apakah kelebihan permainan tradisi

12
Apakah kelebihan permainan tradisi? Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain. Bagi permainan tradisi, penekanan terhadap asas pembentukkan diri adalah lebih utama. Walaupun begitu, pembelajaran asas pembentukkan diri tidak dapat diajar di sekolah kerana ianya lebih kepada ekspresi diri. Pembelajarannya adalah secara praktikal seperti: Memiliki semangat berpasukan (sayangkan keluarga, masyarakat) Sedia bertolak-ansur (menghapus perasaan hasad dengki) Berfikiran kreatif (mampu berdaya saing) Berani membuat keputusan (sifat usahawan berdaya maju) Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam) Akur kesalahan diri-sendiri (menghakis sikap suka menuding kesalahan kepada rakan yang lain) Keboleh-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran) Memiliki kemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang tepat) Sedia berkorban demi pasukan (memiliki semangat jati diri) Memiliki semangat kerjasama (menghakis perasaan bangga diri)

Upload: lina-abu-bakar

Post on 30-Dec-2015

186 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah Kelebihan Permainan Tradisi

Apakah kelebihan permainan tradisi?Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.

Bagi permainan tradisi, penekanan terhadap asas pembentukkan diri adalah lebih utama.

Walaupun begitu, pembelajaran asas pembentukkan diri tidak dapat diajar di sekolah kerana

ianya lebih kepada ekspresi diri. Pembelajarannya adalah secara praktikal seperti:

Memiliki semangat berpasukan (sayangkan keluarga, masyarakat) Sedia bertolak-ansur (menghapus perasaan hasad dengki) Berfikiran kreatif (mampu berdaya saing) Berani membuat keputusan (sifat usahawan berdaya maju) Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam) Akur kesalahan diri-sendiri (menghakis sikap suka menuding kesalahan kepada rakan yang lain) Keboleh-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran) Memiliki kemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang tepat) Sedia berkorban demi pasukan (memiliki semangat jati diri) Memiliki semangat kerjasama (menghakis perasaan bangga diri)

Page 2: Apakah Kelebihan Permainan Tradisi

Sepak Raga 

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini

dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa

sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang

Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat

daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga

lapis.Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan

tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum

menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu

mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu

jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu

lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau

berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau

Page 3: Apakah Kelebihan Permainan Tradisi

lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai

berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang

berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah

yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat 

yang teratas dinamakan buah tujuh.

Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong

membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada

variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong

juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Page 4: Apakah Kelebihan Permainan Tradisi

Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam

bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-

undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi

berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya

digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas

Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri

yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja"

dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan

pergerakan sesetengah buah catur.

Yoyo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan

oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang

kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.

Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas

Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk

aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan

dengan laju. Bunyi ini membolehkan  

Page 5: Apakah Kelebihan Permainan Tradisi

pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

Kho Kho'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain. Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

Page 6: Apakah Kelebihan Permainan Tradisi

Chaturanga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India pada abad

ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur

dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur

modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau

malah lebih. Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes

bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga. 

Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos

kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi

pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi

permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu. Ashtāpada, kotak 8 x 8 di

sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah

Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9. Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian

tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang

dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory

di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta

memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan. Kemudian terjadi

evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah

permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan

terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan

kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.

Congkak

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman

Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama

pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai

berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai.

Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National

Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000

hingga 7000 SM di masa kini Jordan.  Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah

papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya

dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu

Page 7: Apakah Kelebihan Permainan Tradisi

kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan

congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung

papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80

cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau

dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya,

mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.                                                                                      

Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak

dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di

dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di

kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di

kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu

mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran

meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri,

pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana

kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu

mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat

pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung

yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada

pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Kabadi 

Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat

terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah

permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan

Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga

kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu

permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan

adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi

pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit

setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang

kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain

pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan

meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan

tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan

meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya

sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan

Page 8: Apakah Kelebihan Permainan Tradisi

meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah

tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang

terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona,

manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata

tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri

daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.

Gasing

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis

gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing

berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih

gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Wau Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-

penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk

dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau

kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat

digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan

wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. 

Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil 

Page 9: Apakah Kelebihan Permainan Tradisi

kraftangan dan hiasan dinding

Guli

Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik. Ia

biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain,

contohnyacongkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya

dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak

melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat         

bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk                                                                                  

permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari

kaki.

Teng Teng

Page 10: Apakah Kelebihan Permainan Tradisi

Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

KesimpulanKemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan.

Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi

semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya

ada dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan tradisional tersebut

seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi

dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan

badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain

itu, Negara dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu

diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi

kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara

tersebut mereka hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini

sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan

meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara dan

pertahankan warisan nenek moyang….