4. peraturan bola baling

18
IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H) 8.0 PERATURAN BOLA BALING 8.1 Pengenalan Permainan bola baling adalah sejenis permainan berpasukan yang melibatkan 14 orang iaitu tujuh orang sepasukan. Biasanya, dalam sesuatu perlawanan bola baling. Satu pasukan akan terdiri daripada 12 orang pemain, termasuk lima orang pemain simpanan atau pemain gantian. Antara tujuh orang pemain dalam satu pasukan, seorang akan menjadi penjaga gol manakala yang lain akan menjadi pemain gelanggang. Bola baling boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dan pelbagai peringkat umur. Sesuatu perlawanan bola baling akan diadili dua orang pengadil. 8.2 Memulakan Permainan Bagi membolehkan sesuatu perlawanan dimulakan, sekurang-kurangnya lima orang pemain daripada bilangan maksimum tujuh orang dan kedua-dua pasukan harus berada di padang atau di gelanggang permainan. Sekiranya bilangan pemain kurang daripada lima orang, perlawanan akan ditangguhkan atau dibatalkan kerana undang-undang telah menetapkan lima orang sebagai bilangan pemain minimum bagi membolehkan perlawanan dimulakan. Ketua pasukan dan kedua-dua pasukan akan dipanggil oleh pengadil untuk membuat pengundian melalui lambungan duit syiling bagi menentukan pasukan yang akan memulakan perlawanan terlebih dahulu. Ketua pasukan yang memenangi undian berhak membuat lontaran mula atau memilih salah sebelah kawasan permainan. Lontaran mula mesti dilakukan dalam tempoh 3 saat dan tengah-tengah gelanggang setelah pengadil meniupkan wisel. Semasa perlawanan dimulakan, setiap permain perlu berada di kawasan gelanggang atau padang sendiri, manakala pemain dan pasukan lawan perlu berada sekurang-kurangnya 3 meter dan pemain yang membuat lontaran sehingga bola dilepaskan daripada tangannya. 8.3 Tempoh Permainan Bola baling dimainkan dalam dua tempoh permainan. Tempoh permainannya adalah seperti berikut: 1. Untuk pemain lelaki dan perempuan dewasa atau mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun, tempoh permainan ialah 30 minit bagi tiap-tiap satu tempoh atau separuh masa dengan 10 minit masa rehat diberikan antara dua MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 72

Upload: adrine-sapari

Post on 19-Jul-2015

602 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

8.0 PERATURAN BOLA BALING

8.1 Pengenalan

Permainan bola baling adalah sejenis permainan berpasukan yang melibatkan 14

orang iaitu tujuh orang sepasukan. Biasanya, dalam sesuatu perlawanan bola baling.

Satu pasukan akan terdiri daripada 12 orang pemain, termasuk lima orang pemain

simpanan atau pemain gantian. Antara tujuh orang pemain dalam satu pasukan,

seorang akan menjadi penjaga gol manakala yang lain akan menjadi pemain

gelanggang. Bola baling boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dan pelbagai

peringkat umur. Sesuatu perlawanan bola baling akan diadili dua orang pengadil.

8.2 Memulakan Permainan

Bagi membolehkan sesuatu perlawanan dimulakan, sekurang-kurangnya lima

orang pemain daripada bilangan maksimum tujuh orang dan kedua-dua pasukan

harus berada di padang atau di gelanggang permainan. Sekiranya bilangan pemain

kurang daripada lima orang, perlawanan akan ditangguhkan atau dibatalkan kerana

undang-undang telah menetapkan lima orang sebagai bilangan pemain minimum

bagi membolehkan perlawanan dimulakan. Ketua pasukan dan kedua-dua pasukan

akan dipanggil oleh pengadil untuk membuat pengundian melalui lambungan duit

syiling bagi menentukan pasukan yang akan memulakan perlawanan terlebih dahulu.

Ketua pasukan yang memenangi undian berhak membuat lontaran mula atau

memilih salah sebelah kawasan permainan. Lontaran mula mesti dilakukan dalam

tempoh 3 saat dan tengah-tengah gelanggang setelah pengadil meniupkan wisel.

Semasa perlawanan dimulakan, setiap permain perlu berada di kawasan

gelanggang atau padang sendiri, manakala pemain dan pasukan lawan perlu berada

sekurang-kurangnya 3 meter dan pemain yang membuat lontaran sehingga bola

dilepaskan daripada tangannya.

8.3 Tempoh Permainan

Bola baling dimainkan dalam dua tempoh permainan. Tempoh permainannya adalah

seperti berikut:

1. Untuk pemain lelaki dan perempuan dewasa atau mereka yang berumur lebih

daripada 18 tahun, tempoh permainan ialah 30 minit bagi tiap-tiap satu

tempoh atau separuh masa dengan 10 minit masa rehat diberikan antara dua

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 72

Page 2: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

tempoh tersebut. Sebarang masa gangguan atau masa kecederaan akan

ditambah selepas setiap tempoh berakhir.

2. Untuk pemain lelaki dan perempuan dan peringkat umur atau kategori lain,

tempoh permainan ialah 20 minit bagi tiap-tiap separuh masa permainan

dengan 10 minit masa berehat diberikan antara dua tempoh tersebut.

3. Untuk pertandingan di peningkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

(MSSM), tempoh permainan adalah seperti berikut:

• Secara liga: 20 minit diberikan untuk setiap separuh masa dengan 10

minit masa rehat (20:10:20).

• Secara kalah mati. 20 minit diberikan, untuk setiap separuh masa

dengan 10 minit masa rehat (20:10:20).

Kedua-dua pasukan akan menukar kawasan permainan semasa separuh

masa kedua bermula, dan pasukan yang tidak membuat lontaran mula pada separuh

masa pertama akan melakukannya pada separuh masa kedua ini Permainan akan

berakhir dengan kemenangan dan kekalahan salah satu pasukan ataupun seri. Jika

peraturan permainan memerlukan satu pasukan digelar pemenang pada akhir

permainan dan permainan berakhir dengan keputusan seri, masa tambahan selama

5 minit bagi tiap-tiap separuh masa tanpa masa rehat harus dibenikan. Permainan

pada masa tambahan ini akan dimulakan dengan undian sekali lagi, iaitu melalui

lambungan duit syiling oleh pengadil Jika keputusan masih seri, masa tambahan

sepenti yang dinyatakan akan diberi dan dimulakan setelah 5 minit masa rehat

diberikan kepada kedua-dua pasukan. Jika keputusan masih seri, undang-undang

pertandingan boleh diamalkan dan biasanya lontaran penalti diadakan untuk

menentukan pasukan pemenang.

8.4 Peraturan Memainkan Bola

Pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling, melantun atau

memukul bola dengan apa jua cara, sama ada menggunakan tangan, lengan,

kepala, peha atau lutut. Pemain dibenarkan menyimpan bola tidak melebihi 3 saat

sebelum dia memberikan bola kepada rakannya atau melakukan gerakan

selanjutnya. Pemain harus mengambil tiga langkah maksimum semasa memegang

bola, selepas itu bola perlu dihantar kepada rakan atau melakukan gerakan

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 73

Page 3: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

selanjutnya. Pemain juga dibenarkan melantun bola dan menangkapnya semula

semasa berlari atau berdiri. Pemain dibenarkan menghalang pemain lawan dengan

badan walaupun dia tidak memegang bola.

Walau bagaimanapun, pemain tidak dibenarkan meragut atau memukul bola

dari tangan pemain lawan. Pemain tidak dibenarkan menghalang pemain lawan yang

tidak memegang bola sama ada dengan menggunakan lengan, tangan atau kaki.

Pemain juga tidak dibenarkan memegang pihak 1awan dan memukul, menolak,

membentes, atau menjatuhkan diri di depan pemain lawan: atau mengancam

pemain lawan dengan apa jua cara sekali pun. Pemain tidak dibenarkan memasuki

kawasan gol pihak lawan. Pemain tidak dibenarkan melakukan sesuatu yang boleh

membahayakan penjaga gol pihak lawan, dan tidak dibenarkan menjunamkan badan

untuk mendapatkan bola.

I. Memegang tangan dan menolak pihak Iawan

2. Memegang badan pihak lawan

3 Melanggar pihak pertahanan yang statik

4. Memasuki kawasan gol pihak lawan

5. Menghalang dengan badan

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 74

Page 4: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

Aksi memainkan bola yang tidak dibenarkan:-

1.Memegang tangan dan menolak pihak lawan

2. Memegang badan pihak lawan

3. Melanggar pihak pertahanan yang statik

4. Memasuki kawasan gol pihak lawan.

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 75

Page 5: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

8.5 Penjaga Gol

Seorang penjaga gol dibenarkan menggunakan sebarang cara untuk

menjaga gol, asalkan tidak melanggar undang-undang permainan yang telah

ditetapkan. Penjaga gol boleh bergerak bebas dengan bola di dalam kawasan golnya

tanpa mengira langkah dan had masa. Walau bagaimanapun, penjaga gol apabila

berada di luar kawasan gol, dia dianggap sebagai pemain gelanggang dan mesti

mematuhi undang-undang pemain gelanggang. Penjaga gol dibenarkan keluar dan

memasuki semula kawasan gol tanpa memegang bola.

Rajah 1 : Penjaga gol

8.6 BALINGAN BOLA

Balingan ke Dalam

Balingan atau lontaran ke dalam diberikan apabila seluruh bahagian bola

melepasi garisan tepi. Pasukan yang tidak melakukan kesalahan berpeluang

melakukan balingan ke dalam. Balingan perlu dilakukan di tempat di mana bola itu

melepasi garisan tepi. Balingan penjuru dianggap sebagai balingan ke dalam tetapi

dilakukan di penjuru gelanggang atau padang permainan. Balingan ke dalam

ditunjukkan pada Rajah di bawah manakala balingan penjuru atau sudut.

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 76

Page 6: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

Rajah 2 : Balingan ke dalam Rajah 3 : Balingan sudut

Balingan Gol

Penjaga gol melakukan balingan gol dan kawasan golnya jika seluruh bahagian bola

melepasi ganisan gol dan telah disentuh kali terakhir oleh pemain lawan, ataupun

penjaga go! yang menahan bo!a di dalam kawasan gol sendiri. Balingan gol

ditunjukkan pada rajah di bawah .

.

Rajah 4 : Balingan Gol

Balingan Percuma

Balingan percuma diberikan bagi kesalahan-kesalahan berikut:

• Kesalahan memasuki atau meninggalkan gelanggang.

• Kesalahan semasa memainkan bola.

• Kesalahan semasa dalam pertahanan, menghalang dan menyerang.

• Memainkan bola dengan sengaja supaya bola melepasi garisan gol.

• Memasuki kawasan gol (bagi pemain gelanggang).

• Kesalahan yang dilakukan oleh penjaga gol.

• Berkelakuan kurang sopan.

• Kesalahan semasa melakukan balingan.

Balingan percuma harus dilakukan dengan serta-merta di tempat berlaku

kesalahan tanpa menunggu tiupan wisel oleh pengadil. Pemain yang melakukan

balingan percuma mesti meletakkan satu kaki di atas padang dan dia tidak boleh

manyentuh bola yang telah dilontar sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 77

Page 7: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

Rajah 5 : Balingan percuma

Balingan Penalti

• Balingan penalti akan diberikan dalam situasi berikut: -

• Permainan yang kasar dan berbahaya.

• Kesalahan di mana peluang yang jelas untuk menjaringkan gol dimusnahkan oleh pihak lawan.

• Pemain sengaja memasuki kawasan golnya bagi tujuan bertahan.

• Penjaga gol membawa bola masuk ke kawasan golnya.

• Pemain sengaja memberikan bola kepada penjaga golnya.

• Kesalahan yang melibatkan penggantian peniaga gol.

Rajah 6 : Balingan Penalti

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 78

Page 8: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

Semasa melakukan balingan penalti, salah satu kaki pemain yang

melakukan balingan penalti tersebut tidak dibenarkan menyentuh atau

melintasi garisan balingan penalti. Balingan mesti dilakukan dalam masa 3

saat setelah pengadil gelanggang meniup wisel. Balingan penalti ditunjukkan

pada Rajah di atas.

8.7 Penggantian Pemain

Setiap pemain boleh menggantikan dan digantikan pada bila-bila masa tanpa

had, asalkan dia memberitahu penjaga masa dan pengadil terlebih dahulu. Pemain

yang digantikan perlu meninggalkan padang terlebih dahulu sebelum penggantinya

dibenarkan masuk. Kesalahan panggantian akan dihukum dengan balingan percuma

dan dilakukan di tempat pemain tersebut melakukan kesalahan. Rajah di bawah

menunukkan aksi yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa penggantian

pemain.

Bal

ingan

Pengadil

Permainan dimulakan dengan balingan oleh pengadil dalam situasi berikut: -

• Kedua-dua pasukan melakukan kesalahan pada masa yang sama.

• Permainan tergganggu oleh sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

Pengadil gelanggang melakukan balingan dengan mernbaling bola secara

menegak ke atas tanpa tiupan wisel, di tempat di mana bola tersebut berada sernasa

permainan tergendala. Jika tempat tersebut adalah di antara garisan balingan

percuma dengan garisan kawasan gol tempat yang terdekat di luar garisan balingan

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 79

Rajah 7 : Dibenarkan

Penggantian pemain

Rajah 8 : Tidak dibenarkan

Penggantian pemain

Page 9: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

percuma akan dipilih sebagai tempat balingan oleh pengadil. Balingan pengadil

ditunjukkan pada rajah di bawah.

Rajah 9 : Balingan pengadil

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 80

Page 10: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

9.0 HUKUMAN-HUKUMAN

16.1 Amaran boleh dberikan seperti:

a. Kesalahan-kesalahan terhadap pihak lawan (5:5 dan 8:2) yang mana tidak

dikatogerikan sebagai “hukuman ansur maju” (punished progressively) di 8:3;

> Amaran MESTI diberikan apabila;

b. Kesalahan-kesalahan yang perlukan hukuman ansur maju. (8:3)

c. Kekasaran semasa pemain penyerang melakukan balingan. (1 5:7)

d. Tidak mempunyai semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai

Komen

>Seorang pemain tidak boleh diberikan lebih daripada satu (1) amaran (kad kuning.

Satu pasukan tidak bo!eh melebihi tiga (3) amaran (kad kuning,).

> Pemain yang telah diberi 2 minit pengantungan tidak boleh diberi kad kuning

berikutnya.

> Tidak melebihi satu amaran (kad kuning) ditunjukkan kepada pegawai-pegawai

pasukan.

16.2 Pengadil akan menunjukkan kad kuning kepada pemain atau pegawai dan

seterusnya menunjukkan kepada penjaga masa / pencatat untuk dibuat catatan.

Ukuran Kad 9 cm x 12 cm.

16.3 Penggantungan pemain ialah 2 mint permainan dengan menunjukkan tanda

penggantungan selepas memberhentikan masa permainan (Isyarat No, 14)

Penggantungan diberi seperti berikut;

a) Melakukan kesalahan penggantian pemain atau masuk gelanggang tanpa

izin.

b) Mengulangi kesalahan –kesalahan yang perlu dihukum dengan ansur maju.

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 81

Page 11: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

c) Berulang kali melakukan sikap tidak semangat kesukanan oleh pemain di

dalam atau di luar gelanggang.

d) Untuk kesalahan kali kedua oleh seorang pegawai pasukan setelah seorang

daripada pegawai tersebut menerima amaran.

e) Tidak meletakkan bola serta merta apabila berlaku kesalahan.

Komen

Peraturan 16b ,c, dan d menunjukkan hukuman diberikan berasaskan kekerapan

pemain melakukan kesalahan atau bersikap tiada semangat kesukanan. Sehubungn

itu, pengadil perlu meneliti sama ada hukuman gantungan 2 minit diberikan kepada

pemain atau pegawai pasukan yang belum lagi menerima hukuman awal ataupun

pasukannya masih belum menerima hukuman amaran (kad kuning yang maksima

(ketiga). ApabiIa gantungan 2 minit dberikan kepada seseorang pegawai pasukan

mengikut peraturan 16:3b, pegawai itu masih boleh berada di bangku pengganti dan

menjalankan tugasnya. Akan tetapi, jumlah pemain di geanggang permainan

dikurangkan selama 2 minit.

16.4 Selepas meminta Time out, pengadil akan menunjukkan syarat: cantuman 2

minit kepada pemain yang salah laku kepada penjaga masa dan pencatat.

Masa penggantungan adalah 2 minit dalam masa permainan. Penggantungan Kali

ketiga pada seorang pemain yang sama, hukumannya disingkir (Kad Merah).

Sepanjang masa penggantungan, tiada pemain lain boleh menggantikannya.

Penggartungan 2 minit akan dibawa ke separuh masa kedua, kiranya masa

penggantungan belum tamat di separuh masa pertama:

9.1 PEMBATALAN (KAD MERAH)

16.5 Pembatalan (kadmerah) BOLEH diberikan kepada;

a. Pemain yang tidak didaftarkan dalam permainan itu (4:3)

b. Kesalahan kali ketiga atau kesalahan berturutan oleh pegawai yang melakukan

kesalahan tiada semangat kesukanan selepas salah seorang pegawai menerima

hukuman gantung 2 minit. (16:3d (8:4).

c. Membahayakan pihak lawan. (8:5)

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 82

Page 12: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

d. Menunjukkan tiada semangat kesukanan yang serius oleh pemain atau pegawai

pasukan samada di dalam atau di luar gelanggang.

e. Menyerang atau bergaduh di luar masa bermain iaitu sebelum bermain)atau

semasa rehat (8:7) (16:13 bd).

f. Serbuan (assault) pegawai pasukan (8:7)

g. Kerana gantungan kali ke 3 kepada pemain yang sama (16:5).

h. Mengulangi sikap tidak semangat kesukanan oleh pemain atau pegawal pasukan

semasa pertukaran gelanggang. (16:3d)

9.3 PENYINGKIRAN (EXCLUSION)

16.7 Penyingkiran BOLEH diberikan;

jika pemain melakukan kesalahan yang serius, (Penjeasan di Per.8:7) semasa

permainan, dan di geIanggang atau di luar gelanggang permainan. (16:13,

perenggan 1 dan 2:6).

16:8 Selepas ‘Time out oleh pengadil, beliau akan menunjukkan isyarat kepada

pemain yang melakukan kesalahan serta kepada pencatat dan penjaga masa.

(Isyarat No.15)

16.9 Penyingkiran meliputi keseluruhan masa permainan ketika itu. Pasukan tersebut

akan terus bermain dengan kekurangan seorang pemain hingga tamat permainan.

Pemain yang disingkir hendaklah meninggalkan geIanggang dan tempat pemain

gantian dan tidak dibenarkan diganti hingga tamat permainan. Pemain tersebut: tidak

boleh bercakap atau menghubungi pasukannya.

Berlaku Kesalahan Pada Situasi Yang Sama

16.10 Jika seseorang pemain atau pegawai yang melakukan lebih daripada satu

kesalahan, atau berturut-turut, sebelum permainan diteruskan, maka kesalahan yang

lebih serius diambil kira iaitu, kesalahan seperti menyerang (assault)

Tetapi, pada situasi yang tertentu, pasukan tu boleh didenda dengan 4 minit

penggantungan.

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 83

Page 13: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

a.Jika pemain yang telah diberikan 2 minit pengantungan melakukan sikap tiada

semangat kesukanan sebelum permainan disambung, dia akan digantung

dengan 2 minit. (16:3h). Jika pengantungan ini adalah kali ketiga, maka pemain

itu dibatalkan.

b. Jika seseorang pemain dibatalkan (samada kerana penggantungan kali ketiga

atau tidak) dan dipersalahkan atas sebab tiada semangat kesukanan, sebelum

permainan diteruskan, pasukan itu akan dihukum dengan 4 minit.

c. Jika seseorang pemain telah diberikan gantungan 2 minit,melakuan kesalahan

tiada semangat kesukanan yang serius, sebelum permainan diteruskan, maka

pemain itu akan dihukum BATAL (16:6d); hukuman berganda ini akan

rnenyebabkan pasukannya menerima hukuman penggantungan 4 minit. (16:8.

Perenggan 2)

d. Jika seseorang pemain telah dihukum BATAL ( secara semasa atau kerana

gantungan kali ketiga) dipersalahkan atas tiada semangat kesukanan yang serius

sebelum permainan diteruskan, maka pasukan itu dihukum dengan 4 minit.

Sebelum Permainan Bermula

a. Amaran diberikan pada sikap tiada semangat kesukanan.(16:ld)

b. Hukuman BATAL diberikan jka melakukan sikap tiada semangat kesukanan

yang serius (16:6d-f) tetapi pasukan itu masih boleh daftar dengan 12 orang

pemain dan 4 pegawai.

c. Amaran diberikan kepada pemain yang bersikap tiada semangat kesukanan.

d. Hukum BATAL diberikan jika berlaku sikap tiada semangat kesukanan yang

serius berturutan atau menyerang (assault) (16:6b,d-f,h). Jika sikap tiada

semangat kesukanan berturutan, rujuk kepada hukuman Per.16:3c-d yang

digunapakai semasa permainan.

e. Pasukan yang pemain atau pegawainya diBATAL pada masa rehat, boleh

bermain dengan jumlah pemain yang sama seperti sebelumnya.

Selepas Permainan

Buat laporan bertulis.

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 84

Page 14: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

ISYARAT PENGADIL

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 85

Page 15: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

\

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 86

Page 16: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 87

Page 17: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 88

Page 18: 4. peraturan bola baling

IKHTISAS BOLA BALING (QSS 1151H)

MOHD AMIN BIN MOHD MAZLAN (D20071030448) Page 89