kelebihan

4
3.1 Kelebihan Penilaian Berasaskan Sekolah · Pentaksiran Rujukan Standard Pentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan kepada Penilaian Berasaskan Sekolah. Pentaksiran Rujukan Standard menggunakan Stardard Prestasi demi untuk menambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada. Melalui kaedah ini, guru dapat melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai sesuatu yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. · Murid-murid dinilai secara adil dan saksama Selain itu, kelebihan penilaian berasaskan sekolah ialah murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insane yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan Negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing- masing.

Upload: praba-rajamanickam

Post on 21-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

AZZZZ

TRANSCRIPT

Page 1: KELEBIHAN

3.1 Kelebihan Penilaian Berasaskan Sekolah

· Pentaksiran Rujukan Standard

Pentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan kepada Penilaian

Berasaskan Sekolah. Pentaksiran Rujukan Standard menggunakan Stardard Prestasi demi

untuk menambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada. Melalui kaedah ini, guru dapat

melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan

boleh buat atau telah menguasai sesuatu yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan

standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan

dalam dokumen kurikulum.

· Murid-murid dinilai secara adil dan saksama

Selain itu, kelebihan penilaian berasaskan sekolah ialah murid-murid dinilai secara adil dan

saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,

kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu

mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang

merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik

sebagai insane yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada

pembangunan Negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

· Mendidik guru berintegriti

Disamping itu juga, kelebihan penilaian berasaskan sekolah adalah mendidik guru berintegriti.

Merujuk kepada maksud integriti dalam Kamus Dwibahasa DBP, 1985, integrity ialah kejujuran,

ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Oleh itu, integrity adalah merujuk kepada prinsip moral

bagi seseorang individu. Guru sebagai penjawat awam perlulah melaksanakan amanah dan

kuasa yang dipertanggunjawabkan mengikut kepentingan profesionnya. Oleh hal demikian,

Page 2: KELEBIHAN

dengan melakukan tugas penilaian berasaskan sekolah ini terhadap murid-murid dengan penuh

ikhlas dan jujur maka terdidiklah sifat integrity seseorang guru tersebut. Penilaian berasaskan

sekolah ini memerlukan kejujuran, keutuhan mental dan fizikal, kesempurnaan dalam

melakukan tanggungjawab dan tulus adalah penting bagi melancarkan lagi proses tersebut.

Maka, tanggungjawab seseorang guru amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh

keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan

Negara kita.

· Mudah merujuk pencapaian murid

Seterusnya ialah mudah untuk merujuk pencapaian murid dalam sesebuah kelas mahupun

sekolah. Sistem penilaian berasaskan sekolah berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua

data-data tentang murid-murid akan disimpan rapi. Oleh itu, jika ingin membuat perbandingan

pencapaian yang lepas dengan yang terbaru guru hanya perlu membuka data-data tersebut

dan sudah mendapat maklumatnya. Dengan ini, terlalu mudah untuk guru membuat laporan

dan tidak perlu membelek-belek dan mencari fail yang tersimpan data-data murid-murid. Selain

itu, guru juga dapat mengetahui dengan cepat pelajar yang cemerlang dan lemah. Dari situ,

guru-guru berkenaan dapat memperbaiki prestasi murid yang lemah kearah cemerlang dan

meningkat dalam pencapaian pembelajaran mereka.

· Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaran

Kelebihan penilaian berasaskan sekolah juga adalah dapat menunjukkan pertumbuhan murid

dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Melalui proses penilaian berasaskan sekolah

ini, akan berlaku pertumbuhan dan perkembangan terhadap murid-murid. Pertumbuhan

menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihal atau proses tumbuh (tentang manusia,

tumbuh-tumbuhan dan binatang), tumbesaran. Oleh itu boleh dirumuskan pertumbuhan ialah

merujuk kepada perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti

atau mengalami sedikit peruhan pada tahap kematangan. Manakala, perkembangan pula

mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihgal atau proses berkembang menjadi maju

atau tersebar dan membiak. Daripada maksud ini, boleh dirumuskan perkembangan adalah

proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif. Ianya

berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran. Oleh itu, murid-murid

Page 3: KELEBIHAN

akan bertambah pengetahuan am dan semakin bijak menilai sesuatu. Hal ini kerana guru lebih

banyak mendedahkan murid-murid dengan soalan-soalan yang menguji minda mereka.

Sekiranya mereka tidak tahu sesuatu maksud mereka akna berusaha untuk menerokai ataupun

menanyakan guru. Oleh itu, perkembangan dan pertumbuhan murid-murid semakin cemerlang.