd Ed. (Addison-Wesley, 1975)

2. Mark W. Zemansky & Richard H. Dittman, Heat and Thermodynamics, 7th Ed. (McGraw-Hill Int’l Ed., 1997)

3. Daniel V. Schroeder, An Introduction to Thermal Physics (Addison Wesley Longman, 2000)

Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES1203 FIZIK MODEN (2 JAM KREDIT) Teori Kerelatifan Khas: kerelatifan Galileoan-Newtonan; eksperimen Michelson-Morley; postulat Teori Kerelatifan Khas; transformasi Lorentz, pengecutan Lorentz, dilasi masa; jisim, momentum dan tenaga kerelatifan; vektor-4 kedudukan-masa dan momentum-tenaga. Teori Kuantum: perlunya teori kuantum, dualiti zarah-gelombang; fungsi gelombang, ketakpastian Heisenberg, persamaan Schroedinger tak bersandar masa, contoh dalam 1-D - keupayaan telaga empatsegi takterhingga, dll. Terbitan hokum Newton Kedua daripada Mekanik Kuantum. Jirim Atom: ringkasan struktur atom dan asas fizik jadual berkala; jenis ikatan atom, ikatan van der Waals, keupayaan Lennard-Jones dan kaitannya dengan ciri jirim; struktur hablur, ringkasan konsep fonon, ringkasan konduksi elektron dalam konduktor, semikonduktor dan penebat. Fizik Nukleus dan Keradioaktifan: struktur dan ciri-ciri nukleus, tenaga pengikat, daya-daya nukleus; keradioaktifan, hukum-hukum keabadian, nilai Q, siri-siri keradioaktifan asli; tindakbalas nuklear, keratan rentas, nukleus majmuk; ringkasan teknologi nukleus dan reaktor nukleus; spektrum sinar-X dan nombor atom (bremsstrahlung). Fizik Zarah dan Astrofizik: ringkasan zarah dan daya unsur; ringkasan teori Letupan Besar; ringkasan struktur dan evolusi bintang dan galaksi.

26 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

Teks Rujukan: 1. K. Krane, Modern Physics, 2nd ed. (Wiley, 1996) 2. R.A. Serway, C.J. Moses, C.A. Moyer, Modern

Physics, 3rd ed. (Saunders, 2005) 3. A. Beiser, Concepts of Modern Physics, 6th ed.

(McGraw-Hill, 2002) Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES1204 ELEKTRONIK ASAS (2 JAM KREDIT) Teori litar: hukum Kirchhoff, teorem Thevenin, teorem Norton, hukum Ohm, teknik analisis litar, padanan impedans. Diod semikonduktor: sifat-sifat semikonduktor, cantuman pn, keadaan pincang ke depan dan songsang, asas rajah jalur tenaga, cirian arus-voltan dan litar diod mudah; penggunaan diod dalam litar pembekal kuasa: rektifier gelombang setengah, gelombang lengkap dan jambatan; transformer, penapis input-kapasitor dan input-cok; diod khas – diod Zener, pengatur voltan. Transistor cantuman dwikutub (BJT): ciri-ciri transistor, litar transistor mudah, gandaan arus dan voltan, konsep garis beban, syarat-syarat pincangan dan analisis AT untuk litar. Transistor kesan medan (JFET dan MOSFET): rekabentuk dan struktur JFET dan MOSFET, prinsip operasi, cirian arus-voltan, syarat-syarat pincangan dan analisis AT. Teks Rujukan: 1. R. Boylestad & L. Nashelsky, Electronic Devices

and Circuit Theory, 9th ed. (Prentice Hall, 2006) 2. T.L. Floyd, Electronics Fundamentals: Circuits,

Devices, and Applications (Prentice Hall, 2003) 3. A.P. Malvino, Electronic Principles (McGraw Hill,

1999) Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES1205 KAEDAH EKSPERIMEN (2 KREDIT) Eksperimen: fungsi & rekabentuk. Kuantiti fizik, analisis dimensi. Ukuran asas: angkup, meter elektrik, osiloskop. Analisis data eksperimen: kepersisan dan kejituan, angka bererti, ralat sistem ukuran, ralat statistik, perambatan ketakpastian pengukuran, analisis ketakpastian, analisis statistik, padanan data, had keyakinan, ujian kepincangan, tentukuran. Rawatan dan penurunan data. Persembahan data: jadual dan graf. Penulisan laporan. Keselamatan makmal. Teks Rujukan: 1. J.P. Holman, Experimental Methods for Engineers

(McGraw-Hill, 2001) 2. J.R. Taylor, An Introduction to Error Analysis

(University Science, 1997) 3. N.C. Barford, Experimental Measurements:

Precision, Error and Truth (Addison Wesley, 1967) Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES1271 FIZIK AMALI (2 JAM KREDIT) Eksperimen-eksperimen yang meliputi tajuk-tajuk dari mekanik, haba, keelektrikan, kemagnetan, optik dan sinaran. Pengaturcaraan komputer mudah. Teks Rujukan: Manual eksperimen Mod Penilaian: 100% penilaian berterusan

TAHAP 2

SMES2103 OPTIK MODEN (3 JAM KREDIT) Alat Pengesan dan Pemamer Optik: Alat pengesan terma dan kuantum, pengesanan imej, alat pengesan optik: hingar dan kepekaan, paparan optik. Optik Gentian: Gambaran keseluruhan komunikasi, lebar jalur dan kadar data, optik rambatan, mod-mod yang dibenarkan, pengecilan, herotan, kadar bit tinggi, komunikasi gentian optik. Belauan: Belauan Fresnel, pengkamir belauan Fresnel-Kirchhoff, kriteria untuk belauan Fresnel, belauan Fresnel dari bukaan bulat dan segi empat tepat. Parutan Belauan: Persamaan parutan, julat spektrum bebas, sebaran dan peleraian parutan, jenis parutan, parutan ‘blazed’, parutan replika, parutan interferens, alat-alat parutan Koherens: Koherens masa dan lebar garis asli, koherens separa, koherens ruang, lebar koherens ruang. Teori filem berbilang lapisan: Matriks pindahan, kepantulan pada tujuan normal, filem antipantulan dwi-lapis dan berlapis-tiga, lapisan berkepantulan tinggi Persamaan Fresnel: Persamaan Fresnel, pantulan dalaman dan luaran, perubahan fasa pada pantulan, keabadian tenaga, gelombang cepat berlalu, indeks biasan kompleks, pantulan dalam logam. Optik tak linear dan modulasi cahaya: Medium tak linear, penjanaan harmonik kedua, kesan elektro-optik, kesan magneto-optik, kesan akusto-optik, pengkonjugatan fasa optik, optik tak linear.

27 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

Teks Rujukan: 1. F.L. Pedrotti, L.M. Pedrotti, & L.S. Pedrotti,

Introduction to Optics, 3rd ed. (Pearson Prentice Hall, 2007)

2. E. Hecht, Optics, 4th ed. (Addison-Wesley, 2002) 3. F.A. Jenkins & H.E. White, Fundamentals of Optics,

4th ed. (McGraw-Hill College, 2001) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2104 ELEKTRONIK (3 JAM KREDIT) Kursus ini merangkumi transistor amplifier dwikutub dan kesan medan, litar signal kecil A.U. setara, model re, gm dan hibrid, pengiraan rintangan masukan dan keluaran, pengiraan gandaan voltan dan arus. Litar kesan frekuensi. Kesan kapasitan, takrifan unit dB, frekuensi 3dB, plot Bode. Topik-topik amplifier operasian merangkumi blok pembentukan litar amplifier operasian termasuk amplifier menyongsang/tak menyongsang, penukar arus ke voltan dan voltan ke arus, litar dan penambah, pengamir dan pembeza, analisis dan penggunaan pembanding, pengayun, penapis aktif dan komputer analog. Amplifier kuasa termasuk pengkelasan A, B, AB, C dan D, garis beban A.U., konsep tarik dan tolak, herotan ”cross-over”, pengiraan kecekapan dan perbandingan. Pengenalan kepada elektronik berdigit: get-get asas dan litar penggetar berbilang. Teks Rujukan: 1. R. Boylestad, L. Nashelsky, Electronic Devices

And Circuit Theory (Prentice Hall, 2006) 2. A.P. Malvino, Electronic Principles (McGraw Hill,

1999) 3. Malcom, Asas Elektronik (penerbitan UTM, 1996)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2105 KAEDAH BERANGKA DAN KOMPUTERAN (3 JAM KREDIT) Penggunaan komputer dalam menyelesaikan masalah saintifik. Interpolasi, Pengoptimuman, Persamaan taklinear, Masalah nilai awal untuk persamaan pembeza biasa, Operasi matriks, Persamaan linear, Kamiran berangka, Masalah nilai sempadan dan nilai eigen, Persamaan pembezaan separa, Transformasi Fourier Cepat dan Kaedah Monte Carlo. Teks Rujukan: 1. J.F. Epperson, An Introduction to Numerical

Methods and Analysis (Wiley, 2002) 2. N.J. Giordano & H. Nakanishi, Computational

Physics, 2nd ed. (Prentice-Hall, 2005) 3. J.J. Leader, Numerical Analysis & Scientific

Computation (Pearson Addison-Wesley, 2004) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2171 FIZIK ASAS AMALI (2 JAM KREDIT) Kelas-kelas amali untuk eksperimen fizik asas mengenai keelektrikan, kemagnetan, termodinamik, optik, spektroskopi dan sebagainya. Teks Rujukan: Manual eksperimen Mod penilaian: 100% penilaian berterusan SMES2173 ELEKTRONIK AMALI (2 JAM KREDIT) Eksperimen-eksperimen elektronik yang meliputi tajuk-tajuk diod, rektifikasi, transistor, amplifier, elektronik berdigit dan sebagainya. Teks Rujukan: 1. Manual eksperimen 2. R. Boylestad, L. Nashelsky, Electronic Devices

And Circuit Theory (Prentice Hall, 2006) Mod penilaian: 100% penilaian berterusan SMES2174 FIZIK GUNAAN AMALI (4 JAM KREDIT) Eksperimen-eksperimen fizik yang bercorak gunaan meliputi tajuk-tajuk fizik keadaan pepejal, fizik plasma, optik gunaan, sinaran, fizik bahan dan fizik peranti. Teks Rujukan: Panduan Makmal Mod penilaian: 100% penilaian berterusan SMES2177 PENGAJARAN FIZIK BERKOMPUTER AMALI (2 JAM KREDIT) Eksperimen-eksperimen berkenaan penggunaan komputer dalam pengajaran Fizik. Mod penilaian: 100% penilaian berterusan SMES2201 MEKANIK KUANTUM (3 JAM KREDIT) Prinsip-prinsip asas: bingkisan gelombang, halaju gelombang dan halaju kumpulan, fungsi eigen dan prinsip superposisi; konsep operator dan nilai jangkaan, ubahan masa bagi nilai jangkaan, operator pariti, operator dan fungsi eigen bagi kedudukan dan bagi momentum, ketakpastian dalam ukuran, prinsip

28 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

ketakpastian Heisenberg, perwakilan ruang dan perwakilan momentum; kesan ukuran, komutator dan pemalar gerakan, persamaan keselanjaran fluks kebarangkalian, teorem Ehrenfest; postulat-postulat mekanik kuantum. Persamaan Schroedinger tak bersandarkan masa: zarah bebas, keupayaan tangga, keupayaan telaga empatsegi, keupayaan sawar, resonans, penorowongan dan reputan; pengayun harmonik, operator penganjak. Atom berelektron tunggal: mekanik kuantum dalam 3-D, penyelesaian persamaan Schroedinger, nombor-nombor kuantum, nilai eigen dan kedegeneratan; operator momentum sudut, fungsi harmonik sfera; fungsi eigen dan ketumpatan kebarangkalian. Teori usikan: teori usikan tak bersandarkan masa; petua emas Fermi kedua. Momentum sudut: operator-operator momentum sudut, momen magnet orbitan; kesan magnet luar, eksperimen Stern-Gerlach, spin elektron; saling-tindak spin-orbit; momentum sudut jumlah, kesan kerelatifan. Zarah seiras, fermion, boson. Teori usikan bersandar masa, saling-tindak atom dan foton, pancaran tersimulasi, serapan dan pancaran spontan. Teks Rujukan: 1. D. Griffiths, Introduction to Quantum Mechanics

(Prentice Hall, 2004) 2. R. Scherrer, Quantum Mechanics An Accessible

Introduction (Pearson Int’l Ed., 2006) 3. Richard L. Liboff, Introductory Quantum Mechanics

(Addison Wesley, 2003) Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2203 KAEDAH MATEMATIK (3 JAM KREDIT) Siri Fourier dan Transformasi Fourier: Fungsi berkala, siri Fourier, nilai purata suatu fungsi, pekali Fourier, syarat Dirichlet, bentuk kompleks siri Fourier, selang umum, fungsi genap dan ganjil, teorem Parseval. Transformasi Fourier, konvolusi dan teorem Parseval. Transformasi Koordinat: Transformasi linear, transformasi berortogon, nilai eigen dan vektor eigen, pepenjuruan matrik dan penggunaannya. Koordinat lengkung-linear, faktor skala dan vektor asas bagi sistem berortogon, koordinat lengkung-linear am, operator vektor di dalam koordinat lengkung-linear berortogon. Fungsi-fungsi Khas: Fungsi faktorial, fungsi Gamma, fungsi Beta, hubungan antara fungsi Beta dan Gama, fungsi ralat, siri asimptot, formula Stirling, fungsi dan kamiran elips. Penyelesaian Bersiri Persamaan Pembezaan: Persamaan Legendre, petua Leibnitz, formula

Rodriguez, fungsi penjana bagi polinomial Legendre, fungsi berortogon, pengortogonan dan penormalan polinomial Legendre, Siri Legendre, Fungsi Legendre bersekutu. Kaedah Frobenius, persamaan Bessel, penyelesaian kedua persamaan Bessel, perhubungan jadisemula, persamaan pembezaan am yang mempunyai fungsi Bessel sebagai penyelesaian nya, jenis-jenis lain fungsi fungsi Bessel, keortogonan fungsi Bessel, formula penghampiran bagi fungsi Bessel. Fungsi Hermite, fungsi Laguerre, operator tangga. Persamaan Pembezaan Separa: persamaan Laplace, suhu keadaan mantap di dalam kepingan segi empat tepat, persamaan haba dan resapan. Persamaan gelombang, tali bergetar, suhu keadaan mantap di dalam satu silinder, getaran suatu membran, suhu keadaan mantap di dalam suatu sfera, persamaan Poisson. Teks Rujukan: 1. Mary L. Boas, Mathematical Methods in Physical

Sciences, 2nd ed. (Wiley, New York, 1983) 2. P.B. Kahn, Mathematical Methods for Scientists and

Engineers (Wiley, 1992) 3. G.B. Arfken, H.J. Weber, Mathematical Methods for

Physicists, 6th ed. – Int’l (Elsevier Acad. Press, 2005)

Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2204 MEKANIK (3 JAM KREDIT) Gerakan satu zarah: kinematik dalam dua dan tiga dimensi, teori-teori tenaga dan momentum, momentum linear dan momentum sudut, gerakan dalam dua dan tiga dimensi, jenis-jenis daya dan tenaga keupayaan, gerakan luncuran, gerakan yang disebabkan oleh daya memusat. Gerakan satu sistem zarah-zarah: pusat jisim dan momentum linear, momentum sudut sistem zarah-zarah, tenaga kinetik sistem zarah-zarah, gerakan jasad yang mempunyai jisim yang berubah, gerakan roket dan planet-planet, masalah perlanggaran, masalah dua jasad, sistem koordinat pusat jisim dan serakan Rutherford. Sistem koordinat bergerak: titik asal koordinat bergerak, sistem koordinat berputar, hukum gerakan di bumi yang berputar, bandul Foucault, teori Larmor. Teori Kerelatifan Khas: kinematik dan dinamik kerelatifan, kaedah vektor-4. Kerelatifan dan Keelektromagnetan: tranformasi untuk medan elektrik dan medan magnet, medan untuk satu cas titik yang bergerak secara seragam, daya dan medan berhampiran wayar yang mambawa arus, daya di antara cas-cas bergerak, ketakvarianan persamaan Maxwell. Teks Rujukan: 1. J.B. Marion & S.T. Thornton, Classical Dynamics of

Particles and Systems, 4th ed. (Saunders College

29 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

Publishing, 1995) 2. G.R. Fowles & G.L. Cassiday, Analytical

Mechanics, 6th ed. (Thomson Brooks/Cole, 2005) 3. H. Stephani, Relativity: An Introduction to Special

and General Relativity (Cambridge Univ. Press, 2004)

Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2205 FIZIK STATISTIK (3 JAM KREDIT) Ringkasan termodinamik. Formulasi termodinamik dari segi statistik, penggunaan pendekatan kelompok berkanun dengan contoh mengenai pepejal paramagnet dan muatan haba tertentu pepejal, taburan zarah klasik dan kuantum, taburan Maxwell-Boltzmann dan gas klasik unggul, gas kuantum unggul, taburan Bose-Einstein dan Fermi-Dirac. Penggunaan: fonon dalam pepejal, foton dan pancaran jasad hitam, fizik suhu rendah.Teori maklumat Shannon, entropi, entropi bersama, saluran komunikasi. Teks Rujukan: 1. F. Reif, Fundamentals of Statistical and Thermal

Physics (McGraw-Hill, 1965) 2. R. Bowley and M. Sanchez, Introductory Statistical

Mechanics (Oxford Science Publ., 2002) 3. Silvio R.A. Salinas, Introduction to Statistical

Physics (Springer, 2001) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2206 KEELEKTRIKAN DAN KEMAGNETAN (3 JAM KREDIT) Elektrostatik: Cas elektrik, hukum Coulomb, taburan cas selanjar, medan elektrik, hukum Gauss, tenaga keupayaan dan keupayaan elektrik, kerja yang dilakukan untuk menggerakkan cas, tenaga taburan cas titik dan taburan cas selanjar, pengkonduksi, cas teraruh. Elektrostatik dalam jirim: Dielektrik, dwikutub teraruh, pengutuban; cas terikat, medan di dalam dielektrik, sesaran elektrik, dielektrik linear: kerentanan, ketelusan dan pemalar dielektrik, tenaga di dalam sistem dielektrik, daya pada dielektrik, kebolehkutuban, kapasitor dan kapasitans, litar RC. Arus elektrik: Arus, ketumpatan arus, bahan Ohmik, hukum Ohm, elektromotans. Magnetostatik: Hukum daya Lorentz: medan dan daya magnet, arus; hukum Biot-Savart: arus mantap, medan magnet arus mantap; hukum Ampére; dwikutub magnet, momen dwikutub magnet. Magnetostatik dalam jirim: Diamagnet, paramagnet dan feromagnet, pemagnetan, arus terikat; hukum Ampére dalam bahan termagnet; kerentanan dan ketelapan magnet, keferomagnetan. Aruhan Elektromagnet: Daya gerak elektrik (dge), dge

gerakan; aruhan elektromagnetan, hukum Faraday, induktans saling, swainduktans, tenaga dalam medan magnet, arus sesaran. Litar RCL. Persamaan Maxwell: Persamaan asas keelektromagnetan, persamaan Maxwell, gelombang elektromagnet. Teks Rujukan: 1. David Halliday, Robert Resnick, Kenneth S. Krane,

Physics, Volume 2, 5th Edition, John Wiley & sons (2002)

2. Edward M. Purcell, Electricity and Magnetism – Berkeley Physics Course, Volume 2, 2nd Edition, McGraw-Hill (1985)

3. W.H. Hyat, Jr. & John A. Buck, Engineering Electromagnetics, 7th Ed. (McGraw-Hill, 2006)

Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2207 KEELEKTROMAGNETAN (3 JAM KREDIT) Imbasan keelektrikan dan kemagnetan dalam bentuk pembeza: hukum Gauss dalam bentuk pembeza, capahan dan ikal medan elektrik; persamaan Laplace dalam 2 dan 3 dimensi, syarat sempadan dan teori keunikan; kaedah imej; pemisahan pembolehubah: kordinat segiempat tepat silinderan dan sfera; cas bebas dan terikat, vektor D, E dan P; pemagnetan, vektor B, H dan M, arus bebas dan terikat, keupayaan skalar dan vektor magnet, tolok; medan berubah terhadap masa. Persamaan Maxwell dalam bentuk pembeza. Penyelesaian dalam ruang bebas, persamaan Maxwell dalam jirim, syarat sempadan; keupayaan skala dan vektor, transformasi tolok, teorem Poynting. Gelombang elektromagnet: dalam ruang bebas, pengutuban, pantulan dan penghantaran dalam bahantara. Perambatan gelombang elektromagnet dan vektor Poynting. Gelombang elektromagnet dalam bahantara bukan pengkonduksi, gelombang elektromagnet dalam pengkonduksi; kebersandaran frekuensi ketelusan, ketelapan dan kekonduksian, sebaran dalam bahantara bukan pengkonduksi. Perambatan gelombang elektromagnet di antara satah-satah mengkonduksi, dalam pandu gelombang segiempat tepat dan rongga. Persamaan Maxwell dan bentuk vektor-4 dan ketakvarianan Lorentz. Teks Rujukan: 1. Matthew N. O. Sadiku, Elements of

Electromagnetics, 4th Edition, Oxford University Press (2006)

2. David J. Griffiths, Introduction to Electrodynamics, 3rd Edition, Prentice Hall (1999)

3. William H. Hayt, Engineering Electromagnetics, 7th Edition, McGraw-Hill Higher Education (2006)

30 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2208 OPTIK (2 JAM KREDIT) Sifat cahaya: Sejarah ringkas, zarah dan foton, spektrum elektromagnet, radiometri, fotometri, sinaran jasad hitam, sumber-sumber sinaran optik Optik Geometrian: Pantulan di cermin satah dan biasan menembusi permukaan satah, pantulan dan biasan pada permukaan sfera, Lensa nipis, lensa silinderan, lensa tebal, prisma, gentian optik, kaedah Matriks dalam optik parapaksi, instrumentasi optik Gelombang dan Superposisi gelombang: Persamaan gelombang, bentukgelombang harmonik: satah, sfera, dan silinderan, gelombang elektromagnet, superposisi, sumber rawak dan koheren, halaju fasa dan kumpulan Interferens: Interferens dua-alur, interferens dalam filem dielektrik, interferens berbilang alur, interferometri optik: interferometer Michelson, interferometer Fabry-Perot Belauan: Prinsip Huygen-Fresnel, belauan Fraunhoffer, belauan dari celah tunggal, belauan dari berbilang celah, belauan dari bukaan 2-dimensi, parutan belauan Pengutuban: Cahaya terkutub, pengutuban menerusi penyerapan memilih, pantulan, serakan; Dwirefringens, Vektor dan Matriks Jones, keaktifan optik Laser dan penggunaannya: Unsur asas laser, operasi laser, ciri-ciri cahaya laser, jenis dan parameter laser, penggunaan laser, holografi. Teks Rujukan: 1. F. L. Pedrotti, L. M. Pedrotti, & L. S. Pedrotti,

Introduction to Optics, 3rd ed. (Pearson Prentice Hall, 2007)

2. F. A. Jenkins & H. E. White, Fundamentals of Optics (McGraw-Hill, 1976)

3. E. Hecht, Optics (Addison-Wesley, 2002) Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2209 INSTRUMENTASI (2 JAM KREDIT) Konsep asas: sistem ukuran am, pengukuran statik dan dinamik, sambutan sistem, pengherotan, padanan impedans, kesan beban. Hingar: kesan hingar dan gangguan, nisbah isyarat-hingar, sumber hingar dan mekanisme gandingan, pengukuran hingar, teknik untuk mengurangkan kesan hingar dan gangguan. Penyesuaian isyarat: litar input asas, amplifier, turas. Teknologi vakum asas: penghasilan dan pengukuran vakum. Penderia dan transduser: berasaskan rintangan, kapasitans, induktans, elektromagnetan, termoelektrik, piezoelektrik dan optik; kecekapan, kebersambutan.

Pemerolehan dan pemprosesan data: sistem pemerolehan data, penukaran analog-digitan dan digitan-analog, penghantaran data. Sistem pengukuran khas: teknik dan sistem ukuran terpilih dalam beberapa aspek fizik dan kejuruteraan. Teks Rujukan: 1. J.P. Holman, Experimental Methods for Engineers

(McGraw-Hill, 2000) 2. J.W. Dally, W.F. Riley & K.G. McConnel,

Instrumentation for Engineering Measurements (Wiley, 1993)

3. N.S. Harris, Modern Vacuum Practice (McGraw-Hill,1989)

Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2404 FIZIK ATMOSFERA (3 JAM KREDIT) Kursus ini bermula dengan matahari sebagai punca pancaran kepada bumi. Mengetahui ciri-ciri fizikal matahari dan pancaran gelombang elektromagnetnya menyerupai satu jasad hitam. Pembentukan tompok matahari dari teori Babcock, kitaran maksimum dan minimum matahari dan kesannya kepada satelit di ruang angkasa, angkasawan di angkasa dan mungkin bumi. Memahami atmosfera matahari, fotosfera, kromosfera , korona, kejadian prominens, nyalaan suria (solar flare). Seterusnya mempelajari atmosfera bumi yang berlapis dari segi ketumpatan, suhu dan jisim bilangan molekul. Kesan rumah hijau struktur suhu pada atmosfera. Bagaimana satelit mengalami heretan atmosfera, hakisan lapisan ozon di benua Antartika di sebabkan perbuatan manusia membebaskan gas-gas CFC dibandingkan di kawasan Artik. Kesan-kesan pencemaran atmosfera di bahagian mesosfera disebabkan pengeluaran karbon dioksida dan metana dengan banyak. Teks Rujukan: 1. Asgeir Brekke, Physics of The Upper Polar

Atmosphere (John Wiley-Praxis Series in Atmospheric Physics, 1997)

2. J. Houghton, Physics of Atmospheres (Cambridge Univ. Press, 2001)

3. D.G. Andrews, An Introduction to Atmospheric Physics (Cambridge Univ. Press, 2000)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2405 FIZIK NYAHCAS GAS (3 JAM KREDIT) Proses-proses dan konsep-konsep asas: teori kinetik gas, taburan Maxwell, konsep suhu dan tekanan, keratan rentas perlanggaran, pindahan tenaga dalam perlanggaran, proses-proses yang didatangkan oleh perlanggaran elektron, perlanggaran ion-neutral, perlanggaran ion/atom metastabil, proses-proses berkenaan kesan elektrod, keupayaan plasma, perisaian

31 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

Debye, lapisan plasma, frekuensi plasma, kekonduksian elektrik, kesan medan magnet, pembauran, lengkungan cirian I-V nyahcas gas, Teori Townsend untuk nyahcas gas, kriterion runtuhan, hukum Paschen, voltan runtuhan. Ciri-ciri nyahcas gas: nyahcas gas berbara, nyahcas arca, nyahcas korona, nyahcas secara denyutan, struktur nyahcas berbara, teori runtuhan katod bagi nyahcas berbara normal, bara negatif, turus positif dan teorinya, nyahcas berkatod panas; penduga elektrik; Termodinamik gas terion, kesan gas nyata, persamaan keadaan, hukum tindakan jisim, pekali penyimpangan, fungsi termodinamik dalam sebutan z, persamaan Saha, persamaan entalpi, Tinjauan penggunaan plasma. Teks Rujukan: 1. Brian Chapman, Glow Discharge Processes (John

Wiley, 1980) 2. C.S. Wong, Nota Syarahan (Jabatan Fizik,

Universiti Malaya, 2002) 3. J.Reece Roth, Industrial Plasma Engineering, Vol 1

Principles (IOP Publishing, London, 1995) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2406 FIZIK SINARAN (3 JAM KREDIT) Punca sinaran, ketakstabilan dan jenis keradioaktifan. Separuh hayat dan hayat purata. Siri radioaktif semulajadi dan keseimbangan radioaktif (persamaan Bateman), reputan bercabang dan jenis-jenis reputan. Keaktifan bahan, keratan rentas. Penghasilan sinar-X, hukum Moseley, pendafluor sinaran X. Saling-tindak sinaran foton dengan jirim (proses kenyal dan tak kenyal). Teori bremsstrahlung. Dosimetri, dos setara, pengukuran radon dan toron. Kesan biologi, somatik dan genetik. Statistik pembilang. Pengesan sinaran. Teks Rujukan: 1. Abdul Ghaffar Ramli, Keradioaktifan: Asas dan

Penggunaan (DBP, 1991) 2. G.F. Knoll, Radiation Detection and Measurement,

3rd Ed. (Wiley, 2000) 3. C. Leroy and P-G. Rancoita, Principles of Radiation

Interaction in Matter and Detection (World Scientific, 2004)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2407 ASTROFIZIK DAN KOSMOLOGI (3 JAM KREDIT) Pengenalan kepada struktur galaksi kita iaitu Bima Sakti (Milky Way) melalui hasil cerapan luminositi, magnitud dan bintang–bintang yang berada di halo, lengan spiral dan nukleus di dalam galaksi kita. Kelahiran bintang seperti matahari sehingga akhir hayatnya. Tindakbalas nukleus yang terdapat di dalam teras bintang ketika di jujukan utama, cabang gergasi merah dan sehingga kematiannya sama ada sebagai

nova atau supernova. Akhirnya bintang menjadi kerdil putih, kerdil perang atau bintang neutron, pulsar atau lohong hitam. Asal usul alam semesta dari prinsip kosmologi, teori letupan besar, paradox Olber’s, teori kegravitian Newton, teori kerelatifan Einstein, hukum anjakan merah kosmologi dan gelombang mikro latar belakang. Hukum Hubble untuk menganggar umur alam semesta. Teks Rujukan: 1. M. Zeilik & S.A. Gregory, Introductory Astronomy &

Astrophysics, 4th Ed. (Saunders Coll. Publ., 1998) 2. E. Chaisson & S. McMillan, Astronomy Today

(Pearson Education, 2005) 3. M. Zeilik, Astronomy: The Evolving Universe

(Cambridge Univ. Press, 2002) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2408 FIZIK POLIMER (3 JAM KREDIT) Pengenalan kepada polimer. Morfologi, struktur dan sifat-sifat fizikal polimer. Kelikatkenyalan, kekenyalan getah, peralihan dan santaian. Superposisi masa-suhu, persamaan WLF. Polimer kegunaan khas, polimer mengkonduksi. Polimer-polimer penting dari segi teknologi. Teks Rujukan: 1. David J. Bower, An Introduction to Polymer Physics

(Cambridge Univ. Press, 2002) 2. Joel R. Fried, Polymer Science and Technology

(Prentice Hall, 2003) 3. M. Rubinstein & Ralph H. Colby, Polymer Physics

(Oxford Univ. Press, 2003) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES2409 BIOFIZIK (3 JAM KREDIT) Ukuran-ukuran biofizik; biofizik sel membran asli dan tiruan; tranduksi tenaga dan fotosintesis, biofizik otot, fizik sistem kardiovaskular, biokeelektrikan dan bioelektronik, biofizik sinaran, fotobiologi, fizik sistem saraf dan psikofizik, protein dan gen, celaru dan swaorganisasi. Teks Rujukan: 1. F.R. Hallet, P.A. Speight & R.H. Stinson, A Topical

Approach to Biological Concepts (1982) 2. R.H. Austin, Biophysics for physicists (World

Scientific, 2002) 3. R.Glaser, Biophysics (Springer, 2001) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan

32 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

TAHAP 3 SMES3102 MIKROPEMPROSES (3 JAM KREDIT) Sistem nombor: perduaan, perlapanan, perenambelasan, perpuluhan terkod perduaan, perhitungan menggunakan nombor-nombor tersebut; kod ASCII. Pengenalan kepada mikropemproses: takrifan asas, panjang kata, konsep alamat, bas-bas data, alamat dan kawalan, pengaturcaraan, sistem mikropemproses. Senibina mikropemproses: susunan dalaman, model pengaturcaraan, unit logik dan aritmetik, daftar-daftar, penuding tindanan, bas data dalaman dan logik kawalan. Ingatan: jenis-jenis ingatan, cip-cip ingatan, sambungan kepada mikropemproses, permukaan dan teknik kembangan, teknik penggunaan, ingatan sekunder. Perhubungan dengan alam luar: masukan dan keluaran (I/O), penyambungan dan rajah pemasaan, pengaturcaraan cip I/O, teknik sambungan bersiri dan selari, penukar analog-digitan dan digitan-analog. Pengaturcaraan: algoritma dan carta aliran, arahan dan jenisnya, kod operasian, mod-mod pengalamatan, pengaliran maklumat, bahasa himpunan, gelung dan subrutin. Pengantaramukaan: kaedah bersiri dan selari, fungsi dan ciri UART, kadar baud dan kesannya, kata kawalan data selari, piawai pengantaramukaan, prinsip bersalaman. Teks Rujukan: 1. J. Uffenback, Microcomputers and Microprocessors

(Prentice Hall, 2000) 2. Ramesh S. Gaonkar, The Z80 Microprocessor:

Architecture, Interfacing, Programming & Design, 2nd Ed. (Merrill Publ. Co., 2001)

3. R.J. Tocci & F.J. Ambrosio, Microprocessors and Microcomputers: Hardware and Software, 6th edition (Pearson Education Int’l, 2003)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3103 TEKNIK KOMPUTERAN (3 JAM KREDIT) Senibina komputer. Teori Komputer. Sistem operasian, kernel, masa sebenar. Struktur data & algoritma. Bahasa komputer. Pengkalan data. Kejuruteraan perisian. Kepintaran buatan. Manipulasi simbolan. Grafik komputer. Pemprosesan imej. Antaramuka komputer-manusia, GUI. Realiti maya. Pemprosesan isyarat. Komunikasi data, rangkaian komputer. Internet. Keselamatan data. Pemprosesan selari. Teks Rujukan: 1. J. Glenn Brovieshear, Computer Science. An

Overview (Addison-Wesley, 2005) 2. G. Nutt, Operating Systems: A Modern Perspective,

(Addison-Wesley, 2000) 3. Z. Xiang & R.A. Plastock, Schaum’s Outline on

Computer Graphics, (McGraw-Hill, 2000) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3111 MEKANIK KUANTUM LANJUTAN (3 JAM KREDIT) Formulasi umum mekanik kuantum: fungsi-fungsi eigen dan Ruang Hilbert; operator-operator Hermitean; pengayun harmonik mudah dan operator-operator penaik dan penurun; perkembangan terhadap masa, gambaran Schroedinger dan gambaran Heisenberg. Teori pelanggaran: tranformasi makmal-pusat jisim ke atas keratan rentas; anggaran Born dan penggunaannya; analisis gelombang separa dan kegunaannya; penyerapan. Momentum sudut: formulasi umum, operator penaik/penurun bagi momentum momentum sudut, momentum sudut sebagai penjana simetri putaran; spinor; persamaan Pauli; hasiltambah momentum sudut. Mekanik kuantum berkerelatifan: persamaan Klein-Gordon; persamaan Dirac dan tafsiran antizarah. Isu konsepan dalam Teori Kuantum: makna kebarangkalian; penurunan vektor keadaan; tersangkutan kuantum; masalah pengukuran; paradoks EPR dan teorem Bell. Pengenalan kepada Teori Medan Kuantum: rumusan kamiran lintasan; penghampiran semiklasik; operator-operator ciptaan dan musnahan. Teks Rujukan: 1. S. Gasiorowicz, Quantum Physics, 2nd Ed. (John

Wiley, 2003) 2. F. Mandl, Quantum Mechanics (John Wiley, 1992) 3. E. Merzbacher, Quantum Mechanics (Wiley, 1998) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3112 TEORI KEELEKTROMAGNETAN LANJUTAN (3 JAM KREDIT) Pandu gelombang, gentian optik, alat resonan, dll. Keupayaan terencat, dwikutub Hertz dan antena. Sinaran electromagnet, sinaran dwikutub magnet. Kerelatifan khas dalam teori keelektromagnetan. Transformasi medan. Kerelatifan elektrodinamik. Teks Rujukan: 1. John D. Jackson, Classical Electrodynamics (Wiley,

1998) 2. David J. Griffiths, Introduction to Electrodynamics,

3rd Ed. (Prentice-Hall, 1999) 3. J.V. Stewart, Intermediate electromagnetic theory,

(World Scientific, 2001)

33 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3122 ELEKTRONIK DIGITAL (3 JAM KREDIT) Sistem nombor digital – perduaan, perlapanan, perenambelasan, perpuluhan berkod perduaan. Get-get logik: get DAN, ATAU, TAK-DAN, TAK-ATAU, TAK, ATAU-EKS, TAK-ATAU-EKS; get logik TTL. Litar logik: algebra Boole, jadual kebenaran ungkapan Boole, litar terbitan dari ungkapan Boole. Peta Karnaugh: dengan tiga, empat, lima pembolehubah. Bentuk gelombang digital. Spesifikasi cip TTL, CMOS; pengantaramukaan. Picu Schmitt: fungsi & pemfungsian Litar logik kombinasi: penambah setengah, penambah penuh, pendaraban dedua. Logik turutan: flip-flop SR, JK, D, T. Daftar: selari, sesiri, anjakan, pembilang gelang, pembahagi frekuensi Ingatan: RAM, ROM, PROM, dll. Nombor dedua, perlapan & perenambelasan. Pengkodan: kod-kod BCD, Gray, ASCII. Peranti digital: PLD, PAL, PLC, mikropengawal. Antaramuka analog-digitan. Teks Rujukan: 1. Thomas L. Floyd, Digital Fundamentals (Pearson

Prentice Hall, 2006) 2. R.L. Tokheim, Digital Electronics: Principles and

applications, 6th Ed. (Glencoe McGraw-Hill, 2003) 3. W. Kleitz, Digital and Microprocessor

Fundamentals: Theory and Applications, 4th Ed. (Pearson Education Int’l, 2003)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3171 MIKROPEMPROSES & MIKROKOMPUTER AMALI (2 JAM KREDIT) Eksperimen-eksperimen mikropemprosesan: Pengaturcaraan kod mesin dan pengantaramukaan Komputeran: Sistem operasian LINUX, bahasa C, proses-proses dan bebenang, dan pengaturcaraan rangkaian Mod penilaian: 100% penilaian berterusan SMES3201 FIZIK NUKLEUS (3 JAM KREDIT) Sifat-sifat nukleus, model-model nukleus, reputan alfa, reputan beta, peralihan gama, tindakbalas-tindakbalas nuklear.

Serakan zarah-zarah nukleus, spektrum nukleus, simetri cas, isospin, daya nukleus, penyerakan nukleon-nukleon, penukaran daya, tindakbalas nuklear dalam bintang. Teks Rujukan: 1. Kenneth S. Krane, Introductory Nuclear Physics

(Wiley, 1987) 2. J.S. Lilley, Nuclear Physics: Principles and

Applications (Wiley, 2001) 3. Richard Dunlap, An Introduction to the Physics of

Nuclei and Particles (Brooks & Cole, 2004) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3202 FIZIK ATOM DAN MOLEKUL (3 JAM KREDIT) Atom berelektron tunggal, momen magnet, saling-tindak spin-orbit, jumlah mementum sudut, kesan kerelatifan, struktur halus, zarah-zarah seiras, atom dwielektron, atom multielektron, gandingan momentum sudut, jadual berkala, struktur hiperhalus, kelebaran garis spektrum. Teorem usikan bersandar masa, saling tindak atom dan fotonik, sinaran terangsang, penyerapan dan pancaran spontan, Pekali Einstein A dan B. Molekul dwiatom dan spektrumnya- getaran, putaran, elektronik. Teks Rujukan: 1. B.H. Bransden, Physics of atoms and molecules, 2nd

Ed. (Prentice Hall, 2003) 2. R. Eisberg & R. Resnick, Quantum Physics of

Atoms, Molecules, Solids, Nuclei and Particles (Wiley, 1985)

3. R. Eisberg, Fundamentals of Modern Physics (Wiley, 1961)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3203 FIZIK KEADAAN PEPEJAL (3 JAM KREDIT) Pengenalan kepada jenis-jenis pepejal; struktur pepejal berhablur: keberkalaan,kekisi dan unit sel, kekisi Bravais, arah dan satah hablur,belauan sinar-X, teknik belauan, kekisi salingan, zon Brillouin; ikatan dalam Pepejal; dinamik kekisi monoatom dan dwiatom (1-D & 3-D), ketumpatan keadaan dan sebaran fonon; sifat terma: muatan haba tertentu, kekonduksian terma; Model Elektron Bebas dan Kuantum, kekonduksian a.t. dan serakan elektron, kekonduksian a.u. dan sifst optik-pepejal; Teori Jalur Tenaga elektron, fungsi Bloch, model Kronig-Penny, jisim berkesan, ketumpatan keadaan dan bilangan elektron. Teks Rujukan: 1. C. Kittel, Introduction to Solid State Physics, 8th Ed.

(John Wiley, 2005)

34 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

2. M. Omar, Elementary Solid State Physics (Addison Wesley, 1995)

3. J.S. Blackemore, Solid State Physics (Saunders, 2004)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3303 KAEDAH MATEMATIK LANJUTAN (3 JAM KREDIT) Kalkulus Ubahan: Pengoptimuman, pendarab Lagrange, Persamaan Euler, penggunaan persamaan Euler, persamaan Lagrange. Fungsi Pembolehubah Kompleks: Fungsi polinomial, siri tak terhingga, fungsi eksponen, fungsi logaritma, fungsi kuasa am, fungsi am; persamaan-persamaan Cauchy-Riemann; kamiran garisan dan kontur, rantau bersambung mudah; teorem kamiran Cauchy, penggunaan; siri Laurent, kalkulus reja, teorem reja Cauchy, pernilaian kamiran nyata, reja pada infiniti, pemetaan, penggunaan pemetaan konformal. Transformasi Kamiran: Transformasi Fourier, Transformasi Laplace, penyelesaian persamaan pembezaan; transformasi riak. Kaedah fungsi Green, kembangan fungsi eigen.Proses stokastik: persamaan pembezaan stokastik, rumus Ito, teknik martingal. Teori Kumpulan: Kumpulan simetri, kumpulan dwihedron, kumpulan pendaraban matriks, subkumpulan, kekonjugatan, kumpulan pilihatur, kelas kekonjugatan, isomorfisme, teorem Cayley, homomorfisme; perwakilan, keterturunan; geometri; contoh penggunaan – aras tenaga ammonia; penjana kumpulan selanjar, momentum sudut orbitan, kumpulan Lorentz homogen, kovarian Lorentz bagi persamaan Maxwell. Tensor: Tensor Kartesan, penggunaan tensor, pesudotensor, tensor diad; ruang am dan sistem koordinat umum, tensor kovarian dan kontravarian. Geometri pembezaan. Teks Rujukan: 1. Mary L. Boas, Mathematical Methods in Physical

Sciences, 3nd Ed. (Wiley, 2003) 2. G.B. Arfken, H.J. Weber, Mathematical Methods for

Physicists, 6th Edition - Int’l (Elsevier Acad. Press, 2005)

3. G.L.Lamb Jr, Introductory Applications of Partial Differents Equations: with emphasis on wave propagation and diffusion (John Wiley, 1995)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3306 FIZIK PLASMA (3 JAM KREDIT) Takrifan plasma, kewujudan plasma di alam semesta, model-model plasma, pengangkutan plasma - pembauran dan rintangan plasma, gelombang dan

ketakstabilan, gelombang kejutan, kaedah-kaedah penghasilan plasma dan diagnostik plasma. Teks Rujukan: 1. Francis F. Chen, Introduction to Plasma Physics and

Controlled Fusion, 2nd ed. (Kluwer Academic/Plenum Publishers, 1984)

2. T. J. M. Boyd & J.J. Sanderson, The Physics of Plasmas (Cambridge Univ. Press, 2003)

3. J.A. Bittencourt, Fundamentals of Plasma Physics (Springer 2007)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3307 FIZIK ZARAH KEUNSURAN (3 JAM KREDIT) Mekanik kuantum kerelatifan, persamaan Klein-Gordon, persamaan Dirac, antizarah, foton, elektrodinamik kuantum, daya nukleus kuat, teori meson, isospin, reputan lemah, neutrino, zarah-zarah aneh, hukum-hukum keabadian, teori kuark, darjah kebebasan warna, perisa, kromodinamik kuantum, penyatuan elektrolemah, zarah-zarah baharu dan keadaan semasa. Teks Rujukan: 1. D. Griffiths, Introduction to Elementary Particles

(John Wiley, 1987) 2. F. Halzen & A.D. Martin, Quarks and Leptons: An

Introductory Course in Modern Particle Physics (John Wiley, 1984)

3. D.H. Perkins, Introduction to high energy physics (Cambridge Univ. Press, 2000)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3311 MEKANIK KLASIK DAN KERELATIFAN AM (3 JAM KREDIT) Persamaan Lagrange: koordinat teritlak, daya-daya teritlak, persamaan Lagrange, penggunaan persamaan Lagrange, momentum teritlak dan koordinat siklik, tranformasi-tranformasi berkanun. Prinsip Hamilton: prinsip tindakan minimum, kekangan, hubungan simetri masa dan ruang dengan hukum-hukum keabadian, Hamilton, Persamaan Hamilton, teorem Louiville. Putaran Jasad Tegar: persamaan gerakan Euler untuk jasad tegar, tenaga kinetik untuk jasad tegar, sudut-sudut Euler, gerakan gasing bersimetri. Ayunan Kecil: syarat-syarat kestabilan berhampiran konfigurasi seimbang, ayunan bebas dalam satu dimensi, ayunan terdesak, sistem yang mempunyai lebih dari satu darjah kebebasan, mod-mod dan frekuensi normal. Prinsip Kesetaraan dan Teori Kerelatifan Am: prinsip kesetaraan, anjakan medan graviti, teori kerelatifan am.

35 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

Persamaan Einstein dan beberapa penyelesainya. Teks Rujukan: 1. K.R. Symon, Mechanics (Addison Wesley, 1971) 2. G.R. Fowles, Analytical Mechanics (Thomson

Brooks/Cole, 2005) 3. J. Foster & J.D. Nightingale, A Short Course in

General Relativity (Springer, 1995) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3323 TEKNOLOGI PLASMA (3 JAM KREDIT) Pengenalan kepada konsep asas plasma; kaedah penghasilan plasma; kaedah mengesan plasma; penggunaan plasma; kaedah kegunaan plasma; keluaran sinaran dari plasma; fizik dan teknologi pelbagai peranti plasma termasuk fokus plasma dan tiub kejutan elektromagnet, teknologi plasma untuk pemprosesan bahan; pelakuran plasma. Teks Rujukan: 1. J.Reece Roth, Industrial Plasma Engineering, Vol. 1

(IOP Publishing, 1995) & Vol. 2 (IOP Publishing, 2000)

2. C.S. Wong, Nota-nota syarahan: Essentials of plasma technology (2002)

3. R.H. Huddlestone & S.L. Leonard (eds.), Plasma Diagnostic Techniques (Academic Press, 1965)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES3341 SISTEM KOMPLEKS DAN TAKLINEAR (3 JAM KREDIT) Kekompleksan: jenis kekompleksan dan hubungannya. Dinamik taklinear: pemetaan, penarik, potongan Poincare, celaru, kesejagatan; kegunaan dalam sistem fizik. Fraktal: dimensi fraktal, eksponen Lyapunov. Sinergetik dalam sistem fizik dan kimia. Kegentingan terswaorganisasi. Perkolasi & tumbuhan. Rangkaian automata: automata bersel, rangkaian neuron. Teori permainan.Kegunaan dalam biologi, sistem sosial dan ekonomi. Teks Rujukan: 1. H. Haken, Synergetics (Springer-Verlag, 1983) 2. P. Bak, How Nature Works (Oxford, 1997) 3. R.J. Gaylord & P. R. Wellin, Computer Simulations

with Mathematica: Explorations in Complex Physical and Biological Systems (Springer-Verlag, 1995)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan

SMES3391 LATIHAN INDUSTRI (3 JAM KREDIT) Kursus ini memberi peluang bagi pelajar untuk mendapatkan latihan daripada syarikat/ organisasi atau industri terpilih yang yang menjalankan aktiviti yang berkait dengan Fizik. Mod Penilaian: 100% penilaian berterusan SMES3404 FIZIK LASER (3 JAM KREDIT) Hukum radiasi, teori kuantum peralihan dua molekul atom, teori asas laser, modulasi pemancaran laser. System 3- dan 4- tingkat, lebar jalur, pelebaran, resonator optik, mod hayunan, tepuan dan pengeluaran kuasa. Mod TEM00 dan perambatannya, suis-Q, penguncian mod, modulasi akusto-optik. Rekabentuk laser keadaan pepejal, gas dan dye. Teks Rujukan: 1. Anthony E. Siegman, Lasers (University Science

Books, 1986) 2. J. Hawkes & I. Latimer, Lasers: Theory &

Applications (Prentice Hall, 1995) 3. J.T. Verdeyen, Laser Electronics, 3rd Ed. (Prentice

Hall, 1995) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES4181 PROJEK (FIZIK) (8 JAM KREDIT) Kerja-kerja projek dan kajian yang berkaitan untuk program BSc. (Fizik). (Projek dijalankan dalam Semester 1 dan Semester 2 sahaja.) Mod pernilaian: 25% penilaian berterusan + 50% laporan projek + 25% Viva-Voce SMES4301 FIZIK KEADAAN PEPEJAL LANJUTAN (3 JAM KREDIT) Ulangkaji mengenai teori jalur tenaga dan logam. Semikonduktor: struktur jalur tenaga, intrinsik dan ekstrinsik, sifat elektrik (kekonduksian, kelincahan, mekanisme serakan elektron), sifat optik, fotokekonduksian. Bahan dielektrik: pemalar dielektrik, pengutupan dwikutub, ion dan elektron, piezoelektrik dan feroelektrik. Bahan magnet: teori asas, kerentanan magnet, jenis-jenis sifat/bahan magnet, resonans magnet.

36 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

Bahan superkonduktor: kerintangan sifar, medan genting, kesan Meissner, model BCS, contoh-contoh bahan superkonduktor, superkonduktor suhu tinggi. Teks Rujukan: 1. C. Kittel, Introduction to Solid State Physics, 8th

Ed. (Wiley, 2005) 2. M.A. Omar, Elementary Solid State Physics,

(Addison-Wesley, 1995) 3. J.S. Blakemore Solid State Physics (Saunders,

2004) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES4321 PERANTI SEMIKONDUKTOR (3 JAM KREDIT) Perbincangan mengenai semikonduktor: teori jalur tenaga, semikonduktor ekstrinsik (jenis-n dan p), teori angkutan dan pembawa cas, peralihan optik, simpangan p-n. Struktur asas peranti dan mekanisme: diod Schottky, logam/penebat/semikonduktor, diod terowongan dan lain-lain transistor. Peranti foton: fotodiod, LED, Laser, sel suria. Peranti mikro gelombang. Teknologi mikroelektronik. Teks Rujukan: 1. S.M. Sze, Semiconductor Devices: Physics and

Technology (Wiley, 2002) 2. J. Roulston, Introduction to Semiconductor Devices

(Oxford Univ. Press, 1998) 3. Kanaan Kano, Semiconductor Devices (Prentice

Hall, 1998) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES4322 OPTOELEKTRONIK (3 JAM KREDIT) Gentian index tangga, nombor bukaan, sebaran antara mod dan kromatik, rambatan gelombang EM, kadar bit dan lebar jalur, pantulan penuh dalaman dan mod. Gentian optik mod tunggal, bim Gaussian, diameter penuh mod, gelombang potongan, nombor V, sebaran, lebar jalur, kesan-kesan tak linear. Diod laser, fungsi kerja, ‘luminescence’ ketepatan, cirian sensitive, jenis modul pemancar. Fotodiod, hubungan kuasa, fotodiod PIN dan ‘avalanche’, operasi pembesar optik biasa dan semikonduktor, pembesaran, lebar jalur, hingar, amplifier gentian jalur C dan L. Teks Rujukan: 1. D.K. Mynbaev & L.L. Scheiner, Fiber Optic

Communications Technology (Prentice Hall, 2001)

2. H.J.R. Dutton, Understanding Optical Communications (Prentice Hall, 1998)

3. G. Keiser, Optical Fiber Communications, 3rd Ed. (McGraw-Hill Book Co., 2000)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES4323 SAINS BAHAN (3 JAM KREDIT) Atom, molekul, ikatan, daya ikatan. Struktur hablur; tak-hablur. Mikrostruktur; ketaksempurnaan. Pemejalan; kinetik dan rajah fasa; pembauran. Logam dan aloi. Seramik dan kekaca. Polimer dan adunan. Serabut dan gentian. Komposit. Sifat-sifat mekanik, terma, elektrik, magnet dan elektronik. Ujian statik dan dinamik; regangan, mampatan, ricih/kilas, rayapan, santaian-tegasan, lelahan, ujian tanpa-memusnah. Kakisan, degradasi. Rekabentuk komposit dan bahan. Bahan termaju. Teks Rujukan: 1. William D. Callister, Materials Science and

Engineering: An Introduction, 6th Ed. (Wiley, 2002) 2. Zbigniew D. Jastrzebski, The Nature and Properties

of Engineering Materials, 3rd Ed. (Wiley, 1987) 3. William F. Smith, Principles of Materials Science

and Engineering, 3rd Ed. (McGraw-Hill, 1996) Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan SMES4325 FOTONIK (3 JAM KREDIT) Pengenalan kepada Litar Gelombang Cahaya Satah (PLC): Kefahaman asas PLC; penghasilan peranti PLC, prinsip operasi Flame Hydrolysis, pembakar suhu tinggi, proses ‘etching’ kering, ‘sputtering’, and ‘etching’ basah; pemisah 1× 8; pandugelombang array (AWG); pembesar pandugelombang; peranti pandugelombang satah untuk komunikasi optik. Pengesan Gentian Optik: Pengenalan kepada pengesan gentian optik; sensor gentian optik sensors berasaskan interferometri Fabry-Perot; pengesan spectra dalam gentian (FBG); pengesan gentian optik teragih; teknik interogasi. Kemajuan dalam Peranti Fotoniks: Kemajuan terkini – topik-topik terpilih. Teks Rujukan: 1. V.D. Martin & L. Desmarais, Optoelectronics: The

Introduction: A Self-Teaching Text, Incuding Basic Concepts, Photometrics, Optics (Delmar Learning, 1997)

2. S.O. Kasap, Optoelectronics and Photonics: Principles and Practices (Prentice Hall, 2001)

3. J. Wilson & J. Hawkes, Optoelectronics: An Introduction, 3rd Ed. (Prentice Hall, 1998)

Mod penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan

37 

Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2009/2010

KURSUS FAKULTI

SXEX1103 KOMPUTER UNTUK PENDIDIKAN (2 JAM KREDIT) Pengenalan kepada komputer, sejarah komputer, komponen sistem komputer, perkakasan komputer, perisian komputer, perisian gunaan. Penggunaaan beberapa perisian gunaan (amali). Pengendalian komputer. Pengaturcaraan mudah menggunakan BASIC, beberapa contoh amali. Pemprosesan perkataan dan DTP; pengurusan data menggunakan perisian pengkalan data; pengendalian data numerik menggunakan helaian rebak elektronik; pembentangan; perisian grafik dan multimedia, komunikasi data, perangkaian, internet; pembinaan laman web. Teks Rujukan: 1. R. Szymanski et al, Introduction to Computer

Software (Prentice Hall, 1996) 2. H.L. Capron, Computers, Tools for an Information

Age (Addison-Wesley, 1997) 3. M. Meyer et al., Computers Today and Tomorrow

(QUE, 1998) Mod Penilaian: 70% Peperiksaan Akhir + 30% penilaian berterusan

38