karya agung

17
Pengenalan Pelaksanaan tugasan ini adalah mengikut kehendak soalan yang digariskan. Terdapat dua persoalan utama yang perlu diperjelas dan diperincikan. Persoalan pertama adalah menjurus kepada kekuatan karya agung yang dipilih sama ada Sejarah Melayu ataupun Rantau Sepanjang Jalan. Sejarah Melayu adalah merupakan sebuah karya yang mewakili zaman sastera klasik, manakala Rantau Sepanjang Zaman adalah sebuah karya yang mewakili zaman sastera moden. Karya agung yang dipilih bagi dikaji kekuatannya ialah Sejarah Melayu yang diusahakan oleh G.W. Shellabear. Di dalam persoalan pertama ini iaitu kekuatan karya, terdapat tiga aspek penting yang perlu dikaji iaitu kekuatan dari aspek pemikiran atau mesej atau isi, estetika dan kepengarangan, serta nilai budaya dan pandangan hidup. Ketiga-tiga aspek ini perlu dikaji dengan mendalam bagi membuktikan dan menunjukkan bahawa karya Sejarah Melayu ini merupakan sebuah karya yang benar-benar memperlihatkan seni sastera Melayu klasik. Pembuktian kekuatan karya Sejarah Melayu melalui tiga aspek ini akan turut membawa pembaca untuk mengenali tentang sistem bahasa pada zaman bahasa Melayu klasik. Persoalan kedua pula adalah merupakan kesinambungan daripada persoalan yang pertama. Berdasarkan karya agung dan ciri-ciri yang telah dibincangkan dalam persoalan yang pertama, terdapat dua aktiviti yang dicadang dan dibincangkan untuk dilaksanakan bagi pengajaran bahasa Melayu peringkat 1

Upload: ann-himawari

Post on 19-Jan-2016

123 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Karya Agung Sejarah Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Karya Agung

Pengenalan

Pelaksanaan tugasan ini adalah mengikut kehendak soalan yang digariskan. Terdapat

dua persoalan utama yang perlu diperjelas dan diperincikan. Persoalan pertama adalah

menjurus kepada kekuatan karya agung yang dipilih sama ada Sejarah Melayu ataupun

Rantau Sepanjang Jalan. Sejarah Melayu adalah merupakan sebuah karya yang mewakili

zaman sastera klasik, manakala Rantau Sepanjang Zaman adalah sebuah karya yang mewakili

zaman sastera moden.

Karya agung yang dipilih bagi dikaji kekuatannya ialah Sejarah Melayu yang

diusahakan oleh G.W. Shellabear. Di dalam persoalan pertama ini iaitu kekuatan karya,

terdapat tiga aspek penting yang perlu dikaji iaitu kekuatan dari aspek pemikiran atau mesej

atau isi, estetika dan kepengarangan, serta nilai budaya dan pandangan hidup.

Ketiga-tiga aspek ini perlu dikaji dengan mendalam bagi membuktikan dan

menunjukkan bahawa karya Sejarah Melayu ini merupakan sebuah karya yang benar-benar

memperlihatkan seni sastera Melayu klasik. Pembuktian kekuatan karya Sejarah Melayu

melalui tiga aspek ini akan turut membawa pembaca untuk mengenali tentang sistem bahasa

pada zaman bahasa Melayu klasik.

Persoalan kedua pula adalah merupakan kesinambungan daripada persoalan yang

pertama. Berdasarkan karya agung dan ciri-ciri yang telah dibincangkan dalam persoalan

yang pertama, terdapat dua aktiviti yang dicadang dan dibincangkan untuk dilaksanakan bagi

pengajaran bahasa Melayu peringkat sekolah rendah. Antara aktiviti dalam pengajaran dan

pembelajaran yang boleh dilaksanakan ialah diskusi, main peranan, simulasi, permainan

bahasa, sosio-drama, bercerita, dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.

Aktiviti seperti yang disarankan ini adalah merupakan aktiviti pembelajaran yang

akan dapat memarik minat fokus murid. Aktiviti yang menyerokkan akan menjadikan murid

lebih tertumpu dan lebih mudah untuk mengingati beberapa fakta mengenai cerita di dalam

karya agung. Bakat dan potensi murid juga akan dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti

seperti ini. Tugasan ini akan menjelaskan tentang dua persoalan utama ini dengan lebih lanjut

dan terperinci.

1

Page 2: Karya Agung

Kekuatan Karya

Sejarah Melayu adalah merupakan sebuah karya agung yang mewakili zaman sastera klasik.

Sejarah Melayu ini adalah merupakan sebua karya agung yang telah diusahakan oleh W.G

Shellabear. Terdapat 34 buah cerita klasik yang dimuatkan di dalam karya Sejarah Melayu

ini.

Sejarah Melayu telah dianggap sebagai klasik Melayu yan paling tinggi nilainya dan

merupakan sebuah karya sejarah terpenting bersabit dengan Negara Malaysia. Perintah Sultan

Melaka kepada pengarangnya ialah menulis sebuah buku mengenai keturunan raja-raja

Melayu dan pertalian di antara mereka. Hal ini seterusnya membawa kepada pengumpulan

cerita-cerita mengenai raja-raja Melayu dan perhubungan mereka dengan negara-negara Asia

di sekelilingnya. Tema utama dalam penulisan ini adalah berpusatkan Kesultanan Melayu

Melaka pada zaman kegemilangannya.

Kekuatan karya agung ini iaitu Sejarah Melayu dapat dilihat melalui tiga ciri. Ciri-ciri

tersebut ialah :

i. Pemikiran (mesej dan isi)

ii. Estetika dan kepengarangan

iii. Nilai budaya dan pandangan hidup

Pemikiran

Pemikiran adalah merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan

aktiviti mental manusia. Pemikiran adalah merupakan satu aktiviti mental dalam proses

penyelesaian masalah, yang mana merupakan keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran

berfikiran.

Pemikiran yang dimaksudkan di dalam Sejarah Melayu ini adalah mesej dan isi utama

yang ingin disampaikan. Pemikiran iaitu mesej dan isi adalah merupakan perkara pertama

yang ingin diketengahkan di dalam sesebuah cerita yang terdapat di dalam karya ini. Setiap

satu kisah ada mempunyai pemikiran atau mesej yang tersendiri.

Secara keseluruhannya, pemikiran ataupun mesej utama yang ingin di sampaikan di

dalam karya Sejarah Melayu ini adalah mengenai kehidupan masyarakat melayu zaman

2

Page 3: Karya Agung

klasik iaitu suasana dan situasi kehidupan diRaja khususnya pada zaman pemerintahan

Kesultanan Melayu Melaka. Boleh dikatakan di dalam setiap cerita yang terdapat di dalam

karya agung ini adalah menceritakan tentang kehidupan diRaja. Terdapat penggunaan laras

bahasa istana yang banyak dalam setiap cerita di dalam karya agung ini. Penggunaan laras

bahasa istana adalah bertepatan dengan situasi penceritaan kisahnya iaitu mengenai raja-raja

Melayu.

Kebanyakkan cerita di dalam karya agung ini juga turut mengaitkan kehidupan raja-

raja Melayu pada ketika itu dengan perhubungannya dengan negara-negara Asia yang

terdapat di sekelilingnya. Salah satu negara Asia yang kerap menjadi sebutan di dalam karya

ini ialah Singapura. Singapura yang suatu ketika dahulunya dikenali sebagai Temasik adalah

diceritakan sebagai salah satu kawasan pemerintahan di bawah Kesultanan Melayu Melaka.

Berdasarkan cetera yang ketiga, mesej ataupun isi utama yang ingin di sampaikan

ialah mengenai pembinaan negeri Temasik yang baharu dijumpai oleh Sang Nila Utama

seorang anak Raja Bentan. Perjumpaan sebuah pulau cantik yang dikenali sebagai Temasik

itu bermula apabila Sang Nila Utama ingin bermain pantai di Tanjung Bemban bersama

isterinya. Di Tanjung Bemban itulah Sang Nila Utama terlihat akan pulau cantik yang

dikenalo sebagai Temasik. Terdapat beberapa peristiwa penting lagi yang akhirnya membawa

kepada pembukaan Temasik oleh Sang Nila Utama.

Di dalam ceritera yang ketiga ini, dapat dikenal pasti mengisahkan tentang anak raja.

Keadaan ini adalah bertepatan dengan mesej utama karya ini iaitu menceritakan tentang raja-

raja dan keturunannya. Penggunaan laras bahasa istana yang merupakan salah satu ciri bahasa

melayu klasik banyak digunakan di dalam cetera yang ketiga ini.

Seterusnya, berdasarkan cetera yang kelapan. Mesej utama yang ingin disampaikan

ialah mengenai kebijaksanaan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan sultan mereka.

Telah diceritakan di dalam ceritera kelapan ini bahawa terdapat seorang raja di sebuah negeri

yang mempunyai perasaan hasad dengki terhadap raja lain yang mempunyai bala tentera dan

kekayaan yang banyak. Raja yang dengki tersebut telah bertindak menculik raja negeri yang

kaya dengan menjadikannya sebagai seorang penyabung ayam. Kebijaksanaan Sidi Ali

Ghiyathuddin salah seorang rakyat Negeri Semudra iaitu negeri yang kaya itu akhirnya

berjaya mengembalikan sultan negeri mereka iaitu Sultan Semudra. Sifat kebijaksanaan Sidi

Ali Ghiyathuddin itulah yang menjadi mesej dan isi utama di dalam ceritera kelapan ini.

3

Page 4: Karya Agung

Mesej ini sekaligus telah menceritakan tentang kehiduapan masyarakat zaman Melayu

klasik yang menjalankan aktiviti perdagangan, menjalankan kegiatan menyabung ayam, dan

berlakunya peperangan untuk mempertahankan negeri masing-masing.

Berdasarkan beberapa contoh peristiwa yang telah diberikan, terbuktilah bahawa

karya agung Sejarah Melayu mempunyai kekuatan dari aspek pemikiran iaitu mesej dan isi

yang disampaikan.

Estetika Dan Kepengarangan

Karya seni merupakan hasil daripada proses imaginasi dan kreatif manusia dalam menggarap

keindahan bagi mengerjakan sesuatu. Ianya tidak terhad kepada hasil penulisan sahaja malah

meliputi seni bina, lukisan, muzik, bahasa dan sebagainya. Hal ini sangat bertepatan dengan

pendapat yang dikemukakan oleh Nor Azman Ab. Aziz (2013:1) yang menyatakan bahawa

estetika adalah cabang falsafah yang mengandungi pertalian dengan sifat keindahan, seni,

rasa, penciptaan dan tanggapan terhadap keindahan.

Menurut Rahman Shaari (2001:28) estetika bermaksud nilai keindahan dalam

sesebuah karya sastera. Nilai yang dimaksudkan berkaitan dengan perasaan manusia dan

subjektif sifatnya. Contohnya, mungkin pembaca pertama menganggap karya itu bernilai

estetika, namun pembaca kedua pula tidak menganggapnya sedemikian. Jadi, menurut

Rahman Shaari (2001) bagi sesebuah karya, aspek teknik dan gaya itulah yang menjadi

penentu hadirnya nilai estetika. Bahkan kehadiran isi yang bagus tidak menjamin tingginya

nilai estetika melainkan keseimbangan kesemuanya dalam karya tersebut sangat dituntut.

Konsep estetik ialah yang menilai teks sastera dengan merujuk kepada aspek

keindahan dan kekuatannya. Estetik ialah rasa keindahan, keseronokan , kegembiraan yang

merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang mempesonakan atau

penglihatan yang memukau, yang cepat menawan perasaan dan terpahat dalam pemikiran.

Estetika dan kepengarangan banyak digunakan di dalam karya agung ini. Nilai

estetika boleh dilihat ialah dari aspek penggunaan laras bahasa istana. Laras bahasa istana

menjadi nilai estetika ataupun nilai yang mempunyai keindahan kerana laras bahasa istana

hanya banyak digunakan pada karya zaman Melayu klasik. Pada masa kini, sudah jarang

ditemui karya yang menggunakan balas bahasa istana di dalam mana-mana bentuk penulisan.

4

Page 5: Karya Agung

Laras bahasa istana ini perlulah dipertahankan dan dijadikan sebagai sesuatu penggunaan

bahasa yang bernilai khususnya buat bangsa Melayu.

Seterusnya, ciri estetika dan pantun di dalam karya agung ini dapat dilihat melalui

penggunaan pantun. Terdapat penggunaan pantun di dalam beberapa cetera misalnya di

dalam cetera yang kesepuluhan, cetera yang keduapuluh tujuh, dan cetera yang ketigapuluh

empat. Pantun-pantun yang terdapat di dalam karya agung ini adalah pantun empat kerat.

Berikut adalah contoh pantun yang terdapat di dalam cetera yang keduapuluh tujuh :

Sana sini gigi menimang,

Hendak makan ikan dalam telaga,

Lagi lemak telur berlinang,

Sisiknya lekat pada dada.

Dang Nila memangku puan,

Berembang buah pedada;

Adakah gila bagimu tuan?

Burung terbang dipipiskan lada.

Selain itu, terdapat penggunaan nilai estetika dan kepengarangan yang menonjolkan nilai seni

nyanyian. Seni nyanyian dalam karya agung ini adalah memperlihatkan seni nyanyian yang

menggunakan lirik yang mempunyai iras seperti pantun Melayu. Nilai seni nyanyian boleh

dijumpai di dalam cetera yang keduapuluh lima dan cetera yang ketigapuluh tiga. Contoh

nyanyian dalam cetera yang keduapuluh lima ialah:

Raja Maluku meminjam kuda,

Kuda dipinjam kuda Maulana;

Tuanku nyawa orang muda,

Bertambah ‘arif bijaksana’.

Contoh nyanyian yang diperolehi daripada cetera yang ketigapuluh tiga pula ialah seperti

berikut :

Apa dijeruk dengan belimbing?

Geranggang mudik muara;

Apa ditengok di balik dinding?

Tun Hasan Temenggong anak Bendahara.

5

Page 6: Karya Agung

Berikutnya, terdapat aspek pengulangan kata yang digunakan dan dikenal pasti

sebagai nilai estetika di dalam karya agung Sejarah Melayu ini. Pengulangan kata yang paling

ketara dijumpai apabila pembaca membaca karya agung ini ialah pengulangan kata ‘maka’.

Pengulangan kata ‘maka’ ini terdapat dalam kesemua 34 cetera di dalam Sejarah Melayu ini.

Antara contoh pengulangan kata ‘maka’ ialah seperti berikut :

Maka oleh si penyadap itu dititikkannya air kanji ke

mulut budak itu, maka budak itupun membuka

matanya. Maka dilihatnya dirinya di atas perahu. Maka

oleh si penyadap budak itu dibawanya kembali ke rumahnya,

dipeliharakannya dengan sepertinya.

Berdasarkan contoh di atas, perdapat empat pengulangan kata ‘maka’ di dalam satu

perenggan yang sama. Penggunaan kata ‘maka’ ini adalah merupakan salah satu ciri estetika

yang menunjukkan ciri perbezaan karya sastera bahasa Melayu klasik dengan karya sastera

bahasa Melayu moden.

Selain itu, nilai estetika dan kepengarangan juga terdapat pada penggunaan ayat yang

panjang. Keindahan bahasa dapat dilihat apabila ayat yang ditulis adalah panjang. Ciri ini

juga adalah merupakan ciri yang dapat membezakan karya bahasa Melayu klasik dengan

karya bahasa Melayu moden. Contoh ayat yang panjang yang dipetik daripada cetera yang

kedua adalah seperti berikut :

Sebermula, dihikayatkan oleh orang yang empunya hikayat,

adapun negeri Palembang itu Palembang yang ada sekarang

inilah; dahulu kala negeri itu terlalu besar, dan ada raja

Palembang yang bernama Demang Lebar Daun itu, ada

beranak seorang perempuan terlalu baik parasnya, tiada

berbanding parasnya pada zaman itu, Wan Sendari namanya.

Seterusnya, di dalam karya agung Sejarah Melayu ini, terdapat banyak penggunaan

kata pangkal ayat. Kata pangkal ayat adalah kata yang terletak pada bahagian sesuatu ayat.

Contoh kata pangkal ayat ialah kata sahibul hikayat, adapun, hatta, syahdan dan sebermula.

Penggunaan kata pangkal ini juga terdapat dalam kesemua 34 cetera di dalam karya agung

Sejarah Melayu ini. Contoh ayat yang menggunakan kata pangkal ayat ini ialah :

6

Page 7: Karya Agung

Hatta, masyhurlah pada segala menteri di dalam dunia ini

bahawa anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain yang daripada

bangsa Hindustan turun ke Bukit Siguntang Mahameru, sekarang

ada di negeri Palembang.

Syahdan, takjublah segala raja-raja mendengar dia, lalu ke

benua China kedengaran khabar itu.

Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Sang Nila

Utama tinggal di Bentan beristerikan Wan Seri Beni, anak

raja Bentan itu terlalu amat berkasih-kasihan.

Adapun Sang Nila Utama dengan segala menteri, pegawai

rakyat pergi berburu; maka terlalulah banyak beroleh

perburuan.

Sebermula, terdengarlah ke Singapura peri baik paras Putri

Nila Pancadi anak raja di benua Keling itu.

Berdasarkan beberapa contoh peristiwa yang telah diberikan, terbuktilah bahawa

karya agung Sejarah Melayu mempunyai kekuatan dari aspek estetika dan pengarangan.

Nilai Budaya Dan Pandangan Hidup

Nilai budaya dan pandangan hidup ialah nilai-nilai yang terdapat dalam sesuatu masyarakat

dan nilai tersebut menjadi pegangan dalam masyarakat. Nilai budaya dan pandangan hidup

sangat mempengaruhi perilaku masyarakat dalam kehidupan sehari-hari walaupun budaya

yang diturunkan dari nenek moyang sebahagian besarnya tidak tertulis namun selalu dipatuhi

oleh masyarakat. Tylor dalam Imran Manan (1989;19) mengemukakan moral termasuk

bagian dari kebudayaan, iaitu tentang baik dan buruk, benar dan salah. Kedudukan nilai

dalam setiap kebudayaan sangatlah penting, maka pemahaman tentang sistem nilai budaya

dan orientasi nilai budaya sangat penting dalam konteks pemahaman perilaku suatu

masyarakat dan sistem pendidikan yang digunakan untuk menyampaikan sistem perilaku dan

produk budaya yang dijiwai oleh sistem nilai masyarakat yang bersangkutan.

7

Page 8: Karya Agung

Nilai budaya dan pandangan hidup juga boleh dilihat di dalam karya agung Sejarah

Melayu ini. Terdapat banyak nilai budaya masyarakat Melayu zaman klasik di dalam karya

agung ini. Salah satu nilai budaya yang dijumpai di dalam karya agung ini nilai budaya

masyarakat yang patuh dan setia kepada raja. Nilai ini dapat dilihat dalam cetera yang

keenam di mana Badang sanggup berbuat apa sahaja untuk memenuhi permintaan Raja

Singapura.

Nilai budaya dan pandangan hidup masyarakat yang seterusnya ialah nilai

bekerjasama. Nilai bekerjasama adalah merupakan nilai murni yang masih kekal hingga

zaman bahasa Melayu moden ini. Nilai bekerjasama ini dapat dilihat seperti di dalam cetera

yang keenambelas. Contoh peristiwa yang menunjukkan nilai bekerjasama ini ialah :

Maka Bendahara pun mengerahkan orang berbuat istana dan

balairong. Maka orang Ungaran berbuat istana besar, dan

orang Tungkal membuat istana kecil, dan orang Buru berbuat

sebuah istana, orang Suir berbuat sebuah istana, orang

Pancur Serapung membuat balairong, orang Buru membuat

balai pendapa, orang Merba membuat penanggahan, orang

Sawang membuat balai Jawa di sisi balairong itu, orang

Kundur membuat balai apit pintu keduanya, orang Suntai

berbuat balai kendi, orang Malai membuat permandian,

orang Upang membuat bangsal, orang Tungkal berbuat masjid,

orang Bentan berbuat pagar istana, orang Muar berbuat kota awang.

Berikutnya, nilai budaya yang terdapat di dalam karya agung Sejarah Melayu ialah

nilai berkasih sayang. Di dalam cetera yang ketiga, terdapat nilai budaya masyarakat berkasih

sayang yang ditonjolkan. Nilai berkasih sayang ini ditonjolkan melalui perwatakan Sang Nila

Utama yang berkasih sayang dengan isterinya Wan Seri Beni. Berbekalkan nilai kasih sayang

yang ada dalam diri Sang Nila Utama itulah, maka Sang Nila Utama bersungguh-sungguh

memohon kepada ibunda permaisurinya iaitu Permaisuri Iskandar Shah supaya diizankannya

membawa isterinya untuk bermain pantai di Tanjung Bemban. Sifat kasih sayang yang

ditunjukkan ini telah membuktikan bahawa terdapat nilai budaya berkasih sayang yang

menjadi pegangan dan amalan hidup masyarakat Melayu zaman klasik.

Nilai budaya yang terdapat di dalam karya agung Sejarah Melayu yang berikutnya

ialah, nilai cinta dan sayang terhadap negara. Di dalam cetera yang ketigapuluh empat,

8

Page 9: Karya Agung

terdapat peristiwa penting di mana rakyat Melaka bersatu hati dalam memerangi orang

Portugis yang datang menyerang Melaka. Pelbagai cara telah dilakukan oleh rakyat Melaka

dalam usaha untuk memerangai Portugis dan membebaskan Melaka daripada penjajah yang

datang. Salah satu cara yang digunakan ialah dengan membaca Hikayat Muhammad

Hanafiah. Hikayat Muhammad Hanafiah dikatakan adalah merupakan sebuah hikayat tentang

perang. Rakyat Melaka berpendapat jika mereka membaca hikayat tersebut, mereka akan

mendapat faedah. Berikut adalah contoh peristiwa yang menunjukkan rakyat Melaka

membaca Hikayat Muhammad Hanafiah.

Maka kata Tun Muhammad Unta, ‘Benar, kata tuan-tuan

itu, baiklah Tun Indera Segara pergi memohonkan Hikayat

Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat

patik-patik itu mengambil faedah daripadanya, kerana

Feringgi akan melanggar esok hari.’

Berdasarkan ciri-ciri dan peristiwa yang telah dinyatakan, terbukti bahawa terdapat

beberapa nilai budaya yang ditonjolkan di dalam karya agung Sejarah Melayu ini.

9

Page 10: Karya Agung

Penutup

Tugasan ini telah memperjelaskan tentang dua tunjang utama persoalan yang digariskan.

Pertamanya adalah mengenai kekuatan karya agung. Karya agung yang dipilih iaitu Sejarah

Melayu yang diusahakan oleh G.W. Shellabear adalah merupakan sebuah karya agung yang

memiliki nilai-nilai dan ciri-ciri penulisan sastera pada zaman bahasa Melayu klasik.

Berdasarkan aspek kekuatan karya agung, terdapat tiga ciri utama yang dibincang dan

diperincikan iaitu mengenai pemikiran iaitu mesej dan isi yang disampaikan, estetika dan

kepengarangan, serta nilai budaya dan pandangan hidup. Pemikiran adalah merupakan proses

berfikir pembaca di mana pembaca dapat mengenal pasti mesej dan isi utama yang ingin

disampaikan oleh penulis bagi setiap cetera yang terdapat di dalam karya agung ini.

Estetika dan kepengarangan pula ialah ciri-ciri keindahan bahasa ataupun gaya bahasa

yang terdapat di dalam karya yang mana dapat mempengaruhi dan memberikan impak yang

menyentuh emosi pembaca. Terdapat beberapa nilai estetika di dalam karya agung ini yang

telah dikaji seperti penggunaan pantun dan nyanyian.

Berikutnya, ciri nilai budaya dan pandangan hidup. Nilai budaya dan pandangan

hidup ini adalah membawa maksud nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat

Melayu pada zaman bahasa Melayu klasik yang mana diterapkan di dalam karya agung ini.

Salah satu ciri budaya yang diterapkan di dalam karya ini nilai bekerjasama.

Seterusnya, tugasan kedua telah memperjelaskan mengenai aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang boleh dilakukan di dalam bilik darjah. Aktiviti pembelajaran murid adalah

dirancang berdasarkan karya agung Sejarah Melayu. Terdapat beberapa aktiviti yang telah

dirancang agar bersesuaian dengan minat dan fokus murid. Aktiviti yang dirancang sudah

semestinya akan membuatkan murid berasa seronok terhadap pembelajaran yang telah

dirancang.

Kesimpulannya, adalah diharapkan bahawa kesemu aspek yang telah dibincangkan di

dalam tugasan ini akan dapat membantu para guru dalam memahami mengenai penggunaan

bahasa Melayu pada zaman bahasa Melayu klasik. Guru juga diharap dapat meningkatkan

kemahiran dalam membina sebuah aktiviti pengajaran yang lebih menarik lagi pada masa

akan datang.

10

Page 11: Karya Agung

Rujukan

Asmah Hj. Omar. (1993). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. K. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hanapi Dollah dan Lokman Mohd Zan (ed.) (1995). Kebudayaan Melayu di Ambang Abad

Baru. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hashim Awang AR. et. al. (ed.) (1998). Pengajian Sastera dan Sosiobudaya MelayuMemasuki Alaf Baru. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ismail Hussein et. al. (ed.) (1989). Tamadun Melayu Jilid Satu. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein et. al. (ed.) 1989). Tamadun Melayu Jilid Dua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein et. al (ed.) (1995). Tamadun Melayu Jilid Tiga. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein et. al. (ed.) (1995). Tamadun Melayu Jilid Empat. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein et. al. (ed.) (1995). Tamadun Melayu Jilid Lima. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Nariati A. Rashid. (2005). Kesantunan Orang Melayu. Tanjung Malim: UPSI.

Norazit Selat et. al. (ed.). Masyarakat Melayu antara Tradisi dan Moden. Kuala Lumpur:Universiti Malaya.

Shahnon Ahmad (1993). Sastera sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

T. Thyrhaya Zein. (ed). (2005). Bahasa, Sastera dan Budaya dalam Untaian Karya. Medan:USU Press.

11