keperluan latihan dalam bahan pengajaran · pdf filelatihan yang didapati penting adalah...

7
631 1st International Malaysian Educational Technology Convention KEPERLUAN LATIHAN DALAM BAHAN PENGAJARAN ICT DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA Mona Masood, 1 Nor Azilah Ngah Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Penang, Malaysia [email protected] 1 [email protected] ABSTRAK Lazimnya penggunaan peralatan ICT dalam kalangan guru-guru ialah untuk tujuan pemprosesan perkataan dan penyimpanan rekod. Justeru, penggunaan peralatan ICT secara optimum oleh guru-guru tidak kelihatan. Satu tinjauan yang lebih menyeluruh telah dilaksanakan oleh beberapa penyelidik terhadap guru-guru sekolah menengah di Utara Malaysia untuk mendapat penjelasan berkaitan kehendak serta keperluan mereka sebagai pengguna yang kompeten dalam ICT di dalam bilik darjah. Sebanyak 1200 soal selidik diedarkan dan 648 responden telah mengembalikannya untuk dianalisis. Soal selidik ini telah diedarkan secara rawak kepada 44 buah sekolah di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Kertas kerja ini akan membincangkan dapatan tinjauan yang menunjukkan bahawa guru- guru memerlukan bahan latihan dalam bidang grafik, hamparan data, animasi dan sekuriti. Juga, kajian menunjukkan tahap pengintegrasian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah meningkat berbanding kajian-kajian lepas. Tambahan pula, keperluan latihan yang didapati penting adalah strategi dan reka bentuk pengajaran. Kata Kunci: Difusi Inovasi, Pengintegrasian ICT, Reka Bentuk Pengajaran, Objek Pembelajaran, Pendidikan Guru PENGENALAN Penggunaan ICT di Malaysia bersemarak dengan adanya inisiatif kerajaan seperti Koridor Raya Multimedia (MSC) and Wawasan 2020 yang menekankan penggunaan ICT sebagai penggerak dalam membawa Malaysia ke abad 21 yang serba digital dan bertaraf global. Sebagai menyahut kehendak kerajaan, penggunaan peralatan ICT khususnya komputer dapat dilihat dalam bidang perniagaan, perindustrian dan pendidikan. Sebenarnya jika diimbas kembali, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telahpun melaksanakan pelbagai projek berasaskan ICT di sekolah-sekolah semenjak dua dekad yang lepas. Projek-projek tersebut termasuklah Literasi Komputer, Komputer dalam Pendidikan, Sekolah Bestari, English for Teaching Mathematics and Science (ETeMS) dan yang terkini ialah pembangunan Pusat-pusat Akses. Laporan oleh UNESCO (2003) berkaitan penggunaan ICT dalam pendidikan di Malaysia menunjukkan KPM mengkhususkan 30 peratus daripada bajet tahunan (lebih kurang RM 4.2 bilion) untuk menghubungkan 230 sekolah luar bandar dengan Internet: 120 talian ISDN, 100 talian PSTN and 10 talian VSAT. Adalah dijangkakan pada tahun 2003, kesemua institusi pendidikan mempunyai sebuah makmal komputer yang dilengkapkan dengan PC berkelas Pentium. Perkara ini menunjukkan 75-90 peratus sekolah- sekolah dan kesemua universiti mempunyai akses kepada Internet melalui talian, jalur lebar, talian berbayar atau perhubungan kabel-jalur lebar. LATAR BELAKANG KAJIAN Penyataan Masalah Semenjak 1996, Nor Azilah Ngah dan rakan-rakan telah menjalankan tinjauan tahunan mengenai penggunaan teknologi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru dalam perkhidmatan yang mengikuti ijazah sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM). Guru-guru dalam perkhidmatan tersebut adalah guru-guru yang mempunyai pengalaman sebanyak 3-5 tahun di sekolah rendah. Guru-guru yang mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut adalah pelajar yang mengambil kursus pengenalan terhadap pengajaran dan pembelajaran berteknologi iaitu, Amalan Teknologi Pengajaran di tempat penyelidik. Dapatan tinjauan menunjukkan bahawa akses kepada komputer bukan lagi

Upload: voliem

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPERLUAN LATIHAN DALAM BAHAN PENGAJARAN · PDF filelatihan yang didapati penting adalah strategi dan reka bentuk ... English for Teaching Mathematics and ... pengalaman sebanyak 3-5

631 1st International Malaysian Educational Technology Convention

KEPERLUAN LATIHAN DALAM BAHAN PENGAJARAN ICT DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

Mona Masood, 1Nor Azilah Ngah

Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia Universiti Sains Malaysia,

11800 Minden, Penang, Malaysia [email protected] [email protected]

ABSTRAK

Lazimnya penggunaan peralatan ICT dalam kalangan guru-guru ialah untuk tujuan pemprosesan perkataan dan penyimpanan rekod. Justeru, penggunaan peralatan ICT secara optimum oleh guru-guru tidak kelihatan. Satu tinjauan yang lebih menyeluruh telah dilaksanakan oleh beberapa penyelidik terhadap guru-guru sekolah menengah di Utara Malaysia untuk mendapat penjelasan berkaitan kehendak serta keperluan mereka sebagai pengguna yang kompeten dalam ICT di dalam bilik darjah. Sebanyak 1200 soal selidik diedarkan dan 648 responden telah mengembalikannya untuk dianalisis. Soal selidik ini telah diedarkan secara rawak kepada 44 buah sekolah di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Kertas kerja ini akan membincangkan dapatan tinjauan yang menunjukkan bahawa guru-guru memerlukan bahan latihan dalam bidang grafik, hamparan data, animasi dan sekuriti. Juga, kajian menunjukkan tahap pengintegrasian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah meningkat berbanding kajian-kajian lepas. Tambahan pula, keperluan latihan yang didapati penting adalah strategi dan reka bentuk pengajaran.

Kata Kunci: Difusi Inovasi, Pengintegrasian ICT, Reka Bentuk Pengajaran, Objek Pembelajaran, Pendidikan Guru PENGENALAN Penggunaan ICT di Malaysia bersemarak dengan adanya inisiatif kerajaan seperti Koridor Raya Multimedia (MSC) and Wawasan 2020 yang menekankan penggunaan ICT sebagai penggerak dalam membawa Malaysia ke abad 21 yang serba digital dan bertaraf global. Sebagai menyahut kehendak kerajaan, penggunaan peralatan ICT khususnya komputer dapat dilihat dalam bidang perniagaan, perindustrian dan pendidikan. Sebenarnya jika diimbas kembali, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telahpun melaksanakan pelbagai projek berasaskan ICT di sekolah-sekolah semenjak dua dekad yang lepas. Projek-projek tersebut termasuklah Literasi Komputer, Komputer dalam Pendidikan, Sekolah Bestari, English for Teaching Mathematics and Science (ETeMS) dan yang terkini ialah pembangunan Pusat-pusat Akses. Laporan oleh UNESCO (2003) berkaitan penggunaan ICT dalam pendidikan di Malaysia menunjukkan KPM mengkhususkan 30 peratus daripada bajet tahunan (lebih kurang RM 4.2 bilion) untuk menghubungkan 230 sekolah luar bandar dengan Internet: 120 talian ISDN, 100 talian PSTN and 10 talian VSAT. Adalah dijangkakan pada tahun 2003, kesemua institusi pendidikan mempunyai sebuah makmal komputer yang dilengkapkan dengan PC berkelas Pentium. Perkara ini menunjukkan 75-90 peratus sekolah-sekolah dan kesemua universiti mempunyai akses kepada Internet melalui talian, jalur lebar, talian berbayar atau perhubungan kabel-jalur lebar. LATAR BELAKANG KAJIAN Penyataan Masalah Semenjak 1996, Nor Azilah Ngah dan rakan-rakan telah menjalankan tinjauan tahunan mengenai penggunaan teknologi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru dalam perkhidmatan yang mengikuti ijazah sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM). Guru-guru dalam perkhidmatan tersebut adalah guru-guru yang mempunyai pengalaman sebanyak 3-5 tahun di sekolah rendah. Guru-guru yang mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut adalah pelajar yang mengambil kursus pengenalan terhadap pengajaran dan pembelajaran berteknologi iaitu, Amalan Teknologi Pengajaran di tempat penyelidik. Dapatan tinjauan menunjukkan bahawa akses kepada komputer bukan lagi

Page 2: KEPERLUAN LATIHAN DALAM BAHAN PENGAJARAN · PDF filelatihan yang didapati penting adalah strategi dan reka bentuk ... English for Teaching Mathematics and ... pengalaman sebanyak 3-5

632 1st International Malaysian Educational Technology Convention

menjadi satu isu bagi kebanyakan guru sekolah rendah. Malah komputer diguna sebagai mesin taip yang ‘diagungkan’ (Mona Masood & Nor Azilah Ngah, 2003; Nor Azilah Ngah, 1998, 1999, 2000; Nor Azilah Ngah & Mona Masood, 2004; Nor Azilah Ngah & Zarina Samsudin, 1997). Sungguhpun ICT telah dilaksanakan di kebanyakan sekolah di Malaysia, terdapat banyak masalah dengan difusi teknologi komputer sebagai sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran dalam sistem sekolah di Malaysia. Persoalannya, jika adanya ICT dan pengaksesan tidak lagi menjadi masalah, mengapakah guru-guru tidak menggunanya di dalam bilik darjah? Memang terdapat banyak kajian mengenai ICT dari aspek-aspek yang pelbagai. Walau bagaimanapun, pada masa ini tiada data menyeluruh mengenai penggunaan ICT oleh guru di dalam bilik darjah. Masalah berkaitan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah bukan dihadkan di Malaysia sahaja tetapi malah di merata dunia. Menurut Laffey (2004), guru dalam perkhidmatan pada waktu ini tidak berapa bersedia untuk mengajar dengan mengguna teknologi. Perkara ini memberi implikasi bahawa masih terdapat kekurangan dalam latihan guru, khususnya dalam teknologi. Kajian Shuldman (2004) berhubung status terkini pengintegrasian teknologi menunjukkan bahawa kefahaman berkaitan cara teknologi dapat diaplikasikan di bilik darjah adalah sebahagian daripada penyelesaian masalah pengintegrasian teknologi. Reynolds, Treharne dan Tripp (2003) membuat kesimpulan bahawa banyak lagi kajian yang diperlukan untuk mempertingkatkan ekspektasi serta keberkesanan pembekalan ICT dan penyebarannya. Oleh sebab kajian sebelum ini dihadkan kepada guru dalam perkhidmatan yang meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti Sains Malaysia sahaja, satu kajian yang lebih menyeluruh perlu dijalankan. Baru-baru ini, satu tinjauan telah dilaksanakan oleh beberapa penyelidik terhadap guru-guru sekolah menengah di Utara Malaysia untuk mendapat penjelasan berkaitan kehendak serta keperluan mereka sebagai pengguna yang kompeten dalam ICT di dalam bilik darjah. Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai beberapa objektif untuk penyebaran ICT dalam pendidikan. Objektif tersebut termasuklah penyediaan yang secukupnya dan infrastruktur serta peralatan ICT yang terkini dan teruji, penyebaran kurikulum dan pentaksiran ICT dan penekanan terhadap integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT pelajar dan guru-guru serta mempertingkatkan penyelenggaraan dan pengurusan peralatan ICT di kesemua pusat institusi pendidikan. Oleh itu, adalah penting bagi kajian ini dilaksanakan untuk dijadikan sebagai asas dalam perancangan dan pengimplimentasian ICT akan datang di dalam bilik darjah. Pengalaman penyelidik dalam bidang teknologi pengajaran menganggapkan bahawa kekangan terhadap penggunaan komputer oleh guru mempunyai komponen dalaman yang perlu diterokai. Elemen-elemen dalaman yang diketengahkan oleh Ertmer, Addison, Lane, Ross, dan Woods (1999) adalah: kepercayaan dalam pengajaran, kepercayaan mengenai komputer, amalan bilik darjah dan ketidaksanggupan untuk melalui pepnukaran. Abrami (dalam Reynolds, Treharne & Tripp, 2003) menekankan aspek nilai, ekspektasi untuk berjaya dan penerimaan kos mengguna teknologi untuk pembelajaran adalah kunci kepada penggunaan teknologi secara efektif di sekolah. Untuk menjadi pesaing ICT secara global, guru-guru sekolah di Malaysia perlu mempunyai satu standard dalam penggunaan ICT yang setanding dengan negara-negara membangun yang lain. Pada masa sekarang, tiada latihan dalam ICT yang standard ataupun kompetensi untuk guru-guru praperkhidmatan dan guru-guru dalam perkhidmatan untuk diikuti. Menanda aras penggunaan ICT yang ada sekarang dengan standard di Amerika Syarikat, sebagai contoh, akan menunjukkan jurang yang perlu dirapatkan untuk mencapai standard yang serupa. Oleh itu, mengenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh guru akan memberi tumpuan kepada sumber untuk pembangunan objek-objek pembelajaran yang dapat digunakan berulang kali terhadap kemahiran kritikal tersebut.

OBJEKTIF Kajian ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan penyelidik dan rakan-rakan beliau untuk memantau penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di Malaysia.

Page 3: KEPERLUAN LATIHAN DALAM BAHAN PENGAJARAN · PDF filelatihan yang didapati penting adalah strategi dan reka bentuk ... English for Teaching Mathematics and ... pengalaman sebanyak 3-5

633 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Objektif utama kajian ialah penyumbangan kejayaan difusi ICT sebagai alat untuk pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru sekolah menengah. Objektif kajian yang lain ialah untuk:

1. mengenal pasti faktor-faktor kejayaan/kegagalan pengintegrasian ICT di bilik darjah. 2. mendapatkan satu data baseline kewujudan dan jenis penggunaan ICT di kalangan

sekolah-sekolah menengah 3. mengenal pasti jurang antara kemahiran ICT sedia ada di Malaysia dengan standard

ICT dalam kalangan guru-guru di negara barat, terutama Amerika Syarikat 4. mereka bentuk objek-objek pembelajaran (learning objects) kemahiran-kemahiran

kritikal yang dikenal pasti dalam bahagian (3) yang diperlu oleh guru sebagai pengguna ICT yang kompeten supaya difusi ICT ke dalam bilik darjah berjaya

5. meneroka isu-isu lestari berkaitan pengambilan komputer sebagai alat pengajaran dan pembelajaran

Kajian ini dikendalikan dalam dua fasa. Fasa I ialah pentaksiran keperluan untuk mengenal pasti bahan-bahan untuk dibangunkan seperti objek-objek pembelajaran; justeru menjawab soalan kajian satu hingga tiga. Fasa II memfokuskan reka bentuk dan pembangunan objek-objek pembelajaran. Kertas kerja ini hanya akan membincangkan Fasa I sahaja. METODOLOGI Persampelan Antara bulan February dan Mac 2006, sebanyak 1200 soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru sekolah menengah di 44 buah sekolah di sekitar daerah Utara Malaysia. Sekolah-sekolah tersebut terdiri daripada sekolah luar dan dalam bandar yang dipilih secara rawak. Kini terdapat 291 buah sekolah menengah di bahagian utara Malaysia; bilangan tersebut mewakili 15% daripada jumlah keseluruhan sekolah menengah di Malaysia. Kaedah Mengumpul Data Soal selidik yang digunakan dalam kajian-kajian lalu diubah suai dan komponen berkaitan keperluan guru untuk mendapatkan latihan selanjutnya dalam ICT dimasukkan. Soal selidik tersebut mengandungi beberapa komponen: a) demografi, b) penggunaan teknologi sebagai alat bantu mengajar, c) pengalaman mengguna ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, d) sikap guru terhadap komputer, e) penggunaan pusat sumber sekolah, f) penggunaan pusat kegiatan guru, h) keperluan latihan, i) ciri-ciri inovasi teknologi komputer sebagai alat bantu mengajar, dan j) refleksi tentang penggunaan teknologi dalam kerjaya, pengajaran dan pembelajaran dan juga secara peribadi.

Beberapa bulan pertama tahun 2006 telah digunakan untuk mengurus kertas kerja yang diperlukan oleh pihak KPM dan Jabatan Negeri serta untuk melicinkan proses pelaksanaan kajian terbabit. Satu kajian rintis telah dilaksanakan untuk memperbaiki soal selidik. DAPATAN Kajian Rintis Responden kajian rintis terdiri daripada guru-guru yang berumur antara 26 hingga 44 tahun dan mempunyai pengalaman 4 hingga 20 tahun mengajar. Kesemua subjek kecuali dua orang guru sahaja mempunyai komputer mereka tersendiri. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan satu tren dalam kenaikan pemilik komputer dalam kalangan guru-guru sepanjang lapan tahun. Pemilik komputer, jika tanpa kemahiran yang bersesuaian dalam penggunaan ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, maka hal ini tidak mencukupi sebagai keadaan untuk mengintegrasikan ICT ke dalam bilik darjah. Seperti dinyatakan guru-guru fikir mereka perlu mendapatkan kemahiran-kemahiran yang dikenal pasti dalam soal selidik. Bahagian soalan terbuka dalam soal selidik yang menyoalkan refleksi guru tentang penggunaan teknologi dalam kerjaya, pengajaran dan pembelajaran dan juga secara peribadi menunjukkan banyak maklumat yang penting dan menarik. Secara am, guru-guru berpendapat penggunaan ICT dalam kerjaya akan meningkatkan kualiti kerja mereka. Pada

Page 4: KEPERLUAN LATIHAN DALAM BAHAN PENGAJARAN · PDF filelatihan yang didapati penting adalah strategi dan reka bentuk ... English for Teaching Mathematics and ... pengalaman sebanyak 3-5

634 1st International Malaysian Educational Technology Convention

waktu yang sama, ICT mempunyai potensi untuk memotivasikan pelajar dan memberi kaedah lain untuk mendapatkan sumber maklumat. Secara peribadi, kemahiran dan pengetahuan dalam ICT akan meningkatkan keyakinan dalam mencari maklumat untuk kegunaan sendiri mahupun secara profesional. Hasil dapatan daripada kajian rintis telah memantapkan lagi soal selidik kajian terutamanya bahagian (h) berkaitan dengan keperluan latihan. Berikutan itu, beberapa perubahan dilakukan dengan menambahkan kategori-kategori kemahiran ICT kepada perisian, teknologi pengajaran dan subbidang dalam teknologi pengajaran. Dapatan juga menjelaskan lebih daripada 80% kemahiran yang dikenal pasti dalam soal selidik tersebut dipilih sebagai “sangat perlu”. Memandangkan topik-topik yang perlu dibangunkan dalam bentuk objek pembelajaran adalah dalam tempoh yang singkat, tinjauan diperincikan dan meminta guru-guru mengenal pasti hanya lima kemahiran ICT utama yang diperlukan dalam membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian Terkini Enam ratus empat puluh lapan soal selidik (54%) telah dikembalikan. Sampel terdiri daripada 70% golongan guru wanita dan 30% golongan guru lelaki. Dua puluh peratus guru mempunyai 1-5 tahun pengalaman mengajar, 23% mempunyai 6-10 tahun, 23.9% mempunyai 11-15 tahun, 15.2% mempunyai 16-20 tahun dan 17% mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman mengajar.

Dapatan menunjukkan guru masih mengguna carta secara khusus dalam pengajaran mereka (89.5%), diikuti dengan komputer (79%), OHP (73%), video/DVD/VCD (63.1%), kaset/CD audio (58%), and Astro/TV Pendidikan (29.5%).

Dalam Jadual 1, lajur pertama menunjukkan pelbagai penggunaan komputer dalam tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pada barisan pertama, 1 bererti “Saya tidak menggunakan perisian in dalam pengajaran”; 2 bererti “Saya kadangkala menggunakan perisian ini dalam pengajaran saya”; 3 bererti “Saya sudah mengintegrasi perisian ini ke dalam bahan pengajaran saya”; 4 bererti “Perisian ini digunakan sepenuhnya dalam bahan pengjaran saya”. Jadual 1 jelas mendedahkan guru secara khususnya mengguna pemprosesan perkataan untuk pengajaran dan pembelajaran (81.5%). Komputer juga digunakan untuk persembahan bahan pengajaran (73%) selain daripada hamparan elektronik (60.4%), enjin carian (51%) dan emel (40.2%).

Jadual 1: Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan 1 (%) 2 (%) 3 (%) 4 (%) 2, 3, 4 (%)

Pemprosesan Perkataan 18.5 40.8 25.9 14.8 81.5

Persembahan 27.0 42. 5 21.2 9.3 73

Hamparan Elektronik 39.6 41.0 14.7 4.7 60.4

Enjin Carian 48.6 30.3 13.9 7.2 51.4

E-mel 59.8 25.7 8.4 6.1 40.2

Penyemak Lewa 60.0 24.8 10.0 5.3 40

Grafik 2D 62.8 25.1 8.9 3.1 37.2

Pangkalan Data 76.9 16.7 5.2 1.2 27.1

Animasi 72.9 18.1 5.9 3.1 23.1

Grafik 3D 84.6 10.5 2.7 2.3 15.4

Jadual 2 menunjukkan tahap pengintegrasian komputer dalam bilik darjah. Lajur pertama menyenaraikan pelbagai perisian komputer dan pemilihan berdasarkan tahap integrasian yang berbeza: 1 – “Saya tidak tahu cara mengintegrasikan”, 2 – “Saya tahu mengintegrasikannya tetapi sekali sekala perlukan bantuan”, 3 – “Saya boleh

Page 5: KEPERLUAN LATIHAN DALAM BAHAN PENGAJARAN · PDF filelatihan yang didapati penting adalah strategi dan reka bentuk ... English for Teaching Mathematics and ... pengalaman sebanyak 3-5

635 1st International Malaysian Educational Technology Convention

mengintegrasikannya sendiri”, 4 – “Saya boleh ajar rakan lain mengintegrasikannya”. Dari jadual tersebut, tiga perisian komputer yang utama—CAI (86.6%), pemprosesan perkataan (83.9%) dan persembahan (82.1%)—telah diintegrasikan di dalam bilik darjah.

Jadual 2: Tahap Pengintegrasian Komputer

Perisian Komputer 1 (%) 2 (%) 3 (%) 4 (%) 2, 3, 4 (%)

CAI 13.4 50.3 29.6 6.7 86.6

Pemprosesan Perkataan 16.1 36.2 37.2 10.5 83.9

Persembahan Berkomputer 17.9 43.7 29.4 9.0 82.1

Statistiks 33.4 46.8 15.8 4.0 66.6

Penyemak Lewa 26.1 38.9 26.6 8.3 73.9

E-mel 28.3 37.3 24.9 9.5 71.7

Pangkalan Data 66.1 25.3 6.8 1.7 33.9

Keperluan Latihan Jadual 3 memaparkan lima kedudukan teratas topik latihan yang dipilih oleh guru-guru untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran; 1 – “Tidak perlu”, 2 – “Perlu”, 3 – “Sangat Perlu”. Didapati guru memerlukan latihan dalam topik-topik grafik (2D dan 3D) (87%), animasi (83.6%), hamparan elektronik (83.5%) dan sekuriti (80.9%).

Jadual 3: Perisian Komputer

Topik 1 (%) 2 (%) 3 (%)

Grafik 13 61.7 25.3 Grafik 3D 16.3 56.3 27.4 Animasi 16.4 56.2 27.4 Hamparan Elektronik 16.5 62.1 21.4 Sekuriti 19.1 56.2 24.7

Dalam Jadual 4, data menunjukkan guru-guru “perlu” dan “sangat perlu” mendapatkan latihan dalam strategi pengajaran (87.4%), diikuti dengan reka bentuk pengajaran (86.3%) dan model reka bentuk pengajaran (81.2%).

Jadual 4: Reka Bentuk Pengajaran

Tugasan 1 (%) 2 (%) 3 (%)

Reka bentuk Pengajaran 13.7 58 28.3 Model-model Reka Bentuk 18.8 56.6 24.6 Strategi-strategi Pengajaran 12.6 60 27.4 Teori Pembelajaran 20.7 57.9 21.4

Untuk subbidang dalam teknologi pengajaran, guru mahukan latihan dalam literasi maklumat (83%) diikuti dengan komunikasi visual (80.7%) dan antaramuka pengguna (79.1%) (rujuk Jadual 5).

Page 6: KEPERLUAN LATIHAN DALAM BAHAN PENGAJARAN · PDF filelatihan yang didapati penting adalah strategi dan reka bentuk ... English for Teaching Mathematics and ... pengalaman sebanyak 3-5

636 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Jadual 5: Bidang-bidang berkaitan

Tugasan 1 (%) 2 (%) 3 (%)

Komunikasi Visual 19.3 61.2 19.5

Antaramuka Pengguna 20.9 60.6 18.5

Literasi Maklumat 17 63.5 19.5

PERBINCANGAN Tiga komponen utama; perisian komputer, reka bentuk pengajaran dan subbidang dalam teknologi pengajaran dipilih dengan sengaja untuk mendapatkan perspektif guru mengenai bahagian-bahagian spesifik yang mereka fikirkan perlu mendapat latihan. Untuk memastikan guru adalah lebih yakin, selesa dan dapat mengintegrasikan ICT ke dalam bilik darjah, bahan pengajaran dalam topik-topik tertentu akan dibangunkan dalam bentuk objek pembelajaran supaya dapat dikongsi dalam kalangan guru-guru di seluruh Malaysia. Terutama sekali, bahan pengajaran dalam perisian komputer berkaitan grafik, hamparan elektronik, animasi, dan isu sekuriti perlu dibangunkan. Walaupun dapatan menunjukkan bahawa hamparan elektronik telah diintegrasikan ke dalam bilik darjah, namun guru-guru masih perlu mendapat latihan dalam topik tersebut. Selain itu, strategi-strategi pengajaran, teknologi pengajaran dan model-model reka bentuk pengajaran dilihat sebagai perlu diberi latihan. Walau bagaimanapun, sebelum fasa pembangunan, inkuiri lanjutan diperlukan untuk mereka bentuk bahan-bahan pengajaran tersebut. Justeru, kumpulan fokus perlu dilaksanakan pada masa terdekat.

Limitasi Terdapat beberapa limitasi dalam kajian ini. Pertama, populasi kajian terdiri daripada guru-guru sekolah menengah di bahagian daerah utara Malaysia sahaja dan hal ini disebabkan oleh kekangan kewangan. Oleh demikian kajian tidak dapat dilaksanakan di seluruh negara. Kajian ini juga memfokuskan sekolah harian kerajaan dan tidak termasuk sekolah-sekolah berasrama penuh, sekolah agama ataupun sekolah swasta. Limitasi seterusnya adalah berkaitan isu ergonomik; soal selidik tidak meliputi soalan berkaitan reka bentuk makmal pengajaran ICT oleh sebab skop penyelidikan tidak mengambil kira perkara tersebut. Akhir sekali kaedah mengutip data hanya melalui tinjauan sahaja; isu-isu penting mungkin timbul dan seterusnya dapat dijelaskan dan dibincangkan lagi dengan temu duga secara kumpulan fokus ataupun satu dengan satu.

. KAJIAN MASA DEPAN Bahagian ini membincangkan kajian masa depan yang berkait dengan fasa-fasa kajian. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru sekolah menengah di bahagian utara Malaysia, oleh itu kajian seluruh negara perlu dijalankan untuk memastikan dapatan digeneralasasikan kepada populasi seluruh Malaysia. Sampel kajian perlu melibatkan lokasi geografi yang lebih luas dan pelbagai jenis sekolah.

Isu ergonomik telah menjadi satu tema biasa dalam mengintegrasikan ICT di dalam bilik darjah. Tetapi kajian ini tidak mengutarakan isu ergonomik maka kajian seterusnya perlu mengambil kira kepentingan ICT dan jenis tindakan yang dapat diambil untuk memberi satu persekitaran pembelajaran yang kaya dengan reka bentuk berasaskan ergonomik. Justeru, penyelaras teknologi perlu diambil sebagai sebahagian sampel kajian pada masa depan. Tujuan muktamad kajian ialah menyediakan kemahiran sesuai yang diperlukan guru supaya yakin dan selesa semasa mengintegrasikan ICT dalam bilik darjah. Juga pendekatan kualitatif seperti komunikasi personal perlu digunakan untuk menyiasat secara lebih mendalam kehendak dan keperluan guru-guru. KESIMPULAN Kertas kerja ini membincangkan dapatan fasa pertama daripada projek kajian dua-fasa untuk mengenal pasti keperluan kemahiran-kemahiran ICT oleh guru-guru dengan bertujuan untuk mereka bentuk objek-objek pembelajaran yang akan ditawarkan secara dalam talian. Pada waktu ini, dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun akses kepada komputer tidak

Page 7: KEPERLUAN LATIHAN DALAM BAHAN PENGAJARAN · PDF filelatihan yang didapati penting adalah strategi dan reka bentuk ... English for Teaching Mathematics and ... pengalaman sebanyak 3-5

637 1st International Malaysian Educational Technology Convention

menjadi masalah, guru-guru berpendapat mereka kekurangan dalam kemahiran yang dikehendaki untuk mengintegrasikan ICT dalam bilik darjah. Oleh sebab kemahiran yang dikenal pasti adalah banyak dan pelbagai, soal selidik dihalusi untuk mengorientasikan guru kepada lima kemahiran terutama yang amat diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dapatan menunjukkan grafik, grafik 3D, hamparan elektronik, animasi dan sekuriti adalah antara lima topik yang kerap diminta oleh guru untuk latihan. Objek pembelajaran akan dibangunkan pada masa yang terdekat. RUJUKAN Ertmer, P. A., Addison, P., Lane, M., Ross, E., & Woods, D. (1999). Examining teachers’

beliefs about the role of technology in the elementary classroom. Journal of Research on Computing in Education, 32(1), 54-72.

Laffey, J. (2004). Appropriation, mastery, and resistance to technology in early childhood pre-service teacher education. Journal of Research on Technology in Education, 36(4), 361-382.

Mona Masood & Nor Azilah Ngah (2003). The status of various technology used for teaching and learning at the primary schools. Proceedings from the Malaysian Educational Technology Association (META) 16th Convention, Hotel City Bayview, Melaka, June 13–16, 123-127.

Nor Azilah Ngah (1998). Perception of in-service teachers on the use of computers – Second Cohort. Paper presented during the Malaysian Educational Technology 11th Convention in Kota Bharu, Kelantan, September, 4-6.

Nor Azilah Ngah (1999). The perception of in-service teachers on the use of computers – Third Cohort. Proceedings from the Malaysian Educational Technology Association 12th Convention, Port Dickson, Negeri Sembilan, October 8-10, 91-97.

Nor Azilah Ngah (2000). Perception of in-service teachers on the use of computer: Fourth Cohort Group. Proceedings from the Malaysian Educational Technology Association 13th Convention, HillCity Hotel, Ipoh, Perak, September 19-21, 217-223.

Nor Azilah Ngah & Mona Masood (2004). Continuous evaluation on status of various technology used for teaching and learning at the primary schools. Proceedings from the Malaysian Educational Technology Assocation 17th Convention, Paradise Sandy Beach Resort, Penang, September 17-20.

Nor Azilah Ngah & Zarina Samsudin (1997). Perception of in-service teachers on the use of computers. Proceedings from the Malaysian Educational Technology Association 10th Convention, Universiti Putra Malaysia, Serdang, May 21-23.

Rogers, E.M. (1995). Diffusion of Innovations (4th ed.). New York: The Free Press. Reynolds, D., Treharne, D., & Tripp, H. (2003). ICT—the hopes and the reality. British Journal

of Educational Technology, 34(2), 151-167. Shuldman, M. (2004). Superintendent conceptions of institutional conditions that impact

teacher technology integration. Journal of Research on Technology in Education, 36(4), 319-343.

Willis, J., Thompson, A., & Sadera, W. (1999). Research on technology and teacher education: Current status and future directions. Educational Technology Research and Development, 47(4), 29-45.