40 hadith kelebihan al-quran dan tilawah

Upload: froozenice

Post on 02-Mar-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    1/22

    40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah1

    40 Hadith

    Kelebihan al-Quran

    dan Tilawah

    Karya:

    Syeikh Yusuf bin Ismail al-Nabhani

    -Rahimahullah-

    (wafat 1350 H)

    Terjemahan & Huraian:

    Ustaz Mohd Juzaili bin Juhan al-Azhari

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    2/22

    2

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    3/22

    40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah3

    Syeikh Yusuf bin Ismail al-Nabhani

    Beliau adalah seorang

    qadi, faqih, sufi, penyair,

    sasterawan dan orang

    yang banyak memuji

    Rasulullah di dalam

    penulisan karya-

    karyanya.

    Gelarannya ialah Abu al-

    Mahasin dan nama beliau Yusuf bin Ismail bin Yusuf bin

    Ismail bin Hasan bin Muhammad bin Nasir al-Din al-Nabhani.

    Al-Nabhani ialah nisbah kepada bani Nabhan, kabilah Arab

    perkampungan di Palestin. Beliau dilahirkan pada tahun

    1266H di Ijzim yang terletak di Haifa, Palestin.

    Beliau telah mempelajari al-Quran daripada ayahnya yang

    juga seorang Hafiz yang mahir. Ayah beliau mengkhatamkan

    al-Quran dalam masa 3 hari.

    Beliau merantau ke Mesir dan belajar di al-Azhar pada tahun1283H-1289H dan telah mendapat ijazah daripada guru-guru

    beliau.

    Antara guru-guru beliau ialah Muhammad bin al-Damanhuri

    (wafat 1288H), Ibrahim bin Ali al -Saqa al-Misri (wafat

    1298H), Mahmud bin Muhammad bin Hamzah al-Dimashqi

    (wafat 1305H), Muhammad bin Muhammad bin Husain al-

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    4/22

    4

    Anbabi al-Misri (1313H), Abd al-Hadi bin Ridhwan al-Abyari

    Naja al-Misri (wafat 1305H), Ibrahim al-Zaru al-Khalili al-Misri

    (wafat 1312H) dan ramai lagi.

    Beliau telah berpindah ke Astanah dan bertugas menulis dan

    menyemak akhbar al-Jawaib. Kemudian berpindah ke Sham

    dan menziarahi Bir al-Turk, Mosul, Halab, Diyar Bakr,

    Shahzur, Baghdad, Samira, Bait al-Maqdis dan Hijaz.

    Beliau kemudian menetap di Beirut menjawat jawatan Ketua

    di Mahkamah Perundangan pada tahun 1305H-1325H. Beliau

    mnengerjakan haji pada 1310H kemudian bermusafir ke

    Madinah dan tinggal di sana.

    Setelah perang dunia pertama, beliau telah pulang ke Beirut

    dan wafat di sana pada tahun 1350H dan dikebumikan di al-

    Bashurah.

    Beliau banyak menghasilkan penulisan dalam bidang hadith

    dan sirah nabawiyyah. Antara karya-karya ialah :

    1. Ithaf al-Muslim bi Ahadith al-Targhib wa al-Tarhib min

    al-Bukhari wa Muslim.

    2. Ikhtisar Riyad al-Salihin.

    3.

    Al-Arbain Arba;in Min Ahadith Sayyid al-Mursalin.

    4.

    Afdhal al-Salawat ala Sayyid al-Sadat.

    5.

    Al-Anwar al-Muhammadiyyah min al-Mawahib al-

    Ladunniyyah.

    6.

    Wasail al-Wusul ila Shamail al-Rasul.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    5/22

    40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah5

    Pengenalan Kitab

    Kitab ini adalah merupakan petikan daripada himpunan

    risalah di dalam Kitab al-Arbain Arbain Min Ahadith Sayyid

    al-Mursalinkarya al-Shaykh Yusuf bin Ismail al-Nabhani.

    Karya tersebut menghimpunkan 40 buah kitab yang

    merangkumi 40 buah hadith bagi setiap kitab.

    Antara perbahasan hadith yang dimuatkan dalam karya

    tersebut ialah tentang kesempurnaan ketuhanan,

    kesempurnaan dan kemuliaan Rasulullah, ahli keluarga

    baginda, keistimewaan Islam dari segi kelebihannya,

    hikmahnya dan hukum-hukumnya.

    Hadith-hadith yang dimuatkan adalah berstatus Sahih dan

    Hasan atau hampir dengannya serta disebutkan sumber

    riwayat daripada Imam-Imam hadith.

    Kitab ini berada pada Fasal ketiga dalam karya tersebut

    dengan diletakkan tajukArbaun Hadithan Fi Fadhl al-Quran

    wa Tilawatihi.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    6/22

    6

    Pendahuluan

    )

    (

    :

    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawatdan Salam ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad,

    ketua sekalian Rasul seterusnya kepada ahli keluarga

    baginda, serta para sahabat.

    Maka (karya) ini (menghimpunkan) 40 hadith tentang

    kelebihan al-Quran al-Karim dan membacanya.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    7/22

    40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah7

    Faedah:

    1.

    Sunat memulakan sesuatu perkara dengan

    mengucapkan lafaz basmalah.

    2. Sunat memulakan ucapan dan doa dengan puji-

    pujian kepada Allah seterusnya diikuti dengan

    selawat dan salam ke atas nabi.

    3. Para ulamak berlumba-lumba dalam menulis dan

    membukukan hadith-hadith nabi dalam risalah

    yang menghimpunkan 40 hadith.

    4. Antara karya-karya tersebut ialah :

    Al-Arbaunoleh Al-Imam Abu Qasim Abd al-Karim

    bin Hawazin al-ShafiI al-Qushairi (wafat 456H).

    Arbaun Hadithan oleh al-Imam Abu Muhammad

    al-Husain bin Mas;ud al-Farra al-Baghawi (wafat

    516H).

    Al-Arbaun al-Nawawiyyaholeh al-Imam Yahya bin

    Sharaf al-Nawawi (wafat 676H).

    Al-Arbaun al-Ilahiyyaholeh al-Imam Khalil bin al-

    Amir Kikaladi al-ShafiI (wafat 761H)

    Al-Arbaun al-Muhadzabah fi al-Ahadith al-

    Mulaqabaholeh al-Hafizh Ahmad bin Ali bin Hajar

    al-Asqalani (wafat 852H).

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    8/22

    8

    Al-Arbaun al-Mutabayinah oleh al-Imam

    Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakr al-Suyuti(wafat 911H).

    Arbaun Hadithan fi Fadhail al-Quranoleh al-Imam

    Mula Ali al-Qari (wafat 1014H).

    Al-Arbaun al-Ijluniyyah oleh al-Imam Ismail bin

    Muhammad bin Abd al-Hadi al-Ijluni

    Arbaun Hadithan fi Fadhail al-Haj wa Umraholehal-Sayyid Siddiq Hasan Khan al-Qannuji (wafat

    1307H).

    Al-Arbain Arbain min Ahadith Sayyid al-Mursalin

    oleh al-Shaykh Yusuf bin Ismail al-Nabhani (wafat

    1350H).

    Istijlab Shafaah al-Rasul min JamI Arbain

    Hadithan min Kalamihi al-Azb al-Maqbuloleh al-

    Shaykh Abd al-Hayy al-Kattani (wafat 1382H).

    Al-Arbaun al-Ghumariyyaholeh guru kepada guru

    kami al-Sayyid Abdullah bin Muhammad bin al-

    Siddiq al-Ghumari (wafat 1413H).

    5.

    Kesungguhan yang ditunjukkan oleh para ulamak

    adalah kerana cita-cita dan kerinduan kepada

    shafaat Nabi .

    6. Disamping beramal dengan hadith-hadith Nabi :

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    9/22

    40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah9

    Ertinya: Hendaklah yang hadir (mengetahui akan

    hadith-hadith Nabi) menyampaikannya kepada yang

    ghaib (tidak mengetahuinya).1

    Ertinya: Semoga Allah memperindahkan seseorang

    yang mendengar ucapanku kemudian dia menjaganya

    lalu menyampaikannya kepada orang lain sebagaimana

    mendengarnya.2

    7. Allah Maha Berkuasa untuk memberi kelebihan

    kepada sesuatu berbanding dengan yang lain.

    8.

    Al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah yang

    diturunkan kepada Nabi Muhammad, mempunyai

    mukjizat pada lafaz dan maknanya, membacanya

    dikira sebagai ibadah dan dipindahkan kepada kita

    secara mutawatit serta tertulis di dalam mushaf.

    1Muttafaqun alaih. Dikeluarkan oleh al -Imam al -Bukhari, hadith

    no. 105 dan Imam Musl im, hadith no. 1679.2Dikeluarkan oleh al -Imam al -Tirmidzi dan mengatakan : Hadith ini

    adalah Hasan Sahih.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    10/22

    10

    Firman Allah :

    Maksudnya : Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk

    ke jalan Yang amat betul (ugama Islam).

    Surah al-Isra: 9

    9. Al-Karim adalah sifat bagi al-Quran bermaksud

    mulia. Firman Allah :

    Maksudnya: Bahawa Sesungguhnya (yang dibacakan kepada

    kamu) itu ialah Al-Quran Yang mulia, (yang sentiasa memberi

    ajaran dan pimpinan).

    Surah al-Waqiah : 77

    10.Tilawah bermaksud membaca dan kebiasaannya

    dikaitkan khusus dengan al-Quran berbanding

    Qiraah ) yang membawa makna membaca )

    yang lebih umum.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    11/22

    40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah11

    Hadith 1: Orang yang paling baik

    :

    :

    Ertinya: Daripada (Saydina) Uthman -Radhiyallahu Anhu-

    , daripada Nabi -Sallallahu Alaihi Wasallam- bersabda :

    Orang yang paling baik dika langan kalian adalah orang

    yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.

    Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    12/22

    12

    Hadith 2: Ganjaran Orang yang Membaca

    al-Quran

    :

    :

    .

    Ertinya: Daripada Aishah -Radhiyallahu Anha- berkata

    Rasulullah -Sallallahu Alaihi Wasallam- bersabda:

    Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan mahir

    dengannya akan bersama-sama malaikat al-Safarah

    (penulis) yang mulia lagi patuh perintah Allah.

    Manakala orang yang membaca al-Quran dalamkeadaan gagap dan berat lidahnya maka baginya

    mendapat dua pahala.

    Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    13/22

    40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah13

    Hadith 3: Perumpaan Antara Orang

    Mukmin dan Munafiq

    :

    :

    .

    .

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    14/22

    14

    Ertinya: Daripada Abu Musa al-Ash'ari -Radhiyallahu Anhu-

    berkata; Rasulullah -Sallallahu 'Alaihi Wasallam- bersabda:

    "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Quran

    adalah seperti buah Utrujah, baunya harum dan rasanya juga

    enak. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak

    membaca Al Quran adalah seperti buah kurma, baunya tidak

    semerbak, namun rasanya manis. Sedangkan perumpamaan

    orang munafik yang membaca Al Quran adalah laksana buah

    Raihanah yang baunya harum namun rasanya pahit. Dan

    perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran

    adalah seperti buah Hanzhalah, baunya tidak wangi dan

    rasanya juga pahit.

    Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    15/22

    40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah15

    Hadith 4: Golongan yang Dimuliakan Allah

    :

    .

    Ertinya: Daripada Saydina Umar bin al-Khattab

    Radhiyallahu Anhu- bahawa Nabi Sallallahu Alaihi

    Wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah akan

    memuliakan suatu kaum dengan kitab ini (Al-Quran) dan

    menghinakan yang lain.

    Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    16/22

    16

    Hadith 5: Al-Quran sebagai Shafaat

    :

    :

    .

    Ertinya: Daripada Abi Umamah al-Bahili Radhiyallahu

    Anhu- berkata, aku mendengar Rasulullah Sallallahu

    Alaihi Wasallam- bersabda: Bacalah al-Quran,

    Sesungguhnya al-Quran akan datang memberi shafaat

    pada hari kiamat kepada pembacanya.

    Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    17/22

    40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah17

    Hadith 6: Hasad yang dibenarkan

    :

    .

    Ertinya: Daripada Ibn Umar Radhiyallahu Anhuma-

    daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam- bersabda:Tidak boleh dengki kecuali pada dua hal. (Pertama)

    kepada seorang yang telah diberi Allah (hafalan) Al

    Qur`an, sehingga ia membacanya siang dan malam.

    (Kedua) kepada seorang yang dikaruniakan Allah harta

    kekayaan, lalu dibelanjakannya harta itu siang dan

    malam (di jalan Allah).Diriwayatkan oleh al-Imam al-

    Bukhari dan Muslim.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    18/22

    18

    Hadith 7: Pahala setiap huruf yang dibaca

    :

    :

    . :

    Ertinya: Daripada Abdullah bin Masud Radhiyallahu

    Anhuma- berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi

    Wasallam- bersabda: Barangsiapa membaca satu

    huruf dari Kitabullah (Al-Quran), maka baginya satu

    pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat

    gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakanALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu

    huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf.

    Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan beliau

    berkata: Hadith ini Hasan Sahih.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    19/22

    40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah19

    Hadith 8: Kelebihan Kalam Allah

    ::

    :

    Ertinya: Daripada Abu Said al-Khudri Radhiyallahu

    Anhu- daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam-

    bersabda: Firman Allah : Barangsiapa disibukkan oleh

    Al Quran dan berzikir kepadaku untuk memohon

    kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya

    sesuatu yang terbaik dari yang Aku berikan kepadaorang-orang yang memohon, dan kelebihan

    kalamullah (Al Quran) dari seluruh kalam adalah

    seperti kelebihan Allah dari seluruh makhlukNya.

    Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan beliau

    berkata; Hadith ini hasan.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    20/22

    20

    Hadith 9: Perumpaan Orang yang tiada al-

    Quran di dalam Hatinya

    :

    :

    .

    :

    Ertinya: Daripada Ibn Abbas Radhiyallahu Anhuma-

    berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam

    bersabda: Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya

    tidak ada sedikit pun al-Qur'an ibarat rumah yang

    runtuh.

    Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmidzi, beliau berkata:

    Hadith ini Hasan Sahih.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    21/22

    40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah21

    Hadith 10: Kedudukan Orang yang

    Membaca al-Quran

    :

    .

    :

    Ertinya: Daripada Abdullah bin Amru bin al-As -

    Radhiyallahu Anhuma- daripada Nabi Sallallahu

    Alaihi Wasallam- bersabda: Akan dikatakan kepada

    ahli Quran; bacalah dan naiklah serta bacalah dengan

    tartil sebagaimana engkau membacanya dengan

    tartil sewaktu di dunia kerana sesungguhnya

    kedudukanmu ada pada akhir ayat yang kau baca.

    Diriwayatkan oleh al-Imam Abu Dawud, al-NasaI,dan

    al-Tirmidzi dan berkata al-Tirmidzi : Hadith ini adalah

    Hasan Sahih.

  • 7/26/2019 40 Hadith Kelebihan al-Quran dan Tilawah

    22/22

    22