kelebihan surah

31
Kelebihan Surah-surah Tertentu Sememangnya terdapat banyak hadith yang menceritakan kelebihan surah- surah tertentu. Semua hadith berikut telah diyakini bukan tergolong dalam hadtih dho'if jauh sekali hadith maudhu' :- SURAH AL-FATIHAH Sabda Rasulullah s.a.w.,"Sebaik-baik Al-Quran adalah ......(iaitu surah al-Fatihah (H.R. Baihaqi) SURAH AL-BAQARAH Sabda Rasulullah s.a.w.,"Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu kerana sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah."(H.R. Al-Hakim) SURAH AL-KAHFI Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat."(H.R. al-Baihaqi) SURAH YASIIN Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah Yasiin di permulaan hari akan dipenuhi hajat pada hari itu."(H.R. Al-Darimi) SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang mempunyai 30 ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan iaitu.......(iaitu surah Al-Mulk)."(H.R, al-Nasai') SURAH AL-KAFIRUN

Upload: bbjamie77

Post on 30-Jun-2015

5.019 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelebihan Surah

Kelebihan Surah-surah Tertentu Sememangnya terdapat banyak hadith yang menceritakan kelebihan

surah-surah tertentu. Semua hadith berikut telah diyakini bukan

tergolong dalam hadtih dho'if jauh sekali hadith maudhu' :-

SURAH AL-FATIHAH

Sabda Rasulullah s.a.w.,"Sebaik-baik Al-Quran adalah ......(iaitu surah al-

Fatihah (H.R. Baihaqi)

SURAH AL-BAQARAH

Sabda Rasulullah s.a.w.,"Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu kerana

sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya

surah al-Baqarah."(H.R. Al-Hakim)

SURAH AL-KAHFI

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari

Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat."(H.R.

al-Baihaqi)

SURAH YASIIN

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah Yasiin di

permulaan hari akan dipenuhi hajat pada hari itu."(H.R. Al-Darimi)

SURAH AL-DUKHAN

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca surah al-Dukhan di

waktu malam maka meminta ampun baginya 70000 para malaikat di

waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-MULK

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah

yang mempunyai 30 ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki

sehingga ia diberi keampunan iaitu.......(iaitu surah Al-Mulk)."(H.R, al-

Nasai')

SURAH AL-KAFIRUN

Sabda rasulullah s.a.w. ,"Apabila kamu hendak tidur di waktu malam

Page 2: Kelebihan Surah

maka hendaklah kamu membaca ...(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah

bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada

syirik."(H.R. al-Tirmidzi)

SURAH AL-IKHLASH

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Barangsiapa membaca .....(surah Al-Ikhlash)

seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran."(H.R. al-Tirmidzi)

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."(direkodkan oleh Imam tirmidzi)

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk." (Direkodkan oleh Imam Ahmad)

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." (direkodkan oleh tabrani)

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

5. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak

Page 3: Kelebihan Surah

akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."(Direkodkan oleh Imam Tirmidzi)

6. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

7.Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk “(Tabaraarakal-Lazi).” (Direkodkan oleh Imam Ahmad)

8.Daripada Anas Ibnu Malik berkata: “rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga. Iaitu (Tabaraakal-Lazi)(HR.Riwayat At-Tabarani)

9.Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan!”Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh dirumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah SWT memohon kepada pembacaannya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada siksaan kubur.(Oleh Abd Humaid dalam Musnadnya)

HADITH KELEBIHAN AL QURAN

1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di  hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya. ( Riwayat Muslim )

2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )

3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari  Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )

4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya  ia mendapat dua pahala.( Riwayat Bukhari & Muslim )

5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah

Page 4: Kelebihan Surah

S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap.Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.( Riwayat Bukhari & Muslim )

6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran. ( Riwayat Muslim )

7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.( Riwayat Bukhari & Muslim )

8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim )

9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W.bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )

10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Page 5: Kelebihan Surah

11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.( Riwayat Muslim )

12. Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.( Riwayat Muslim )

13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah )

14. Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar  Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya.( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )

15. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

Kelebihan Surah-surah Di Dalam Al-Quran

Tuesday

Page 6: Kelebihan Surah

Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu.Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:

o Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.o Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.o Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.o An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.o Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.o Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.o Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.o Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.o At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.o Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.o Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.o Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.o Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.o Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.o An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.o Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.o Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.o Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan tetapi akhirnya terbukti kesuciannya.o Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.o Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.o Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.o Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.o An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.o An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.o As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.o An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.o Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.o Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.

Page 7: Kelebihan Surah

o Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.o Luqman: Diberikan hikmah.o As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.o Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.o Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).o Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.o Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.o As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.o Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.o Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.o Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.o Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.o Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.o Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.o Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.o Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.o Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.o Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).o Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.o Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.o Qaf: Dimurahkan rezekinya.o Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.o Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.o An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.o Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.o Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.o Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.o Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.o Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.o Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.o Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.o As-Saff: Ingin mati syahid.o Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.o Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.o At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.o At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.o Al-Mulk: Besar kerajaannya.o Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.

Page 8: Kelebihan Surah

o Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.o Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.o Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.o Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.o Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.o Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.o Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.o Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.o Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.o 'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.o An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.o 'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.o Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.o Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.o Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.o Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.o Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.o At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.o Al-A'la: Mudah segala urusannya.o Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.o Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.o Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka memberi makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.o As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.o Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.o Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.o Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.o Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.o Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.o Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.o Al-'Adiyat: Mendapat kuda.o Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.o At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.o Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.

Page 9: Kelebihan Surah

o Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.o Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.o Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.o Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.o Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.o Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.o An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.o Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.o Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.o Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.o Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

KELEBIHAN SURAH YAASIN

Atho Bin Abi Rabaah 'Rahmatullah alaih' telah berkata bahawa beliau telah mendapati sebuah hadith menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, " Sesiapa yang membaca Surah Yaasin di awal hari, maka hajatnya akan ditunaikan (oleh Allah s.w.t).

Sheikh Zakaria 'Rahmatullahi alaih' telah menjelaskan syarahan tentang hadith ini; "Berbagai-bagai kelebihan Yaasin telah disebutkan di dalam berbagai-bagai hadith, diantaranya ialah; Setiap sesuatu mempunyai hati, hati Al-Quran ialah Yaasin. Sesiapa yang membaca Yaasin, Allah akan menuliskan ganjaran baginya seolah-olah dia telah membaca sebanyak 10 kali khatam Al-Quran"

Dalam sebuah hadith lagi, menyatakan bahawa Allah s.w.t membacakan Surah Taha dan Surah Yaasin seribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Apabila para malaikat mendengar berita ini, mereka telah berkata, "Amat bertuahlah ummat yang akan menerima Nuzul Al-Quran, bertuahlah hati-hati mereka yang menghafaz Al-Quran dan bertuahlah lidah-lidah mereka yang membacakan Al-Quran."

Sebuah hadith lagi, "Sesiapa yang membaca Yaasin semata-mata kerana Allah s.w.t, segala dosanya yang terdahulu akan terampun, oleh itu bacalah Surah Yaasin ini untuk orang yang telah meninggal dunia."

Menurut sebuah hadith, di dalam kitab Taurah, Surah Yaasin dinamakan sebagai mun'imah (pemberi ni'mat) kerana surah ini membawa kebaikan kepada pembacanya di dunia dan akhirat, menghindarkan penderitaan di dunia dan akhirat serta menjauhkan kedahsyatan akhirat.

Surah Yaasin juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidhoh maknanya yang meninggikan darjah mu'min dan merendahkan darjah orang kafir.

Sebuah riwayat menyatakan, Rasulullah s.a.w bersabda, "Hatiku mahu supaya Surah Yaasin berada di dalam setiap hati ummatku.". Dalam hadith yang lain pula, jika seseorang itu membaca Surah Yaasin setiap malam, dan kemudiannya mati, kematiannya dikira sebagai syahid.

Page 10: Kelebihan Surah

Suatu hadith mafhumnya, "Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, dosanya akan diampunkan, jika dibaca ketika kelaparan, kelaparannya akan pergi. Jika dibaca ketika sesat jalan, dia akan kembali ke pangkal jalan, jika dibaca ketika hilang kenderaannya, kenderaannya akan ditemui kembali, jika dibaca kerana khuatirkan makanan tidak cukup, makanannya akan dicukupkan, jika dibaca kepada pesakit yang sedang nazak, kesakitan nazaknya akan dikurangkan, jika dibaca kepada wanita hamil yang sukar melahirkan anaknya, kelahirannya dipermudahkan, jika dibaca kerana takutkan pemerintah dan musuh yang kejam, ketakutannya akan dihilangkan."

Dalam sebuah hadith, jika seseorang itu membaca Surah Yaasin dan Shoffat pada hari Jumaat lantas dia berdoa, doanya akan dimaqbulkan.

Khidmat, rahsia da khasiat surah-surah

1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r. a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

Page 11: Kelebihan Surah

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud) Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf) Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membac ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir) Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia

Page 12: Kelebihan Surah

pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap- tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s. w. t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji) Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan

Page 13: Kelebihan Surah

terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' (Saba') Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan namaAllah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga disekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas(iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. wa lam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilahsalam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikatmemberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salamtersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salamyang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlassewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk didalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikatakan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalumenuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit?Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telahmengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuarakepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktuitu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca

Page 14: Kelebihan Surah

surah Al-Ikhlas 3 kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Alibetul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kaliqatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hinggake barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang manakesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala daribacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibraila.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalidwalam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahukufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yangakan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya2) Doa anak-anaknya yang soleh3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

~Wallahualam~

Kelebihan Al-QuranAl-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:

Page 15: Kelebihan Surah

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.

Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.

Dalam Al-Quran Allah S.W..T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.(Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:

Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s..a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

PAHALA MEMBACA AL-QURAN

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;

Page 16: Kelebihan Surah

Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.

Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.

Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:

Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.

Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya.

Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

ADAB MEMBACA AL-QURAN

Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:

1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal

Page 17: Kelebihan Surah

(utama) dari segala zikir yang lain.

2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.

3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.

4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

Berkata Yazid bin Abdul Mallek:Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.

6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.

7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.

8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.

9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy -syaitannirrajim ).

Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang kena rejam.

10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmani rrahim).

Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.

11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.

12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.

Firman Allah S.W.T:

Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil.

(Surah Al-Furqan: 32)

Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil.

(Surah Al-Muzammmil: 4)

Pengertian Tartil pada bahasa:

Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh.

Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya.

Saidina Ali k.w berkata:

Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya.

13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman:

Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.(Surah Al-Israi’: 9)

Firman Allah S.W.T.:

Page 18: Kelebihan Surah

Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.

(Surah Al-Isra’: 82)

Firman Allah S.W.T. lagi:

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.(Surah Sad: 29)

14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.

16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.

Berkata Mujahid:Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.

17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:

Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”

18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.

Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:

Telah bersabda Nabi Muhammad saw, hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.

19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:

(Sadaqallahul’ azim).

20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:

Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.

KELEBIHAN AYAT-AYAT ALQURAN...

1. Surah Al Baqarah – Ayat 285 – 286 :- Baca sebelum tidur, terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

Page 19: Kelebihan Surah

2. Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :- Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

3. Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :- Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt.

4. Surah Annisaa’ – Ayat 75 :- Nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

5. Surah Al Maidah – Ayat 7 :- Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat..

6. Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :- Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi

7. Surah Al An’aam :- Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana

8. Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :- Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.

9. Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :- Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.

10. Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :- Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.

11. Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :- Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia

12. Surah Al Baraah :- Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.

13. Surah Al Baraah – Ayat 111 :- Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju.

14. Surah Al Baraah – Ayat 128 – 129 :- Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.

15. Surah Yunus – Ayat 31 :- Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat

16. Surah Yunus – Ayat 64 :- Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau.

Page 20: Kelebihan Surah

17. Surah Al Hud :- Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.

18. Surah Al Hud – Ayat 56 :- Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar.

19. Surah Al Hud – Ayat 112 :- Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.

20. Surah Yusuf :- Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah .

21. Surah Yusuf – Ayat 64 :- Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

22. Surah Yusuf – Ayat 68 :- Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak.

23. Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :- Baca akan selamat dari petir.

24. Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :- Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.

25. Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :- Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah.

26. Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :- Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.

27. Surah Al Isra – Ayat 45 - 46 :- Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia

28. Surah Al Kahf :- Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki.

29. Surah Maryam :- Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat

30. Surah Thaha :- Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.

31. Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :- Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.

32. Surah Al Anbia – Ayat 83 :- Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah.

33. Surah Al Hajj :- Allah akan binasakan musuh-musuhnya

Page 21: Kelebihan Surah

34. Surah Al Mu’Minun :- Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum

35. Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :- Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.

36. Surah An Nur :- Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk

37. Surah An Nur – Ayat 35 :- Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.

38. Surah Al Furqan :- Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular

39. Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :- Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan hilang bisanya

40. Surah An Naml :- Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

42. Surah Ar Rum :- Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya.

41. Surah Al Ankabut :- Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.

43. Surah Luqman :- Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut.

44. Surah Luqman – Ayat 31 :- Baca nescaya terselamat dari bencana banjir

46. Surah As Sajadah – Ayat 7 – 9 :- Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani

47. Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :- Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.

48. Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :- Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

49. Surah Saba :- Baca nescaya terselamat dari segala bala bencana

Page 22: Kelebihan Surah

50. Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :- Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

51. Surah Yasin :- Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah.

52. Surah As Saffat :- Insyallah akan memelihara daripada gangguan jin.

53. Surah Shad – Ayat 42 :- Nescaya mendapat kebahagiaan sejati. 54. Surah Al Furqan :-

55. Surah Asy Syura – Ayat 15 :- Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan. Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular

57. Surah Al Waqiah :- Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki.

58. Surah Al Mulk :- Baca setiap hari solat Isyak akan mendapat keampunan. Terlepas dari siksa kubur dan terkeluar dari neraka masuk ke syurga.

KELEBIHAN SURAH AL-WAQIAH

Hari keenam kita berpuasa. Sekadar nak kongsi satu

bacaan Al-Quran Suratul Waqiah. Pada aku, alunan bacaannya sungguh merdu, terpesona dan terpegun bila mendengarnya juga menginsafkan. Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Close your eyes and listen this voice for your heart.

Bacaan Surah Al Waqiah itu disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang

merupakan Imam Masjid Nabawi Madinah dan juga penyanyi nasyid.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia

tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia

tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan

oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Page 23: Kelebihan Surah

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu.

Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah

setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya.

Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan

kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-

Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama

40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran

dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.” Senarai Surah

Senarai 114 Surah adalah:

1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan) الفاتحة سورة2. Surah Al-Baqarah (Sapi Betina) البقرة سورة3. Surah Ali 'Imran (Keluarga Imran) عمران آل سورة4. Surah An-Nisaa' (Wanita) النساء سورة5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan) المائدة سورة6. Surah Al-An'aam (Binatang Ternakan) األنعام سورة7. Surah Al-A’raaf (Tempat Tinggi) األعراف سورة8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang) األنفال سورة9. Surah At-Taubah (Taubat) التوبة سورة10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.) يونس سورة11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.) هود سورة12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.) يوسف سورة13. Surah Ar-Ra’d (Guruh) الرعد سورة14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.) إبراهيم سورة15. Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu) الحجر سورة16. Surah An-Nahl (Lebah) النحل سورة17. Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam) اإلسراء سورة18. Surah Al-Kahfi (Gua) الكهف سورة19. Surah Maryam (Siti Maryam) مريم سورة20. Surah Taahaa طه سورة21. Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi) األنبياء سورة22. Surah Al-Hajj (Haji) الحج سورة23. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman) المؤمنون سورة24. Surah An-Nuur (Cahaya) �ور سورة الن25. Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan) الفرقان سورة26. Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair) الشعراء سورة27. Surah An-Naml (Semut) مل سورة� الن28. Surah Al-Qasas (Cerita-cerita) القصص سورة29. Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah) العنكبوت سورة30. Surah Ar-Rum (Masyarakat Rom) وم سورة الر�31. Surah Luqman (Luqman) لقمان سورة32. Surah As-Sajdah (Sujud) السجدة سورة33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu) األحزاب سورة34. Surah Saba’ (Kaum Saba’) سبأ سورة35. Surah Faatir (Pencipta) فاطر سورة36. Surah Yaasin يس سورة37. Surah As-Saaffat (Yang Berbaris Dengan Teratur) الصافات سورة38. Surah Saad ص سورة39. Surah Az-Zumar (Rombongan) الزمر سورة40. Surah Al-Mu’min (Orang yang Beriman) غافر سورة41. Surah Fussilat (Dijelaskan) فص�لت سورة42. Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan) الشورى سورة43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas) الزخرف سورة44. Surah Ad-Dukhaan (Kabut/Asap) الد�خان سورة45. Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut) الجاثية سورة46. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir) األحقاف سورة

Page 24: Kelebihan Surah

47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad s.a.w.) محمد سورة48. Surah Al-Fat-h (Kemenangan) الفتح سورة49. Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik) الحجرات سورة50. Surah Qaf ق سورة51. Surah Adz-Dzariyaat (Angin yang Menerbangkan) الذاريات سورة52. Surah At-Tur (Gunung) الطور سورة53. Surah An-Najm (Bintang) النجم سورة54. Surah Al-Qamar (Bulan) القمر سورة55. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) الرحمن سورة56. Surah Al-Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan) الواقعة سورة57. Surah Al-Hadid (Besi) الحديد سورة58. Surah Al-Mujadilah (Perempuan yang Merayu) المجادلة سورة59. Surah Al-Hasyr (Pengusiran) الحشر سورة60. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji) الممتحنة سورة61. Surah As-Saf (Barisan) الصف سورة62. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat) الجمعة سورة63. Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik) المنافقون سورة64. Surah At-Taghabun (Saling Untung dan Rugi) التغابن سورة65. Surah At-Talaq (Cerai) الطالق سورة66. Surah At-Tahrim (Mengharamkan) التحريم سورة67. Surah Al-Mulk (Kerajaan) الملك سورة68. Surah Al-Qalam (Pen) القلم سورة69. Surah Al-Haaqqah (Keadaan Sebenar) الحاقة سورة70. Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik) المعارج سورة71. Surah Nuh (Nabi Nuh a.s.) نوح سورة72. Surah A-Jin (Jin) الجن سورة73. Surah Al-Muzammil (Yang Berselimut) م�ل سورة المز�74. Surah Al-Muddathir (Yang Berselimut) المد�ثر سورة75. Surah Al-Qiamah (Kebangkitan) القيامة سورة76. Surah Al-Insaan (Manusia) اإلنسان سورة77. Surah Al-Mursalat (Yang Diutus) المرسالت سورة78. Surah An-Naba’ (Berita Besar) النبأ سورة79. Surah An-Naazi’aat (Yang Mencabut) النازعات سورة80. Surah ‘Abasa (Dia Bermasam Muka) عبس سورة81. Surah At-Takwiir (Menggulung) التكوير سورة82. Surah Al-Infitar (Pecah Belah) اإلنفطار سورة83. Surah Al-Mutaffifiin ( Golongan yang Curang) المطف�فين سورة84. Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah) اإلنشقاق سورة85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang) البروج سورة86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam) الطارق سورة87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi) األعلى سورة88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa yang Menggelisahkan) الغاشية سورة89. Surah Al-Fajr (Fajar/Sinar Mentari) الفجر سورة90. Surah Al-Balad (Negeri) البلد سورة91. Surah Asy-Syams (Matahari) الشمس سورة92. Surah Al-Lail (Malam) الليل سورة93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang) الضحى سورة94. Surah Al-Insyirah/Al-Syarah (Kelapangan) الشرح سورة95. Surah At-Tin (Buah Ara) التين سورة96. Surah Al-‘Alaq (Gumpalan Darah) العلق سورة97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan) القدر سورة98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata) البينة سورة99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan) الزلزلة سورة100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang) العاديات سورة101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar) القارعة سورة102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah) التكاثر سورة103. Surah Al-‘Asr (Waktu) العصر سورة104. Surah Al-Humazah (Pengumpat) الهمزة سورة105. Surah Al-Fiil (Gajah) الفيل سورة106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy) قريش سورة107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna) الماعون سورة108. Surah Al-Kauthar (Melimpah-ruah) الكوثر سورة109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir) الكافرون سورة110. Surah An-Nasr (Pertolongan) النصر سورة111. Surah Al-Lahab (Nyalaan Api) المسد سورة112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas) اإلخالص سورة

Page 25: Kelebihan Surah

113. Surah Al-Falaq (Subuh/Dinihari) الفلق سورة114. Surah An-Nas (Manusia) اس سورة� الن