teaching coursware

33
MULA

Upload: puteri-salju

Post on 28-Jul-2015

565 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

MULA

MENU

MENU UTAMA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

2.1 APAKAH ITU SEL?

2.2 ORGANISMA UNISEL DAN MULTISEL

2.4 MANUSIA ORGANISMA YANG KOMPLEKS

2.3 ORGANISASI SEL DALAM BADAN MANUSIA

LATIHAN

KELUAR

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• selepas mempelajari bab ini, murid dapat• memahami sel• memahami organisma unisel dan multisel• memahami sel membentuk tisu organ dan

sistem di dalam badan manusia• menyedari manusia merupakan organisma

yang kompleks

2.1 APAKAH ITU SEL?

Pada tahun 1665, seorang ahli sains Inggeris yang bernama Robert Hooke (1635 - 1703) mengkaji kepingan nipis tisu tumbuhan dengan menggunakan mikroskop buatannya sendiri.

SEJARAH PENEMUAN SEL

Bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut mengingatkan beliau kepada bilik-bilik kurungan di dalam penjara yang dikenali sebagai 'sel'. Oleh itu, beliau menamakan bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut sebagai 'sel-sel'(cells).

Dalam pemerhatiannya, Robert Hooke mendapati bahawa daripada kepingan tisu tumbuhan itu terdapat banyak bentuk seperti kotak-kotak halus (fine box-like shapes).

Sel adalah unit yang paling asas kepada semua benda hidup.

Sel juga adalah seperti sebuah kilang mikroskopik (microscopic factory) dimana ianya tempat beribu-ribu tindak balas kimia (chemical reactions) berlaku agar semua organisma terus kekal hidup.

Sel sangat kecil dan hanya boleh dilihat di bawah mikroskop.

Bahagian-bahagian Mikroskop

FUNGSI STRUKTUR SEL DI DALAM SEL TUMBUHAN

nukleuskloroplas

vakuol

sitoplasma

Membran sel

Dinding sel

Sila klik struktur sel

FUNGSI STRUKTUR SEL DI DALAM SEL HAIWAN

sitoplasma

nukleus

Membran sel

Sila klik struktur sel

2.2 ORGANISMA UNISEL DAN MULTISEL

Organisma unisel Organisma unisel (unicellular organisms) adalah organisma ringkas (simple organisms) yang terdiri daripada hanya satu sel (uni: satu: satu).

Organisma unisel dalam alam haiwan adalah protozoa, amoeba dan paramecium.

Organisma unisel dalam alam tumbuhan pula adalah pluerococcus, euglena, chlamydomonas dan yis.

Organisma unisel adalah sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop (microscope), dengan itu organisma unisel juga dikenali sebagai mikroorganisma

Mikroorganisma unisel

Bakteria

Organisma multisel

organisma multisel adalah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel (multi: banyak: banyak).

Organisma multisel dalam alam haiwan adalah mamalia, amfibia, reptilia, burung, ikan dan beberapa haiwan kecil lain.

Organisma multisel dalam alam tumbuhan pula adalah lumut, alga, paku pakis dan kebanyakan tumbuhan yang berbunga.

Mikroorganisma multisel

2.3 ORGANISASI SEL DALAM BADAN MANUSIA

SEL PIPI

SEL OTOT

SEL SARAF

SEL DARAH MERAH

SEL DARAH PUTIH

SEKUMPULAN SEL MEMBENTUK TISU

• Tisu otot berupaya mengecut dan menegang untuk menghasilkan pergerakan.

• Tisu saraf membawa maklumat (impuls saraf) ke seluruh badan

SEKUMPULAN TISU MEMBENTUK ORGAN

• Beberapa jenis tisu yang berbeza bergabung membentuk organ.

• Contohnya, jantung terbentuk daripada gabungan tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.

SEKUMPULAN ORGAN MEMBENTUK SISTEM

• Sekumpulan organ bekerjasama untuk membentuk sistem.

• Contohnya, organ – organ yang terdiri daripada mulut,, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar membentuk sisitem pencernaan.

SEKUMPULAN SISITEM MEMBENTUK ORGANISMA

• Urutan organisasi sel daripada yang mudah kepada yang kompleks seperti berikut:

2.4 MANUSIA ORGANISMA YANG KOMPLEKS

• Tubuh manusia adalah kompleks dengan pelbagai jenis sel yang diselaraskan untuk membentuk tisu, organ-organ dan sistem

• Setiap jenis sel adalah mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja.

• Fungsi yang berbeza didalam tubuh manusia boleh dilakukan serentak pada masa yang sama melalui penghususan sel

skip