kecuaian guru di sekolah; satu kajian...

13
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 1070 KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT KECUAIAN DI MALAYSIA MOHD FAROK BIN MAT NOR 1 [email protected] ABSTRAK Tanggungjawab guru-guru di sekolah bukan lagi setakat mengajar murid-murid untuk membaca dan mengira. Tahap pengetahuan rakyat Malaysia semakin maju, selaras dengan zaman perkembangan teknologi terkini dan kayu ukur tanggungjawab guru-guru ini turut berubah. Saban hari, kes-kes saman sivil yang melibatkan murid dan guru-guru yang dikatakan melakukan kecuaian di sekolah meningkat. Kertas kerja ini akan membincangkan kes-kes kecuaian guru-guru di sekolah menurut undang-undang Tort di Malaysia. Kajian ini turut melibatkan metode penyelidikan perpustakaan di mana perbandingan kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah-mahkamah di seluruh Malaysia. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu para pendidik di seluruh Malaysia agar berhati- hati dan sedar akan tanggunggjawab mereka sebagai pendidik semakin mencabar pada masa zaman generasi Y ini. Dan juga, adalah diharapkan kajian ini menjadi rujukan oleh seluruh bakal-bakal insan yang akan bergelar pendidik. Kata Kunci: Kecuaian, guru-guru, Tort, saman, mahkamah Pengenalan Pada masa kini, semua orang senang untuk mendapatkan maklumat di hujung jari masing- masing. Hampir ke semua orang memiliki telefon pintar yang sentiasa menjadi aksesori penting dalam kehidupan masa kini. Dengan pesatnya tersebar maklumat, orang ramai menjadi semakin bijak dan berani dalam menyuarakan hak masing-masing. Secara positifnya, masyarakat kita di Malaysia menjadi semakin maju dan terpelajar. Maklumat yang sahih mahupun yang autaakan tersebar meluas tanpa sebarang sekatan dalam beberapa ketika sahaja. Dari sudut kurang enaknya pula, oleh sebab kecanggihan alatan komunikasi dan kebijaksaan intelek dalam masyarakat, seseorang pendidik yang turut digelar sebagai guru sering disaman oleh anak-anak murid masing-masing kerana dikatakan melakukan kecuaian di sekolah. Maka, kes-kes saman sivil oleh nak-nak murid terhadap guru turut meningkat dari semasa ke semasa. 1 Pensyarah di Jabatan Undang-Undang, Fakulti Pengajian Peradaban Islam (dahulunya dikenali sebagai Akademi Islam), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 1089

Upload: trannguyet

Post on 06-Feb-2018

285 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1070

KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG

TORT KECUAIAN DI MALAYSIA

MOHD FAROK BIN MAT NOR1

[email protected]

ABSTRAK

Tanggungjawab guru-guru di sekolah bukan lagi setakat mengajar murid-murid untuk membaca dan mengira.

Tahap pengetahuan rakyat Malaysia semakin maju, selaras dengan zaman perkembangan teknologi terkini dan

kayu ukur tanggungjawab guru-guru ini turut berubah. Saban hari, kes-kes saman sivil yang melibatkan murid dan

guru-guru yang dikatakan melakukan kecuaian di sekolah meningkat. Kertas kerja ini akan membincangkan kes-kes

kecuaian guru-guru di sekolah menurut undang-undang Tort di Malaysia. Kajian ini turut melibatkan metode

penyelidikan perpustakaan di mana perbandingan kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah-mahkamah di

seluruh Malaysia. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu para pendidik di seluruh Malaysia agar berhati-

hati dan sedar akan tanggunggjawab mereka sebagai pendidik semakin mencabar pada masa zaman generasi Y ini.

Dan juga, adalah diharapkan kajian ini menjadi rujukan oleh seluruh bakal-bakal insan yang akan bergelar

pendidik.

Kata Kunci: Kecuaian, guru-guru, Tort, saman, mahkamah

Pengenalan

Pada masa kini, semua orang senang untuk mendapatkan maklumat di hujung jari masing-

masing. Hampir ke semua orang memiliki telefon pintar yang sentiasa menjadi aksesori penting

dalam kehidupan masa kini. Dengan pesatnya tersebar maklumat, orang ramai menjadi semakin

bijak dan berani dalam menyuarakan hak masing-masing. Secara positifnya, masyarakat kita di

Malaysia menjadi semakin maju dan terpelajar. Maklumat yang sahih mahupun yang ‘auta’ akan

tersebar meluas tanpa sebarang sekatan dalam beberapa ketika sahaja. Dari sudut kurang

enaknya pula, oleh sebab kecanggihan alatan komunikasi dan kebijaksaan intelek dalam

masyarakat, seseorang pendidik yang turut digelar sebagai guru sering disaman oleh anak-anak

murid masing-masing kerana dikatakan melakukan kecuaian di sekolah. Maka, kes-kes saman

sivil oleh nak-nak murid terhadap guru turut meningkat dari semasa ke semasa.

1 Pensyarah di Jabatan Undang-Undang, Fakulti Pengajian Peradaban Islam (dahulunya dikenali sebagai

Akademi Islam), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

1089

Page 2: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

2070

Elemen-elemen kecuaian

Menurut undang-undang tort kecuaian, sebelum pihak Plaintif (sebagai contoh, seseorang murid)

untuk berjaya dalam tuntutan saman terhadap pihak Defendan (sebagai contoh, seseorang guru),

pihak Plaintif hendaklah membuktikan tiga elemen utama, iaitu: tugas berhati-hati yang wujud di

antara pihak Defendan terhadap pihak Plaintif. Kedua, pihak defendan telah memecahkan atau

melanggari tugas berhati-hati tersebut, dan akhirnya, sebagai elemen terakhir, pihak Plaintif telah

mengalami kecederaan atau kerosakan, kesan perlanggaran tugas berhati-hati yang dilakukan

oleh pihak Defendan tadi.2 Jika pihak mahkamah berpuas hati dalam menurut beban pembuktian,

imbangan kebarangkalian, barulah pihak mahkamah akan memampas pihak Pliantif dengan

sejumlah pampasan yang sewajarnya.

Menurut undang-undang Tort juga, guru adalah diklasifikasikan sebagai orang yang

berkemahiran.3 Maksudnya di sini ialah, guru adalah seseorang yang mempunyai kemahiran

yang khusus atau kepakaran dalam sesuatu bidang yang diceburi. Kepakaran di sini membawa

maksud, guru ialah seseorang individu yang mempunyai kemahiran dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas di samping pencapaian akademik dalam bidang perguruan atau

pendidikan yang berkaitan.

Tugas guru semakin mencabar pada zaman yang dikenali sebagai zaman generasi Y ini. Tugas

guru bukan sahaja setakat mendidik anak bangsa dengan mengenal huruf, membaca dan mengira,

tetapi tugas guru turut dibebani dengan kerja-kerja sampingan yang lain. Ada juga guru

dikehendaki datang ke sekolah pada hari Sabtu untuk kegiatan ko-kurikulum. Belum lagi dikira

dengan ‘kerja lebihan masa’ pada waktu malam untuk kelas-kelas tambahan bagi para pelajar

yang menghadapi peperiksaan-periksaan penting seperti UPSR, PT3 dan juga

SPM/STPM/STAM. Guru-guru juga dikehendaki untuk hadir ke sekolah sewaktu cuti

persekolahan yang ada. Malahan, ketika kerajaan mengumumkan sekolah ditutup dengan

memberikan cuti peristiwa akibat jerebu, cuaca panas yang melampau, insiden histeria di sekolah

dan sebagainya, guru-guru turut dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa dan tidak mendapat

‘cuti khas’ seperti murid-murid mereka tadi.

2 Prinsip-Prinsip Asas Tort; Norchaya Talib (bersama Saw Tiong Guan); 2006; Thomson, Sweet & Maxwell, Petaling

Jaya, Selangor, Hlm. 10. 3 Prinsip-Prinsip Asas Tort; Norchaya Talib; 2015-Edisi Kedua; Sweet & Maxwell – Thomson Reuters, Petaling Jaya,

Selangor, Hlm. 22.

Page 3: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

3070

Guru sebagai loco parentis

Guru adalah penjaga yang sah di sisi undang-undang terhadap anak murid semasa menjaga anak

murid mereka di sekolah. Ini adalah kerana guru menggantikan peranan ibu bapa sewaktu anak-

anak mereka di sekolah. Menurut istilah undang-undang, keadaan ini dikenali sebagai loco

parentis.4

Dalam menunaikan tanggungjawab mereka sebagai loco parentis, guru juga mestilah sentiasa

berhati-hati dan mengambil langkah-langkah yang munasabah, jika sesuatu berlaku ke atas anak

murid mereka, terutamanya di dalam kelas/darjah. Sebarang langkah-langkah yang munasabah

menurut di sisi undang-undang amatlah penting bagi menentukan adakah seseorang guru itu

dikatakan telah cuai sewaktu menjalankan tugas hakikinya sebagai guru terutamanya sewaktu

sesi persekolahan berlangsung.

Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah di Malaysia, cuba kita

perhatikan situasi-situasi di mana kecuaian guru itu berlaku, berdasarkan beberapa keadaan

seperti yang berikut:

i) Di dalam kelas sewaktu guru mengajar;

Kerajaan Malaysia lwn. Jumat Bin Mahmud & Anor5

Kejadian ini bermula di Sekolah Dato Kiana Maamor, Jalan Range, Seremban, Negeri

Sembilan. Sewaktu Puan Kenny yang mengajar di dalam kelas Plaintif (berumur 11 tahun)

yang mengandungi seramai 40 orang anak murid (pada masa ini bilangan 40 orang nak murid

didalam sesebuah kelas adalah perkara biasa). Selepas Puan Kenny mengajar, beliau

mengarahkan para pelajarnya untuk membuat kerja di tempat duduk masing-masing. Insiden

kecuaian ini dikatakan bermula apabila seorang budak lelaki yang nakal, iaitu Azmi Bin

Manan telah bangun dari tempat duduknya dan tanpa disedari oleh Puan Kenny, telah

mencucuk pin yang tajam ke paha Plaintif. Akibat cucukan ini, dengan spontannya, Plaintif

telah berpusing ke belakang dan tertusuk mata kanannya dengan bahagian hujung pensel

yang tajam, yang turut dipegang oleh Azmi. Mahkamah turut menerima keterangan pihak-

4 Undang-undang Pendidikan Di Malaysia; Tie Fatt Hee, 2002, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Hlmn.

87. 5 [1977] 2 ML J 103

Page 4: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

4070

pihak yang bertikai bahawa kecederaan ini akibat mata Plaintif tertusuk di bahagian hujung

pensil yang dipenag oleh Azmi dan bukannya Azmi yang mencucuk ke dalam mata Plaintif.

Plaintif terpaksa dikejarkan ke hospital terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan

mata yang beliau alami. Plaintif telah kehilangan mata kanan kerana matanya terpaksa

dikeluarkan dan dibuang. Plaintif, melalui bapa beliau, menfailkan saman kepada Kerajaan

Malaysia dan menuntut ganti rugi akibat kecederaan yang Plaintif alami. (Sebagai

makluman, walaupun Puan Kenny yang dikatakan melakukan tort kecuaian, namun Plaintif

boleh juga menyaman pihak Kerajaan Malaysia. Konsep ini adalah di bawah satu tort yang

lain iaitu tort tanggungan beralih, di mana majikan turut bertanggungan sama jika tort yang

dilakukan oleh para pekerjanya. Di sini, Puan Kenny adalah pekerja kepada Kerajaan

Malaysia, melalui Kementerian Pendidikan/Pelajaran Malaysia).

Sewaktu perbicaaran selesai di Mahkamah Tinggi, Plaintif telah memperolehi kemenangan.

Pihak mahkamah telah bersetuju dengan hujah Plaintif bahawa guru tingkatan (Puan Kenny)

tidak menyediakan penyediaan yang mencukupi atau munasabah sehingga mengakibatkan

Plaintif mengalami kecederaan sewaktu di dalam kelas tersebut.

Pihak Kerajaan Malaysia yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini mengemukakan

rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Kes ini dihakimi oleh Yang Arif Tun Suffian L.P, hakim

mahkamah Persekutuan, Yang Arif Raja Azlan Shah dan juga hakim Mahkamah

Persekutuan, Yang Arif Wan Suleiman pada 14 April 1977.

Isu yang diperdebatkan dalam kes ini ialah, pihak mahkamah hendaklah menilai sama ada

risiko kecederaan yang terjadi kepada plaintif adalah dapat diramalkan dengan munasabah

atau sebaliknya, sebelum menentukan Defendan telah melakukan kecuaian (dengan tidak

membuat penyeliaan yang mencukupi sewaktu insiden itu berlaku). Jika risiko kecederaan itu

dapat diramalkan akibat kurangnya pengawasan guru tadi, isu yang kedua ialah, sama ada

langkah yang munasabah telah dibuat oleh defendan untuk melindungi Plaintif daripada

risiko tersebut. Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa risiko kecederaan yang

dialami oleh Plaintif mungkin dapat diramalkan. Akan tetapi, kita tidak boleh mengaitkan

dengan membuat spekulasi bahawa kurangnya pengawasan oleh guru tidak telah

mengakibatkan kecederaan yang Plaintif alami. Dalam erti kata yang lain elemen pertama

telah wujud, iaitu terdapat tugas berhati-hati yang wujud di antara Puan Kenny dan Plaintif,

Page 5: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

5070

namun tugas berhati-hati tersebut mestilah mengambil kira peluang dan kemampuan guru

untuk melindungi para pelajarnya daripada bahaya atau ancaman yang diketahui atau

diramalkan. Mahkamah turut menghuraikan bahawa penyebab kecederaan Plaintif bukannya

berpunca daripada kurangnya pengawasan guru dalam kelas. Kelas yang plaintif hadiri

adalah kelas biasa (bukannya di taman sekolah atau di bilik kemahiran hidup) yang

menggunakan pensil sebagai alatan pembelajaran yang sediakala. Dan guru sudah semestinya

secara rutinnya, memberikan amaran kepada murid-murid supaya tidak bermain-main dengan

pensil tajam yang mengakibatkan kecederaan di dalam kelas tersebut.

Zazlin Zahira Haji Kamarulzaman Dan Satu Lagi lwn. Louis Marie Nuebe Rt Ambrose

a/l J Ambrose dan lain-lain6

Insiden ini berlaku di kelas darjah 1T, Sekolah Kebangsaan Taman Selayang, Selayang,

Selangor Darul Ehsan. Plaintif Pertama yang berumur lebih kurang 7 tahun sewaktu insiden

ini berlaku. Plaintif Kedua ialah bapanya yang turut mewakili anaknya yang masih di bawah

umur sewaktu kejadian ini berlaku. Defendan Pertama adalah guru darjah, manakala

Defendan Kedua adalah Guru Besar sekolah berkenaan serta Defendan Ketiga adalah

Kerajaan Malaysia.

Pada hari kejadian, iaitu 19 Mac 1985, Defendan Pertama, yang merupakan guru kelas, yang

turut mempunyai kemahiran sebagai guru muzik telah mengarahkan Plaintif dan 38 murid di

dalam darjah 1T untuk bermain satu permainan yang dinamakan ‘Gerabak Keretapi’.

Defendan Pertama turut mengarahkan agar semua murid-muridnya untuk memasukkan

bangku/kerusi di bawah meja untuk memudahkan mereka bakal mengelilingi meja yang

terletak di tengah-tengah kelas tersebut. Defendan Pertama turut memberikan amaran agar

murid-muridnya yang bertolak-tolak dan pergerakan tersebut adalah mengelilingi meja yang

terletak di tengah-tengah, dan bukannya mencelah-celah di antara meja tersebut.

Murid-murid dikehendaki memegang bahu kawan-kawan di hadapannya dan akan bergerak

mengelilingi kelas tersebut berdasarkan rentak muzik yang dimainkan melalui radio.

Bermulanya pergerakan ‘gerabak keratapi’ yang bergerak mengikut alunan muzik tadi.

Setelah selesai pusingan pertama tamat, dengan tiba-tiba, Plaintif Pertama telah terjatuh dan

6 [1994] ML JU 35; [1994] 4 CL J 637

Page 6: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

6070

telah mengalami kecederaan di tangannya yang kemudiannya disahkan telah patah. Plaintif

Pertama telah menangis akibat kesakitan yang ditanggungnya dan dipimpin oleh Defendan

Pertama ke meja guru di mana tangan Plaintif Pertama telah diletakkan di atas meja tersebut.

Defendan Pertama telah membungkus tangan Plaintif Pertama dengan suratkhabar (supaya

tangan tersebut tidak cuba dibengkokkan) dengan dibantu oleh seorang guru yang lain.

Defendan Pertama dan seorang guru yang lain telah membawa Plaintif Pertama ke Hospital

Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Defenfan Kedua turut

memberitahu keluaraga Plaintif Pertama mengenai kejadian yang tidak diingini ini. Defendan

Pertama dan seorang guru tadi menunggu di wad kecemasan sehingga mereka berdua pulang

setelah kehadiran keluarga Plaintif Pertama.

Doktor telah mengesahkan tangan Plaintif Pertama telah patah dan telah dibedah serta

tangannya terpaksa dibalut dengan ‘plaster of paris’. Ada kesan parut di tangan Plaintif

pertama kesan daripada pembedahan tersebut. Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah

menfailkan tindakan saman terhadap ketiga-tiga Defendan untuk tujuan tuntutan ganti rugi.

Menurut undang-undang Tort, defendan Pertama mempunyai kewajipan berjaga-jaga

terhadap Plaintif Pertama dan berkewajipannya untuk memastikan murid-murid yang di

bawah jagaannya. Defendan Pertama (guru darjah) turut terpaksa mengambil langkah-

langkah yang munasabah untuk menjaga keselamatan murid-muridnya. Namun, dalam kes

ini, tahap penyeliaan guru di dalam kelas ditentukan oleh faktor seperti umur murid dan

aktiviti yang lakukan di dlam kelas tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, iaitu Yang Arif Hakim Mokhtar Saidin dalam

penghakimannya menjelaskan bahawa defendan-defendan adalah didapati tidak cuai ketika

insiden tersebut berlaku. Ini adalah kerana, kelas yang dihadiri oleh Plaintif Pertama adalah

kelas muzik yang biasa dilaksanakan berdasarkan rangka pelajaran KBSR yang dilaksanakan

pada ketika itu. Kelas muzik tersebut adalah kelas biasa yang mana penggunaan alatan adalah

terdiri daripada kaset dan radio kaset sahaja. Malahan, Defendan Pertama tidak

menggunakan sebarang perkakas atau alatan yang merbahaya kepada murid-murid tersebut.

Tambahan pula, Defendan Pertama telahpun menerangkan cara-cara untuk melaksanakan

permainan ‘gerabak keretapi’ dan memberikan amaran agar jangan berlaku tolak menolak

Page 7: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

7070

sesama pelajar-pelajarnya. Mereka juga disuruh agar mengosongkan laluan dengan

memasukkan kerusi di bawah meja. Permainan itu juga adalah berdasarkan alunan muzik

yang mengelilingi meja yang terletak di tengah-tengah kelas dan bukannya mencelah di

antara meja-meja tersebut.

Fakta yang menarik perhatian pihak mahkamah juga adalah, semasa pusingan pertama

dibuat, Defendan Pertama nampak Plaintif Pertama telah keluar daripada barisannya dan

berlari. Perbuatan ini ditegur oleh Defendan Pertama supaya menegah Plaintif supaya jangan

berlari-lari, khuatir nanti akan terjatuh. Setelah murid-mirud membuat satu pusingan yang

lengkap, Defendan Pertama nampak juga Plaintif Pertama cuba memasuki barisannya semula

dan pada saat ini lah beliau telah terjatuh.

Dengan itu, Hakim Mokhtar Saidin menambah, insiden tersebut berlaku sewaktu

berlangsungnya kelas yang biasa, yang tidak merbahaya dan tidak dapat diramalkan apa-apa

musibah kepada anak-anak murid yang ada. Adalah memadai, Defendan Pertama telah

memberikan amaran dan penerangan setiap kali sebelum memulakan kelas muziknya dan

amaln ini adalah diangggap sebagai satu tindakan munasabah.

ii) Di kawasan kebun sekolah;

Mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor lwn. Kerajaan Malaysia & Anor7

Insiden dalam kes ini berlaku pada 15 Mac 1971, di mana tuntutan Plaintif mengenai ganti

rugi kecederaan yang dialaminya sewaktu kelas berkebun, telah diketepikan sewaktu di

Mahkamah Tinggi oleh Yang Arif Hakim Ajaib Singh.

Pihak Plantif tidak berpuas hati dengan keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi dan

sekarang beliau merayu ke peringkat Mahkamah Persekutuan, di mana rayuan kes ini diadili

oleh Hakim Besar (Malaya) Yang Amat Arif Raja Azlan Shah, Hakim Mahkamah

Persekutuan, Yang Arif Syed Othman dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Salleh

Abas (sekarang Tun).

7 [1981] 2 ML J 27

Page 8: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

8070

Plaintif ialah pelajar di Tingkatan Satu, dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Port Dickson.

Sebagai pelajar tingkatan satu, beliau dan bersama-sama rakan setingkatan yang lain

dikehendaki belajar kemahiran berkebun. Beliau sudah mengikuti 3 kali kelas berkebun

tersebut dan kejadian malang ini berlaku sewaktu kali yang ke 4 kelas ini dijalankan iaitu

pada 15 Mac 1971.

Kejadian itu berpunca apabila murid-murid dikehendaki mengambil alatan berkebun di bilik

simpanan barang oleh guru mereka iaitu Puan Hau Kan Yong. Guru tersebut hanya

mengarahkan murid-murid untuk mengambil sendiri alatan berkebun tersebut di bilik stor

simpanan barangan berkebun tanpa memeriksaan keadaan alatan tersebut sama ada masih

elok atau selamat untuk digunakan sewaktu berkebun. Jadinya, setelah mendengar arahan

guru mereka, seramai 37 atau 38 murid telah mangambil cangkul, penyodok dan bakul untuk

digunakan dalam kelas berkebun. Setelah alatan tersebut diambil, mereka berkumpul di tapak

kebun. Mereka dikehendaki untuk membuat batas tanaman. Batas-batas tersebut dibahagikan

kepada 2 baris dan mereka dituntut untuk membuat 3 batas setiap baris. Mereka dipecahkan

kepada 6 kumpulan di mana satu kumpulan dikehendaki membuat satu batas sahaja. Ukuran

setiap batas ialah 15 kaki panjang dan 3 kaki lebar. Plaintif/Perayu menggunakan penyodok

untuk menaikkan batas terlebih dahulu, manakala rakannya di sebelah batasnya, Raja

Aminuddin yang melakukan aktiviti untuk menaikkan batasnya, menggunakan sebatang

cangkul yang berukuran 5 kaki panjang. Apabila kedua-dua sedang melakukan aktiviti

berkebun tersebut, Plaintif/Perayu perasan kedudukannya dan Raja Aminuddin semakin

dekat, dan beliau menegur agar raja Aminuddin untuk berhenti seketika bagi

membolehkannya menyiapkan batasnya terlebih dahulu. Namun, teguran ini tidak

diendahkan oleh Raja Aminuddin yang terus menggunakan cangkul bagi membuat batasnya

kumpulannya. Plaintif/Perayu yang menyangkakan Raja Aminuddin menuruti tegurannya,

meneruskan aktiviti membuat batas tersebut. Dengan tiba-tiba, kepala cangkul Raja

Aminuddin telah terkena kepala Plaintif/Perayu. Plaintif telah mengalami kecederaan di

kepalanya. Sewaktu kemalangan ini berlaku, Cikgu Han Kan Yong sedang duduk di bawah

pokok sejauh 4 ela dan tidak memandang ke arah murid-muridnya sewaktu akvititi berkebun

itu dijalankan. Beliau hanya menyedarinya setelah seseorang meneriak namanya dan barulah

beliau perasan Plaintif yang sedang mengerang kesakitan dan sedang menekup kepalanya

Page 9: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

9070

yang sedang berdarah itu. Diringkaskan, plaintif telah dikejarkan ke hospital untuk

mendapatkan rawatan yang sempurna.

Isu perundangan yang dipertikaikan di sini ialah, adakah guru telah dikatakan melakukan

kecuaian apabila gagal untuk memantau atau menyelia aktiviti para pelajarnya dan

kegagalan untuk memberikan penerangan yang munasabah terhadap penggunaan alatan

berkebun kepada para pelajarnya.

Adalah menjadi undang-undang yang jelas bahawa seseorang guru itu mempunyai tahap

penyeliaan guru yang tinggi terhadap para pelajar lebih-lebih jika aktiviti yang dilakukan di

luar bilik darjah dan melibatkan penggunaan alatan-alatan yang dikatakan merbahaya.

Pihak Mahkamah tidak menolak bahawa kemalangan ini tidak akan berlaku jika kedua-dua

pelajar ini menggunakan penyodok pada masa yang sama. Kemalangan ini berlaku apabila

cangkul yang digunakan oleh Raja Aminuddin terkena kepala Plaintif/Peraya yang pada

ketika itu menggunakan penyodok. Menurut keterangan Plaintif, jarak antara mereka berdua

ialah 2 kaki sahaja, namun mengikut saksi ke 4 pihak Defendan (Yong Kwee Len), jarak

anatar mereka adalah 3 atau 4 kaki. Namun, ini bercanggah dengan keterangan guru mereka

melalui lakaran gambar, di mana menurut lakaran itu, jarak kedua-dua pelajar ialah 7 kaki.

Namun, mahkamah tidak menentukan jarak siapa yang lebih tepat. Akan tetapi, fakta batang

cangkul yang 5 kaki panjang dan jarak kedua-dua pelajar ini adalah dekat kerana jika jarak

mereka jauh, kemalangan ini mungkin tidak akan terjadi.

Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengeluarkan arahan bertulis kepada semua sekolah

termasuk sekolah Plaintif/perayu akan langkah-langkah yang mesti diambil oleh pihak

sekolah, melalui guru masing-masing tentang tahap keselamatan yang mesti diambil sebelum

penggunaan alatan berkebun diberikan kepada para pelajar masing-masing. Langkah berhati-

hati iani adalah sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya kemalangan atau perkara

yang tidak diingini sewaktu menggunakan latan berkebun terutamanya alatan yang tajam

seperti cangkul.

Pada pagi kejadian itu juga, tiada seorang guru pun yang membahagi-bahagikan alatan

berkebun itu kedapa para pelajar mereka. Para pelajar dikehendaki untuk mengambil sendiri

alatan berkebun dari bilik stor yang menyimpan alatan tersebut.

Page 10: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

10070

Dalam perbicaraan juga, Puan Hau Kan Yong gagal untuk memuaskan hati mahkamah

mengenai keberadaannya ketika insiden itu berlaku. Yang jelasnya, beliau berada agar jauh

dngan jarak para pelajarnya dan sedang berehat di bawah pokok sambil memandang ke

tempat yang lain.

Menurut keterangan Puan Hau Kan Yong juga, belaiu ada memberikan amaran agar para

pelajarnya supaya berhati-hati sewaktu menggunakan alatan berkebun tersebut, namun

persoalan undang-undang adakah arahan ini mencukupi sekadar amaran biasa sahaja dan

para pelajarnya mungkin tidak mengendahkan amaran beliau sama sekali. Puan Hau Kan

Yong juga memberikan peringatan agar semasa menggunakan cangkul, kedua-dua orang

pelajar mesti dalam kedudukan berhadapan di antara satu dengan yang lain dan menjaraakn

diri mereka 3 atau 4 kaki sesama mereka. Mahkamah mendapati jarak ini adalah tidak

selamat kerana batang cangkul pun berukuran 5 kaki panjang. Puan Hau Kan yong turut

gagal untuk membuktikan bahawa beliau mengarahkan apakah jarak yang selamat untuk

kedua-dua pelajar menjarakkan diri sesama mereka.

Seterusnya, dalam keterangan Puan Hau Kan Yong, mengetakan beliau sendiri yang

memberikan serta mengagihkan alatan berkebun itu kepada para pelajarnya. Namun, pihak

mahkamah agak keberatan untuk menerima keterangan ini. Buktinya, jika Puan Hau Kan

Yong sendiri yang mengaihkan alatan berkebun ini, beliau mestilah sedar bahawa cangkul

yang diambil oleh Raja Aminuddin adalah yang keadaan yang tidak sempurna. Ini kerana

kepaa cangkul tersebut adalah longgar dan tidak sesuai untuk digunakan dalam aktiviti

berkebun.

Dengan alasan-alasan ini, pihak mahkamah membuat keputusan bahawa responden-

responden/defendan-defendan adalah melakukan kecuaian keran kegagalan untuk mengambil

langkah berjaga-jaga dan munasabah dalam keselamatan anak murid sewaktu aktiviti

berkebun dijalankan. Guru juga didapati gagal untuk memeriksa alatan berkebun adalah

selamat sebelum ianya boleh digunakan semasa kelas berkebun dijalankan.

Mahkamah memutuskan responden-responden adalah bertanggungan adalah membenarkan

rayuan dengan kos. Nilai tuntutan adalah sebanyak RM6,000 dan amount ini turut

dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak yang bertikai.

Page 11: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

11070

iii) Di pantai awam sewaktu hujung minggu (Ahad).

Chen Soon Lee lwn. Chong Voon Pin dan lain-lain8

Insiden ini berlaku sewaktu hujung minggu iaitu pada hari Ahad. Defendan-defendan terdiri

daripada Pengetua sekolah dan 2 orang guru yang lain. Atas permintaan murid-murid sendiri,

supaya guru-guru mereka menemani murid-murid dalam satu aktiviti perkelahan di tepi

pantai. Semasa bermain bola (kawasan berair) di dalam laut, beberapa pelajar telah

tenggelam dan mengakibatkan seorang pelajar perempuan telah mati lemas. Waris mendiang

menuntut ganti rugi terhadap defendan-defendan dan mengatakan mereka telah cuai dalm

menjalankan tanggungjawab mereka. Hakim Yang Arif Lee Hun Hoe membuat keputusan

bahawa berdasarkan fakta kes yang membuktikan bahawa para pelajar yang mengusulkan

agar mereka pergi berkelah di pantai tersebut dan memohon agar guru-guru mengiringi

mereka sekali. Tindakan ini membuatkan mahkamah berpendapat, murid-murid ini sudah

bijak dalam membuat keputusan mereka sendiri. Jika guru-guru tersebut boleh menolak

pelawaan para pelajarnya dan para pelajar akan tetap pergi berkelah di pantai tersebut.

Aktiviti tersebut diadakan pada hari Ahad dan defendan-defendan tidak mempunyai

kewajipan untuk menyediakan penyeliaan yang cukup kepada pelajar-pelajar mereka. Di

dalam kes ini, tiada seorang pun menyedari bahawa mereka sedang berkelah di tempat yang

merbahaya.

Pihak mahkamah mendapat bahawa pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan defendan-

defendan telah cuai sehingga mengakibatkan kematian seorang rakan mereka. Fakta di mana

guru-guru telah membahagi-bahagikan mereka kepada tiga kumpulan (satu kumpulan dijaga

oleh seorang guru) dan mereka membuat bulatan dan bermain bola yang dibaling di antara

satu dengan yang lain. Guru-guru turut memberikan amaran agar mereka tidak bermain di

tempat yang dalam atau bahaya. Dan juga, tiada bukti menunjukkan, para pelajar ini bermain

di tempat yang berbahaya/dalam. Namun, malang tidak berbau, sewaktu murid-murid tadi

berebutkan bola, mereka telah berada di dalam laut yang agak dalam dan beberapa pelajar

telah gagal berenang dan lemas. Akhirnya, mereka dapat diselamatkan kecuali si mati yang

8 [1966] 2 ML J 264

Page 12: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

12070

dijumpai kemudiannya. Walaupun pertolongan kecemasan diberikan. Namun si mati tidak

dapat diselamatkan dan mati akibat lemas.

Berdasarkan alasan-alasan penghakiman tadi, pihak mahkamah membuatkan keputusan

bahawa defendan-defendan tidak bertnaggungan dalam kes ini.

Kesimpulan

Setelah kajian ilmiah dilakukan, kita dapat merumuskan bahawa jika Plaintif (seseorang

pelajar) ingin menyaman Defendan (seseorang guru), pihak Plaintif hendaklah membuktikan

3 elemen utama tort kecuaian iaitu tugas berhati-hati yang undang-undang kenakan terhadap

pihak Defendan kepada pihak Plaintif. Kedua, pihak defendan telah melanggar tugas berhati-

hati tersebut dan akibatnya, eleman yang ketiga, pihak plaintif telah mengalami kecederaan

atau kerosakan.

Berdasarkan tajuk kertas kerja ini, elemen pertama iaitu tugas berhati-hati agak mudah

dibuktikan oleh Plaintif terhadap Defendan. Isu yang agak penting di sini, adakah pihak

Defendan (guru) telah melanggar atau mencabuli tugas berhati-hati tersebut?

Inilah persoalan kajian yang boleh dijawab berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan oleh

pihak mahkamah yang mulia. Mahkamah akan meneliti sama ada defendan telah mengambil

langkah berjaya-jaya yang munasabah menurut undang-undang sebelum memutuskan

defendan didapi brtanggungan atau sebaliknya. Pihak mahkamah juga akan mangbil kira

faktor umur pelajar, jenis aktiviti di dalam atau di luar kelas yang dikendalikan oleh guru

yang berkenaan, alatan yang digunakan sewaktu insiden atau kemalnagn itu berlaku dan lain-

lain faktor yang relevan, sebelum menentukan sama ada tuntutan Plaintif berjaya atau

sebaliknya.

Sesungguhnya zaman yang semakin maju ini, seseorang pendidik mestilah menyiapkan diri

masing-masing dengan sekurang-kurangnya pengetahuan undang-undang yang sewajarnya

dalam menyiapkan diri sebelum berhadapan dengan murid-murid. Cara pendidikan guru pada

masa zaman sebelum kemerdekaan, beberapa tahun selepas kemerdekaan dan pada zaman

generasi Y ini amatlah berbeza sekali. Semakin kita maju, semakin keberkatan ilmu itu sukar

diperolehi oleh anak murid yang semakin bijak dan nakal pada masa kini. Semakin ramai

Page 13: KECUAIAN GURU DI SEKOLAH; SATU KAJIAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1089-irsyad-2016.pdf · ... SATU KAJIAN MENURUT UNDANG-UNDANG TORT ... akademik dalam bidang

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

13070

yang lulus peperiksaan tanpa mendapat keberkatan yang hakiki daripada didikan guru

masing-masing.

RUJUKAN

KES

Chen Soon Lee lwn. Chong Voon Pin dan lain-lain [1966] 2 MLJ 264

Kerajaan Malaysia lwn. Jumat Bin Mahmud & Anor [1977] 2 MLJ 103

Mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor lwn. Kerajaan Malaysia & Anor [1981] 2 MLJ 27

Zazlin Zahira Haji Kamarulzaman Dan Satu Lagi lwn. Louis Marie Nuebe Rt Ambrose a/l J

Ambrose dan lain-lain [1994] MLJU 35

Buku

Abdul Basit Mohammad & Wan Mahizatul Azura Ramli; 2009 Fitnah Dalam Undang-

Undang Tort Islam dan Undang-Undang Tort Di Malaysia,; Hulu Klang, Selangor Darul

Ehsan DAWAMA,

Norchaya Talib (bersama Saw Tiong Guan); 2006 Prinsip-Prinsip Asas Tort; Petaling Jaya,

Selangor , Thomson, Sweet & Maxwell,.

Norchaya Talib; -Edisi Kedua, 2015, Prinsip-Prinsip Asas Tort; Petaling Jaya, Selangor,

Sweet & Maxwell – Thomson Reuters,.

Tie Fatt Hee, 2002 , Undang-undang Pendidikan Di Malaysia;, Kuala Lumpur,

Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd,