bola sepak vs bola baling

Upload: billeo2

Post on 02-Mar-2016

311 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kja krs

TRANSCRIPT

PERBANDINGAN TAHAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ANTARA PEMAIN BOLA SEPAK DAN PEMAIN BOLA BALING TAHUN 6

BAB 1

1.0PENDAHULUAN1.1PendahuluanSistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem biologi yang menyokong sistem lain seperti sistem respiratori, sistem endokrin dan sebagainya yang berfungsi dengan berkesan. Ia memainkan peranan yang amat penting untuk mengangkut oksigen kepada sel dan membawa keluar sisa metabolisme serta produk sel lain ke dalam tubuh.Dalam sistem kardiovaskular terdapat tiga bahagian utama iaitu jantung, sel darah merah, dan pembuluh darah. Power dan Howley (2004), menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan tubuh badan bagi mengangkut oksigen ke seluruh badan bagi menghasilkan tenaga yang digunakan untuk manjalani aktiviti fizikal. Semasa latihan, badan seseorang perlu meningkatkan keupayaan dan daya tahan kardiovaskular supaya dapt menghasilkan kerja dengan mengunakan sejumlah oksigen yang maksimum. Dalam latihan, badan dapat menyesuaikan struktur dan fungsinya agar dapat membenarkan sejumlah oksigen yang maksimum ke seluruh badan.Corbin dan Lisdey (2005), menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah kemampuan tubuh seseorang dalam melakukan aktiviti dalam jangka masa panjang tanpa henti. Daya tahan kardiovaskular memerlukan jantung yang kuat, paru-paru yang sihat dan salur darah yang baik untuk membekalkan sel darah dengan oksigen. Bagi mengukur tahap keupayaan daya tahan kardiovaskular ataupun kecergasan aerobik seseorang atlet banyak ujian yang telah dibina yang masing-masing mempunyai batasan dan limitasi.Biasanya daya tahan kardiovaskular ini melibatkan acara-acara sukan seperti larian 1500m. Walaupun berlari nampaknya mudah dan semulajadi tetapi pecutan dan kepantasan berlari dan berlari jarak 1500m dengan berkesan memerlukan teknik yang perlu dilatih (Zamerchili, 1997). Dalam sukan olahraga jarak sederhana, biasanya individu yang mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik akan mempunyai prestasi yang lebih baik. Menurut Bompa (2000), prestasi dan kapasiti daya tahan latihan adalah berbeza mengikut jantina. Atlet remaja perempuan adalah lemah berbanding dengan atlet lelaki dari segi daya tahan kardiovaskular dan kekuatan otot abdominal. Oleh itu, perancangan latihan yang baik adalah penting untuk memastikan perkembangan pencapaian atlet adalah meningkat dan disusun berdasarkan jantina masing-masing.

1.2Refleksi pengajran dan pembelajaran lalu

Dalam permainan sukan seperti bola sepak dan bola baling daya tahan kardiovaskular merupakan aset yang penting untuk menentukan prestasi dan kejayaan seseorang pemain. Pada masa kini sukan seperti bola sepak dan bola baling adalah acara yang sering dipertandingkan dalam pelbagai kejohanan olahraga. Acara ini bukan sahaja dipertandingkan di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah di malaysia malah di peringkat antarabangsa iaitu sekolah-sekolah asean, remaja asia dan seterusnya di peringkat tertinggi iaitu Olimpik.

Pada masa kini juga sukan olahraga dan sukan padang semakin berkembang di peringkat sekolah dan juga peranan pihak kerajaan juga dilihat penting dimana mereka cuba membangunkan sukan bermula dari sekolah rendah dengan menperkenalkan dasar dimana 1 murid 1 sukan di setiap sekolah. Dalam kajian ini saya akan cuba melihat perbandingkan pencapaian daya tahan kardiovaskular atlet bola sepak dan pemain bola baling tahun 6 melalui ujian bleep test.

Selain daripada itu juga ujian dan kajian ini dilakukan di sekolah adalah disebabkan oleh kurangnya rujukan oleh jurulatih terhadap ujian yang lebih sesuai di kalangan atlet mereka. Selain daripada itu juga faktor kurangnya kajian terhadap atlet luar bandar menjadi faktor dorongan melakukan kajian di sekolah ini.

1.3Refleksi nilai pendidikan

Prestasi sukan seseorang pelajar biasanya akan dilihat bermula dari sekolah rendah lagi dan perkembangan berterusan dengan latihan yang sistematik akan membantu untuk meningkatkan prestasi pelajar selaras dengan perkembangan umur mereka. Menurut Bompa (2000), menyatakan bahawa latihan olahraga yang baik perlu dimulakan pada peringkat kanak-kanak lagi supaya minda dan badan atlet terlibat dapat berkembang secara sistematik dan progresif untuk mencapai kecemerlangan jangka panjang dan bukan burn-out jangka pendek.

Dalam permainan bola sepak dan bola baling daya tahan kardiovaskular merupakan penentu kepada kemenangan pasukan ataupun pemain. Semakin baik daya tahan kardiovaskular maka semakin baik prestasi seseorang atlet tersebut. Selain itu, pertandingan sukan sekolah merupakan salah satu cara untuk memilih pelajar yang berbakat untuk mewakili sekolah ke peringkat bahagian dan seterusnya ke peringkat negeri. Biasanya pelajar yang mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik akan mempunyai peluang yang cerah untuk mewakili sekolah masing-masing dalam acara padang terutamanya olahraga dan sukan padang.

Oleh itu, dalam kajian ini, saya akan cuba membandingkan pencapaian daya tahan kardiovaskular diantara pemain bola sepak dan bola baling tahun 6 bagi mendapatkan data untuk membantu guru pendidikan jasmani mengenalpasti kebolehan dan ketahanan kardiovaskular pelajar sekolah tersebut untuk dianalisis sama ada tahap kardiovaskular pelajar sekolah tersebut berada pada tahap lemah, sederhana ataupun sangat baik.

Selain daripada itu juga faktor kepada kajian ini dijalankan adalah untuk menyelesaikan masalah kepada jurulatih yang berbeza dalam mancari ujian yang sesuai untuk mengenalpasti adakah atlet mereka mempunyai daya tahan kardiovaskular yang cukup ataupun sebaliknya. Di sebalik kajian ini juga adakah ujian ini membantu para atlet meningkatkan prestasi yang tidak konsisten dalam pencapaian sebelum ini.

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0PENGENALAN

Bab ini bertujuan untuk menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan masalah yang diselidik oleh penyelidik dalam kajian ini. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam perkara ini adalah berkaitan dengan teori-teori dan kajian-kajian lepas yang pernah dijalankan bagi menunjukkan bahawa daya tahan kardiovaskular yang baik akan memberikan prestasi yang baik kepada atlet atau individu yang terlibat dalam sukan. Kajian-kajian lepas ini akan membantu menyokong fakta-fakta yang diperolehi untuk menjadikan kajian ini lebih bermakna. Dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji perbezaan daya tahan kardiovaskular antara atlet bawah 12 tahun bola sepak dan atlet bola baling Sk.Chinta Mata, Tenom.

2.1KAJIAN LEPAS

Carter, Banister dan Blaber (2003), menyatakan kaijian tentang kesan umur dan jantina ke atas perubahan kadar nadi selepas latihan daya tahn kardiovaskular. Kajian tersebut telah dijalan kan selama 12 minggu ke atas 24 subjek pelari jarak jauh yang dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu (umur 19-21 tahun) dan (umur 40-43 tahun). Hasilnya berlaku pengurangan yang jelas bagi kadar denyutan jantung pada keadaan rehat pada empat kumpulan umur tersebut dan menunjukkan umur 19-21 menunjukkan pertambahan yang banyak dalam jumlah kuasa dalam jumlah kuasa selepas melalui program tersebut. 20M MULTI STAGE FITTNESS, LEGER SHUTTLE RUN DAN PACER MK. STICKLAND (2003), menjalankan kajian untuk menguji ketepatan ujian 20M Multi Stage Run Test bagi menganggar Vo2 max di kalangan remaja. Sampel kajian terdiri daripada 60 lelaki dan 62 wanita (umur 25-23 tahun).Kecergasan kardiovaskular pelajar-pelajar adalah antara perkara yang sangat diberi perhatian untuk prestasi yang baik namun ianya sukar diukur di sekolah-sekolah kerana prestasi pelajar sentiasa berubah-ubah disebabkan oleh pilihan sukan yang disertainya. Kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik pada masa kini banyak dilakukan pada atlet-atlet elit. Kajian Kamaruzaman (2004), menguji tahap kecergasan kardiovaskular pelajar-pelajar yang bermain bola baling Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Kajian beliau mendapati bahawa pemain bola baling MCKK mempunyai tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular yang tinggi (min=3.54) berbanding pemain bola baling MRSM (min=3.16) bagi kategori bawah 15 tahun dan 18 tahun.Antara kajian yang dilakukan bagi menilai atau mengukur daya tahan kardiovaskular ialah melalui kajian Hj Abdullah, Abu Zarin, Zakaria dan Othman (2004), yang cuba mengkaji kesesuaian ujian 20 Meter Progressive Shuttle Run dalam menilai dalam menilai daya tahan kardiovaskular murid sekolah rendah. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti kesesuaian ujian bleep test bagi mengukur tahap kecemerlangan daya tahan kardiovaskular murid sekolah rendah dari segi kebolehpercayaan dan kebolehobjektifan disamping memperkenalkan ujian bleep test sebagai instrumen mengukur kecemerlangan daya tahan kardiovaskular sekolah rendah.Subjek kajian adalah daripada lelaki (N: 40) orang dan perempuan (N: 40) orang dari empat buah sekolah di Terangganu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dapatan kajian menunjukkan wujudnya perubahan yang positif di antara subjek kajian bagi kesemua sekolah yang diuji. Nilai ukuran purata korelasi = 0.9080, menunjukkan kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Ini juga bermakna instrumen ini sangat sesuai diunakan untuk mengukur tahap daya tahan kaediovaskular serta kecergasan murid sekolah.Menurut kajian yang dilakukan oleh Arakawa (2000), menjelaskan bahawa latihan fizikal yang berterusan dapat menyumbang kepada peningkatan keupayaan otot jantung untuk berfungsi dengan lebih efisyen, daripada dapatan kajian ini juga didapati gabungan beberapa jenis latihan boleh membantu meningkatkan daya tahan kardiovaskular, pendapat ini disokong oleh Mc Carthey (2003), yang telah membuktikan bahawa dengan menggabungkan latihan kekuatan dan dayatahan selama 3 minggu ketika membuat perbandingan perubahan terhadap tahap VO2 Max dengan pencapaian kekuatan secara serentak dapat meningkatkan tahap kecergasan seseorang. Latihan sukan memerlukan persediaan yang rapi dari segi fizikal, teknikal, intelektual, psikologi dan persiapan moral atlit melalui proses yang sistematik dan terancang.Aziz A.R et al, (2004), menjalankan kajian perbandingan prestasi bola sepak berdasarkan posisi antara bleep test, shuttle run dan yo-yo intermitten test tidak signifikan dengan vo2max daripada ujian yang dijalankan dengan menggunakan 20M multi stage run test dan treadmill. Namun begitu bagi menguji daya tahan kardiovaskular pemain bola sepak dengan menggunakan ujian bleep test dan yo-yo intermitten test adalah lebih sesuai. Kualiti perspektif kesihatan ini harus dimiliki oleh seseorang ahli sukan termasuklah pemain bola sepak (Beck, 1991; Hazeldine, 1992). Walaupun perkembangan fizikal dipengaruhi oleh umur, jantina, tabiat senaman dan amalan pemakanan, kecergasan yang optimum tidak mungkin dicapai kecuali dengan aktiviti fizikal yang efisien (Heyward, 1997).Kajian yang dijalankan oleh Johnson dan Nelson (1986), yang menyatakan latihan yang dijalankan selama enam hingga lapan minggu akan dapat meningkatkan tahap kecergasan seseorang individu atau atlit-atlit. Nisbah tersebut dicadangkan agar tahap kemajuan kecergasan dibuat dari hari ke hari, kuasa dari minggu ke minggu, kelajuan dari bulan ke bulan dan daya tahan dari tahun ke tahun. Peningkatan yang dramatik dalam jangkamasa pendek perlu dilihat sebagai keputusan langsung kemajuan latihan harian. Jantine D. Slinger et. al (2006), mengkaji perhubungan antara ujian prestasi aerobik dengan bentuk tubuh. Subjek terdiri daripada 502 orang kanak-kanak yang berumur antara 10-15 tahun. Subjek kajian terdiri daripada 53% sujek lelaki dan 47% subjek perempuan. Subjek menjalankan ujian berbasikal engometer dan shuttle rununtuk menguji prestasi aerobik. Body mass indeks (BMI) dan peratus lemak (menggunakan skin fold) diukur untuk mengira fat free mass normalised to stature (FMI). Hasil kajian mendapati terdapat perhubungan antara bentuk tubuh badan dalam ujian kardiovaskular.Pusat Penyelidikan Aerobik Institut Cooper (2003), telah memperkenalkan satu lagi ujian iaitu bleep test yang mengukur daya tahan kardiovaskular individu. Ujian ini juga dikenali dengan pelbagai nama seperti ujian beep , pacer , 20 meter shuttle run test , atau multistage fitness test . Ujian ini menggunakan bunyi bleep yang dirakamkan melalui radio kaset sebagai panduan kadar larian (running phase) secara meningkat sehingga individu mencapai peringkat (level)larian maksimum berdasarkan kemampuannya. Penyelidik telah menggunakan bateri ujian meningkat lari ulang alik 20 meter (bleep test) sebagai skala pengukuran dan pengujian bagi menilai kadar kemampuan kecergasan kardiovaskular subjek dalam kajian ini. Kajian ini turut mengukur kadar pengambilan oksigen maksimum subjek dengan menggunakan alat pengukur metabolik vo2max 20 pulmonary spirometry sensormedics yang dijalankan di makmal fisiologi senam.Satu kajian telah dijalankan oleh Cendric et al. (2006) terhadap 186 orang pemain bola sepak junior kebangsaan Belgium iaitu bawah 15 tahun, 16 tahun, 17 tahun, 18 tahun dan bawah 19 tahun untuk mengenalpasti kuasa anaerobik mereka mengikut kategori umur masing-masing. Kajian mendapati bahawa kuasa anaerobik adalah meningkat secara progresifmengikut kategori umur sampel. Fournier et al. (1982) di dalam Balciunas et al. (2005) juga menyatakan bahawa kuasa anaerobik akan meningkat dari peringkat kanak-kanak sehingga menjelang dewasa dan peningkatan drastik berlaku semasa proses akil baligh. Ini adalah kerana peningkatan aktiviti enzim glycolitic terutamanya Phosphofructokinase. Kenyataan ini juga disokong oleh Sherpard (1999) di dalam Alvarado (2005) yang menyatakan kapasiti anaerobik meningkat secara progresif semasa proses matang sehingga mencapai umur. Ini bermakna, aktiviti glucolite bergantung kepada peringkat umur. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati umur setiap subjek yang di ambil adalah berada pada tahap matang dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi dapat kajian.Faktor seterusnya yang menyumbang terhadap dapatan kajian adalah disebabkan oleh faktor cuaca atau suhu persekitaran. Semua subjek yang di ambil telah terbiasa dengan keadaan kajian cuaca di Malaysia dengan suhu persekitaran 27 C hingga 30 C semasa menjalani latihan atau semasa pertandingan. Keadaan ini juga mungkin menjadi faktor terhadap kapasiti anaerobik mereka yang hampir sama. Tambahan pula, tiada sebarang kajian yang menunjukkan kapasiti anaerobik adalah dipengaruhi oleh faktor cuaca atau suhu sekeliling. Kenyataan ini telah dibuktikan oleh Finn et al. (2003) yang mendapati tiada perbezaan yang signifikan terhadap kapasiti anaerobik atlet di dalam suhu sekitar 20 C hingga 30 C. Eider Onate et al (2006),menjalankan kajian untuk mengkaji kesahan ujian 20M shuttle run test dalam mengesan penyakit asma yang digunakan dalam program pendidikan jasmani dan kesihatan di sepanyol. Sampel kajian terdiri daripada 826 orang pelajar berumur 6 hingga 12 tahun. Ujian digunakan menggunakan kaedah silang antara ujian 20M shuttle run test. Larian secara bebas dan item soalan INTERNASIONAL ASTHMA & ALLERGIES IN CHILLHOOD (SAAC). Kajian mendapati ujian tersebut tidak sah.Omar, Abdul Hafidz and Khalil, Fakhrul Anwar (2010) telah menjalankan kajan iaitu Kesan Kecergasan Kardiovaskular Dan Daya Tahan Otot Kaki Melalui Latihan Simulasi Haji Dan Umrah.Seramai 10 orang subjek telah dipilih secara rawak dikalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor sebagai subjek kajian. Subjek tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen (n=5) dan kumpulan kawalan (n=5). Dalam kajian beliau, bateri ujian yang digunakan ialah Ujian larian 2.4 kilometer bagi mengukur tahap kecergasan kardiovaskular subjek manakala ujian Wall Squat dijalankan terhadap subjek bagi mengukur tahap daya tahan otot kaki sebelum dan selepas menjalani latihan. Dalam kajian beliau, didapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kecergasan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kecergasan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki bagi kumpulan kawalan.Penggunaan ujian daya tahan kardiovaskular juga digunakan bagi melihat keberkesanan sesuatu latihan. Millet , Jaouen , Borrani dan Candau (2002), telah menjalankan kajian latihan daya tahan yang mempengaruhi ekonomi larian dan pengambilan oksigen (VO2) dalam latihan berat dengan berlandaskan fasa primari dan komponen VO2. Kajian yang dijalankan ke atas lima belas atlet selama empat belas minggu menggunakan ujian larian padang, larian 300 meter, ujian lompatan dan pengukuran kekuatan konsentrik lower-limb bertujuan menilai pengaruh kombinasi latihan bebanan dan latihan daya tahan ke atas ekonomi larian dan kinetik VO2 bagi atlet jarak jauh. Hasilan kajian mendapati latihan beban membantu meningkatkan kekuatan maksimum dan ekonomi larian dengan tiada pengaruh secara langsung ke atas VO2 kinetik dalam latihan berintensiti tinggi.Carter, Banister dan Blaber (2003), pula telah menjalankan kajian tentang kesan umur dan jantina ke atas perubahan kadar nadi selepas latihan daya tahan. Kajian tersebut telah dijalankan selama dua belas minggu ke atas dua puluh empat subjek pelari jarak jauh yang dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan umur dan jantina iaitu subjek berumur 19 21 tahun seramai 6 lelaki dan 6 perempuan. Manakala dua lagi kumpulan adalah subjek berumur 40 45 tahun seramai 6 lelaki dan 6 perempuan. Hasil kajian mendapati berlaku pengurangan yang jelas kadar denyutan jantung pada keadaan rehat pada empat kumpulan umur tersebut. Walau bagaimanapun kumpulan subjek berumur 19 21 tahun menunjukkan pertambahan yang banyak dalam jumlah kuasa selepas program tamat.Ujian menapak Queen College pula digunakan oleh Satipati Chatterjee, Pratima Chatterjee dan Amit Bandyopadhyay (2003), untuk menguji kesahan dalam mengukur VO2max di kalangan pelajar perempuan. Subjek kajian adalah 40 pelajar perempuan yang tidak aktif dan mempunyai sosioekonomi yang sama dari universiti Calcutta, Kolkata. Scholander micro-gas analyzer digunakan untuk menganalisis VO2max secara langsung selepas subjek menjalani latihan berbasikal. Pengukuran secara tidak langsung menggunakalan protokol ujian menapak Queen College. Dapatan kajian menunjukkan, ujian ini dalam bentuk asal tidak boleh digunakan untuk mengukur VO2max secara terus tetapi boleh diubahsuai untuk digunakan terutama jika ketiadaan peralatan ujian makmal.

2.2 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIANBAGAIMANAmelihat perbezaan tahap daya tahan kardiovaskular antara pemain bola sepak dan pemain bola baling?

Sorotan kajian berdasarkan teori

Penilaian perbezaan prestasi daya tahan kardiovaskular diantara kedua-dua jenis sukan tersebut ke atas pemain

Penilaian menggunakan instrumen

Pelaksanaan dan kutipan data murid tahun 6

Menganalisis data menggunakan Mean dan Ujian bleep test

Penulisan laporan

Rajah 2.2.1: Kerangka Konseptual.

1.3OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengukur tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular atlet bawah 12 tahun yang bermain bola sepak di Sk.Chinta Mata,Tenom melalui ujian bleep test.

2. Mengukur tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular atlet bawah 12 tahun yang bermain bola sepak di Sk.Chinta Mata,Tenom melalui ujian bleep test.

3. Membanding perbezaan pencapaian daya tahan kardiovaskular antara pemain bola sepak dan pemain bola baling Sk.Chinta Mata.

1.4HEPOTESIS KAJIAN

Terdapat beberapa hepotesis yang dapat diandaikan dalam kajian ini:-

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam keputusan ujian bleep test antara atlet lelaki bawah 12 tahun dalam permainan bola sepak dan bola baling.Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian daya tahan kardiovaskular antara atlet bawah 12 tahun bola sepak dan bola baling di Sk.Chinta Mata, Tenom.

1.5BATASAN KAJIANDalam menjalankan kajian ini didapati terdapat beberapa batasan yang telah dikenalpasti antaranya:1.5.1Kajian ini melibatkan pelajar daripada satu sekolah sahaja iaitu atlet bawah 12 tahun (Darjah 5- Darjah 6). Oleh yang demikian kemungkinan dapatan kajian tidak dapat menjelaskan dengan menyeluruh tentang perbandingan tahap daya tahan kardiovaskular diantara sukan bola sepak dan bola baling berdasarkan umur-umur yang lain.kajian telah dijalankan oleh Cendric et al. (2006) terhadap 186 orang pemain bola sepak junior kebangsaan Belgium iaitu bawah 15 tahun, 16 tahun, 17 tahun, 18 tahun dan bawah 19 tahun untuk mengenalpasti kuasa anaerobik mereka mengikut kategori umur masing-masing. Kajian mendapati bahawa kuasa anaerobik adalah meningkat secara progresif mengikut kategori umur sampel.

1.5.2Kajian ini dijalankan untuk atlet sahaja iaitu melalui pemilihan. Oleh yang demikian hasilan dapatan kajian adalah melalui atlet sahaja dan bagi murid yang bukan atlet pula kita tidak dapat melihat sejauh mana daya tahan kardiovaskular mereka. Selain daripada itu juga kajian yang dilakukan ini adalah melalui pemilihan, ini menyebabkan kita tidak dapat melihat dengan jelas sejauh mana ujian ini dapat meningkatkan kardiovaskular melalui atlet-atlet yang lain. 1.5.3Penyelidikan perlu mengambil kira masa, tempat dan cuaca. Penyelidikan yang dijalankan ini dilakukan pada waktu petang iaitu selepas P&P di sekolah. Oleh yang demikian para atlet mungkin masih merasai kepenatan selepas bersekolah dan seterusnya tidak dapat menjalani ujian ini dengan penuh semangat. Selain daripada itu juga kajian ini dijalankan di padang sekolah yang mempunyai keadaan padang yang tidak berapa rata dan sedikit berlumpur. Oleh itu ianya mungkin mempengaruhi ujian semasa atlet berlari. Semasa ujian ini dijalankan juga cuaca adalah sedikit panas di mana boleh mempengaruhi dapatan kajian ini. Kenyataan ini telah dibuktikan oleh Finn et al. (2003) yang mendapati tiada perbezaan yang signifikan terhadap kapasiti anaerobik atlet di dalam suhu sekitar 20 C hingga 30 C.

1.5.4 Selain daripada itu juga kajian yang dijalankan juga adalah jauh daripada tempat tinggal dan bekerja. Oleh yang demikian saya terpaksa mengambil masa yang sesuai disebabkan oleh masa kajian yang dijanlankan adalah waktu bekerja.1.5.5 Kajian ini juga dijalankan pada waktu yang amat singkat iaitu hanya satu semester sahaja, iaitu bersamaan dengan 3 bulan. Oleh itu dapatan kajian mungkin bukan yang terbaik disebabkan oleh faktor bekerja dan komitmen terhadap subjek sekolah yang lain juga.

1.6KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat memberikan manafaat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan sukan seperti:

1.6.1Kajian ini diharapkan akan dapat menghasilkan satu maklum balas kepada jurulatih terhadap tahap kecergasan yang dimiliki oleh pemain.

1.6.2Keputusan yang diperoleh daripada kajian diharapkan dapat membantu jurulatih merancang latihan-latihan yang sesuai berdasarkan tahap kecergasan fizikal pemain.

1.6.3Diharapkan hasil keputusan kajian ini akan membentuk satu rujukan kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pemilihan pemain pasukan bola sepak dan bola baling bawah 15 tahun.

1.6.4 Selain itu keputusan kajian yang dijalankan akan dapat membantu jurulatih mengenal pasti komponen-komponen utama yang perlu diberi perhatian semasa membuat pemilihan pemain bola sepak dan hoki bawah 12 tahun.

1.7DEFINISI OPERASIDefinisi operasi ini adalah untuk menerangkan apa yang hendak diukur dan menjelaskan secara kursus bagaimana sesuatu pembolehubah itu diukur dengan instrumen kajian. Berikut adalah beberapa perkataan dan defenisi yang menerangkan maksudnya.1.7.1Daya tahan kardiovaskular Kecekapan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigenkepada otot secara berterusan pada jangka masa yang panjang semasa melakukan latihan atau ujian terhadap pelajar. Kemampuan seseorang individu melakukan aktiviti secara optima dengan menggunakan tenaga yang sedikit tanpa lesu. Kemampuan dan kebolehan otot atau kumpulan otot menghasilkan daya berulang-ulang bagi sesuatu jangka masa panjang.

1.7.5Pasukan bola sepakPermainan yang dimainkan secara berkumpulan iaitu melibatkan seramai 18 orang termasuk pemain simpanan dan dimainkan seramai 11 orang di dalam padang. Peraturan masa permainan ini ialah 90 minit bagi amatur dan profesional dan 40 minit bagi pelajar menengah rendah. Selain daripada itu juga ianya dimainkan dengan melibatkan hampir semua kompenan kecergasan.

1.7.6Pasukan bola balingPermainan secara pasukan dan dimainkan oleh di gelanggang bola baling ataupun padang sekolah dan meliputi aspek kompenan kecergasan. Peraturan pertandingan sebenar ialah 80 minit bagi amatur dan profesional dan 30 minit bagi pelajar sekolah rendah.

1.8.7 ujian kardiovaskularUjian yang digunakan untuk menguji sejauh mana daya tahan jantung, sel darah merah dan pembuluh darah berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan bagi menghasilkan tenaga yang digunakan untuk manjalani aktiviti fizikal.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0PENGENALAN

Menurut Gay (1987), menyatakan bahawa metodologi kajian memberi penjelasan mengenaiprosedur pengumpulan data dan instrumen kajian. Dalam perkataan lain, ianya membantumemudahkan penyelidik menganalisis data dengan lebih tepat di samping mencapaimatlamat dan objektif kajian. Dalam kajian yang dijalankan ini, adalah untuk melihat perbandingan daya tahan kardiovaskular antara pelajar dari dari dua sukan yang berbeza iaitu pemain bola sepak dan pemain bola baling.

Kaedah kajian yang digunakan adalah Ujian Bleep Test bagi mendapatkan keputusan ujian yang lebih jitu. Kajian ini akan dilakukan dengan melibatkan 24 orang pelajar selaku sampel ujian. Daripada keseluruhannya dimana 12 orang pelajar daripada pemain bola sepak, manakala 12 orang pelajar daripada pemain bola baling. Sampel yang dipilih ini adalah terdiri daripada pemain yang mewakili sekolah dan antara yang aktif dalam sukan.

3.1REKABENTUK KAJIANDalam rekabentuk kajian ini maka kaedah yang paling baik digunakan adalah melalui kajian experimental dimana penyelidik mempunyai kawalan terhadap eksperimen iaitu siapa, apa, bila, di mana dan bagaimana eksperimen itu dilaksanakan.Dalam ujian ini, sampel bagi pelajar yang terdiri daripada pemain bola sepak dan daripada pemain bola baling akan diuji melalui ujian dayatahan kardiovaskular iaitu ujian Bleep Test. Dengan ini perbandingan bagi pencapaian daya tahan kardiovaskular pelajar akan dapat dianalisis dan membuat keputusan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada analisis statistik dan bukan berdasarkan kepada teori yang dibuat. Dengan ini keputusan ujian akan menjadi lebih tepat untuk menjelaskan dapatan sebenar ujian. Bagi mencapai objektif penyelidikan ini, hepotesis boleh dijelaskan kepada beberapa bahagian seperti melihat hubungan antara dua pemboleh ubah dan hubungan keduanya serta membandingkan min dua pembolehubah yang dikaji. Penyelidik akan menggunakan Ujian-t danUjian ANOVA bagi menjawab hepotesis dalam kajian ini.

3.2SUBJEK KAJIANSampel kajian yang akan dipilih adalah pelajar berumur 11-12 tahun yang terdiri daripada pelajar yang aktif di sekolah dan pernah menyertai sekolah dalam pertandingan bola sepak dan Bola Baling. Jumlah sampel yang dijadikan kajian adalah 24 orang. Bilangan pelajar daripada pemain bola sepak adalah seramai 12 orang dan mereka yang aktif. Begitu juga dengan pelajar yang dipilih daripada pemain bola baling dimana 12 orang sampel adalah terdiri daripada pelajar aktif dalam sukan bola baling dan mewakili sekolah dalam setiap pertandingan.

Kajian ini juga akan dilakukan di Sk.Chinta Mata,Tenom dan akan dilakukan di padang sekolah. Sempel kajian yang dipilih juga amat bersesuaian kerana mereka terdiri daripada atlet sekolah yang telah mewakili sekolah mereka hingga ke peringkat negeri. Oleh sebab itu mereka boleh melakukan ujian Bleep Test ini dengan selamat dan tanpa ragu-ragu.

3.3PERALATAN DAN PROSEDUR KAJAINPeralatan dan maklumat diperlukan semasa ujian adalah:1. Kon 2. Pita pelekat (penanda)3. Radio dan tape4. Borang skor5. Wisel6. Pita ukur7. Norma ujian8. Senarai semak sebelum ujian dijalankan (Norma)Prosedur:

1.Setiap peserta berdiri di belakang garisan permulaan dan mempunyai seorang pembantu (pencatat) untuk merekodkan setiap tahap yang dilalui oleh peserta.2. Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat bleep yang akan dibunyikan dari pita audio rakaman.3. Sekiranya peserta sampai ke satu hujung sebelum isyarat bleep berbunyi, peserta tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan sehingga isyarat berbunyi.4.Masa antara isyarat bleep akan berkurangan setiap tahap, dengan itu kelajuan larian hendaklah ditingkatkan.5.Ujian ini memerlukan keupayaan sepenuhnya dari setiap peserta di mana peserta perlu berlari sehingga ke tahap kelesuan.6.Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan kedua-dua hujung dua kali berturut-turut.7.Pengumuman tahap akhir dari pita audio akan dijadikan penentu kepada pencapaian daya tahan kardiovaskular (Vo2 Maksimum) palajar.

3.4PENGURUSAN DAN PENGUJIAN

Pengurusan dan pengujian ini dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu

1. Peringkat persediaan2. Peringkat pengujian3. Peringkat pengumpulan data

3.4.1Peringkat Persediaan

Seminggu sebelum ujian dijalankan, taklimat tentang ujian serta cara kajian yang hendak dijalankan harus dilakukan supaya semua subjek mendapat gambaran mengenai kajian ini. Taklimat persediaan seperti jenis pakaian dan kasut yang sesuai digunakan harus dijelaskan. Selain itu juga, para peserta juga harus dimaklumkan agar bersedia dari segi mental dan fizikal supaya ujian dapat berjalan dengan lancar. Dari segi pemakanan pula, peserta ujian harus mengambil makanan dua atau tiga jam sebelum ujian ini dijalankan supaya mereka lebih bertenaga.

Semasa melakukan persediaan ini penguji harus menjelaskan dan melakukan satu contoh bagaimanakah aktiviti ini dijalankan. Oleh kerana ujian ini dilakukan pada waktu pagi maka ujian sebenar juga dilakukan pada waktu pagi. Semasa melakukan amali ini kesalahan-kesalahan yang mungkin berlaku dijelaskan dan teknik yang betul dijelaskan. Pelajar juga diberi peluang untuk melakukan aktiviti ini dan pelajar boleh bertanya kepada penguji tentang sesuatu yang mereka tidak fahami. Sebelum melakukan ujian yang sebenar para pelajar harus diberikan warm up lebih kurang 10 minit untuk memastikan otot-otot dan sendi mereka bersedia dengan ujian yang dilakukan.

Aktiviti ini dijalankan dengan pemain badminton lelaki dahulu melakukan ujian dan seterusnya diikuti pemain bola baling lelaki. Selepas itu, aktiviti ini akan dilakukan oleh pemain badminton perempuan dan seterusnya pemain bola baling perempuan. Tujuan ujian ini dijalankan demikian supaya memudahkan penguji dapat melihat dengan sendiri adakah skor-skor markah yang diperolehi adalah benar-benar betul dan teknik ini akan memudahkan penguji untuk mendapatkan data dengan lebih tepat.Ujian Bleep Testini akan dilakukan di tempat yang rata dan selamat bagi mengelakkan kecedraan kepada subjek ujian. Selain itu pita rakaman bleep yang disediakan haruslah betul.Selepas ujian selesai, pelajar akan berehat dan ukuran berat badan, tinggi dan ukuran jisim lemak tubuh akan diambil (biceps, triceps, abdomen dan skapula).

3.4.2 Peringkat Pengumpulan Data

Selepas pengumpulan data pelajar berjaya dilakukan maka data-data ini akan dianalisis dengan perbandingan dengan norma bagi menentukan samada terdapat perbezaan yang ketara daya tahan kardiovaskular kedua-dua sukan ini. Berikut disediakan norma perbandingan bagi ujian bleep test untuk lelaki.

UMURSANGAT LEMAHLEMAHSEDERHANA LEMAHBIASABAIKSANGAT BAIKCEMERLANG

12 - 13 yrs< 3/33/4 - 5/15/2 - 6/46/5 - 7/57/6 - 8/88/9 - 10/9> 10/9

14 - 15 yrs< 4/74/7 - 6/16/2 - 7/47/5 - 8/98/10 - 9/89/9 - 12/2> 12/2

16 - 17 yrs< 5/15/1 - 6/86/9 - 8/28/3 - 9/99/10 - 11/311/4 - 13/7> 13/7

18 - 25 yrs< 5/25/2 - 7/17/2 - 8/58/6 - 10/110/2 - 11/511/6 - 13/10> 13/10

26 - 35 yrs< 5/25/2 - 6/56/6 - 7/97/10 - 8/98/10 - 10/610/7 - 12/9>12/9

36 - 45 yrs< 3/83/8 - 5/35/4 - 6/46/5 - 7/77/8 - 8/98/10 - 11/3> 11/3

46 - 55 yrs< 3/63/6 - 4/64/7 - 5/55/6 - 6/66/7 - 7/77/8 - 9/5> 9/5

56 - 65 yrs< 2/72/7 - 3/63/7 - 4/84/9 - 5/65/7 - 6/86/9 - 8/4> 8/4

> 65 yrs< 2/22/2 - 2/52/6 - 3/73/8 - 4/84/9 - 6/16/2 - 7/2> 7/2

SUMBER : FOX.S. Y AND MATTHEWS. M. T. AGGRESIONEQUATION CORDIORESPIRATORY RESPONSES TO PREDICT TRUE VO2MAX USING A FIELD TEST3.5BORANG SENARAI SEMAK

3.5.1Senarai Semak Peralatan

Peralatan yang di gunakan dalam ujian ini:BilPeralatanKuantiti(/) / (X)

1. Sketel24

2. Wisel 1

3. Borang skor24

4. Pensil1

5. Pembantu 1

6. Pelan ujian1

7. Prosedur ujian1

8. Penguji 3

9. Pita pelekat4

10. Radio dan Tape1

3.5.2Borang Skor Ujian Bleep TestBorang Skor Ujian Bleep Test

Nama :Jantina : L / PUmur :Berat (kg) :Tinggi (cm) :Permainan : Individu / PasukanStatus :Lokasi Ujian : Bandar / Luar BandarTarikh :Sukan yang di ceburi : _________________________ _________________________ _________________________

Keputusan

3.6ANALISIS DATAData-data yang diperolehidaripada dua kumpulan akan direkodkan dan dibandingkan dengan norma bagi melihat pencapaian dan kemudian dianalisis dengan menggunakkan ujian statistik iaitu Ujian-t untuk melihat keputusan perbezaan daya tahan kardiovaskular antara pelajar yang terdiri daripada pemain bola sepak dan pemain bola baling. Selain itu ujian ini akan dapat melihat perbezaan min, median dan mod yang penting dalam merumuskan dapatan data yang dianalisis.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.0 PENGENALAN

Bab ini bertujuan untuk mengemukakan dapatan kajian. Tumpuan khusus bab ini terhadap aspek maklumat latar diri responden, dapatan bahan mentah kajian serta menjawab kepada persoalan kajian yang berkaitan dengan perbezaan tahap daya tahan kardiovaskular bagi pemain bola sepak dan bola baling yang terlibat. Akhir sekali, hasil dapatan kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan statistik yang ditetapkan bagi mencari jawapan penyelesaian kepada persoalan yang telah ditimbulkan dalam kajian ini.Menurut Borhan Yusof (2008) ujian adalah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

4.1KUTIPAN DAN RESPONDEN

Kutipan dan penggumpulan data mentah adalah berdasarkan kepada hasil akhir dapatan semasa kajian telah dilaksanakan. Kesemua data mentah ini dipindahkan dalam bentuk jadual yang mana mengandungi catatan VO2MAX dan juga tahap kecergasan mengikut skala penilaian yang telah tersedia. Data-data mentah boleh dirujuk berdasarkan kepada Jadual 1 dan jadual 2 berikut.JADUAL ABerikut adalah jadual nilai-nilai maksimum yang diramalkan iaitu pengambilan oksigen (VO2MAX) bagi ujian BLEEP TEST.LevelShuttleVO2 MaxLevelShuttleVO2 Max

4226.85230.2

4427.65431.0

4628.35631.8

4929.55932.9

LevelShuttleVO2 MaxLevelShuttleVO2 Max

6233.67237.1

6434.37437.8

6635.07638.5

6835.77839.2

61036.471039.9

LevelShuttleVO2 MaxLevelShuttleVO2 Max

8240.59243.9

8441.19444.5

8641.89645.2

8842.49845.8

81143.391146.8

LevelShuttleVO2 MaxLevelShuttleVO2 Max

10247.411250.8

10448.011451.4

10648.711651.9

10849.311852.5

101150.2111053.1

111253.7

LevelShuttleVO2 MaxLevelShuttleVO2 Max

12254.313257.6

12454.813458.2

12655.413658.7

12856.013859.3

121056.5131059.8

121257.1131360.6

RUJUKAN:JabatanPendidikan Jasmani danSains SukanLoughboroughUniversity,1987.

JADUAL BKeputusan catatan masa, tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dan VO2MAX di kalangan pemain Bola Sepak.Responden UmurCatatan MasaTahap KecergasanVO2MAX

LEVELSHUTTLE

11263Sederhana Lemah34.0

21255Lemah31.3

31258Lemah32.5

41252Lemah30.2

51257Lemah32.1

61252Lemah30.2

71152Lemah30.2

81152Lemah30.2

91254Lemah31.0

101253Sederhana Lemah30.6

111155Sederhana Lemah31.3

121158Sederhana Lemah32.5

Berdasarkan jadual di atas kutipan keputusan bagi catatan masa tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular iaitu ujian Bleep Test di kalangan pemain bola sepak seramai 12 orang responden telah menjalani ujian. Daripada jumlah tersebut didapati 4 orang responden daripada umur 11 tahun dan 8 orang responden daripadanya berumur 112 tahun. Hasil daripada dapatan ini menunjukkan 4 orangreponden berada pada tahap sederhana lemah iaitu dalam lingkungan norma 5/2 - 6/4 dan selebihnya berada pada tahap lemah. Namun begitu, dapatan menunjukkan tahap kardiovaskular (VO2MAX) bagi atlet yang berumur 12 tahun adalah lebih baik berbanding dengan umur 11 tahun ini adalah disebabkan oleh faktor kapasti anaerobik telah meningkat.. (1982) di dalam Balciunas et al. (2005) juga menyatakan bahawa kuasa anaerobik akan meningkat dari peringkat kanak-kanak sehingga menjelang dewasa dan peningkatan drastik berlaku semasa proses akil baligh. Ini adalah kerana peningkatan aktiviti enzim glycolitic terutamanya Phosphofructokinase.

JADUAL C

Keputusan catatan masa, tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dan VO2MAX di kalangan pemain Bola Baling.Responden UmurCatatan MasaTahap KecergasanVO2MAX

LEVELSHUTTLE

11262Sederhana Lemah33.6

21261Lemah33.3

31253Lemah30.6

41253Lemah30.6

51242Sangat Lemah26.8

61243Sangat Lemah27.2

71242Sangat Lemah26.8

81143Sangat Lemah27.2

91144Sangat Lemah27.6

101144Sangat Lemah27.6

111142Lemah26.8

121142Lemah26.8

Bagi jadual 2 pula terdapat seramai 12 orang responden yang mengikuti ujian Bleep Test ini. Responden kajian terdiri daripada 5 orang subjek berumur 11 tahun dan 7 orang subjek berumur 12 tahun.Hasil daripada dapatan ini menunjukkan seorang reponden berada pada tahap sederhana lemah iaitu dalam lingkungan norma 5/2 - 6/4 dan selebihnya berada pada tahap lemah dan sangat lemah.Didapati juga umur mempengaruhi dapatan kajian ini iaitu peningkatan daya tahan kardiovaskular pada umur 12 tahun. Walaubagaimanapun, penggunaan SPPS akan digunakan bagi menentukan spesifikasi kajian terhadap perbandingan daya tahan kardiovaskular kedua-dua sukan ini.

4.2DAPATAN KEPUTUSAN BMI BAGI PEMAIN BOLA SEPAK DAN BOLA BALING

4.2.1Data BMI Pemain Bola SepakBilUmurTinggiBeratBleep TestBMI

112152.8536.322.7

212151.5485.520.9

312154495.820.7

412157.7445.217.9

512164615.722.7

612163.9575.221.2

711151495.221.5

811157565.222.7

912161.3725.427.7

1012157455.318.3

1111148465.521

1211152.4575.824.5

Jadual 1:Data Setiap Pelajar Bermain Bola SepakJadual 2 di atas untuk pemain bola sepak menunjukkan bahawa purata pelajar yang mempunyai berat badan ideal yang normal iaitu antara 26.4 dan 20.7 adalah 9 orang dan 2 orang pelajar yang mempunyai berat badan yang kurang iaitu 17.9 dan 18.3 iaitu kurus serta 1 orang pelajar yang lebih berat iaitu 27.7. Graf di bawah menunjukkan dapatan pelajar tersebut.Graf 1:BMI Pemain Bola SepakJUMLAH MURIDBMI

4.2.2Data BMI Pemain Bola BalingBilUmur TinggiBeratBleep TestBMI

112152.5566.224.1

212151526.122.8

312152455.319.8

412146505.323.5

512157534.221.5

612150524.323.1

712154584.224.5

811151.3574.324.9

911150.2514.422.6

1011152.6544.423.2

1111155.2534.222

1211151514.222.4

Jadual 2: Data Pelajar Bermain Bola Baling

Jadual data pelajar bermain bola baling tersebut menunjukkan bahawa purata pelajar yang mempunyai berat badan ideal yang normal iaitu antara 26.4 dan 20.7 adalah 11 orang dimana hampir keseluruhan pemain mempunyai berat badan yang normal. Hanya seorang pelajar sahaja yang mempunyai berat badan yang kurang iaitu 19.8 namun masih berada pada keadaan pertengahan antara normal dan kurus.BOLA BALINGBMI

Jumlah MuridJUMMURID

Graf 2: BMI Pemain Bola Baling4.2.3Perbezaan Mean Bagi BMIPemain Bola Sepak Dan Bola Baling

Sukan BMI

Bola Sepak21.81667

Bola Baling22.86667

Jadual 3:Mean Bola Sepak Dan Bola Baling

Graf 3:BMI Pemain Bola Sepak Dan Bola Baling

Berdasarkan kepada graf 3 di atas, mendapati ujian yang dilakukan untuk mendapatkan purata BMI bagi pemain bola sepak dan hoki melalui ujian ukur tinggi (cm) bahagi berat (kg) mendapati bahawa keputusan kedua-dua pasukan ini berada pada tahap BMI pemain yang ideal. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua pasukan ini mempunyai pemain yang mempunyai ketinggian dan berat badan yang sesuai.

4.2.4Perbezaan Mean Bagi VO2MAX Pemain Bola Sepak Dan Bola Baling

Sukan VO2MAX

Bola Sepak31.3417

Bola Baling28.7417

JADUAL 4:Jadual Perbezaan VO2MAX BMI Pemain Bola Sepak Dan Bola Baling

Graf 4:Mean VO2MAX Pemain Bola Sepak Dan Bola Baling

Berdasarkan graf di atas menunjukkan mean bagi bola sepak bagi perbandingan VO2MAX adalah lebih tinggi berbanding dengan bola baling. Ini adalah mungkin disebabkan oleh kadar pengambilan oksigen anaerobik bagi pemain bola sepak adalah tinggi. Selain daripada itu juga faktor masa bermain yang panjang bagi bola sepak berbanding dengan bola baling menyebabkan dapatan VO2MAKS adalah berbeza.

4.2.5Perbandingan Umur Dan VO2MAX Pemain Bola Sepak Dan Bola Baling

Graf 5:Perbandingan Umur Dan VO2MAX

Melalui perbandingan diatas didapati kuasa VO2MAX adalah berbeza mengikut kategori umur. Kajian mendapati bahawa kuasa VO2MAX adalah meningkat pada umur 12 tahun berbanding pada umur 11 tahun.Kenyataan ini juga disokong oleh Sherpard (1999) di dalam Alvarado (2005) yang menyatakan kapasiti anaerobik meningkat secara progresif semasa proses matang sehingga mencapai umur. Ini bermakna, aktiviti glucolite bergantung kepada peringkat umur. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati umur setiap subjek yang di ambil adalah berada pada tahap matang dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi dapat kajian.

4.2.6Perbezaan Mean Ujian BLEEP TEST Pemain Bola Sepak Dan Bola Baling

Case Processing Summary

Cases

IncludedExcludedTotal

NPercentNPercentNPercent

Bleep Test * Jenis Sukan24100.0%0.0%24100.0%

Report

Bleep Test

Jenis SukanMeanNStd. Deviation

Bola Sepak5.508312.33967

Bola Baling4.758312.76212

Total5.133324.69261

PENCAPAIAN UJIAN BLEEP TEST

Graf 6:Perbezaan Mean Ujian Bleep TestPemain Bola Sepak Dan Bola Baling.Berdasarkan kepada dapatan ujian bleep test yang dilakukan terhadap pelajar yang aktif bermain bola sepak dan bola baling mendapati bahawa purata dapatan daripada pemain bola sepak adalah lebih tinggi daripada pemain yang bermain permainan bola baling. Purata untuk pemain bola sepak adalah lavel 5.5 manakala pemain bola baling adalah 4.7, walaupun pemain bola sepak mendapat purata yang tinggi namun jika dibandingkan dengan norma yang sedia ada didapati mereka berada pada tahap paling rendah sekali.

4.3T-TESTOne-Sample Statistics

NMeanStd. DeviationStd. Error Mean

Bleep Test245.1333.69261.14138

Berat2452.87506.081421.24137

Tinggi241.5389E24.55086.92894

One-Sample Test

Test Value = 5

tdfSig. (2-tailed)Mean Difference95% Confidence Interval of the Difference

LowerUpper

Bleep Test.94323.355.13333-.1591.4258

Berat38.56623.00047.8750045.307050.4430

Tinggi160.28123.000148.89167146.9700150.8133

Dalam kajian ini , ujian-t telah digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min bagi dua set data. Dalam penggumpulan data ini, analisis ujian-t satu sampel telah digunakan bagi menentukan sama ada satu sampel data tertentu telah dipilih daripada satu populasi yang dihepotesiskan. Melalui dapatan data kajian ini, pengkaji telah memperolehi satu set data daripada sampel tertentu dan ingin mengenal pasti sama ada min bagi kumpulan sampel tersebut adalah sama dengan min bagi populasi dari mana sampel itu diperolehi. Jika: Nilai kebarangkalian tahap kesiginifikan ( iaitu nilai kebarangkalian alfa )Maka: Tolak hipotesis nolDan: Membuat kesimpulan bahawa dapatan kajian adalah signifikan secara statistik iaitu terdapat bukti-bukti yang kukuh bahawa nilai x yang diperoleh daripada sampel tidak mewakili min populasi yang sebenar, .Keputusan:Berdasarkan kepada analisis keputusan t-test satu sampel kajian menunjukkan nilai kebarangkalian yang diperolehi ialah:Berdasarkan daripada analisis keputusan Ujian-t Satu Sampel menunjukkan nilai kebarangkalian yang diperolehi ialah ( .355 ) lebih daripada nilai alfa yang ditentukan (/2 = .025 ), maka hipotesis nol diterima. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min bagi pemain bola sepak dan bola baling bagi kumpulan kajian tersebut. Pemain bola sepak memperolehi purata min catatan masa yang lebih baik jika dibandingkan dengan pemain bola baling. Min bagi jumlah keseluruhan masa yang dikumpulkan bagi kedua-dua jenis sukan ialah 5.13 dimana ia berada pada tahap sederhana tinggi berdasarkan kepada norma yang telah ditetapkan.Ini menunjukkan bahawa tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dikalangan pemain bola sepak adalah lebih baik berbanding tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pemain bola baling di Sekolah Kebangsaan Chinta Mata, Tenom. Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap kecergasan daya tahan kardiovaskulkar bagi pemain bola sepak dan bola baling di sekolah tempat dikaji masih berada pada tahap yang kurang memuaskan iaitu berada pada skala sederhana tinggi. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan tahap kesignifikan , = .05 atau tahap keyakinan ( 95% ).

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 PENDAHULUANBab ini membincangkan rumusan dapatan kajian yang diikuti oleh perbincangan hasil dapatan kajian, implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan dan rumusan kajian. Selain daripada itu juga bab ini menekankan beberapa tindakan penambahbaikan untuk perhatian dan tindakan pihak-pihak lain.

5.1RINGKASAN KAJIANTujuan kajian ini adalah untuk mencari perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular diantara pemain bola sepak dan pemain bola baling. Dapatan catatan masa dalam BLEEP TEST bagi kedua-dua jenis sukan ini akan diproses dan dianalisis mengikut tahap dan kategori. Analisis berdasarkan kategori jenis sukan melihat kepada catatan masa yang diambil semasa melakukan ujian ini. Seterusnya catatan masa ini dikumpulkan dan dianalisis mengikut kepada skala penilaian yang bersesuaian berdasarkan kepada norma yang telah tersedia. Kajian ini merupakan kajian secara eksperimen terhadap 24 orang responden yang dipilih secara sampel bertujuan ( purposeful sampling ) di Sk. Chinnta Mata, Tenom Sabah. Kajian ini menggunakan ujian BLEEP TEST sebagai instrumen kajian. Analisis data dibuat secara analisis statistik iaitu min, peratus dan ujian-t

5.2PERBINCANGAN DAPATAN KAJIANPerbincangan dapatan kajian yang diperolehi melalui analisis statistik diselaraskan dengan objektif kajian. Dalam perbincangan yang akan dilakukan ini akan menjawab persoalan-persoalan yang dikenalpasti antaranya:

5.2.1Adakah terdapat perbezaan tahap daya tahan kardiovaskular bagi pemain pada kedua-dua pasukan tersebut?

Daripada kajian yang telah dijalankan kepada kedua-dua jenis sukan berikut didapati bahawa perbezaan daya tahan kardiovaskular bagi pemain bola sepak dan bola baling Sk. Chinta Mata, Tenom sabah adalah sedikit berbeza. Jika dilihat pemain bola sepak menunjukkan daya tahan kardiovaskular yang lebih baik berbanding dengan bola baling. Walaubagaimanapun, jika kita melihat daripada norma didapati dapatan kajian adalah amat lemah. Ini mungkin disebabkan oleh para pemain kedua-dua sukan ini telah mengalami tahap penurunan stamina kardiovaskular semasa kajian dijalankan iaitu pada hujung semester dua persekolahan.Selain daripada itu juga hanya dua orang dikalangan pemain bola sepak dan bola baling yang memperolehi dapatan kajian BLEEP TEST yang baik, ini mungkin disebabkan oleh mereka melakukan ujian tersbut dengan bersungguh-sungguh dan juga sentiasa melakukan aktiviti sukan ini semasa cuti persekolahan. Dari segi dapatan mean pula didapati daya tahan kardiovaskular pemain bola sepak adalah lebih baik berbanding dengan pemain bola baling. Ini mungkin disebabkan oleh latihan yang dilakukan oleh pemain bola sepak lebih efektif dan selain daripada jangka masa permainan bola sepak adalah lebih panjang berbanding dengan permainan bola baling.

Berdasarkan keputusan ujian daya tahan kardiovaskular menggunakkan ujian BLEEP TEST, mendapati terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua pasukan yang terlibat. Atlet yang bermain bola sepak menunjukkan pencapaian yang lebih baik iaitu mean purata ujian bleep test ialah 5.5 manakala dari pemain yang bermainbola baling adalah 4.7.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Arakawa (2000), menjelaskan bahawa latihan fizikal yang berterusan dapat menyumbang kepada peningkatan keupayaan otot jantung untuk berfungsi dengan lebih efisyen, daripada dapatan kajian ini juga didapati gabungan beberapa jenis latihan boleh membantu meningkatkan daya tahan kardiovaskular, pendapat ini disokong oleh Mc Carthey (2003), yang telah membuktikan bahawa dengan menggabungkan latihan kekuatan dan dayatahan selama 3 minggu ketika membuat perbandingan perubahan terhadap tahap VO2 Max dengan pencapaian kekuatan secara serentak dapat meningkatkan tahap kecergasan seseorang. Latihan sukan memerlukan persediaan yang rapi dari segi fizikal, teknikal, intelektual, psikologi dan persiapan moral atlit melalui proses yang sistematik dan terancang.

5.2.2Adakah ujian ini dapat memberikan panduan kepada jurulatih akan datang bagi meningkatkan prestasi kardiovaskular pemain bola sepak dan pemain bola baling?Berdasarkan kepada kajian yang telah diperolehi didapati para jurulatih dapat merujuk sendiri kepada tahap daya tahan kardiovaskular pemain yang mewakili sekolah kelak. Melalui ujian ini sendiri mereka dapat mengetahui jenis-jenis latihan yang sesuai bagi pemain bola sepak mahupun pemain bola baling. Selain daripada itu juga, diharapkan jurulatih setiap pasukan dapat memahami betapa pentingnya untuk meningkatkan keupayaan kardiovaskular pemain pasukannya agar mencapai standard yang tersedia (norma) untuk rujukan.

Untuk menjadikan sesebuah pasukan itu mantap untuk dibawa bertanding, seseorang jurulatih itu mestilah merancang beberapa jenis latihan yang sistematik iaitu memenuhi aspek keseleruhan latihan termasuk fizikal dan mental adalah antara cara yang boleh dilakukan agar atlet mampu mencapai daya tahan kardiovaskular yang setaraf dengan standard yang terdapat dalam norma. Latihan merupakan satu aktiviti sukan yang memerlukan masa yang lama, berprogresif dan digred satu persatu dengan tujuan untuk mempertingkatkan fungsi fisiologi, anatomi, psikologi untuk menghadapi tugas yang lebih berat dan mencabar. Walaupun perkembangan fizikal dipengaruhi oleh umur, jantina, tabiat senaman dan amalan pemakanan, kecergasan yang optimum tidak mungkin dicapai kecuali dengan aktiviti fizikal yang efisien (Heyward, 1997).Kajian yang dijalankan oleh Johnson dan Nelson (1986), yang menyatakan latihan yang dijalankan selama enam hingga lapan minggu akan dapat meningkatkan tahap kecergasan seseorang individu atau atlit-atlit. Nisbah tersebut dicadangkan agar tahap kemajuan kecergasan dibuat dari hari ke hari, kuasa dari minggu ke minggu, kelajuan dari bulan ke bulan dan daya tahan dari tahun ke tahun. Peningkatan yang dramatik dalam jangkamasa pendek perlu dilihat sebagai keputusan langsung kemajuan latihan harian. Selain daripada itu juga, para jurulatih tidak semestinya hanya fokus kepada jenis latihan untuk peningkatan daya tahan kardiovaskular. Amalan pemakan untuk atlet juga semestinya di ketengahkan. Untuk mendapatkan atlet yang mempunyai tahap daya tahan otot serta kardiovaskular yang baik makanan yang mempuntai protein dan sedikit lemak adalah lebih efisyen. Bentuk tubuh yang baik mempengaruhi kejayaan sesebuah pasukan itu. Jantine D. Slinger et. al (2006), mengkaji perhubungan antara ujian prestasi aerobik dengan bentuk tubuh. Subjek terdiri daripada 502 orang kanak-kanak yang berumur antara 10-15 tahun. Subjek kajian terdiri daripada 53% sujek lelaki dan 47% subjek perempuan. Subjek menjalankan ujian berbasikal engometer dan shuttle run untuk menguji prestasi aerobik. Body mass indeks (BMI) dan peratus lemak (menggunakan skin fold) diukur untuk mengira fat free mass normalised to stature (FMI). Hasil kajian mendapati terdapat perhubungan antara bentuk tubuh badan dalam ujian kardiovaskular.5.3 CADANGAN KAJIAN

Kajian ini memberi penekanan kepada tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular diantara pemain bola sepak dan pemain bola baling. Berdasarkan hasil kajian ini terdapat beberapa kelemahan yang boleh dipertingkatkan kelak supaya dapatan kajian adalah lebih baik. Berdasarkan hasil kajian ini, penyelidik ingin mencadangan beberapacadangan berdasarkan hasil ujian yang dijalankan:

1. Kajian ini hanya menggunakan pelajar yang berada dari Darjah 5 dan darjah 6 sahaja serta bertumpu kepada mereka yang aktif dalam dua jenis sukan sahaja. Oleh yang demikian, Dicadangkan agar sampel kajian turut melibatkan kepada mana-mana pelajar yang selalu bermain tetapi tidak mewakili sekolah mereka menyertai pertandingan. Selain daripada itu juga kajian seharusnya melibatkan semua had umur dari atlet tingkatan satu hingga tingkatan lima bagi memperkukuhkan kepastian tentang tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam sukan yang diceburi oleh setiap pelajar.

2. Kajian yang sama boleh dijalankan secara perbandingan antara semua jenis sukan dan ini dapat mengenalpasti tentang tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular bagi setiap atlet yang terlibat pada satu-satu jenis sukan tersebut.

3. Andaian-andaian yang menganggap bahawa pemain bola baling memerlukan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular yang lebih rendah jika dibandingkan pemain bola sepak mestilah diketepikan.

4. Kajian yang dijalankan hanya dijalankan selama lima bulan, oleh yang demikian para penyelidik seharusnya menjalankan kajian mereka sekurang-kurangnya setahun untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih jitu. Selain daripada itu juga kajian daya tahan kardiovaskular ini seharusnya dijalankan dengan menggunakan kajian secara pra dan post supaya perbezaan daya tahan kardiovaskular adalah lebih jelas.

5. Kajian yang sama boleh dijalankan secara perbandingan antara semua jenis sukan dan ini dapat mengenalpasti tentang tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular bagi setiap atlet yang terlibat pada satu-satu jenis sukan tersebut.

6. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian BLEEP TEST. Dicadangkan bahawa pengkaji akan datang boleh menggunakan ujian yang lain selain daripada yang digunakan dalam ujian ini.

5.4 RUMUSAN KAJIAN

5.4.1 Rumusan Persoalan Kajian

Dapatan kajian yang diperolehi melalui analisis statistik diselaraskan dengan objektif kajian. Dapatan utama kajian adalah seperti yang berikut:Berdasarkan kepada dapatan keseluruhan ujian BLEEP TEST yang dijalankan didapati bahawa kedua-dua pasukan mempunyai purata mean keseluruhan kumpulan yang hampir sama iaitu bola sepak label 5.5 manakala bola baling label 4.7. Namun jika dilihat kepada individu maka dalam permainan bola sepak hanya seorang berjaya mencapai label 6 iaitu 6.3 manakala dalam permainan bola baling terdapat dua orang pemain yang berjaya mencapai lebel 6 iaitu 6.2 dan 6.1, ini menunjukkan bahawa walaupun purata mean ujian yang dijalankan mendapati bola sepak yang lebih tinggi tetapi dalam pemain bola baling terdapat dua orang pemain yang mendapat label yang hampir sama dan mencapai lebel 6. Namun demikian apabila dibandingkan dengan norma maka label 6.6 ke bawah adalah berada pada tahap paling lemah.

Untuk daya tahan kardiovaskular ( Multi Stage Test ), merujuk kepada data yang telah dianalisis menunjukkan perbezaan min. Oleh yang demikian, jurulatih perlu memastikan latihan yang berterusan serta intensiti latihan yang berkesan diberikan kepada responden semasa menjalani latihan.Semakin tinggi intensiti latihan yang dilakukan maka semakin tinggi tahap kecergasan seseorang serta kajian yang dilakukan oleh Arakawa ( 2000 ) menjelaskan bahawa latihan fizikal yang berterusan dapat menyumbang kepada peningkatan keupayaan otot jantung untuk berfungsi dengan lebih efisyen.

12