sekolah bestari acuan malaysia dan matlamatnya

Upload: norafsah-awang-kati

Post on 04-Apr-2018

309 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    1/18

    X PENGENALANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,

    emosi, rohani serta intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoniandan kemakmuran masyarakat dan negara.

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1986

    TTooppii 11

    X SekolahBestari AcuanMalaysia danMatlamatnya

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan konsep sekolah bestari acuan Malaysia;2. Membincangkan sejarah perkembangan sekolah bestari di Malaysia;3. Membincangkan matlamat sekolah bestari; dan4. Menjelaskan kepentingan pendidikan bestari.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    2/18

    X TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA2

    Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Kementerian Pelajaran Malaysiamenyediakan enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006 hingga 2010 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

    Rajah 1.1: Enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006 hingga 2010

    Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikutacuan tersendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik,sosial, kerohanian serta kebudayaan.

    Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modalinsan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadianmulia, berpengetahuan serta berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negaramaju tahun 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikirsecara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan

    mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai ketahanan serta kebolehanberhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.Peranan guru adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia denganpeluang yang luas bagi mengembangkan potensi diri, melengkapkan diri denganpelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian serta perspektif hidupyang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukanlagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    3/18

    TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA W 3

    Dalam usaha untuk menjadi negara maju, pendidikan amat penting dan menjaditeras strategik dalam Misi Nasional. Kementerian Pelajaran telah mengaturstrategi agar masyarakat Malaysia dapat menghadapi cabaran globalisasi dan

    mengangkat sistem pendidikan bertaraf dunia. Pelbagai perubahan danpembaharuan telah dilaksanakan terutamanya dalam kurikulum. Antarapembaharuan yang dilaksanakan ialah Sekolah Bestari.

    SEKOLAH BESTARI

    Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula dari segi amalanpengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi Era Maklumat yang mencabar. Perkara ini ditegaskandalam The Smart School Conceptual Blueprint:

    The Malaysian Smart School is a learning institution that has been systemicallyreinvented in terms or teaching-learning practices and school management inorder to prepare children for the Information Age.

    Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat kerana padazaman ini maklumat berubah dengan pesat. Maka, dapatlah dirumuskan bahawaSekolah Bestari di Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semulasecara sistematik dari segi amalan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) danpengurusan sekolah dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi Era

    1.1

    Jelaskan kepentingan Program Pembestarian Sekolah dalam usahauntuk memperkasa sekolah kebangsaan seperti yang digariskan dalamPelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 hingga 2010.

    SEMAK KENDIRI 1.1

    1. Buat satu lakaran grafik konsep Sekolah Bestari acuan Malaysia.2. Berdasarkan lakaran grafik yang dipaparkan, buat satu huraian lengkap

    tentang pengwujudan sekolah bestari dalam sistem pendidikan negara.

    AKTIVITI 1.1

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    4/18

    X TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA4

    Maklumat berasaskan dua perkara penting, iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaandan nilai-nilai murni serta kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

    Maksudnya di sini, amalan P & P direka semula dengan mengintegrasikanelemen-elemen bestari iaitu kemahiran generik, pendekatan pembelajaran,strategi P & P serta gaya pembelajaran dan ICT dalam P & P. Integrasi kesemuaelemen ini adalah bertujuan untuk menjadikan P & P lebih menarik, mencabar,

    berkesan dan seterusnya dapat mengembangkan potensi murid secara holistikdan bersepadu seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Ciri-ciri Sekolah Bestari adalah seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1.2:

    Rajah 1.2: Ciri-ciri Sekolah BestariSekolah Bestari mengikut acuan Malaysia ialah:

    (a) Sekolah tempat murid belajar mengikut kadar kendiri, akses kendiri sertaterarah kendiri;

    (b) Sekolah untuk semua jenis murid iaitu rendah dan menengah;(c) Sekolah yang mengoptimumkan penggunaan teknologi pendidikan;(d)

    Sekolah yang berkeupayaan kendiri untuk membestarikan sumber manusia;dan

    (e) Sekolah yang gurunya berperanan sebagai pembimbing di sisi dan bukannyapendeta di pentas.

    Seperti mana yang telah dibincangkan di atas, Sekolah Bestari acuan Malaysiaadalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, yang dapatmengembangkan potensi diri dan memberi sumbangan ke arah kesejahteraanummah. Hal ini dapat digambarkan melalui logo seperti dalam Rajah 1.3.

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    5/18

    TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA W 5

    Rajah 1.3: Logo Sekolah BestariLogo ini telah diringkaskan terjemahannya melalui simbol dan warna dalam

    Jadual 1.1.

    Jadual 1.1: Penjelasan Warna pada LogoWarna Huruf Penjelasan

    Hitam Pemikiran kritis dan kreatif

    Kuning Pembelajaran optimum

    Ungu IlmuPutih Pendemokrasian pendidikan

    Biru Perkembangan holistik murid

    Merah Peranan pendidikan sebagai pemacu pembangunan negara

    Sumber: Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia (2006)

    Berdasarkan Rajah 1.3 yang berikut, dapatlah disimpulkan bahawa Sekolah Bestariialah sekolah yang dilengkapi dengan prasarana ICT, pengurusan pentadbiran

    yang profesional dan guru yang cekap, bijak, pintar, berintegriti, bersifat luhur danberbudi pekerti mulia serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

    Berikan definisi sekolah bestari yang anda fahami berdasarkan konteksdi Malaysia.

    SEMAK KENDIRI 1.2

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    6/18

    X TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA6

    1.1.1 Sejarah Perkembangan Sekolah Bestari diMalaysia

    Tahukah anda bahawa sewaktu Wawasan 2020 dilancarkan pada Februari 1991,Perdana Menteri Malaysia keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir bin Muhamad,menyatakan bahawa untuk menjadi sebuah negara maju, kita perlu menggunakankekuatan akal? Oleh itu, untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 tersebut, sistempendidikan negara perlu diubah sesuai dengan peredaran masa dan tuntutanzaman. Sewaktu melancarkan Koridor Raya Multimedia pada 1 Ogos 1996, beliaumenegaskan dengan memetik:

    Teacher will need to change their role in the eletronic classroom from being

    information providers to counselors to help student develop know how andjudgement to select information sources. Key to success in the InformationAge will be making the right judgement between an awesome array of choice.We are examining our education system to create a curriculum where peoplelearn how to learn for continuing education throughout their life.

    (Mahathir Mohamad, 1996)

    Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana KoridorRaya Multimedia (1997, 2003 dan 2005) yang terdiri daripada Kad Pintar Serba

    Guna, Sekolah Bestari, Teleperubatan, Kerajaan Elektronik Jaringan PengilanganSedunia, Pemasaran Tanpa Sempadan serta Kelompok R & D. Koridor RayaMultimedia disambung kepada Global Information Superhighway bertujuanuntuk:

    (a) Memperoleh maklumat secara visual, teks serta suara yang dihantardengan cepat dalam kuantiti yang tidak terbatas; dan

    (b) Menggerakkan pemindahan teknologi khususnya teknologi digital,menjadikan R & D sebagai satu budaya untuk penghasilan produk baharudan perkhidmatan yang berkualiti.

    Dokumen rasmi yang menjadi dasar Sekolah Bestari ialah Smart School FlagshipApplication: The Malaysian Smart School a Conceptual Blueprintoleh KementerianPelajaran Malaysia (1977). Rajah 1.4 menunjukkan Koridor Raya Multimedia 2005.

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    7/18

    TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA W 7

    Rajah 1.4: Koridor Raya Multimedia 2005Sumber: Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pelajaran Malaysia (2006)

    Projek Rintis Sekolah Bestari bermula pada tahun 1999 hingga 2002 dan

    melibatkan sebanyak 87 buah sekolah di Malaysia. Perluasan Projek SekolahBestari dikembangkan kepada 10,000 buah sekolah bermula tahun 2002 hingga2010 di bawah Program Pembestarian Sekolah dalam Rancangan MalaysiaKelapan (RMK8) dan Kesembilan (RMK9). Pencapaian Projek Rintis SekolahBestari di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilihat dalamRajah 1.5 dan 1.6 yang berikut.

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    8/18

    X TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA8

    Rajah 1.5: Pencapaian Projek Rintis Sekolah Bestari

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    9/18

    TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA W 9

    Rajah 1.6: Pencapaian Projek Rintis Sekolah Bestari (Sistem pengurusan Sekolah Bestari)Sumber: Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia (2006)

    Dalam usaha untuk mewujudkan Sekolah Bestari, beberapa perubahan perludilakukan. Antaranya ialah:

    (a) Budaya P & P, iaitu daripada cara yang tradisional kepada cara yangberteraskan ICT;

    (b) Sistem pengurusan, iaitu pentadbir dan guru-guru perlu mengamalkansistem pengurusan yang profesional;

    (c) Sistem penaksiran dan penilaian harus berubah daripada cara lama danberpusat kepada cara yang berterusan dan bersifat holistik; dan

    (d) Kemudahan teknologi multimedia iaitu meningkatkan prasarana ICTuntuk tujuan P & P seperti peralatan, makmal komputer, tenaga kepakaranserta tenaga kerja yang mencukupi.

    Dasar utama Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan sekolah Bestariadalah:

    (a) Memastikan semua pelajar celik ICT;(b) Menyelaraskan semua inisiatif ICT di bawah Jawatankuasa Maklumat

    Pengkomputeran Kementerian;

    (c) Menilai semula setiap perisian kursus yang telah dihasilkan;

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    10/18

    X TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA10

    (d) Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai matapelajaran dalam P & P;

    (e) Menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti,kecemerlangan serta keberkesanan sistem pengurusan; dan

    (f) Menggalakkan perkongsian pintar dengan pihak luar KementerianPelajaran Malaysia.

    1.1.2 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

    Sekolah Kebangsaan (SK) merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dansekolah menengah harian yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasapengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagimemupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapakelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan utamamasyarakat. Dengan kata lain SK perlu diperkasakan supaya setanding dengansekolah-sekolah lain seperti sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamilserta sekolah agama. Dalam usaha untuk memperkasakan SK, ProgramPembestarian Sekolah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK9) secara berperingkat-peringkat.

    Bagi memperluaskan penggunaan ICT di sekolah, Kementerian PelajaranMalaysia mensasarkan agar semua SK dilengkapi dengan infrastruktur,peralatan dan perisian yang mencukupi, serta guru dan kakitangan mendapatlatihan yang sewajarnya untuk memastikan pengintegrasian ICT berlaku dalamP & P dan urusan pentadbiran sekolah. Pelaksanaan Pembestarian sekolahmerangkumi tiga dimensi seperti dalam Rajah 1.7.

    Rajah 1.7: Tiga dimensi yang dirangkumi oleh pelaksanaan pembestarian sekolahKetiga-tiga dimensi ini menjadi pemacu dalam meningkatkan keberkesanan P & Pdalam pengurusan sekolah kebangsaan dan mewujudkan sekolah-sekolah perkasa(Rajah 1.8).

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    11/18

    TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA W 11

    Dasar memperkasa SK diwujudkan bagi memastikan semua sekolah rendahyang berbahasa pengantar bahasa Melayu dan sekolah menengah kebangsaanmenjadi sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Matlamat dasar adalah

    untuk memupuk dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan pelajar. Justeruitu, pelajar dilatih agar hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangatpatriotisme serta bertoleransi yang tinggi selaras dengan aspirasi nasional. Disamping itu, ia dapat meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang danmeningkatkan kualiti prasarana, disiplin, sukan, penguasaan ICT, kualiti guruserta kepimpinan sekolah. SK yang diperkasa akan diterajui oleh pengetua atauguru besar yang mempunyai ciri kepimpinan yang berkesan, kumpulan gurudaripada pelbagai kaum yang cekap dan komited, mengeratkan hubungan danpenglibatan ibu bapa dengan warga sekolah. Selain itu SK mempunyaiinfrastruktur yang lengkap bagi melahirkan pelajar yang tinggi pencapaian

    akademik dan kokurikulum serta sahsiah yang cemerlang. Ciri-ciri tersebutboleh dilihat dalam Rajah 1.8 seperti berikut.

    Rajah 1.8: Ciri-ciri Sekolah PerkasaSumber: RMK9, PIPP, Kementerian Pelajaran Malaysia,

    Edisi Pelancaran (2006)

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    12/18

    X TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA12

    Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, SK merupakan wahanaterbaik untuk memupuk perpaduan kaum daripada peringkat awalpersekolahan kanak-kanak. SK perlu diperkasakan untuk mencerminkan budaya

    Malaysia, mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum danpembangunan sahsiah, mempunyai persekitaran yang kondusif, budaya kerjayang positif dan mampu menawarkan program pendidikan yang berasaskanpelanggan bagi menarik ibu bapa dan pelajar dari pelbagai latar belakang, kaumserta agama untuk belajar di SK.

    Dalam konteks yang lebih luas lagi, Sekolah Bestari merupakan satu agendautama dalam PIPP untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam persadadunia pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti P & P, keberkesanan perguruanpentadbiran sekolah serta kompetensi guru.

    1.1.3 Pendidikan Bestari

    Pendidikan Bestari merupakan usaha untuk menggilap dan mengukuhkan seluruhpotensi insan yang sedia ada untuk kesejahteraan masyarakat dan negara. ICTmerupakan prasarana tambahan untuk membantu proses penggilapan diriindividu. Dengan ini, pelajar akan mempunyai kemampuan untuk menguasai danmenggunakan peralatan ICT, membangunkan minda, bersahsiah mulia danmembangunkan emosi untuk mengeksploitasi alam yang penuh dengan anugerahAllah demi kesejahteraan dunia dan akhirat. Ringkasnya Pendidikan Bestari ialah:

    (a) Usaha untuk mengembangkan potensi individu;(b) Pendidikan alaf baharu untuk menghadapi cabaran globalisasi;(c) Pendidikan bertaraf dunia;(d) Usaha untuk melahirkan generasi yang celik minda; dan(e) Agenda utama dalam RMK9 yang terkandung dalam teras strategik PIPP.Pendidikan Bestari merupakan sistem pendidikan alaf baharu bagi memenuhituntutan negara masa kini dan masa depan. Sistem Pendidikan Bestari pentinguntuk menghadapi cabaran semasa, iaitu:

    (a) Ledakan MaklumatKajian menunjukkan ilmu pengetahuan yang berupa fakta dan maklumatdalam apa-apa bidang sedang berkembang pesat. Justeru itu, maklumatdalam bentuk bercetak dianggap kurang relevan untuk mendapatkan faktadan maklumat yang tepat dan terkini.

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    13/18

    TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA W 13

    (b) Era Teknologi MaklumatKhususnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kemajuan dalamICT membolehkan kita memaparkan maklumat terkini daripada pakar-

    pakar yang berada di seluruh dunia pada bila-bila masa. Tokoh dansumber rujukan tradisi kurang berfungsi dan keunggulannya kian terhakis.

    (c) GlobalisasiIni selaras dengan dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan sertadunia sebagai perkampungan global dalam era komunikasi. Walau

    bagaimanapun, mengakibatkan nilai, budaya, serta falsafah asing sama adaburuk atau baik tidak dapat dikawal dan akan mempengaruhi masyarakattempatan dan meracuni pemikiran remaja dan golongan muda.

    KONSEP BESTARIKamus Oxford mendefinisikan bestari sebagai cerdik, pintar, tajam akal,kelihatan segar, bergaya serta menonjol dalam masyarakat (clever, ingenious,quickwitted, bright and fresh in appearance, neat fashionable, stylish andconspicious in society).

    Kamus Dewan Edisi keempat pula mentakrifkan bestari sebagai segak, pintar,bijak, pantas serta berkelas tinggi. Manakala Kamus Digital Oxford Besta, Bestaribermaksud berpendidikan, berpengetahuan luas, berbudi pekerti baik, cekap,

    cerdas, pandai, pintar serta bergaya (smart, bright and new looking, showingintelligent, clever and ingenious).

    Ringkasnya, maksud konsep bestari ialah bijak, pintar, luas pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bersopan santun, berhemah serta tinggi budipekerti.

    1.2

    1. Jelaskan hubung kait antara pendidikan bestari dengan modal insan.

    2. Huraikan program-program yang dilaksanakan di sekolah andauntuk mencapai matlamat sekolah bestari.

    AKTIVITI 1.2

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    14/18

    X TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA14

    1.2.1 Guru Bestari

    Guru Bestari ialah guru yang bijak, berketerampilan, mengamalkan budaya ilmu,

    bersahsiah mulia, mempunyai kompetensi kecerdasan emosi dan sosial,mengamalkan nilai-nilai integriti, bertanggungjawab dan berakauntabiliti,menganggap kerja sebagai ibadah, menguasai pelbagai bahasa serta mempunyaikepakaran dalam ICT.

    Guru Bestari ialah guru yang mempunyai ciri-ciri di atas, serta komited terhadaptugas, kreatif, inovatif, optimistik serta mesra ICT seperti yang digambarkandalam FPK iaitu insan yang seimbang dari segi jasad dan rohnya; jasmani(fizikal), emosi (nafsu), rohani (hati) dan intelek (akal).

    1.2.2 Matlamat Sekolah Bestari

    Sekolah Bestari bermatlamat melahirkan pelajar yang holistik, berupaya berfikirsecara bijak dan saksama. Keupayaan ini tidak dapat diperoleh secara semula

    jadi tetapi melalui proses pembelajaran yang berterusan. Seseorang pelajar itumungkin mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi, namun, jika dia tidak adakemahiran untuk menggunakan kecerdasan itu, maka, pelajar itu tidak dapat

    bertindak dengan bijak. Bagi pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan dankemahiran yang tinggi, ia akan menyerlahkan potensi yang baik. Inilah kualitipelajar yang ingin dilahirkan melalui sekolah bestari.

    Rajah 1.9: Objektif Sekolah Bestari

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    15/18

    TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA W 15

    Objektif yang dapat dilihat dalam Rajah 1.9 akan dapat dicapai melalui strategiyang berikut:

    (a) Memberi peluang belajar kepada semua murid;(b) Mengajarkan bahasa dan nilai-nilai murni merentasi kurikulum;(c) Memberi penekanan terhadap kemahiran berfikir (High Order Thinking

    Skill HOTS);

    (d) Mengintegrasikan ICT dalam P & P;(e) Meningkatkan komunikasi menerusi ICT; dan(f) Menjalin hubungan yang baik dengan pihak luar dan komuniti setempat.Bagi mencapai matlamat ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakanProgram Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah merupakan proses

    berterusan ke arah pembudayaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagikualiti P & P, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensiguru. Sekarang ini, terdapat lima inisiatif ICT, iaitu projek pengkomputeran danmakmal komputer, Projek Rintis Sekolah Bestari, penyediaan infrastruktur danrangkaian jalur lebar SchoolNet, pengajaran dan pembelajaran Sains danMatematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan TV Pendidikan.

    Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Program Pembestarian Sekolahdilaksanakan dengan cekap, lancar serta efektif. Antara langkah yang telah danakan diambil oleh kerajaan bagi mencapai matlamat ini adalah seperti yangdapat dilihat dalam Rajah 1.10.

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    16/18

    X TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA16

    Rajah 1.10: Langkah-langkah kerajaan untuk mencapai matlamat Sekolah Bestari

    1. Nyatakan objektif Sekolah Bestari.2. Bagaimana objektif ini dapat dicapai?

    SEMAK KENDIRI 1.3

    elaskan program-program yang dilaksanakan di sekolah anda untukmenjayakan program pembestarian sekolah.

    AKTIVITI 1.3

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    17/18

    TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA W 17

    x Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula secaramenyeluruh dari segi amalan P & P dan pengurusan sekolah untukmenyediakan kanak-kanak bagi zaman maklumat. Institusi ini melengkapkanpelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat.

    x Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaanpenggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti P & P,keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.

    x Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Koridor RayaMultimedia (MSC).

    x Dalam RMK9 Program Pembestarian Sekolah dilaksanakan bagi memperkasaSekolah Kebangsaan.

    E-Kerajaan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1986

    K-Ekonomi

    Kelompok R & D

    Koridor Raya Multimedia (MSC)

    Matlamat Sekolah Bestari

    Membudayakan ICT

    Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

    Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP)

    Program Pembestarian Sekolah

    Projek MSC

    Sekolah Bestari

    Teleperubatan

  • 7/29/2019 Sekolah Bestari Acuan Malaysia Dan Matlamatnya

    18/18

    X TOPIK 1 SEKOLAH BESTARI ACUAN MALAYSIA DAN MATLAMATNYA18

    Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan minda dalam pembelajarankeseluruhan otak dan daya berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

    Buku penerangan kurikulum bersepadu sekolah rendah. (2003). KementerianPelajaran Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Ministry of Education, Malaysia. Program rakan kongsi pendidikan, Wacanaintelektual pendidikan1996. Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Modul Latihan Guru Bestari: Kursus dalam perkhidmatan. (2006). KementerianPelajaran Malaysia: Bahagian Pendidikan Guru.

    Rancangan Malaysia Ke-9:Pelan induk pembangunan pendidikan(PIPP) 2006 2010 Edisi Pelancaran (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia.

    The Malaysian Smart School: An MSC flagship application. A conceptual blueprint(1997). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.