k’s (karangan).docx

Upload: kelly-tan

Post on 10-Jan-2016

215 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Keluarga menjadi tulang belakang kejayaan seseorang anak. Tanpa sokongan dan dorongan keluarga tentu sukar untuk menikmati kejayaan tersebut. Berikan pendapat anda tentang dorongan dan sokongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak dalam bidang pendidikan.

Rangka Jawapan1. Pendahuluan Tunggak kejayaan anak-anak berkait dengan ibu bapa. Ibu sanggup melakukan apa-apa sahaja agar anak-anak tidak tercicir. Ibu bapa berusaha memastikan kejayaan anak-anak. Pelbagai modus dilakukan ibu bapa.2. Isi-isi(a) Ibu bapa menjadi ikon terpenting kepada anak-anak. Ibu bapa sewajarnya menerapkan budaya ilmu. Ibu bapa bersama-sama membaca dan menelaah dengan anak-anak. Menunjukkan contoh dengan budaya membaca. Menerangkan kepentingan ilmu. Keadaan persekitaraan mempengaruhi anak-anak.(b) Melahirkan keluarga yang harmoni. Terjalan hubungan yang erat antara ahli keluarga Menyelesaikan krisis bukannya berpisah Masalah diselesaikan dengan perbincangan agar tidak berlarutan. Anak-anak akan mengalami stress(c) Sering melahirkan kata-kata peransang. Kata-kata perangsang menjadi faktor kejayaan Pelajar yang gagal boleh berjaya jika diberikan kata-kata semangat. Jangan berikan respons yang kurang baik(d) Bantuan kewangan Memberikan segala kemudahan yang terbaik. Menghantar anak-anak ke kelas tuisyen Persekitaran yang kondusif Peralatan belajar yang lengkap Yuran dapat dilangsaikan tanpa sebarang masalah Beri penghargaan atas pencapaian anak.(e) Pengorbanan masa Keprihatinan ibu bapa Memberikan dorongan dengan cara meluangkan masa Meluangkan masa untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Sentiasa menghubungi pihak sekolah3. Penutup Sokongan dan dorongan ibu bapa kunci kecemerlangan anak-anak. Anak-anak juga perlu sedar tanpa pendidikan mereka bagai perahu tanpa arah yang terumbang-ambing.

Tiada sesiapa dapat menyangkal bahawa tunggak kejayaan seseorang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh faktor sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga terutamanya ibu bapa. Anda tanyalah kepada anak-anak cemerlang di luar sana, maka tiada seorang pun yang meyatakan bahawa ibu bapa mereka tidak langsung melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan peningkatan akademik anak-anak. Bagi ibu bapa yang benar-benar sedar akan kepentingan pelajaran dalam kehidupan terutama dalam menempuh arus pemodenan dan dunia globalisasi hari ini, mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja demi memastikan anak-anak mereka tidak tercicir. Tuntutan semasa yang menghendaki semua rakyat Malaysia perlu bergerak seiring dengan hasrat kerajaan yang mahukan rakyat memiliki minda kelas pertama menyebabkan ibu bapa zaman ini tidak mahu berasa ketinggalan untuk bersama-sama kerajaan dalam merealisasikan hasrat murni ini. Dalam usaha untuk memastikan kejayaan anak-anak berada pada tahap yang membanggakan dan memberangsangkan, pelbagai modus telah dijalankan supaya program mereka tidak di bawah takuk yang lama. Salah satu penguat kepada kejayaan mereka ialah sokongan dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak. Bapa borek, anak rintik, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kedua-dua peribahasa ini jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam menjadi ikon yang ideal kepada anak-anak. Dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang berilmu ibu bapa sewajarnya turut bersama-sama menerapkan budaya ilmu dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, ketika si anak sedang menelaah, ibu bapa boleh duduk bersama-sama mereka membaca buku atau menyemak pelajaran mereka. Bukan itu sahaja, bagi ibu bapa yang berpelajaran, sedikit sebanyak ilmu tersebut wajar diperturun kepada anak-anak. Selain itu pada pendapatan saya, budaya membaca yang merupakan jambatan ilmu seharusnya mendarah daging dalam kehidupan kita. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik dengan tidak membuang masa begitu sahaja, sebaliknya mengisi masa dengan perkara-perkara berilmiah seperti membaca buku, mengadakan perbincangan ilmu dan sebagainya. Lebih bagus andainya seluruh ahli keluarga dapat melibatkan diri dalam usaha murni ini. Dalam masa yang sama, ibu bapa perlu menerangkan kepentingan ilmu kepada pelapis pimpinan negara ini. Berlandaskan usaha-usaha seperti ini, sedikit sebanyak pastinya akan mendorong anak-anak untuk terus berusaha dan tidak menghampakan harapan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain kerana sesuangguhnya keadaan persekitaran sangat mempengaruhi pembentukan jiwa muda-mudi ini.Pada pendapat saya juga, keadaan keluarga yang harmoni juga menjadi pemangkin kepada kecemerlangan bakal-bakal pemimpin negara ini. Ibu bapa hendaklah memastikan terjalinnya hubungan yang erat dan baik antara ahli keluarga untuk mengelakkan wujudnya perasaan tertekan dalam jiwa anak-anak. Hubungan yang baik juga perlu diamalkan antara adik-beradik misalnya seperti sentiasa bertolak ansur, sayang-menyayangi dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Selain itu, amat penting bagi pasangan ibu bapa yang menghadapi krisis untuk meyelesaikan masalah mereka dan tidak sesekali mengambil keputusan untuk berpisah. Bak kata peribahasa, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. Setiap masalah yang timbul dalam keluarga hendaklah diselesaikan dengan baik melalui perbincangan dan tidak boleh dibiarkan berlarutan. Hal ini kerana, anak-anak yang berada dalam persekitaran yang tidak harmoni sering mengalami stress serta tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di sekolah. Mereka sering kali terlibat dalam gejala negatif untuk melampiaskan tekanan jiwa yang menyeksa mereka seterusnya mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Oleh itu, sebagai ibu bapa prihatin yang sama-sama menyimpan harapan menggunung untuk melibat anak-anak berjaya ke manara gading, segala arah yang mengganggu keharmonian keluarga perlulah dijauhkan, bak kata peribahasa, jangan pula sudah terhantuk, baru nak tengadah.Kata-kata perangsang daripada ibu bapa, ahli keluarga, guru-guru dan rakan-rakan yang mendorong saya untuk mencapai kecermerlangan ini, kata Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan tahun 2005 dengan pencapaian 17 1A. Jelaskan di sini, kata-kata perangsang menjadi salah satu faktor kejayaan seseorang pelajar itu. Kata-kata perangsang sebenernya boleh menaikkan semangat seseorang pelajar untuk lebih berjaya. Contoh-contoh kata perangsang ialah Anda boleh Jangan putus asal, Anda Samsul Kamal boleh terus mencuba dan sebagainya. Doktor Fadzillah kamsah ada menyatakan bahawa pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan, tetapi jika kaum keluarga sendiri sering memberikan kata-kata semangat supaya dia berjaya, dengan izin dia boleh berjaya. Hal ini kerana, dengan semangat yang sentiasa diberi, dia sendiri akan mencuba dan terus mencuba untuk berjaya dalam peperiksaan. Ibu bapa dan ahli keluarga yang lain diharapkan tidak sekali-kali melemahkan semangat anak-anak terutamanya memberikan respons yang kurang baik apabila anak-anak tidak cemerlang seperti yang diharapkan dalam bidang akademik. Hal ini sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap jiwa dan perasaan anak-anak sekali gus mampu mengganggu gugat prestasi akademik mereka. Elakkan juga daripada melemparkan kata-kata kurang marus terhadap anak-anak kerana kata-kata ibu bapa ibarat satu doa. Oleh itu, kata-kata perangsang ialah pemangkin dalam memastikan kejayaan anak-anak.Antara sokongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga dalam memacu kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran ialah dari segi bantuan kewangan. Hal ini adalah penting untuk memastikan anak-anak dapat meneruskan pelajaran dengan segala kemudahan yang terbaik agar anak-anak lebih bermotivasi seterusnya dapat melebarkan sayap mereka untuk menggapai kecemerlangan dan kegemilangan pada masa hadapan. Sebagai tamsilan, ibu bapa bolehlah mengambil langkah menghantar anak-anak ke kelas tuisyen, terutamanya subjek-subjek yang dirasakan kritikal. Dengan adalah kelas tuisyen, anak-anak dapat memantapkan pemahaman tentang apa yang dipelajari di sekolah sekali gus dapat bertukar-tukar pendapat dendan pelajar-pelajar lain untuk meluaskan ilmu pengetahuan. Di samping itu, untuk memastikan anak-anak dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif, ibu bapa perlulah menyediakan segala peralatan belajar mereka seperti alat tulis serta buku rujukan yang lengkap. Hal ini akan memudahkan pelajar ketika belajar serta menjadikan mereka lebih bersemangat semasa menelaah pelajaran. Bukan itu sahaja, kewangan yang kukuh penting untuk menjamin segala yuran pelajaran anak-anak dapat dilunaskan tanpa sebarang kesulitan. Selain itu, anak-anak menunjukkan peningkatan dalam pelajaran perlu diberi penghargaan atas pencapaian baik mereka. Dengan cara ini, mereka akan terasa lebih dihargai dan lebih bermotivasi untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Oleh itu, dorongan dari aspek kewangan adalah penting untuk memastikan kecemerlangan dalam pelajaran.Tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak kata. Selain sokongan dan dorongan dari aspek kewangan, masa juga menjadi salah satu faktor yang membawa kepada pencapaian cemerlang dalam pendidikan anak-anak. Tidak percaya? Tanyalah sendiri kepada rakan-rakan kita yang telah menaikkan nama baik ibu bapa mereka dalam dunia pendidikan tanah air. Jika ditanyakan kepada mereka, apakan rahsia kejayaan mereka, sudah semestinya salah satu jawapannya ialah keprihatinan ibu bapa terhadap pencapaian akademik walaupun sibuk dengan urusan harian. Dengan pengakuan itu, jelaslah terbukti bahawa ibu bapa boleh memberikan dorongan dengan cara seperti meluangkan masa bersama anak-anaknya, terutama bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan peringkat nasional seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Menengah Rendah (PMR) mahupun Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini sedikit sebanyak memberi impak terhadap semangat dan emosi anak-anak walaupun hanya sebesar zarah.Konklusinya, sokongan dan dorongan keluarga ialah satu kunci ke arah kecemerlangan anak-anak dalam bidang pelajaran agar mereka dapat menjadi model insan yang ideal pada masa hadapan, seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Namun begitu, jika tiada kesedaran dalam diri anak-anak sendiri, segala-galanya diimpikan hanya kekal sebagai angan-angan yang manis. Anak-anak merdeka, pemacu pembangunan seharusnya sedar dalam era globalisasi ini, tanpa pendidikan kita bagai perahu tanpa arah yang terumbang-ambing dalam lautan luas yang penuh dengan pencaroba. Ingatlah, pendidikan merupakan perisai dalam menghadapi dunia tanpa sempadan. Oleh itu, keluarga haruslah memberi segala sokongan dan dorongan yang diperlukan oleh anak-anak agar insan seimbang fizikal dan mental dapat dilahirkan, selaras dengan cabaran-cabaran dalam Wawasan 2020. Mari kita sama-sama berganding bahu untuk membina generasi masa depan yang mampu mempertahankan kedaulatan negara Malaysia kita.

Ada pihak yang berpendapat bahawa keruntuhan institusi kekeluargaan merupakan punca utama masalah sosial dalam kalangan murid pada zaman sekarang. Jelaskan pernyataan ini.

Masa bergerak pantas kerana pejam celik sahaja kita sudah berada dalm alaf millemium di samping menyelusuri, meniti dan menghambati abad yang mendatang. Kehidupan manusia pada abad ke-21 sudah berada jauh dalam tamadun terutamanya dalam mengharungi era globalisasi apabila IT menjadi wahana sejagat. Sayang dan malang sekali di sebalik kemajuan tanah tumpah darah kita, memang dapat kita nampakkan penularaan kemelut sosial dalam kalangan murid yang menjadi semakin parah dan dahsyat maka memang tidak ada sesiapa yang dapat menafikan hakikat dan kebenaran bahawa pelajar-pelajar kini sering menghadapi dan mendepan masalah sosial yang beitu kronik, termasuklah ponteng kelas, menghisap rokok, vandalisme, menagih dadah dan juga gengsterisme.Kalau tidak ada angin masakan pokok akan bergoyang. Justeru, faktor-faktor atau punca-punca yang mengakibatkan dan menyebabkan pelajar terjebak ke dalam gejala sosial boleh dikaitkan dengan media massa, pengaruh rakan sebaya dan perkembangan teknologi yang serba canggih. Namun begitu, angka-angka daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat membuktikan bahawa faktor utama yang betul-betul menyumbangkan penglibatan pelajar dalam sebarang masalah sosial ialah keruntuhan institusi kekeluargaan. Cepu kepala kita terus bersipongang dengan tanda tanya, bagaimanakah keruntuhan institusi kekeluargaan dapat mencebohkan masa depan yang begitu cerah seseorang pelajar atau remaja? Persoalan ini akan dikupas secara mendalam dan terperinci walaupun persoalan ini memang sukar dirungkai dan dilerai.Sementelahan (sementelah) itu, walaupun setiap penyakit seharusnya dan semestinya ada penawarnya, namun setiap penyakit juga dapat patut ada puncanya. Apakah punca lain yang mendorong dan menyumbangkan berlakunya peristiwa tentang remaja yang sanggup membelakangi peraturan dan mengetepikan undang-undang? Tidak lain dan tidak bukan pasti berpunca daripada keluarga yang bercerai-berai kerana anak-anak yang hidup dalam keluarga sebegitu sememangnya mengalami ketandusan kasih sayang daripada ibu bapa sebagai impaknya anak-anak sanggup menyertai gengsterisme dan sanggup melakukan jenayah. Mereka sering bergelut dengan masalah yang tidak bernoktah lantas sukma yang resah telah menguasai diri dan hawa nafsu walaupun perbuatan sebegini salah maka semata-mata ingin menarik perhatian ibu bapa di samping meredakan tekanan yang dihadapi. Memandangkan semakin ramai pelajar yang terjerumus ke dalam lembah hina asalkan daripada keluarga yang bercerai-berai, berjayakah laungan kempen Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera jika ramai remaja masih gagal membebaskan diri daripada rantaian ortodoks ( prinsip/ agama/ betul)Tepuk dada, tanya selera!Sebagai mukadimah huraian dan kupasan, hujah perbincangan akan didalami dan diserat serta dibugar dari perspektif keburukan dan kedangkalan sikap serta pemikiran ibu bapa. Peribahasa Melayu pernah berkata bahawa bapa borek, anak rintik memang bersesuaian dan berpadanan, kata ibu bapa sendiri terlibat dengan kegiatan yang keji dan berdosa termasuklah ketagihan dadah, arak dan judi di samping seks rambang akan mengakibatkan anaknya terikut-ikut. Hakikat yang lebih menakutkan dan mencemaskan masyarakat kini ialah anak-anak menganggap kegiatan yang hina ini sebagai trend dan haruslah dilakukan oleh setiap remaja. Rentetan itu, kebanyakan ibu bapa tidak dan kurang menerapkan dan mempraktikkan teladan yang baik dalam sanubari anak dan perbuatan ini sungguh bertentangan, berselisih dan berlawanan dengan peribahasa Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sehubungan gendan itu, anak-anak yang berada dalam zaman globalisasi ini biasanya tidak dapat membezakan antara intan dengan kaca yakni tingkah laku yang bauk dan mulia dengan tingkah laku yang keji dan buruk. Sesungguhnya, ibu bapa yang sanggup mengamalkan peri laku yang melampau batas dan melanggar susila memang tidak dapat melahirkan dan membentuk anak yang pandai bertafakur (merenung) sejenak dan muhasabah diri, bak kata pepatah seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.Sebagai meneruskan kesinabungan dan kelangsungnya perbincangan isu dan fakta yang sedang dibahaskan di atas akan cuba ditinjau dan dilihat pula dari aspek penderaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penderaan berlaku apabila ibu bapa tertekan dan ingin melepaskan stres secara fizikal terhadap anak-anak. Ibu bapa yang mengalami tekanan tinggi akan memukul dan menyepak anak-anak sehingga mereka mengalami cedera parah maka hal ini akan mengakibatkan dan menyebabkan anak-anak menjadi agresif, seterusnya menjadi pembuli di sekolah seperti kata pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Biasanya ibu bapa yang telah mendera anak mereka tidak ada rasa bersalah maka begitulah anak mereka. Ana-anak akan tidak berhenti-henti membuat sesuatu yang buruk walaupun sebarang dendam telah dijalankan. Dengan sikap yang digoda oleh nafsu kebinatangan akan menumpulkan perasaan kemanusiaan mereka. Malahan sikap keakuan mula melonjak-lonjak dalam salur darah mereka. Kesemua implikasi ini adalah disebabkan kegagalan institusi kekeluargaan. Sesungguhnya, keluarga seharusnya dan sememangnya menjadi pelindung anak-anak, namun kini kebanyakan ibu bapa gagal menyediakan keluarga yang selamat dan sejahtera. Pada hakikat itu, penderaan anak-anak ataupun keganasan rumah tangga menjurus kepada pelbagai penyakit kronik dalam masyarakat meskipun gelombang laungan kempen Rumahku Syurgaku ters dipergiatkan.Kupasan tentang tajuk dan isu di atas tidak harus ada titik noktahnya maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, tinjauan saya pula dari aspek pasangan yang mendirikan rumah tangga pada usia yang terlalu muda maka tidak mendalami ilmu keibubapaan. Biasanya, hal ini berlaku apabila gadis-gadis liar terlanjurlah mengandung. Pemuda dan pemudi pasti belum lagi bersedia untuk membina keluarga maka adakalanya ibu muda menjadi ibu tunggal apabila pasangannya tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya. Sebagai kesannya ibu-ibu muda ini gagal melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik dan menguruskan anak-anak menyebabkan tingkah laku anak-anak menjadi liar. Bak kata pepatah kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Peribahasa Melayu ini agak bersesuai dengan keadaan ini iaitu jikalau pemuda-pemudi hendaklah berfikiran bernas sebelum membuat sesuatu yang membelakangi peraturan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Anak-anak yang dilairkan oleh gadis-gadis muda memang tidak dapat didik dalam keadaan baik.Setelah membahas, mengupas dan menghuraikan segala isu dan permasalahan serta faktor secara terperinci lagi mendalam maka saya dapat membuat rumusan bahawa hubungan erat dalam institusi kekeluargaan amat penting untuk melahirkan generasi yang sihat dari semua segi, iaitu minda sahsiah dan fizikal kerana pemuda harapan, pemudi tiang negara seperti yang diuar-uarkan pada masa kini. Ayuk rakyat Malaysia, keluarga sememangnya dan seharusnya serta semestinya diletakkan dan dijadikan sebagai faktor perdana atau faktor penentu untuk mencorakkan kualiti hidup anak-anak pada masa ini kerana rumahku, syurgaku.

Rangka karangan SPM Bahagian B (soalan ke-2) Berkaitan Peranan Keluarga/ Ibu bapa.Cabaran 1Keluarga merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan anak-anak dalam pelajaran mahupun penbentukan sahsiah yang baik. Ulaskan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang.

Pendahuluan Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan anak-anak pembetukan sahsiah bermula di rumah kesibukan ibu bapa menyebabkan anak-anak membesar tanpa kasih saying dan arah haluanIsi penting Ibu bapa perlu bertanggungjawab memberikan didikan agama dan moral mengajar sendiri menghantar anak ke kelas tuisyen, kelas agama, atau pusat didikan akhlak anak-anak berakhlak mulia Ibu bapa perlu menjadi suri teladan berjaya dalam bidang yang diceburi anak-anak meniru langkah laku ibu bapa ibu bapa tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan maruah diri dan keluarga Pemantauan dan kawalan ibu bapa terhadap anak-anak pergaulan anak-anak perlu diawasi pemilihan kawan amat penting pengaruh rakan sebaya boleh menjejaskan kecemerlangan anak-anak Pembentukan sebuah keluarga bahagia ibu bapa jangan terlalu sibuk dengan tugas harian meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak memberikan kasih saying yang secukupnya- keluarga bahagia membentuk kecemerlangan sahsiah dan akademik anak-anak Ibu bapa perlu meyediakan kemudahan fizikal dan fisiologi yang secukupnya anak-anak dapat belajar dengan sempurna makanan yang sihat menjamin kesihatan anak-anakPenutupKecemerlangan anak-anak dapat mengelakkan sebarang risiko keruntuhan akhlak-akhlak yang baik menjamin pembentukan generasi akan datang yang harmoni dan sejahteraCabaran 2Pihak kerajaan berhasrat agar setiap keluarga mempunyai sebuah komputer. Berdasarkan penyatakaan di atas, anda diminta memberikan pendapat tentang keperluan setiap keluarga memiliki sebuah komputer dan bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai?

PendahuluuanNegara kita sedang menuju kea rah pentadbiran berasaskan teknologi maklumat komputer adalah alat terpenting dalam menjanakan teknologi ini kerajaan menjalankan Kempen Satu Rumah Satu Komputer sebagai persediaan agar semua keluarga memiliki sekurang-kurang sebuah komputer

Isi penting Membantu anak-anak-anak menguasai pengendalian komputer dan perisiannya dengan lebih cekap komputer yang disediakan di sekolah tidak dapat menampung bilangan pelajar yang begitu banyak Dapat mengelakkan anak-anak daripada melepak atau membazirkan masa di pusat-pusat siber ibu bapa dapat memantau penggunaan komputer anak-anak di rumah mengelakkan anak-anak mlayari laman web berunsurkan negatif Memudahkan urusan harian urusan keluarga dapat diselesaikan di hujung jari tidak perlu beratur di pejabat pos, bank , dan sebagainya untuk membuat bayaran pelbagai bil Kerajaan menawarkan pinjaman khas kepada kakitangan kerajaan untuk memiliki komputer prosedur pinjaman ini perlu dilonggarkan dan dipermudah agar menarik minat lebih banyak orang meminjam untuk memberi komputer Skim khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperuntukkan kepada pencarumnya untuk mengeluarkan wang membeli komputer membantu ibu bapa memiliki komputer untuk keluarga merekaPenutupKomputer sememangnya mempengaruhi kehidupan kita pada hari ini oleh itu, pemilikan komputer dalam sesebuah keluarga adalah sesuatu yang penting dan perlu diusahakan dengan segera Cabaran 3Pembantu rumah semakin diperlukan dalam sesebuah keluarga terutamanya apabila isteri bekerja bagi membantu meringankan beban suami. Ulas pernyataan di atas.

Pendahuluan Pembantu rumah di negara ini sesuatu yang tidak dapat ditolak bagi suami isteri yang bekerja sepenuh masaIsi penting Kekangan masa untuk mengurus rumah tangga suami dan isteri bekerja pembantu rumah dapat menyelesaikan urusan-urusan sehari-hari dalam sesebuah keluarga contohnya, menjaga anak, mengemas rumah dan sebagainya Hal ehwal anak-anak dapat diurus dengan lebih sempurna anak-anak tidak perlu dihantar ke pusat jagaan harian pembantu rumah dapat memberikan sepenuh tumpuan pada mereka lebih terjamin dan selamat Suami dan isteri yang berkerja dapat memberikan tumpuan dan komitmen pada profesion atau kerjaya mereka tidak perlu berasa khuatir tentang hal ehwal rumah dan keselamatan anak-anak Kesihatan lebih terjamin kerana makanan dimasak di rumah pembantu rumah menyediakan makanan mengikut ketetapan majikannya makanan luar tidak diketahui dari segi kualiti dan kebersihannya Dapat menjimatkan kos bayaran hanya dilaburkan untuk membayar gaji pembantu rumah kos yang lebih tinggi jika menghantar anak ke pusat jagaan harian yang turut melibatkan kos makanan, minyak kenderaan dan sebagainyaPenutupPembantu rumah banyak memainkan peranan kepada keharmonian sesebuah keluarga namun, ibu bapa tidak wajar meletakkan beban mendidik anak-anak dan urusan hal ehwal rumah kepada pembantu rumah semata-mataCabaran 4Ibu bapa lebih berkeyakinan dengan program akademik yang dianjurkan oleh pihak swasta berbanding dengan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Bincangkan pernyataan di atas.

Pendahuluan Trend pendidikan hari ini banyak melakukan suntikan program bersifat motivasi dalam membangkitkan semangat belajar dalam diri pelajar keghairahan ini bukan sahaja melibatkan pihak sekolah tetapi juga syarikat-syarikat swastaIsi penting Walaupun pihak swasta mengenakan bayaran tinggi tetapi ibu bapa sanggup menghantar anak mereka untuk mengikuti program yang dianjurkan program kecemerlangan yang dikelolakan oleh pihak sekolah kurang mendapat sambutan Tokoh yang mengendalikan program swasta mempunyai kewibawaan dan karisma yang diyakini contohnya, Dato Dr. Fadilah Kamsuh, Dr. Hassan Sukri, dan sebagainya Modul yang diguna pakai oleh pihak swasta lebih tersusun dan terancang berbanding dengan program kendalian sekolah yang kurang padat pengisiannya Prasarana yang dijadikan tempat kursus oleh pihak swasta lebih menyakinkan ibu bapa pihak sekolah mengadakan program seperti ini di kawasan sekolah sahaja Peserta yang terbabit dengan program kelolaan sekolah hanya dalam kalangan pelarja sekolah itu program kelolaan pihak swasta melibatkan pelarja dari pelbagai sekolah Promosi dan publisiti yang dijalankan oleh pihak swasta lebih menyakinkan ibu bapa pihak sekolah hanya menggunakan surat kepada ibu bapa promosi pihak swasta melibatkan syarikat iklan dan media massaPenutupProgram motivasi lebih bersifat unsur tambahan kepada pelajar untuk belajar - sama ada program itu dikelolakan oleh pihak sekolah ataupun pihak swasta terpulang kepada budi bicara ibu bapa untuk membuat keputusan yang lebih penting ialah usaha pelajar terbabit untuk mencapai kejayaanCabaran 5Pembagunan kebendaan dan pembangunan kerohanian yang tidak seimbang akan melahirkan masyarakat yang pincang. Ulaslan peranan keluarga dalam menangani masalah ini.

Pendahuluan Manusia memerlukan pembangunan kebendaan dan kerohanian untuk melahirkan keseimbangan hidup-kehidupan akan pincang jika kedua-dua pembangunan ini tidak seimbangIsi penting Keluarga sebagai benteng utama bertindak sebagai pertahanan utama daripada sebarang anasir-anasir yang boleh merosakkan ahli keluarganya Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya membentuk akhlak anak-anak supaya seimbang dengan perkembangan rohani dan kebendaan Ahli keluarga perlu menunjukkan contoh yang terbaik dengan mengutamakan kerohanian anak-anak akan terbentuk dalam suasana yang aman dan sejahtera Setiap keluarga perlu mengamalkan nilai-nilai murni sentiasa mengamalkan tingkah laku positif masyarakat madani akan dapat dibentukPenutupPembangunan kebendaan dan kerohaniaan perlu seiring supaya dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dan mampu mengecapi kemajuan gejala sosial dan jenayah dalam masyarakat dapat dihindarkanCabaran 6Pembangunan modan insan merupakan agenda penting dalam melahirkan sebuah negara yang berkembang maju pada masa akan datang. Bincangkan peranan keluarga untuk melahirkan modan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

PendahuluanDalam RMK-9 kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar dalam sektor pendidikan bertujuan membagunkan madal insan remaja masa kini merupakan asset yang penting kepada penbangunan negara pada masa akan datangIsi penting Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dam moral kepada anak-anak sejak kecil agama adalah benteng yang kukuh untuk menghalang anak-anak daripada melakukan kejahatan akhlak terpuji melahirkan insan terbilang Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak dijadikan ikutan dan panduan dalam menjalani kehidupan sehari-hari anak-anak berasa malu untuk melakukan kesalahan Ibu bapa perlu pandai membahagikan masa tidak berkawan dengan remaja yang rosak akhlak mengambil berat tentang aktiviti anak-anak mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedahPenutup Kesimpulannya, selain ibu bapa terdapat faktor lain yang mempengaruhi pembangunan modan insan misalnya, pengaruh rakan sebaya, media massa, dan suasana persekitaran remaja harus menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang besar.Cabaran 7Keluarga cemerlang merupakan asas pembentukan masyarakat dan negara yang terbilang. Ulaskan.

Pendahuluan Keluarga adalah unit terkecil sesebuah masyarakat sesebuah keluarga terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak kelurga adalah asas pembentukan masyarakat dan negaraIsi penting Keluarga cemerlang merujuk kepada sebuah keluarga yang harmonis ibu bapa memberikan kasih sayang kepada anak-anak anak-anak membesar dengan perkembangan akhlak yang baik Ibu bapa berperanan membentuk keluarga cemerlang mengutamakan kluarga tidak terlalu sibuk dengan urusan harian meluangkan masa dengan memantau pergerakan anak-anak Anak-anak perlu dibentuk akhlak dan kecemerlangan akademik memberikan didikan agama menghadiri kelas tuisyen mengawal pergaulan anak-anak memastikan dengan siapa anak-anak berkawan Anak-anak adalah aset kepada masyarakat dan negara anak-anak berakhlak mulia dan cemerlang menjamin masyarakat yang gemilang negara akan terbilang dalam pelbagai bidang Keluarga yang kucar-kacir menyebabkan anak-anak terbiar terlibat dalam pelbagai gejala negatif menganggu ketenteraman masyarakat pembangunan negara akan terbantutPenutupIbu bapa bertanggungjawab membentuk anak-anak cemerlang kejayaan anak-anak menjadi kebangaan keluarga, masyarakat, dan negara pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negaraCabaran 8Muktahir ini, akibat arus pemodenan, amalan gaya hidup sihat sering diabaikan oleh sebahagian besar ibu bapa. Huraikan beberapa amalan gaya hidup sihat yang dapat dilakukan oleh keluarga anda.

PendahuluanKesihatan suatu nikmat daripada Tuhan dan sangat berharga cara mengamalkan gaya hidup sihat mengatasi tekanan hidup dan menghindarkan penyakit akibat daripada gaya hidup yang tidak sihat ibu bapa memainkan peranan dalam pembentukan keluarga yang sihat dengan mengamalkan beberapa cara gaya hidup sihatIsi-isi Keluarga menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal di luar di dalam rumah bersih daripada samaph sarap dan tempat pembiakan nyamuk, lalat, tikus dan pelbagai virus yang berbahaya pembersihan boleh dilakukan tanpa mengira masa dan ruang sampah sarap boleh dilupus atau dikitar semula.

Keluarga mengamalkan pemakanan seimbang pengambilan makanan yang mengandungi gizi yang seimbang semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul karbohidrat, protein, vitamin, garam mineral, dan air bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, dan sedikit daging mengelakkan mengambil makanan yang berlemak dan berkolestrol tinggi. Melakukan senaman 30 minit setiap kali dalam tiga hari seminggu mengekalkan stamina dan kecergasan fizikal mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, angina ahmar, dan obesity senaman seperti berjoging, aaerobic, taichi dan sebagainya tidak perlu mengambil pil untuk melangsingkan badan atau makanan tambahan yang lain. Berpegang teguh pada ajaran agama ajaran agama dapat menyelamatkan keluarga daripada terjebak penyakit sosial seperti seks babas dan penyalahgunaan najis dadah amalan agama seperti bacaan al-Quran, berzikir dan solat akan memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan merealisasikan keluarga yang bahagia, sihat dan sejahtera.Penutup Gaya hidup sihat perlu bermula dari rumah memberi impak yang baik kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup hidup berguna dan bermakna pada agama, bangsa, dan negara.

Usaha-usaha Mewujudkan Nasionalisme

Negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 56 tahun dan kini berada dalam tahap berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Hal ini bukanlah usaha yang senang kerana memerlukan perpaduan dan kesefahaman yang pekat daripada pelbagai kaum. Maka, semangat nasionalisme yang tinggi perlulah dipupuk dalam sanubari masyarakat. Apakah makna nasionalisme? Nasionalisme merupakan semangat untuk mempertahankan kedaulatan dan juga mempunyai suatu konsep identiti bersama. Dengan ini setiap kaum akan menghulurkan tenaga dan bantuan mereka semasa negara diserang dan rela berputih tulang daripada putih mata. Walau bagaimanapun, semangat ini telah semakin luntur dan terhakis akibat terpengaruh dengan budaya asing yang bagai enau dalam berlukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam masyarakat kita. Oleh yang demikian, amalan hidup di mana bumi terpijak, di situ langit dijunjung harus disemaikan dalam sanubari setiap rakyat kecil-kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk mewujudkan nasionalisme dalam kalangan masyarakat?Setiap pokok ada pangkal, setiap masalah ada penyelesaiannya. Maka, pihak kerajaan telah mencurahkan titik peluh yang banyak untuk memupuk semangat nasionalisme. Antara usaha mereka adalah pelancaran kempen-kempen yang bertemakan kebangsaan. Misalnya, Cintai Bahasa Kita, Kibarkan Jalur Gemilang, Budi Bahasa Budaya Kita. Rakyat perlulah memberi kerjasama dan sokongan padu terhadap kempen tersebut agar usaha-usaha kerajaan bukanlah sia-sia sahaja seperti anjing menyalak bukit. Jalur Gemilang juga perlu dikibarkan di bangunan, sekolah, rumah kediaman atau kenderaan pada bila-bila masa terutamanya semasa Hari Kebangsaan. Hal ini dapat menyerapkan semangat nationalisme dalam sanubari para pelajar. Oleh itu, jelas dinyatakan, pelancaran kempen-kempen tersebut dapat memupuk semangat nasionalisme.Cara seterusnya adalah dengan menyambut Hari Kebangsaan dan melancarkan Bulan Kemerdekaan. Contohnya aktiviti yang boleh dilakukan adalah aktiviti perarakan, persembahan mengikut kaum, perhimpunan besar-besaran, mengarang esei, mendeklamasi sajak dan lain-lain. Sambutan secara gilang-gemilang akan menimbulkan kesedaran rakyat tentang keperihan dan kesusahan tokoh silam bagi menuntut kemerdekaan negara Malaysia pada tahun 1957 di samping membangunkan negara sehingga tahap berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa sambutan Hari Kemerdekaan dapat menyemai semangat nasionalisme.Satu hal yang tidak kurang pentingnya, system pendidikan juga dapat memupuk semangat patriotisme. Misalnya, melalui subjek Sejarah, komponen sastera, dan pendidikan Moral, pelajar didedahkan dan disuntik semangat cinta akan negara dalam lubuk hati setiap pelajar sejak kecil-kecil lagi kerana kalau masih rebung, mudah dilenturkan, kalau sudah bertung tidak dilentur lagi. Subjek-subjek ini haruslah dipertambahkan nilai-nilai murni supaya pelajar lebih memahami tentang semangat nasionalisme. Dalam hal ini ditegaskan bahawa sistem pendidikan memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat nasionalisme.Sementelahan itu, bangunan-bangunan bersejarah harus sengaja dikekalkan. Sebagai contoh, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota AFarmosa, Tapak Tugu Portugis dan sebagainya harus dipulihara untuk generasi muda. Hal ini penting kerana tempat-tempat ini menunjukkan tanah air dan juga penyaksian negara Merdeka daripada cengkaman penjajah. Tempat-tempat ini perlu diwariskan secara turun-temurun dengan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas agar kesedaran kepentingan untuk mempertahankan tanah tumpah darah akan untuk pewaris negara. Justeru, bangunan-bangunan sejarah perlulah dikekalkan, dipelihara serta dipulihara agar generasi yang akan datang boleh mengetahui dan menghayati bangunan-bangunan tersebut lebih lanjut.Kesimpulannya, semangat nasionalisme perlu wujud utuh serta sentiasa dikekalkan sehinggalah ke akhir hayat. Namun, segenap lapisan masyarakat wajar memainkan peranan mereka masing-masing agar negara tidak dijajah lagi kerana pisang tidak berbuah dua kali. Tidak wajarlah kita berpeluk tubuh dan menuding jari ke arah pihak lain dan mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakah dapat sagunya?

Tajuk: Peranan Belia Dalam Pembangunan Negara

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Begitulah bidalan orang tua-tua yang menyerlahkan pentingnya golongan muda-mudi atau belia dalam menentukan maju mundur atau jatuh bangunnya sesebuah negara. Oleh sebab itu, tidak keterlaluan jika kita merumuskan bahawa belialah nadi penggerak atau pengemudi yang bakal menentukan hala tuju negara pada masa depan. Umumnya, belia dapat ditakrifkan sebagai golongan yang berumur di antara 15 hingga tahun. Belia juga lazimnya disinonimkan atau dikaitan dengan golongan masyarakat yang bertenaga, cergas, kreatif, dinamis dan memiliki idealisme yang unggul dalam hidup mereka jika dibandingkan dengan golongan-golongan lain. Memandangkan golongan belia mencakupi sebahagian besar penduduk di Malaysia yang kira-kira 45% daripada keseluruhan rakyat, peranan atau tanggungjawab yang dapat didukung oleh mereka dalam membangunkan negara memang tidak boleh diperkecil. Dalam konteks negara kita, negara yang maju, berdaulat dan cemerlang pula merujuk kepada sebuah negara yang bersatu padu, progresif, produktif, sejahtera, harmoni dan mencapai status negara maju sering dengan negara-negara maju lain khasnya dari segi kemajuan sains dan teknologi menjelang tahun 2020 seperti yang digariskan dalam ucapan Tun Dr. Mahathir Mohammad yang bertajuk Malaysia, menlangkah ke hadapan.Untuk memastikan pembangunan negara yang lancar, rakyat Malaysia khususnya belia perlu melipatgandakan usaha dan mempersiakan diri untuk menghadapi cabaran globalisasi dan leberalisasi. Zaman ini zaman teknologi maklumat. Lantaran itu, belia yang bersikap pasif dan terus dibelenggu budaya lapuk pasti akan terpinggir. Dalam Hal ini, rakyat Malaysia khususnya generasi muda perlu sentiasa mempertingkat daya saing dan kepekaan serta kritis dalam menghadapi dunia yang sentiasa berubah. Bagi menampilkan masyarakat maklumat atau K-Malaysia yang diwawasi, kerajaan kita yang prihatin dan berwawasan telah mengambil beberapa langkah yang perlu. Misalnya, penekanan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik serta penerapan sistem meritokrasi dalam pengambilan pelajar ke IPTA dirasakan memadai untuk memperlihatkan keazaman pihak kerajaan dalam meningkatkan daya pengeluaran negara. Sekiranya cabaran tersebut dapat disahut, diharapkan bahawa belia-belia kita yang digalaskan harapan untuk menerajui tampuk kepemimpinan negara pada hari muka khasnya golongan siswazah akan terkikis mentaliti tongkat atau falsafah secukup tidak akan menjadi segantang mereka. Sebaliknya, mereka akan mengeluarkan negara kita daripada kepompong negara membangun dengan budaya mengejar kecemerlangan yang ditunjangi pembangunan dan penyelidikan serta pembelajaran seumur hidup.Memandangkan sesebuah negara boleh bertahan tanpa teknologi canggih tetapi rakyatnya tidak dapat terus hidup tanpa makanan, sector pertanian memang tidak patut dianaktirikan atau dikesampingkan dalam pembangunan negara. Perangkaan menunjukkan bahawa negara kita masih membelanjakan kira-kira RM13.9 bilion untuk mengimport bahan makanan. Pengalaman yang kita harungi dalam menangani kegawatan ekonomi pada tahun 1997-1998 telah membuktikan bahawa sector pertanianlah yang bertindak sebagai penyelamat. Setelah meyedari hakikat itu, agensi-agensi berkenaan seperti FAMA, NAFAS dan LKIM telah diarah untuk merangka strategi bersepadu bagi mempertingkat pengeluaran makanan negara seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan haiwan ternakan. Seiring dengan itu, golongan belia khususnya yang mendalami ilmu pertanian di institusi pengajian tinggi tempatan harus mengikis sikap yang memperleceh sektor pertanian dan bersedia untuk menjadi petani moden dengan memanfaatkan teknologi yang canggih sekali gus mengusahakan bidang itu secara komersial di samping menjanjikan pulangan yang tetap dan lumayan. Penglibatan belia dalam sector pertanian secara serius sesungguhnya mempunyai matlamat serampang tiga mata kerana hal ini bukan saja dapat meningkatkan sumber makanan negara, memperkukuh imbangan pembayaran negara malah selaras dengan Dasar Pertanian Negara (DPN) yang ingin memaksimumkan pendapatan dalam sector pertanian dan penggunaan sumber secara cekap.Golongan belia yang menjadi asset negara juga dapat menyumbang kepada pembangunan negara secara tidak langsung jika mereka daripada terjebak dalam gejala-gejala sosial yang mensia-siakan masa keemasan mereka sperti budaya melepak atau budaya hedonism. Hal ini demikian kerana mereka yang ditenggelami budaya songsang tersebut memang mendedahkan diri mereka kepada pergaulan bebas, kegiatan maksiat atau najis dadah. Hal ini bermakna bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang bernilai berjuta-juta ringgit untuk membendung, menyedarkan atau memulihkan golongan belia yang bergelumang dengan masalah sosial itu. Pembaziran tenaga, masa dan wang dalam pemulihan susuatu masalah nescaya akan membantutkan usaha untuk mencapai wawasan negara. Sebaliknya, belia hendaklah mengisi masa senggang mereka dengan melibatkan diri dalam berbagai-bagai kegiatan yang berfaedah. Contohnya, golongan belia seharusnya lebih bestari dalam pengurusan masa dengan giat berpersatuan, berkokurikulum, atau bersukan. Sehubungan dengan itu, mereka juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan sukarela atau NGO. Dengan pengisian masa yang bermakna dan produktif, belia-belia di negara ini dijangka akan lebih berdisiplin, berdikari, amanah, dinamik, berketerampilan den tergilap daya kepimpinan mereka. Apabila golongan belia telah disuburkan dan menghayati nilai-nilai terpuji itu, akan lahirkan masyarakat yang lebih harmoni, penyayang dan sejahtera serta terbentuklah sebuah negara yang utuh dan makmur.Sekiranya kita renungi sejenak, akan kita akuri bahawa kemerdekaan dan kebebasan yang kita nikmati sekarang bukan hak kita selama-lamanya jika rakyat khasnya golongan belia tidak bersatu-padu dan berpecah-belah. Belia-belia di negara ini harus mengambil iktibar daripada nasib malang yang menimpa rakyat Afghanistan dan Iraq agar pisang tidak berbuah dua kali. Perkembangan global mutakhir menungjukkan bahawa kuasa besar dunia jajahannya. Patirotisme atau semangat cinta akan negara memang diakui sebagai senjata yang paling ampuh dalam membentengi imperialisme penjajah baru. Pelaksanaan Program Khidmat Negara mulai tahun 2004 dengan mensasarkan 100,000 orang lepasan SPM memang dialu-alukan. Hal ini demikian kerana pemupukan patriotisme dalam kalangan peserta yang rata-ratanya belia merupakan salah satu matlamat utama program berkenaan. Dengan berkekalkan patriotism yang kental dan kesedaran untuk mesyukuri segala nikmat yang dikecap, golongan belia yang menjadi tonggak negara memang sukar untuk dihasut oleh anasir-anasir subversive yang senantiasa menunggu sesuai untuk menangguk di air keruh. Dengan adanya rakyat terutamanya golongan belia yang sentiasa berdiri di belakang pucuk pimpinan negara, segala dasar yang telah dirangka pasti akan menepati matlamatnya dalam masa yang lebih singkat sekali gus memanfaatkan rakyat. Sebagai kesimpulan, sumbangan dan jasa bakti yang bakal ditabur oleh golongan belia atau pewaris bangsa dalam menerajui pembangunan negara memang tidak boleh diketepikan memandangkan golongan belialah yang bakal mewarnai masa depan Malaysia sama ada dari segi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaklumat dan berdaya saing, membangunkan sektor pertanian bagi mengurangkan pergantungan kepada bahan makanan import, meringankan beban kerajaan dengan membabitkan diri mereka dalam kegiatan yang bermanfaat atau mempertahankan kemerdekaan negara dengan berbekalkan semangat nasionalisme yang meluap-luap. Oleh hal yang demikian, semua pihak yang terbabit baik pihak kerajaan , warga pendidik, ibu bapa, media massa mahupun golongan belia sendiri hendaklah merangka strategi yang ampuh lagi bersepadu dan bahu-membahu dalam mengasuh, mendidik atau menyedarkan para belia tentang peranan dan tugas berat yang dipikul oleh mereka dalam membawa negara yang tercinta ini mara ke mercu kecemerlangan. Mudah-mudahan dengan keiltizaman yang utuh dan tekad yang diperbaharui, kaum belia yang menjadi kesinambungan kepada generasi kini akan berusaha gigih dan terus mengorak langkah untuk menterjemahkan Misi Nasional sebagai suatu kenyataan yang tidak lagi tinggal sebagai impian di awing-awangan!

TajukPeranan Rakyat Untuk Menghayati Kemerdekaan Negara

Sudah 51 tahun rakyat negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan suku menghirup udara yang merdeka, bebas dan berbangga kerana bernaung di bawah sebuah negara yang bertuah, merdeka dan berdaulat. Namun begitu, dalam kesibukan urusan harian dan keghairahan untuk memacu diri ke arah menjayakan misi nasional sebagai negara maju yang dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa maju lain, sedarkah kita sebagai rakyat-jelata bahawa kita juga tidak sunyi daripada mendukung tanggungjawab tertentu untuk mengisi kemerdekaan negara dalam menangani cabaran yang sedang bergolak sama ada dari dalam atau dari luar. Dalam hal ini, peribahasa yang berbunyi jangan sampai terhantuk baru menengadah haruslah menjadi sempadan dan iktibar kepada setiap lapisan rakyat. Sehubungan dengan itu, kita sebagai rakyat yang saban hari mengecap pelbagai nikmat sebagai hasil perancangan pucuk kepemimpinan negara juga tidak terkecuali daripada menyelami sekali gus sama-sama mendepani cabaran-cabaran yang sedang dan akan dihadapi oleh negara kita agar negara tercinta kita akan terus merdeka dan berdaulat dalam erti kata yang sebenar.Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana berkat kebijaksanaan dan pandangan jauh bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad, negara kita telah Berjaya meredah krisis mata wang angkara kerakusan George Soros yang melanda pada bulan Julai 1997. Pengakuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memuji pendekatan kita telah membuktikan bahawa keputusan kepemimpinan kita yang enggan meminjam wang daripada IMF adalah tepat demi menjamin kemerdekaan negara dari segi pengurusan ekonomi. Walau bagaimanapun, pumulihan ekonomi negara mungkin terbantut jika rakyat tidak menjayakan pelbagai langkah dan program yang telah dirangka oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, rakyat negara ini harus menyahut seruan kerajaan dengan memberikan keutamaan kepada barangan buatan tempatan. Di samping barangan buatan tempatan yang juga tidak kurang hebat mutunya, kira-kira 500 buah institusi pengajian tinggi tempatan yang serba lengkap dan canggih dari segi prasarana, tenaga pengajar, dan kursus pengajian juga patut didahulukan oleh anak watan tempatan ketika melanjutkan pengajian. Hal ini demikian kerana yuran institusi pengajian tinggi tempatan lebih berpatutan dan harga barangan buatan tempatan juga jauh lebih murah jika berbanding dengan barangan import. Tindakan sedemikian pasti akan menjimatkan pengaliran keluar wang pertukaran asing sekali gus memperkukuh imbangan pembayaran negara.Memandangan kelesuan dan ketidaktentuan ekonomi global sebagai akibat rentetan beberapa krisis seperti Krisis Subprima, Krisis makanan dan kenaikan harga minyak sehingga mencecah US D147, strategi untuk menggerakkan ekonomi negara pula beralih ke arah pertumbuhan ekonomi dalam. Sebagai contoh, kerajaan kita yang prihatin dan sentiasa pragmatik telah melaksanakan beberapa projek yang berimpak besar seperti projek Iskandar Malaysia dan projek-projek Koridor di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9). Projek-projek tersebut hanya akan berjaya merangsang kegiatan ekonomi jika rakyat yang menjadi sasaran itu menghayati matlamat yang digariskan. Sejajar dengan itu, rakyat khursusnya kira-kira 1.2 juta orang kakitangan awam yang telah diberikan kenaikan gaji dan menikmati cuti Sabtu harus memanfaatkan kuasa beli mereka dan cuti-cuti tambahan itu untuk mengunjungi destinasi-destinasi pelancongan tempatan, pasar-pasar raya atau menjenguk ibu bapa atau saudara-mara di kampung. Dengan berbuat demikian, kegiatan-kegiatan ekonomi dalaman seperti sektor perhotelan, pengangkutan, stesen minyak, restoran dan kraf tangan akan dapat dijana. Penjanaan ekonomi itu dijangka dapat menyumbang dalam melahirkan usahawan-usahawan tempatan khususnya dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sekali gus mengurangkan pengangguran yang pasti membebani negara.Selain menongkah ujian ekonomi luaran dan dalaman, kita sebagai rakyat Malaysia juga perlu melipatgandakan usaha dan mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran globalisasi. Zaman ini zaman teknologi maklumat. Lantaran itu individu yang bersikap pasif dan terus dibelenggu budaya lapuk pasti akan terpinggir. Seiring dengan itu, rakyat Malaysia khususnya generasi muda perlu sentiasa mempertingkat daya saing dan kepekaan serta kritis dalam menghadapi dunia yang sentiasa berubah. Bagi menampilkan modal insan yang diwawasi, kerajaan kita yang prihatin dan berwawasan telah mengambil beberapa langkah yang perlu. Misalnya, penekanan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik serta penerapan sistem meritokrasi dalam pengambilan pelajar ke IPTA dirasakan memadai untuk memperlihatkan keiltizaman pihak kerajaan dalam meningkatan produktiviti negara. Sekiranya cabaran tersebut dapat disahut, diharapkan bahawa bielia-belia kita yang digalaskan harapan untuk menerajui tampuk kepemimpinan negara khasnya golongan siswazah akan terkikis mentaliti tongkat atau falsafah secupak tidak akan menjadi segantang mereka. Sebaliknya, mereka akan mengeluarkan negara kita daripada kepompong negara membangun dengan budaya mengejar kecemerlangan yang ditunjangi pembangunan dan penyelidikan serta pembelajaran seumur hidup.Sekiranya kita renungi sejenak, akan kita akuri bahawa kemerdekaan dan kebebasan yang kita nikmati sekarang bukan hak kita selama-lamanya jika rakyat tidak bersatu padu dan berpecah-belah. Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada nasib malang yang menimpa rakyat Afghanistan dan Iraq agar pisang tidak berbuah dua kali. Perkembangan global mutakhir menunjukkan bahawa kuasa besar dunia senantiasa menunggu peluang untuk mencampuri urusan dalaman negara-negara yang lemah bagi memperluas empayarnya. Patirotisme atau semangat cinta akan negara memang diakui sebagai senjata paling ampuh dalam membentengi imperialisme penjajah baru. Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara mulai tahun 2004 dengan mensasarkan 100,000 orang lepasan SPM memang dialu-alukan. Hal ini demikian kerana penyuburan patriotism dalam kalangan peserta merupakan salah dengan itu, rakyat Malaysia khususnya generasi muda perlu sentiasa mempertingkat daya saing dan kepekaan serta kritis dalam menghadapi dunia yang sentiasa berubah. Bagi menampilkan modal insan yang diwawasi, kerajaan kita yang prihatin dan berwawasan telah mengambil beberapa langkah yang perlu. Misalnya, penekanan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik serta penerapan sistem meritokrasi dalam pengambilan pelajar ke IPTA dirasakan memadai untuk memperlihatkan keiltizaman pihak kerajaan dalam meningkatkan produktiviti negara. Sekiranya cabaran tersebut dapat disahut, diharapkan bahawa bielia-belia kita yang digalaskan harapan untuk menerajui tampuk kepemimpinan negara khasnya golongan siswazah akan terkikis mentaliti tongkat atau falsafah secupak tidak akan menjadi segantang mereka. Sebaliknya, mereka akan mengeluarkan negara kita daripada kepompong negara membangun dengan budaya mengejar kecemerlangan yang ditunjangi pembangunan dan penyelidikan serta pembelajaran seumur hidup.Sekiranya kita renungi sejenak, akan kita akuri bahawa kemerdekaan dan kebebasan yang kita nikmati sekarang bukan hak kita selama-lamanya jika rakyat tidak bersatu padu dan berpecah-belah. Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada nasib malang yang menimpa rakyat Afghanistan dan Iraq agar pisang tidak berbuah dua kali. Perkembangan global mutakhir menunjukkan bahawa kuasa besar dunia senantiasa menunggu peluang untuk mencampuri urusan dalaman negara-negara yang lemah bagi memperluas empayarnya. Patirotisme atau semangat cinta akan negara memang diakui sebagai senjata paling ampuh dalam membentengi imperialisme penjajah baru. Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara mulai tahun 2004 dengan mensasarkan 100,000 orang lepasan SPM memang dialu-alukan. Hal ini demikian kerana penyuburan patriotisme dalam kalangan peserta merupakan salah satu agenda utama program berkenaan. Dengan berbekalkan patriotisme dan kesedaran untuk mensyukuri segala nikmat yang dicekap, anasir-anasir subversif yang ingin memporak-perandakan negara nescaya akan menghadapi kesukaran untuk menhasut rakyat. Dengan adanya rakyat terutamanya golongan muda-mudi yang sentiasa berdiri di belakang pucuk pimpinan negara, segala dasar yang telah dirangka ileh kerajaan pasti akan menepati matlamatnya dalam masa yang lebih singkat sekali gus memanfaatkan rakyat.Sebagai kesimpulan, kita sebagai rakyat memang mendukung peranan masing-masing dalam mengisi kemerdekaan negara kita yang tercinta khususnya dalam usaha untuk mengembalikan sinar ekonomi, meningkatkan daya saing dalam dunia yang lebih menagih peningkatan kualiti dan untuk mempertahankan keamanan dan kestabilan politik negara. Walau bagaimanapun, usaha untuk menangani cabaran-cabaran tersebut pasti menemui jalan buntu jika masih ada rakyat yang suka menudingkan jari dan beranggapan bahawa pengisian kemerdekaan dan usaha untuk mengangkat martabat bangsa ialah tanggungjawab yang dipikul oleh agensi-agensi kerajaan atau Menteri-Menteri semata-mata. Justeru, pelbagai strategi yang ampuh lagi bersepadu hendaklah dirangka bagi menyedarkan setiap rakyat akan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka dalam memacu negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Seandainya rakyat sanggup menyempurnakan tanggungjawab mereka dengan keiltizaman yang kental, proaktif dan semangat Malaysia Boleh, sebuah negara yang benar-benar berdaulat, progresif, bersatu dan disegani pasti dalam genggaman kita!

Karangan Cemerlang SPM 2005Soalan: Trend semasa iaitu gaya hidup dan berpakaian telah mempengaruhi hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Berikan pendapat anda.Marcapada ini pelbagai perubahan dari segi fizikal yang dapat kita perhatikan di negara kita, Malaysia. Arus globalisasi yang menerjah dunia banyak memberikan perubahan kepada negara dan menjadikan negara semakin moden. Secara fizikalnya, kita dapat melihat pembangunan yang pesat dan kian membangun di bandar dan kampung. Banyak bangunan pencakar langit, saling berlawan membelah awan. Kemudahan-kemudahan seperti Internet, komputer, telefon selular wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dan berlumba-lumba memenuhi pasaran global. Namun, tanpa kita sendiri, kemodenan ini juga telah banyak mengubah budaya hidup masyarakat Malaysia yang turut sama mengikut trend semasa terutama golongan remaja.Perubahan ini lebih tertumpu kepada remaja kerana golongan ini sememangnya mudah terikut-ikut dan ingin akan sesuatu perubahan. Mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Remaja suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Sebagai kesan daripada kemajuan teknologi, budaya-budaya masyarakat luar terutamanya Barat atau budaya kuning mula merebak dan menjangkiti remaja-remaja di Malaysia bagaikan virus. Sebagai contoh, trend dalam berpakaian masa kini seperti skinhead, hip-hop, punk-rock, hippies dan banyak lagi dibawa masuk dari negara-negara Barat. Hal ini banyak memberikan kesan dalam diri individu mentah ini. Pendek kata, trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.Dari segi gaya hidup, amalan hidup bebas dan terlampau sosial menjadi pegangan remaja masa kini. Tiada lagi batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan dan mereka bergaul bebas tanpa sebarang keraguan. Hal ini dapat dilihat secara terang-terangan dan tidak dapat dinafikan. Remaja-remaja kita berpelukan sesama sendiri, berpegangan tangan dan bercumbuan dengan berlainan jantina di tempat-tempat awam tanpa rasa malu dan segan. Bak kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh melambangkan kebenaran dan reality yang berlaku pada masa kini. Yang pasti fenomena itu mengaibkan kita. Gaya hidup sebegini banyak berlaku di seberang laut dan gaya hidup sebegini bertentangan sama sekali dengan nilai estetika dan budaya hidup masyarakat. Gaya hidup yang dipamerkan sekarang juga banyak mementingkan budaya bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Budaya hidup masyarakat bersatu padu mula terhakis dari semasa ke semasa. Remaja sekarang tidak gemar melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan berbanding dengan aktiviti hiburan yang sering menjadi tumpuan utama mereka. Gaya hidup ini akan melahirkan masyarakat yang tiada semangat kejiranan, hidung tinggi dan meterialistik pada masa akan datang. Bahkan, mereka tidak perlu menunggu masa hadapan dan gaya hidup seperti ini kian menular dalam kalangan masyarakat kini. Tegasnya, kepesatan pembinaan pusat-pusat hiburan menjadi faktor pendorong remaja leka dan alpa dengan tradisi dan budaya mereka yang sebenar.Budaya kurang sopan yang ditonjolkan remaja kini menyebabkan nilai kebudayaan bangsa pupus begitu sahaja. Budaya-budaya seperti ini banyak dipengaruhi dari negara luar. Tiada lagi budaya menghormati orang yang lebih tua, mencium tangan ketika bersalaman dengan orang yang lebih tua, tunduk sedikit ketika berjalan di hadapan tetamu dan memperlahankan suara ketika berckap dengan orang yang lebih tua. Remaja sekarang terlalu obses dengan trend yang dibawa mereka sehingga mengabaikan nilai-nilai murni yang melambangkan sahsiah dan akhlak individu. Tiada lagi budi bahasa dalam diri dan benarlah kata peribahasa, hilang bahasa, lenyaplah bangsa. Sikap acuh tidak acuh mereka memberikan impak yang lebih buruk pada masa akan datang. Dalam erti kata yang lain, tiada lagi kebanggaan dan jati diri yang dapat dipamerkan.Di samping gaya hidup, cara berpakaian juga mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Remaja kini gemar mengikut trend semasa yang dilihat menerusi dunia luar. Pakaian-pakaian tidak senonoh menjadi pilihan mereka Tiada lagi nilai kesopanan dalam berpakaian. Sebagai contoh, trend bertindak begitu popular pada masa kini. Mereka menindik pusat, lidah, dagu serta pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa rasa terseksa dengan tindakan yang diambil. Apabila ditanya, mereka menjawab itulah trend dan mereka menganggap bahawa individu yang tidak meminatinya sebagai kolot. Budaya ini sama sekali bertentangan dengan budaya hidup masyarakat Malaysia yang tinggi dengan nilai kesopanan. Tiada lagi model atau idola untuk dipamerkan kepada bangsa akan datang. Sesungguhnya, budaya dan tradisi tradisional hanya luput ditelan zaman.Cara berpakaian remaja kini telah menutup cara pemakaian tradisi sesebuah bangsa seperti Baju Melayu, Baju Kurung, Cheongsam, Seri dan Dhoti. Kesemua pakaian tradisional ini tenggelam begitu sahaja dek zaman. Tiada individu yang ingin menghidupkan identiti bangsa dan negara ini kerana beralasan pakaian tersebut tidak sesuai dipakai pada zaman sekarang. Nilai ini kian terhakis kini, apatah lagi pada masa akan datang. Malaysia akan kehilangan satu nilai yang cukup berharga dan mungkin generasi akan datang tidak mengenali pakaian tradisional nenek moyang mereka. Pada dasarnya, hal ini cukup menyedihkan kerana sepatutnya warisan ini harus dikekalkan dan menjadi satu ikutan.Secara tuntasnya, trend sememangnya mempengaruhi budaya hidup masyarakat terutama remaja. Namun, hal ini boleh ditangani dengan adanya kerjasama semua pihak tidak kira tua atau muda. Sebagai ibu bapa, anak-anak harus dibimbing dan didorong untuk menghampiri sesuatu yang baik. Anak-anak umpama kain putih dan ibu bapa yang mencorakkannya. Gaya hidup berpakaian yang tidak sihat ini menjadi kudis kepada budaya bangsa ini. Tidak salah mengikut trend semasa tetapi jangan sampai melupakan budaya hidup masyarakat sendiri yang menjadi tonggak kemadunan sesebuah negara. Remaja sepatutnya sedar tentang peranan mereka yang menjadi aset negara pada masa akan datang. Bak kata pepatah, jangan sampai cacing naik ke mata. Budaya kuning dan trend tidak senonoh ini harus ditangkis demi menjamin kesejahteraan masyarakat dan membentuk masyarakat yang inovatif, kreatif, kritis dan bersahsiah pada masa akan datang.