kepentingan pendidikan kesihatan dalam kehidupan(ok)

5
KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN Pengenalan Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata pendidikan seks melulu sahaja seperti tanggapan beberapa pihak. Ia merangkumi pengetahuan dari cabang biologikal, sosiobudaya dan kerohanian ke arah tatacara hidup yang sihat untuk membentuk individu-individu yang sihat secara total dan memenuhi matlamat Kurikulum Pendidikan Kesihatan itu sendiri. Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada tiga aspek utama sendiri,seperti:- Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial 75 % Pemakanan 15 % Pertolongan Cemas 10% Kuruikulum Pendidikan Kesihatan pula disusun agar bersesuaian dengan ciri-ciri dan keperluan murid berasaskan tiga modul utama:- 1.1. Modul 1 : Kesihatan Fizikal Tumpuan terhadap ciri-ciri perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Keutamaan adalah terdapat kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan-bahan terlarang. 1.2. Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Modul kedua ini memfokuskan terhadap perkembangan emosi, mental dan sosial serta keboleh mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Tumpuan diberikan terhadap kemahiran pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan dan keintiman sesama manusia. 1.3. Modul 3 : Kesihatan Persekitaran Keselamatan persekitaran menumpukan kepada pencegahan penyakit, keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.

Upload: namaku-akira

Post on 24-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

references

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Pendidikan Kesihatan Dalam Kehidupan(Ok)

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN

 Pengenalan

Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata pendidikan seks melulu sahaja seperti tanggapan

beberapa pihak.  Ia merangkumi pengetahuan dari cabang biologikal, sosiobudaya dan

kerohanian ke arah tatacara hidup yang sihat untuk membentuk individu-individu yang sihat

secara total dan memenuhi matlamat Kurikulum Pendidikan Kesihatan itu sendiri.

Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada tiga aspek utama sendiri,seperti:-

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial           75 %

Pemakanan                                                                15 %

Pertolongan Cemas                                                    10%

Kuruikulum Pendidikan Kesihatan pula disusun agar bersesuaian dengan ciri-ciri dan

keperluan murid berasaskan tiga modul utama:-

1.1.      Modul 1           : Kesihatan Fizikal

Tumpuan terhadap ciri-ciri perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan diri, keluarga dan

masyarakat.  Keutamaan adalah terdapat kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan

penyalahgunaan bahan-bahan terlarang.

1.2.      Modul 2           : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial

Modul kedua ini memfokuskan terhadap perkembangan emosi, mental dan sosial serta

keboleh mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan.  Tumpuan diberikan

terhadap kemahiran pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan dan

keintiman sesama manusia.

1.3.      Modul 3           : Kesihatan Persekitaran

Keselamatan persekitaran menumpukan kepada pencegahan penyakit, keselamatan

persekitaran dan pertolongan cemas.

Page 2: Kepentingan Pendidikan Kesihatan Dalam Kehidupan(Ok)

Kepentingan Pendidikan Kesihatan dalam Kurikulum Kesihatan

Membentuk pandangan positif terhadap kesihatan reproduktif diri, keluarga dan masyarakat. 

Ia dapat meningkatkan kesedaran di dalam masyarakat supaya tidak menganggap

pengetahuan reproduktif sebagai sesuatu yang lucah, tabu dan tidak boleh dibicarakan

secara terbuka. Murid-murid juga dapat mengecam perbezaan antara alat seksual di antara

dua gender yang berbeza.

Memberi maklumat tepat tentang kepentingan memelihara integriti kekeluargaan secara

berkekalan.  Institusi keluarga tradisional yang mengandungi ibu (perempuan), bapa (lelaki)

dan anak (lelaki atau perempuan) adalah pengetahuan reproduktif diri yang paling asas dan

murid-murid harus menyedari ia harus berterusan.  Ia menegaskan kepentingan insitusi

perkahwinan dan tanggungjawab ahli keluarga sekaligus menzahirkan emosi dan

pengurusannya terhadap tuhan, diri, ibubapa, keluarga dan masyarakat.

Mendidik murid-murid tentang kemahiran membuat keputusan secara bijak dan

bertanggungjawab terhadap tingkahlaku seksual pada masa kini dan masa depan.  Ia

termasuklah kemahiran menguruskan kemahiran interaksi sosial dan interpersonal.  Bijak

mengawal perasaan mengikut situasi dan mengurus emosi secara bijaksana.

Pentingnya Pendidikan Kesihatan ialah memberi pengetahuan tentang penjagaan kesihatan

secara total dan menolak amalan gaya hidup tidak sihat.  Pengetahuan mengenai

keselamatan daripada sudut pencegahan penyakit dan keselamatan sosial bagi kanak-

kanak, gadis dan wanita.  Murid-murid juga memperolehi pengetahuan meminta bantuan

pada tempat yang betul ketika berlaku situasi yang tak terjangka

Implikasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial terhadap perkembangan kognitif,

Psikomotor dan Afektif murid.

1. Perkembangan Kognitif

Perkembangan Kognitif dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan merangkumi aspek

penilaian dan sintesis mengenai sesuatu perkara.Murid-murid dapat mengenalpasti dan

menyenarai aktiviti fizikal, mengamalkan postur yang betul; yang memberikan sumbangan

besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan kesihatan diri.  Seterusnya

Page 3: Kepentingan Pendidikan Kesihatan Dalam Kehidupan(Ok)

mengamalkannya secara konsisten untuk mencapai tahap kesihatan dan kecergasan

maksimum.

Mengumpul maklumat mengenai kepentingan pemakanan seimbang, pengambilan makanan

yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan.  Sebagai contoh: mengetahui dengan jelas

makanan-makanan yang terdapat di dalam piramid makanan dan kadar pengambilannya

bagi setiap takah piramid.  Murid-murid juga boleh membuat keputusan untuk tidak

mengambil makanan yang boleh menyebabkan obesiti dan masalah-masalah kesihatan

lainnya.  Seterusnya mengamalkannya sebagai nilai tambah utama terhadap penjagaan

kesihatan yang betul. 

Ia akan memberikan  pendidikan mengenai aspek perkembangan dan perubahan fizikal,

fisiologikal dan psikologikal semasa akhil baligh  berkenaan dengan dua gender seks yang

berbeza. Sebagai contoh tanda baligh fizikal bagi pelajar lelaki adalah ‘pecah suara’ dan

bagi pelajar perempuan adalah sebaik sahaja mereka mengalami proses menstruasi.

Mereka sepatutnya boleh membezakan perawakan di antara kedua-dua gender tersebut dan

akhirnya dapat menghormati mereka dengan cara dan adil, seterusnya mewujudkan

golongan masyarakat yang bermaruah dan hormat-menghormati.  Kesan jangka panjangnya

ialah mengurangkan impak masalah sosial di dalam masyarakat.

Implikasi  pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terhadap perkembangan kognitif

seterusnya ialah murid-murid akan merancang atau menggabungkan maklumat untuk

pengetahuan mengenai aspek keselamatan membabitkan diri sendiri dan persekitaran.  

Bertindak bijak ketika berada di dalam situasi yang tidak selamat. Mengenalpasti teknik-

teknik mempertahankan diri apabila apabila terdapat ancaman. Sebagai contoh;-

menjauhkan diri apabila dihampiri orang yang tidak dikenali atau sentiasa berada di dalam

kumpulan yang memungkinkan risiko terhadap keselamatan diri berkurangan.  

Menganalisis kesan buruk terhadap akibat pemgabilan bahan-bahan berbahaya seperti

rokok, dadah, inhalan dan alkohol yang bukan sahaja menyumbang kepada risiko kesihatan

fizikal tetapi mental dan emosi.  Sebagai contoh pengambilan dadah berlebihan akan

mengakibatkan ketagihan yang merosakkan sistem tubuh badan, menyebabkan daya

pergantungan total secara fizikal dan psikologikal terhadap dadah serta akibat buruknya

terhadap kesihatan itu senditi.   Seterusnya menerbitkan gejala sosial lainnya seperti ragut,

samun, pembunuhan yang seterusnya merosakkan seluruh sistem sosial diri, masyarakat

dan persekitaran dan negara.

Page 4: Kepentingan Pendidikan Kesihatan Dalam Kehidupan(Ok)

Membuat hipotesis mengenai penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gejala

penyalahgunaan barang terlarang dan berbahaya seperti kerosakan sistem saraf, hepatitis,

sawan, HIV, meningitis dan sebagainya, sekaligus mengelakkannya.

Memperolehi kefahaman tentang pengurusan kesihatan diri dan keluarga serta masyarakat

terhadap penyakita berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental melalui

amalan kesihatan yang betul seperti pengambilan makanan seimbang dan aspek penjagaan

kesihatan jasmani.

2. Perkembangan Psikomotor

Murid-murid mengenal pasti peralatan,bahan-bahan dan  situasi  yang berbahaya di rumah,

sekolah atau di tempat-tempat awam seterusnya mengambil langkah-langkah untuk

mengelakkannya seperti menyimpannya di tempat yang selamat, menjauhi persekitaran

tersebut dan mempelajari kaedah-kaedah mempertahankan diri dan pertolongan cemas. 

Sebagai contoh;  sikap yang betul ketika berjalan di tepi jalan raya seperti berjalan melawan

arah trafik.  Dengan pengetahuan pertolongan cemas juga  contohnya; setidak-tidaknya

murid-murid dapat mengadaptasi kemahiran afektif menghadapi kecemasan dengan tenang

kerana sudah bersedia dan berpengetahuan untuk menanganinya.

Murid-murid mengenalpasti teknik penjagaan kesihatan menyeluruh yang betul sama ada

dari terutama dari segi bentuk senaman sebagai contoh;  mengaplikasikan postur senaman

yang betul dan selamat untuk tubuh badan dan penggunaan masa rehat dan tidur serta

penggunaan masa berkualiti.

3. Perkembangan Afektif

Pendidikan Kesihatan membentuk kemahiran pengurusan mental dan emosi.  Murid-murid

memperolehi kemahiran menguruskan stress dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan

masyarakat.  Menguruskan konflik adalah sebahagian daripada usaha mempertahankan

insititusi kekeluargaan dan setiap ahlinya mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk

tujuan itu. 

Institusi perkahwinan dan kekeluargaan adalah unit asas dalam hierarki sosial satu sistem

masyarakat yang sentiasa perlu dipertahankan. Murid-murid dapat mengetahui dan

Page 5: Kepentingan Pendidikan Kesihatan Dalam Kehidupan(Ok)

mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan sehari-

hari.   Kemahiran ini dapat diperolehi dengan pemantapan dan pematuhan terhadap ajaran

agama. 

Dengan ini, mereka dapat melampiaskan kasih sayang berbeza terhadap Tuhan, diri,

keluarga, guru dan rakan-rakan.  Dengan keakuran terhadap agama juga mereka dapat

menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan individu dan kelompok tertentu yang

akhirnya akan mencetuskan permasalahan dalam perhubungan sesama individu dan

masyarakat.

Pendidikan kesihatan dari sudut afektif juga membina kemahiran dan pengetahuan

mengenai kepentingan etika perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam

persaudaraan dan persahabatan.  Sebagai contoh mengetahui salasilah keluarga untuk

mengetahui kedudukan diri dan perbandingan dengan individu lain untuk melahirkan rasa

hormat menghormati di antara satu sama lain.   

Mengadaptasi kemahiran berfikir dan bertindak secara serentak apabila berada di dalam

situasi yang memerlukan seseorang individu untuk berkata tidak terhadap ancaman ataupun

ugutan.

4.  Rumusan

Impak Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial untuk jangkamasa panjang ialah

melahirkan generasi yang matang, sihat dan waras dari segi mental dan fizikal.  Pendidikan

secara berkesan memberi kesan langsung terhadap perkembangan kognitif, afektif dan

psikomotor pelajar.  Kesemuanya diharapkan dapat membentuk satu unit individu yang

berkualiti yang akan melengkapkan sistem sosial sesebuah negara yang sihat seterusnya

menyumbang ke arah pembentukan negara yang maju dalam ertikata sebenar.