karangan berformat ucapan 2.docx

3
KARANGAN BERFORMAT UCAPAN FORMAT KARANGAN UCAPAN Pengenalan Karangan jenis ucapan dimulakan dengan kata-kata sambutan Kata-kata sambutan hendaklah disusun mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing. Isi Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin. Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan. Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirin yang dihormati sekalian. Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun atau peribahasa supaya menjadi lebih menarik. Penutup Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat. Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin yang teristimewanya tokoh yang diraikan. Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun, puisi, dan kata-kata indah. Contoh-contoh panggilan untuk kata sambutan.

Upload: rubieybiey

Post on 06-Sep-2015

56 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KARANGAN BERFORMAT UCAPANFORMAT KARANGAN UCAPANPengenalanKarangan jenis ucapan dimulakan dengan kata-kata sambutanKata-kata sambutan hendaklah disusun mengikut protokol atau tingkat kedudukan masing-masing.IsiIsi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin.Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan.Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirinyangdihormati sekalian.Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun atau peribahasa supaya menjadi lebih menarik.PenutupPenutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat.Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin yang teristimewanya tokoh yang diraikan.Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun, puisi, dan kata-kata indah.Contoh-contoh panggilan untuk kata sambutan.Pangkat/ GelaranCara Menggunakan Panggilan

YangDi Pertuan AgongDuli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang Dipertuan Agong

Yang Dipertua NegeriTuan Yang Terutama

Raja Muda/ Tengku MahkotaDuli Yang Teramat Mulia

Perdana Menteri MalaysiaYang Amat Berhormat

Timbalan Perdana MenteriYang Amat Berhormat

Menteri Besar / Ketua MenteriYang Amat Berhormat

Menteri/ TimbalanYang Amat Berhormat

Wakil Rakyat/AdunYang Berhormat

Ahli Dewan Negara/ SenatorYang Berhormat Senator

Pegawai Tinggi Kerajaan NegeriSetiausaha Kerajaan NegeriPegawai Kewangan NegeriPenasihat Undang-UndangYang Berhormat

Ketua Hakim NegaraYang Amat Arif Tun/ Tan Sri Datuk

Pengetua/Guru BesarYang Berusaha

Contoh Karangan Ucapan

Anda diminta untuk menyediakan sebuah ucapan sempena Hari Guru. Sediakan sebuah teks ucapan yang lengkap.Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru.Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid, inginmengucapkan selamat menyambut Hari Gurukepada semua guru di sekolah ini.Hadirin sekalian,Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.Rakan-rakan sekalian,Guru ialah insanyang mendidik,mengasuh dan membimbingkita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.Guru juga merupakanibu bapa kepada kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.Rakan sekalian,Guru adalah orang yang sering memberisemangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.Sesungguhnya,jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .Sekian , terima kasih.