kelebihan sekolah bestari

2
Kebaikan Sekolah Bestari Seperti yang kita ketahui, Sekolah Bestari ini merupakan institusi pembelajaran yang diubahsuai oleh Kementerian Pelajaran dengan menggunakan sistem pengajaran-pembelajaran berasaskan atau berpandukan ICT. Dengan penggunaan ICT pada masa kini amatlah diperlukan kerana dunia semakin maju dan moden. Di sini terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh dalam melaksanakan program Sekolah Bestari di Malaysia iaitu : 7.1.1 Melahirkan masyarakat yang celik IT pada masa hadapan. Malaysia merupakan salah satu negara yang sedang membangun di dunia ini. Oleh itu, sekolah bestari ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak kerajaan iaitu Kementerian Pelajaran untuk mencapai Wawasan 2020 yang sering kita dengarkan demi memajukan negara kita. Melahirkan masyarakat yang celik IT merupakan salah satu matlamat yang hendak dicapai dalam Wawasan 2020. Oleh itu, memang wajarlah pihak kerajaan melaksanakan Sekolah Bestari ini yang berlandaskan IT. Untuk melahirkan masyarakat yang celik IT pada masa hadapan kita perlukan mulai dari sekarang bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya . Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya menerapkan atau mendidik masyarakat supaya kenal dan tahu cara menggunakan IT ini. Dengan wujudnya Sekolah Bestari ini iaitu sistem pendidikan yang berpandukan teknologi dapat menjadikan sistem pembelajaran hari ini semakin maju dan dapat menggalakkan lagi penggunaan teknologi- teknologi moden yang ada. Sebagai contohnya, penggunaan LCD dan komputer riba dalam proses pembelajaran dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat kita. Bukan itu sahaja, malah guru-guru juga akan dihantar untuk pergi ke kursus-kursus mengenai ICT untuk membolehkan atau menjayakan konsep Sekolah Bestari ini. Bukan itu sahaja, kita juga boleh merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar yang sering dipinggirkan. Hal ini jelas membuktikan dengan wujudnya sistem Sekolah Bestari ini dapat melahirkan masyarakat celik IT walaupun tidak sepenuhnya lagi. 7.1.2 Menarik minat pelajar untuk menerokai lebih banyak pengetahuan. Dengan prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran di sekolah-sekolah bestari ini dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu. Pada dunia yang tanpa sempadan ini, para pelajar dan masyarakat boleh mencari pelbagai maklumat di hujung jari sahaja. Hal ini memperlihatkan begitu mudah pada masa kini para pelajar untuk mencari sebarang maklumat menggunakan teknologi yang ada tanpa perlu beratur panjang. Berbeza dengan sistem lama yang hanya menggunakan papan hitam sebagai tempat atau platform dalam menyebarkan ilmu. Dengan adanya Sekolah Bestari, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) membolehkan para pelajar mencari maklumat untuk menajamkan pemikiran mereka serta dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan-bahan cetak yang lain. Selain

Upload: julina-jul

Post on 16-Jan-2016

267 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sekolah bestari

TRANSCRIPT

Page 1: kelebihan sekolah bestari

Kebaikan Sekolah Bestari

Seperti yang kita ketahui, Sekolah Bestari ini merupakan institusi pembelajaran yang diubahsuai oleh Kementerian Pelajaran dengan menggunakan sistem pengajaran-pembelajaran berasaskan atau berpandukan ICT. Dengan penggunaan ICT pada masa kini amatlah diperlukan kerana dunia semakin maju dan moden.  Di sini terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh dalam melaksanakan program Sekolah Bestari di Malaysia iaitu :

7.1.1 Melahirkan masyarakat yang celik IT pada masa hadapan.

Malaysia merupakan salah satu negara yang sedang membangun di dunia ini. Oleh itu, sekolah bestari ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak kerajaan iaitu Kementerian Pelajaran untuk mencapai Wawasan 2020 yang sering kita dengarkan demi memajukan negara kita. Melahirkan masyarakat yang celik IT merupakan salah satu matlamat yang hendak dicapai dalam Wawasan 2020. Oleh itu, memang wajarlah pihak kerajaan melaksanakan Sekolah Bestari ini yang berlandaskan IT. Untuk melahirkan masyarakat yang celik IT pada masa hadapan kita perlukan mulai dari sekarang bak kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya menerapkan atau mendidik masyarakat supaya kenal dan tahu cara menggunakan IT ini.

Dengan wujudnya Sekolah Bestari ini iaitu sistem pendidikan yang berpandukan teknologi dapat menjadikan sistem pembelajaran hari ini semakin maju dan dapat menggalakkan lagi penggunaan teknologi-teknologi moden yang ada. Sebagai contohnya, penggunaan LCD dan komputer riba dalam proses pembelajaran dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat kita. Bukan itu sahaja, malah guru-guru juga akan dihantar untuk pergi ke kursus-kursus mengenai  ICT untuk membolehkan atau menjayakan konsep Sekolah Bestari ini. Bukan itu sahaja, kita juga boleh merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar yang sering dipinggirkan. Hal ini jelas membuktikan dengan wujudnya sistem Sekolah Bestari ini dapat melahirkan masyarakat celik IT walaupun tidak sepenuhnya lagi.

7.1.2 Menarik minat pelajar untuk menerokai lebih banyak pengetahuan.

Dengan prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran di sekolah-sekolah  bestari ini dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu. Pada dunia yang tanpa sempadan ini, para pelajar dan masyarakat boleh mencari pelbagai maklumat di hujung jari sahaja. Hal ini memperlihatkan begitu mudah pada masa kini para pelajar  untuk mencari sebarang maklumat menggunakan teknologi yang ada tanpa perlu beratur panjang. Berbeza dengan sistem lama yang hanya menggunakan papan hitam sebagai tempat atau platform dalam menyebarkan ilmu.

Dengan adanya Sekolah Bestari, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) membolehkan para pelajar mencari maklumat untuk menajamkan pemikiran mereka serta dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan-bahan cetak yang lain. Selain itu, pembelajaran akan menjadi lebih menarik, motivasi, merangsangkan dan bermakna. Dalam proses P&P di sekolah-sekolah bestari ini, elemen yang dititikberatkan adalah akal, rohani, dan  jasmani pelajar yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para pelajar dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif malah disemai dengan nilai dan menggalakkan peningkatan dalam kelancaran penggunaan bahasa. Dengan cara ini kita dapat mengetahui kebolehan, minat, dan keperluan pelajar dipelbagaikan mengikut keperluan dan individu.

Page 2: kelebihan sekolah bestari

7.1.3 Memudahkan urusan pelbagai pihak.

Selain dari menarik minat pelajar untuk menerokai pelbagai ilmu baru, Sekolah Bestari juga dapat memudahkan pelbagai pihak. Sebagai contohnya, para guru dapat mencari pelbagai bahan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan tugasan yang tersusun dan sistematik. Tugasan yang tersusun yang diberikan kepada para guru akan menjadikan guru mudah dan dapat memfokuskan proses P&P. Hal ini kerana tugas atau kerja yang membebankan guru akan memberi kesan kepada had tugasan guru. Dengan ini, para pelajar juga akan mudah menerima masuk input-input daripada guru dengan berkesan. Bukan itu sahaja, malah kebanyakan bahan audio visual boleh dapat melalui internet. Bahan-bahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Sebagai contoh, bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran mengambil masa yang lama. Bahan yang berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemaskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh itu, disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasakan komputer. Bukan itu sahaja, penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi keberkesanan dan pembelajaran seseorang guru.

7.1.4 Meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia .

Bagaimana konsep sekolah bestari ini boleh meningkatkan taraf pendidikan negara? Seperti yang kita ketahui, dengan wujudnya Sekolah Bestari ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses P&P berjalan lancar. Secara tidak langsung, cara ini dapat meningkatkan taraf pendidikan kita. Sebagai contohnya, pada zaman dahulu para guru mengajar di sekolah menggunakan papan hitam sahaja. Dengan cara pengajaran seperti ini  sangat lambat dan mengambil masa yang lama dan tidak semua maklumat dapat disampaikan kepada para pelajar. Dengan adanya ICT ini, pelbagai jenis maklumat boleh didapati dengan mudah, cepat dan padat. Tambahan pula, dengan wujudnya sistem pembelajaran dan pengajaran seperti ini dapat menjadikan Malaysia setaraf dengan negara-negara yang membangun. Oleh itu, hal ini dapat melahirkan masyarakat yang celik IT di samping memajukan negara kita.