kebudayaan melayu
DESCRIPTION
kebudayaanTRANSCRIPT
PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU
MUHAMAD FUAD A. HAMIDPISMP BM AMBILAN JAN 2012
BMM 3142 : KEBUDAYAAN MELAYU
SUB TOPIK
PENGARUH HINDU PENGARUH BARAT PENGARUH LAIN
Peralihan Hindu Islam Pengaruh Islam
Pengenalan
•Masyarakat Melayu di Malaysia banyak menerima pengaruh :
a) Corak berpakaianb) Pemakananc) Cara bercakapd) Politike) Sosialf) Agama + lain-lain aspek
7.1 Pengaruh Hindu
•Telah bertapak sejak zaman tradisional
Ekonomi Politik
Kepercayaan
Adat istiadat
Undang-
undang
Kesusasteraan
Kesenian
Aspek Sejarah
•Penduduk Jawa Barat iaitu di kawasan penempatan orang asli yang penduduknya banyak menyembah berhala dan agama yang dianuti adalah – Brahmaisme, Saivaisme & Visyanisme.
•Penganut agama Hindu yang datang ke alam Melayu untuk menyebarkan agama Buddha sebelum abad ke-13 Masihi.
•Islam mula tersebar di Pasai sekitar 1297 masihi→ Terengganu pada tahun 1303 masihi.
•Terdapat persaingan antara pengaruh Hindu dan kedatangan Islam- aspek ekonomi
•Agama Hindu- masyarakat India di Asia Tenggara
•Pengaruh Hindu banyak diamalkan dalam masyarakat Melayu dan di Kepulauan Asia Tenggara.
•Bukti : Rujuk m/s 142
7.1.1 Bidang politik
•Masyarakat Melayu- sistem pentadbiran berasaskan kekeluargaan.
•Organisasi politik mula berubah apabila sistem beraja mula diamalkan.
•Konsep beraja dipengaruhi oleh agama Hindu.
•Raja-raja yang dilantik dikatakan mempunyai kaitan langsung dengan dewa-dewa yang diwarisi daripada tradisi agama Hindu.
•Pengaruh Hindu telah mula berkurangan sejak kedatangan Islam.
•Selepas raja Melaka menganut Islam, corak pentadbiran yang bercampur aduk dengan unsur-unsur dewa dan mistik telah mula berkurangan.
•Menyesuaikan pentadbiran secara Islam.→ Gelaran Sri Maharaja-Sultan
7.1.2 Kesusasteraan
•Berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada lisan ataupun tulisan.
•Pengaruh ini berlanjutan sehingga abad ke-13 (kedatangan Islam).
•Pengaruh Hindu yang meresap ke Alam Melayu mengambil masa lama dengan cara yang damai (Ismail Yusof,2008).
•[Bukti awal [Piagam Raja Mulavarman di sekitar Kuai, Kalimantan pada tahun 400 masihi]
•[Piagam Raja Purnavarman, Raja Tarumadi sekitar Bandung, Jawa pada tahun 450 masihi]
•[Penemuan Batu Bersurat bertarikh 450 masihi di Kaki gunung di Bogor]
•{Batu bertulis dengan bahasa Sanskrit di Cerok Tokkun, Seberang Prai dan di Bukit Meriam, Kedah}
•{Candi Borobudor yang banyak menggunakan bahasa Sanskrit}
•Pengaruh dalam karya yang banyak menggunakan nama raja dan nama dewa-dewi.
•Kesusasteraan bercorak tulisan di Tanah Melayu bermula sejak kedatangan Islam dan buktinya pada batu bersurat di Palembang, Acheh dan Terengganu.
•Sumber-sumber kesusasteraan pengaruh Hindu ini berasal daripada kesusasteraan Jawa atau Arab-Parsi.
7.1.3 Kepercayaan• Kepercayaan masyaakat Melayu tradisional-
Animisme• Bimbang akan mengganggu kehidupan mereka jika
tidak melakukan ritual.• Unsur animisme ini adalah sebahagian yang dianuti
oleh masyarakat Hindu.• Pengaruh agama Hindu dalam masyarakat Melayu
itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli.
• Hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama sahaja yang ditekankan.
• Ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu.
• Dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda.
• Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha.
• Menurut pendapat Syed Muhammad Naquib Al Attas, kedatangan agama Hindu tidak merubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan di atas sahaja (golongan bangsawan).
• Namun, kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti sistem kasta (lapisan masyarakat) yang memisahkan antara golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata menular masuk ke dalam sistem sosial masyarakat Melayu.
• Bermulalah sistem ‘feudal’ yang telah diamalkan dalam sistem pantadbiran mana-mana kerajaan Tamadun Melayu.
•Contoh amalan dalam masyarakat MelayuUpacara melenggang perutUpacara mencecah garam ke mulut bayiAmalan menabur beras kunyit, bersanding
& memakai inai dalam adat perkahwinanAdat bersanding
7.1.4 Kesenian•Berasal daripada kehadiran Hindunisme di
Kepulauan Melayu-Indonesia.•Turut membawa perubahan dalam bidang
kesenian.•Artifak-artifak dan monumen keagamaan yang
digunakan oleh penganut agama Hindu-Buddha.
•Rumah-rumah ibadat mereka terukir gambar-gambar patung dewa-dewa utama yang menjadi keagungan seseorang pemerintah.
7.2 Pengaruh Barat•Terjalin sejak zaman penjajahan Barat di
Tanah Melayu.•Melalui perdagangan, sosial mahupun
politik.•Mereka akan membawa fahaman secara
langsung (melalui peperangan @ penjajahan) mahupun tidak langsung.
•Kemasukan pengaruh barat di alam Melayu lebih banyak meninggalkan kesan negatif berbanding positif terutamanya dari aspek pemikiran dan gaya hidup masyarakat.
7.2.1 Pendidikan
•Mementingkan amalan sekular dalam pengisian kurikulum mereka (negatif).
•Semasa pentadbiran British, sistem pendidikan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
•Oleh itu subjek bahasa Inggeris menjadi subjek yang penting di sekolah dan sekolah-sekolah vernakular sebelum negara mencapai kemerdekaan.
•Kini, kerajaan cuba memperkasakan bahasa Inggeris pada peringkat sekolah dengan mewajibkan calon SPM lulus dalam subjek ini untuk PPPM 2013-2025.
•Projek transformasi ini menunjukkan bahawa masih ada lagi pengaruh Barat dalam sistem pendidikan di Malaysia.
7.2.2 Ekonomi•Dalam bidang perindustrian, pengaruh barat
telah banyak mempengaruhi dasar ekonomi Malaysia terutama selepas merdeka.
•Sistem ekonomi masyarakat Melayu yang berasaskan pertanian sudah mula mendapat persaingan daripada bidang perindustrian.
•Pembukaan kilang yang semakin banyak bermula pada tahun 1980-an.
•Banyak syarikat gergasi telah melabur di Malaysia dan ini memberikan peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat tempatan.
7.2.3 Bidang Sains dan Teknologi•Kemajuan bidang ini telah mengubah negara
menjadi sebuah negara perindustrian.•Bermula dari industri kecil, sederhana
sehinggalah industri yang berasaskan komersial seperti industri automotif (pemasangan kereta nasional dan lain-lain industri berat).
•Memberi pulangan pendapatan yang tinggi.•Turut mempengaruhi perkembangan koridor
raya multimedia di mana penguasan pelbagai bidang di peringkat global.
7.2.4 Pakaian•Percampuran budaya berpakaian mula
diresapi dengan corak berpakaian yang ringkas seperti yang digunakan oleh masyarakat barat.
•Turut mempengaruhi cara berpakaian orang Islam yang bercanggah dengan syariat terutama pakaian yang dipakai oleh anak-anak muda.
•Contoh: berpakaian ketat, seluar jeans•Lari dari kebiasaan cara pemakaian
sebenar orang melayu.
7.2.5 Kesusasteraan• Pengaruh barat bermula apabila Abdullah Munsyi
banyak mengkaji penulisan corak baharu yang menyimpang daripada bentuk penulisan tradisional.
• Abdullah Munsyi yang banyak bergaul dengan dengan orang British dan Barat turut membawa perubahan dalam aspek pemikiran masyarakat.
• Bentuk penghasilan karya juga agak ketara seperti penulisan bercorak biografi dan autobiografi.
• Contoh jelas penggunaan bahasa moden ialah dalam karyanya iaitu “Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan”.
7.3 Pengaruh lain
•Berlakunya peresapan pengaruh Zaman Peralihan Hindu Islam, pengaruh Islam, dan pengaruh Jawa dan budaya Melayu dan hasil-hasil kesusasteraan Melayu.
7.3.1 Zaman Peralihan Hindu-Islam•Berlaku apabila Islam mula bertapak di
Kepulauan Melayu pada abad ke-13.•Negara awal yang menerima pengaruh
Islan di Asia Tenggara ialah Sumatera Utara, Pasai, dan Perlak.
•Melaka pula menerima kedatangan Islam pada abad ke-15 dan ini menyebabkan Melaka lebih masyhur dan gemilang sebagai pusat perkembangan Islam terutama melalui aktiviti perdagangan.
•Kegemilangan Melaka berterusan selama satu abad sebelum Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511.
•Selepas kejatuhan Melaka, peranan penyebaran Islam mula diambil alih oleh Johor dan Acheh.
•Di Acheh pula, terdapat ramai ulamak yang pakar dalam bidang kesusasteraan dan menghasilkan karya-karya Islamik yang boleh mendidik khalayak.
•Kedatangan pengaruh Islam selepas agama Hindu banyak mengubah corak pemikiran dan cara hidup masyarakat Melayu.
• Ilmu-ilmu baru seperti ilmu logik, falsafah dan teologi menolak unsur-unsur animisme.
•Pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan juga telah menolak watak-watak yang dinamakan epik-epik Hindu seperti dewa-dewa dan lain-lain lagi kepada perkataan-perkataan yang jelas menunjukkan perhambaan kepada Allah S.W.T.
•Antara karya-karya di zaman peralihan :Hikayat Marakarma yang dikenali sebagai
Hikayat Si Miskin Hikayat Serangga Bayu@Hikayat Ahmad
MuhammadHikayat Indera Jaya/ Bikrama Data Wijaya
atau Hikayat Syah Kobat.•Nama-nama watak berasaskan nama
Hindu digantikan dengan nama para sahabat, pahlawan-pahlawan Islam dan nama orang-orang soleh (Ismail Yusof,2008).
7.3.2 Pengaruh Islam•Setelah kedatangan Islam, tahap
keintelektualan masyarakat semakin berkembang kerana golongan cerdik pandai yang membawa ilmu dari Timur Tengah mula menyebarkan dakwah.
•Organisasi pentadbiran berasaskan Islam telah ditubuhkan untuk mempraktikkan amalan pengurusan berasaskan sunnah Rasulullah S.A.W.
•Pengaruh Islam dalam kebudayaan Melayu meliputi segenap aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, pendidikan, dan undang-undang.
•Antara karya prosa hasil kesusasteraan Islam ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Bustanus-Salatin, Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Nabi Bercukur, dan Tajul-Salatin.
7.4 Kesimpulan
•Pelbagai pengaruh wujud dalam kebudayaan masyarakat Melayu dan pengaruh ini mengikut zaman dan faktor-faktor semasa yang berlaku dalam persekitaran.