kemahiran asas kaunseling

10
Tutorial 7, 8 & 9 Kemahiran Asas Kaunseling Lima kemahiran asas kaunseling: a. Kemahiran mendengar Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti dinyatakan di bawah; Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan. Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal. Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan- gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti bisik- bisikan hati sendiri. Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti berikut ; 1. Menyatakan semula Kaunselor menyebut semula apa yang telah dikatakan oleh kliennya dengan tepat 2. Menggambarkan semula

Upload: mexodeus-draxamus

Post on 01-Oct-2015

135 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

edu3073

TRANSCRIPT

Tutorial 7, 8 & 9Kemahiran Asas KaunselingLima kemahiran asas kaunseling:a. Kemahiran mendengarMendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti dinyatakan di bawah; Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan. Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal. Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri.Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti berikut ;1. Menyatakan semulaKaunselor menyebut semula apa yang telah dikatakan oleh kliennya dengan tepat

2. Menggambarkan semulaKaunselor akan memfokus pada isi kandungan serta perasaan klien. Akan tetapi, kaunselor perlulah menggunakan perkataannya sendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar faham dan mendengar percakapan klien tadi.

3. Memberikan respon

Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif iaitu seperti di bawah;Kemahiran 1: Memiliki sifat menghormati dan menerimaKemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klienKemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baikKemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baikKemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka. Kemahiran 6: ParafrasaKemahiran 7: Membuat refleksi perasaanKemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualanKemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awalKemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan

b. Kemahiran membina perhubunganTujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti:i. Membina suasana alam sekelilingii. Suasana terapeutikiii. Ruang untuk berkomunikasiiv. Penampilan diriv. Ekspresi mukavi. Kontak matavii. Pergerakan tangan dan kakiviii. Nada suaraix. Senyuman x. Cara cara duduk dalam kaunselingxi. Menggalakkan klien bercakap

c. Kemahiran MembalasMembalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada manusia. Dengan membalas kata-kata, manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan lain. Tujuan utama seseorang bertindak balas ke atas kata-kata orang lain adalah untuk menggalakkan penglibatan masing-masing di dalam perbualan itu. Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada sub kemahiran iaitu kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan kemahiran mendengar.Contoh:

Klien: Saya nak bincang masalah keluarga sayaKaunselor: Hmmm silakanKlien:Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup saya.Kaunselor: (angguk).

d. Kemahiran penstrukturanSekiranya penstrukturan dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Proses penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Penstrukturan formal adalah perlu sekiranya klien merupakan klien rujukan atau klien itu baru datang untuk sesi kaunseling buat pertama kali. Penstrukturan formal tidak perlu sekiranya klien itu pernah berjumpa dengan kaunselor sebelum ini ataupun sekiranya klien itu ingin terus menceritakan masalahnya.Dalam penstrukturan, kaunselor harus menerangkan peranan/tanggungjawab kaunselor dan klien sebelum memulakan sesi kaunseling. Biasanya, sesi kaunseling akan mengambil jangka masa selama 30 minit hingga 45 minit. Segala perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah dirahsiakan. Penstrukturan yang mudah dan ringkas ini dapat membantu klien memahami apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan daripadanya. Segala perkara yang dibincangkan nanti akan dirahsiakan oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa selamat dan percaya kepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa sahaja yang mengganggu atau timbul dalam fikirannya.

e. Kemahiran menyoalSoalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien.Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya terggugat.Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela. Selain itu, soalan boleh juga digunakan untuk menggalakkan atau mengurangkan percakapan klien. Dalam usaha kaunselor memahami lebih lanjut perkara yang ingin dirundingkan oleh klien, menyoal adalah satu cara yang perlu dilaksanakan. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.Kemahiran menyoal juga boleh menambahkan keupayaan kaunselor untuk mengumpul maklumat dengan lebih spesifik. Ia membantu kaunselor memahami butir-butir klien dengan lebih mendalam bagi membolehkannya membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang tepat itu. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan oleh kaunselor iaitu soalan jenis terbuka dan tertutup.

Kepentingan setiap tahap kaunselinga. Tahap prasesi Persediaan bagi kaunselor untuk peringkat ini bergantung kepada situasi di mana khidmat kaunseling itu diberikan sama ada klien dirujuk atau datang sendiri. Pada peringkat ini, kaunselor perlu menyediakan diri dengan mengetahui serba sedikit tentang profil klien menurut Abdul Ghani Sulaiman (2003). Ini boleh dilakukan dengan meminta klien mengisi borang biodata yang berkaitan tentang peribadi, peralatan fizikal, dan maklumat atau rekod-rekod mengenai klien. Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien, ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Tingkah laku dan prestasi yang ditunjukkan oleh bakal klien hendaklah disenaraikan manakala tingkah laku standard dan prestasi yang dijangka juga perlu disediakan..Kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Tahap prasesi juga penting untuk memberi keselesaan kepada klien. Di awal sesi, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien lebih selesa, tetapi jangan bercakap berbelit-belit sehingga boleh mengelirukan klien. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Kaedah yang dijalankan tidak mengancam klien agar klein tidak berasa terancam agar matlamat kaunseling tercapai.

b. Kemahiran membina hubungan Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Kaunselor perlu membina hubungan yang baik dengan klien bagi menggalakkan klien bercerita atau meluahkan perasan secara tidak langsung tanpa dipaksa. Hubungan yang baik dapat membantu kaunselor memahami masalah klien dengan lebih mendalam lagi. Menurut Mizan Adiliah, Halimatun Haliliah (2002), kemahiran membina hubungan bertujuan memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang menyakinkan dan membentuk kemesraan. Menurutnya lagi antara tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor adalah seperti menunjukkan tingkah laku lisan yang mesra, menunjukkan keinginan untuk menolong, mendengar apa yang diperkatakan oleh klien. Selain itu juga, kaunselor perlu membina suasana alam sekeliling, suasana tereutik, jarak iaitu ruang bagi berkomunikasi, penampilan diri, kontak mata, kedudukan dan pergerakan tubuh badan, senyuman dan nada suara. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran membina hubungan perlu diaplikasikan sepanjang sesi bagi mewujudkan kejelikitan dan suasana yang terapeutik antara kaunseling dan klien. Suasana terapeutik ini bukan sahaja antara kaunselor dank lien tetapi perlu memperhatikan suasana fizikal yang kondusif dan jarak antara ke dua-duanya.

c. Penerokaan masalah Kemahiran meneroka dengan mengaplikasikan segala asas kemahiran kaunseling. Ini bertujuan untuk membantu kaunselor membuat penerokaan secara mendalam terhadap kliennya dan menimbulkan perasaan empati terhadap permasalahan klien. Pernyataan klien pada peringkat awal tidak semestinya betul dan tepat, tetapi terpulang pada kebijaksanaan kaunselor mencungkil mempelawa dan memujuk kliennya menghuraikan aspek-aspek tertentu dalam masalah itu. Semua ini akan membatu kaunselor mengenal pasti punca dan pokok masalah awal. Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat penerokaan adalah proses berlakunya komunikasi yang didorong keikhlasan dan kejujuran serta berterus terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara ke dua-dua pihak. Segala perasaan tidak logic, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor atau klien perlu dihindari supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenar kaunseling. Bagi menjayakan sesi penerokaan kaunselor perlu bermatlamat untuk mendapatkan sebanyak yang mungkin permasalahan klien. Selain itu, kaunselor juga perlu mewujudkan perasaan terapeutik di dalam sesi.

d. Mengenalpasti masalah Peringkat ini dilakukan selepas meneroka masalah klien sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk memudahkan kaunselor membantu klien menyelesaikan masalah yang di hadapi klien. Ianya dibentuk hasil daripada perbincangan antara klien dan kaunselor setelah masalah klien dikenalpasti. Kemahiran yang dilakukan pada peringkat ini adalah untuk membantu memperjelaskan semula punca masalah dan membentuk matlamat sesi. Selain itu, kemahiran yang lebih mencabar seperti konfrantasi dan membuat interpretasi juga memainkan peranan yang amat penting.

e. Mengenalpasti dan membincang alternatif Kaunselor berbincang dengan klien untuk membentuk pelan tindakan. Mereka akan membincangkan alternatif yang dipilih dengan mengambil kelebihan dan kekurangan setiap pilihan yang dipilih. Kaunselor akan menentukan jangka masa sesuatu perubahan harus berlaku. Selain itu, kaunselor bertanggungjawab menilai kejayaan sesuatu alternatif yang dipilh melalui maklumbalas yang diterima oleh klien itu sendiri. Dalam memilih strategi-strategi ini, Suradi (1996) berpendapat bahawa ada empat strategi yang harus diutamakan oleh seseorang kaunselor bagi memberi informasi kepada kliennya. 1. Satu gambaran tentang pendekatan rawatan yang ada kaitan dengan kliennya2. Ada persefahaman pada tiap-tiap prosedur3. Kemungkinan sesuatu keadaan bagi setiap taip-taip prosedur itu termasuklah kebaikan dan risikonya sekali4. Waktu dan aktiviti-aktiviti yang terlibat pada setiap strategi itu Kesimpulannya, peringkat alternatif penyelesaian dan tindakan kaunselor perlu prihatin terhadap kemampuan perkembangan klien supaya dapat mengambil tindakan yang sesuai bagi membantu klien.

f. Mengambil tindakan dan menamatkan sesi Membuat penematan adalah peringkat akhir dalam sesi akaunseling Selepas klien dapat membantu dan memilih alternatif yang dianggap sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Pada peringkat ini, kaunselor perlu menggunakan peneguhan dengan tujuan menyakinkan pelajar dan memastikan pelajar benar-benar melaksanakan alternatif yang dipilih. Selain itu, kaunselor juga perlu memastikan objektif klien tercapai dan dia dapat mengaplikasi pembelajarn yang diperolehi semasa sesi di dalam pergaulan seharian. Kemahiran lain yang perlu dilakukan oleh kaunselor iaitu menstruktur sesi untuk penamatan, menyemak semula kemajuan dan pencapian matlamat dan pengukuhan pembelajaran yang diperolehi. Secara keseluruhannya, proses kaunseling diakhiri dengan penamatan iaitu kaunselor akan membuat rumusan besar pada peringkat ini. Kaunselor akan menyatakan semula isi penting yang diceritakan oleh klien pada awal sesi hingga mendapat jalan penyelesaian

Perbezaan pelaksanaan kaunseling individu dan kelompokKaunseling individu Kaunseling kelompok

1. Proses terapeutik terhad antara seorang kaunselor dengan seorang individu sahaja. Ini bermakna interaksi yang dijalankan melibatkan hanyalah dua hala sahaja1. Proses terapeutik berlaku antara kaunselor dengan beberapa individu dalam kelompok itu. Interaksi yang berlangsung pelbagai hala

2. Pertolongan atau bantuan yang diterima hanya satu hala, iaitu daripada kaunselor sahaja. Ini bermakna perbincangan ini tidak dipengaruhi pihak luar melainkan kaunselor itu sahaja2. Peserta-peserta berpeluang memberi dan menerima pertolongan sama ada daripada kaunselor atau peserta-peserta yang lain

3. Fungsi kaunselor tidak berubah3. Fungsi kaunselor sebagai ketua kumpulan dalam kelompok ini boleh berubah dan diambil alih oleh peserta-peserta lain

4. Suasana selesa dan percaya lebih mudah terbina kerana interaksi hanya melibatkan seorang sahaja4. Lebih sukar untuk membina situasi selesa dan percaya kerana pesertanya lebih daripada seorang dan mungkin perasaan malu di antara peserta dengan peserta lain

5. Klien hanya menumpukan perhatian kepada masalahnya sahaja dan mendapat teguran daripada kaunselor sahaja dan sebaliknya kaunselor hanya menumpukan kepada seorang klien sahaja. Peserta dapat memerhati tingkahlaku proses penyelesaian masalah dan cara mengendalikan masalah oleh peserta-peserta lain

6. Kaunselor memberi sepenuh perhatian kepada kliennya6. Perhatian kaunselor terbahagi kepada ramai peserta dan ini memberi peluang peserta yang merasa terancam dan kurang selamat berdiam diri sahaja

7. Tidak wujud identiti kelompok , bersatu padu dan semangat tolong menolong antara peserta seperti kaunseling kelompok7. Terdapat semangat koperatif iaitu tolong menolong, identity kelompok dan bersatu padu antara peserta.