sekolah bestari & kemahiran belajar

Upload: azie

Post on 30-May-2018

286 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    1/27

    1

    1.0 Pengenalan

    1.1 Sekolah Bestari

    Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan Konsep Sekolah

    Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan

    Mohamed iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada waktu itu. Sekolah bestari

    Malaysia merupakan sebuah institusi pembelajaran yang direka semula secara

    sistemik iaitu dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk

    membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat.

    Bertepatan dengan hasrat dan misi kerajaan untuk mengubah sistem pendidikan

    negara, kewujudan sekolah bestari dilihat sebagai salah satu alternatif atau jalan yang

    sangat baik untuk menaik taraf sistem pendidikan negara kita kepada satu peringkat

    yang lebih baik. Kewujudan sekolah bestari yang lengkap dengan teknologi terkini

    merupakan antara pemangkin kepada perubahan sistem pendidikan negara disamping

    menyediakan tenaga yang mahir bagi cabaran alaf baru.

    Sistem persekolahan yang ada pada masa kini perlu berubah dari pembelajaran

    yang hanya menekankan kepada teknik hafalan kepada pembelajaran yang boleh

    merangsang pemikiran dan kreativiti dengan mengambil kira pelbagai kebolehan dan

    gaya pembelajaran murid serta memastikan semua murid berpeluang untuk membina

    konsep kendiri.

    Pelaksanaan sekolah bestari merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana

    Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Pelaksanaannya adalah secara berfasa

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    2/27

    2

    dan strateginya adalah melalui Quick Wins iaitu mengambil kira inisiatif ICT KPM sedia

    ada. Program ini merupakan usaha inovatif KPM menjadikan semua sekolah sebagai

    sekolah bestari menjelang 2010.

    Pembestarian sekolah sebenarnya merupakan satu proses berterusan ke arah

    pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti

    pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah

    serta kompetensi guru. Bagi memastikan kejayaan program ini, terdapat lima inisiatif

    utama KPM yang ditekankan iaitu projek perkomputeran dan makmal komputer, projek

    rintis sekolah bestari sebagai penanda aras, penyediaan infrastruktur dan rangkaian

    jalur lebar SchoolNet, PPSMI dan TV Pendidikan.

    Terdapat lima komponen utama dalam pelaksanaan sekolah bestari iaitu

    pengajaran dan pembelajaran, sistem pengurusan sekolah bestari, sumber manusia

    serta kemahiran dan sikap, teknologi dan proses. Komponen-komponen ini akan

    sentiasa dinilai dan diubah untuk memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan

    pelaksanaan adalah tinggi.

    Melalui projek perkomputeran, 6,263 buah sekolah telah dibekalkan dengan

    makmal komputer dan 99,000 buah komputer. Selain itu 9,383 buah sekolah juga

    dibekalkan dengan rangkaian jalur lebar SchoolNet . Dengan kata mudah kini sekolah

    boleh mencapai talian internet. Kemudahan ini membolehkan warga pendidik danmurid-murid di sekolah mendapatkan apa juga maklumat dalam sekelip mata ketika

    proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid tidak perlu ke luar negara

    untuk mengetahui tentang sesebuah negara lain. Terdapat 3025 buah sekolah yang

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    3/27

    3

    mempunyai pusat akses sekolah. Pusat ini berbentuk cybercafe , tempat bagi murid-

    murid mendapatkan maklumat.

    Sistem pembelajaran sekolah bestari adalah bercorak kendiri mengikut kadar

    keupayaan seseorang individu, berkesinambungan dan reflektif. Ia akan terlaksana

    dengan adanya kemudahan teknologi pelbagai media dan jaringan yang meliputi

    seluruh dunia. Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan

    murid atau student centre . Kurikulum sekolah bestari juga lebih fleksibel dan terbuka

    dimana ia dirancang supaya lebih bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial dan

    bersifat global berdasarkana matlamat.

    Sekolah bestari juga menekankan kepada pembelajaran secara aktif dimana

    murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Pembelajaran adalah berpusatkan kepada budaya berfikir dengan

    memanfaatkan sumber dan kemudahan teknologi yang ada serta menggunakannya

    menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai situasi.

    Selain itu sekolah bestari dijadikan tampuk untuk memupuk kemahiran

    penyelesaian masalah secara kreatif dalam menghadapi situasi dan era yang semakin

    membangun dan berkembang pesat. Murid akan dilatih untuk berani dalam membuat

    keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat dengan

    mengambil kira risiko dan masalah yang mungkin akan mereka hadapi ekoran daripadakeputusan yang telah diambil dan dibuat.

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    4/27

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    5/27

    5

    2.2 Pengurusan Grafik (Carta)

    Pembayaran bil

    ASN/ASB

    Pembaharuan roadtax

    Pembaharuan insuranskenderaan motor

    Pembaharuan lesenkenderaan motor

    Setem

    Pelbagai

    Kemudahan diPejabat Pos

    Kiriman wang Perkhidmatan

    Money oder Wang pos Telegraf

    lautdaratudara surat bungkusan

    Perkhidmatan mel Kiriman

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    6/27

    6

    3.0 Kemahiran Generik

    Bagi mencapai objektif sekolah bestari, proses pelaksanaannya perlu

    diselaraskan sebagai suatu sistem. Sistem yang terancang membolehkan input

    menghasilkan output yang dikehendaki seperti kesediaan murid untuk melanjutkanpelajaran dan penyertaan yang aktif dan produktif dalam kalangan tenaga kerja.

    Sekolah bestari juga memberi peluang untuk menilai semula sistem persekolahan sedia

    ada, mengenalpasti masalah dan mencari penyelesaian yang terbaik dengan bantuan

    teknologi.

    Sehubungan itu, kemahiran-kemahiran generik perlu diperkembangkan di

    sekolah bestari. Antara kemahiran generik yang perlu diperkembangkan ialah

    kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran mentafsir dan menilai, kemahiranteknologi maklumat serta kemahiran pemudahcara atau fasilitator.

    Untuk memastikan perkembangan kemahiran-kemahiran generik ini, pelbagai

    pendekatan pembelajaran yang sesuai perlu dilaksanakan. Antara pendekatan

    pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan ialah pembelajaran masteri,

    pembelajaran kadar kendiri, akses kendiri, pembelajaran berasaskan otak dan projek

    serta pembelajaran secara berfikrah dan berbantukan teknologi. Bagi

    memperkembangkan kemahiran generik dalam kalangan murid, guru-guru perlumenggunakan strategi pengajaran yang sesuai seperti direktif, pemerhatian,

    kontekstual, koperatif dan kolaboratif, metakognitif, mediatif, generatif serta kajian

    terhadap masa hadapan.

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    7/27

    7

    KEMAHIRAN GENERIK

    KEMAHIRAN

    GENERIK

    KEMAHIRAN TEKNOLOGI

    MAKLUMAT DAN

    KEMAHIRAN

    FASILITATOR

    KEMAHIRAN

    MENTAKSIR DAN

    KEMAHIRAN

    BELAJAR

    KEMAHIRAN

    BERFIKIR

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    8/27

    8

    3.1 Kemahiran Belajar

    Apakah kemahiran belajar ? Menurut (Sabri Samad, 2003) kemahiran belajar

    ialah prinsip, teori umum dan kaedah tertentu yang dapat melipatgandakan

    keberkesanan belajar. Manakala menurut (Modul OUM HBML2203, 2009) kemahiranbelajar adalah kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses

    maklumat.

    Sekolah bestari juga bertanggungjawab mengujudkan budaya pembelajaran

    yang menumpukan kepada pemikiran mendalam dan pembelajaran bermakna.

    Matlamat yang ingin dicapai ialah melahirkan pelajaran yang berfikiran kreatif dan kritis,

    cekap menjana dan merumus idea serta menyelesaikan masalah. Setelah mahir

    menggunakan teknologi maklumat untuk mengakses dari segala sumber yang ada,mereka juga perlu mahir menilai sumber maklumat dan seterusnya menggunakan

    maklumat untuk menjana idea sama ada untuk menyelesaikan masalah atau

    mengembangkan sesuatu bidang pengetahuan.

    Seterusnya murid perlu dididik untuk menjadi pembelajar kendiri sepanjang

    hayat supaya apabila mereka dewasa kelak, mereka akan terus belajar untuk

    meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu murid perlu menguasai kemahiran-

    kemahiran belajar seperti kemahiran :

    Pengoptimuman sumber pembelajaran jenis-jenis sumber pembelajaran,

    penilaian sumber pembelajaran dan cara mengoptimumkan sumber

    Pemerolehan maklumat mengumpul maklumat dan kemahiran membaca

    Memproses maklumat

    Membuat laporan

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    9/27

    9

    3.1.1 Pengoptimuman sumber pembelajaran

    Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber

    pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang

    bijak untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnyamengoptimumkan penggunaannya dalam kelas bestari. Guru perlu menguasai

    kemahiran memilih bahan yang sesuai supaya mencapai kesan terbaik dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Selepas mengenal pasti semua sumber pembelajaran

    yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membuat

    keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik

    darjah. Disamping itu juga guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal

    pasti untuk mencapai kesan terbaik.

    Sebagai contoh, guru boleh memulakan pengajaran dengan menggunakan

    alatan seperti audio, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak

    dalam perbincangan dengan rakan sekumpulan. Pengajaran dan pembelajaran boleh

    diteruskan dengan mendapatkan bahan dari sumber internet.

    3.1.2 Pemerolehan maklumat

    Salah satu daripada matlamat pendidikan ialah melahirkan pelajar yang bukan

    sahaja berilmu pengetahuan, tetapi juga menguasai kemahiran belajar kendiri. Asas

    kepada kemahiran tersebut ialah keupayaan mengumpul maklumat secara aktif.

    Maklumat boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti membaca, mendengar

    secara aktif, menemuramah, mencatat nota dan membuat pemerhatian terhadap objek

    atau persekitaran.

    Dalam proses kemahiran belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak

    dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat

    meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Menurut Ab Rahim (1989)

    membaca melibatkan aktiviti fizikal dan mental seperti pergerakan mata, tatabahasa,

    perbendaharaan kata, ejaan, fonetik dan kefahaman intelektual . Kemahiran asas ini

    penting kerana ia adalah salah satu kemahiran asas di sekolah. Bacaan penting bagi

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    10/27

    10

    seseorang murid kerana dalam semua mata pelajaran ada komponen bacaan terutama

    bahasa. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses

    pembelajaran. Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan

    kemahiran membaca:

    1. Membaca secara berhati-hati

    Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca

    Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya

    Elakkan gangguan radio dan televisyen

    2. Membaca secara menyeluruh

    Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir

    Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apentingBahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.

    3. Membaca secara berulang-ulang

    Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik

    Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam

    Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.

    4. Membaca dalam suasana yang selesa

    Lampu hendaklah dipasang dengan terang.

    Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.

    Udara sekitar mestilah mencukupi

    Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu

    pasang kipas.

    5. Berasa dalam keadaan selesa

    Duduk dengan betul

    Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.

    Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.

    6. Baca secara peringkat

    Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    11/27

    11

    Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada

    peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.

    7. Cuba bentuk soalan ketika membaca

    Gunakan kaedah 1 husband 6 wives

    Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.

    8. Catatkan isi yang dibaca

    Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca,

    mencatat, mengingat.

    Ketika mencatat kamu berfikir Apakah yang perlu dicatat? Ingatan kamumenjadi lebih tajam.

    9. Gunakan bahan pembelajaran lain ketika membaca

    Pastikan pen, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.

    Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.

    Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.

    Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.

    Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.

    Kemahiran membaca boleh dibahagikan kepada empat iaitu skimming,

    scanning, reseptif dan intensif :

    a. Skimming/Luncuran

    Sesuai digunakan untuk maklumat ringkas dan pantas. Membaca tajuk,

    pendahuluan dan rumusan nota.

    b. Scanning/ Imbasan

    Sesuai digunakan untuk mendapatkan malumat yang lebih dalam. Membaca

    pendahuluan, rumusan dan kandungan bab, seterusnya memerhatikan kata

    kunci, konsep, rajah, grafik dan data.

    HOW WHAT WHO WHEN WHERE WHICH WHY

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    12/27

    12

    c. Antara kemahiran membaca ialah membaca secara insentif iaitu untuk

    mendapatkan malumat terperinci, perlu membuat strategi SQ3R. SQ3R ialah

    seperti di bawah:

    Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan

    Question tajuk jadi soalan jawab

    Read baca perenggan untuk maklumat

    Recite ringkaskan, refrasakan perenggan

    Review lihat nota semula, pastikan ingat isi

    d. Membaca laju juga merupakan kemahiran membaca, membaca laju iniperlu memahami isi kandungan sesuatu topik. Tumpuan sepenuhnya masa

    membaca laju agar tidak ada kesalahan membaca. Mengesan isi-isi penting

    melalui tanda-tanda dalam sesuatu fakta tersebut seperti tulisan condong,

    bergaris tebal, gambar rajah dan juga peta minda. Seterusnya membuat catatan

    nota daripada membaca laju.

    Menurut Modul OUM HBML2203 (2009) mendengar secara aktif ialah proses

    mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan proses maklumat yangdidengar. Kemahiran ini melibatkan apa yang didengar dan mengapa seseorang

    mendengar.

    Mendengar secara aktif juga merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang

    itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui

    pertuturan, bunyi-bunyi tertentu atau alat pandang dengar. Dalam proses pembelajaran,

    kemahiran mendengar perlu digunakan terutamanya semasa mendengar kuliah atau

    pengajaran guru. Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa pengajaran guru

    ialah :

    Tenangkan fikiran dan duduk dalam keadaan yang selesa.

    Berikan tumpuan kepada guru.

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    13/27

    13

    Kenal pasti tajuk dan tujuan pembelajaran. Tujuannya ialah untuk memberikan

    tumpuan pendengaran kepada perkara-perkara yang akan disampaikan.

    Dengar dan fahamilah dengan teliti.

    Kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk

    mengekalkan daya ingatan anda.

    Berikan tumpuan kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat

    oleh guru dan penceramah.

    Mencatat nota merupakan suatu aktiviti untuk merakam fakta pada kertas

    dengan cara pantas, ringkas dan padat. Biasanya catatan dibuat berdasarkan kuliah,

    syarahan, ucapan, ceramah, seminar dan sebagainya. Catatan atau nota lazimnyamempunyai ciri-ciri yang berikut :

    Ringkas menggunakan kata kunci dan bukan ayat yang lengkap

    Mengandungi rangka kasar perkembangan ceramah

    Ditulis dengan pantas, ringkas dan padat.

    Terdiri daripada isi-isi penting

    Disusun dalam bentuk lakaran idea yang jelas dan boleh difahami

    Mengutamakan idea atau isi utama, disusuli dengan sub idea pertama, kedua

    dan seterusnya.

    Menggunakan tatanda seperti garisan, bulatan dan sebagainya bagi

    memudahkan anda mengenali idea, subidea dan maklumat solongan.

    (Modul Latihan Guru Bestari)

    Seseorang dapat mengumpul maklumat dengan pelbagai cara. Antaranya

    dengan membuat temuramah individu seperti tokoh, pakar dalam bidang tertentu, orang

    kenamaan dan sebagainya. Ada juga temuramah dilakukan semasa seseorang

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    14/27

    14

    membuat pemerhatian lapangan. Terdapat 3 peringkat dalam kemahiran

    menemuramah iaitu :

    Peringkat sebelum temuramah

    Tentukan maklumat yang diperlukan

    Kenalpasti orang yang hendak ditemuramah

    Selidik latar belakang tokoh berkenaan serta bidang yang hendak ditemuramah

    Buat temu janji dengan tokoh berkenaan tentang masa, tempat dan tarikh

    Sediakan soalan-soalan untuk mencungkil dan mendapatkan maklumat yang

    dikehendaki.

    Sediakan alat perakam, alat tulis, kamera pegun, kamera video dan sebagainya

    mengikut keperluan

    Peringkat semasa temuramah

    Antara perkara-perkara yang perlu dijalankan semasa temuramah :

    Tiba awal daripada masa yang dijanjikan.

    Gunakan pengucapan yang bertatasusila.

    Nyatakan tujuan temuramah.

    Bersikap ramah mesra dengan orang yang ditemuramah.

    Tunjukkan anda berminat dengan perkara yang diceritakan oleh tokoh berkenaan.

    Catatkan perkara dan butir-butir penting dalam buku catatan.

    Peringkat selepas temuramah

    Teliti semula maklumat yang dicatat dan dirakamkan semasa temuramah

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    15/27

    15

    Rancangkan cara penyusunan isi penting sama ada perlu disusun berdasarkan

    kronologi, keutamaan, kata tanya atau kategori tertentu.

    Tulis draf pertama berdasarkan rangka yang telah dikenal pasti.

    Masukkan gambar, rajah atau grafik untuk memudahkan pemahaman pembaca.

    Dapatkan bimbingan guru atau rakan.

    3.1.3 Memproses maklumat

    Maklumat yang dikumpul daripada pelbagai sumber dan dengan pelbagai cara perlu

    diproses supaya ia boleh dianalisa, dibuat kesimpulan dan menghasilkan laporan

    maklumat yang ringkas, tepat dan menarik. Dalam proses memproses maklumat

    terdapat tiga perkara penting yang perlu diberi perhatian iaitu :

    Menyusun maklumat

    Membuat lakaran grafik

    Menganalisa data

    Maklumat yang telah dikumpulkan harus disusun mengikut keutamaan atau

    kepentingannya. Contohnya murid menulis sebuah karangan berkaitan sesuatu tajuk.Guru dan murid seharusnya berbincang melalui teknik sumbangsaran, mencari faktor

    untuk disenaraikan. Faktor-faktor itu kemudiannya disusun mengikut keutamaan.

    Lakaran grafik juga penting dalam memproses maklumat. Lakaran grafik

    adalah maklumat yang ditunjukkan dengan simbol, rajah, graf dan gambar bersama-

    sama dengan maklumat berbentuk tulisan.

    Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu dianalisa supaya dapat

    membuat kesimpulan yang jelas dan tepat. Terdapat beberapa langkah untuk

    menganalisa data :

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    16/27

    16

    Menghubungkaitkan data

    Mengsintesis data

    Membandingkan fakta

    Membaca yang tersirat

    Membuat kesimpulan

    (Modul Latihan Guru Bestari )

    3.1.4 Membuat laporan

    Membuat laporan adalah aktiviti menyatakan sesuatu maklumat secara logikal dan

    tersusun ( Modul Latihan Guru Bestari, 2000). Ianya berkaitan dengan :

    Memberikan maklumat dan fakta

    Mengenal pasti masalah

    Mencadangkan penyelesaian

    Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan

    Membuat kesimpulan

    Membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti

    Membuat rekod sesuatu peristiwa

    Menganalisa aktiviti

    Mensistesis sesuatu pelan tindakan

    Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur dan tindakan

    Laporan boleh berbentuk pendek atau panjang dalam informal atau formal. Penyediaan

    laporan sebaik-baiknya berpandukan kata tanya iaitu :

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    17/27

    17

    Apa ( What)

    Mengapa (Why)

    Siapa (Who)

    Bila (When)

    Dimana (Where)

    Bagaimana (How)

    Persembahan laporan yang baik akan menarik perhatian dan mengekalkan daya

    tumpuan serta daya ingatan.

    Kesimpulan

    Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi

    seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk

    memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas

    nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotis dan

    memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia dan manusia yang bertaraf

    dunia. Pendidikan di alaf baru hasil daripada ledakkan dan perkembangan teknologi

    maklumat mengundang pelbagai cabaran yang harus ditangani dengan bijak oleh para

    pendidik khususnya.

    Guru harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan

    pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian

    yang berkesan dan bermakna. Unsur Kemahiran Belajar perlu diselitkan secara bijak

    dalam sekolah bestari. Maka pelaksanaan sekolah bestari adalah amat bertepatan

    dengan zaman masa kini yang cukup dikenali sebagai zaman ledakan teknologimaklumat.. Apa yang pasti, pelaksanaan sistem ini bukan sahaja akan menguntungkan

    para pelajar, malah akan turut meninggikan martabat pendidikan negara kita amnya.

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    18/27

    18

    4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

    Tahun : 5 Maju

    Masa : 60 minit

    Tajuk : Kawalan Serangan Nyamuk Aedes

    Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran

    murid-murid dapat :

    a. Membina ayat topik berdasarkan peta minda.

    b. Membina ayat huraian berdasarkan ayat topik

    yang dihasilkan

    c. Menulis sebuah karangan fakta bertajuk

    Kawalan Serangan Nyamuk Aedes

    Hasil Pembelajaran

    Fokus Utama : 8.4 - Membina dan menulis ayat topik dan ayat

    huraian berdasarkan sesuatu perkara.

    Aras 3 ( i ) Menulis karangan dengan menggunakan

    ayat topik dan ayat huraian yang lengkap.

    Fokus Sampingan : 3.2 - Menghuraikan maklumat dengan alasan yang

    menyakinkan.

    Aras 2 ( i ) Mengemukakan sesuatu maklumat

    dengan menggunakan laras bahasa yang

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    19/27

    19

    betul.

    5.1 - Membaca kuat perkataan dan ayat dengan

    sebutan dan intonasi yang betul dan

    memahami perkara perkara yang dibaca.

    Aras 2 (ii ) Menghuraikan maklumat yang diperoleh

    daripada bahan yang dibaca.

    Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

    Sistem Bahasa : Penanda wacana.

    Penggabung jalinan : PJPK, Sains, Pendidikan Moral

    Nilai : Berhemah Tinggi, Kebersihan Fizikal dan

    Mental, dan Rasional

    Kemahiran Generik : Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar,

    Kemahiran Fasilitator, Kemahiran Mentaksir dan

    Menilai, dan Kemahiran TMK.

    Strategi

    Pembelajaran : Koperatif

    Pengetahuan Sedia ada : Murid murid pernah mendengar dan membaca

    tentang demam denggi dan penyebabnya.

    Bahan Sumber p & p : Buku teks, komputer, peta minda dan borang

    pengurusan grafik

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    20/27

    20

    PROSEDUR/ PELAKSANAAN KEMAHIRAN GENERIK CATATAN/NILAI

    SET INDUKSI ( 5 MINIT )

    1. Guru menayangkan slaid tentang

    tempat pembiakan nyamuk.

    2. Guru bersoaljawab dengan murid

    Di manakah nyamuk

    membiak?

    Apakah kesan pembiakan

    nyamuk?

    Bagaimanakah proses

    kitaran hidup nyamuk?

    3. Guru mengaitkan/ persoalan dan

    berbincang tentang isi pelajaran.

    Kemahiran Belajar

    Menyoal

    Kemahiran Berfikir

    MenghubungkaitMenjana Idea

    Kemahiran Fasilitator

    Membimbing

    Kecerdasan Pelbagai

    Naturalis

    Strategi Pembelajaran

    Kontekstual

    Nilai

    Menjaga

    Kesihatan

    dan

    Kebersihan

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    21/27

    21

    LANGKAH 1 ( 15 MINIT )

    1. Guru mengagihkan murid murid

    kepada beberapa kumpulan2. Guru meminta murid murid

    membaca dan memahami teks

    Nyamuk Aedes dan nyamuk Tiruk

    3. Murid-murid diminta melengkapkan

    jadual pengurusan grafik Banding

    Beza yang diberikan berdasarkan

    teks yang diberi secara

    berkumpulan di dalam komputer.

    Nyamuk Aedes

    Nyamuk Tiruk

    1. Kitaranhidup

    2. Kesangigitan

    3. Tempatpembiakan

    4. Tandaserangan

    5. Vaksin

    4. Setiap kumpulan dimintamembentangkan hasil dapatan

    daripada perbincangan kumpulan

    tersebut.

    Kemahiran Belajar

    Menyoal

    Mengumpul

    maklumat

    Kemahiran Berfikir

    Membanding beza

    Kemahiran Fasilitator

    Membimbing

    Pengarahan

    Kemahiran Menilai dan

    Mentafsir

    Mengisi borang

    penilaian

    Kemahiran TMK

    MS Word

    ( Jadual )

    Kecerdasan Pelbagai

    Interpersonal

    Strategi Pembelajaran

    Koperatif

    Nilai

    Bekerjasama

    KebersihanFizikal dan

    Mental

    Hormat

    menghormati

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    22/27

    22

    LANGKAH 2 ( 10 MINIT )

    1. Guru meminta murid murid

    meneliti peta minda yang

    diberikan tentang Kawalan

    Serangan Nyamuk ( BT ms 67 )

    2. Murid murid dalam setiap

    kumpulan diminta membina ayat

    topik daripada peta minda

    tersebut.3. Seterusnya murid murid

    dibimbing untuk membina ayat

    huraian berdasarkan ayat topik

    yang telah dibincangkan

    mengikut kumpulan dan

    menaipnya dalam komputer.

    ISI UTAMA AYAT

    TOPIK

    AYAT

    HURAIAN

    KUMP 1

    Elakkan airbertakung

    KUMP 2

    Gunakan

    racunserangga

    KUMP 3

    Tutup pintudan tingkap

    Kemahiran Belajar

    Memproses

    maklumat

    Kemahiran Berfikir

    Menjana dan

    menghasilkan

    idea

    MenghubungkaitKemahiran Fasilitator

    Pemantauan

    Memberi

    maklumbalas

    Kemahiran TMK

    MS Word

    Kecerdasan pelbagai

    Verbal Linguistik

    Ruang Imaginasi

    Strategi Pembelajaran

    Kontekstual

    Koperatif

    Nilai

    Bekerjasama

    Rasional

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    23/27

    23

    menjelangsenja

    KUMP 4

    Tidur dalamkelambu

    KUMP 5

    Pasang jaringnyamuk

    LANGKAH 3 ( 15 MINIT )

    1. Hasil daripada perbincangan

    dalam langkah 2, setiap

    kumpulan yang diwakili olehseorang wakil akan

    mempersembahkan hasil

    perbincangan mereka.

    2. Hasil tugasan akan dipaparkan di

    skrin layar LCD untuk ditonton

    dan dibincangkan bersama murid

    murid yang lain.

    3. Guru pula memberikan pendapat

    Kemahiran Berfikir

    Memberikan

    pendapat

    Menerangkan

    sebab

    Kemahiran Belajar

    Menyusun

    maklumat

    Membentang hasil

    tugasan.

    Nilai

    Menghormati

    Berfikiran positif

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    24/27

    24

    dan bimbingan untuk

    penambahbaikan terhadap hasil

    kerja murid.

    4. Guru membimbing murid dan

    memberikan penerangan

    terhadap penggunaan penanda

    wacana.

    Kemahiran TMK

    MS Word

    Kemahiran Fasilitator

    Memantau dan

    membimbing

    Kemahiran Menilai

    Penilaian tugasan

    orang lain

    Strategi Pembelajaran

    KoperatifMediatif

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    25/27

    25

    LANGKAH 4 ( 10 MINIT )

    1. Murid murid diberi peluang

    untuk menyampaikan hasilpembelajaran secara lisan

    berdasarkan ayat topik dan ayat

    huraian yang telah dibincangkan.

    2. Murid murid menterjemahkan

    hasil pembelajaran dalam bentuk

    karangan fakta yang bertajuk Kawalan Serangan Nyamuk

    Aedes

    Kemahiran Belajar

    Membuat rumusan

    Kemahiran Berfikir

    Menyusun

    maklumat ikut

    urutan

    Kemahiran Fasilitator

    Pengarahan

    Penentuan tema

    Kemahiran Menilai

    Penentuan

    Matlamat

    Kecerdasan Pelbagai

    Verbal Linguistik

    Strategi Pembelajaran

    Kolaboratif

    Nilai

    Rasional

    Menerima

    pendapat

    orang lain

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    26/27

    26

    PENUTUP ( 5 MINIT )

    1. Murid membuat rumusan tentang

    pembelajaran dengan bantuan

    guru

    2. Guru membuat rumusan tentang

    peri pentingnya mengelakkan

    dan mengawal diri, keluarga dan

    masyarakat daripada serangan

    nyamuk aedes

    Kemahiran Berfikir

    Membuat rumusan

    Kemahiran Fasilitator

    Renungan

    Nilai

    Mengambil

    iktibar

  • 8/14/2019 Sekolah Bestari & Kemahiran Belajar

    27/27

    27

    5.0 RUJUKAN

    Ab Rahim Selamat (1989). Belajar cara belajar . Nurin Enterprise, Kuala Lumpur.

    Sabri Ahmad (2003). Kemahiran belajar berkesan . Utusan & Publications Sdn Bhd,

    Kuala Lumpur.

    Tuan Jah Tuan Yusuf (2009). HMBL 2203 Pembestarian pembelajaran dan pengajaran

    Bahasa Melayu. Open University, Kuala Lumpur.

    ____________ (2001). Belajar cara belajar , Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

    ____________(2000). Kemahiran belajar , Modul Latihan Guru Bestari. Kementerian

    Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

    ____________(2001). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran . Pusat

    Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.