kelebihan sunnah rasulullah s.a.w

25

Upload: tazkirah-ptar

Post on 27-May-2015

5.117 views

Category:

Spiritual


5 download

DESCRIPTION

Tazkirah @PTAR Februari 2013 Ustazah Fatimah Salleh 12 Oktober 2012

TRANSCRIPT

  • 1. KELEBIHANSUNNAHRASULULLAH SAW JANUARI 2013

2. Allah SWT memuji semua perbuatan Nabi SAW danmenamakannya sebagai teladan yang baik, dalamfirman-Nya yang bermaksud :Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yangmengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikanpada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah(Surah al-Ahzaab, ayat 21).Ini menunjukkan bahawa orang yang meneladanisunnah Rasulullah SAW berarti dia telah menempuhjalan yang lurus yang akan membawanyamendapatkan kemuliaan dan rahmat Allah SWT. 3. Orang yang dalam hidupnya mengamalkansunnah-sunnah Rasulullah SAW sejak ia banguntidur sampai tidur kembali, maka orang tersebutakan mendapatkan 4 keuntungan di dunia dan 4keuntungan akhirat.4 keuntungan di dunia : 1. Dia disayangi orang di dunia 2. Dia ditakuti musuh / syaitan 3. Hidup akan diberkati 4. Agama tidak akan tercemar. 4. Keuntungan di Akhirat : 1. Dikubur kita mengenal wajah Rasulullah SAW 2. Rasulullah SAW memberi syafaat pada orang yangselalu hidupkan sunnah3. Rasulullah SAW mengenal kita di padang mahsyar 4. Berjiran dengan Rasulullah SAWKelebihan Sunnah : 1. Dalam sunnah ada kejayaan 2. Mempunyai daya kekuatan luar biasa 3. Dapat sifat ikram 4. Sunnah perbuatan kita telah mentauhidkan Allah SWT 5. Mempunyai nur ( memberi hidayah pada orang lain ) 5. Dari Amr bin Auf bin Zaid al-Muzani ra, RasulullahSAW bersabda, Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah darisunnah-sunnahku, kemudian diamalkan olehmanusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengantidak mengurangi pahala mereka sedikit pun" 6. Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata, Orang muslim yang paling utama adalahorang yang menghidupkan sunnah-sunnahRasulullah SAW yang telah ditinggalkan (manusia), maka bersabarlah wahai parapencinta sunnah (Rasulullah SAW), keranasesungguhnya kalian adalah orang yangpaling sedikit jumlahnya (di kalangan manusia) 7. Muhammad bih Shaleh al-Utsaimin Syaikh rahimahullah berkata,Sesungguhnya sunnah Rasulullah SAW jika semakin dilupakan, maka (keutamaan)mengamalkannya pun semakin kuat (besar),kerana (orang yang mengamalkannya) akanmendapatkan keutamaan mengamalkan(sunnah itu sendiri) dan (keutamaan)menyebarkan (menghidupkan) sunnah dikalangan manusia 8. Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAWtelah berkata kepadaku:Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkankelakuan itu! Kemudian Baginda menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalamsyurga! (HR Tarmidzi) 9. Dari Ibnu Abbas ra. bahawa Nabi SAW berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengansunnahku, ketika merata kerosakan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (HR Al-Baihaqi) 10. Syeikh Qadir Al-Jailani solat 1000 rakaat padawaktu malam. Ini kerana dia suka melakukannyadan telah menemui rahsia solat dan dengan itutidak merasa bosan dengan ibadah itu. Imam Ali Zainal Abidin yang bangun solat 1000rakaat setiap malam. Seorang ulama besar di Hadramaut, bernama Al-Habib Hasan bin Soleh Al-Bahra, membaca 90ribu kali surah Al-Ikhlas sehari. 11. SyeikhNuruddin, guru kepada Imam Asy- sharoni menceritakan bahawa beliau berselawat 500 ribu kali pada setiap malam. Kenapa dia boleh melakukannya? Kerana dia sukakan kepada selawat itu. Imam Abu Hanifah membaca dan mengkhatam Quran dalam masa 2 rakaat tanpa rasa bosan, ataupun mengeluh. 12. Rahmat tersembunyi yang diberi Allah SWT akan dapat dirasai melalui: 1. Berusaha dan berupaya memperbaharui taubat kita sepanjang masa. 2. Berazam menghidupkan sunnah Nabi SAW selagi hidup 13. Seseorang itu perlu memulakan dengan diri dan keluargadahulu, sehingga rumahnya tersinar dengan sunnahNabi khususnya sunnah lazim yang Nabi buat setiaphari, contohnya: Ketika masuk rumah, Nabi SAW melangkah masukdengan kaki kanan dahulu mengucapkan salam kepada ahli keluarganya dan membaca surah Al-Ikhlas sebelum masuk. 14. Kata ulama : Jika seseorang manusia itu tidak diberikannya selain daripada 3 nikmat ini, maka itu sudah mencukupi untuk dia mengecap kebahagian hidup di dunia dan untuk dia mengecap kebahagian yang kekal di akhirat. Tiga nikmat yang dimaksudkan itu adalah nikmat Iman, Islam dan juga nikmat menjadi umat Nabi Muhammad SAW. 15. Kata Nabi Allah Adam AS berkata; Beberapa kemulian umat Muhammadyang tidak diberikan kepada umat aku antaranya;1) Aku diberikan taubat di Makkah, sedangkan umat Muhammad tidak kira dimana-mana saja tempat yang mereka rasakan mereka mahu bertaubat.2) Ketika aku melakukan maksiat maka Allah menelanjangkan aku, sedangaku dalam keadaan berpakaian. Namun umat Muhammad melakukanmaksiat dalam keadaan bertelanjang sekalipun, Allah masih memberikanpakaian kepada mereka.3) Nabi Muhammad telah meminta doa mustajabnya ke atas umat disimpanuntuk akhirat sebagai syafaat. Sedang nabi-nabi terdahulu telahmenggunakannya, dan sebahagiannya dipohon untuk membinasakan umatmereka yang terdahulu. 16. Terdapat tujuh amalan Nabi s.a.w. yang tidak pernah ditinggalkanbaginda sebagai sunnah dan amalan seharian iaitu :Pertama : Melaksanakan solat berjemaah di masjid.Abdullah bin Umar r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud, "Solat dengan berjemaah adalah duapuluh tujuh kali baik mutunya daripada solat bersendirian."Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Barangsiapa yang pergi kemasjid untuk berjemaah, maka satu langkah menghapuskankesalahan (dosa) dan yang satu langkah lainnya dituliskan kebaikan.Hal itu berlangsung pada saat berangkat mahupun pulang."(HRAhmad dan Ibnu Hibban) 17. Kedua : Mengerjakan solat tahajjud.Bilal r.a. berkata Rasulullah SAW. bersabda yangbermaksud, Hendaklah kamu qiamullail (solat malam), keranasesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang solehsebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dariperbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan-kejahatan danmengusir penyakit dari badan.( HR Ahmad, Tirmizi, Hakim danBaihaqi.)Sungguh Nabi SAW solat malam hingga kedua tapak kakinyamerekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi SAW.:Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allahtelah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akandatang. Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hambayang sangat bersyukur? (HR Imam al-Bukhari) 18. Ketiga : Membaca al-Quran.Pembaca al-Quran akan mendapat kemuliaan dihari akhirat nanti.1.Mereka adalah keluarga Allah SWTDaripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah itumempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia."Kemudian Anas berkata lagi,"Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yangmembaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluargaAllah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah".2.Ditempatkan di Syurga yang paling tinggi.3. Ahli al-Quran adalah orang yang arif di Syurga.Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda;"Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni Syurga". 19. 4. Dapat memberi syafaat kepada ahli keluarga.Daripada Ali Bin Abi Talib ia berkata, "Barangsiapa membaca Al Quran danmenghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga dan memberikannyahak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk Neraka."5.Memakai mahkota kehormatan.Daripada Abu Hurairah ra.daripada Nabi SAW baginda bersabda maksudnya :" Orang yanghafal Al Quran, pada hari kiamat nanti akan didatangi oleh Al Quran akan berkata; "WahaiTuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebutdiberikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi : "Wahai Tuhan tambahlahpakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkatalagi, "Wahai Tuhan, redhailah dia." Maka kepadanya dikatakan; "Bacalah dan naiklah."Danuntuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan."6. Al-Quran merupakan bekalan terbaik.Daripada Jabir bin Nufair, katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya :"Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatuyang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran. 20. Keempat: Solat Dhuha.Dari Abu Dzar r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yangbermaksud : "Setiap persendian (ruas) tulang salah seorang di antara kamuada sedekahnya.Setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid sedekah, setiaptahlil sedekah, setiap takbir sedekah, perintah yang baik itu sedekah,mencegah kemungkaran itu juga sedekah. Dan kesemuanya itu cukupdengan melakukan dua rakaat solat dhuha. (Hadis Riwayat Muslim)Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : "Kekasihku (Rasulullah SAW) telahmemberi wasiat kepadaku untuk mengerjakan shaum (puasa) tiga harisetiap bulan, solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum saya tidur".Sabda Nabi SAW yang bermaksud,"Barangsiapa yang keluar dari rumahnyadalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya sepertipahala haji. Barangsiapa yang keluar untuk solat Dhuha dan tidak keluarmelainkan hanya untuk itu, pahalanya seperti pahala umrah. (HadisRiwayat Abu Daud). 21. Kelima : Memberi sedekah.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Sungguh sedekah itu akanmemadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yangburuk (suul khatimah).(HR al-Tirmuzi)Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kamiberikan kepada kamu sebelum seorang dari kamu sampai ajal mautkepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengankatanya : Wahai Tuhanku!Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkankedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya akudapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang soleh. (Surah al-Munafiqun ayat 10) 22. Keenam : Beristighfar dan berzikir.Sabda Nabi SAW yang bermaksud :"Sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya sebanyak tujuhpuluh kali dalam sehari semalam."Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginyajalan keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahanserta Allah memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka."Berzikir dapat melepaskan diri dari bahaya. Firman Allah SWT maksudnya : Maka Yunus ditelanoleh ikan yang besar. Maka kalau sekiranya,dia tidak termasuk orang-orang banyak mengingatAllah,nescaya ia akan tetap tinggal dalam perut ikan itu hingga hari berbangkit. (Surah AsShafaat ayat 142)Berzikir memperoleh pahala yang tinggi. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : Dua kalimahyang tercinta kepada Tuhan Yang pemurah, ringan diucapkan pada lidah,berat dalam timbanganiaitu: Subhanallahi Wabihamdihi, Subhanallahil Aziim. (HR Bukhari dan Muslim) 23. Ketujuh : Sentiasa berwudhu.Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW, bahawasanya baginda bersabdayang bermaksud :"Tidaklah salah seorang di antara kamu berwudhu, maka ia sempurnakanwudhunya kemudian berkata, Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan kecualiAllah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawaMuhammad adalah hamba dan utusan-Nya, kecuali dibukakan baginyalapan pintu Syurga, ia boleh masuk dari mana sahaja yang dikehendakinya."(Hadis Riwayat Muslim )Dari Abu Hurairah r.a. yang berkata, bahawa ia mendengar Rasulullah SAWbersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya umatku akan dipanggil padahari kiamat dalam keadaan bersinar putih wajah dan anggota wudhunyadari bekas-bekas wudhu. Barangsiapa di antara kamu ingin memanjanglansinarnya, maka lakukanlah. (Muttafaq Alaih)