hbmt4303 teaching mathematics in form five

30
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2011 HBMT 4303 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE NAMA : ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN TELEPHONE NO. : 013-7018071 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : JOHOR BAHRU

Upload: teacher-nasrah

Post on 19-Jun-2015

1.326 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

HBMT 4304 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2011

HBMT 4303

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE

NAMA : ZAMATUN NASRAH BINTI

MARWAN

TELEPHONE NO. : 013-7018071

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : JOHOR BAHRU

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tajuk : Pelan dan Dongakan

Bidang Pembelajaran : 1. Pelan sesuatu objek sebagai unjuran ortogonnya pada satah

mengufuk.

2. Dongakan sesuatu objek sebagai unjuran ortogonnya pada

satah mencancang.

Hasil Pembelajaran : 1. Melukis pelan bagi suatu pepejal.

2. Melukis :

a) dongakan depan

b) dongakan sisi

bagi suatu pepejal.

Bahan : 1. Slaid Power Point

2. LCD Projektor

3. Komputer Riba

4. Kad Manila

5. Pembaris

6. Pensel

7. Bahan Maujud 3 Dimensi (Silinder, Kubus dan Kuboid)

KBKK : Membanding Beza Pelan dan Dongakan

Nilai Murni : 1. Mendengar penerangan guru dengan teliti.

2. Bertanya dengan sopan.

3. Bekerjasama dalam menjalankan aktiviti.

4. Tolak ansur.

5. Menghormati guru dan rakan-rakan.

Prosedur :

1. Murid dibagaikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai dalam 3

hingga 4 orang ahli kumpulan.

2. Guru mengedarkan sehelai kad manila bagi setiap kumpulan. Murid hendaklah

bersedia dengan pensel dan pembaris untuk aktiviti ini.

3. Setiap kumpulan diedarkan dengan 3 bentuk 3 dimensi iaitu silinder, kubus dan

kuboid dalam pelbagai saiz.

4. Guru menerangkan konsep pelan dan dongakan. Murid dikehendaki mendengar

penerangan guru dengan teliti. Guru menggunakan gambar atau slaid Power Point

untuk membantu penerangan.

5. Guru menerangkan bagaimana melukis pelan dan dongakan bagi sesuatu pepejal.

6. Guru menggalakkan murid bertanya jika terdapat masalah atau kemusykilan yang

timbul.

7. Aktiviti permulaan, murid dikehendaki cuba melukis satu bentuk 3 dimensi dari

pandangan atas. (contoh: Kubus)

8. Guru berjalan mengelilingi murid-murid untuk membantu dan memberi bimbingan

dalam melukis gambar bentuk 3 dimensi dari pandangan atas.

9. Kemudian, murid diarahkan untuk melukis pepejal tersebut dari pandangan sisi dari X

dan Y. Guru meneruskan bimbingan kepada murid-murid yang menghadapi masalah.

Setelah murid-murid dapat memahami konsep pelan dan dongakan yang telah diajar,

aktiviti diteruskan dengan aktiviti berkumpulan.

10. Setiap kumpulan dikehendaki menyusun bentuk-bentuk 3 dimensi tersebut mengikut

kreativiti kumpulan masing-masing.

11. Kemudian, murid dikehendaki menentukan pelan (pandangan atas), pandangan sisi

iaitu dari X atau Y. Murid-murid dibenarkan berbincang dalam kumpulan untuk

melukis pelan dan dongakan tersebut.

12. Guru menentukan unjuran yang perlu dilukiskan oleh setiap kumpulan mengikut

pandangan yang berbeza iaitu satu kumpulan melukis pandangan atas, satu kumpulan

lagi melukis pandangan sisi dari X dan satu kumpulan lagi melukis pandangan sisi

dari Y.

13. Setiap kumpulan diarahkan untuk melukis pelan dan dongakan mengikut arahan yang

telah ditetapkan oleh guru di atas kad manila. Lukisan hendaklah dilukis dengan

kemas dan tepat. Masa diberikan dalam 30 minit untuk menyiapkan lukisan tersebut.

14. Guru memanggil setiap kumpulan mengikut giliran, untuk menampal kad manila di

papan hitam. Seorang wakil daripada kumpulan tersebut akan menerangkan hasil

kerja mereka. Guru dan rakan-rakan yang lain akan menegur dan membetulkannya

jika terdapat kesilapan yang dilakukan.

15. Setelah semua kumpulan menunjukkan dan mempamerkan hasil kerja mereka, guru

akan memberikan penerangan serta menyimpulkan dan membuat refleksi secara

menyeluruh tentang tajuk Pelan dan Dongakan yang baru sahaja dipelajari oleh

murid-murid.

16. Murid diminta untuk menyatakan kembali apa yang telah dipelajari.

17. Guru memberikan latihan latih tubi di dalam lembaran kerja untuk aktiviti

pengukuhan. Murid dikehendaki menyiapkannya dalam waktu yang ditetapkan.

REFLEKSI

KEKUATAN

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan slaid Power Point dapat

membantu guru dalam memberi penerangan dan dapat menunjukkan contoh dengan lebih

baik lagi. Guru juga dapat meluaskan lagi konsep pengajaran. Ia juga memudahkan murid-

murid untuk memahami sesuatu konsep terutamanya konsep pelan dan dongakan. Murid yang

mempunyai kemahiran yang tinggi dalam gaya pembelajaran visual akan mendapat kebaikan

serta manfaat dalam aktiviti ini. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

slaid Power Point juga boleh menarik perhatian dan minat murid serta berupaya

meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Ia juga dapat

mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar serta meningkatkan

daya kreativiti dan imaginasi murid.

KELEMAHAN

Setelah menjalankan aktiviti pengajaran dengan menggunakan slaid Power Point ini,

guru juga menghadapi masalah dalam pengajarannya. Guru tidak boleh semata-mata

menggunakan slaid Power Point yang telah dibina. Penggunaan “Chalk and Talk” iaitu Kapur

dan Bercakap masih tetap perlu digunakan untuk meningkatkan pemahaman murid-murid.

Pelbagai susunan bahan bantu mengajar iaitu bongkah 3 dimensi dipelbagaikan untuk

memperbanyakkan contoh. Murid juga dikehendaki melukiskan pelan dan pandangan sisi

yang telah ditetapkan dari pelbagai contoh tersebut, agar mereka dapat lebih memahami

konsep ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Hasil daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan, terdapat

beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan agar penggunaan slaid Power Point dapat

digunakan secara optimum. Perbanyakkan lagi contoh-contoh di dalam slaid Power Point

agar murid dapat melihat banyak contoh daripada guru dan murid dapat mengimaginasikan

hasil yang perlu dilukiskan bagi pandangan pelan (pandangan atas), pandangan dari sisi yang

telah ditetapkan. Lukisan yang digunakan dalam contoh perlulah lebih pelbagai susunan serta

dalam pelbagai saiz bongkah 3 dimensi yang digunakan.

ALAT BANTU MENGAJAR SLAID POWER POINT

BUKTI AKTIVITI BERSAMA MURID

MENDENGAR PENERANGAN DARI GURU

AKTIVITI BERSAMA KUMPULAN

AKTIVITI PEMBENTANGAN KUMPULAN

MURID MENDENGAR DAN MENEGUR PEMBENTANGAN KUMPULAN

RUJUKAN

http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:oZx7vFH8nCEJ:www.whiteboardmaths.com/content/samples/262fbc21818663508f72a214ab243e00.ppt+plan+and+elevation&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESjBb6Ucu4m-HinIjPHqESKhesw_qjg9X8CK5kcsWMZWBDGlFa8mMwk7ZZMVRGicETEIxp32pL_7LWMp5l0RAioAhGP5cyEVJXKHDP7lMbTkRWsnADUYtZvdWKz2M2FnPiGaOqYj&sig=AHIEtbTLOtZISonzVHoqSUxVB3qhP8Pp_w

http://wondermaths-tmp2023.blogspot.com/2009/08/lesson-plan-plan-and-elevations.html

http://www.ipbl.edu.my/inter/resos/math/refleksi_kendiri.htm

http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulKPLI/TekPenKPLISR.pdf

http://www.mathsangel.co.uk/free/rp-iss9.pdf

S.Mohd Noh, M.Shamsuddin, M.Hashim & Y.Md Sukri (2005). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah : Pemesinan Berkomputer. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Receipt No : 020658

Assignment Submission Receipt

Student ID 770218015450

Course HBMT4303SMP

Title September 2011: HBMT4303SMP Soalan Tugasan

Due Date 13 November 2011

Submission Date 11 November 2011

Submission Time 13:33:04