kepentingan semantik dalam bidang sastera

3
KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM BIDANG SASTERA Kepentingan semantik dalam bidang sastera merangkumi peranan semantik dalam menjelaskan kajian tentang makna sesuatu ungkapan atau ujaran yang berunsur kesusasteraan. Hubungan antara bahasa dan sastera memang sangat erat, ahli-ahli bahasa berpendirian untuk menggunakan usaha-usaha penyelidikan dan pengembangan sastera. Oleh kerana semantik adalah sebahagian daripada bidang linguistik, maka ia berperanan penting dalam penghasilan karya-karya sastera khususnya dari segi pentafsiran makna bahasa sastera itu sendiri. Ciptaan kesusasteraan berbeza daripada ciptaan seni yang lain kerana ciptaan ini menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan hasil kesusasteraan dapat dirasa oleh pembacanya, pengarang dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu akan mempamerkan bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah juga memiliki unsur- unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta karya dengan ciri-ciri kreatif. Penggunaan teknik dan gaya penulisan yang menarik Ini semua dapat memikat hati para pembaca. Keindahan bahan sastera berdasarkan gaya dan lenggok bahasa yang dipamerkan dalam karya sastera dapat menyerlahkan keindahan sesebuah karya. Kita dapat melihatnya dari dua sudut iaitu dalam puisi juga prosa. Semantik banyak memberikan sumbangan dari segi penggunaan bahasa atau gaya bahasa seseorang penulis prosa imaginatif seperti cerpen Tina karya Aminhad. Dalam ilmu semantik terdapat tujuh jenis erti iaitu erti konsepsi iaitu erti kognitif yang mampu dicapai oleh akal fikiran manusia sejagat. Aminhad telah berupaya menggarapkan tema kasih sayang antara seorang abang terhadap adik perempuan yang menderita penyakit jantung berlubang. Hal ini menjadi lumrah

Upload: sipopoh

Post on 26-Nov-2015

260 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Semantik Dalam Bidang Sastera

KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM BIDANG SASTERA

Kepentingan semantik dalam bidang sastera merangkumi peranan

semantik dalam menjelaskan kajian tentang makna sesuatu ungkapan atau

ujaran yang berunsur kesusasteraan. Hubungan antara bahasa dan sastera

memang sangat erat, ahli-ahli bahasa berpendirian untuk menggunakan usaha-

usaha penyelidikan dan pengembangan sastera. Oleh kerana semantik adalah

sebahagian daripada bidang linguistik, maka ia berperanan penting dalam

penghasilan karya-karya sastera khususnya dari segi pentafsiran makna bahasa

sastera itu sendiri.

Ciptaan kesusasteraan berbeza daripada ciptaan seni yang lain kerana

ciptaan ini menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa,

keindahan hasil kesusasteraan dapat dirasa oleh pembacanya, pengarang dapat

menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan

yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu akan

mempamerkan bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah juga

memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan

ekspresi dan imaginasi serta karya dengan ciri-ciri kreatif. Penggunaan teknik

dan gaya penulisan yang menarik Ini semua dapat memikat hati para pembaca.

Keindahan bahan sastera berdasarkan gaya dan lenggok bahasa yang

dipamerkan dalam karya sastera dapat menyerlahkan keindahan sesebuah

karya. Kita dapat melihatnya dari dua sudut iaitu dalam puisi juga prosa.

Semantik banyak memberikan sumbangan dari segi penggunaan bahasa

atau gaya bahasa seseorang penulis prosa imaginatif seperti cerpen Tina karya

Aminhad. Dalam ilmu semantik terdapat tujuh jenis erti iaitu erti konsepsi iaitu erti

kognitif yang mampu dicapai oleh akal fikiran manusia sejagat. Aminhad telah

berupaya menggarapkan tema kasih sayang antara seorang abang terhadap

adik perempuan yang menderita penyakit jantung berlubang. Hal ini menjadi

Page 2: Kepentingan Semantik Dalam Bidang Sastera

lumrah manusia hidup dalam suasana kasih sayang bagi melahirkan hubungan

yang akrab dan penuh rasa tanggungjawab juga kemesraan melalui pertalian

darah.

Semantik boleh memberikan erti konotatif iaitu erti kata yang berlainan

berdasarkan ungkapan,susunan kata, jeda dan nada.

Apabila kita mengaitkan ilmu semantik dengan karya prosa berert kita

melihat karya prosa itu dari segi gaya dan penggunaan bahasanya.Dari segi

gaya bahasa prosa ilmu semantik dapat membantu penulis dari segi

diksi,metafora, simili, personafikasi dan hiperbola.

Diksi ialah pemilihan kata yang betul, tepat dan berkesan

Kejayaan dan keberkesanan pengarang menggunakan gaya bahasa

tertentu bergantung kepada ketersendirian bahasa seseorang pengarang.

Walaupun makna dan maksud sesuatu perkataan itu boleh memungkinkan

penafsiran yang pelbagai tetapi ilmu dan kebiasaan berbahasa seseorang

penulis itu penting sekali dalam menentukan penggunaan bahasa yang tepat.

Dalam hal ini ilmu semantik sangat penting untuk membantu pengarang dalam

memilih,menyusun dan menggabungkan perkataan atau ayat dalam penulisan

mereka.

Kecenderungan dalam menggunakan teori linguistik dalam menghuraikan

bahasa atau penggunaan bahasa karya sastera agak menarik perhatian ahli-ahli

bahasa dan sastera kita. Pada masa akan datang hubungan antara semantik

dengan kesusasteraan akan semakin erat. Ahli bahasa memerlukan karya

sastera sebagai bahan untuk mengkaji keindahan bahasa. Manakala sasterawan

memerlukan pengetahuan bahasa dan ilmu bahasa khususnya ilmu semantik

untuk mengindahkan bahasa dalam karya mereka dan memberikan maksud

Page 3: Kepentingan Semantik Dalam Bidang Sastera

yang tepat dalam pemilihan perkataan dalam karya mereka. Hal yang demikian

memperlihatkan satera dan linguistik tidak boleh dipisahkan.

Perkara ini dapat dijelaskan lagi dengan dasar pendidikan kerajaan yang

telah memasukkan komponen sastera dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu

di peringkat sekolah menengah. Ini terbukti akan hubungan dan perkaitan antara

sastera dan linguistik telah terjalin dan menjadi satu dasar kementerian

pendidikan dalam merealisasikan hubungan antara kedua-duanya dengan lebih

mantap.