kemahiran asas dalam bola baling

7
2.2 Kemahiran Asas Bola Baling. Dalam permainan bola baling, teknik kemahiran amat penting. Untuk mendapatkan peningkatan tahap kemahiran, pemain harus melalui teknik pengelolaan latihan yang teratur. Kebolehan deria dan pergerakan motor seeorang pemain juga sangat penting dalam peningkatan pretasi dirinya. Tambahan lagi, disiplin diri dan sikap semula jadi akan menyesuaikan diri pemain untuk menjalani latihan kemahiran dengan besungguh-sungguh. Secara umumnya, kemahiran asas bola baling dapat di bahagikan kepada sembilan aktivit yang terdiri daripada berlari, melompat, membuat hantaran dan tangkapan, menangkap, menggelecek, menghadang, menjaring, mengacah dan menjaga pintu gol. 1. Berlari Berlari merupakan satu kemahiran yang penting dalam permainan bola baling. Kelebihannya adalah dapat melakukan pelbagai gerakan yang spontan seperti larian pecut, lari sisi, larian ke belakang, dan larian mengejut. Dengan memiliki kemahiran ini, pemain akan dapat mengawal larian dengan bijak serta mengubah-ubah hala supaya dapat merancang serangan dan mengelirukan pihak lawan semasa perlawanan. 2. Melompat Melompat merupakan satu kemahiran mempunyai kelebihan dalam permainan bola baling. Lompatan yang tinggi dapat menyambut hantaran bola dan menjaringkan gol. Semasa di udara pemain dapat membuat pelbagai gerakan yang mengelirukan penjaga gol pihak lawan menjangka balingannya. 3. Hantaran Dan Tangkapan Setiap pemain haruslah menguasai kemahiran menbuat hantaran dan tangkapan dengan tangan dan bola. Untuk menguasai kemahiran ini perlu teknik dan latihan yang berterusan. Kejayaan sesebuah pasukan adalah bergantung kepada kemahiran baik daripada kemahiran hantaran dan tangkapan pemanin yang bagus. Contoh kemahiran menghantar adalah seperti :- i. Hantaran atas bahu 14

Upload: kimi90728

Post on 28-Oct-2015

2.782 views

Category:

Documents


129 download

DESCRIPTION

bola baling

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Asas Dalam Bola Baling

2.2 Kemahiran Asas Bola Baling.

Dalam permainan bola baling, teknik kemahiran amat penting. Untuk

mendapatkan peningkatan tahap kemahiran, pemain harus melalui teknik pengelolaan

latihan yang teratur. Kebolehan deria dan pergerakan motor seeorang pemain juga

sangat penting dalam peningkatan pretasi dirinya. Tambahan lagi, disiplin diri dan sikap

semula jadi akan menyesuaikan diri pemain untuk menjalani latihan kemahiran dengan

besungguh-sungguh. Secara umumnya, kemahiran asas bola baling dapat di bahagikan

kepada sembilan aktivit yang terdiri daripada berlari, melompat, membuat hantaran dan

tangkapan, menangkap, menggelecek, menghadang, menjaring, mengacah dan

menjaga pintu gol.

1. Berlari

Berlari merupakan satu kemahiran yang penting dalam permainan bola baling.

Kelebihannya adalah dapat melakukan pelbagai gerakan yang spontan seperti larian

pecut, lari sisi, larian ke belakang, dan larian mengejut. Dengan memiliki kemahiran ini,

pemain akan dapat mengawal larian dengan bijak serta mengubah-ubah hala supaya

dapat merancang serangan dan mengelirukan pihak lawan semasa perlawanan.

2. Melompat

Melompat merupakan satu kemahiran mempunyai kelebihan dalam permainan

bola baling. Lompatan yang tinggi dapat menyambut hantaran bola dan menjaringkan

gol. Semasa di udara pemain dapat membuat pelbagai gerakan yang mengelirukan

penjaga gol pihak lawan menjangka balingannya.

3. Hantaran Dan Tangkapan

Setiap pemain haruslah menguasai kemahiran menbuat hantaran dan tangkapan

dengan tangan dan bola. Untuk menguasai kemahiran ini perlu teknik dan latihan yang

berterusan. Kejayaan sesebuah pasukan adalah bergantung kepada kemahiran baik

daripada kemahiran hantaran dan tangkapan pemanin yang bagus. Contoh kemahiran

menghantar adalah seperti :-

14

Page 2: Kemahiran Asas Dalam Bola Baling

i. Hantaran atas bahu

ii. Hantaran atas kepala

iii. Hantaran lob

iv. Hantaran paras dada

v. Hantaran sisi

vi. Hantaran lantun sebelah tangan

vii. Hantaran lantun dua belah tangan

Berikut adalah gambar kemahiran hantaran dalam permainan bola baling : -

15

Rajah 4 Hantaran atas bahu

Hantaran atas kepala

Hantaran Paras Dada Hantaran Sisi

Hantaran lob

Page 3: Kemahiran Asas Dalam Bola Baling

4. Tangkapan ( Menangkap Bola )

Kemahiran hantaran dan menangkap bola merupakan kombinasi kemahiran

penting dalam pengawalan bola. Prinsip utama adalah mengawal bola, mematikan

kelajuan, memegang dengan cengkaman tangan yang fleksibel. Tangkapan yang yang

kemas juga memerlukan ketajaman mata dan jangkaan kepantasan untuk menangkap

bola. Tangkapan yang tepat juga berkait dengan kebolehan melontar bola dengan tepat

ke sasaran.

16

Rajah 5 Hantaran Lantun Sebelah Tangan

Rajah 6 Kedudukan jari dan tangan

Rajah 8 Menyambut Bola Aras Muka

Hantaran Lantun dua belah Tangan

Rajah 7 Menyambut rendah

Page 4: Kemahiran Asas Dalam Bola Baling

5. Menggelecek Mengacah Dan Mengawal Bola

Menggelecek adalah satu kemahiran melantunkan bola di lantai dengan sebelah

tangan sahaja sambil membuat gerangan serangan.Kebolehan jari membuka luas akan

dapat mengawal pergerakan bola menuju ke pihak lawan.Semasa membuat lantunan

bola hendaklah menolak bola ke arah hadapan padang.

17

Rajah 9 Menyambut Bola dengan sebelah tangan

Rajah 10 Menyambut Bola tinggi

Rajah 11 Menggelecek sambil menukar arah

Rajah 13 Menggelecek sambil mengawal bolaRajah 14 Menggelecek sambil mengacah

Rajah 12 Mengacah dua lawan satu

Page 5: Kemahiran Asas Dalam Bola Baling

6. Menghadang Dan Mengawal

Menghadang atau mengawal adalah bertjuan untuk menghalang serangan gol

oleh pihak lawan. Ia jugabertujaun untuk melambatkan serangan supaya rakan-rakan

sempat melakukan pertahanan. Dengan menghalang juga akan dapat mematahkan

perancangan serangan pihak lawan. Selain itu, halangan juga boleh memberikan ruang

atau kesempatan pada rakan untuk membuat serangan berterusan dan sentiasa

berusaha merampas bola semula apabila bola dikawal pihak lawan.

18

Page 6: Kemahiran Asas Dalam Bola Baling

Rajah 15 jenis-jenis menghadang

7. Teknik Menjaring Gol

Jaringan gol merupakan kemuncak permainan bola baling. Jaringan yang cantik

akan memberikan kepuasan dan menjadi keseronokan pada penonton. Perangkaan

jaringan gol dal permainan ini boleh mencecah ke puluhan gol. Terdapat pelbagai teknik

dalam kemahiran menjaring gol.

19

Page 7: Kemahiran Asas Dalam Bola Baling

Rajah 16 jenis-jenis rejaman

8. Kemahiran Penjaga Gol

Dalam permainan bola baling, penjaga gol merupakan barisan terakhir

pertahanan pasukan. Penjaga gol mmerupakan pemain yang penting yang bertugas

menghalang setiap cubaan jaringan pihak lawan dari 9 meter dan dianggap satu

kelebihan jika dapat menyelamatkan percubaan jarak dekat 6 meter. Penjaga gol

haruslah mempunyai kelebihan dari segi kecergasan mental, fizikal serta keseimbangan

emosi yang tinggi agar dapat mengawal permainan sepanjang masa perlawanan.

Rajah 17 kemahiran menjaga gol

20