8243606 bola-baling

27
PENGENALAN Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak. T T o o p p i i k k 5 5 Permainan Bola Baling HASIL PEMBELAJARAN Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola baling; 2. Mengaplikasikan kemahiran dalam strategi dan latihan permainan tersebut; dan 3. Mengaplikasikan pengetahuan bola baling ke dalam pengurusan, pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan.

Upload: sia-layteng

Post on 24-Jul-2015

301 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.

TTooppiikk 55 PermainanBola Baling

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola baling;

2. Mengaplikasikan kemahiran dalam strategi dan latihan permainan tersebut; dan

3. Mengaplikasikan pengetahuan bola baling ke dalam pengurusan, pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan.

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 71

SEJARAH PERMAINAN

Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling

Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman Kerajaan Greek, ÂharpastonÊ pada Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada Zaman Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dari Denmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan ÂtorballÊ berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada permainan bola baling masa kini.

Haandbold Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas sekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak menyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bola yang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola dengan menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.

5.1

AKTIVITI 5.1

Sebelum kita meneruskan topik ini, cuba nyatakan apa yang anda tahu tentang sejarah permainan bola sepak dan perkembangannya di Malaysia. Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang akan dibincangkan seterusnya di bawah.

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 72

Hazena Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia buat pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz gelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x 2.4m) dan masa permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan bola baling moden. Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasan yang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang yang hanya boleh bermain terhad di kawasan mereka.

Torball Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya di Jerman. Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan di kawasan gol diukur 4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainan ini telah menjadi popular di seluruh Eropah. Namun, disebabkan oleh setiap negara mempunyai peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya di peringkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu, penyelarasan peraturan pertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin.

Bola Baling Padang Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di kawasan padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz gol, kawasan gol dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi sedikit sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam sukan bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini dapat mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkat dunia, dan menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan di sukan Olimpik. Justeru itu, International Amateur Handball Federation (IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam dan dalam tempoh masa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah dipertandingkan di sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakan kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakan satu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada tahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghadkan permainan ini, saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagi membolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 73

Rajah 5.2: Logo International Handball Federation (IHF)

Bola Baling Dewan Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan, bahkan kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya. Namun, bola baling dewan lebih popular berbanding bola baling padang kerana ia dapat dimainkan dengan pantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpa gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan serta kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya menganjurkan kejohanan tertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan perkembangan bola baling di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satu lagi perkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bola baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan Olimpik Montreal dan menjadi salah satu sukan berpasukan yang paling popular di sukan Olimpik.

Rajah 5.3: Bola baling yang dimainkan di dalam dewan

SEMAK KENDIRI 5.1

(a) Nyatakan ciri-ciri permainan Haandbold, Hazena dan Torball.

(b) Di negara manakah permainan bola baling moden mula diperkenalkan?

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 74

5.1.1 Perkembangan di Malaysia

Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai sejarah asal usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di negara kita? Sukan bola baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini mula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun 1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan ini kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.

Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena meraikan Hari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada tahun 1978, permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai acara pertunjukan pada waktu itu.

Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada September 1979 di Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya telah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan yang pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA (Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikan pemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut.

Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986, Presiden MAHF telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama Asia Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi ahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertai Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 75

Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini ialah Y. Bhg. DatoÊ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa jawatan di peringkat antarabangsa seperti:

(a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)

(b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)

(c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)

(d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)

Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan satu kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al-Ahmad Al-Sabah Cup Championship untuk negara-negara yang baru dalam pembangunan bola baling.

Rajah 5.4: Logo Persatuan Bola Baling Malaysia(MAHF)

SEMAK KENDIRI 5.2

(a) Siapakah tokoh yang memperkenalkan sukan bola baling di Malaysia?

(b) Nyatakan secara ringkas tentang perkembangan sukan bola baling bermula di Malaysia.

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 76

5.1.2 Struktur Organisasi Persatuan

Rajah berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola Baling Malaysia.

Rajah 5.5: Struktur Organisasi Persatuan Bola Baling

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

5.2.1 Peraturan

Gelanggang Permainan

Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz gelanggang permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6). Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di

5.2

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 77

belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengah antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar. Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akan diperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol. Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang 1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antara garisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi.

Rajah 5.6: Ukuran Gelanggang Permainan

Rajah 5.7: Ukuran Tiang Gol

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 78

Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat

(a) MMasa Permainan Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagi umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan pemenang.

(b) IIsyarat Akhir Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan. Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjaga masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jam awam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30 minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa, pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel. Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat sementara, contohnya apabila salah satu pasukan meminta time-out dan bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan pada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola yang dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan. Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balingan percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda. Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama, maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut perbezaan masa yang wujud.

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 79

(c) MMemberhentikan perlawanan (time-out)Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya berlaku situasi seperti:

seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang

diminta oleh pasukan yang bermain

melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan

Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan sementara (time-out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung dan pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya, pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dan dimulakan semula berhubung dengan time-out. Pengadil juga akan memberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan wisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuat satu panggilan time-out selama satu minit untuk setiap separuh masa, tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan.

Rajah 5.8: Isyarat daripada pengadil

Rajah 5.9: Isyarat time-out kepada penjaga masa

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 80

BOLA PERLAWANAN Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang boleh memberi kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat di antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukur lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g. Bola mini hanya digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.

Rajah 5.10: Bola perlawanan untuk perlawanan bola baling

Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan

(a) PPasukan etiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah

pemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan seharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiap pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliau seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga skor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 81

berlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihak lawan. Hanya pemain berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba lewat di gelanggang, maka mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa atau penjaga skor untuk bermain.

(b) PPertukaran Pemain ertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap

yang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi salah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar dari garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan sementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain yang bersalah akan digantung daripada permainan selama dua minit dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum waktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai denda.

Rajah 5.11: Cara pertukaran pemain

(c) PPeralatan etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi

pasukan masing-masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran 20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 82

tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-barang yang merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota badannya atau pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemain tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan pemainan selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci.

Rajah 5.12: Contoh jersi dan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola baling

PENJAGA GOL Seorang penjaga gol dibenarkan:

(a) menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di dalam kawasan gol.

(b) bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di luar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan sebagai seorang pemain.

Penjaga gol tidak dibenarkan:

(a) melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan.

(b) menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain.

(c) menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di luar kawasan gol.

(d) mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol.

(e) menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari kawasan gol.

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 83

Rajah 5.13: Pergerakan penjaga gol yang dibenarkan

KAWASAN GOL Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan gol termasuk garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau memasukinya, denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain dalam gelanggang memasuki kawasan gol.

Contoh situasi yang sering berlaku ialah:

(a) pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola

(b) pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang memanfaatkan pemain tersebut.

Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan (defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol hendak dilakukan oleh pihak lawan.

Rajah 5.14: Kawasan Gol

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 84

Rajah 5.15: Pemain pasukan penghadang tidak dibenarkan berada di dalam kawasan gol

Rajah 5.16: Pemain tidak dibenarkan menghantar balik bola kepada penjaga gol pasukannya dan hukuman penalti akan diberikan sekiranya kesalahan ini berlaku

Rajah 5.17: Menjejakkan kaki ke dalam kawasan gol lawan selepas lajak balingan dibenarkan

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 85

SYARAT-SYARAT PERMAINAN

Pemain dibenarkan:

(a) membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha

(b) memegang bola tidak melebihi tiga saat

(c) membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah

(d) apabila berdiri atau berlari:

melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan

melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan

kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan

menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan

kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan

(e) menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain

(f) bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika hendak melakukan hantaran

Pemain tidak dibenarkan:

(a) menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki

(b) menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas lantai

(c) meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang

Rajah 5.18: Bermain bola baling dengan menggunakan sebahagian besar daripada anggota badan yang dibenarkan

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 86

Rajah 5.19: Memegang bola tidak melebihi tiga saat atau berjalan sambil memegang bola tidak melebihi tiga langkah juga dibenarkan

Rajah 5.20: Dibenarkan menerima bola sambil berjalan tiga langkah atau memegang bola tidak melebihi tiga saat

Rajah 5.21: Tidak menjadi kesalahan untuk menggelecek bola dengan menggunakan satu tangan tertentu sahaja

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 87

Rajah 5.22: Tidak dibenarkan menendang bola dengan kaki

Rajah 5.23: Tidak dibenarkan untuk menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergerak atau berada dalam keadaan pegun

KESALAHAN PERMAINAN Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku.

Pemain dibenarkan:

(a) menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat penguasaan bola itu

(b) menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola menjauhi pihak lawan.

(c) menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak lawan tidak menguasai bola.

Pemain tidak dibenarkan:

(a) menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan

(b) menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki

(c) menarik baju atau menolak lawan secara kasar

(d) membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya

Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut situasi yang berlaku.

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 88

Rajah 5. 24: Ia menjadi satu kesalahan untuk membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan untuk mencederakan

Rajah 5.25: Berlari merempuh pihak lawan juga tidak dibenarkan

Rajah 5.26: Menghadang pihak lawan dengan badan adalah tidak menjadi kesalahan

JARINGAN GOL Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan akan dikira sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 89

memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah diberikan atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan.

Rajah 5.27: Kedudukan bola semasa memasuki gol

BALINGAN MULA (THROW-OFF) Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia memilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan memulakan permainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi. Contohnya jikalau pasukan A telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama maka separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap balingan mula selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis masa tiga saat daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan mula dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainan sebelum sesuatu balingan mula dan pihak lawan harus berada sekurang-kurangnya tiga meter dari pembaling untuk memulakan permainan.

BALINGAN MASUK (THROW-IN) Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira sebagai bola keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh mengambil suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil. Apabila bola menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga akan diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola itu keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat, pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 90

Rajah 5.28: Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelah kaki mesti memijak garisan tepi

BALINGAN PENJAGA GOL

Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila:

(a) kawasan gol dimasuki pemain lawan

(b) bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek masuk ke kawasan gol.

(c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol

Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula bola yang telah dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain.

BALINGAN PERCUMA Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil di tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku. Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 91

Rajah 5.29: Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan 9 meter dan pengadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling

BALINGAN TUJUH METER

Balingan 7 meter diberi apabila:

(a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola.

(b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di kawasan gol.

Pihak pengadil akan memberikan time-out sekiranya penjaga gol mahu melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa balingan tersebut dilakukan.

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 92

Rajah 5. 30: Balingan 7 meter juga dikenali sebagai balingan penalti(sumber??)

BALINGAN PENGADIL

Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan jika:

(a) kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak

(b) apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang perlawanan

(c) tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang dilakukan

Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel dibunyikan. Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan dibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau dimainkan setelah mencapai puncak ketinggian balingan.

Rajah 5.31: Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 93

DENDA / HUKUMAN PERMAINAN

(a) Amaran / Kad Kuning

kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan

perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan

(b) Hukuman / Gantung Dua Minit

tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan

penggantian pemain yang tidak sah

perlanggaran peraturan permainan

kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan

(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain

melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan

telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga

tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya

mengugut pemain di luar gelanggang pemain

kekasaran hingga mencederakan pihak lawan

kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh

dibatalkan penyertaan

Rajah 5.32: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 94

Rajah 5.33: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil

Rajah 5.34: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan)

ISYARAT TANGAN PENGADIL

Rajah 5.35: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah lantun atau salah kawal bola

Rajah 5.36: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan membuang masa lebih tiga saat

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 95

Rajah 5. 38: Memukul pemain dan menangkap pemain

Rajah 5.39: Salah laku penyerang menolak dan jaringan gol merempuh ke arah lawan

Rajah 5.40: Balingan masuk dan balingan gol

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 96

Rajah 5.41: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan pengad dan jarakkan diri sejauh tiga meter

Sukan bola baling adalah salah satu sukan berpasukan yang paling popular yang dipertandingkan di sukan Olimpik.

Terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam permainan bola baling iaitu lelaki dan perempuan. Kedua-dua kategori ini menggunakan atau mengikut peraturan dan undang-undang yang sama dan hanya jenis bola sahaja yang berbeza.

(a) Nyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan atau diberhentikan permainannya.

(b) Apakah perbuatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam permainan bola baling?

(c) Terangkan apa yang dimaksudkan sebagai ÂTime-OutÊ dalam permainan bola baling

SEMAK KENDIRI 5.3