kelebihan al

33
Kelebihan Al-Quran Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir. Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul. Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan. Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka. Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul- rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang

Upload: hamzah-mat-jusoh

Post on 01-Jan-2016

81 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelebihan Al

Kelebihan Al-Quran

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak

mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid).

Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru

dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang

ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku

sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat

pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar

dalam semua bidang kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang

akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari

qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah

S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang

diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab

Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab

yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga

dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Page 2: Kelebihan Al

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau

dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan

meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali

usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.

Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi

semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci.

Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk

mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah

dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan

keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya

Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang

dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.

(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:

Page 3: Kelebihan Al

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang

bertaqwa.

(Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w bermaksud:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang

berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan

baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia

adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia

diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar

bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan

utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi

tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan

menyinarkannya.

Page 4: Kelebihan Al

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh

air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati

mati dan membaca Al-Quran.”

PAHALA MEMBACA AL-QURAN

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang

membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan

pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari

Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;

Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap

kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif

satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang

diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam

golongan yang lalai.

Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan

sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.

Page 5: Kelebihan Al

Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan

yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari

Qiamat.

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w

antaranya:

Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.

Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan

menima dirinya.

Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala

membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan

Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.

2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh

kebajikan.

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang

tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping

kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga

kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya,

ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada

Page 6: Kelebihan Al

cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi

bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di

hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat

dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

Hukum Membaca Isti’azah:

Jumhur ulamak bersepakat menetapkan hukum membaca Isti’azah ketika hendak memulakan

bacaan Al- Quran adalah  Sunat Muakkad (sunat yg. dituntut) 

Dalil :

Surah An-Nahl Ayat (98)

Maksudnya : Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, Maka hendaklah engkau terlebih

dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam.

Kaedah Membaca Isti’azah

Terdapat 4 wajah dalam membaca isti’azah pada awal surah :

1. Membaca isti’azah, waqaf. Kemudian membaca basmalah, waqaf. Kemudian membaca

awal surah.

Page 7: Kelebihan Al

2. Membaca isti’azah, waqaf. Kemudian membaca basmalah dengan disambung membaca

awal surah.

3. Membaca isti’azah dengan disambung membaca basmalah, kemudian waqaf. Kemudian

membaca awal surah.

4. Membaca isti’azah,  basmalah dan awal surah tanpa waqaf.

HUKUM BACA BASMALAH

Ada lima hukum berkaitan dengan basmalah iaitu:-

 

1. Sunah, jika dibaca pada permulaan tiap perkara yang penting didalam syari'at, seperti

mengarang kitab.

2. Haram, jika dibaca untuk perkara yang haram, seperti meminum minuman keras.

3. Makruh, jika dibaca untuk perkara makruh,seperti saat melihat faraj isteri.

4. Wajib, jika dibaca pada tempat yang wajib dibaca, seperti pada waktu sebelum membaca

alfatihah dalam sholat.

5. Mubah, jika dibaca pada perkara yang tidak ada kemuliaan sama sekali didalamnya, seperti

memindah harta dari satu tempat ketempat lain

Dalil

ص حاش األول الجزء قاسم ابن على الباجوري ٤ية   – – ( أن : ( واعلم قال أن إلى الرحيم الرحمن الله بسم قوله

به يهتم بحيث حال أي بال ذي أمر كل على تسن البسملةالخمر كشر لذاته المحرم على وتحرم المار3 للحديث شرعا

بخالف زوجته لفرج كالنظر لذاته المكروه على وتكرهلعارض والمكروه مغصوب بماء كالوضوء لعارض المحرم

Page 8: Kelebihan Al

HUKUM MELAUNGKAN TAKBIR BERAMAI-RAMAI

Takbir yang dimaksudkan di sini adalah laungan “Allahu Akbar” yang dilaungkan secara kuat

dan beramai-ramai ketika diarahkan oleh si ketua dengan ucapan ‘takbiiir!”. Ia kini seolah-olah

menjadi satu trend baru yang lazimnya dilakukan ketika dalam ceramah atau perhimpunan yang

berkait dengan Agama.

Sekiranya diamati, akan didapati bahawa perbuatan ini bercanggah dengan Syarak. Ini kerana

ucapan ‘Allahu Akbar’ adalah termasuk dalam ibadah zikir yang terikat dengan garis panduan

dan adab-adab berzikir yang telah ditetapkan Syarak.

Percanggahan-percanggahan ini dapat dilihat daripada beberapa sudut:

ص حاش األول الجزء قاسم ابن على الباجوري ٤ية   – – ( أن : ( واعلم قال أن إلى الرحيم الرحمن الله بسم قوله

به يهتم بحيث حال أي بال ذي أمر كل على تسن البسملةالخمر كشر لذاته المحرم على وتحرم المار3 للحديث شرعا

بخالف زوجته لفرج كالنظر لذاته المكروه على وتكرهلعارض والمكروه مغصوب بماء كالوضوء لعارض المحرم

Page 9: Kelebihan Al

1. Ia dilaungkan secara kuat dan beramai-ramai ketika diarahkan oleh si ketua walhal Syarak

menetapkan bahwa zikir hendaklah dilakukan dengan suara perlahan dan bersendirian tanpa

arahan sesiapa.

2. Cara seperti ini menyalahi matlamat utama berzikir yang bertujuan untuk menimbulkan rasa

rendah diri, patuh dan tunduk kepada suruhan Allah di samping mewujudkan perasaan takut atas

kekurangan diri serta merasai keagongan Allah dan kehebatanNya. Kebiasaannya mereka yang

melaungkan takbir secara kuat apatah lagi menjerit akan merasa diri kuat dan bertenaga jauh

sekali daripada perasaan takut.

Bahkan kalau diamati, ia sememangnya bertujuan untuk menimbulkan perasaan berani dan

merasa diri hebat khususnya dalam ceramah atau perhimpunan yang bertujuan untuk membantah

atau mengkritik pihak-pihak tertentu. Hal ini bercanggah dengan sifat orang mukmin,

“Sesungguhnya orang yang beriman apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka” (Al-

Anfaal, 2) dan firmanNya, “Orang-orang beriman tenang tenteram hati mereka dengan berzikir

kepada Allah” (Al-Ra’ad, 28). Bukan merasa gemuruh dan resah.

3. Perbuatan ini lebih hampir kepada riyak serta menunjuk-nunjuk. Jika tidak, apa perlunya

dilaungkan secara kuat dan beramai-ramai. Kepada siapakah laungan ‘Allahu Akbar’ ditujukan?

Apakah ia bertujuan untuk menguatkan keyakinan bahawa ‘Allah itu Maha Besar’ atau terdapat

tujuan lain di sebaliknya?

4. Apa yang pasti ia adalah ibadah dalam bentuk gaya baru yang tidak ada contohnya daripada

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, para Sahabat radhiyallahu ‘anhum dan generasi Salaf Al-

Soleh. Bahkan tidak ada seorang pun ulamak muktabar dahulu yang menganjurkannya.

Dalam suatu peristiwa ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersama para Sahabat

dalam perjalanan ke medan perang, mereka bertakbir secara kuat (ketika naik ke tempat tinggi

sebagaimana yang dianjur dalam Sunnah) lalu Baginda bersabda, “Wahai manusia, berpadalah

pada diri kamu, sungguh kamu tidak menyeru kepada Tuhan yang pekak mahupun jauh;

sebaliknya kamu berdoa kepada Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Bukhari dan

Muslim).

Page 10: Kelebihan Al

Walaupun dalam keadaan bersemangat menuju ke medan perang beramai-ramai bersama

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, tetapi Baginda tetap menegur perbuatan mereka

melaungkan takbir secara kuat walaupun ia dilakukan secara berasingan dan secara individu, dan

atas sebab yang syarie. Bagaimana pula sekiranya takbir dilaungkan secara kuat dan keras secara

beramai-ramai tanpa sebarang sebab yang syarie?

Lebih buruk kalau ia dilakukan dalam ceramah politik yang penuh dengan maki hamun

mengajak kepada parti dan kumpulan masing-masing, memecah-belahkan Umat Islam serta

mengajak kepada revolusi menjatuhkan pemerintah Islam. Jelas ia lebih tercela.

5. Kesimpulannya, perbuatan melaungkan ‘Allahu Akbar’ secara beramai-ramai bercanggah

dengan Syarak dan termasuk dalam larangan Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam, “Barangsiapa

melakukan suatu amalan yang tidak ada perintahnya daripada kami maka ia adalah tertolak”

(Bukhari dan Muslim).

HUKUM KHATAM ALQURAN

Dalam mengkhatamkan al-Quran ini, ada satu kaedah yg dipanggil al-Hal wa al-Murtahil.. Ini

merupakan amalan yg lebih afdhal seperti mana yg dijelaskan oleh Nabi s.a.w. :

“Seorang lelaki bertanya : “Wahai Rasulullah s.a.w., apakah amalan yg lebih afdhal?” Sabda

Baginda s.a.w. : “al-Hal wa al-Murtahil”. Kata lelaki itu : “Apakah itu al-Hal wa al-Murtahil?”.

Jawab Nabi s.a.w. : “Membaca dari awal al-Quran sehingga akhirnya, dan dari akhirnya hingga

awalnya” (HR. at-Tirmidzi)

Sesetengahnya mengatakan bahawa hadis ini dhaif.. tapi al-Mubarakfuri menyebutkan dalam

Syarah Tirmidzi sebuah hadis yg sama (spt di atas), tapi daripada riwayat ibn Abbas sebagai dalil

bahawa ianya amalan sunat. Dan ia juga merupakan amalan ahli Mekah.

: . : : قال المرتحل الحال قال أفضل؟ األعمال أي الله يارسول قال G رجال أن : آخره إلى القرآن أول من يضرب قال المرتحل؟ الحال وما الله، يارسول

أوله إلى آخره ومن

من افتتح الناس برب أعوذ قل قرأ إذا كان وسلم عليه الله صلى النبي أنالمفلحون هم أولئك إلى البقرة من قرأ ثم الحمد

Page 11: Kelebihan Al

Adalah Nabi s.a.w. apabila membaca membaca sampai surah an-Nas, dibuka kembali dengan al-

Fatihah, kemudian Nabi s.a.w. membaca surah al-Baqarah sampai la ayat ke 5.

ISRAILIYYAT DAN BAHAYANYA TERHADAP ISLAM

Lafaz Israiliyat menurut bahasa Arab adalah lafaz Jamak , dan mufradnya adalah Israiliah. Ia

adalah kisah dan peristiwa yang direkodkan dari sandaran bangsa Israil. Dan dihubungkan

kepada bangsa Israil. Mereka adalah golongan Yahudi dari keturunan Nabi Ya`kob bin Ishak bin

Ibrahim (Bapa 12 Kabilah).

Lafaz Israiliat, walaupun secara zahirnya membawa maksud cerita-cerita yang direkodkan

secara asalnya dari sandaran bangsa Yahudi, para ulama Tafsir dan Hadith juga memberi maksud

yang lebih meluas dan menyeluruh berbanding hanya kisah-kisah Yahudi. Dari Istilah mereka

(ulama Tafsir dan Hadith), perkataan Israiliyat menunjukkan kepada setiap jalan (memahami)

tafsir dan hadith dari lagenda-lagenda lama yang pada asalnya direkodkan dari sandaran bangsa

Yahudi atau Kristian atau selainnya.

Sebahagian ulama Tafsir dan Hadith pula, ada yang memperluaskan lagi maknanya dengan

menyatakan: apa sahaja (cerita) yang dimasukkan oleh musuh-musuh Islam dari kalangan

Yahudi dan selainnya kedalam (pemahaman) Tafsir al-Quran dan Hadith. Ianya adalah berita

yang tiada sumber asal dari sandaran kuno. Ia hanya ciptaan musuh-musuh Islam, mereka

menciptanya dengan niat yang kotor, dan suara hati yang jahat. Lalu mereka masukkan kedalam

(pamahaman) tafsir al-Quran dan Hadith bagi merosakkan akidah (pegangan) umat Islam,.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyebut dalam buku beliau : (Mengemudi Bahtera Perubahan

Minda) :

“Kebanyakan orang Barat jika mereka tidak jelas antara Israiliyyat dengan inti kandungan asal

al-Quran, boleh menyebabkan mereka mengganggap Islam mengandungi ajaran-ajaran yang

bercanggah dengan penemuan sains yang dibuktikan kebenarannya. Maka mereka akan

Page 12: Kelebihan Al

memandang lekeh kepada Islam, lalu mernolak dan mempertikaikannya. Apa tidaknya, jika

mereka mendengar Ustaz di Malaysia ini yang menyatakan umur dunia ialah 7000 tahun.

Alangkah terperanjatnya mereka kerana para saintis yang mengkaji umur kehidupan di atas muka

bumi menyatakan ia sudah mencapai jutaan tahun. Mereka akan tertanya: inikah Islam yang

bersumberkan wahyu yang sebenar?!! Sedangkan mereka tidak tahu bahawa itu semua adalah

riwayat Israiliyyat. Abu Syahbah menyatakan bahawa riwayat yang menyatakan Nabi melihat

usia dunia berusia 7000 tahun adalah Israiliyat dan dusta, tidak kaitan dengan Islam. (Lihat:

Muhammad Muhammad Abu Syahbah, Al-Sirah al-Nabawiyyah fi Dau al-Quran wa al-Sunnah,

1/14, Damsyik: dar al-Qalam)

Benar seperti kata Dr.Yusuf al-Qaradawi:

“Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah

meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan”. Katanya juga: “Seakan-akan Yahudi

ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka

mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan

mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat

israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu israiliyyat telah

mencekik kitab-kitab kaum muslimin”. (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyyah, 41, Beirut:

Muassasah al-Risalah).

Nafas baru perlu diberikan kepada penafsiran al-Quran demi generasi baru. Nafas itu

membawa kita kembali kepada wajah Islam yang asli dan tulen.

Penjelasan Hadith Nabi Tentang Israiliyat

Abu Hurairah bercerita:

Page 13: Kelebihan Al

Bahawa Ahli Kitab (Orang Yahudi) membaca at-Taurat dalam (bahasa) Ibrani dan mereka

menafsirkannya ke dalam (bahasa) Arab kepada umat Islam. Lantas Rasulullah berkata:

“Janganlah kamu membenarkan (tafsiran) Ahli Kitab dan jangan pula kamu menyatakan bahawa

mereka berbohong. Dan {Katalah aku beriman dengan apa yang diturunkan kepada kami-al-

Ankabut: 46}

Hadis di atas direkodkan oleh al-Bukhari dalam Kitab Tafsir (4485), Kitab Akhbar Ahad

(7265), dan Kitab Tauhid (7542).

Syeikh Ibnu Uthaimin membahagikan cerita Israiliyyat kepada tiga bahagian:

1. Berita yang disahkan oleh Islam dan disahkan benar. Maka ia adalah benar.

Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa daripada Ibnu Mas’ud

“Telah datang seorang pendita Yahudi kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata:

“Wahai Muhammad, sesungguhnya kami dapati (dalam kitab kami) bahawa Allah meletakkan

tujuh petala langit atas satu jari, tujuh petala bumi atas satu jari, segala pokok atas satu jari, air an

tanah atas satu jari dan seluruh makhluk atas satu jari lalu berkata, “Akulah raja.”

Mendengar itu, Nabi tergelak sehingga ternampak gusinya, membenarkan kata-kata pendita itu.

Kemudian Baginda membaca (ayat 67 surah al-Zumar 39 yang bermaksud):

“Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi

seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan

kananNya. Maha suci Tuhan dan maha tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.”

[Direkodkan oleh al-Bukhari]

2. Berita yang ditolak oleh Islam dan disahkan bohong. Maka ia adalah Bathil.

Page 14: Kelebihan Al

Contohnya seperti yang direkodkan oleh al-Bukhari dari Jabir r.a. berkata:

Orang Yahudi mendakwa bahawa (lelaki) apabila menyetubuhi (isterinya) dari arah belakang

(dan menyetubuhi bahagian hadapan), maka anak (yang bakal dilahirkan) akan menjadi juling.”

Lantas turunlah ayat:

“Isteri-Isteri kamu adalah ladang-ladang kamu, oleh itu datangilah ladang kamu menurut cara

yang kamu sukai-al-Baqarah: 223”

[Direkodkan oleh al-Bukhari]

3. Berita yang tidak diiktiraf dan tidak pula ditolak oleh Isla. Maka wajib tawaqquf

(berdiam diri) padanya.

Sepertimana yang direkodkan oleh al-Bukhari . Abu Hurairah bercerita:

Bahawa Ahli Kitab (Orang Yahudi) membaca at-Taurat dalam (bahasa) Ibrani dan mereka

menafsirkannya ke dalam (bahasa) Arab kepada umat Islam. Lantas Rasulullah berkata:

“Janganlah kamu membenarkan (tafsiran) Ahli Kitab dan jangan pula kamu menyatakan bahawa

mereka berbohong. Dan {Katalah aku beriman dengan apa yang diturunkan kepada kami-al-

Ankabut: 46}

Kebanyakan kisah Israiliyat tidak mempunyai manfaat kepada agama dan contoh kisah-kisah

tersebut ialah warna anjing ashabul kahfi, dan sebagainya.

Adapun bertanyakan Ahli Kitab terhadap perkara-perkara agama adalah diharamkan.

Sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Jabir bin Abdullah, beliau berkata:

Rasulullah pernah berkata: Janganlah kamu bertanya kepada Ahli Kitab tentang suatu apa

pun, mereka itu tidak akan memberi bimbingan kepadamu, dan sesat. Mereka itu sama ada

Page 15: Kelebihan Al

membenarkan kebatilan, dan membohongi kebenaran. Seandainya Musa (a.s.) masih hidup

diantara kami (ketika ini), tidak halal baginya melainkan dia akan mengikutiku.”

AL QURAN DAN ISU SEMASA

PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang agung dan syumul bukan sahaja membawa peraturan hidup

yang melibatkan di antara makhluk dengan khaliq, bahkan turut membawa syariat bagi menjaga

keharmonian hidup sesama manusia. Ia sesuai dengan sifat agama Islam itu sendiri sebagai satu-

satunya agama yang diterima oleh Allah SWT (Ali Imran : 85). Lantaran itu, jika  ditinjau di

dalam al-Quran, terdapat hukum-hukum yang berkaitan dengan jual beli, peperangan, isu-isu

rumahtangga, ekonomi dan sebagainya yang menunjukkan kesyumulan agama Islam. Jelas

diletakkan panduan-panduan khusus dan umum yang melibatkan urusan hidup manusia yang

seterusnya disesuaikan menurut peredaran masa dan zaman. Fiqh atau syariat yang menjadi

peraturan hidup muslim seterusnya menjadi satu peraturan yang hidup dan berkembang bersama-

sama tamadun manusia. Ia diterjemahkan oleh para mujtahid pada setiap generasi supaya

menjadi satu peraturan yang hidup dan bersifat realistik dengan arus kontemporari.

Di antara prinsip yang terpakai di dalam menentukan amalan fiqh semasa ialah konsep

maslahah dan mafsadah. Ia merupakan konsep yang penting di dalam memastikan fiqh dan

syariat Islam dapat diterima dan diamalkan di alam realiti. Seterusnya ia menolak tanggapan

bahawa Islam adalah agama yang kuno dan hanya sesuai di zaman ia diturunkan sahaja. Namun,

walaupun ia telah wujud sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi, ia tetap  memerlukan metode

pentarjihan tertentu agar tindakan mengutamakan mana-mana posisi tidak tersasar dari kehendak

hukum Syarak yang asal. Sebenarnya pentarjihan maslahah dan mafsadah melibatkan

permasalahan dalam lingkungan semasa dan dalam pelbagai situasi dan kondisi (Ridzwan 2008 :

108). Bagaimanapun penulisan ini hanya akan memberikan fokus kepada konsep mafsadah dan

peranannya dalam menyelesaikan isu-isu semasa.

PENGERTIAN MAFSADAH

Page 16: Kelebihan Al

Mafsadah berasal dari kalimah fasad iaitu rosak. Di dalam istilah fiqh, ia merujuk kepada

perkara-perkara yang merosakkan salah satu dari maslahah yang utama. Maslahah yang utama

ini juga sering disebut sebagai Dururiyyat al-Khums. Maslahah yang utama tersebut ialah :

1) Al-muhafazah `ala al-din (menjaga/memelihara keselamatan agama). Ia terhasil dengan

menghindarkan timbulnya fitnah dan keselamatan dalam agama serta membasmi dorongan hawa

nafsu dan perbuatan-perbuatan yang mengarah kepada kerusakan secara penuh. Contohnya

hukuman terhadap ahli bid’ah yang menyebarkan kesesatannya. Ini kerana kegiatan tersebut

akan memberikan kesan kepada fahaman agama orang lain.

2) Al-muhafazah ‘ala al-nafs (menjaga/memelihara keselamatan jiwa). Ia bermaksud jaminan

keselamatan atas hak hidup yang terhormat dan mulia. Termasuk dalam pengertian umum ini

adalah jaminan keselamatan nyawa, anggota badan dan terjaminnya kehormatan kemanusiaan.

Contohnya kewajiban hukuman qisas, karena dengan qisasjiwa-jiwa lain akan diselamatkan dari

pembunuhan.

3) Al-muhafazah ‘ala al-‘aql (menjaga/memelihara keselamatan akal), iaitu menjamin akal

fikiran dari kerusakan yang menyebabkan tersebarnya masalah sosial di  tengah masyarakat serta

merebaknya sampah masyarakat. Contohnya pengharaman arak dan segala sesuatu yang

memabukkan/menghilangkan daya ingatan adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan akal.

4) Al-muhafazah ‘ala al-nasl (menjaga/memelihara keselamatan keturunan), ialah jaminan

penerusan keturunan umat manusia agar tetap hidup dan berkembang baik. Contohnya hukuman

terhadap penzina yang bertujuan memelihara kesucian keturunan..

5) Al-muhafazah ‘ala al-mal (menjaga/memelihara keselamatan harta). Ia dilaksanakan melalui

usaha meningkatkan kekayaan seseorang secara profesional melalui cara-cara yang halal, bukan

mendominasi ekonomi secara keseluruhannya dengan cara yang zalim dan curang. Contohnya

melalui pengharaman riba dan rasuah.

Setiap segala sesuatu yang bermaksud dan bertujuan untuk memelihara kelima-lima perkara di

atas  (atau turut disebut sebagai maqasid al-syari’ah), dinamakan maslahah; sedangkan segala

sesuatu yang menghilangkan salah satu dari lima perkara di atas, dinamakan mafsadah, di dalam

masa yang sama menolak/menghilangkan mafsadahberarti maslahah.

Page 17: Kelebihan Al

STANDARD PENENTUAN MAFSADAH

Pada sudut kefahaman buat maslahah (kebaikan) mahu pun mafsadah (keburukan) dalam

kehidupan seharian sebagai seorang insan dimana-mana pun, pada dasarnya adalah sama atau

hampir sama. Seterusnya ia berubah-ubah mengikut persekitaran, pengetahuan yang dikuasai,

tabiat-tabiat yang sedia ada, penekanan dari satu-satu pihak atau sesuatu perkara, penjelasan atau

pengalaman dari kehidupan yang dilalui dan seterusnya dan yang paling penting ialah

kepatuhannya kepada syariat Islam.

Contohnya, bila memperkatakan apakah maslahah (kebaikan)untuk fizikal atau kesihatan,

tentunya adalah tentang pemakanan yang sihat atau berzat, aktiviti kehidupan seharian yang

sihat, suasana sekitar atau tempat yang diduduki adalah bersih mahupun aman dan seterusnya.

Bila memperkatakan tentang maslahah untuk mental atau jiwa, tentunya adalah tentang mentaliti

yang baik, akhlak yang murni, tingkah-laku yang beradab, pemikiran mereka yang dipersekitaran

kehidupan seharian adalah kalangan mereka yang matang, keadaan dari sekitar atau dari sesuatu

yang tidak menekan dan seterusnya.

Manakala bila memperkatakan mafsadah (keburukan)kepada individu mahupun masyarakat pula

adalah sebaliknya misalnya untuk fizikal, mafsadahnya adalah dari aktiviti kehidupan yang tidak

sihat, pengambilan makanan yang tidak berzat atau mengandungi bahan-bahan pencemaran,

tabiat-tabiat yang tidak baik seperti merokok dan lain-lain, peperangan yang mencacatkan tubuh-

badan dan seterusnya. Manakala mafsadah untuk mental atau jiwa pula seperti dari gejala-gejala

tidak elok samaada keruntuhan moral mahupun pengaruh budaya songsang di persekitaran,

kerosakan akhlak, tekanan dalam kehidupan seharian dan seterusnya.

Secara umumnya, manusia dengan fitrahnya tidak berbeza di dalam menngiktiraf maslahah dan

mafsadah. Apa yang seterusnya membezakan ialah tahap pegangan beragama masing-masing. 

Contohnya, loteri adalah suatu perjudian yang membawa mafsadah buat masyarakat, manakala

yang tidak kuat pegangan agamanya mahupun mereka yang tiada beragama, menganggap loteri

itu bukanlah satu mafsadah bahkan satu maslahah untuk menanam harapan menjadi kaya.

Perbezaan dan penafian tentang apa yang membawa maslahah atau mafsadah yang terjadi

terutama berasal dari pegangan, kebiasaan, pemikiran mahupun kehendak individu atau

Page 18: Kelebihan Al

masyarakat adalah seterusnya merupakan dataran untuk membina kebudayaan dan cara hidup

berlandaskan di atas kefahaman terhadap sesuatu tersebut.

MENYELESAIKAN PERMASALAHAN DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN

PENOLAKAN MAFSADAH JIKA BERLAKU PERTEMBUNGAN DI ANTARA DUA

MAFSADAH

Untuk melihat permasalahan ini secara terperinci, perbahasan berkaitan dengan penentuan

terhadap pertentangan di antara dua  mafsadah dapat dilihat sebagaimana berikut :

1. Pertentangan di antara dua mafsadah yang sama kedudukannya

dalam daruriyyah,hajiyyah dan tahsiniyyah.

Dalam keadaan ini mafsadah hendaklah ditolak dan dilenyapkan tanpa diganti dengan mana-

mana mafsadah lain yang setaraf dengannya. Hal ini berdasarkan kaedah fiqh بمتله يزال ال الضرر

iaitu sebarang kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan yang setaraf

dengannya.

Contohnya, seseorang itu tidak dibolehkan membunuh orang lain apabila dia dipaksa

melakukannya walaupun demi memelihara nyawanya. Dalam situasi ini hendaklah dia bersabar

terhadap pembunuhan itu jika tidak mampu mempertahankan diri. Ini kerana bersabar ke atas

pembunuhan dirinya adalah lebih ringan mafsadahnya daripada bertindak menjadi pembunuh.

Begitu juga dalam permasalahan untuk menyelamatkan kapal dari tenggelam, tidak boleh

memilih mana-mana anak kapal untuk dibuang ke laut semata-mata untuk menyelamatkan

sebahagian anak kapal yang lain. Ini kerana kesemua mereka adalah sama. Oleh itu tidak

dibolehkan mafsadah digantikan dengan mafsadah yang sama.

1. Pertembungan di antara mafsadah rajihah dengan mafsadah marjuhah.

Apabila berlakunya kontradiksi di antara mafsadah rajihah mafsadah marjuhah maka hendaklah

diutamakan penolakan terhadap mafsadah rajihah. Permasalahannya untuk menilai

penentuan mafsadah rajihah dan mafsadah marjuhah perlukan piawaian tertentu. Kadangkala

pertembungan berlaku di antara kedua mafsadah dalam keadaan yang tidak mampu diraikan

melainkan terpaksa memilih mana-mana mafsadah. Dalam situasi salah satu mafsadah perlu

dikorbankan untuk memilih mana-mana mafsadah maka piawaian berikut perlu diambil kira :

Page 19: Kelebihan Al

2.1  Mengutamakan penolakan mafsadah yang lebih berat ke atas mafsadah yang ringan. Ini

berdasarkan kaedah-keadah fiqh seperti berikut :

األخف        2.1.1 بالضرر يزال األشد kemudharatan yang besar dihilangkan dengan) الضرر

kemudharatan yang lebih ringan) (al-Zarkashi : 2000)

أخفهما        2.1.2 بارتكاب ضررا أعظمهما روعي مفسدتان تعارض bila bertembung di antara) إذا

dua kemudharatan, ditolak mudharat yang lebih besar dengan melakukan mudharat yang lebih

ringan)

الضررين        2.1.3 أهون (dipilih yang lebih ringan dari dua mudharat) يختار

Di antara contoh yang dikemukakan oleh sebahagian fukaha dalam kes ini ialah berkaitan

dengan kelayakan sebagai pemimpin negara. Pada asalnya pemimpin bagi umat Islam hendaklah

di kalangan mereka yang terbaik di kalangan umat Islam. Ini supaya pemimpin tersebut ditaati

dalam tindakannya mencapai kemaslahatan dan menolak mafsadah. Walau bagaimanapun ketika

berhadapan dengan ketiadaan calon pemimpin yang terbaik, yang ada hanya dua orang yang

fasiq, maka hendaklah dipilih yang paling kurang fasiqnya. Walaupun keduanya

membawa mafsadah kepada negara namun memilih mafsadah yang ringan diutamakan dari

memilih mafsadah yang berat.

2.2  Utamakan memilih mafsadah kassah untuk menolak mafsadah ‘ammah. Kaedah ini

dilaksanakan berdasarkan kepada kaedah-kaedah seperti berikut :

العام        2.2.1 الضرر دفع ألجل الخاص الضرر Ditanggung kemudaratan khas demi) يتحمل

menolak kemudratan yang umum) (Ibn Nujaym : 1999)

الخاص        2.2.2 الضرر بإثباث واجب العام الضرر Menolak kemudaratan umum itu wajib) دفح

dilakukan dengan mensabitkan (mengambil) kemudaratan khas) (Al-Husayni : 1350H)

Di antara contoh dalam permasalahan ini ialah pemerintah boleh menegah doktor yang jahil dari

mengubati pesakit demi menolak kemudaratan terkena kepada orang awam akibat kejahilan

tersebut Ini termasuklah mengenakan hukuman yang setimpal terhadap para doktor yang cuai

dalam melakukan tugas kedoktorannya memandangkan kes-kes kecuaian doktor kerap berlaku

sejak akhir-akhir ini. Demikian juga Kerajaan hendaklah bertindak mengawal dengan ketat

Page 20: Kelebihan Al

semua makmal ujian perubatan sama ada dimiliki oleh pihak kerajaan mahupun swasta yang

menjalankan sesuatu ujian perubatan walaupun tindakan tersebut mendatangkan kesukaran

kepada pihak-pihak yang terlibat.

2.3  Mengutamakan penolakan mafsadah qatciyyah ke atas mafsadah mawhumah. Kaedah ini

sudah jelas di dalam hukum syarak dan merupakan di antara kaedah-kaedah asas yang disepakati

oleh para ulama fiqh. Di antara contoh yang boleh dikaitkan dengan kaedah ini ialah

melaksanakan hukum hudud sekalipun dikhuatiri tidak berlaku keadilan. Sesetengah pihak

mendakwa hukuman Hudud tidak boleh dilaksanakan selagi pelaksanaan hukuman tersebut

masih menimbulkan keraguan terhadap keberkesanannya dalam menegakkan keadilan.

Sebenarnya mafsadah yang hendak ditolak merupakanmafsadah sharciyyah yang bersifat pasti

kerana telah ditunjukkan oleh nass-nass Syarak sedangkan semua tegahan Allah s.w.t.

merupakan mafsadah sama ada bersifat di dunia mahupun di akhirat. Apabila Allah s.w.t.

mengetahui sebahagian dari manusia yang tidak gerun dengan ancaman dan janji buruk yang

diberikanNya maka disyariatkan hukuman Hudud dan Qisas demi menolak mafsadah dan jalan-

jalannya (wasilahnya) Apabila cara tersebut merupakan penyelesaian dari Allah maka semua

muslim wajib meyakininya tanpa berbelah bagi. Manakala keadilan yang dipersoalkan itu hanya

berupa andaian yang tidak berlandaskan fakta yang meyakinkan bahkan satu prejudis dan

provokasi terhadap hukum Islam apabila hukuman konvensional yang terbukti telah gagal

menjelmakan keadilan kepada manusia sehingga kini tidak dihighlightkan. Oleh itu hendaklah

diutamakan penolakan mafsadah qatciyyah (pasti) terhadap mafsadah mawhumah (samar-samar).

2.4  Mengutamakan mafsadah yang disepakati oleh para ulama terhadap penolakannya ke

atas mafsadah yang masih diperdebatkan lagi. Di antara contoh situasi yang boleh dikaitkan

dengan kaedah ini ialah :

2.4.1        Seorang lelaki dipaksa melakukan pembunuhan ataupun dirinya akan dibunuh jika

enggan melakukannya. Dalam situasi ini hendaklah diutamakan kesabaran diri dibunuh dari

bertindak membunuh. Ini kerana tegahan membunuh merupakan mafsadah yang disepakati oleh

para ulama yang membawa kepada haram secara mutlak. Manakala hukum menyerah diri

dibunuh, mafsadah yang masih diperdebatkan di kalangan ulama sama ada diharuskan atau tidak.

Page 21: Kelebihan Al

2.4.2        Begitu juga pengamalan bayc al-cinah oleh kebanyakan bank di Malaysia ketika ini

dalam menghadapi kemelut riba yang masih menghantui ekonomi Malaysia. Golongan jumhur

mengharamkan bayc al-cinah manakala Imam Al-Shafici mengharuskannya. Demi

mengelak mafasadah riba sebenar yang masih diperkenalkan oleh bank-bank konvensional maka

pengamalan bayc al-cinah adalah sebahagian dari alternatif untuk mengeluarkan umat Islam dari

kemelut riba ketika ini. Dengan adanya transaksi bayc al-cinah sebagai alternatif maka menjadi

haram umat Islam terlibat dengan pinjaman konvensional. Oleh itu diutamakan

penolakan mafsadah yang disepakati ke atas mafsadahyang masih diperdebatkan lagi.

2.5 Mengutamakan penolakan mafsadah yang membawa kepada terhapusnya Syariat Islam ke

atas mafsadah lain yang melibatkan kehidupan manusia. Ini kerana mafsadahyang menimpa

sebahagian manusia itu boleh ditangani dengan memperkemaskan penghayatan Syariat Islam

secara global dan bukannya dengan cara mencari jalan menghapuskan mana-mana Syariat Islam

yang asal. Terhapusnya mana-mana Syariat Islam merupakan mafsadah yang paling besar

sedangkan Syariat Islam itu sendiri berdiri berasaskan pencapaian maslahah dan

penolakan mafsadah terhadap manusia. Contohnya isu poligami iaitu apabila hak poligami yang

pada asalnya diberikan Islam kepada lelaki diswastakan (dipindahmilikkan) kepada isteri. Sama

ada sedar atau tidak tindakan mewajibkan persetujuan isteri secara mutlak sebenarnya membawa

kepada terhapusnya salah satu Syariat Islam yang dibenarkan walaupun mereka mendakwa hal

tersebut untuk menghapuskan mafsadah yang ada iaitu suami tidak mampu bertanggungjawab,

tidak memberi keadilan dan sebagainya.

PENUTUP

Menjadi satu tuntutan yang sangat penting bagi setiap individu umat Islam mempelajari atau

sekurang-kurangnya mengetahui konsep mafsadah di dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Walaupun sebahagian mafsadah ini tidak dinyatakan oleh para ulama silam secara terperinci dan

terarah dalam kitab-kitab klasik mereka namun ianya mampu difahami hasil kefahaman terhadap

standard mafsadah dalam pelbagai situasi dan posisi yang merupakan manifestasi dari

kefahaman yang mendalam terhadap ilmu maqasid al-sharicah.

Selain itu maqasid al-sharicah sewajarnya dijadikan salah satu ilmu terpenting sebagaimana

pentingnya ilmu sains dan teknologi masa kini. Kalau ilmu sains dan teknologi bertindak sebagai

Page 22: Kelebihan Al

pelengkap kepada keperluan hidup manusia yang sentiasa berubah-ubah, ilmu maqasid al-

sharicah pula melalui standard maslahah dan mafsadahyang didukunginya secara terarah dan

berterusan akan melengkapkan lagi keperluan manusia kepada agama dan kehidupan mereka di

dunia.

Page 23: Kelebihan Al

RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Abdul Fattah as-Sayyid `Ajmi al-Mursifi (2001), Hidayah al-qari` ila

Tajwidi Kalam al-Bari, Madinah al-Munawwarah: Dar al-Fajr

al-Islamiyyah.

Abu Mardhiyah. 2004. Tajwid al-Quran ‘aashim ,riwayat hafsh

toriq al-syatibi. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Al-Jenderaki

Enterprise

Fahad bin abdul Rahman bin Sulaiman ar-Rumi Ustaz Dr.(1420H).

Buhuth fi usul at-tafsir wa manahijuhu. Riyadh: Maktabah

at-Taubah (cet.5)

Muhammad Abdul ‘Azim al-Zarqani. (2001). Manahil al-irfan fi ulum

al-quran. Beirut: Al-Maktabah Al-‘Asriyyah.