karangan minta duit dgn ayah utk gi rombongan

2
Baca contoh karangan surat kiriman tidak rasmi di bawah. Terdapat kesalahan- kesalahan bahasa seperti perbendaharaan kata ( ____ ), struktur ayat ( ^^^^^^ ), imbuhan ( = ), tanda baca ( O ) dan ejaan ( / ) dalam karangan ini. Kesalahan format juga boleh didapati. Anda dikehendaki mengenalpasti kesalahan-kesalahan ini dan nyatakan pembetulannya. Tarmili Bin Sahlan Taman Tanjung Ram Jalan Sengal Butan 7552525 Melaka 20hb. Ogos, 2009 Kehadapan yang diingati papaku yang kini berada di Kuantan, Pahang dengan selamatnya. Papa, Di masa saya menulis surat ini saya dan nenek berada di dalam kandongan sihat dan di harap bagi pihak papa dan mami begitu juga hendaknya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta kebenaran dari papa untuk pergi rombongan melawat bandar Melaka. Saya harap papa dapat hantar wang sebanyak RM 50.00 Rombongan kami akan pergi melawat Zoo Melaka, Taman Buaya, Mini Malaysia, Muzium Negeri, dan lain-lain lagi. Saya berharap papa dapat mengirimkan dengan segera wang itu. Sekian, terima kasih. Yang Benar Tarmili (Tarmili bin Sahlan) Satu rombongan ke Melaka dianjurkan oleh pihak sekolah anda. Tulis sepucuk surat untuk ayah di kampung untuk meminta persetujuan dan wang belanja. Tarmili Bin Sahlan, Taman Tanjung Ram, Jalan Sengal Butan, 7552525 Melaka. 20 Januari 2009. Ke hadapan ayahanda yang dikasihi yang kini berasa di Kuantan, Pahang, semoga berada dalam keadaan sihat.

Upload: salahhuddin-salleh

Post on 31-Jul-2015

159 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

nak pergi rombongan

TRANSCRIPT

Page 1: karangan Minta Duit Dgn Ayah Utk Gi Rombongan

Baca contoh karangan surat kiriman tidak rasmi di bawah. Terdapat kesalahan-kesalahan bahasa seperti perbendaharaan kata ( ____ ), struktur ayat ( ^^^^^^ ), imbuhan ( = ), tanda baca ( O ) dan ejaan ( / ) dalam karangan ini. Kesalahan format juga boleh didapati. Anda dikehendaki mengenalpasti kesalahan-kesalahan ini dan nyatakan pembetulannya.

Tarmili Bin SahlanTaman Tanjung

RamJalan Sengal Butan7552525 Melaka

20hb. Ogos, 2009

Kehadapan yang diingati papaku yang kini berada di Kuantan, Pahang dengan selamatnya.

Papa,

Di masa saya menulis surat ini saya dan nenek berada di dalam kandongan sihat dan di harap bagi pihak papa dan mami begitu juga hendaknya.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta kebenaran dari papa untuk pergi rombongan melawat bandar Melaka.

Saya harap papa dapat hantar wang sebanyak RM 50.00

Rombongan kami akan pergi melawat Zoo Melaka, Taman Buaya, Mini Malaysia, Muzium Negeri, dan lain-lain lagi.

Saya berharap papa dapat mengirimkan dengan segera wang itu.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar

Tarmili(Tarmili bin Sahlan)Satu rombongan ke Melaka dianjurkan oleh pihak sekolah anda. Tulis sepucuk surat untuk ayah di kampung untuk meminta persetujuan dan wang belanja.

Tarmili Bin Sahlan,Taman Tanjung Ram,

Page 2: karangan Minta Duit Dgn Ayah Utk Gi Rombongan

Jalan Sengal Butan,7552525 Melaka.

20 Januari 2009.

Ke hadapan ayahanda yang dikasihi yang kini berasa di Kuantan, Pahang, semoga berada dalam keadaan sihat.

Ayahanda,Pada masa anakanda melayangkan warkah ini, anakanda dan

nenda berasa dalam keadaan sihat dan diharapkan ayahanda dan keluarga di sana begitu juga.

Tujuan anakanda melayangkan warkah ini adalahj untuk meminta kebenaran daripada ayahanda untuk menyertai rombongan yang dianjurkan oleh sekolah anakanda.

Rombongan itu akan melawat ie beberapa tempat menarik di Melaka. Lawatan itu akan diadakan pada 25 Mac 2009. Rombongan kami dijangka akan melawat Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dan Asean, Muzium Budaya, dan Muzium Samudera.

Untuk tujuan tersebut, anakanda memerlukan wang sebanyak RM50.00. Bayaran tambang dan penginapan adalah RM30.00 dan selebihnya sebagai wang saku.

Anakanda berharap agar dapatlah kiranya ayahanda membenarkan anakanda menyertai rombongan tersebut dan dapat mengirimkan wang dengan segera.

Akhir kata, sambutlah sembah salam daripada anakanda dan nenda untuk ayahanda dan keluarga di sana. Sekian.

Yang benar,

Tarmili(Tarmili bin

Sahlan)