karangan spm 2013.docx

Upload: james-watkins

Post on 02-Jun-2018

452 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    1/21

    KARANGAN SPM 2013

    Sebagai remaja huraikan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan untuk merealisasikan cabaran yang bakal anda

    hadapi.

    Pendahuluan :

    Tokoh pendidik dan motivasi terulung negara, Aminudin Baki pernah menyatakan, Ayam di kepuk mati kelaparan,

    itik di air mati kehausan.Kata-kata tersebut benar-benar menyuntik kesedaran agar kita insaf dan bangkit segera daripada

    lamunan. Sebagai anak nusayang mempunyai jati diri, kita dibebani amanah untuk menggalas tanggungjawab kepada negara.Pemuda dan pemudi hendaklah segera bangkit dengan persediaan mental dan fizikal supaya dapat menjadi aset yang paling

    bernilai kepada tanah air tercinta. Sesungguhnya, di atas batu jemala kitalah terletak tanggungjawab besar sejajar dengan

    slogan, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.Sesungguhnya, sebagai anak muda, inilah tanggungjawab yang perlu

    saya pikul demi mencapai matlamat murni negara itu.

    Isi 1 :

    AJ > Menyedari amanah besar yang sedang menanti, saya perlu memperlengkap diri sebagai orang muda yang beriman dan

    bertakwa kepada Allah.

    H1 > Hal yang demikian itu amatlah penting kerana sifat takwa akan

    H2 > Saya hendaklah melaksanakan segala tuntutan

    H3 > Saya yakin benar bahawa insan yang bertakwa ialah

    H4 > Tanpa iman, diri akan hilang pedoman (Peribahasa : layang-layang terputus talinya)

    PW > Justeru, sifat takwa juga bakal (Peribahasa Arab : Kasih akan watan,,)

    Isi 2 :

    AJ > Mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, saya hendaklah bersedia memperlengkap diri dengan pakej fizikal, mental,

    emosi dan sahsiah yang sempurna.

    H1 > Semua pakej asas tersebut amatlah penting dalam hal

    H2 > Tanpa ketahanan dan jati diri.., (darah baru setampukpinang)

    H3 > Demi menyahut seruan negara, saya akan berusaha mengikuti teladan

    H4 > Negara pasti berbangga apabila dapat melahirkan tokoh-tokoh

    PW > Biarlah hidup dan mati saya mempunyai nilai.. (Peribahasa : Gajah mati ..)

    Isi 3 :

    Ayat laluan > Memetik kata-kata mantan Presiden Indonesia (Sukarno), Aku mampu goncangkan dunia ...

    AJ > Menyedari hakikat tersebut, sewaktu usia masih muda saya perlu memanfaatkannya

    H3 > Hal ini amatlah logik kerana dalam era pascaperang kini, pertarungan di medan tempur sudah bertukar kepada persaingan

    dalam medan keintelektualan dan kepintaran teknologi.

    H4 > Syaratnya, saya mestilah

    H5 > Oleh hal yang demikian, saya perlu menguasai bidang-bidang ilmu baharu (contoh)

    H6 > Sebenarnya semua strategi ini penting untuk negara dapat bersaing dengan

    PW > Sesungguhnya, inilah janji saya . (Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.)

    Isi 4 :

    AJ > Seseorang yang paling berjaya ialah insan yang mampu mengenali potensi diri

    H1 > Potensi inilah yang perlu saya manfaatkan demi

    H2 > Ketika negara berada diambang negara maju

    H3 > Bidang-bidang tersebut seperti

    H4 > Akibat kealpaan kita memenuhi tuntutan negara akhirnya empatjutawarga asing

    H5 > Insaf dengan situasi begini saya dan

    PW > Saya perlu menyedari akan tempelak peribahasa,

    Kesimpulan KCHP

    ASRAMA PENUH

    1. Rumah terbuka sudah menjadi kebiasaan kepada rakyat Malaysia apabila menyambut sesuatu perayaan. Pada musim

    perayaan yang lalu, anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka jiran anda yang berlainan bangsa.

    Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah terbuka tersebut.

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    2/21

    2. Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah.

    Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-menolong dalam kalangan ahli

    keluarga.

    Pendahuluan :Belakangan ini ungkapan-ungkapan negatif seperti rumah yang membosankan, jom lepak-lepak dan sudah

    terlalu acap keluar daripada mulut anak-anak remaja. Ucapan-ucapan seumpama itu menunjukkan jiwa anak-anak mudasemakin terasing daripada keluarga dan rumahtangga. Hal demikian amatlah malang dalam usaha membentuk sebuah

    persekitaran Rumahku Syurgaku. Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa nilai murni tradisional semakin memupus. Oleh

    itu, sebelum warisan turun-temurun ini pupus ditelan arus pemodenan, ibu bapa hendaklah memainkan peranan hakiki untuk

    melatih anak-anak agar mesra keluarga dan mesra rumahtangga.

    Isi 1 : Mengamalkan pendidikan bermula di rumah rumah sebagai paksi membentuk peribadi anak-anak - ibu bapa

    hendaklah membudayakan amalan tradisional membiasakan anak-anak dengan latihan memasak, mengemas rumah ibu

    bapa hendaklah menjadi role model dan kepimpinan melalui teladan memanfaatkan cuti sekolah untuk melatih anak-anak

    Isi 2 : Kurangkan tabiat suka mencari hiburan di luaranak-anak berasa tiada keperluan untuk berada di rumahmereka tiada

    latihan asas untuk berasa bertanggungjawab

    Isi 3 : Mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti panjang ketika semua ahli keluarga bertemu ibu hendaklah

    mengajak anak-anak masuk ke dapuranak-anak perlu belajar dan membantu si ibu di di rumah memberi peluang anak-anak

    mencuba resipi, menanam pokok dan menghias rumahibu bapa berilah panduan dan pujian

    Isi 4 : Mendidik anak-anak supaya lebih berdisiplin dengan disiplin anak-anak mudah menerima tunjuk ajar - setiap anak

    hendaklah diberikan tugas yang sepadantidak wajar ada yang terlalu berat tugasan dan ada yang berehat panjang (menunggu

    makanan terhidang ke lutut

    Isi 5 : Memberi motivasi kepada anak-anak anak-anak perlu diberikan semangat dan dorongan dari awal - menyediakan

    bahan bacaan yang berkaitan dengan rumah tangga (majalah Anjung Seri, Majalah Laman, Saji, Didik, Muslimah dan pelbagai

    bentuk perisian CD/DVD)membuka minda anak-anak mengikuti teladan daripada ikon keluarga yang berjaya

    Kesimpulan: Pepatah Melayuyang menyatakan, anak gadis walau setinggi mana sekalipun ilmunya akan ke dapur bukanlah

    membawa konotasi yang negatif. Sebaliknya, maksud yang tersirat adalah untuk mengilhamkan setiap individu akan

    kepentingan menghidupkan suasana kekeluargaan yang harmoni dan jannati. Seyogia, sebelum tradisi dan budaya murni ini

    luput, wajarlah semua pihak terutama ibu bapa mendidik anak-anak semula ke landasan yang betul.

    3. Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan hari Polis di tempat anda. Tajuk yang

    anda pilih ialah, Membanteras Jenayah Tanggungjawab Bersama.

    Tulis esei anda selengkapnya.

    NOTA : Soalan ini hampir sama dengan sampel karangan saya dalam buku Siri Target SASBADI. Dengan ihsan saya lampirkan

    di sini.

    Selaku Ketua Polis Kontinjen Negeri, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam suatu majlis perhimpunan

    masyarakat. Tajuk ceramah yang disampaikan ialah, Komitmen Masyarakat Terhadap Usaha Pencegahan Jenayah.

    Tulis teks ceramah anda itu selengkapnya.

    Assalamualaikum dan salam muhibah,

    Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Beramang, Yang

    Dihormati Ketua-ketua masyarakat, dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.

    Dengan penuh rasa bangga saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana dijemput dan diberi peluang

    untuk menyampaikan ceramah dalam majlis himpunan yang julung-julung kali diadakan di kawasan ini. Kebanggaan saya adalah

    kerana wujud sikap prihatin yang begitu tinggi dalam kalangan masyarakat di sini untuk turut sama terlibat dalam usaha

    mengembalikan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Kewujudan masyarakat prihatin seperti ini memberi isyarat

    bahawa agenda keselamatan dan ketenteraman dalam masyarakat dan negara terus diberi perhatian. Bersempena dengan

    pertemuan pada hari ini, saya diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan ceramah keselamatan yang bertajuk, Komitmen

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    3/21

    Masyarakat Terhadap Usaha Pencegahan Jenayah. Terima kasih sekali lagi atas kesediaan semua pihak untuk turut berkongsi

    pengalaman bersama-sama dengan saya.

    Hadirin sekalian,

    Komitmen Masyarakat Terhadap Usaha Pencegahan Jenayah ialah sebuah ungkapan yang menerangkan tuntutan

    terhadap keprihatinan orang ramai dalam mendepani segala risiko jenayah dan apakah langkah-langkah yang boleh

    disumbangkan oleh masyarakat untuk membasmi gejala tersebut? Hal ini amat wajar sekali diambil berat oleh setiap anggota

    masyarakat memandangkan selama ini apabila diperihalkan sahaja persoalan jenayah, maka tanggungjawabnya diserahkan 100peratus kepada polis. Oleh hal yang demikian, apabila masyarakat di kawasan ini mula prihatin dengan gejala ini, saya bagi

    pihak yang bertanggungjawab dengan persoalan keselamatan amat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dengan tuan-

    tuan dan puan-puan.

    Jikalau kita berfikir secara rasional, isu jenayah bukanlah menjadi milik eksklusif pihak polis semata-mata. Usaha

    tersebut menyentuh secara langsung kepada kepentingan rakyat. Secara logiknya, apabila berlaku sesuatu kes jenayah jarang

    sekali pihak polis yang menjadi mangsa. Mangsanya ialah masyarakat umum. Oleh itu, apabila masyarakat tidak prihatin dengan

    masalah jenayah memberi maksud masyarakat tidak mementingkan keselamatan mereka. Orang yang cerdik tidak membiarkan

    perihal keselamatan dirinya dijaga oleh pihak lain dengan sepenuhnya. Walaupun pihak polis sedar bahawa tugas menjaga

    keselamatan adalah menjadi tanggungjawab profesional mereka, namun tanpa komitmen tinggi orang ramai, masalah jenayah

    tidak mungkin dapat dibanteras sampai bila-bila.

    Seyogia dengan pertemuan pada hari ini, saya mengambil peluang untuk menggariskan beberapa langkah perlu yang

    boleh disumbangkan oleh masyarakat. Jenayah sebenarnya boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu jenayah am dan

    jenayah berat. Jenayah berat meliputi penggunaan senjata berbahaya dan mengancam nyawa mangsa. Sekiranya terbukti

    bersalah, penjenayah boleh dihukum antaranya dalam Seksyen 302 yang boleh membawa hukuman mati mandatori atau

    Seksyen 304 yang membawa denda penjara sehingga 20 tahun. Jenayah berat boleh dikategorikan sebagai merompak,

    rompakan bersenjata, membunuh, merogol, dan pengedaran dadah. Sementara jenayah am termasuklah perbuatan salah laku

    yang boleh menimbulkan kekacauan dalam masyarakat seperti mencuri, bergaduh dan lain-lain. Peningkatan kes jenayah dalam

    masyarakat adalah berpunca daripada sikap yang terlalu menurut hawa nafsu. Selain itu, pengaruh dadah telah dikenal pasti

    sebagai pendorong utama menularnya gejala jenayah dalam masyarakat. Pada hari ini suasana dalam masyarakat bertambah

    kompleks dengan kehadiran lebih ramai warga asing. Situasi tersebut turut mempertingkatkan kuantiti perlakuan jenayah

    terutama jenayah ragut.

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Walaupun pihak polis tidak putus-putus menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan, namun kudrat polis juga

    terhad dalam memastikan jenayah sifar. Oleh itu, tibalah masanya gemblengan tenaga dan sumbangan masyarakat untuk

    memastikan keselamatan sosial terjamin. Langkah terpenting ialah semua kawasan kediaman hendaklah diwujudkan satu

    pasukan Rakan Cops. Rakan Cops ialah organisasi sukarela masyarakat yang mengadakan hubungan langsung dengan pihak

    polis. Mereka bertanggungjawab menyalurkan segala maklumat keselamatan di sesuatu kawasan kepada pihak polis.

    Keberkesanan Rakan Cops diyakini berjaya terutama di bandar-bandar besar apabila gejala ragut semakin terkawal.

    Selain itu, masyarakat hendaklah sensitif juga terhadap persekitaran tempat tinggal mereka. Mereka hendaklah

    mengadu kepada polis sekiranya mengetahui di kawasan tersebut terdapat penagih dadah, kewujudan orang-orang yang tidak

    dikenali, dan sekiranya berlaku perkara-perkara yang luar biasa. Fenomena tersebut seperti wujud kekerapan kelompok-

    kelompok tertentu di sesuatu tempat sehingga lewat malam. Kehadiran warga asing di kawasan anda juga hendaklah sentiasa

    dipantau dan jikalau berlaku kesangsian segera melaporkannya kepada polis. Polis juga menasihatkan setiap rumah atau

    sekurang-kurangnya ketua-ketua unit menyimpan nombor telefon kecemasan polis. Saya amat yakin, sekiranya ditanya pada

    waktu ini hanya beberapa orang sahaja yang menghafal nombor telefon pondok polis yang terdekat. Demikianlah gambaran

    ketidakprihatinan masyarakat terhadap persoalan keselamatan.

    Dalam memastkan usaha membantu polis mengawal keselamatan juga, pihak penduduk boleh menjalankan

    rondaan secara berkala atau tidak berjadual pada waktu malam untuk mendapat gambaran penuh senario pada waktu malam

    di kawasan tempat tinggal anda. Apabila berbuat demikian, anda akan memperoleh banyak info tentang pergerakan tanpa

    jadual pihak-pihak tertentu apabila menjelang malam. Dengan berbuat begitu, tuan-tuan dapat menyampaikan maklumat yang

    mudah kepada pihak keselamatan apabila berlaku sebarang peristiwa yang tidak diingini. Saya amat berharap akan ada insan

    yang berhati mulia untuk mengambil insiatif menggerakkan pasukan sukarela menjaga kemaman di kawasan tempat tinggal

    masing-masng. Hasrat ini diletakkan sepenuhnya di atas pundak dan batu jemala tuan-tuan untuk melaksanakannya.

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Bersatu teguh, bercerai roboh merupakan slogan yang sentiasa mendidik kita agar sentiasa bersatu, bersama, dan

    berusaha untuk mengelakkan ketenteraman dan keamanan di tempat kita. Marilah bersama-sama polis kita mempastikan

    slogan, Hidup Sejahtera Tanpa Jenayah.

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    4/21

    Kalau ada jarum patah,

    Jangan simpan dalam peti;

    Kalau ada silap salah,

    Jangan simpan dalam hati.

    Sekian terima kasih.

    4. Ketidaksetabilan politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat dunia.Bincangkan.

    MRSM

    1. Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani maslah peribadi, akademik dan

    kerjaya.

    Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.

    PERHATIAN : SOALAN INI HAMPIR SAMA DENGAN SOALAN 1 (Dimensi diri) SPM 2012

    2. Selaku pegawai kesihatan daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Amalan Baik Penjagaan

    Kesihatan sempena Hari Kesihatan Sedunia kepada masyarakat setempat.

    Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

    Sejak belakangan ini terdapat pelbagai penyakit baru yang berpunca daripada amalan dan gaya hidup yang tidak baik. Selaku

    doktor pakar dalam bidang kesihatan masyarakat, anda dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang kegiatan hidup

    sihat.

    Tulis teks ceramah anda itu selengkapnya.

    Assalamualaikum dan salam muhibah,

    Terima kasih kepada Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pengerusi Badan Musyawarah Masyarakat Taman

    Perdana Sejahtera, Yang dihormati ketua-ketua masyarakat, dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

    Hadirin sekalian,

    Orang tua-tua sering mengungkapkan bahawa, kesihatan itu ialah harta yang paling bernilai daripada wang ringgit dan

    harta benda. Sementara itu, dalam sepotong Hadith Nabi turut diungkapkan akan nilai kesihatan adalah amat bermakna,

    seperti sabda baginda, Jagalah masa sihatmu sebelum tiba sakit. Apabila diteliti daripada dua ungkapan tersebut, justeru

    tanggungjawab menjaga kesihatan amatlah diberi penekanan sama ada dalam bidang agama malah masyarakat. Walau

    bagaimanapun, dalam dunia yang penuh pancaroba dan manusia sentiasa diancam kesibukan, pelbagai ragam kehidupan telah

    mendatangkan pelbagai ancaman terhadap kesihatan. Oleh hal yang demikian, dengan peluang yang diberkan ini, saya ingin

    berkongsi maklumat dengan hadirin sekalian tentang gaya hidup yang positif berdasarkan polisi ilmu kesihatan.

    Tuan-tuan dan puan yang dihormati sekalian,

    Banyak orang yang berfikir bahawa terminologi sihat itu hanya terletak kepada tubuh badan yang sihat tegap dan sasa.

    Sebenarnya kesihatan adalah merangkumi kesejahteraan fizikal dan rohani iaitu yang meliputi tubuh badan, mental, emosi, dan

    rohani. Untuk memperoleh kesihatan seumpama itu, justeru setiap individu hendaklah memberikan perhatian dalam semua

    aspek kesihatan. Penjagaan fizikal yang sihat seperti memperoleh makanan yang berzat dan seimbang adalah amat penting. Hal

    tersebut memang penting kerana minda dan emosi yang sihat adalah terjana daripada tubuh badan yang sihat.

    Prasyarat terpenting untuk memperoleh kesihatan fizikal, kita hendaklah sentiasa peka terhadap alam sekitar. Dengan

    kata lain, kawasan sekitar hendaklah sentiasa bersih, bebas daripada sebarang anasir penyakit. Bagi memastikan persekitaran

    sentiasa dalam suasana bersih, amalan menjaga kebersihan seperti sistem pembuangan sampah yang teratur hendaklah

    dititikberatkan. Alam sekitar perlu dijaga juga terutama dalam aspek pelesterian iaitu penjagaan alam semula jadi.

    Dalam dunia yang kaya dengan sistem maklumat dan akses maklumat yang semakin canggih pula, kita haruslah

    proaktif mencari info tentang kesihatan. Maklumat sama ada yang berkaitan dengan penularan penyakit-penyakit baru,

    serangan wabak penyakit yang berpunca daripada bawaan seperti Selesema Burung, SARS, dan pelbagai penyakit berbahaya

    harus diketahui. Selain mengetahui pelbagai jenis penyakit dan bahaya penularannya, kita wajar mendalami kaedah-kaedah

    penjagaan penyakit. Hal ini tepat seperti pepatah Inggeris yang menyatakan mencegah itu adalah lebih baik daripada

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    5/21

    mengubat. Dengan kemudahan teknologi tersebut kita mampu mengakses sumber maklumat primer untuk mengawal penyakit.

    Sesungguhnya tanggungjawab membendung pelbagai gejala penyakit bukan sahaja terletak di bahu pihak berkuasa kerajaan

    sahaja malah tanggungjawab tersebut harus dipikul oleh individu atau organisasi terutamanya NGO.

    Aspek pemakanan turut menjadi penentu kadar serangan penyakit kepada individu. Pengambilan makanan yang tidak

    seimbang terutama gula dan lemak sebenarnya telah mendedahkan diri kita kepada pelbagai bahaya. Memanglah jikalau

    diturut hukum lidah setiap yang manis dan lemak itu sedap dan berselera, namun kesengsaraan yang bakal ditanggung oleh

    badan harus difikirkan juga. Pada hari ini isu pengambilan makanan segera sedang meledak di tengah-tengah polemik

    masyarakat. Pelbagai pihak memberikan pelbagai reaksi yang bebeza apabila Kementerian Kesihatan tampaknya cukup tegasmahu membatalkan semua lesen pengiklanan makanan segera. Walaupun tindakan Kementerian Kesihatan itu dianggap terlalu

    drastik dan boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif terhadap ekonomi negara, tetapi kita harus berfikir bahawa reaksi

    tersebut memberi isyarat bahawa pelbagai gejala penyakit yang berpunca daripada bawaan makanan turut menjadi ancaman

    besar kepada kesihatan sejagat.

    Hadirin sekalian

    Seperkara lagi yang wajar diberi perhatian serius oleh masyarakat adalah berkaitan dengan langkah membendung

    pelbagai gejala penyakit. Kita harus membuang budaya salah apabila sakit baru hendak berjumpa doktor. Doktor bukan sahaja

    berfungsi sebagai penyembuh penyakit, sebaliknya mereka amat profesional sebagai perunding dalam mengawal penyakit.

    Namun keadaan sebalik yang berlaku apabila majoriti daripada masyarakat hari ini akan hanya berjumpa doktor apabila sudah

    tiada harapan sembuh lagi. Ada segelintir pihak pula enggan berjumpa doktor kerana takut penyakit terpendam akan

    terbongkar. Daripada terpaksa memendam rasa kerana mengetahui menghidapi pelbagai masalah kesihatan, mereka

    berpendapat lebih baik tidak diketahui langsung. Akhirnya ramai yang menemui ajal sedangkan kemungkinan boleh

    diselamatkan sekiranya diketahui lebih awal. Oleh itu, kita wajar mengubah tanggapan yang salah itu dengan cara berusaha

    mengesan dan mengenal pasti punca penyakit yang mungkin boleh mengancam nyawa kita.

    Selain itu, tabiat merupakan bawaan sepanjang hayat oleh seseorang itu. Sekiranya dia mengamalkan tabiat yang baik,

    natijahnya baiklah seluruh amalan hidupnya. Sebaliknya jikalau habit yang buruk menjadi bawaan nescaya individu itu akan

    menanggung sengsara seumur hayat. Hal demikian amat berkait rapat dengan usaha mengubah gaya hidup yang tidak sihat

    seperti merokok, pemabuk, dan makan secara membujur lalu melintang patah. Ubahlah kepada tabiat yang sihat seperti

    bersenam secara berjadual, mengawal emosi, dan bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif. Semua yang tersebut

    boleh membantu menstabilkan kesihatan kita memperoleh umur yang panjang. Ingatlah kita kepada nasihat pepatah iaitu,

    terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku bahaya padahnya.

    Sekian terima kasih.

    3. Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.

    Ulaskan pernyataan tersebut.

    Pendahuluan :Khalayak ilmuwan pernah berkata, Percikan liur basah seseorang guru mampu membentuk mutiara -mutiara

    yang memancarkan cahaya yang terang-benderang demi menyuluhi anak-anak didik dengan ilmu pengetahuan yang kekal

    abadi. Demikianlah titipan mutiara kata yang mengiktiraf sumbangan para pendidik yang bergelar guru atas komitmen mereka

    melakar masa depan anak-anak didik. Dengan hal yang demikian, amatlah layak apabila dikatakan guru sebagai arkitek

    masyarakat dan memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.

    Isi 1 : Watak guru itu sendiri sebagai insan yang berilmu atas sifat guru (murabbi) para guru mudah untuk memindahkan ilmu

    pengetahuan kepada anak-anak didik

    Isi 2 : Guru telah diiktiraf oleh masyarakat sebagai ibu bapa kedua kepada anak-anak didik sebagai ibu bapa mudah

    mereka berinteraksi dengan para pelajaranak-anak didik lebih mudah mendengar nasihat guru daripada pihak yang lain

    Isi 3 : Karisme guru yang sentiasa menjadi rujukan anak-anak didik sifat penyabar, petah dalam berbahasa dan bijak

    berpsikologi memberi peluang guru menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik

    Isi 4 : Guru sebagai kerjaya yang profesional para guru mempunyai pengetahuan yang mendalam dan pakar dalam bidang

    yang diajarkanmempunyai pengetahuan yang mendalam dan mampu memindahkan pengetahuan kepada para pelajar

    Kesimpulan : Tempelak peribahasa yang menyebut, guru kencing berdiri, murid kencing berlari menunjukkan peranan guru

    amatlah penting dalam mendidik ummah. Sedikit sahaja kesilapan yang dilakukan boleh membawa kemusnahan kepada

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    6/21

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    7/21

    Isi 2 : Kerap membawa anak-anak berziarah orang tua di kampung penting kepada masyarakat bandar yang semakin

    terpisah jauh daripada warga tuaanak-anak dapat kenal dan bermanja dengan induk mereka

    Isi 3 : Mendidik anak-anak bersikap merendah diri kepada orang-orang tuamemberi ucapan hormat dan sedia mendengar

    cakap golongan tuaelakkan bercerita tentang sejarah silam orang tua terutama tentang perkara negatif

    Isi 4 : Lebih kerap membawa anak-anak ke majlis-majlis kenduri-kendara dan menziarah kematian anak-anak akan lebih

    dekat dengan khalayak tuaboleh berinteraksi dan kenal cita rasa warga tua

    Isi 5 : Membawa ibu bapa bertandang atau tinggal bersama anak berasa lebih mesra dengan datuk dan nenek mereka

    cepat tumbuh perasaan kasih sayang.

    Kesimpulan : Warga tua ialah insan yang amat banyak meninggalkan jasa kepada generasi masa kini. Segala jerih payah mereka

    perlu dihargai dan diberi balasan yang setimpal dengan sumbangan mereka. Biarlah pengorbanan tersebut terus lestari dengan

    sikap tahu membalas budi daripada anak-anak dan cucu. Inilah hakikat hidup dalam rangkaian generasi dan salasilah keturunan

    yang tidak putus selama-lamanya.

    ISNIN, 28 OKTOBER 2013

    Kehidupan Bermasyarakat @ Semangat Kejiranan

    1. Langkah-langkah menyuburkan semangat kejiranan.

    2. Langkah-langkah menyuburkan semangat kehidupan bermasyarakat.

    Kedua-dua tajuk membawa maksud yang sama. Saya sertakan contoh karangan untuk tatapan anda.

    Marcapada ini, rata-rata kehidupan masyarakat khususnya di kota-kota metropolitan lebih bersifat nafsi ataupun

    individualistik. Semangat kejiranan dan altruism dalam kalangan warga Malaysia mulai sirna. Paradigma ini sering menjadi

    polemik utama dan meniti dari bibir ke bibir rakyat. Siapakah yang harus dipersalahkan? Nescaya, sebelum nasi sudah

    menjadi bubur, langkah-langkah pragmatik perlu diambil bagi menyuburkan semangat kejiranan dalam institusi masyarakat

    Malaysia kembali.

    Pertama, pihak kerajaan boleh menjalankan kempen-kempen bersesuaian di peringkat kebangsaan. Modus operandi

    utama kempen ini dijalankan adalah untuk menanam sifat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat.

    Tamsilannya, proklamasi Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia sangat menekankan

    semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia. Sinergi dan usahasama sebeginilah yang wajar diambil contoh dan

    diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh. Bak kata pepatah, ibarat telur

    sesangkar, pecah sebiji pecah semua. Justeru, kempen-kempen anjuran kerajaan ini amat penting untuk menyemai

    semangat kejiranan. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh melaksanakan program-program yang melibatkan semua kaum di

    setiap peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Hal ini demikian kerana punca utama kelunturan semangat kejiranan

    dalam kalangan masyarakat bertitik tolak daripada kurangnya semangat perpaduan.

    Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti Rumah Terbuka Kebangsaan bagi setiap sambutanperayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain, ibarat

    kata perbidalan, serumpun seperti serai, seikat seperti sirih. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian dari Universiti Sains

    Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran program Rumah Terbuka Kebangsaan dalam mewujudkan institusi

    kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Jelaslah, usaha kerajaan ini amat sesuai

    bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan warga Malaysia.

    Di samping itu, pihak media turut memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat kejiranan. Sarwajagat

    mengetahui, media merangkumi media cetak dan media elektronik. Sehubungan itu, pelbagai kaedah boleh diusahakan bagi

    http://subrato403.blogspot.com/2013/10/kehidupan-bermasyarakat-semangat.htmlhttp://subrato403.blogspot.com/2013/10/kehidupan-bermasyarakat-semangat.htmlhttp://subrato403.blogspot.com/2013/10/kehidupan-bermasyarakat-semangat.html
  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    8/21

    menyuburkan semangat kejiranan. Media cetak misalnya boleh memaparkan artikel-artikel tentang kepentingan semangat

    kejiranan manakala media elektronik pula boleh menyiarkan dokumentari dan rancangan yang menarik dan menekankan

    peri pentingnya semangat kejiranan. Usaha Majalah 3 yang menyiarkan Colours of Malaysian, sebuah dokumentari

    mengenai semangat kejiranan dan perpaduan di Malaysia wajar disokong. Justeru, semangat hati gajah sama dilapah, hati

    kuman sama dicecah ini wajar kita tonjolkan melalui media massa.

    Seterusnya, persatuan-persatuan penduduk juga perlu peka akan masalah ini. Bagi memupuk semangat kejiranansemula, persatuan ini seperti Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan program bersesuaian demi

    kemaslahatan penduduk. Sebagai contoh, kegiatan rewang dan Hari Keluarga dapat dianjurkan bagi merapatkan hubungan

    silaturahim antara penduduk. Sepakat membawa berkat, begitulah kata-kata ahli falsafah silam. Malahan, menurut

    laporan majalah The Times di Australia, kegiatan gotong-royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara yang terbaik

    di dunia. Pengiktirafan sebegini menunjukkan bahawa perpaduan yang dijana melalui aktiviti kemasyarakatan

    sememangnya merupakan jalan yang terbaik bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

    Akhir sekali, masyarakat sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Dalam mencipta satu resipi makanan

    misalnya, kita memerlukan bahan yang benar-benar berkualiti bagi hasil yang memberangsangkan. Begitu juga dengan

    semangat kejiranan yang ingin dibentuk. Kita memerlukan unit masyarakat yang syumul dan mahukan perubahan. Nescaya,

    kerjasama dan sinergi yang ampuh antara ahli masyarakat amat diperlukan bagi memanifestasikan sebuah komuniti yang

    bersatu. Janganlah menjadi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Malah, hasil kajian Jabatan

    Perpaduan Malaysia menunjukkan sikap mementingkan diri merupakan faktor utama kelunturan semangat kejiranan.

    Lantaran itulah, sesebuah organisasi masyarakat itu perlu bersedia melakukan anjakan paradigma demi kebaikan bersama.

    Secara tuntasnya, segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak boleh dicapai

    dalam masa yang singkat. Namun, ingatlah, tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni.

    Justeru, demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing ke

    arah itu. Kenanglah kembali perjuangan tokoh-tokoh patriot negara. Jika mereka boleh lakukan, kenapa kita tidak? Tepuk

    dada, tanyalah selera.

    Faktor-faktor remaja merokok.

    Remaja merupakan golongan yang berusia antara 13 hingga 21 tahun. Dalam usia yang muda dan mencabar ini,

    mereka mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Perubahan demi perubahan ini menyebabkan ada dalam

    kalangan remaja yang terpengaruh untuk berjinak-jinakdengan tabiat merokok. Oleh hal yang demikian, kadar perokok

    remaja semakin merebak bak cendawan tumbuh selepas hujan. Realitinya, remaja pada masa ini semakin berani merokok di

    mana-mana sahaja tanpa segan silu. Saya berpendapat bahawa banyak faktor yang menyebabkan gejala merokok terus

    merebak dalam kalangan remaja.

    Mengikut kajian yang dijalankan, kelemahan penguatkuasaan undang-undang merupakan faktor utama yang menjadi

    pemangkin gejala merokok dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana pihak berwajib dikatakan tidak seriusmelaksanakan undang-undang yang digubal. Oleh sebabpihak berkuasa bersikap melepaskan batuk di tangga, remaja

    menjadi tidak takut waimatidak gentaruntuk melakukan kesalahan seperti merokok di tempat-tempat awam. Lama-

    kelamaan, fenomena merokok dalam kalangan remaja bagai bisul menjadi nanah yang sukar diubatilagi.

    Selain kelemahan penguatkuasaan, pengaruh media massa yang bebas menyiarkan iklan juga merupakan

    penyumbang kepada masalah merokok dalam kalangan remaja. Remaja yang umur baru setahun jagung, darah baru

    setampuk pinangsudah pasti mudah terpengaruh dengan ledakan iklan daripada media massa. Kajian juga mendapati

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    9/21

    remaja dan golongan muda-mudi merupakan penonton tertinggi siaran media. Oleh sebab itu, iklan rokok dan poster

    konsert yang ditaja oleh pihak pekilang rokok mudah meresap dalam jiwa remaja yang mendahagakan keseronokan. Remaja

    memang mudah mempelajari apa-apa sahaja tontonan mereka. Oleh hal yang demikian, kebanyakan remaja memberanikan

    diri membeli dan memegang rokok kerana pengaruh media massa.

    Di samping itu, kawan merupakan insan yang paling istimewa dan memainkan peranan yang penting dalam pergaulan

    remaja. Walau bagaimanapun, ada antara remaja yang cuba merokok selepas dicabar atau diajak oleh kawan-kawan. Hal ini

    tidak mustahil kerana hubungan antara kawan yang rapat bagai isi dengan kukusedikit sebanyak merangsang kepercayaan

    remaja terhadap kata-kata kawan mereka. Oleh sebab menjadi pak turut kawan, majoriti mereka sama-sama ponteng

    sekolah, sama-sama membeli rokok lalu merasai asap rokok tanpa menyedari kebahayaan rokok. Selepas terjebak dan

    ketagihan rokok, remaja tidak dapat mengelakkan diri daripada tabiat buruk ini lagi.

    Ibu bapa yang kurang memberi kasih sayang dan tidak prihatin akan perubahan sikap anak-anak juga merupakan

    faktor remaja merokok. Hal ini demikian kerana ibu bapa pada zaman berteknologi ini terlalu sibuk mengejar kebendaan dan

    kemewahan sehingga mengabaikan tanggungjawab keibubapaan mereka. Sikap ibu bapa ini bagai enau di dalam belukar,

    melepaskan pucuk masing-masing. Mereka sanggup mengabaikan kasih sayang dengan memberi wang kepada anak-anakmereka sebagai gantian kasih sayang. Anak-anak yang belum berfikiran matang pula menyalahgunakan wang tersebut tanpa

    kawalan ibu bapa. Hal ini menyebabkan remaja dapat membeli rokok dengan mudah kerana harganya masih murah.

    Secara tuntas, saya berpendapat bahawa gejala merokok sebenarnya dapat diatasi sehingga akar umbi.Namun

    begitu, semua pihak haruslah bersikap bagai aur dengan tebinguntuk bekerjasama membanteras gejala merokok dalam

    kalangan anak-anak. Remaja haruslah bangun daripada kesalahan yang dibuat oleh mereka kerana sesal dahulu pendapatan,

    sesal kemudian tidak berguna.Oleh hal yang demikian, penjagaan kesihatan diri ialah tanggungjawab sendiri. Jika kita

    berkesedaran dan berfikiran matang, nescaya dapat meningkatkan tahap kesihatan diri dengan menjauhi tabiat merokok.

    Saya berharap pihak berkenaan, terutamanya kerajaan dapat mempergiat kempen antimerokok agar remaja dapat menjauhi

    gejala merokok yang mampu membawa maut dalam jangka masa panjang.

    1 MURID 1 SUKAN

    Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini

    menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi

    intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai

    aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di

    kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan

    Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah

    dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah

    terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu

    ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu

    landasan mendokong aspirasi 1 Malaysiayang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YABPerdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan

    dibincangkan demi kepentingan bersama.

    Pada pendapat saya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang

    menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu

    melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak

    langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini

    bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    10/21

    jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah

    wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga

    Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-

    murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian kerana

    kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.

    Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahlimasyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani

    seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana kerajaan sedar semakin ramai

    rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan

    rakyat Malaysia yang mengidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan

    kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan mengidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011,

    dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN

    dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada

    masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa.

    Selanjutnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya memupuk perpaduan antara kaumdalam kalangan masyarakat majmuk

    di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa

    dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan

    masyarakat majmuk selama 54 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa dengan kepentinganperpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan.

    Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli suka mesti

    bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan

    dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum

    lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat

    Malaysia.

    Seterusnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan

    fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan

    khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana

    terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa

    mereka sahaja. Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu

    bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Bagi golongan ini, aktiviti sukan hanyalah untuk pelajar-pelajar yang tidak

    cemerlang dalam bidang akademik seperti mereka. Oleh itu, mereke lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan

    kawan-kawan melalui laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk bersukan.

    Akhir sekali, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini

    memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh

    menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan

    pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang

    berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit.

    Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej

    negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong

    Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.

    Konklusinya, Dasar 1 Murid 1 Sukan membawa banyak kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu,

    semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan

    oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pulaharuslah melaksanakan Dasar 1

    Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus

    bersikap samba lewa, bakkata pepatah, sekadar melepaskan batuk di tangga. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan

    modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    11/21

    LATIHAN CERPEN TINGKATAN 4

    KOMSAS (CERPEN)

    Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda

    sendiri.

    Itulah detik-detik yang tidak dapat aku lupakan. Aku menyesal dan memohon ampun banyak-banyak daripada ibu. Aku

    sendiri tidak sedar sewaktu aku menjerit itu.Barangkali niatku bukan kutujukan kepada ibu, tetapi kepada orang lain. Dan siapa orang lain itu tidak pula dapat aku

    pastikan. Kalau tidak kepada ibu, kepada siapa lagi kalau bukan kepada diri sendiri.

    Hal itu menusuk masuk ke dalam diriku hinggalah ibu meninggal. Ibu meninggal dengan aman damai. Tidak sedikit pun

    menempuh kerumitan. Malam itu kami sudah pun berkumpul kerana ibu mulai memandang langit. Isteriku membacaYasin.

    Aku duduk di sisi ibu sambil berbisik ke telinganya tidak putus-putus agar ibu jangan lupakan Allah.

    Ceper masih keruh airnya, tetapi masih sedikit-sedikit boleh mengalir meskipun langkahnya lambat kalau dibandingkan

    dengan waktu ibu rancak melompat ke sana dan berlari ke sini dulu. Waktu itu Ceper bukan main lagi cergasnya bagaikan

    hendak bertanding dengan kecergasan ibu sendiri.

    Tetapi semenjak ibu lumpuh dan kemudian ibu mati, Ceper langsung tidak berbusa dan berombak lagi. Tebing-tebingnya

    pun tidak ditendang lagi. Lubuk-lubuknya pun tidak dikorek lagi, kerana Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan serbaneka

    serdak yang bersisa.

    (Dipetik daripada Ibu dan Ceper oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, DBP)

    i) Berikandua bukti yang menunjukkan aku menyedari kesilapannya terhadap ibu.

    - aku menyesal

    - aku memohon ampun daripada ibu (2 markah)

    II) Sekiranya anda ialah aku, nyatakantiga cara yang boleh anda lakukan untuk memulihara Sungai Ceper.

    - gotong royong membersihkan sungai

    - melapor kepada pihak berkuasa jika melihat orang membuang sampah ke

    dalam sungai

    - tidak membuang sampah ke dalam sungai

    - tidak menyalurkan najis ke dalam sungai

    (3 markah)

    iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satupengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan

    cerpen tersebut.

    Pengajaran daripada petikan

    - kita mesti menyayangi ibu bapaaku dan isterinya menjaga ibu yang

    lumpuh

    - kita mesti menghargai sungaitidak membuang sampah ke dalam sungai

    (2 markah)

    Pengajaran daripada keseluruhan cerpen

    - kita mesti berani menghadapi cabaran hidupibu berani menentang banjir

    untuk menyelamatkan padi

    - kita mesti gigih bekerjaibu gigih mengerjakan sawah

    - kita mesti bertanggungjawab menyara keluargaaku dan isteri bekerja di

    sawah untuk menyara keluarga

    - kita mesti sabar dalam menghadapi masalah keluarga ibu bersabar dalam menghadapi karenah ayah yang leka

    dengan burung ketitir.

    (2 markah)

    Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda

    sendiri.

    http://subrato403.blogspot.com/2013/10/latihan-cerpen-tingkatan-4.htmlhttp://subrato403.blogspot.com/2013/10/latihan-cerpen-tingkatan-4.htmlhttp://subrato403.blogspot.com/2013/10/latihan-cerpen-tingkatan-4.html
  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    12/21

    Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir

    itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat- bulat kepada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi

    bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu.

    Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa

    macam ini!

    Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga tanah-tanah, hingga terbongkah

    perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing.Aku masih ingat lagi. Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya ke paku di conggoh dan terus randuk banjir

    masuk ke dalam petak baruh untuk menolong ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap. Tetapi bapa tidak

    boleh buat apa-apa juga.

    Himbauan air ceper kuat sangat sehingga bapa sendiri beberapa kali terkial-kial jatuh.

    (Dipetik daripada Ibu dan Ceper oleh Shanon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan

    Pustaka)

    i) Berikanduaperwatakan bapa menurut pandangan ibu. (2 markah)

    - tidak sedar diri

    - tidak bertanggungjawab

    ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalahbanjir. (3 markah)

    - mengadakan kempen cintai sungai

    - mendalamkan sungai supaya air sungai tidak melimpah

    - mendenda orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai

    membina penebat banjir

    - membersihkan sungai daripada sampah sarap

    - mengesyorkan pendidikan alam sekitar di sekolah

    iii) Nyatakan satupersoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atasdansatupersoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan

    cerpen tersebut.

    (4 markah)

    Persoalan daripada petikan

    - sikap tidak bertanggungjawab dalam keluarga - bapa tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua

    keluarga kerana asyik berdenak ketitir

    - kesan bencana alam - masalah banjir memusnahkan tanaman padi hingga menyusahkan penduduk kampung

    (2 markah)

    Persoalan daripada keseluruhan cerpen

    - masalah pencemaran alam sekitar - sampah sarap dibuang ke dalam

    sungai

    - kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar

    Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam

    sampah ke dalam sungai.

    - kasih sayangyang terjalin antara manusia dan alam - kasih sayang aku

    kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki dikampungnya.

    - masalah kemiskinan penduduk kampung - penduduk kampung bergantung sepenuhnya kepada air sungai untuk

    kegunaan harian.

    - semangat kejiranan-bergotong royong ketika majlis kenduri

    - peranan anak terhadap ibu bapa- anak menjaga ibu bapa yang sakit

    (2 markah)

    Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda

    sendiri.

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    13/21

    Pak Itam masih berdiri di pintu pagar menunggu tamu. Walaupun hari sudah tinggi, tamu yang jauh masih tidak nampak

    muka. Tempat letak kereta hanya ada dua tiga buah. Kereta yang lalu-lalang, bas dan teksi meluncur laju, tidak nampak oleh

    Pak Itam tanda-tanda akan berhenti. Di manakah jemputan yang lain? Di manakah budak-budak surat khabar? Televisyen pun

    tidak ada. Yang datang hanya anak-anak Langat, itu kerana adanya kumpulan Kopratasa.

    Pak Itam tiba-tiba menjadi sayu. Terlalu cepat orang melupakan jasa dan pengorbanan orang tua. Pak Itam bukan minta

    disanjung, Pak Itam bukan minta dihormati tetapi sekadar ingin bersua muka. Pak Itam menarik sapu tangan dalam poket baju

    Melayunya, terketar-ketar menyapu peluh yang mulai merintik di seluruh mukanya.Tuk Mat yang ikut mengerumuni pentas, terpesona dengan persembahan Teater Malini, cepat terasa. Dia terus

    mendapatkan Pak Itam yang masih tercegat di pintu pagar menunggu tamu, tetapi tamu yang diharapkan tidak datang.

    Saya dah jemput semuanya, pak, orang surat khabar dan pihak TV saya hantar sendiri. Tuk Mat bersuara, ingin

    membela dirinya apabila melihat keredupan di wajah Pak Itam.

    (Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tuaoleh Zahari Affandi , dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka

    2009)

    i) Mengapakah Pak Itam berasa sayu?

    - orang melupakan jasa dan pengorbanannya kepada negara

    [2 markah]

    ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan kesedaran pelajar agar tidak melupakan jasa pejuang tanah

    air?

    - mengadakan pertandingan menulis esei / folio / buku skrap tentang tokoh

    pejuang Negara

    - mengadakan sambutan hari pahlawan di peringkat sekolah

    - menamakan bilik-bilik khas / lorong / kelas dengan nama tokoh pejuang

    [3 markah]

    iii) Huraikan satupersoalan berdasarkan petikan di atas dan satupersoalan berdasarkan keseluruhan cerpen.

    Persoalan daripada petikan

    - masyarakat yang tidak menghargai pejuang negaraPak Itam berasa sedih

    kerana jasa dan pengorbanannya tidak dihargai.

    (2 markah)

    Persoalan daripada cerpen

    - kesediaan menghadapi cabaran - Pak Itam terpaksa menempuh halangan

    dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana

    perjuangannya Pertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.

    - tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa - Atas

    dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayukerana dia

    ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak

    menjadi hamba di negara sendiri.

    - jati diri yang teguh - Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh

    dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun. [2 markah]

    Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat andasendiri.

    Pak Itam mengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh sasa itu dengan perasaan yang penuh kesyukuran. Budi Tuk Mat

    bukan sedikit, kalaulah Tuk Mat tidak ada, hajat dan niatnya sudah tentu tidak akan tercapai.

    Kalau harapkan dia untuk menguruskan segala-segalanya, manakan terdaya. Usahkan untuk ke sana ke mari, mahu

    mengheret punggung sendiri pun rasanya sudah tidak terdaya. Tuk Mat dan keluarganya dirasakan sudah jadi bukan orang lain

    lagi. Rogayahlah yang menjaganya. Halimah anak gadisnya, bersama-sama Rokiah, selang berganti, menghantar nasi dan

    mengambil kain baju untuk dicuci. Yang memeningkan kepala Pak Itam, apabila dibagi duit, baik Tuk Mat, isterinya, Halimah

    dan Rokiah semuanya menolak. Moga-moga Tuhan sahaja yang akan membalas budi Tuk Mat sekeluarga.

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    14/21

    Selepas sembahyang asar, ketika Pak Itam menghulur kepala ke luar tingkap, semua khemah sudah terdiri, kain belon

    yang berwarna-warni, biru, merah, kuning dan hijau, semuanya ada lapan buah, beralun dan berombak ditiup angin petang.

    Isa, Latif, dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut jantan yang dikelilingi oleh rumpun pohon pisang lemak manis.

    Mereka berhenti rehat setelah habis menampal dan menyusun atur segala potongan akhbar, majalah, buku-buku, dan gambar-

    gambar Pak Itam untuk pameran.

    (Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi , Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa danPustaka 2009)

    i) Apakah pertolongan yang diberikan oleh keluarga Tuk Mat kepada Pak Itam.

    - Rogayah menjaga Pak Itam

    - Halimah dan Rokiah selang berganti menghantar nasi dan mengambil kain baju Pak Itam

    untuk dicuci

    [2 markah]

    ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan saling membantu dalam masyarakat?

    - memudahkan sesuatu pekerjaan

    - mewujudkan persefahaman antara satu sama lain / mengelakkanpersengketaan / - mewujudkan keharmonian dan toleransi dalam sesebuah

    masyarakat / perpaduan

    - menjimatkan masa, wang dan tenaga

    [3 markah]

    iii) Jelaskan satuperwatakan Tuk Mat berdasarkan petikan di atas dan satuperwatakan Tuk Mat dalam keseluruhan cerpen.

    Perwatakan daripada petikan

    - Ikhlas memberi bantuan / Baik hatitidak menerima/menolak wang

    daripada Pak Itam (2 markah)

    Perwatakan daripada keseluruhan

    - rajinmembantu menguruskan persiapan majlis ulang tahun kelahiran Pak

    Itam.

    - seorang yang boleh diharapPak Itam mengatakan bahawa Tuk Mat boleh

    diharap berbanding Isa dan Latif dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

    (2 markah]

    Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda

    sendiri.

    Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang! rungut Israk bagaikan tuan besar.

    Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati kebuluran. Asap kemarahan

    dilepaskan sedikit demi sedikit.

    Buang masa saja tinggal di sini! Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj.

    Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan orang yang berlagak. Dia masihbelum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru tengadah.

    Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik.

    TV pun rosak! Sengaja ditinggikan suaranya seperti injak naik yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir.

    Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4 m x 6 m itu. Mata bundarnya

    memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di

    situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.

    (Dipetik daripada cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi dalam

    antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    15/21

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    16/21

    - Menyertai Program Latihan Khidmat Negara

    - Menerapkan nilai-nilai murni

    -Pegangan agama yang kukuh [3 markah]

    iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latarmasyarakat lagi daripada keseluruhan cerpen.

    Latar masyarakat dalam petikan

    - Masyarakat bandar yang sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan di

    kampung Israk merasakan ketidakselesaan sewaktu berada di rumah Wah

    - Masyarakat yang sombong dan tinggi diriIsrak sering bertikam lidah

    dengan Mikraj kerana tidak biasa dengan keadaan di rumah Wah

    [2 markah]

    Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen

    - Masyarakat yang menghormati orang tuaMikraj amat menghormati Wah

    - Masyarakat yang bertanggungjawabAdam membiasakan anak-anaknya

    dengan kehidupan di kampung agar mereka tidak sombong dan lupa diri

    - Masyarakat penyayangWah amat menyayangi cucu-cucunya[2 markah]

    Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja. Sebotol asid yang terkuis kaki Um tumpah.

    Um menggelupur dan meraung kesakitan. Seisi keluarga menjadi gempar, rutup dan ruwet.

    Ibu yang sedih kian berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak, menelan air mata hiba. Ibu tidak pernah mendidik

    anak-anak berkelahi dan bermusuh-musuhan untuk mendapatkan sesuatu. Angin sakit berbuku di hulu hati ibu. Kerana tidak

    tertanggung dengan kesedihan yang dipendam, ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri. Ibu diserang angin

    ahmar.

    Us, Uk, Ul dan yang lain-lain menafikan apabila ditanya apakah mereka yang bertanggungjawab meletakkan botol asid itu

    di bawah meja?

    Um menuduh Uj yang mengkhianatinya kerana takutkan kekalahan. Sementara Uj menuduh Um yang meletakkannya di

    situ dengan hasrat mencederakan Uj kerana tidak mahu dikalahkan.

    (Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi

    dalam Antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka)

    i) i) Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap keadaan ibu?

    - ibu sedih

    - berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak

    - menelan air mata hiba

    - ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri

    (2 markah)

    ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian dalam keluarga?

    - Saling menghormati

    - Saling memahami

    - Saling mengasihi

    - Bertolak ansur / bertoleransi (3 markah)

    iii) Huraikan satupersoalan dalam petikan di atas dan satupersoalan lain daripada keseluruhan cerpen.

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    17/21

    Persoalan daripada petikan

    - perpecahan dalam keluargaUj dan Um sanggup saling menuduh sesama

    sendiri tentang orang yang meletakkan asid di bawah meja

    - sikap mementingkan diri sendiriSikap Uj dan Um yang tidak mahu

    mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah. Sedangkan

    hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.[2 markah]

    Persoalan daripada keseluruhan cerpen

    - kepentingan sukansukan catur boleh memperkenalkan nama atau

    keturunan sesebuah keluarga

    - kepentingan latihan dalam memantapkan sesuatu kemahiranUm dan Uj

    berlatih bermain catur untuk memantapkan kemahiran dalam permainan

    catur

    - peranan anak dalam meneruskan legasi keluarga dalam sesuatu bidangUj menurunkan kemahiran bermain catur

    kepada Um supaya Um mampu

    meneruskan kemasyhuran nama keluarga al-Hakam

    (2 markah)

    Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat andasendiri.

    Kita ialah zuriat kebanggaan, kerana mampu meneruskan tradisi keluarga menjadi pemain catur yang disegani. Uj

    memberi kuliah panjang kepada Um yang ketika itu masih muda remaja.

    Tapi Um tidak tahu apa-apa tentang catur. Um Cuma pandai main dam sedikit-sedikit. Dam haji dan dam apit. Itu saja.

    Um merenung mata Uj yang tersorok di bawah cermin hitam yang dipakai Uj siang malam.

    Pandai main dam ialah permulaan kepada catur. Uj menentang mata muda adiknya yang gemerlap dengan cahaya

    kepintaran.

    Uj menggilap bakat Um dengan apa cara jua. Adik-adik lain tidak sesuai dengan jiwa Uj. Yang dia nampak Um sahaja

    punya bakat anugerah alam semula jadi. Um akan lebih mudah dibentuk. Tegal itu Uj hanya akan mengasuh Um. Diharap Um

    dapat menjadi tonggak keluarga menggantikannya apabila dia tiada nanti. Adik-adik yang lain boleh saja diketepikan. Um

    bertuah kerana diberi hak mutlak berbuat begitu. Itulah hak keistimewaan Uj sebagai ketua keluarga yang dihormati.

    Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka)

    i) Kemukakan dua sebab Uj ingin menggilap bakat Um dalam permainan catur.

    - Um mempunyai bakat semula jadi dalam permainan catur.

    - Um juga mudah dibentuk / dilatih

    (2 markah)

    ii) Pada pendapat anda, nyatakan tigausaha yang perlu diambil untuk menggalakkan lebih ramai golongan remaja melibatkan diri

    dalam permainan catur.

    - Sekolah menganjurkan lebih banyak pertandingan catur.

    - kerajaan boleh mengadakan kempen berkaitan catur kepada masyarakat.

    - Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam

    permainan catur melalui sokongan dan galakan. ( 3 markah)

    iii) Huraikan satulatar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satulatar masyarakat lain yang terdapat dalam

    keseluruhan cerpen tersebut.

    Latar masyarakat dalam petikan

    - masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjulang kegemilangan keluarga

    dalam permainan catur - Uj yang berusaha membimbing adiknya, Um untuk

    menguasai permainan catur bagi menyambung tradisi kegemilangan

    keluarga mereka dalam permainan catur.

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    18/21

    - masyarakat yang berpecah-belah dalam keluarga akibat perbalahan

    perbalahan antara Um dan Uj dalam permainan catur sehingga keluarga

    mereka berpecah-belah.

    - Masyarakat yang mahir dalam permainan catur - keluarga Uj.

    - Masyarakat yang bangga dengan keturunan - Uj yang seringkali

    menceritakan kehebatan keluarganya dalam permainan catur kepada Um.(2 markah)

    Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat

    anda sendiri.

    Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara

    manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid. Farid memang banyak mempunyai kawan

    kenalan di sana. Berhenti di tiap-tiap meja. Menyapa dan bersalaman.

    Ini Syahid, kata Farid memperkenalkan lelaki itu kepadanya.

    Rasanya kita sudah pernah berjumpa, kata Syahid agak tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja

    mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit. Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulit mukanya menjadi merah.

    Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan

    daripada Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya pernah aku

    dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersiar dalam surat khabar itu. Syahid yang menolongmenyiarkannya.

    Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar itu kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau

    ada berita by line. Hanya dari situ sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.

    (Dipetik daripada cerpen Mellisa oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja,DBP)

    i) Apakah reaksi Mellisa apabila Syahid memperkenalkan dirinya?

    - perasaannya tergugah

    - berasa malu / mukanya menjadi merah

    - berasa gugup (2 markah)

    ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika berada dalam sesuatu majlis?

    - memberi salam / menyapa

    - beradab sopan (pakaian, tutur kata, perbuatan)

    - beramah mesra / berbual / bergaul (3 markah)

    iii) Huraikan satulatar masyarakat dalam petikan dan satu latar masyarakat

    daripada Keseluruhan cerpen.

    Latar masyarakat dalam petikan

    - Masyarakat yang peramah. Contoh, Syahid menghulurkan tangan kepada

    Mellisa sebaik sahaja diperkenalkan oleh Farid.

    - Masyarakat penulis. Contoh, Syahid merupakan penulis rencana dalamakhbar.

    (2 markah)

    Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen

    - Masyarakat muda yang amat cinta akan negara. Contoh, Mellisa amat cinta

    akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang

    menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya

    dahulu.

    - Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni. Contoh, Keluarga Mellisa

    yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    19/21

    dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.

    - Masyarakat pelajar yang gigih. Contoh, Mellisa amat tekun menyiapkan

    tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan menyemak pelbagai

    dokumen, buku, akhbar dan majalah.

    (2 markah)

    Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat

    anda sendiri.

    Dia mulai suka dengan anak muda ini. Sifatnya yang terbuka itu menyenangkan hatinya. Dia suka mendengar bicaranya.

    Suka melihat mimik mukanya. Suka melihat senyumannya. Dia seperti Hisyam. Barangkali juga Syahid telah jatuh cinta

    kepadanya dengan pertemuan pertama itu. Melihat gerak-gerinya yang agak kaku itu dia rasa yakin tentang anggapannya. Dia

    rasa Syahid sedang berusaha sungguh-sungguh untuk memikat perhatiannya. Ya, dia sudah terpikat pun dengan lelaki itu.

    Sebab itu tanpa banyak kerenah dia menerima ajakannya untuk makan tengah hari pada Sabtu depan. Dia menolak ajakan

    makan malam kerana terpaksa balik ke Seremban. Sebab itu jadual rutinnya pada tiap-tiap hujung minggu. Rumahnya di

    Seremban. Ibu bapanya di sana.

    Dalam perjalanan pulang dari pejabat surat khabar itu, dia mulai diam. Perasaannya sedang bersimpang-siur. Dia cuba

    menilai kembali kisah pertemuannya dengan Syahid sebentar tadi. Mengapa dia begitu lekas tertarik kepadanya? Adakah

    kerana dia serupa dengan Hisyam?

    (Dipetik daripada cerpen Mellisa oleh Abdullah Hussain dalam antologi harga Remaja, Dewan Bahasa dan

    Pustaka)

    i) Apakah sebab-sebab Mellisa menyukai Syahid?

    - bersikap terbuka

    - suka mendengar bicaranya.

    - suka melihat mimik mukanya.

    - suka melihat senyumannya.

    - Syahid seperti Hisyam ( 2 markah)

    ii) Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan untuk menolak ajakan daripada seseorang yang tidak kita

    kenali?

    - memerlukan masa untuk mengenalinya

    - sibuk dengan urusan yang lebih penting

    - takut difitnah / pandangan serong masyarakat

    - bimbang akan keselamatan diri (3 markah)

    iii) Jelaskan satupersoalan yang terdapat dalam cerpen ini dan satu daripada

    keseluruhan cerpen.

    Persoalan daripada petikan

    - Sikap berhati-hati dalam perhubungan dengan orang lain. Contoh, Mellisa berhati-hati dalam perkenalannya dengan

    Syahid. (2 markah)

    Persoalan daripada keseluruhan

    - Persoalan pengorbanan diri untuk negara. Contoh, Mellisa sanggup

    mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai

    untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.

    - Persoalan persengketaan antara kaum. Contoh, Hasyim dan ibunya telah

    menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa

    dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium

    Negara.

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    20/21

    Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat

    anda sendiri.

    Ayah tidak boleh dipisahkan daripada samudera itu. Ayah ialah samudera. Samudera ialah ayah. Mulut Mir terus sahaja

    terkumat-kamit.

    Hakimah mengeluh. Dipeluknya bahu Mir. Ada kengiluan mengalir dalam diri. Mir harus diselamatkan sebelum segala-galanyamenjadi pudar. Mir sahabatnya yang baik. Dan dia juga harus menjadi sahabat yang baik kepada Mir.

    Siapa lagi yang ada di kampus hijau ini melainkan dia? Mir tidak ada orang lain lagi. Ibu Mir tidak ada sebaik saja Mir dilahirkan.

    Mir cuma ada seorang ayah yang sudah tua.

    Mir tidak memiliki apa-apa pun selain orang tua yang bersemangat waja itu. Mir tidak ada setapak tanah pun miliknya yang sah.

    Benarlah. Mir kecawa.

    Samudera itu juga terseksa seperti aku, Hakimah. Dia sakit. Dadanya bergelora. Dia disakiti oleh orang -orang yang tidak

    bertanggungjawab. Mereka tidak berhati perut. Mereka sengaja mahu melihat samudera menderita.

    Mir menyeringai. Kemudian Mir memejamkan mata. Di dalamnya hanyut bayangan ayah. Ayah menggawang-gawangkan

    pukatnya. Ayah mengacung-acungkan pendayungnya.

    Pembangunan mewah itu telahmenciptakan pisau tajam yang membenam di dalam dada ayah. Tajamnya melebihi dayung

    ayah yang saban waktu membelah samudera.

    (Dipetik daripada cerpen Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasadan Pustaka)

    I) Mengapakah Hakimah berasa perlu membantu Mir?

    - Sahabat baik

    - Mir tidak ada ibu

    - Ayahnya sudah tua

    - Tidak memiliki apa-apa harta / tidak ada setapak tanah pun miliknya yang

    sah [2 markah]

    ii)Pada pendapat anda, nyatakan tigapunca berlakunya pencemaran laut?

    - Pembuangan sisa toksik kilang

    - Tumpahan minyak dari kapal

    - Pembuangan bahan sisa domestik

    - Pembuangan sisa kotoran dari ladang ternakan

    - Pembangunan di kawasan pesisir pantai. [3 markah]

    iii) Nyatakan satupersoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satupersoalan daripada keseluruhan cerpen.

    Persoalan daripada petikan

    - Pencemaran lautlaut sangat terseksa, menderita, sakit dan dadanya

    bergelora kerana disakiti oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

    - Sahabat yang sanggup berkorban dan bersama ketika susah dan senang-

    Hakimah adalah sahabat baik Amirah yang mengambil berat serta

    berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami penyakit kemurungan.

    [2 markah]Persoalan daripada keseluruhan cerpen

    - Persoalan menghargai alam sekitar (laut) ayah Mir sangat menghargai

    dan menyayangi laut sehingga tidak boleh dipisahkan dengan laut.

    - Persoalan konflik jiwa yang dialami oleh remaja kesan daripada kesempitan

    hidup mirah mengalami tekanan perasaan apabila memikirkan nasib

    keluarganya yang hidup dalam kesempitan.

    (2 markah)

  • 8/10/2019 KARANGAN SPM 2013.docx

    21/21

    Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat

    anda sendiri.

    Suara garau ayahkah yang menyentak lamunannya? Masih seperti dalam mimpi, Mir bangun. Berdiri di tepi jendela dan

    merenung jauh. Melihat samudera yang sedang bergelora ganas. Bergumpalan dan berteriakan. Pedih dan perit.

    Ayah akur, Mir. Memang sudah suratan. Ayah akan habiskan sisa-sisa hidup ayah di sini. Di rumah gantian ini. Cuma, apabila

    kau sudah lulus nanti, ayah mahu kaucarilah kerja yang baik. Kemudian binalah mahligai sendiri. Hakmu sendiri. Ayah akan

    bahagia.Mir tersendu kepiluan. Digagahi diri untuk menahan gelombang di dalam dada. Dia mengeluh singkat, lantas memujuk diri.

    Digenggamnya hadiah pemberian Hakimah, sahabatnya yang baik itu.

    Ayah tidak mahu lagi membelah samudera itu? Bukankah samudera itu sering menantikan ayah, pahlawan yang tangkas?

    Ombak laut yang bergulung-gulung itu, bukankah juga sering menantikan lelaki yang berani seperti ayah? Menakluki dan

    menimba khazanahnya. Namun, terus-menerus berterima kasih kepadanya tanpa mengkhianatinya. Samudera terlalu lurus

    untuk dikhianati ya, ayah?

    Ayah yakin samudera tetap akan terus bergelora meskipun dadanya sakit. Dia tetap menyumbangkan baktinya walaupun ayah

    tidak lagi menemaninya. Cuma ayah harap, engkaulah penerus dan pewaris untuk menjaga samudera itu, Mir. Jangan biarkan

    dadanya sakit, biarkan ia terus berbakti, selama-lamanya.

    (Dipetik daripada cerpen Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh

    dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    i) Apakah harapan ayah Mir kepadanya setelah lulus nanti seperti yang terdapat dalam petikan.

    - Mencari kerja yang baik

    - Membina mahligai sendiri [2 markah]

    ii) Pada pendapat anda, nyatakan tiga peranan anda untuk membahagiakan ibu bapa.

    - Belajar bersungguh-sungguh

    -Mencapai kejayaan dalam pelajaran

    - Mendapat pekerjaan yang baik

    - Menjadi anak yang baik

    - Menjadi anak yang soleh

    - Berbakti kepada agama, bangsa dan negara [3 markah]

    iii) Huraikansatupengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dansatupengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

    Pengajaran daripada petikan

    - Kita hendaklah berusaha untuk memenuhi harapan ibu bapa - ayah

    berharap agar Mir menjadi penerus dan pewaris untuk menjaga samudera.

    - Kita mesti menghargai dan menjaga alam sekitar - ayah Mir amat

    menghargai dan menjaga kebersihan laut yang telah banyak berjasa dalam

    kehidupannya.

    [2 markah]

    Pengajaran daripada keseluruhan cerpen

    - Kita perlu membantu rakan yang menghadapi masalah, contohnya,Hakimah berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami tekanan jiwa.

    - Sebagai manusia, kita perlu berdoa serta berusaha untuk mengatasi konflik

    yang dialamiAmirah haruslah mendekatkan diri kepada Allah dan berdoa

    agar jiwanya menjadi tenang.

    (2 markah)