agung malaysia

28
Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia . Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960. Riwayat hidup[sunting | sunting sumber ] Diputerakan di Seri Menanti , Negeri Sembilan , Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907 . Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan Sekolah Menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga 1914 . Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku MuhammadBersama Dengan Permaisuri BagindaTuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu . Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Yang di- Pertuan Agong ke- 1 Raja Permaisuri Agong Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin Negeri Negeri Sembilan Keputeraan 24 Ogos 1895 Istana Lama Seri Menanti , Seri Menanti , Negeri Sembilan , Negeri Melayu Bersekutu , Malaya British Kemangkatan 1 April 1960 (umur 64) Istana Negara , Kuala Lumpur Mula jawatan 31 Ogos 1957 Tamat jawatan 1 April 1960 Penyandang terdahulu Penyandang kemudian Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah

Upload: keaneng87

Post on 13-Dec-2015

260 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

agung

TRANSCRIPT

Page 1: Agung Malaysia

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku MuhammadDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Diputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan Sekolah Menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga 1914.

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku MuhammadBersama Dengan

Permaisuri BagindaTuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin

Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap

Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

Yang di-Pertuan Agong ke-

1

Raja Permaisuri Agong

Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin

Negeri Negeri Sembilan

Keputeraan

24 Ogos 1895Istana Lama Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Negeri Melayu Bersekutu, Malaya British

Kemangkatan1 April 1960 (umur 64)Istana Negara, Kuala Lumpur

Mula jawatan 31 Ogos 1957

Tamat jawatan 1 April 1960

Penyandang terdahulu

Penyandang kemudian

Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah

Page 2: Agung Malaysia

tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.

Seterusnya baginda Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Titik perubahan dalam kerjaya Baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi King George V.

Dalam perjalanan ke United Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-undang. Hasrat baginda ini mendapat persetujuan Tuanku Muhammad, ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga Baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antara Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu.

Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, Baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.

Pada tahun 1933, D.Y.M.M. Tuanku Muhammad mangkat. Baginda Tuanku Abdul Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ketika itu baginda merupakan seorang peguambela dan dengan yang demikian Baginda merupakan satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguambela dan peguamcara.

Pada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama.

Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama Baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum melahirkan seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Kesembilan. Cik Engku Maimunah melahirkan dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. Baginda Tuanku Ja'afar ialah putera kedua manakala Tunku Abdullah ialah putera ketiga.

Baginda Tuanku Abdul Rahman juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya Baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera baginda.

Page 3: Agung Malaysia

Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman ShahDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah (13 Mei 1898 - 1 September 1960) merupakan Yang di-Pertuan Agong kedua yang bertakhta dari 1 April sehingga 1 September 1960, dan Sultan Selangor yang kelima.

Sultan Hisamuddin Alam Shah merupakan putera sulung kepada Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa (1898-1938) dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong, isteri orang kebanyakan. Diberi nama Tengku Alam Shah, baginda tidak dijangkakan untuk memerintah disebabkan baginda mempunyai dua orang abang.

Menerima pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Tengku Alam Shah telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 1938 setelah kemangkatan bapa baginda. Bagaimanapun, pada tahun 1942 sehingga 1945, ketika Jepun memerintah Malaya, baginda telah diturunkan takhta dan digantikan dengan saudara tiri tertuanya yang dilantik dengan gelaran Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah. Dengan kembalinya pihakBritish, Sultan Hisamuddin Alam Shah dikembalikan ke takhta, sementara bekas Sultan Musa dibuang daerah ke Kepulauan Cocos Keeling.

Sultan Hisamuddin Alam Shah telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua Malaya pada 14 April 1960 untuk tempoh penggal selama lima tahun, tetapi mangkat selepas penyakit misteri di Istana Tetamu di Kuala Lumpur pada 2 September 1960 - pada hari pertabalannya. Baginda dimakamkan di Makam Diraja di Klang, Selangor.

Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad merupakan isteri kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah, dan dari keturunan kerabat keluarga diraja Selangor, yang menjadi Tengku Ampuan Selangor dan Raja Permaisuri Agong.

Yang di-Pertuan Agong

Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin

Sulaiman Shah

Yang di-Pertuan Agong ke-

2

Raja Permaisuri Agong

Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad

Negeri Selangor

Keputeraan

13 Mei 1898Istana Bandar Temasha, Kuala Langat, Selangor, Negeri Melayu Bersekutu, Malaya British

Kemangkatan1 September 1960 (umur 62)Istana Tetamu, Kuala Lumpur

Mula jawatan 1 April 1960

Tamat jawatan 1 September 1960

Penyandang terdahulu

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

Penyandang kemudian

Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail

Page 4: Agung Malaysia

Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan JamalullailDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Almarhum Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (25 November 1920 - 16 April 2000) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga.

Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 25 November 1920, Seri Paduka Baginda Raja Perlis menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau dan meneruskan persekolahan baginda di Penang Free School. Ketika berusia 18 tahun, baginda memulakan kerjaya sebagai anggota Perkhidmatan Awam pada tahun 1938.

Pada tahun 1940, Baginda dilantik sebagai Majistret di Kangar dan kemudian ditukarkan ke Kuala Lumpur pada 1941 selepas meletusnya Perang Dunia Kedua. Baginda berkahwin dengan Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail pada 1941 dan dikurniakan dengan lima putera dan lima puteri.

Baginda menaiki takhta kerajaan negeri Perlis pada 4 Disember 1945 tetapi disebabkan oleh Perang Dunia Kedua, baginda tidak ditabalkan sehingga 12 Mac 1949. Baginda Tuanku Syed Putra ialah raja yang paling lama memerintah di Perlis, dan pada 4 Disember 1995, baginda meraikan Jubli Emas selepas memerintah selama setengah abad di Perlis. Ketika berusia 40 tahun, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ketiga dan memerintah negara sebagai Yang di-Pertuan Agong dan 21 September 1960 hingga 20 September 1965. Baginda juga menjadi Kolonel Yang di-Pertua Pasukan Renjer Diraja Malaysia. Pada 1971, baginda turut dilantik sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Yang di-Pertuan Agong

Al-Marhum Tuanku Syed Harun Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

Yang di-Pertuan Agong ke-

3

Raja Permaisuri Agong

Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail

Negeri Perlis

Keputeraan25 November 1920Arau, Perlis

Kemangkatan16 April 2000 (umur 79)Kuala Lumpur

Mula jawatan 21 September 1960

Tamat jawatan 20 September 1965

Penyandang terdahulu

Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah

Penyandang kemudian

Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III

Page 5: Agung Malaysia

Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal AbidinDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah (24 Januari 1907 - 20 September 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keempat dari Negeri Terengganu Darul Iman.

Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong Keempat, yang memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970, telah diputerakan di Kuala Terengganu pada 24 Januari 1907. Baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang ke-14 dan memerintah selama 34 tahun dan 1945 hingga 1979.

Baginda memperoleh pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Terengganu. Kemudian baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1925 ketika berusia 18 tahun, baginda menjadi Sub-Inspektor Polis dan pada 4 April 1929, baginda dilantik sebagai kadet dalam perkhidmatan Awam Terengganu. Selama lima tahun berikutnya, baginda bertugas sebagai pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada 1 Ogos 1934, baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Tanah. Pada 25 Oktober 1934, baginda dilantik pula sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Baginda ditukarkan ke Mahkamah rayuan pada 4 April 1939 sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Kemudian baginda dilantik sebagai Setiausaha Majlis Hal Ehwal Agama Islam.

Baginda menjadi Registrar Mahkamah Agung dan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tanah pada 1 Januari 1940 dan kemudiannya dilantik sebagai Majistret Kelas Satu Terengganu.

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Yang di-Pertuan Agong

Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal

Abidin III Muazzam Shah

Yang di-Pertuan Agong ke-

4

Raja Permaisuri Agong

Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja

Negeri Terengganu

Keputeraan

24 Januari 1907Kuala Terengganu, Terengganu,Negeri Melayu Tidak Bersekutu,Malaya British

Kemangkatan20 September 1979 (umur 72)Istana Badariah, Kuala Terengganu, Terengganu

Mula jawatan 21 September 1965

Tamat jawatan

20 September 1970

Penyandang terdahulu

Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail

Penyandang kemudian

Al-Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Page 6: Agung Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah)

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi

Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul

Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum

Sultan Badlishah

Yang di-Pertuan Agong ke-XIV

13 Disember 2011 – kini

Pertabalan 11 April 2012

Negeri Kedah

Pendahulu Tuanku Mizan

Raja Permaisuri

Agong

Tuanku Sultanah Hajjah Haminah

Hamidun

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-XIII

Page 7: Agung Malaysia

13 Disember 2006 – 12 Disember 2011

Negeri Kedah

Pendahulu Sultan Mizan

Pengganti

Yang di-Pertuan Agong ke-V

21 September 1970 – 20 September 1975

Pertabalan 20 Februari 1971

Negeri Kedah

Pendahulu Sultan Ismail Nasiruddin

Pengganti Sultan Yahya Petra

Raja Permaisuri

Agong

Tunku Bahiyah

Perdana Menteri Tun Abdul Razak

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-IV

21 September 1965 – 20 September 1970

Negeri Kedah

Pendahulu Sultan Ismail Nasiruddin

Pengganti Sultan Yahya Petra

Sultan Kedah ke-28

14 Julai 1958 – kini

Page 8: Agung Malaysia

Pendahulu Sultan Badlishah

Keputeraan 28 November 1927 (87 tahun)

Istana Anak Bukit, Alor

Setar,Kedah

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (diputerakan 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (21 September 1970 - 20 September 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).

Isi kandungan

1 Biografi 2 Yang di-Pertuan Agong 3 Keluarga diraja 4 Lihat juga 5 Rujukan

BiografiBaginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.[1] Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.[2]

Selain itu, baginda ialah anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)[3].

Yang di-Pertuan AgongTuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara 20 September 1965 dan 21 September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Page 9: Agung Malaysia

Sultan Abdul Halim, ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 (1970 - 1975)

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.[4]

Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.[5]

Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011 [6].

Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali[7] dan yang tertua ditabalkan (84 tahun).[8] Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.

Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telahpun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.[9]

Keluarga diraja

Page 10: Agung Malaysia

YDPA Sultan Abdul Halim diarak bersama Ratu Elizabeth II dalam kereta roda diraja British, ketika

membuat lawatan rasmi ke London pada 1974.

Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:

1. Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan

2. Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.[10]

Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Shafinaz. Baginda memiliki lima cucu.

Baginda pernah berkahwin pada awal remaja yakni sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa baginda melanjutkan pelajaran baginda ke England. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan seorang Puteri.[perlu rujukan]

Raja Muda Kedah kini ialah Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah, adinda baginda.

Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim

Page 11: Agung Malaysia

Al-Marhum Tengku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (10 Disember 1917 - 29 Mac 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keenam.

Isi kandungan

  [sorokkan] 

1   Masa awal 2   Kerjaya

o 2.1   Naik takhta 3   Anugerah lain 4   Lihat juga

Masa awalDiputerakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Tengku Yahya Petra menerima pendidikan agama semasa zaman kanak-kanak ketika baginda dibesarkan oleh ayahanda saudara Baginda, Sultan Ismail. Tengku Yahya Petra menerima pendidikan awal di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang ketika berusia 14 tahun. Selepas empat tahun menuntut di sekolah ini, Almarhum Sultan Ismail menghantar baginda menuntut di England pada1934.

Baginda berkahwin dengan Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra ketika berusia 22 tahun pada tahun 1939. Pasangan diraja ini dikurniakan seorang putera dan empat puteri. Putera tunggal Tengku Yahya Petra ialah Sultan Kelantan ke-28, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra. Empat orang puteri Baginda ialah Yang Mulia Tengku Marjan, Yang Mulia Tengku Rozan, Yang Mulia Tengku Salwani dan Yang Mulia Tengku Rohani.

Naik takhta

Tengku Yahya Petra ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan pada hari Ahad, 10 Julai 1960, dengan gelaran "Sultan Yahya Petra", untuk menggantikan ayahanda baginda, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Pada 6 Oktober 1966, Sultan Yahya Petra menjadi Kolonel Briged Artileri Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong

Al-Marhum Tengku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim

Yang di-Pertuan Agong ke-

6

Raja Permaisuri Agong

Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra

Negeri Kelantan

Keputeraan

10 Disember 1917Istana Balai Besar, Kota Bharu,Kelantan, Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British

Kemangkatan29 Mac 1979 (umur 61)Istana Negera, Kuala Lumpur

Mula jawatan 21 September 1975

Tamat jawatan 29 Mac 1979

Penyandang terdahulu

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Penyandang kemudian

Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Page 12: Agung Malaysia

Pada 22 Julai 1970, Sultan Yahya Petra dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja. Istiadat mengangkat sumpah diadakan pada 21 September 1970. Kemudian pada 19 Jun 1975, Majlis Raja-Raja memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Semasa pemerintahan Baginda sebagai Yang di Pertuan Agong, anakanda Baginda, Dulia Yang Maha Mulia Tengku Ismail Petra menjadiPemangku Sultan.

Sultan Yahya Petra mangkat ketika masih menjadi Yang di-Pertuan Agong, iaitu pada 29 Mac 1979.

Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Sultan Ahmad Shah

Sultan Pahang Moden ke-V

Pahang Darul Makmur

Pemerintahan 8 Mei 1974 – kini

Page 13: Agung Malaysia

Pendahulu Sultan Abu Bakar

Raja Muda Tengku Abdullah

Pasangan Sultanah Kalsom binti Abdullah(k. 1991)

Tengku Afzan (k. 1954-1988)

Anakanda

Tengku Meriam

Tengku Muhaini

Tengku Aishah

Tengku Abdullah

Tengku Abdul Rahman

Tengku Nong Fatimah

Tengku Shahariah

Tengku Abdul Fahd Mu'adzam

Nama penuh

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan

Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah

Kediaman Istana Abu Bakar, Pekan,Pahang

Ayahanda Sultan Abu Bakar

Bonda Raja Fatimah

Keputeraan 24 Oktober 1930 (84 tahun)

Istana Mangga Tunggal,Pekan, Pahang, Negeri

Melayu Bersekutu, Malaya British

Agama Islam

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni

Page 14: Agung Malaysia

Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-

Muadzam Shah

Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-VII

Tempoh pemerintahan 26 April 1979 - 25 April 1984

Didahului oleh Sultan Yahya Petra Kelantan

Diikuti oleh Sultan Iskandar Johor

Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail

Sultan Iskandar

Sultan Johor Moden ke-IV

Johor Darul Takzim

Pemerintahan 11 Mei 1981 - 22 Januari 2010

Page 15: Agung Malaysia

Pendahulu Sultan Ismail

Pengganti Sultan Ibrahim Ismail

Raja Muda Tunku Ibrahim Ismail

Pasangan Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima

Raja (k. 1961-2010)

Josephine Ruby Trevorrow (k. 1956-1962)

Anakanda

1. Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah

2. Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah

3. Tunku Ibrahim Ismail

4. Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

5. Tunku Mariam Zaharah

6. Tunku Norani Fatimah

7. Tunku Maimunah Ismailiah

8. Tunku Abdul Majid

9. Tunku Muna Najiah

10. Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahira Iskandariah

Nama penuh

Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi

Kediaman Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor

Ayahanda Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim

Bonda Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad

Keputeraan 8 April 1932

Istana Semayam, Johor Bahru,Johor, Negeri Melayu

Page 16: Agung Malaysia

Tidak Bersekutu, Malaya British

Kemangkatan 22 Januari 2010 (umur 77)

Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor

Dimakamkan 23 Januari 2010

Makam Diraja Mahmoodiah,Johor Bahru, Johor

Agama Islam

Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-

Khalidi

Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-VIII

Tempoh pemerintahan 26 April 1984 - 25 April 1989

Didahului oleh Sultan Ahmad Shah Pahang

Diikuti oleh Sultan Azlan Shah Perak

  

Page 17: Agung Malaysia

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Sultan Perak ke-XXXIV

Perak Darul Ridzuan

Pemerintahan 3 Februari 1984 - 28 Mei 2014

Pendahulu Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II

Pengganti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Raja Muda Raja Nazrin Shah

Pasangan Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali (k. 1955-2014)

Pendidikan

Page 18: Agung Malaysia

Belajar di Government English School, Batu Gajah, kini dinamai SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

Belajar bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953.

23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.

Kerjaya

Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu

sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen. Menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. 1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang

merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel. 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian

Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.

Page 19: Agung Malaysia

Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Al-Marhum Tuanku Jaafar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (19 Julai 1922 - 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesepuluh. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922,Klang, Selangor. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

Isi kandungan

  [sorokkan] 

1 Latar belakang 2 Kes saman Standard Chartered Bank 3 Kemangkatan 4 Lihat juga 5 Rujukan

Latar belakangTuanku Ja’afar menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Seri Menanti, Kuala Pilah dari 1928 hingga 1933. Memandangkan baginda merupaka pelajar yang bijak dan rajin, Tuanku Ja’afar mendapat tempat diKolej Melayu Kuala Kangsar. Ketika tujuh tahun di sana iaitu dari 1933 hingga 1940, baginda menampilkan ketokohan dalam memimpin dan merupakan Ketua Pelajar dari 1939 hingga 1940.

Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Melayu, Tuanku Ja’afar memasuki Raffles College di Singapura. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu akibat tercetusnya Perang Dunia II. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, baginda berkhidmat sebagai Pejabat Tanah di Seremban dan Pegawai Daerah Rembau dari 1946 hingga 1947.

Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Yang di-Pertuan Agong ke-

10

Raja Permaisuri Agong

Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin

Negeri Negeri Sembilan

Keputeraan19 Julai 1922Klang, Selangor

Kemangkatan27 Disember 2008 (umur 86)Hospital Tuanku Jaafar, Seremban,Negeri Sembilan

Mula jawatan 26 April 1994

Tamat jawatan 25 April 1999

Penyandang terdahulu

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

Penyandang kemudian

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah

Page 20: Agung Malaysia

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam ShahDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni

Almarhum Sultan Hishamuddin Alam

Shah Al-Haj

Yang di-Pertuan Agong ke-XI

26 April 1999 - 21 November 2001

Pertabalan 23 September 1999

Negeri Selangor

Pendahulu Tuanku Jaafar

Pengganti Tuanku Syed Sirajuddin

Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah

Page 21: Agung Malaysia

PendidikanBaginda belajar di Sekolah Melayu Pengkalan Batu, Klang pada 1934 dari darjah 1 hingga 6. Antara rakan sekolahan baginda ialah Ishak Bidin (74). 1936 melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar hingga Disember, 1941 apabila meletus Perang Dunia Kedua .1947-1949 belajar pula di School of Oriental and African Studies, Universiti London .

Baginda merupakan peminat burung terutama burung kakak tua. Pada masa lapang baginda bermain golf dan bersiar-siar dengan kereta antik.

KerjayaPernah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Pelatih Jabatan Ukur Negeri Selangor dan kemudiannya dilantik sebagai Nazir Sekolah selama lapan bulan. 1952 menyertai Askar Melayu di Port Dickson selama enam bulan dan ditauliahkan Queen Commission dengan pangkat Kapten dan kemudian Mejar.

Dilantik sebagai Tengku Laksamana Selangor pada 1 Ogos 1946 dan sebagai Raja Muda Selangor pada 13 Mei 1950.

Pada 1 September 1960, Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj mangkat , Sultan Salahuddin dilantik sebagai Sultan Selangor pada 3 September 1960 dan ditabal sebagai Sultan pada 26 Jun 1961.[1]

Page 22: Agung Malaysia

Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail

Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-

Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Yang di-Pertuan Agong ke-XII

13 Disember 2001 – 12 Disember 2006

Pertabalan 25 April 2002

Negeri Perlis

Pendahulu Sultan Salahuddin Abdul

Aziz Shah

Pengganti Tuanku Mizan

Raja Permaisuri Agong Tengku Fauziah

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah NegeriPerlis Indera Kayangan sejak 24 April 2002 hingga sekarang.Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943. Baginda merupakan putera

Page 23: Agung Malaysia

kedua daripada 10 putera dan puteri Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Tengku Budriah Tengku Ismail.

Pemerintahan baginda bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.

Baginda ditabal menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.

Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan.

.

Sultan Mizan Zainal AbidinDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Page 24: Agung Malaysia

Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni

Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi

Billah Shah

Yang di-Pertuan Agong ke-XIII

13 Disember 2006 – 12 Disember 2011

Pertabalan 26 April 2007

Negeri Terengganu

Pendahulu Tuanku Syed Sirajuddin

Pengganti Sultan Abdul Halim

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah

Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi

Datuk Seri Mohd Najib Tun

Razak

Kehidupan dan pendidikan awal[sunting | sunting sumber]

Page 25: Agung Malaysia

Baginda telah dilahirkan pada 22 Januari, 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di luar negara di pusat pendidikan berprestij iaitu Geelong Grammar School di Geelong, Australia. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di Universiti Antarabangsa Amerika Syarikat-Eropah (kini dikenali sebagai Universiti Antarabangsa Alliant) di London, baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengkhususan Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988.

Sultan Abdul Halim Mu’adzam ShahDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah)

Page 26: Agung Malaysia

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul

Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Yang di-Pertuan Agong ke-XIV

13 Disember 2011 – kini

Pertabalan 11 April 2012

Negeri Kedah

Pendahulu Tuanku Mizan

Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajjah Haminah Hamidun

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Biografi[sunting | sunting sumber]

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.[1] Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.[2]

Page 27: Agung Malaysia

Selain itu, baginda ialah anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)[3].

Yang di-Pertuan AgongTuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara 20 September 1965 dan 21 September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Sultan Abdul Halim, ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 (1970 - 1975)

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.[4]