apa kelebihan kit pengajaran di sekolah

Upload: zaliha-mamat

Post on 08-Jan-2016

286 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kit Pembelajaran

TRANSCRIPT

APA KELEBIHAN KIT PENGAJARAN DI SEKOLAH???1. Menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif2. Memberi minat dan daya tarikan kepada pelajar3. Memudahkan pengajaran guru4. Proses Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan5. Memberi kefahaman kepada pelajar dengan mudah dan cepat6. Menggalakkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah

APA ITU KIT PENGAJARAN???

Kit Pengajaran merupakan satu kaedah inovatif yang sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Bahan ini diguna dan dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih mudah dan difahami oleh pelajar. kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanak-kanak dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza.

e)Pendekatan Main Sambil Belajar

Murid-murid yang lemah lebih suka bermain daripada belajar. Guru boleh menggunakan kaedah bermain sambil belajar secara berkesan untuk membantu respons murid terhadap situasi pembelajaran. Main merupakan satu ciri yang boleh mempertingkatkan kebolehan empati, menambahkan kepekaan murid terhadap proses interaksi dan menggalakkan keupayaan untuk menganalisis secara objektif. Untuk menggunakan pendekatan ini, guru perlu menyediakan murid dalam situasi yang boleh memberi motivasi. Contohnya mengadakan permainan selepas murid menguasai sesuatu kemahiran asas.

Permainan yang dicadangkan seharusnya menimbulkan unsur-unsur penyelesaikan masalah. Murid berpeluang menggunakan beberapa cara untuk mewujudkan kebolehan menyelesaikan masalah. Cara ini memberi peluang kepada murid menentukan keperluannya untuk mempertingkatkan kefahaman konsep dan memperbaiki kemahiran dalam mengaplikasikan konsep.