emb412 pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa melayu - bab 2 - kemahiran mendengar

14
Bab 2: Kemahiran Mendengar 1 BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat: Mendefinisi maksud pendengaran Menerangkan kepentingan pendengaran Membezakan antara peringkat-peringkat kemahiran mendengar. 2.1 Pengenalan 2.2 Definisi 2.3 Mendengar 2.4 Keperluan Mendengar 2.5 Kepentingan Mendengar dengan Aktif 2.6 Peringkat Kemahiran Mendengar RINGKASAN RUJUKAN Bab 1: Pengenalan Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bab 2: Kemahiran Mendengar Bab 3: Kaedah Mengajar Kemahiran Mendengar Bab 4: Aktiviti Pengajaran Kemahiran Mendengar Bab 5: Dokumen Standard Kurikulum Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur Bab 6: Dokumen Standard Prestasi Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur Bab 7: Kemahiran Bertutur Bab 8: Kaedah Mengajar Kemahiran Bertutur Bab 9: Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur

Upload: lyanglarhaltz

Post on 21-Oct-2015

241 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

TRANSCRIPT

Page 1: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 2: Kemahiran Mendengar

1

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:

Mendefinisi maksud pendengaran

Menerangkan kepentingan pendengaran

Membezakan antara peringkat-peringkat kemahiran mendengar.

2.1 Pengenalan

2.2 Definisi

2.3 Mendengar

2.4 Keperluan Mendengar

2.5 Kepentingan Mendengar

dengan Aktif

2.6 Peringkat Kemahiran

Mendengar

RINGKASAN

RUJUKAN

Bab 1: Pengenalan Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Bab 2: Kemahiran Mendengar

Bab 3: Kaedah Mengajar Kemahiran Mendengar

Bab 4: Aktiviti Pengajaran Kemahiran Mendengar

Bab 5: Dokumen Standard Kurikulum – Kemahiran

Mendengar dan Kemahiran Bertutur

Bab 6: Dokumen Standard Prestasi – Kemahiran

Mendengar dan Kemahiran Bertutur

Bab 7: Kemahiran Bertutur

Bab 8: Kaedah Mengajar Kemahiran Bertutur

Bab 9: Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur

Page 2: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur

2

Seseorang itu dikatakan dapat mendengar dengan baik apabila dia dapat mengecam,

mengenal, mengamati serta mendiskriminasikan bunyi-bunyi bahasa dari sekeliling mereka.

Kemahiran mendengar dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-

faktor fisiologi serta neurologi pendengaran seseorang itu terhadap kadar pendengarannya

dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya, seseorang itu boleh dikatakan

mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:n Lihat Rajah 2.1

Rajah 2.1 : Ciri-ciri Kemahiran Mendengar

2.1 PENGENALAN

Mendiskriminasikan bunyi-bunyi bukan bahasa

Mendiskriminasikan bunyi-bunyi bahasa

Mendengar secara kritikal

Menentukan idea utama / terpenting

Memahami perkataan, konsep dan kemahiran

Memahami ayat dan elemen linguistik bahasa yang lain

Membuat interen dan keseluruhan atau

kesimpulan

Mengingat kembali

Mengikut arahan

Memahami urutan atau sekuan

Page 3: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 2: Kemahiran Mendengar

3

Mengikut Chuah (1987)

terdapat perbezaan yang besar

antara proses mendegnar dan

dengar. Manakala oleh

penerangan Barker (1971)

pula boleh dirumuskan

sebagai mendengar adalah

suatu proses yang aktif dan

dengar adalah satu proses

yang pasif.

Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami,

mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses

fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu

proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.

Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada

kesemua pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.

Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati isitu

mendengar dengan menjiwai apa yang didengar oleh sebab dari sini timbul celik akal.

Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang

akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum

dalam proses pembelajaran.

Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ telinga bersamping dengan saraf

pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses

pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan

sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang

mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri.

Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini

melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference, mengagakkan hasil,

generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.

2.2 Definisi

Page 4: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur

4

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti

yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-

kanak dan dewasa. Barker (1971) telah

menjalankan satu kajian terhadap kemahiran

pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau

merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45%

digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16%

membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses

pendengaran berperanan penting dalam komunikasi.

Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati

peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi

kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru turut menyatakan bahawa proses mendengar

merupakan proses yang paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Proses mendengar menjadi perkara utama bagi mahasiswa universiti. Ini kerana proses

pengajaran di universiti biasanya secara kuliah dan pensyarah tidak memberi banyak peluang

kepada mahasiswa untuk mengemukakan pertanyaan. Keadaan ini mengambarkan betapa

perlunya seseorang mahasiswa mendengar bersungguh-sungguh ketika kuliah diberikan.

Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah pengajaran di

universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971 : I) menyatakan bahawa proses

pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah antara 50% - 100%.

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan

pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu

proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan.

Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahawa kemahiran lisan

melibatkan tiga perkara penting, iaitu;

i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman

pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu

keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan

menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,

ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi

tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada

persekitaran.

2.3 Mendengar

Page 5: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 2: Kemahiran Mendengar

5

iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran

dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang

diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun,

membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.

Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran

iaitu mendengar dan bertutur adalah terlibat,

walaupun berhubung rapat antara satu sama lain,

merupakan kemahiran yang berbeza.

Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan

yang paling asas dan ia berlaku di peringkat

penerimaan. Seseorang yang telah dapat

menguasai kemahiran mendengar harus dapat

mendengar dengan baik apa sahaja yang

dituturkan oleh orang lain dan dapat pula

memahami maksud serta boleh menginterpretasi

apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini

dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan

pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu.

Kemahiran lisan secara umum merujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang

yang bertutur, berkomunikasi atau berinteraksi untuk menyampaikan idea, pandangan, mahu

pun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa jua keadaan sekalipun di mana

atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima,

yakni memberi gerak balas atau respon yang tertentu. Ini juga bermakna dalam proses lisan

2.4 Keperluan Mendengar

1. Nyatakan definisi mendengar menurut Jalongo berkaitan kemahiran

lisan.

2. Jelaskan bagaimana proses mendengar boleh menjadi perkara utama bagi

mahasiswa universiti.

Page 6: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur

6

itu, komponen kemahiran mendengar juga ternyata penting. Dalam konteks ini, kemahiran

mendengar ialah suatu proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat.

Kebolehan untuk mendengar dengan baik dan juga berkesan sangat penting dalam kehidupan

seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memproses

maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga bagi seorang penutur yang

baik dapat menyampaikan perasaan dan juga pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam

interaksi tersebut.

Abd. Aziz Talib (2000) ada menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut

situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar dalam situasi

tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan rakan dan

sebagainya. Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar sangat penting kerana

kanak-kanak perlu mendengar dan memahami percakapan ibu bapa dan ahli keluarganya

yang lain. Begitu juga apabila dia perlu mendengar untuk berhibur seperti mendengar radio,

atau menonton televisyen.

Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang didengar adalah

bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan, pidato, kuiz, dan sebagainya

menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi.

Keperluan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat dilihat dari segi

tujuan kita mendengar. Abd. Aziz Talib (2000) juga turut memberikan tiga tujuan kita

mendengar, iaitu:

i

ii

iii

Mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat;

Mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di

dalam kelas, mendengar ceramah dan sebagainya.

Mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar

radio,menonton televisyen, atau filem, dan

Page 7: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 2: Kemahiran Mendengar

7

Rajah 2.1 Perilaku – ucapan Teori Chomsky

(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987 : 51)

KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR)

Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehidupan kerana kemahiran mendengar adalah

asas kepada proses komunikasi. Ini dapat dilihat interaksi dua hala akan terganggu apabila

salah seorang daripada individu tersebut gagal mendengar dengan baik (Lihat Rakah 2.2).

Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak.

Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu

mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-

bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang

biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar adalah asas

kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan menulis.

Keduanya, mendengar adalah kemahiran bahasa yang paling kerap digunakan oleh manusia.

Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan kepentingan mendengar,

iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan sebuah buku, kita bertutur bersamaan

sebuah buku seminggu, kita membaca bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis

bersamaan sebuah buku setahun.

Page 8: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur

8

Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang diabaikan. Proses

pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang menitikberatkan kemahiran ini dan guru

lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca dan menulis.

Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar dengan aktif,

antaranya adalah seperti yang berikut:

Dengan mendengar secara aktif anda akan lebih banyak belajar.

Anda akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih

berpengalaman lagi.

Anda akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang yang

bercakap kepada anda.

Dapat memberi tindak balas yang baik kepada orang yang sedang bercakap.

Anda juga akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain.

Anda akan mengikut arahan dengan lebih baik, rapi dan anda membuat sedikit

kesilapan dan mengurangkan kesilapan-kesilapan kecuaian.

Ianya tidak akan menyentuh perasaan anda, misalnya dalam masa perbincangan jika

rakan anda berbincang tentang sesuatu tajuk dan anda tertinggal, namun jika masih

bertanyakan masalah yang sama sudah pastinya akan memalukan diri sendiri.

Mengikut Barker (1971), terdapat empat asas keuntungan daripada proses mendengar dengan

aktif, iaitu:

2.5 Kepentingan Mendengar dengan Aktif

a) Keperluan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat

dilihat dari segi tujuan kita mendengar. Bincangkan

b) Jelaskan tiga tujuan kita mendengar.

Page 9: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 2: Kemahiran Mendengar

9

Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami,

mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses

fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu

proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.

Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada

kesemua pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.

Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati isitu

mendengar dengan menjiwai apa yang didengar oleh sebab dari sini timbul celik akal.

Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang

akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum

dalam proses pembelajaran.

Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ telinga bersamping dengan saraf

pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses

pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan

sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang

mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri.

Mendengar membantu anda mengembangkan pengetahuan dan kemahiran.

Dapat memajukan perkembangan perbendaharaan kata dan kemudahan

berbahasa.

Mendengar merupakan asas pertama dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Mendengar membolehkan anda melihat mesej yang penting dan tidak penting.

Page 10: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur

10

a) Jelaskan apakah yang dinyatakan sebagai pendengaran secara aktif.

b) Apakah makna proses pendengaran yang dinyatakan oleh Devine.

J

Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini

melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference, menjangkakan hasil,

generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.

Kemahiran mendengar melibatkan dua peringkat kemahiran.

Peringkat Pertama: Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi

bahasa yang hampir sama.

Contoh:

b - p

bagi pagi kibas kipas

baba bapa betis petis

jambi jambi bajak pajak

bawang pawang lobak lopak

d - l

dari lari daki Laki

ladang lalang dayang layang

dentum lentum dagu lagu

s - t

beras berat sari tari

kelas kelat surat tulat

keras kerat kabus kabut

2.6 Peringkat Kemahiran Mendengar

Page 11: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 2: Kemahiran Mendengar

11

Peringkat Kedua: Memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa,

klausa dan ayat

Pemahaman tentang bunyi bahasa bergantung pada pengetahuan, pengalaman budaya dan

sikap pendengar itu. Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-

unsur kefahaman yang berikut;

a) Pengetahuan tentang sistem bahasa.

b) Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.

c) Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar, seperti fakta dan budaya bahasa yang

didengar serta bagaimana bahasa digunakan.

Kemahiran mendengar boleh juga dibahagikan kepada tiga peringkat mengikut

perkembangan individu tertentu iaitu:

Peringkat Pertama (Peringkat Awal) Peringkat pertama dikenali sebagai peringkat awal. Pada peringkat ini beberapa kemahiran

mendengar yang perlu dikuasai ialah;

Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.

Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat.

Melakukan sesuatu yang disuruh.

Menjalankan perintah dan permintaan.

Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.

Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

Peringkat Kedua (Peringkat Pertengahan)

Peringkat kedua ialah peringkat pertengahan. Pada peringkat ini beberapa kemahiran yang

perlu dikuasai ialah;

Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.

Mengenal maklumat khusus.

Mengesan urutan.

Mengenal sebab dan akibat.

Mengenal perhubungan orang–orang yang berinteraksi.

Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.

g - k

gali kali tegak tekak

geli keli guli keli

garang karang gaya kaya

Page 12: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur

12

Peringkat Ketiga (Peringkat Maju)

Peringkat ketiga ialah peringkat maju. Pada peringkat ini kemahiran yang perlu dikuasai

ialah;

Mengenal isi-isi penting.

Mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap.

Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.

Mentafsirkan maksud orang yang bercakap.

Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan.

Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.

Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk struktur tatabahasa.

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar Dalam melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan pengajaran berjalan dengan berkesan. Perancangan boleh

dilakukan mengikut tiga peringkat yang berikut:

1) Peringkat Pramendengar

2) Peringkat Semasa Mendengar

3) Peringkat Selepas Mendengar

Peringkat Pramendengar

Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar.

Guru memberi gambaran yang menyeluruh atau penerangan ringkas tentang apa yang

hendak diperdengarkan.

Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan

dalam keadaan baik serta mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti berkenaan.

Guru memastikan murid dalam keadaan bersedia untuk mengikuti aktiviti.

Peringkat Semasa Mendengar

Guru memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan.

Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat

mungkin semasa aktiviti mendengar dijalankan.

Peringkat Selepas Mendengar

Guru menghuraikan tentang apa yang dikemukakan oleh murid dalam bahan rakaman

yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka.

Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.

Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan.

Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan yang bersesuaian dengan aktiviti

berkenaan.

Page 13: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 2: Kemahiran Mendengar

13

Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk

memahami, mengingati, menilai dan mengkritik.

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam

perkembangan pemerolehan bahasanya.

Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehidupan kerana kemahiran mendengar

adalah asas kepada proses komunikasi.

Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di

sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya

ketika dalam kandungan ibunya.

Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk

memahami, mengingati, menilai dan mengkritik.

Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem

saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu

proses yang melibatkan bidang psikologi.

Keperluan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat dilihat dari

segi tujuan kita mendengar.

Jelaskan secara ringkas peringkat kemahiran mendengar mengikut

perkembangan individu yang tertentu.

Page 14: EMB412 Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Dalam Bahasa Melayu - Bab 2 - Kemahiran Mendengar

Bab 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur

14

Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir.

Pemahaman tentang bunyi bahasa bergantung pada pengetahuan, pengalaman budaya

dan sikap pendengar itu.

Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar

Bakti.

______________. 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Musa. 1989. Tatabahasa Dewan Jil. 2. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli Md. Salleh, Sanat Md. Nasir dan Noor Ein Mohd. Noor (sunt). 1997. Kamus Linguistik.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifliey Hamid, Ramli Md Salleh, Rahim Aman. 2007. Linguistik Melayu Edisi Kedua.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.