sekolah bestari satu tinjauan

Upload: azli-muda

Post on 08-Apr-2018

303 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    1/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    HBML2203 : PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA

    MELAYU

    SEMESTER JANUARI 2011

    TUGASAN KURSUS (30%)

    NAMA:

    MOHD AZLI BIN MUDA

    770311-11-5165

    [email protected]

    NAMA PENSYARAH :

    EN. ANUAR BIN MOHD LEN

    1. PENGENALAN

    1

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    2/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU1.1 Konsep Sekolah Bestari

    Sekolah Bestari merupakan salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC)

    yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buahsekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih

    untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk

    maju ke hadapan.

    Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini

    bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap

    pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang

    paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan

    membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

    Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah

    Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif .

    Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila

    Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebaga satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya

    Multimedia.

    Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh

    dan segi proses pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid

    menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran-pembelajaran, iaitu proses berkaitan

    dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran, akan direka

    semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan

    mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut

    kadar pembelajaran sendiri.

    Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila

    fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu bapa,

    komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang

    Iebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak ini akan sentiasa terlibat dalam

    2

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    3/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-

    pembelajaran, dan sebagainya.

    1.2 Objektif Sekolah Bestari

    Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan

    terdiri daripada yang berikut:

    Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi

    Mendemokrasikan pendidikan Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan

    Memupuk perkembangan menyeluruh individu Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu.

    1.3 Ciri-Ciri Sekolah Bestari

    1.3.1 Budaya Pengajaran dan Pembelajaran Bestari

    Budaya kaya ilmu

    Berfikiran Kritis dan kreatif

    Berpusatkan pelajar

    o Akses kendiri

    o Kadar kendiri

    o Terarah kendiri

    Konteks global

    Penggunaan kemudahan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

    Pemerolehan Fakta

    Berasaskan memori

    Berpusatkan guru

    Konteks setempat

    1.3.2 Sistem Pengurusan

    3

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    4/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU Pengurusan Berasaskan teknologi maklumat secara sepadu bagi melicinkan proses-proses

    kerja

    Kolaborasi antara agensi pusat dan sekolah

    Kemudahan IT dapat membantu pehak pengurusan membuat keputusan secara pantas

    dengan adanya kemudahan akses kepada maklumat dan perhubungan dengan pihak-pihak

    yang boleh membantu

    Berasaskan cara kerja manual dan terpisah

    1.3.3 Sistem Pentaksiran

    Pentaksiran lebih berbentuk tidak formal dan berterusan dan berfungsi sebagai pelengkap

    kepada proses pengajaran dan pembelajaran Fokus pentaksiran ialah untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkembangan

    pelajar untuk memudahkan tindakan Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk soalan berdasarkan tujuan pentaksiran dan objektif

    matapelajaran diutamakan Tumpuan pentaksiran ialah perkara atau elemen yang ingin dibentuk dalam pelajar

    menerusi hasrat dan kandungan kurikulum

    Prestasi pelajar dilaporkan menerusi kriteria yang menerangkan tahap pencapaian pelajar. Bentuk soalan

    Tumpuan yang lebih diberi pentaksiran sekolah

    Prestasi pelajar dilaporkan menerusi markah dan gred

    Peperiksaan setara diberikan kepada semua murid tanpa mengira kebolehan.

    2. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH BESTARI

    2.1 Direktif (Directive)

    4

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    5/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    Contoh: kaedah demonstrasi, kuliah atau penerangan dan latih tubi

    2.2 Pemerhatian (Observation)

    Contoh : Eksperimen, simulasi (main peranan, permainan, model), lakonan, demonstrasi

    2.3 Mediatif (Mediative)

    5

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    6/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    2.4 Generatif (Generative)

    Contoh: Sumbangsaran, pemetaan minda, synectics, pemikiran lateral dan kreatif,

    metafora

    6

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    7/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    2.5 Konteks Luar (Outside-Context)

    Contoh: Seminar, bengkel, kajian luar, lawatan sambil belajar dan projek

    2.6 Koperatif dan Kolaboratif (Co-operative and Collaborative)

    Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Kolaboratif

    Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil, Setiap murid

    bertanggungjawab tentang pencapaian diri

    sendiri dan membantu ahli kumpulan.

    Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial.

    Pembelajaran berlaku melalui perbincangan

    atau komunikasi fizikal atau virtual.Pergantungan positif setiap ahli dalam

    menentukan kejayaan pasukan.

    Tiada kontrak/ pergantungan dalam

    kolaborasi bersama.Peranan guru sebagai fasilitator,

    menstrukturkan dan memantau aktiviti

    pasukan mencapai objektif.

    Tidak memerlukan pemantauan guru dan

    tidak berstruktur.

    Hasil secara kumpulan Hasil secara individu2.7 Metakognitif (Metacognitive)

    7

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    8/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    2.8 Konteksual (Contextual)

    2.9 Kajian Masa Depan (Futuristic Studies)

    8

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    9/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    9

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    10/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU3. KAJIAN RINGKAS DUA STRATEGI PEMBELAJARAN BESTARI DALAM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Rujuk lampiran rancangan mengajar yang disediakan.

    3.1 Strategi direktif

    Daripada pemerhatian penulis berdasarkan rancangan pelajaran harian, cikgu Aminah

    telah menggunakan pendekatan yang amat menarik dalam set induksi beliau. Murid-murid

    menonton klip video yang dipaparkan menggunakan komputer dan LCD Projektor. Selain itu

    terdapat juga iringan muzik yang lebih membuatkan para pelajar tertarik dengan persembahan

    tersebut.

    Cikgu Aminah menggunakan pendekatan direktif dalam langkah pertamanya.Beliau

    memberi penerangan dan menyampaikan mesej menggunakan slide powerpoint. Selain itu,

    beliau juga menggunakan kemahiran menyoal yang menggalakkan para pelajar untuk berfikir

    tentang tajuk yang dipelajari pada hari tersebut..Manakala dalam langkah ke 2 penulis melihat

    cikgu Aminah masih lagi menggunakan pendekatan direktif pada peringkat awal. Hal ini berlaku

    kerana murid-murid perlu dibimbing untuk meneroka lebih jauh tentang topik yang telah

    ditugaskan kepada mereka. Oleh sebab itu, bantuan guru masih diperlukan pada peringkat awal

    agar maklumat dan arahan yang diajukan oleh guru tersebut benar-benar difahamai oleh para

    pelajar.

    Namun begitu terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menguasai arahan guru

    tersebut dengan jelas kerana mereka tidak menguasai kemahiran teknologi maklumat (ICT). Hal

    ini terjadi kerana murid-murid tersebut jarang didedahkan dengan penggunaan komputer dan

    internet.

    3.2 Strategi kolaboratif

    10

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    11/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYUDalam melaksanakan strategi kolaboratif, penulis melihat cikgu Aminah berjaya

    menggunakan pendekatan ini dalam kelas. Beliau memberikan arahan yang mudah difahami oleh

    murid dan murid dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada masa itu. Dari segi

    penggunaan bahan adalah sesuai dengan tahap murid tahun 6. Murid-murid dapat berbincang

    dengan aktif dan dapat mengeluarkan pendapat yang dikira bernas pada tahap umur mereka. Ini

    dapat dilihat dalam langkah ketiga di mana murid dikehendaki menghasilkan satu persembahan

    dalam bentuk powerpoint dari perkongsian maklumat antara mereka. Semasa berlangsungnya

    kerja berkumpulan tersebut, pelajar secara tidak langsung akan menguasai dan mengamalkan

    nilai-nilai murni serta sikap saintifik. Ini juga membolehkan pelajar berinteraksi dan

    bekerjasama.

    Walau bagaimana pun,di sini berlaku kelemahan atau kesilapan dari cikgu Aminah

    kerana kurangnya pemantauan terhadap perbincangan berkumpulan. Ada pelajar yang lemah

    tidak dapat mengambil bahagian secara optimum dalam kumpulan tersebut kerana mereka

    lambat menguasai kemahiran ICT dan mungkin juga pelajar-pelajar ini agak lambat dalam aspek

    pembacaan dan pemahaman.

    4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DUA STRATEGI PEMBELAJARAN BESTARI

    DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

    4.1 Dalam strategi direktif kaedah yang digunakan adalah bersoal jawab antara guru dengan

    pelajar dan pelajar dengan pelajar itu sendiri. Dalam melaksanakan kaedah bersoal jawab guru

    hendaklah terlebih dahulu mengkaji aras murid. Oleh itu ada beberapa jenis soalan boleh

    digunakan oleh guru iaitu:

    4.1.1 Soalan berbentuk aras rendah dan aras tinggi. Soalan aras rendah berbentuk

    fakta manakala soalan aras tinggi ialah soalan berbentuk aplikasi atau

    analisis.

    4.1.2 Soalan tertutup atau terbuka. Soalan tertutup ialah soalan yang membawa

    11

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    12/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYUjawapan dipandu, manakala soalan terbuka ialah soalan yang membawa

    jawapan yang mengarah kepada pendapat baru.

    Ketika bersoal jawab dengan pelajar gunakan suara yang jelas didengar, konteks mata,

    isyarat badan, berikan peluang kepada semua pelajar untuk menjawab, beri masa yang cukup dan

    jangan merendah-rendahkan diri mereka apabila jawapan yang diberikan salah. Apa yang

    penting beri galakan pelajar menjawab dan bimbing mereka. Selain itu, guru juga perlu memberi

    peneguhan terhadap murid yang sudi menjawab walaupun jawapan mereka itu kurang tepat.

    4.2 Dalam strategi kolaboratif, kaedah yang digunakan ialah pemerhatian dan kerja berpasukan.

    Mengikut strategi ini, murid menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial, nilai-nilai murni

    serta sikap saintifik. Ini juga membolehkan pelajar berinteraksi dan bekerjasama. Strategi

    kolaboratif ini juga memfokuskan pelajar boleh menghasilkan sesuatu tugasan besar secara

    kolektif dengan pihak yang berlainan dan melakukan tugasan-tugasan kecil yang berlainan tetapi

    mempunyai matlamat dan hasrat yang sama.

    Oleh itu, berdasarkan pemerhatian penulis, cikgu Aminah boleh memperbaiki pengajaran beliau

    supaya semua pelajar dapat menguasai topik pada hari tersebut. Cikgu Aminah perlu memberi

    lebih perhatian kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam pembacaan dan penulisan mereka

    supaya dapat memberi daya saing kepada pelajar-pelajar yang pintar. Pelajar-pelajar ini

    hendaklah sentiasa dipantau oleh guru supaya mereka tidak mengganggu pelajar-pelajar lain dan

    tidak hanya menumpang sebagai rakan sekumpulan sahaja.

    Langkah ketiga juga memerlukan kerjasama berkumpulan. Sekiranya ada pelajar yang hanya

    sekadar menumpang hasil kerja kumpulan tersebut, mereka tidak dapat menguasai topik pada

    hari tersebut dengan berkesan. Oleh itu, cikgu Aminah harus menitikberatkan aspe pemantauan

    supaya para pelajar tidak leka dalam pengurusan masa dan aktiviti berkumpulan.

    5. RUMUSAN

    12

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    13/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYUKaedah pengajaran dan pembelajaran bestari amat diperlukan semasa berlangsungnya proses

    pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Guru-guru sepatutnya menguasai dan

    mengaplikasikan strategi pembelajaran bestari dalam kelas supaya murid-murid dapat menguasai

    sesuatu pelajaran dengan lebih efektif dan optimum. Kaedah yang digunapakai perlulah sesuai

    dengan infrastruktur serta tahap kesediaan pelajar untuk menerima kaedah yang diterapkan oleh

    guru. Apabila guru-guru berjaya mengaplikasikan kaedah pengajaran bestari dalam kelas, murid-

    murid akan meneroka sendiri isi-isi pelajaran dan tidak terlalu mengharapkan bantuan guru

    sepenuhnya.

    2511 patah perkataan

    BIBLIOGRAFI

    13

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    14/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYUAbd. Aziz Abd. Talib, (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik : Utusan

    Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Modul pengajaran dan pembelajaran bestari Bahasa Melayu . (1999). Bahagian PendidikanGuru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    http://yusofalhaj.wordpress.com/2009/07/17/konsep-sekolah-bestari/

    Pembelajaran secara konstruktivisme (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian

    Pelajaran Malaysia.

    www.smkmegatdewa.net

    rujuknota.blogspot.com

    LAMPIRAN

    14

    http://yusofalhaj.wordpress.com/2009/07/17/konsep-sekolah-bestari/http://www.smkmegatdewa.net/http://yusofalhaj.wordpress.com/2009/07/17/konsep-sekolah-bestari/http://www.smkmegatdewa.net/
  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    15/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYURANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

    Mata pelajaran : Bahasa Melayu

    Tahun : 6 Falah

    Masa : 60 minit

    Tajuk : Pakaian Tradisional Masyarakat Malaysia

    Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;

    i. Menyenaraikan 5 jenis pakaian tradisional masyarakat di Malaysia

    ii. membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul

    iii. membentangkan isi-isi penting hasil perbincangan dalam bentuk MS PowerPoint

    Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

    Ilmu : Kajian Tempatan

    Nilai : Kerjasama, patriotisme, keyakinan diri, teliti, hormat-

    menghormati

    Kemahiran Generik : Kemahiran berfikir

    Kemahiran belajar

    Kemahiran fasilitator

    Kemahiran mentaksir dan menilai

    Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

    Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah melihat beberapa contoh pakaian

    tradisional di sekeliling mereka

    Bahan Sumber P&P : Lembaran kerja, slide, klip video, internet serta program

    Powerpoint.

    Prosedur Pelaksanaan Kemahiran Generik Catatan/Ni

    lai

    15

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    16/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    Set induksi/Masa 5 minit

    1. Guru menayangkan klip video

    tentang pakaian masyarakat

    Malaysia

    2. Guru bersoal jawab dengan murid

    o Apakah jenis-jenis pakaian

    yang terdapat dalam klip

    video tersebut?

    o Pernahkah kamu memakai

    pakaian tersebut?

    o Adakah pakaian ini sesuai

    pada zaman moden ini?

    3. Jawapan murid dikaitkan dengan

    tajuk hari ini

    Kemahiran Belajar:

    Menyoal

    Kemahiran

    Berfikir:

    Menghubung kait

    Menghargai

    Patriotisme

    Langkah 1/Masa 15 minit

    1. Guru memaparkan slide beberapa

    contoh pakaian tradisional yangterdapat di Malaysia

    2. Murid membaca artikel yang

    terdapat dalam slide tersebut

    3. Guru dan murid berbincang tentang

    slide tersebut

    Kemahiran Belajar:

    1. Membaca

    2. Menyoal

    Kemahiran

    Berfikir: Pengurusan

    grafik

    Kemahiran

    Fasilitator: Membim

    bing dan memerhati

    Kemahiran

    Berfikir : Banding

    beza

    Kerjasama

    Hormat-

    menghorm

    ati

    16

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    17/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    Langkah 2/20 minit

    1. Murid-murid dibahagikan kepada

    lima kumpulan kecil

    2. Setiap kumpulan diberi lembaran

    kerja tentang pakaian tradisional :

    a. Jenis pakaian

    b. Ciri-ciri

    c. Asal-usul atau sejarah

    pakaian tersebut

    3. Setiap kumpulan diminta mencari

    maklumat lebih lanjut tentang

    pakaian tradisional di Malaysia

    mengikut topik-topik tertentu

    seperti :

    a. Masyarakat Melayu

    b. Masyarakat India

    c. Masyarakat Cina

    d. Masyarakat Iban

    e. Masyarakat Kadazan

    4. Murid-murid menggunakan internet

    untuk mendapatkan maklumat

    tersebut

    5. Guru memberi contoh laman web

    yang boleh dirujuki oleh murid-

    murid :

    a. http://malaysiana.pnm.

    my

    b. http://ms.wikipedia.org

    6. Guru memantau perbincangan

    murid-murid dan menanda jawapan

    Kemahiran ICT:

    Internet

    Kemahiran Belajar:

    Perbincangan

    berkumpulan

    Kemahiran

    Mentaksir dan

    Menilai:

    Mengisi borang

    penilaian

    Kemahiran

    Fasilitator:

    Pemantauan

    Keyakinan

    diri

    Kerjasama

    Teliti

    17

    http://ms.wikipedia.org/http://ms.wikipedia.org/
  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    18/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    yang betul

    Langkah 3/15 minit

    1. Guru meminta setiap kumpulan

    memindahkan hasil kerja tersebut

    ke dalam perisian Powerpoint

    2. Murid berbincang dalam kumpulan

    3. Setiap kumpulan akan

    membentangkan hasil kerja mereka

    di hadapan kelas

    4. Kumpulan yang lain akan membuat

    pemerhatian serta memberi ulasan

    terhadap hasil pembentangan

    Kemahiran ICT:

    Microsoft Powerpoint

    Kemahiran

    Berfikir:

    KBKK

    Penutup/5 minit

    1. Murid membuat rumusan tentangtajuk pelajaran dengan bantuan

    guru

    2. Guru membuat rumusan

    kepentingan pakaian tradisional

    dalam memupuk jati diri bangsa

    Malaysia.

    Murid

    dibimbing

    merumuskankemahiran

    yang dipelajari

    hari ini

    Murid

    digalakkan

    mengumpul

    maklumattambahan

    yang terdapat

    dalam laman

    web dalam

    program

    18

  • 8/6/2019 sekolah bestari satu tinjauan

    19/19

    HBML2203

    770311115165002

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    Powerpoint

    19