kelebihan al-quran kepada manusia

5
Kelebihan Al-Quran Kepada Manusia PQE 3101 [UST AZHARUDIN] KUMPULAN 1: FAID MOHD HARUZI NURRAILI AKHMAL TAJUK 1

Upload: noor-hazwani-mansor

Post on 24-Apr-2015

58 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

nota pqe pismp

TRANSCRIPT

Page 1: Kelebihan Al-Quran Kepada Manusia

Kelebihan Al-Quran Kepada Manusia

PQE 3101 [UST AZHARUDIN]KUMPULAN 1: FAID

MOHD HARUZINURRAILI AKHMAL

TAJUK 1

Page 2: Kelebihan Al-Quran Kepada Manusia

Definisi Al-Quran

Dari segi bahasa:

-Qara’a :mengumpulkan dan menghimpun.-Qiraah :menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi.-Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar (infinitif) dari kata qara’a, qiraatan, quranan.

Dari segi istilah:-Pendapat yang paling kuat adalah yang wujudnya dalam fikiran atau dalam realiti, misalnya kita menunjuk sebagai Quran kepada yang tertulis dalam mushaf atau terbaca dengan lisan, “Al-Quran adalah bismillaahir rahmaanir rahiim, alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin …” sehingga “…minal jinnati wannaas.”

Page 3: Kelebihan Al-Quran Kepada Manusia

Kelebihan Al-Quran Kepada Manusia• Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir diturunkan kepada

Nabi Muhammad s.a.w merupakan kelebihannya seperti mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

• Di dalamnya ada dipaparkan contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

• menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Page 4: Kelebihan Al-Quran Kepada Manusia

• Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

• Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan. Tujuannya menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T

• Firman Allah SWT“Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa” (Surah Al-Baqarah: 2)

Page 5: Kelebihan Al-Quran Kepada Manusia

• Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

• Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

• Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

• Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:Daripada Ibnu Umar r.a berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”