kemahiran asas bola baling

12
Kemahiran asas bola baling Teknik asas permainan Menangkap dan menerima bola 1. asas posisi badan kedudukan kaki seluas bahu bahu menghadap kearah bola tumpuan kepada bola bahagian atas pinggang condong sedikit kearah pergerakan bola tagan dihalakan kearah bola siku di bengkokkan sedikit 2. asas posisi tangan bagi menerima bola tinggi(paras dada dan keatas),posisi tangan membentuk segi tiga dengan ibu jari dan jari telunjuk hamper bersentuhan antara kanan dan kiri bagi menerima bola rendah(paras pinggang dan kebawah),jari menghala ketanah dengan kedua-dua jari kelingking hamper bersentuhan 3. teknik menyerap momentum bola

Upload: ryan-tan

Post on 05-Jul-2015

1.685 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Asas Bola Baling

Kemahiran asas bola baling

Teknik asas permainan

Menangkap dan menerima bola

1. asas posisi badan

kedudukan kaki seluas bahu

bahu menghadap kearah bola

tumpuan kepada bola

bahagian atas pinggang condong sedikit kearah pergerakan bola

tagan dihalakan kearah bola

siku di bengkokkan sedikit

2. asas posisi tangan

bagi menerima bola tinggi(paras dada dan keatas),posisi tangan membentuk

segi tiga dengan ibu jari dan jari telunjuk hamper bersentuhan antara kanan dan

kiri

bagi menerima bola rendah(paras pinggang dan kebawah),jari menghala

ketanah dengan kedua-dua jari kelingking hamper bersentuhan

3. teknik menyerap momentum bola

tumpuan mata kepada pergerakan bola yang dating

tangan bergerak kearah bola dengan relaks

bengkokkan siku dan bawa tangan kedada apabila bola ditangkap

Page 2: Kemahiran Asas Bola Baling

4. ‘triple-threat-position

Kaki dibuka seluas bahu,pasang kekuda.

Lutut dibengkokkan sedikit

Pandang hadapan dengan badan di congdongkan sediki kehadapan

Kedudukan siku hamper dengan badan

Bola berada di paras dada

Menghantar bola

Terdapat sepuluh jenis hantaran dalam permainan bola baling,setiap satu

mempunyai karektor dan kelebihan yang unik.namun begitu,terdapat tejuh jenis

hantaran yang biasa digunakan oleh pemain

1. Hantaran atas bahu

Bola dipegang melepasi paras bahu dan di bawa ke belakang kepala

Kedudukan siku yang memegang bola di bengkokkan dengan kedudukan lengan

condong sedikit ke sisi

Bahagian atas badan tegak kepala didongakkan sedikit dan mata memandang

kesasaran

Pemain mengambil langkah kehadapan menggunakan kaki yang berlainan

dengan tangan yang membaling memindahkan berat badan dan kaki belakang

ke kaki hadapan

Semasa pemindahan berat badan,siku bagi tangan membaling dibawa

kehadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan

Page 3: Kemahiran Asas Bola Baling

kuat.pergelangan tangan disentap kebawah diikuti dengan jari-jari semasa

melepaskan bola.jari telunjuk menghala kesasaran di akhir perlakuan.

Tangan bebas dihalakan kesasaran

Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit.semakin jauh jarak baling,semakin luas

langkah pertama.ini akan membantu keseimbangan dan kawalan

pemain.biasanya langkahan dihalakan ke sasaran.

2. Hantaran tolak

Kedudukan pemain dengan kedudukan’posisi triple-threat’

Pergerakan siku dan langan dengan pantas kehadapan

Pergelangan tangan disentapkan kebawah diikuti dengan jari-jari semasa

melepaskan bola

Ikut lajak kearah sasaran.

3. Hantaran sisi

Hantaran ini dilakukan secara menyisi kesasaran

Pemain daripada keadaan kedudukan ‘posisi triple-threat’,mengankat siku

tangan membaling menghala kesasaran

Pada masa yang sama,pemain meluruskan lengan dan menghayunkannya

kesasaran

Semasa lengan lurus,pergelangan tangan disentap diikuti dengan jari-jari

semasa melepaskan

Lengan ikut lajak kearah sasaran

Page 4: Kemahiran Asas Bola Baling

4. Hantaran lompat

Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa kebelakang kepala

Kedudukan siku yang memegang bola dibenkokkan ddengan kedudukan lengan

condong sedikit ke sisi

Bahagian atas badan tegak,kepala didongakkan sedikit dan mata memandang

ke sasaran

Pemain melonjak kehadapan menggunakan kaki yang berlainan dengan tangan

membaling pemindahan berat badan dan kaki belakang kekaki hadapan.

semasa pemindahan berat badan ,siku bagi tangan membaling di bawa

kebelakang dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan

kuat.pergelangan disentapkan kebawah diikuti dengan jari-jari semasa

melepaskan bola.jari menghala kesasaran di akhir perlakuan.

Tangan bebas dihalakan ke sasaran

Lengan ikut lajak ke arah sasaran

5. Hantaran bawah lengan

Pemain berkedudukan ‘posisi triple-threat’

Bola dipegang melepasi paras bahu dan di bawa kebelakang badan.kedudukan

siku yang memegang bola dibengkokkan dan lebih tinggi dan kedudukan bola

yang dipegang.

Page 5: Kemahiran Asas Bola Baling

Bahagian atas badan dicondongkan sedikit ke hadapan,kepala didongakkan

sedikit dan mata memandang ke sasaran

Bola ditolak kesasaran dengan menjatuhkan siku tangan membaling.pindahkan

berat badan dan kaki belakang kekaki hadapan

Semasa pemindahan berat badan,tangan membaling dibawa kehadapan dengan

segera dan membuat hayunan lengan dengan segera dan membuat hayunan

lengan dengan kuat.pergelangan tangan disentap ke atas diikuti dengan jari-jari

semasa melepaskan bola

Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit.semakin jauh jarak baling,semakin luas

langkah pertama.ini akan membantu keseimbangan dan kawalan

pemain.biasanya langkahan dihalakan ke sasaran.

6. Hantaran lantun

Bola dipegang pada ‘posisi triple-threat’

Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan

condong sedikit ke sisi

Bahagian atas badan condong dan mata memandang ke sasaran

Pemain melantunkan bola dengan melangkah kaki menggunakan kaki yang

berlawanan dengan tangan membaling.pemindahan berat badan dan kaki

belakang ke kaki hadapan

Lengan ikut lajak ke arah sasaran

Menggelecek

Suatu pergerakan melantun bola ketanah secara berterusan dengan

menggunakan sebelah tangan atau bertukar tangan tanpa memegang bola.kemahiran

ini berkesan dalam tiga situasi apabila satu lawan satu,bergerak pantas bila ada

peluang bergerak berseorangan dan tidak dapat menghantar bola.

Page 6: Kemahiran Asas Bola Baling

Lutut dibengkokkan lebih kurang 120° dengan imbangan badan yang

terkawal.

Menyentuh tangan pada bahagian atas bola manakala jari sentiasa

terbuka

Melakukan lantunan bola dengan jari dan bukan dengan tapak tangan

Menolak bola ketanah dengan pergerakan pada pergelangan tangan

Badan hendaklah dibengkokkan sedikit kehadapan

Hendaklah fokuskan penglihatan pada hantaran yang akan dibuat dan

bukan pada bola

Tinggi lantunan hendaklah pada paras sederhana iaitu antara pinggang

dan lutut

Untuk membuat hadangan,badan pemain hendaklah sentiasa berdepan

dengan pihak lawan.

Menjaring

Menjaring merupakan tindakan terakhir beberapa siri teknik dan taktik

menjaring.berikut merupakan prinsip am menjaring

Mempunyai keyakinan diri

Berkemampuan mengawal imbangan dan pergerakan badan

Memberi tumpuan dan perhatian penuh

Bijak mencari ruang

Ikut lajak

Page 7: Kemahiran Asas Bola Baling

Jenis-jenis jaringan

Atas kepala

Lompat

Sisi/paras pinggang

Menjunam

Sambil berpusing

Lantun

Gerak keliru

Sudut

Mengacah

Lari dapatkan bola diudara dan mendarat dengan imbangan yang baik

Page 8: Kemahiran Asas Bola Baling

Posisi membolehkan pemain untuk mengubah arah bagi mengelirukan

pihak lawan

Gerakkan sebelah kaki kedepan mengawal bola dengan kedua-dua belah

tangan pada paras pinggang

Gerakkan badan kekiri dan kekanan untuk mengelirukan pihak lawan

Dengan pergerakan ini,pemain meju kehadapan dan melakukan gerak

keliru kearah pihak lawan

Mengadang

Mengadang merupakan kemahiran seseorang pemain dalam mengawal pergerakan

pemain lawan daripada menyerang atau menjaringkan gol.matlamat mengadang adalah

untuk menghalang pihak lawan daripada melakukan serangan yang mungkin dilakukan

sehingga menghasilkan gol

Kaki buka seluas bahu untuk mendapatkan sokongan yang kukuh

Lutut bengkok sedikit untuk mendapatkan kestabilan badan

Tangan diangkat menghadang pihak pihak penyerang

Luruskan badan dan kepala

Page 9: Kemahiran Asas Bola Baling

Penjaga gol

Tugas-tugas penjaga gol

o Menghalang pasukan lawan untuk membuat gol

o Merancang benteng pertahanan

o Merancang serangan balas

o Sentiasa mengikut pergerakan gol

Sifat-sifat baik penjaga gol

o Tindakbalas yang pantas

o Koordinasi mata-tangan yang pantas

o Kebolehan membongkok dan meluruskan badan dengan cepat

o Tidakbalas yang pantas mengikut bola

o Sentiasa bersedia

o Berkeupayaan serta berkebolehan membaca pergerakan dan tindakan

pihak lawan

o Berdisiplin

o Mematuhi peraturan permainan

o Keinginan mencapai kemenangan

Page 10: Kemahiran Asas Bola Baling

sistem kalah mati

Bagi perlawanan secara kalah mati ,jika kedudukan masih seri selepas sepenuh masa langkah-langkah berikut dipatuhi untuk menentukan pemenangnya

Perlawanan masa tambahan 5:1:5 akan diadakan setelah berehat 5minit Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama,satu minit diberi untuk

bertukar tempat dan perlawanan diteruskan Jika keputusan masih seri,balingan 7 meter akan dijalankan Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca,penglihatan kurang

jelas @ keadaan-keadaan lain yang tidak mengizinkan,maka lambungan syiling sebanyak 3 kali hendaklah dijalankan