micro teaching

Upload: chee-mei-yin

Post on 09-Jul-2015

2.122 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIT 3

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Sinopsis Unit ini menjelaskan bagaimana cara menyediakan perancangan pengajaran semester, mingguan dan harian. Contoh-contoh format yang berkaitan termasuk Rancangan Mengajar Harian disertakan sebagai panduan pelajar. Tajuk 1 membincangkan format Rancangan Mingguan dan Semester. Tajuk 2 pula memberi panduan kepada pelajar format persediaan Rancangan Mengajar Harian dengan memasukkan aspek Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dalam Tajuk 3 pelajar dapat mengetahui prinsip-

prinsip pengajar mikro dan mikro. Tajuk 4 pula menjelaskan tentang Pengajaran Mikro dan Makro, bagaimana menjalankannya dan langkah-langkah dalam pelaksanaannya. Ini termasuk set induksi, penggunaan media/alat, variasi rangsangan, teknik penyoalan, penerangan/contoh dan ilustrasi, penggunaan sumber, pemudahcara dan penutup. Unit ini juga membincangkan pelaksanaan setiap kemahiran dalam pengajaran mikro dan makro, objektif, implikasi kepada pengajaran pembelajaran, cara pengendalian, refleksi kendiri dan penilaian rakan sebaya.

Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini pelajar dapat : 1. menyediakan rancangan pengajaran semester, mingguan dan harian mata pelajaran Pendidikan Moral; 2. memahami tentang konsep pengajaran mikro dan makro dan kebaikannya; 3. mengetahui bagaimana melaksanakan kemahiran-kemahiran dalam pengajaran mikro dan makro seperti set induksi, variasi rangsangan, teknik penyoalan dan sebagainya dan 4. memahami bagaimana melaksanakan pengajaran mikro dan makro dan sebagainya. bermula

daripada pengenalan prinsip, pelaksanaan sehinggalah penilaian rakan sebaya

1

TAJUK 1

RANCANGAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

1.0

Pengenalan

Kita telah mempelajari tentang teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dalam bab yang lalu. Tidak sempurna tugas seorang guru sekiranya tidak membuat persediaan dan rancangan mengajar. Persediaan Rancangan Mengajar merupakan satu kemestian yang membolehkan seorang guru mengajar dengan baik dan terancang. Untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru perlu menguasai kemahiran menyediakan rancangan pengajaran semester, mingguan dan harian. Rancangan Pengajaran Semester akan memberikan garis panduan kepada susunan topik-topik yang perlu diajar sepanjang tahun yang dipecahkan kepada dua semester. Rancangan Mingguan memfokuskan kepada topik-topik spesifik yang perlu diajar pada minggu berkenaan. Persediaan Mengajar Harian merupakan garis panduan terperinci yang digunakan oleh guru untuk menjalankan satu pengajaran secara sistematik kerana pelbagai aspek perlu diambil kira dalam menjayakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya persediaan mengajar yang terancang, guru akan bertambah yakin, sistematik, inovatif dan mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. 1.1 1.1.1 Rancangan Tahunan, Rancangan Semester dan Rancangan Mingguan Kepentingan 1. 2. 3. 4. Rancangan kerja merupakan satu panduan kepada guru tentang topiktopik yang hendak disampaikan. Dapat mengelakkan guru daripada terpesong daripada topik/objektif pembelajaran. Membantu guru menentukan strategi pembelajaran yang bersesuaian dengan tema, masa dan objektif. Membantu guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan

2

pembelajaran mengikut minat dan kebolehan murid-murid. 5. Perlu merujuk Huraian Sukatan Pelajaran untuk mengetahui bidang pembelajaran dan kandungan akademik yang dikemukakan. 6. Dapat menyediakan alat-alat bantu mengajar secara terancang. 1.1.2 Rancangan Tahunan / Semester

Rancangan tahunan mata pelajaran biasanya dijadikan rancangan untuk dua semester tahun pelajaran yang berkenaan. Rancangan semester merujuk kepada rancangan kerja yang disediakan untuk satu-satu semester. Butir-butir dalam rancangan semester termasuk topik-topik yang perlu diajar mengikut setiap minggu sepanjang tahun. Dalam menyediakan rancangan semester, perkara seperti cuti sekolah, cuti am, cuti peristiwa sekolah dan aktiviti-aktiviti dalam takwim sekolah perlu diambil kira. Dalam menyediakan rancangan semester langkah-langkah berikut perlu diikuti: 1. 2. 3. membuat pemetaan Sukatan Pelajaran iaitu mengenal pasti jumlah topik dan sub topik yang perlu diajar sepanjang tahun; agihkan topik dan subtopik yang perlu diajar kepada dua semester; masukkan topik yang perlu diajar sepanjang semester dengan mengambilkira cuti sekolah dan aktiviti-aktiviti / acara-acara rasmi peringkat sekolah dalam takwim sekolah.

Berikut adalah satu Contoh Rancangan Semester Pendidikan Moral Tahun 4. i) Pemetaan sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4 (Jumlah topik dan subtopik yang perlu diajar sepanjang tahun)

BIDANG PELAJARAN BP 1 : Nilai berkaitan dengan

SUB NILAI 1.1 Kepercayaaan kepada Tuhan

3

Perkembangan Diri

BP 2 : Nilai berkaitan diri dan keluarga

BP 3 : Nilai berkaitan diri dan masyarakat

BP 4 : Nilai berkaitan diri dan alam sekitar

BP 5: Nilai berkaitan diri dan negara

1.2 Kebersihan fizikal dan mental 1.3 Harga diri 1.4 Kerajinan 1.5 Hemah tinggi 1.6 Kasih sayang 1.7 Kesederhanaan 1.8 Kejujuran 1.9 Baik hati 1.10 Berterima kasih 2.1 Kasih sayang terhadap keluarga 2.2 Hormat dan taat kepada anggota keluarga 2.3 Tanggungjawab terhadap keluarga 3.1 Tanggungjawab terhadap masyarakat 3.2 Toleransi dalam masyarakat 3.3 Semangat bermasyarakat 3.4 Peka terhadap isu-isu sosial 4.1 Kebersihan dan keindahan persekitaran 4.2 Menyayangi alam sekitar 4.3 Peka terhadap isu-isu alam sekitar 5.1 Hormat dan setia kepada pemimpin, raja dan negara 5.2 Patuh kepada peraturan dan undang-undang 5.3 Cinta kepada negara 5.4 Keamanan dan keharmonian

BIDANG PELAJARAN BP 1 : Nilai berkaitan dengan perkembangan diri BP 2 : Nilai berkaitan diri dan keluarga BP 3 : Nilai berkaitan diri dan masyarakat BP 4 : Nilai berkaitan diri dan alam sekitar BP 5: Nilai berkaitan diri dan negara

SUB NILAI 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6, 1.7, 1.8, 1.9, 1.10 2.1, 2.2, 2.3 3.1, 3.2, 3.3, 3.4 4.1,4.2,4.3 5.1, 5.2, 5.3, 5.4

* Sila rujuk Huraian Sukatan Pendidikan Moral Sekolah Rendah untuk perincian subtopik dalam setiap bidang pembelajaran.

Berhenti sejenak dan jawab soalan berikut !

4

Kenapa guru perlu menyediakan Rancangan Mingguan sedangkan rancangan semester telah disediakan pada awal tahun ? Seorang guru kerap kali menyuruh murid membuat kerja sendiri. Apakah tanggapan anda? Semasa anda di alam persekolahan dahulu tentunya ada cikgu yang anda suka dan minat dengan mata pelajaran dan pengajarannya. Mengapa? ii) Contoh Rancangan Semester 1 Pendidikan Moral Tahun 4 Tarikh 3/1 - 7/1/05 10/1 14/1/05 17/1 - 21/1/05 24/2 -28/1/05 31/1 4/2/05 7/2 - 11/2/05 14/2 - 18/2/05 21/2 25/2/05 28/2 4/3/05 7/3 11/305 14/3 20/3/05 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21/3 25/3/05 28/3 1/4/05 4/4 8/4/05 11/4 - 15/4/05 18/4 - 21/4/05 25/4 - 29/4/05 2/5 - 6/5/05 9/5 - 13/5/05 16/5 -20/5/05 23/5 - 27/5/05 Hormat dan taat kepada anggota keluarga (2.2) Tanggungjawab terhadap masyarakat (3.1) Toleransi terhadap masyarakat (3.2) Kebersihan dan keindahan persekitaran Hormat dan setia kepada pemimpin, raja dan negara (4.1) Patuh kepada peraturan dan undang-undang (5.2) Ulang kaji Peperiksaan Akhir Semester Semak Kertas Ujian Bincang Kertas-Kertas Soalan Ujian Bulanan Kasih sayang terhadap keluarga (2.1) Hemah tinggi (1.5) Sukan Sekolah Cuti Pertengahan Semester Kepercayaan Kepada Tuhan (1.1) Kebersihan fizikal dan mental (1.2) Harga diri (1.3) Kerajinan (1.4) Hemah tinggi (1.5)

Minggu1 2 3 4 5. 6. 7. 8 9. 10

Topik

Aktiviti Sekolah / Cuti Minggu Pengurusan Murid Baru Hari Raya Korban (21/1/05) Cuti Tahun Baru Cina (9-10/2/05) Cuti Awal Muharram (10/2/05)

5

Latihan 1.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Minggu

Tarikh 26/5 - 1/6/03

TopikCuti Pertengahan Semester

Aktiviti Sekolah / Cuti

Aktiviti 1 Berdasarkan contoh Rancangan Semester Satu Tahun 4 yang disediakan, hasilkan satu Rancangan Semester untuk Tahun 2.

Aktiviti 2 Kebaikan menyediakan rancangan semester pada awal tahun. 1. 2. 3. 4. _____________________________________________________________ ____ _____________________________________________________________ ____ _____________________________________________________________ ____ _____________________________________________________________ ____

Aktiviti 3 Sebutkan tiga perbezaan antara rancangan semester dan rancangan mingguan 1 2 3 _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________

Rumusan Rancangan semester, mingguan dan harian perlu mengambil kira perkara berikut: 1. Rancangan semester dan mingguan merupakan satu panduan kepada guru

6

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

tentang topik-topik yang hendak disampaikan pada semester atau minggu berkenaan 2. Rancangan tahunan / semester dirancang dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran dan sukatan pelajaran untuk mengetahui bidang pembelajaran dan kandungan akademik yang dikemukakan. 3. Rancangan tahunan / semester dan mingguan dirancang dengan mengambilkira semua faktor yang akan mempengaruhi pelaksanaan pengajaran pembelajaran dalam kelas seperti cuti, aktiviti sekolah dan ujian bulanan / peperiksaan 4. Mengetahui secara terperinci isi-isi yang hendak disampaikan pada sesuatu minggu atau semester / tahun 5. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran akan menjadi lancar dan tiada topik akan tercicir dengan adanya rancangan tahunan / semester dan mingguan di samping mencapai hasil pembelajaran yang dirancangkan

* Buku rekod mengajar adalah satu kemestian yang perlu ada pada setiap orang guru dan dicatat rancangan pengajaran tahunan, semester dan harian. Buku rekod berkenaan juga dikepilkan sukatan pelajaran untuk semua mata pelajaran yang diajar oleh guru.

Bacaan Asas Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang

7

Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit UPM. Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

TAJUK 2

PERSEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

8

Pengenalan Tentunya anda biasa nampak guru-guru masuk ke kelas dengan buku rancangan mengajar? Pernahkan anda terfikir apa yang ada di dalamnya? Ya! Itulah rekod mengajar yang mengandungi Rancangan Persediaan Mengajar Semester, Rancangan Persediaan Mengajar Mingguan dan Rancangan Persediaan Harian serta berbagaibagai butiran berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk jadual waktu, nama-nama pelajar, markah dan sebagainya. Guru-guru perlu menulis rancangan pengajaran yang akan diajar sebelum masuk mengajar kelas-kelas yang ditentukan dalam jadual. 2.1 Persediaan Mengajar Harian Butiran Persediaan Mengajar Harian umumnya adalah seperti berikut: 1. Butir-butir am tarikh, masa, kelas, bilangan murid, pengetahuan sedia ada, Kemahiran Berfikir, nilai sampingan, bahan bantu mengajar, Kompetensi Kecerdasan Emosi, Teknik dan Pendekatan 2. Objektif pengajaran/Hasil Pembelajaran Kognitif, Afektif dan Perlakuan 3. Strategi pengajaran/aktiviti 4. Langkah-langkah pengajaran Set Indkusi, Perkembangan, Penutup 5. Penilaian Kendiri Contoh Format Persediaan Mengajar i). Maklumat am yang perlu ada dalam persediaan harian Mata pelajaran Kelas Masa Tajuk-tajuk untuk pelajaran hari tersebut Bidang Pembelajaran - Rujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Tahun berkenaan (terdapat 5 Bidang Pembelajaran) Kandungan Akademik - Rujuk Kepada Huraian Sukatan Pelajaran Tahun berkenaan Subnilai - Rujuk kepada Huraian Sukatan Tahun Berkenaan Nilai sampingan

9

Bahan Bantuan Mengajar Pengetahuan sedia ada Kemahiran Berfikir Kompetensi Kecerdasan Emosi* Pendekatan Teknik Hasil pembelajaran - Hasil Pembelajaran Afektif Hasil Pembelajaran Kognitif Hasil Pembelajarran Perlakuan (Psikomotor)

* Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) adalah satu unsur baru yang diminta oleh Bahagian Pendidikan Guru supaya dimasukkan dalam perancangan pengajaran pembelajaran dan perlu ditekankan kepada pelajar-pelajar

Kompetensi Kecerdasan Emosi: Kesedaran Sosial : Kesedaran Kendiri : Kemahiran Sosial : Pengaruh Sosial : Motivasi Kendiri : Empati, Membangunkan Individu Lain Kesedaran Emosi Kendiri, Kesedaran Ketepatan Kendiri, Daya Usaha, Keyakinan Diri Membina Perhubungan Pengaruh, Komunikasi Berpandangan Optimis

*Sila rujuk artikel Lampiran 1: Pendidikan EQ mampu atasi masalah disiplin oleh Prof. Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz, Utusan Malaysia, Selasa 13 April 2004

ii) Hasil pembelajaran (Objektif Pembelajaran) Tahukan anda bahawa apa yang perlu dicapai dalam pengajaran merupakan hasil pembelajaran atau objektif pembelajaran. Bagi mata pelajaran selain Pendidikan Moral, biasanya hasil pembelajaran meliputi dua perkara iaitu: Hasil Pembelajaran Kognitif (Objektif Ekplisit) Merupakan objektif yang dapat diukur di bilik darjah sama ada tercapai atau tidak pada akhir pelajaran. Dalam sesi praktikum nanti pensyarah dapat menilai sama ada objektif tercapai atau tidak berdasarkan langkah/aktiviti yang dirancang menjurus kepada objektif yang dirancang. Hasil Pembelajaran Afektif (Objektif Implisit) Merupakan objektif yang tidak boleh diukur di bilik darjah atau diukur dalam satu-

10

satu masa yang singkat. Contohnya guru tidak dapat mengukur berapa banyak kasih sayang atau kesedaran yang meningkat tentang kepentingan menjaga alam sekitar telah meningkat pada akhir sesuatu pelajaran. Walau bagaimanapun bagi Pendidikan Moral, hasil pembelajaran mestilah meliputi ketiga-tiga dimensi moral iaitu kognitif, afektif dan perlakuan. (sila rujuk Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia) Dimensi perlakuan moral merupakan tindakan moral yang diambil atau akan dilakukan oleh individu hasil dari dimensi penaakulan (kognitif) dan afektif dalam dirinya. Contohnya: apabila seseorang mengetahui ada kumpulan yang melakukan perkara tidak bermoral terlintas dalam taakulannya itu adalah perbuatan yang tidak bermoral dan boleh menimbulkan emosi marah, kesal, sedih dan sebagainya. Ekorannya akan timbul satu tindakan atau perlakuan moral yang dia akan memberitahu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas kumpulan tersebut atau menasihati kawan-kawannya supaya menjauhkan diri daripada kumpulan yang tidak bermoral itu.

Berikut ialah contoh objektif/Hasil Pembelajaran Kognitif, Afektif dan Perlakuan

Objektif Explisit/Hasil Objektif Implisit/Hasil Pembelajaran Kognitif Pembelajaran Afektif Menyenaraikan 3 kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong Menyatakan peranan pelbagai pihak dalam menangani masalah ponteng sekolah Menjelaskan peranan ibu bapa dalam membesarkan anda Menanam rasa tanggungjawab dan rasa kekitaan Menanam minat mencintai alam semulajadi Berasa kesal terhadap sesetengah pihak yang tidak bekerjasama menjaga kebersihan Menginsafi pahit getir pengalaman yang dilalui oleh warga tua

Objektif Perlakuan Ikut serta dalam aktiviti gotong royong Mengajak kawan dalam kerja kebajikan Mengambil tindakan untuk menjaga kebersihan Membantu dan menjaga warga tua

11

iii)

Contoh Format Rancangan Mengajar Untuk Pengajaran dan Pembelajaran selama 30 minit Langkah langkah Pengajaran

LANGKAH Set induksi (5 min) Langkah 1 (10 min) Langkah 2 (10 min) Penutup (5 min)

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

CATATAN

iv)

Contoh Format Rancangan Mengajar Untuk Pengajaran Pembelajaran selama 60 minit Langkah langkah Pengajaran

LANGKAH Set induksi (7 min) Langkah 1 (13 min) Langkah 2 (20 min) Langkah 3 (15 min)

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

CATATAN

12

Penutup (5 min) v) Contoh Rancangan Mengajar Harian Pendidikan Moral 24 Januari 2005 4 Biru 2 waktu (60 minit) 40 orang Sayang Akan Diri 1. Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri 1.3 Harga diri Sentiasa menjaga maruah diri dalam kehidupan Nilai sampingan : Hasil pembelajaran : Kognitif Rasional, bertimbang rasa, mengikut peraturan, hormat kepada orang lain Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. banding beza antara tindakan yang wajar dan tidak wajar ii. menjawab 4 soalan berdasarkan cerita rakaman iii.meramalkan dua kesan bagi setiap tindakan yang tidak wajar dalam borang grafik i. memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan harian ii. berfikiran waras dan rasional dalam tindakan kehidupan harian i. bertindak secara waras dan menjaga maruah diri di rumah dan di sekolah ii. menjaga nama baik keluarga dan sekolah Gambar-gambar, pita rakaman, pengurusan grafik Membuat ramalan Apakah teknik yang digunakan?Nyatakan Apakah pendekatan yang digunakan?Nyatakan

Mata Pelajaran : Tarikh : Kelas : Masa : Jumlah Pelajar : Topik : Bidang: Sub Nilai :

Afektif

Perlakuan

Bahan/Sumber P & P Unsur KB Teknik Pendekatan

Pengetahuan sedia ada Murid-murid mengetahui kepentingan menjaga diri

13

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN i. Guru mempa merkan 5 gamba r yang menunj ukkan tingkah laku wajar dan tidak wajar dilakuk an dalam kehidu pan harian Muridmurid dikehe ndaki membe rikan sebab kenapa tingkah laku tersebu t wajar atau sebalik nya Guru membu at rumusa n ringkas bahaw a perbua tan yang tidak

CATATAN

Set induksi (10 min)

5 gambar situasi menunjukkan tindakan wajar dan tidak wajar Gambar menunjukka n perbuatan merosakkan harta awam Menolong emak Menjaga adik Merokok dalam tandas Membuang sampah ke dalam sungai

KB Banding beza memberikan sebab BBM Gambar situasi betul/salah Jadual Betul/Salah

ii.

iii.

14

wajar adalah diseba bkan oleh sikap tidak mengh argai diri Cerita rakaman (sila rujuk lampiran II) PERKEMBANGA N Langkah 1 (20 min) Soalan selepas rakaman (sila rujuk lampiran III) Borang grafik menilai tindakan (sila rujuk lampiran IV) i. Cerita rakaman: BBM guru Pita rakaman memainkan pita rakaman Guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi rakaman yang didengar i. Guru membahagik an murid kepada 5 kumpulan BBM Borang grafik Kertas A4 berbagai warna

ii.

Langkah 2 (25 min)

ii.

Guru mempamerka Pen marker n satu borang Pelekat grafik besar di papan tulis Murid-murid KB diminta Membuat berbincang ramalan tentang situasi yang diberikan dalam borang grafik Murid-murid dikehendaki melengkapka n grafik dengan menampalka n jawapan yang betul dalam borang grafik yang

iii.

iv.

15

disediakan oleh guru v. Guru menilai dan merumus jawapan murid-murid Guru BBM membuat Ikrar kendiri rumusan nilai murni yang dipelajari Murid-murid membaca ikrar kendiri

Penutup (5 min)

Rumusan pelajaran: Sentiasa memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

i.

ii.

LAMPIRAN I : ISI RAKAMAN Wan Qin : Jia Shi : Wan Qin : Jia Shi : Wan Qin: Jia Shi : Wan Qin: Jia Shi : Wan Qin: Jia Shi : Pagi tadi, bapa saya telah memberi saya RM50.00 untuk membeli barang keperluan sekolah Betulkah? Baik sungguh bapa awak. Mari kita cari dan beli barang yang diperlukan di pasar raya itu. Baiklah. Lihat! Di sana ada kedai video game yang baru dibuka. Yalah! Ehh... ramai pula remaja yang ada di dalam kedai itu. Bagaimana kalau kita gunakan duit ini untuk main video game? Saya rasa kurang baiklah. Mengapa? Permainan video game ini terlalu hebat dan kita tidak sesuai untuk kita. Lagi pun duit ini bapa kamu beri untuk membeli barang keperluan sekolah, bukan untuk keseronokan yang tidak memberi faedah. Betul cakap kamu. Bagaimana jika saya hanya main RM2.00 sahaja. Tidak. Permainan ini boleh menyebabkan kamu ketagihan. Lebih baik kita pergi dari sini. Jadi apa harus kita buat dengan duit ini? Saya rasa adalah baik kita pergi ke kedai buku untuk membeli set catur. Permainan catur bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan tetapi juga dapat menambah kreativiti kita! Betul cakap kamu. Catur ini berharga RM15.00 sahaja. Bagaimana dengan bakinya RM35.00 lagi?

Wan Qin: Jia Shi : Wan Qin: Jia Shi :

Wan Qin: Wan Qin:

16

Jia Shi : Wan Qin:

Bukankah baik awak simpan di dalam bank. Yalah!!! Mari kita pergi ke bank

LAMPIRAN II : Soalan berasaskan cerita rakaman 1. 2. 3. 4. Pada awalnya Wan Qin hendak menggunakan wang tersebut untuk membeli apa? Bagaimanakah Jia Shi menasihati Wan Qin supaya jangan main video game? Berikan dua kesan kalau Wan Qin menggunakan wang itu untuk bermain video game. Jikalau anda sebagai bapa Wan Qin apakah perasaan anda jika anda tahu bahawa anak anda menggunakan wang yang anda berikan untuk bermain video game? Berikan enam cara murid boleh menggunakan wang saku secara berfaedah. Berikan dua sebab kenapa murid-murid mudah ketagih dengan permainan video game?

5. 6.

17

Menyalin tugasan kawan untuk jimat masa dan tenaga Bergaduh dengan rakan di sekolah anda ng di tasik lombong terbiar dengan rakan sebaya yang baru bertugas yang menang dalam acara untuk mendapat markah tinggi Mengusik guru wanita sukan

LAMPIRAN III : Borang Pengurusan Grafik Jika anda berniat....

Cuba fikir dulu, apakah kesannya?

Jadi,apa harus anda buat untuk menghadapi niat tersebut?

Kesimpulan:

18

Latihan 2.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Sebelum anda bertindak anda harus fikirkan kesannya.

Aktiviti 1 Buat penilaian tentang 2 situasi berikut dengan mengisi borang grafik yang disediakan. Situasi A

Cikgu Goh ialah seorang guru yang berdedikasi. Beliau merancang pelajarannya dengan sistematik dan menyediakan alat bantu mengajar yang menarik. Beliau pandai berlakon dan mempunyai variasi suara yang hebat. Beliau sering menggunakan strategi yang dapat menarik perhatian pelajar. Setiap kali Cikgu Goh melangkah ke kelas, murid-murid ternanti-nanti akan pengajarannya. Keberkesanan alat bantu mengajar yang digunakan menjadi bualan murid-murid di dalam kelasnya atau di luar kelas. Situasi B

Cikgu Susan sudah 15 tahun mengajar di sekolah X. Beliau sering mengambil mudah dalam pelbagai perkara termasuklah ketika mengajar di kelas. Biasanya setelah beliau masuk ke kelas barulah beliau berfikir apa yang hendak diajar pada hari itu kerana beliau tidak merancang terlebih dahulu. Kadangkala beliau membuat kesilapan apabila mengulangi topik dan latihan yang sama. Seringkali Cikgu Susan meminta murid-murid membuat tugasan yang murid sendiri belum cukup faham akan pelajaran tersebut. Buat penilaian anda tehadap keberkesanan pengajaran Cikgu Goh dan Cikgu Susan CIKGU GOH ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ CIKGU SUSAN ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________

19

Rumusan Rancangan harian perlu mengambil kira perkara berikut: 1. Mengenal pasti objektif am, objektif explisit dan objektif perlakuan setiap topik yang hendak diajar berdasarkan huraian sukatan pelajaran 2. Mengambilkira semua faktor yang akan mempengaruhi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pengetahuan sedia ada murid dalam kelas, bilangan murid, tahap kecerdasan mereka, keadaan fizikal bilik darjah, sumbersumber yang sesuai digunakan dan sebagainya 3. Mengetahui secara terperinci isi-isi yang hendak disampaikan kepada muridmurid dan urutan yang sesuai untuk menyampaikan isi-isi berkenaan 4. Memilih teknik dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid di samping mencapai hasil pembelajaran yang dirancangkan 5. Persediaan mengajar harian biasanya mengandungi butiran yang lebih terperinci seperti contoh pengajaran di atas. 6. Buku rekod mengajar adalah satu kemestian yang perlu ada pada setiap orang guru dan dicatat rancangan pengajaran yang akan diajarkan pada setiap hari. Buku Rekod Rancangan Mengajar perlu dihantar kepada guru besar untuk ditandatangani pada setiap minggu.

20

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Bacaan Asas Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit UPM. Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral.Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

21

TAJUK 3

PENGENALAN PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

3.0 Pengenalan Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pengajaran mikro dan makro? Pengajaran tersebut adalah penting kepada guru pelatih sebelum mereka menjalani sesi praktikum atau sebelum mereka menjadi guru yang terlatih. Pengajaran mikro dan makro merupakan suatu sesi pengajaran yang diadakan seolaholah sama seperti keadaan sebenar di bilik darjah sekolah. Walau bagaimanapun bilangan murid dikecilkan (6 10 murid) dan masa yang diperuntukkan melibatkan teknik simulasi. 3.1 Pengajaran Mikro Dan Makro Pengajaran mikro dan makro membolehkan guru memahirkan diri dalam beberapa kemahiran tertentu seperti latihan teknik mengajar, menyoal, mengawal kelas, membuat penilaian dan sebagainya. Pengajaran mikro ialah sesi yang hanya mengendalikan satu bahagian daripada keseluruhan pengajaran misalnya kemahiran set induksi bagi sesuatu tajuk. Pengajaran makro pula adalah kemahiran mengendalikan seluruh sesi pengajaran bermula daripada set induksi sehinggalah penutup pengajaran. Sesi pengajaran mikro dan makro membolehkan guru-guru pelatih mendapat maklum balas secara serta merta dan dapat berbincang bagi mengatasi kelemahan-kelemahan semasa sesi pengajaran dijalankan, terutama jika pengajaran mikro itu dirakam. Pensyarah boleh membawa guru pelatih ke studio untuk menjalani rakaman sesi pengajaran mikro. Untuk guru pelatih LPBS sesi mikro/makro bolehlah dijalankan di juga turut disingkatkan (10 15 minit untuk satu sesi pengajaran). Pengajaran Mikro dan Makro

22

sekolah yang sebenar. Sesi pengajaran mikro dan makro ini juga dapat mempertingkatkan keyakinan guru-guru pelatih untuk mengajar di dalam kelas sebenarnya. Melalui rakaman video, guru pelatih dapat menyaksikan kekuatan dan kelemahan diri sendiri semasa mengajar, di samping mendapat maklum balas rakan-rakan seopsyen. Guru pelatih juga akan mendapat ulasan pensyarah yang memberikan bimbingan untuk membaiki pengajaran jika terdapat kekurangan atau kelemahan semasa sesi mikro atau makro dijalankan. Penilaian spontan selepas sesi mikro dan makro ini penting kepada guru pelatih kerana mereka mendapat keyakinan mengajar dan tidak mengulangi kelemahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, guru pelatih juga berpeluang melihat kekuatan dan kelemahan guru pelatih lain untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran yang menjadi fokus dalam pengajaran mikro

Kemahiran Memulakan Pengajaran (set induksi)

Kemahiran Menyoal

Kemahiran Menerang

Kemahiran Menggunakan Papan Tulis

Kemahiran Variasi Rangsangan

Kemahiran Menggunakan Sumber

Kemahiran Pengukuhan

Kemahiran Menutup Pengajaran

Latihan 3.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan soalan berikut

23

Soalan 1 Apakah perbezaan pengajaran mikro dan makro?

3.1.1

Kemahiran Memulakan Pengajaran ( Set Induksi )

Apabila seorang guru masuk ke dalam kelas dan tiba-tiba bertanya soalan yang pelik yang menyebabkan semua pelajar tercengang-cengang, murid akan memberikan perhatian dan berfikir tentang perkara yang diperkatakan. Setelah ditanya soalan-soalan yang berkaitan, akhirnya guru menjuruskan isi perbincangan kepada tajuk yang akan diajar. Set induksi merupakan cara guru memulakan pelajaran bagi menimbulkan minat serta menggerakkan pelajar supaya bersedia belajar dan berfikir tentang apa-apa perkara yang akan disampaikan oleh guru. Antara kemahiran yang perlu diberi perhatian ialah mewujudkan motivasi, menstruktur dan membuat perkaitan bagi menimbulkan suasana belajar yang menarik. Jika guru memilih Bidang Pembelajaran 3 : Nilai berkaitan diri dan alam sekitar untuk Tahun 6, guru bolehlah memulakan set induksi dengan soalan provokasi atau sebagainya. Berikut ialah cadangan aktiviti set induksi yang boleh dijadikan panduan kepada guru. Set induksi ini berdasarkan kepada 5 bidang pembelajaran yang dipraktikkan di sekolah rendah.

24

BIDANG PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI SET INDUKSI

TAHUN/MAS A

TEKNIK

Bidang Pembelajaran Guru menayangkan dua helai 1: Nilai berkaitan baju dan dua pasang kasut dengan sekolah perkembangan diri a. baju dan 1.2 Kebersihan kasut fizikal dan mental yang bersih b. baju dan kasut dengan tompok an lumpur dan berbau c Guru menanyakan beberapa soalan kepada murid: a. Baju dan kasut yang manakah menjadi pilihan anda? b. Bagaimanakah anda menjaga baju dan kasut daripada terkena kotoran? c. Jika kita menjaga kekemasan diri, apakah ganjaran yang bakal kita peroleh?

Tahun 2 (5 minit)

Tunjuk cara

Bidang Pembelajaran Oh Ibu! 2.: Nilai berkaitan Guru meminta murid pejam diri dan keluarga mata ketika mendengar lagu Tahun 6 Oh Ibu. Murid menghayati (5 minit) lagu tersebut dan buat refleksi tentang jasa-jasa ibu terhadap mereka. Bidang Pembelajaran Guru membacakan sepucuk 3 :Nilai berkaitan surat layang yang diri dan menceritakan keburu-kan masyarakat salah seorang rakan anda. Selepas itu guru menerangkan Tahun 5 / 6 bahawa surat layang ialah (5 minit) surat yang berbentuk fitnah. Penulisnya ialah seorang yang tidak bertanggungjawab kerana mengumpat rakan sekelas. Bidang Pembelajaran Guru menayangkan gambar Tahun 5 / 6 4. Nilai berkaitan model dinosour yang bersaiz diri dan alam besar;Soalan-soalannya:sekitar Mengapa dinosour pupus? Adakah semua binatang seperti gajah, buaya, harimau, orang utan juga akan pupus pada suatu hari nanti?

Nyanyian

Sumbang saran

Sumbang saran

25

Nilai Pembelajaran 5 Hormat kepada pemimpin, raja dan negara

Kenapa? Guru menampal kertas mahjung; Cari gali perkataan di papan hitam. Guru meminta murid mencari perkataan yang tersembunyi yang berkaitan dengan Malaysia M H K L C C R V F P E T R O N A S H S M A L A Y S I A B O L E H R T K T G F D W R U K U N J M

Tahun 4 / 5

Cari gali perkataan

Petunjuk: Huruf hitam ialah penganggu Huruf terang ialah jawapan

26

A P S G B K A Y A A S G R Y E H Q D D A K P U T R A J A Y A P G M K I G M H S A K P Y A L K S N A Z L L H A P

27

G L U M P U R K P A R L I M E N S H A P G D R W B C D A G A A X Y Z

3.1.2

Kemahiran Penggunaan Media/Alat. media/alat bantu mengajar yang baik akan menambahkan

Penggunaan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, antara alatan yang boleh digunakan ialah projektor slaid, pita rakaman, komputer, radio, TV, bahan maujud dan sebagainya. Guru perlu memastikan bahawa peralatan yang digunakan dalam keadaan baik, sesuai dengan saiz kelas. Gambar-gambar bahan yang digunakan perlu menarik dan

28

Latihan 3.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut boleh merangsang sebanyak deria pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan. Gambar-gambar tersebut boleh terdiri daripada keratan akhbar, majalah, poster atau gambar daripada internet dan lain-lain yang sesuai untuk digunakan dalam kelas Pendidikan Moral.

Aktiviti 1 Arahan: Lengkapkan grafik di bawah iniPemilihan Gambar Gambar kecelakaan di jalan raya Perisian Gambar Kepala penunggang Ulasan impak kepada murid seorang Semakin ngeri dan besar gambar semakin kesannya

motosikal saiz

bercerai daripada badan. mendalam Kepala yang putus itu kepada murid.

masih bertopi keledar Gambar kejayaan Dua orang (pasangan ibu Sila beri ulasan: murid UPSR dalam & bapa yang buta serta ............................................ miskin) sedang memeluk ..... dan mencium 5A anak ............................................ dalam ............................................ ..... ............................................ ..... kanak-kanak Sila beri ulasan: otaknya .... perempuan mereka yang ..... mendapat UPSR 2004

Gambar peperangan

Seorang dan

lelaki Iraq pecah kepala ............................................ kelihatan terburai lantaran terkena ............................................ bom tentera penceroboh .... ............................................ ...... sedang Sila beri ulasan: mesra ............................................

Gambar binatang

Seekor

mawas

kemesraan antara mendukung

seekor anak kucing yang ....

29

telah kematian ibunya . Gambar remaja cacat

............................................

.... Remaja cacat itu ialah Sila beri ulasan: seorang yang mahasiswa ............................................ berjalan di ............................................ freshie berkaki sebelah .... sekeliling kampus. .... Seorang pembantu Sila beri ulasan: rumah cedera Indonesia teruk yang ............................................ akibat .... ............................................ ....

Gambar penderaan

didera oleh majikan .

3.1.3

Kemahiran Variasi Rangsangan merupakan perkara penting bagi memastikan murid dapat

Rangsangan

mengekalkan minat belajar sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru perlu mengelakkan kebosanan pelajar dengan soalan-soalan yang mencabar minda yang mendorong murid berfikir. Pergerakan yang sesuai dan body language juga perlu supaya keadaan tidak menjadi kaku. Kalau boleh selitkan unsur kecindan sekali sekala supaya keadaan menjadi ceria. Tumpuan mata janganlah ke satu arah sahaja. Perubahan pertuturan guru juga penting bagi menarik perhatian pelajar, suara yang jelas, bahasa yang baik dan berintonasi menjadikan pengajaran lebih berkesan dan terangsang. Suara yang tidak jelas dan mendatar akan menjemukan murid. Berikan contoh-contoh yang ada kaitan dengan kehidupan biasa mereka supaya mudah mereka faham samada perlu dicontohi atau dihindari. Rangsanglah pelajar dengan pujian-pujian jika mereka memberikan jawapan atau pendapat yang baik .

Berhenti sejenak dan renung

Seorang guru memberikan sekeping gambar / kad cerita / lembaran kerja kepada satu kumpulan murid yang terdiri daripada 6-8 orang. Apakah yang

30

akan berlaku apabila sekeping gambar yang kecil dikongsi hingga 8 orang murid?

Apakah perasaan anda apabila seorang guru mengajar dengan suara yang perlahan, tidak berintonasi dan anda tidak dapat mendengarnya dengan baik. Keadaan kelas pula bising dan hingar bingar. Kalau kita rasa jemu dan terganggu begitulah juga murid kita.

Jika anda ingin menjadi seorang guru Pendidikan Moral yang kaya dengan bahan sumber, satu cara yang boleh anda lakukan ialah menggunting gambar yang ada isu moral atau nilai moral dalam surat khabar pada setiap hari. Bayangkan jika anda mula mengumpul gambar dua keping sehari, anda akan mempunyai 720 keping gambar moral dalam masa setahun. Berapakah jumlahnya dalam masa dua tahun dan 10 tahun akan datang.

Contoh gambar kartun yang mempunyai nilai moral;

Latihan 3.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Gambar-gambar kartun yang mempunyai unsur moral amat bernilai kepada guru Pendidikan Moral. Besarkan saiznya kerana semakin besar saiz gambar itu, semakin berkesan rangsangannya.

Aktiviti 1 Nyatakan kelebihan pengajaran mikro bagi guru pelatih dengan melengkapkan grafik di bawah :

31

Komponen Kemahiran Pengajaran Mikro i. Set Induksi

Ciri-ciri yang harus ada dalam komponen tersebut Menarik ada hubung kait dengan tajuk ada unsur suspens/ luar biasa gunakan visual atau props jika perlu berfokus kepada tajuk menyelitkan unsur lucu, misteri, kreatif sebagai tarikan murid

Contoh dalam Pendidikan Moral

ii.

Penggunaan alat iii. Variasi suara

Media/

Aktiviti 2 Lengkapkan latihan berikut. Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih membina keyakinan diri, nyatakan nilainilai yang boleh dicapai semasa sesi tersebut berjalan. i. __________________________________________________________________ ii. __________________________________________________________________ iii. _________________________________________________________________

3.1.4

Kemahiran Teknik Penyoalan

Merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks, berkesan bagi meningkatkan prestasi murid di samping menjadikan suasana bertambah aktif dan lebih merangsangkan. Beberapa prinsip penyoalan boleh dijadikan panduan: soalan hendaklah sesuai dengan umur dan kebolehan murid yang pengajaran dan pembelajaran

32

Latihan 3.4 Cuba uji kefahaman anda dengan melengkapkan latihan berikut berbeza di dalam kelas guru perlu merancang jenis-jenis soalan yang akan dikemukakan kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menyebut nama murid. Ini dapat mendorong setiap murid memikirkan jawapan untuk soalan tersebut sebarkan soalan kepada seluruh kelas dan bukannya kepada murid tertentu atau murid yang mengangkat tangan sahaja berikan masa bagi murid memikirkan jawapan kepada soalan tersebut jangan paksa murid menjawab soalan pastikan perkataan yang digunakan adalah mudah difahami ubah bentuk soalan mengikut kesesuaian masa pastikan suara guru ketika mengemukakan soalan adalah jelas elakkan menyoal ketika murid-murid membuat latihan atau sedang melakukan aktiviti pastikan soalan guru dapat mencapai objektif yang dikehendaki. kurangkan jenis soalan tertutup beri pujian dalam bentuk lisan jika murid boleh menjawab dengan betul ulangi soalan jika perlu

Aktiviti 1

33

Dalam teknik penyoalan guru perlu ada kemahiran untuk memberikan respons terhadap jawapan murid dengan berkesan. Antara kemahiran itu ialah: Berikan masa yang secukupnya untuk murid memikirkan jawapan. Jangan melabelkan murid yang menjawab salah dengan perkataanperkataan yang negatif Bantu murid dengan memberikan kata kunci sebagai panduan menjawab jika murid menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan tersebut Jangan pilih murid yang sama untuk menjawab soalan. ______________________________________________________________ _ ______________________________________________________________ _ ______________________________________________________________ _ ______________________________________________________________ _ ______________________________________________________________ _ 3.1.5 Kemahiran Menerang/Contoh/Ilustrasi

Penerangan merupakan satu proses memberikan kefahaman kepada orang lain supaya maklumat yang disampaikan itu dapat difahami oleh murid-murid dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Antara objektif penerangan adalah untuk membolehkan murid-murid: memahami satu-satu konsep atau prosedur; menaakul sebab-sebab terjadinya satu-satu peristiwa dan meramalkan kemungkinan sesuatu peristiwa; contoh atau ilustrasi yang digunakan dapat menjadikan satu-satu konsep itu lebih jelas dan dapat memudahkan kefahaman murid dan meneguhkan pembelajaran mereka. Beberapa komponen kemahiran penerangan boleh dijadikan panduan :

34

Latihan 3.5 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Arah permulaan: merangkumi kebolehan guru untuk menimbulkan serta mengekalkan minat dan perhatian murid-murid pelajaran yang akan disampaikan. terhadap

Kemahiran Ilustrasi: guru mestilah menggunakan contoh contoh yang mencukupi dan relevan dengan tajuk, jelas, menarik dan dalam lingkungan pengalaman murid supaya dapat mempercepat kefahaman murid tentang tajuk yang disampaikan.

Penyusunan pemikiran / idea: penerangan mestilah bermula dari yang mudah kepada kompleks dan dari yang konkrit kepada yang abstrak. Guru juga perlu mempelbagaikan rangsangan termasuklah perubahan tempo, intonasi dan kekuatan suara di samping gerakan isyarat yang boleh menarik tumpuan murid.

3.1.6

Kemahiran Menggunakan Sumber

Penggunaan sumber atau ilustrasi yang bersesuaian dengan topik pembelajaran dapat menerangkan sesuatu idea yang abstrak. Contoh-contoh bolehlah dalam bentuk analogi (perbandingan), cerita-cerita, lukisan, kad gambar, bahan internet, model dan benda-benda sebenar. Penggunaan sumber-sumber ini membolehkan murid-murid membentuk konsep yang lebih jelas, kekal dan kukuh. Bahan sumber ini sebenarnya juga alat bantu mengajar Panduan menggunakan contoh: mulakan dengan contoh yang mudah dan bergerak kepada contoh yang kompleks; contoh-contoh mestilah selaras dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid; kaitkan contoh-contoh dengan prinsip dan konsep yang sedang diajar pastikan isi kandungan telah difahami murid. Sekiranya tidak difahami, beri contoh-contoh lain supaya dapat menyokong prinsip atau konsep yang dimaksudkan.

Aktiviti1 i. Berikan pandangan anda berhubung dengan bahan-bahan sumber yang

35

didapati dari internet. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ ii. Sumber pengajaran dan pembelajaran menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. Nyatakan pandangan anda. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ iii. Beberapa prinsip perlu dipatuhi dalam penggunaan sumber agar pengajaran dan pembelajaran anda menjadi lebih berkesan dan dapat menarik perhatian murid. Nyatakan ciri-ciri tersebut dan kelebihannya. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________

3.1.7

Kemahiran Pemudah Cara

Anda sudah maklum bahawa guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran guru yang berbentuk satu hala dapat dikurangkan dengan menggunakan kemahiran pemudah cara. Guru yang demokratik tidak akan menguasai keseluruhan pengajaran pembelajaran tetapi sebaliknya akan memotivasikan murid untuk mengambil bahagian dalam proses pengajaran pembelajaran. Contoh :- dalam pengendalian kuiz Pendidikan Moral, guru melantik pelajar menjadi juru kuiz, penjaga masa, penentuan markah, pencatat markah sedangkan guru hanya memantau perjalanan kuiz.

36

Kelebihan menggunakan kemahiran pemudah cara kepada guru dan murid: a. Impak Kepada Guru i.Guru bukan sumber ilmu pengetahuan yang utama kepada murid ii.Guru perlu menyediakan bahan mengajar dan pelbagai bahan bantu mengajar selengkapnya sebagai memudahcarakan murid menguruskan aktiviti pembelajaran mereka. iii.Guru sebaya perlu yang menyediakan akan borang penilaian sesi tugasan untuk tujuan penilaian kendiri / rakan digunakan pada pembentangan. iv.Guru pelrlu mnyediakan portfolio pelajar untuk membolehkan pelajar menyimpan hasil tugasan mereka dalam portfolio masing-masing . v.Bimbingan guru perlu dalam menjalankan sesi pemudahcaraan guru. b. Impak Kepada Murid i. ii. iii. iv. v. vi. Pembelajaran berpusatkan pelajar Pembelajaran murid bersifat individu Pembelajaran mengikut tahap keupayaan kendiri murid. Murid akan menguasai teknik kemahiran belajar dengan berkesan. Murid akan lebih berdikari dalam proses pembelajaran Murid akan berusaha menyelesaikan masalah berkaitan tugasan yang diberikan dengan berbincang sesama rakan atau dengan bimbingan guru. Antara teknik pemudah cara yang boleh digunakan oleh guru ialah: thematising (bertema); supaya murid-murid berasa yakin mengambil alih sebahagian daripada tugas

37

focusing (berfokus); attending (tumpuan); challenging (mencabar); goal-setting (bermatlamat) dan reflecting (refleksi). Ulasan teknik yang terperinci boleh di rujuk dalam buku-buku yang membincangkan kaedah-kaedah pengajaran bestari.

3.1.8

Kemahiran Menggunakan Papan Tulis

Papan tulis digunakan bukan sahaja untuk aktiviti menulis dan melukis tetapi digunakan juga untuk meletakkan atau menyusun bahan bantu mengajar. Contoh: Guru melekatkan kertas mahjung yang mengandungi input pelajaran, menyangkut papan kuiz dan menampal poster. Prinsip-prinsip penggunaan: Kejelasan dari segi tulisan, lukisan, carta, rajah, gambar dan lain-lain. Saiz huruf haruslah besar, jarak antara huruf harus boleh dibaca oleh semua murid, khususnya dapat dibaca oleh murid yang duduk di bahagian belakang Susunan papan tulis yang panjang boleh dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian sebelum guru menulis/mencatat perkataan/ayat supaya kemas dan ekonomi penggunaannya. 3.1.9 Kemahiran Pengukuhan

Aktiviti Pengukuhan perlu dijalankan oleh guru terhadap murid-murid terutamanya Pengukuhan Secara Positif. Guru haruslah meminimumkan pengukuhan bentuk negatif. Pengukuhan positif akan dapat memotivasikan minat murid untuk terus belajar atau suka akan guru dan sekolah. Perkara-perkara yang harus difikirkan sewaktu menjalankan aktiviti pengukuhan: Bentuk dan cara pengukuhan haruslah berbeza-beza dari semasa ke semasa. Contoh: Berikan sijil kecil dan tampalkan pada buku latihan murid. Selain itu medal yang dibuat oleh guru boleh membanggakan

38

murid yang menerimanya. Pengukuhan secara lisan seperti baik, bagus, hebat, usaha yang baik dan lain-lain. Gerak isyarat positif, contohnya: mengangguk, senyuman, tepukan, isyarat jari yang menunjukkan bagus dan lain-lain. Sentuhan seperti menepuk-nepuk bahu, berjabat tangan dan lain-lain. Walau bagaimanapun sentuhan tidak boleh dilakukan kepada murid yang berlainan jantina dengan guru khususnya murid tahap II Tayangkan hasil kerja murid sama ada di papan tulis/papan kenyataan tau guru menayangkan hasil kerja murid cemerlang kepada semua murid di dalam kelas. Sewaktu guru menyemak/menilai kerja murid, catatkan kata-kata perangsang. Contoh: rajin dan sebagainya. 3.1.10 Kemahiran Menutup Pengajaran Kemahiran penutup merujuk kemahiran merumus, menilai dan menekankan isi-isi penting pembelajaran pada sesi itu. Terdapat tiga jenis penutup dalam pengajaran, iaitu penutup kognitif dan penutup sosial. a. Penutup Kognitif Guru menyenaraikan isi penting sesuatu pelajaran dengan tujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam sesi pelajaran tersebut . Penutup kognitif boleh digunakan pada akhir satu siri pelajaran, selepas suatu perbincangan atau selepas sesi latihan dengan murid-murid. b. Penutup Sosial Bertujuan memberikan sesuatu perasaan pencapaian kepada murid-murid tentang apa yang telah dipelajari dalam sesuatu topik. Penutup sosial termasuklah penggunaan pujian, galakan, ikrar, nyanyian yang menyimpulkan kerja anda amat memuaskan, anda hebat, teruskan usaha baik anda, anda murid yang cerdas, anda murid yang

39

tema pengajaran pada sesi itu. c. Penutup Motivasi Guru mendorong murid supaya membuat persediaan untuk tajuk/nilai yang akan diajar dalam pelajaran yang berikutnya. Contohnya guru akan mengajar tajuk Kemalangan Jalan Raya pada pelajaran berikutnya. Oleh itu guru meminta murid menggunting keratan akhbar untuk mendapatkan gambar kemalangan atau artikel yang berkaitan.

Berhenti sejenak dan renung

Semua orang tidak suka jika orang lain menyebut tentang kelemahan diri mereka. Bolehkah anda menerima komen-komen daripada rakan rakan anda dalam sesi pengajaran mikro/makro?. Ingatlah, anda sepatutnya berfikiran terbuka dengan teguran rakan-rakan anda kerana pandangan mereka dapat membantu anda mengenal pasti kelemahan-kelemahan anda dan seterusnya membaiki pengajaran anda. Guru yang bersikap positif akan sentiasa ingin mempelajari sesuatu kaedah/teknik dalam meningkatkan kualiti pengajarannya. Kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pengajaran mikro/makro di kalangan rakan-rakan turut membantu bakal guru agar peka dengan pengajarannya serta dapat membaiki kaedah/teknik yang sesuai dalam pengajaran pembelajaran masing-masing.

Rumusan

1. Pengajaran mikro dan makro ialah suatu sesi pengajaran yang diadakan seolah-olah menyamai keadaan sebenar di bilik darjah. 2. Pengajaran mikro ialah sesi yang hanya mengendalikan satu bahagian

40

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. daripada keseluruhan pengajaran misalnya kemahiran set induksi bagi satu tajuk. 3. Pengajaran makro pula adalah kemahiran mengendalikan seluruh sesi pengajaran daripada permulaan sehingga penutup pengajaran. 4. Pengajaran mikro dan makro dapat membina keyakinan guru pelatih bagi menyediakan diri ke arah pengajaran dan pembelajaran sebenar di sekolah nanti. 5. Prinsip-prinsip dalam pengajaran mikro perlu diikuti sebagai panduan kepada guru dalam mempertingkat kemahiran pengajaran guru. 6. Persediaan awal dan perbincangan antara guru dengan rakan-rakan dapat membantu menambahkan pengetahuan guru dalam meningkatkan kemahiran diri. 7. Rakaman video penting kerana guru pelatih dapat membuat penilaian kendiri di samping memperolehi maklumbalas daripada rakan-rakan dan penilaian dan bimbingan pensyarah sewaktu menjalani sesi mikro dan makro.

Bacaan Asas Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit UPM. Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral.Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar

41

Bakti Sdn. Bhd. Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

TAJUK 4

PERSEMBAHAN PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

4.0

Pengenalan

Persembahan pengajaran mikro dan makro oleh guru pelatih memberikan peluang kepada mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut perancangan yang telah dibuat. Dalam melaksanakan pengajaran mikro dan makro, seorang guru pelatih perlu melalui empat langkah asas iaitu:

Langkah 4 Pengajaran semula Langkah 3 Penilaian Langkah 2 Pengajaran

42

Langkah 1 Perancangan

4.1

Perancangan

Pada peringkat perancangan, guru pelatih perlu membuat persediaan mengajar. Di samping itu, aspek-aspek perancangan termasuklah penyediaan alat/bahan bantu mengajar dan aktiviti pengajaran yang memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan dalam pengajaran mikro dan makro. 4.2 Pengajaran

Guru pelatih melaksanakan pengajaran yang telah dirancang dengan mengambil kira semua kemahiran mikro yang dipelajari. Rakaman video jika digunakan dapat membantu guru pelatih untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka dalam aspek-aspek kemahiran yang tertentu. 4.3 Penilaian

Selepas selesai rakaman pengajaran, rakaman video perlu dipertontonkan semula. Semasa menonton rakaman video guru pelatih akan menilai pengajaran dengan menggunakan borang penilaian yang diedarkan oleh pensyarah. Dalam sesi perbincangan, guru-guru pelatih yang lain boleh memberikan komen serta cadangan penambaikkan. Pensyarah boleh merumuskan komen-komen guru pelatih dan memberikan cadangan bagaimana pengajaran yang lebih positif dapat dijalankan. Rakaman itu juga boleh disimpan sebagai bahan sumber sewaktu pensyarah mengajar topik mikro dan makro bagi tujuan penerangan dan penilaian. Berikut ialah contoh borang Refleksi Kendiri yang boleh digunakan oleh guru pelatih sewaktu menjalani sesi mikro/makro.

Contoh Format Borang Refleksi KendiriKekuatan / Kelemahan

Langkah

Sebab/Punca

Cara Perbaiki

Catatan

43

Latihan 4.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Set Induksi

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Penutup

4.4

* Borang ini sesuai digunakan untuk penilaian pengajaran mikro dan makro oleh rakan sebaya atau pensyarah Pengajaran Semula

Selepas mengambil kira komen dan teguran, guru pelatih dikehendaki merancang semula pengajaran dengan pindaan untuk kali kedua sesi mikro/makro. Hasilnya sudah tentu ada peningkatan kerana guru pelatih tidak akan mengulangi kelemahan yang sama. n.b. Guru pelatih biasanya bergilir-gilir dalam mempersembahkan pengajaran mikro/makro ini. Persembahan pengajaran mikro dan makro biasanya dijalankan serentak untuk mejimatkan masa. Guru pelatih dalam kumpulan kecil membuat persediaan untuk satu waktu mengajar, persembahan kemudiannya dilaksanakan dengan setiap orang guru pelatih mengajar satu atau dua langkah. Maklum balas pengajaran mikro/makro dibincangkan dan pengubahsuaian dilakukan mengikut keadaan.

Aktiviti 1

44

Nyatakan kelebihan pengajaran mikro bagi guru pelatih dan berikan cadangan anda bagi mempertingkatkan diri dalam bidang tersebut

Pengajaran Mikro Set induksi Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penutup

Kelebihan

Cadangan

Aktiviti 2 Uji kefahaman anda dengan melengkapkan latihan berikut. a. Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih membina keyakinan diri. Nyatakan nilai-nilai yang boleh dicapai semasa sesi tersebut berjalan. i. ____________________________________________________________

ii. _______________________________________________________ iii._______________________________________________________b. guru pelatih menjadi guru yang mahir dalam teknik penyoalan. Apakah faedah-faedah lain yang anda akan perolehi hasil dari perbincangan tersebut. i. __________________________________________________________ Hasil perbincangan guru pelatih dengan penyelia akan membantu

ii. _____________________________________________________ iii.______________________________________________________

45

Rumusan Objektif utama pengajaran mikro adalah untuk melatih bakal guru menggunakan kemahiran-kemahiran tertentu dalam proses pengajaran. Kemahiran-kemahiran perlu dikuasai dapat dirumuskan dalam gambar rajah berikut : Kemahira n mikro Guru Kemahiran set induksi Tujuan/objektif dapat membina aliran supaya Komponen-komponen kemahiran Menarik perhatian Motivasi Membuat perkaitan Menstruktur

fikiran serta menimbulkan minat murid-murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak dijalankan. Lebih banyak unsur suspen/teka tersebut teki maka set lebih induksi berkesan/menarik

Guru dapat mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka Kemahiran penyoalan mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan Guru dan murid-murid melakukan pelbagai Kemahiran variasi rangsanga n dengan mengarah pengajaran pergerakan tajuk/tema kepada dan mata, yang proses kepala, suara yang bersesuaian

Pembentukan soalan Fokus (tunggal) Fokus (pelbagai) Sebaran Hentian Melayani jawapan Memberi petunju Mencungkil fikiran Perubahan pergerakan langkah guru Perubahan pergerakan anggota badan guru Perubahan deria murid Perubahan bentuk fokus

pembelajaran.

Ransangan boleh dirancang dan diubah secara spontan mengikut

46

tahap respon murid.

pengucapan lisan Perubahan fizikal murid Perubahan suara Guru nada bentuk

Menyampaikan Kemahiran menerang

maklumat

atau

Arah permulaan Kemahiran ilustrasi Penyusunan idea Penutup Kejelasan Susunan Penonjolan/penekan an

menjelaskan isi pelajaran dengan cara yang paling berkesan untuk memudahkan murid memahami konsep Kecekapan guru merancang dan

Kemahiran n tulis

penggunaa menyusun tulisan, nota, gambar papan rajah di ruang papan tulis dapat membantu membaca, menyalin Kemahiran n murid-murid memahami nota/maklumat dan guru

Teknik persembahan

dengan tepat. Guru dapat menggalakkan murid dalam memotivasikan pelajaran. aktiviti murid pembelajaran. Kemahiran ini juga dapat dalam Pengukuhan

Lisan positif Gerak isyarat positif Dampingan Sentuhan Lisan negatif Gerak negatif isyarat

Pengukuha terlibat

yang dibuat secara lisan dan sentuhan amat dinanti-nantikan Kemahiran Menutup Pelajaran oleh murid-murid. Guru membantu murid-murid

Perkaitan kognitif Perkaitan sosial Perkaitan motivasi

supaya mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh tentang isi pelajaran yang baru dipelajari. Dapat menilai pencapaian pencapaian objektif pengajaran.

47

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

SOALAN TUTORIAL Rancangan Pelajaran Pendidikan Moral

1.

Hasilkan Rancangan Semester Pendidikan Moral untuk kegunaan Tahun 4 Semester 2 Tahun 2005 (Jun Nov. 2005) (2 jam)

Menyediakan Rancangan Mengajar Harian

1.

Sediakan satu persediaan mengajar harian yang lengkap untuk tahun satu dengan memilih salah satu nilai dalam sukatan pelajaran. Setiap langkah pengajaran mestilah ditulis dengan terperinci dari set induksi hingga penutup. Lampirkan soalan-soalan yang ditanya, bahan-bahan pengajaran bersama dengan alat bantuan mengajar (dikecilkan saiznya), aktiviti dan latihan kerja yang diberi. (3 jam)

Pengenalan dan Persembahan Pengajaran Mikro dan Makro

1. Berdasarkan persediaan mengajar di atas, jalankan pengajaran makro. Buat penilaian kendiri. anda. (3 jam) Sediakan satu borang penilaian rakan sebaya yang akan digunakan untuk menilai pengajaran

48

Bacaan Asas Ahmad Amin. (1975). Etika (Ilmu Akhlak). Jakarta: Penerbit Bulan Bintang. Ahmad Khamis. (1999). Etika: Pendidikan Moral Untuk IPT Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Abdul Aziz A. (1979). Pendidikan untuk menyatupadukan negara melalui pengajaran sivik. Suara Pendidikan. Jld. Bil. 1. Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Abdul Rahman Aroff. (2002). Modul Pendidikan Moral EDU2003, Percetakan Universiti Pertanian Malaysia. Serdang:

Ee A.M. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rujukan Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM.

Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development challenge. Retrived on 23-6-04 from http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php

Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual framework. Retrived on 20-5-04 from http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf. Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future. Albany: Delmar Publishers. p 214.Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.

Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US: Allyn and Bacon.Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA: Wadsworth Publishing Company. Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth Publishing Company.

49

Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass. Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice Hall.

PANEL PENULIS MODUL BIL NAMA KELAYAKAN

50

1

PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Pengerusi Cik J Krishna Kumary a/p Juval Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah, 803500 Larkin, Johor.

BA (Hons) Sejarah. UM M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM Ph. D (Pendidikan). Universiti Queensland. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM Diploma Pendidikan, USM M.Sc. Pendidikan Moral, UPM. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 10 tahun BSc (Hons) Kimia, UM M.Ed Teknologi Pendidikan, UM Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 12 tahun B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM SPI, Pendidikan Islam, UKM Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral 9 tahun B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) Sarjana Pengurusan (UUM) Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan Pendidikan (USM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 19 tahun B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan: Siviks (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun B. Econs (UM) Diploma Pendidikan (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 15 tahun

2

3

Pn. Ng Choo Tang Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

4

Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff, Maktab Perguruan Raja Melewar, Beg Berkunci 43, 70990, Seremban, Negeri Sembilan, DK. Pn. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak 98009 Miri Sarawak Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah, 803500 Larkin, Johor Pn. Pn. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur Pn. Koh Geok Wah Maktab Perguruan Sarawak, 98009 Miri, Sarawak

5

6

7

8

PANEL PEMURNI MODUL

51

Bil.

Nama PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru

Kelayakan B.A. (Hons) Sejarah M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling) PhD (Pendidikan) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral 1 tahun

1.

2.

PENGERUSI Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Larkin, Johor Baharu

Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 17 Tahun

3.

Pn. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Serawak.

B. A. (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) M.Ed. Pengurusan (UM) Pengalaman mengajar: Pendidikan Moral 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

4.

Pn. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Tenteram, 56000 Kuala Lumpur.

B. Soc. Sc. (Hons) Sociology (USM) Diploma Pendidikan: Siviks (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun

5.

Pn. Asiah binti Saad Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara M. Sc. Psikologi Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 14 Tahun

6.

Cik Krishna Kumary Juval Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah 80530 Larkin, Johor Baharu.

B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM) Diploma Pendidikan (USM) M SC. Pendidikan Moral (UPM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 10 tahun

7.

Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

BA (Hons) Pengajian Islam M Ed (Pendidikan Islam) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 2 tahun

52