kemahiran mendengar dan bertutur

18
Kemahiran mendengar dan bertutur Disediakan oleh: Razniza Bt Mohammad Pensyarah : En Mohammad Noor

Upload: miss-iza

Post on 15-Jun-2015

4.950 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kemahiran dalam bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Kemahiran mendengar dan bertutur

Disediakan oleh:Razniza Bt Mohammad

Pensyarah :En Mohammad Noor

Page 2: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Apakah kemahiran mendengar dan

kemahiran bertutur?

Page 3: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar : Merupakan kemahiran yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level).

Seseorang murid yang telah menguasai kemahiran ini harus dapat mendengar dengan baik maklumat yang disampaikan dan memahami apa yang disampaikan seterusnya menginterpretasikan apa yang mereka fahami daripada maklumat tersebut.

Dalam buku ‘Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan’ yang ditulis oleh Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difahami dan dingat.

Page 4: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Melalui kajian beliau juga menyatakan bahawa, pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Dalam buku Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia (1990) menyatakan bahawa :

Ahli linguistik telah bersetuju bahawa proses mendengar terbahagi kepada dua aras iaitu:

Aras pertama dimana pendengar mendengar dan mengenali bunyi bahasa.

Dalam aras pertama mengutamakan kepekaan serta tanggapan pendengar terhadap bunyi yang didengari.

Aras kedua pula,mendengar dan memahami bunyi bahasa.

Dalam aras ini lebih mengutamakan pemahaman pendengar terhadap maksud dan butir-butir bunyi yang didengari.

Page 5: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Kemahiran bertutur

Kemahiran bertutur : iaitu kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan manusia.

Ia merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa. Ianya berlaku pada peringkat productive level. Ianya tidak boleh dicipta oeh pelajar tetapi ia mesti ditiru dan di ajuk.

Dalam kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat dititikberatkan, oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid mereka dapat membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.

Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

Page 6: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Kemahiran mendengar dan bertutur (lisan)

Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum menguasai kemahiran yang lain.

Lisan adalah percakapan atau pertuturan iaiutu satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan.

Kemahiran lisan bukan sahaja penting dalam pembelajaran bahasa tetapi juga penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.

Page 7: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Mengapakah kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur perlu dikuasai sebelum kanak-kanak

menguasai kemahiran lain?

Page 8: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Kerana kemahiran lisan adalah asas dan tunjang kepada peningkatan penguasaan semua pembelajaran atau kecekapan berbahasa.

Pelajar yang telah mencapai tahap kemahiran yang memuaskan harus boleh menyusun fikiran dan idea-idea dengan baik dan dapat melahirkan nya dalam bentuk ujaran yang baik juga.

Penguasaan kemahiran lisan juga biasanya akan menghasilkan satu tabiat berbahasa yang baik dan kebiasaan berbahasa dengan baik itu pula membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan sempurna dan berkesan.

Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut secara semulajadinya menunjukkan kanak-kanak mula-mula mendengar, kemudian mengajuk dan selepas itu bercakap.

Penguasaan bahasa lisan yang baik memudahkan kanak-kanak menginterpretasikan lambing-lambang yang tertulis dengan berkesan.

Page 9: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Perkembangan personaliti, bagi mengelak rasa rendah diri dan bersifat pasif. Masalah sahsiah akan timbul sekiranya murid tidak dapat menguasai kemahiran bertutur dengan baik.

Perkembangan sosial, kanak-kanak yang mahir dalam kemahiran lisan berani untuk berkawan dan bergaul dengan kanak-kanak lain. Ini kerana mereka mudah meluahkan perasaan, memberi pendapat dan pandangan.

Secara tidak langsung membantu kanak-kanak menonjolkan diri mereka.

Perkembangan mental, kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik dipercayai tidak berfikir dengan jelas.

Ini akan menghalangnya untuk menerapkan fikiran-fikiran tadi dalam bentuk tulisan.

Page 10: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Apakah sebab-sebab penguasaan kemahiran

mendengar dan bertutur sukar dikuasai?

Page 11: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Kekeliruan dalam membezakan bunyi

• Kemahiran dalam menentukan persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar

• Tidak dapat membezakan bunyi yang didengar

• Tidak memahami makna sebenar apa yang terkandung dalam perkataan atau ayat.

Page 12: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Kelemahan dalam memahami Apa yang didengar

Setiap pertuturan seharusnya menggunakan dan ayat yang sesuai

Pendengar yang cekap berjaya mengaitkan apa yang didengar semasa dan selepas pertuturan

Pendengar yang cepat memahami akan cepat bertindak balas terhadap pertuturan tersebut

Page 13: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Kelajuan dalam pertuturan

Pertuturan yang laju boleh menimbulkan masalah kepada pendengar

Tidak dapat membezakan perkataan dan bunyi bahasa

Sukar memahami apa yang diperkatakan

Page 14: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Sejauh manakah kemahiran mendengar dan bertutur

melibatkan proses mental?

Page 15: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Teori pembelajaran menyatakan bahawa ada perhubungan antara bahasa yang dituturkan dengan pemikirannya.

Chomsky telah mengistilahkan sebagai competence(keupayaan) dan performance (pertuturan).

Competence berada dalam otak dan dapat diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus yang mampu melahirkan kalimat-kalimat yang terbatas banyaknya.

Ianya juga merupakan pengetahuan penutur mengenai bahasanya.

Performance adalah unsur yang berada diluar dan dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-bunyi ini adalah bermakna dan dapat difahami oleh pendengarnya.

Page 16: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

 

Apakah objektif pengajaran dan pembelajaran kemahiran

mendengar dan bertutur?

Page 17: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.

Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.

Mengemukakan idea berdasarkan sesuatu topik perbincangan.

Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.

Page 18: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Bibliog rafi

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran 1990, Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kamarudin Haji Husin 1990, Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj Husin 1998, Pedagogi Bahasa Pengkaedahan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.