modul karangan

24
BAHASA MELAYU

Upload: norfaizah-abd-jobar

Post on 02-Jul-2015

13.203 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu Tingkatan 4 atau 5

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL KARANGAN

BAHASA MELAYU

Page 2: MODUL KARANGAN

BAHASA MELAYU KERTAS 1SET 1

Dua jam lima belas minit

Bahagian A

[Masa dicadangkan: 45 minit]

[30 markah]

Lihat maklumat di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

GAYA HIDUP SIHAT

GAYA HIDUP SIHAT

Mengamalkan cara pemakanan yang sihat.Makan makanan yang seimbang, tidak berlemak, makanan ringan dan tidak berkolesterol

Menjalani aktiviti riadah dan beristirahat.Contohnya bersukan, bersantai, melancong

Melaksanakan amalan beragama.Contohnya, mempunyai nilai-nilai murni, melaksanakan suruhan Tuhan (bersembahyang)

Menjauhi amalan hidup yang negatif Contohnya, merokok, minum minuman keras, menagih dadah, terlibat dalam gejala maksiat.

Page 3: MODUL KARANGAN

Bahagian B

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

[100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1 Sekolah anda akan mengadakan “Program di Ambang Merdeka” sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-52.

Sebagai setiausaha program, anda dikehendaki menyediakan laporan lengkap tentang persediaan-persediaan yang dilakukan untuk menjayakan program tersebut. Sediakan laporan anda itu.

2 Jasa ibu bapa sangat besar nilainya dan tidak terbalas oleh anak-anak. Jelaskan cara-cara untuk menghargai jasa mereka.

3 Memandangkan jumlah rakyat Malaysia yang merokok terus meningkat dari semasa ke semasa, anda telah diminta untuk menulis sebuah rencana yang bertajuk “Kesan-kesan tabiat merokok dan langkah-langkah untuk menanganinya”.

Tulis rencana itu selengkapnya.

4 Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan negara jiran.

Berikan pendapat anda tentang kepentingan hubungan yang baik dengan negara jiran ini perlu dikekalkan.

5 Anda telah menonton sebuah drama yang menarik di televisyen.Tulis ulasan drama tersebut selengkapnya

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 4: MODUL KARANGAN

BAHASA MELAYU KERTAS 1SET 2

Dua jam lima belas minitBahagian A

[Masa dicadangkan: 45 minit]

[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Page 5: MODUL KARANGAN

Bahagian B

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

[100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1 Konsep “Sekolah Selamat” harus dipupuk dalam kalangan pelajar. Berikan pendapat anda tentang perkara ini.

2 Institusi keluarga diyakini mampu menangani gejala sosial yang semakin meruncing pada masa ini.

Ulaskan peranan yang dapat dimainkan oleh institusi keluarga untuk membanteras gejala tersebut.

3 Kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai tahun 2004 melalui Akta Latihan Khidmat Negara 2003.

Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan program yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini.

4 Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan negara jiran.Berikan pendapat anda tentang kepentingan hubungan yang baik dengan negara jiran ini perlu dikekalkan.

5 Kini remaja semakin kurang meminati karya sastera.

Bincangkan langkah-langkah untuk mudah menarik minat remaja meminati karya sastera.

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 6: MODUL KARANGAN

BAHASA MELAYU KERTAS 1SET 3

Dua jam lima belas minitBahagian A

[Masa dicadangkan: 45 minit]

[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda sumbangan masyarakat terhadap orang kurang upaya. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Page 7: MODUL KARANGAN

Bahagian B

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

[100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1 Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal.

Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan.

2 Keluarga yang harmoni adalah penyumbang yang terbesar terhadap kecemerlangan anak-anak.

Tulis pendapat anda tentang pernyataan di atas.

3 Anda sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diundang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk, ‘‘ Tanggungjawab masyarakat untuk menangani masalah penderaan kanak-kanak”.

Sediakan teks ceramah tersebut.

4 Tindakan kerajaan menggalakkan pelabur asing melabur di negara kita telah menyemarakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Menyedari hal itu, anda bercadang untuk menulis rencana mengenai faedah yang diperoleh oleh negara melalui pelaburan tersebut.

5 “Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan” merupakan tajuk yang ditetapkan dalam suatu pertandingan mengarang anjuran sebuah persatuan belia. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut.

Tulis suatu karangan dengan berdasarkan tajuk tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 8: MODUL KARANGAN

JAWAPAN BAHASA MELAYU 1 ( SET 1)

Soalan Bahagian A

PENDAHULUAN:- Definisi – tahap kecergasan setiap individu bagi melakukan sesuatu aktiviti.- Isu semasa- kurang diamalkan.-

ISI-ISI:1. Mengamalkan cara pemakanan yang sihat- Makan makanan yang seimbang / piramid makanan- Mengandungi semua nutrien yang dikehendaki- Menjauhi makanan yang berkolesterol tinggi, berlemak dan makanan ringan - Dapat mengelakkan penyakit kronik, badan menjadi sihat dan cergas, minda cerdas2. Menjalani aktiviti riadah dan beristirahat.- Hubungan kekeluargaan – sentiasa mengambil berat akan satu sama lain, bekerjasama

Contohnya, bersenam (berterusan), bersukan, bersantai, melancong- 3 kali seminggu, selama 20 minit3. Menjauhi amalan hidup yang negatif - Contohnya, merokok, minum minuman keras, menagih dadah, terlibat dalam gejala maksiat.4. Amalan hidup beragama / mempunyai nilai-nilai murni- Mengelakkan pergaulan bebas – kesan – AIDS / mengandung anak luar nikah- Contoh- Kesan-

KESIMPULAN:- Kepentingan amalan hidup sihat

SOALAN BAHAGIAN B

SOALAN 1:Sekolah anda akan mengadakan ‘Program di Ambang Merdeka’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-52. Sebagai setiausaha program, anda dikehendaki menyediakan laporan lengkap tentang persediaan –persediaan yang dilakukan untuk menjayakan program tersebut. Sediakan laporan anda itu .

FORMAT - Tajuk - Pelapor

PENDAHULUANGambaran awal tentang program yang diadakanTujuan program diadakan:- menyemai semangat cinta akan negara- mengimbas kembali sejarah perjuangan para pejuang kemerdekaan- melahirkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

ISI-ISI1. Membuat atur cara program dengan teliti – untuk kelancaran dan kejayaan program. - melibatkan pihak pengurusan dan ahli jawatankuasa – ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’2. Mengedarkan surat jemputan dan borang persetujuan kehadiran- tetamu kehormat, pengetua, guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG dan ibu bapa pelajar.3. Menghias dan mencantikkan kawasan sekolah- kawasan sekolah – hiasi dengan bendera, sepanduk

Page 9: MODUL KARANGAN

- perhiasan lebih awal sebelum majlis4. Urusan majlis jamuan- urusan dengan restoran, penaja

KESIMPULANHarapan terhadap program yang dirancang – program berjalan lancar- menambahkan kesedaran kepentingan menyemai semangat cinta akan negara- membina tekad berbakti kepada masyarakat dan negara

SOALAN 2:Jasa ibu bapa sangat besar nilainya dan tidak terbalas oleh anak-anak. Jelaskan cara-cara untuk menghargai jasa mereka.

PENDAHULUANIbu bapa - melahirkan, membesar dan mendidik anak-anak. - paling hampir dengan anak-anak. - melakukan apa-apa sahaja untuk membesarkan anak-anak. - Oleh itu, perlulah menghargai jasa ibu bapa.

ISI-ISI1. Membantu melakukan kerja-kerja rumah.

- Pelbagai kerja rumah dilakukan oleh ibu bapa sepanjang hari seperti memasak, mencuci, membasuh, mengasuh anak-anak yang masih kecil, membersihkan rumah dan mencari rezeki.

- Anak-anak wajar membantu agar beban kerja lebih ringan.

- Contohnya mencuci kereta, membersihkan halaman rumah, menyiram pokok bunga, dan memasak.

- Jadi, tugas ibu bapa menjadi ringan.2. Menjaga ibu bapa setelah mereka tua

- telah tua, uzur dan tidak berupaya

- Anak-anak membantu - tinggal bersama-sama, melayan mereka, menjaga makan minum sabar dengan karenah mereka.

- kita hendaklah menjaga ibu bapa selagi mereka masih hidup.3. Mengunjungi ibu bapa yang tinggal berasingan.

- kunjungan menggembirakan hati dan berasa disayangi.

- hari minggu, cuti umum, hari ulang tahun.

- menghadiahkan barang-barang kesukaan ibu bapa.

- ibu bapa akan berasa bahagia dan dihargai walaupun mereka tinggal berjauhan

KESIMPULAN

- jasa ibu bapa tidak ternilai

- Ibu bapa tidak mengharap balasan jasa mereka dengan kemewahan.

- berada di sisi anak-anak detik membahagiakan.

- wajarlah kita menyayangi kedua-dua orang ibu bapa kerana kasih sayang tidak boleh dijual beli.

Page 10: MODUL KARANGAN

SOALAN 3:Memandangkan jumlah rakyat Malaysia yang merokok terus meningkat dari semasa ke semasa, anda telah diminta untuk menulis sebuah rencana yang bertajuk ’Kesan-kesan tabiat merokok dan langkah-langkah untuk menanganinya’. Tulis rencana itu selengkapnya.

FORMAT : Tajuk Penulis

PENDAHULUAN-‘ Tak Nak, Setiap Sedutan Membawa Padah’- tema kempen antirokok - 9 Februari 2004 oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - bertujuan mengikis dan membasmi tabiat merokok para pelajar . - Kempen ‘Merokok Membahayakan Kesihatan’ dan ‘Bersihkan Udara Bebas Asap Rokok’ masih kurang berkesan. - Oleh itu, tanggungjawab kita untuk menyedarkan para remaja.

ISI-ISI:Kesan: 1. Peningkatan jumlah kematian akibat penyakit kronik - sistem saraf, darah, pernafasan. - nikotin menyebabkan ketagihan -berbahaya kepada jantung dan sistem saraf, penyakit koronari jantung. - kandungan karbon monoksida mengurangkan keupayaan darah membawa gas oksigen ke tisu-tisu badan.- Hal ini boleh mengakibatkan penyakit kronik - sistem saraf, darah, pernafasan 2. Membazirkan wang - Sebagai contoh, sekotak rokok berharga sekurang-kurangnya RM 6.00. - jika 2 juta orang berjumlah 12 juta ringgit - jumlah menjadi lebih besar untuk sebulan dan setahun. - Secara rasionalnya, perbelanjaan untuk membeli rokok digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah dan tidak membahayakan kesihatan

Langkah menangani:1. Kita sendiri yang mengambil inisiatif untuk membasminya- menanamkan keazaman untuk berhenti merokok – ’mencegah lebih baik daripada merawat’. - bijak dalam mengawal nafsu - secara perlahan-perlahan seperti mengurangkan jumlah rokok dalam sehari. Selain itu, melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti bersenam, bersukan dan berkelah.2. Pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan hukuman tegas - kawasan larangan merokok seperti di restoran yang berhawa dingin, pusat beli-belah, dan hospital - tindakan serta-merta. - memastikan udara persekitaran yang bersih

KESIMPULAN:- merokok tabiat buruk - membawa masalah kesihatan . - harus hentikan segera jika tidak, mahu menanggung - peribahasa ’sudah terhantuk baru tengadah’. - semoga generasi - benar-benar bebas daripada rokok. - masyarakat sama-sama membanteras , membantu dan terus memberikan sokongan kepada perokok

Page 11: MODUL KARANGAN

SOALAN 4:Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan negara jiran.Berikan pendapat anda tentang kepentingan hubungan yang baik dengan negara jiran ini perlu dikekalkan.

PENDAHULUAN- Era globalisasi - Malaysia perlu mengekalkan hubungan baik dengan negara jiran.- Contoh-contoh negara jiran- Banyak manfaat atau kepentingan kepada negara kita dan negara tersebut- Contoh – Kesatuan Negara-Negara ASEAN

ISI-ISI1. Bantuan apabila menghadapi masalah- bantuan tentera, pasukan sukarelawan, bantuan perubatan- kutipan derma2. Kegiatan perdagangan dan perniagaan antarabangsa- hubungan perdagangan dua hala- contoh-contoh hubungan- mengeksport dan mengimport barang- memajukan industri pelancongan3. Keamanan dan keharmonian negara- hubungan baik dapat mengelakkan peperangan- keburukan peperangan – kemusnahan dan kehilangan nyawa- contoh negara-negara yang berperang- mengambil iktibar daripada peperangan di negara lain4. Meningkatkan tahap pendidikan- peluang rakyat mengikuti kursus yang diminati di IPT negara jiran.- kerajaan menghantar pelajar ke negara jiran (Indonesia – perubatan)- hubungan baik dapat meningkatkan mutu pendidikan5. Perkongsian teknologi dan penyelidikan- Negara-negara tertentu mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu- Negara kita meminjam pakar dan teknologi daripada negara jiran ( Thailand – pertanian)- meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan sesuatu produk.

KESIMPULAN- hubungan baik – membentuk kekuatan- elak isu-isu yang sensitif.

SOALAN 5:Anda telah menonton sebuah drama yang menarik di televisyen. Tulis ulasan drama tersebut selengkapnya.

PENDAHULUAN:Butiran drama: Tajuk drama / Tarikh disiarkan / Saluran / Pelakon / Pengarah / Penerbit

ISI;1. Sinopsis drama2. Tema dan persoalan3. Perwatakan4. Nilai dan pengajaran5. Keistimewaan drama tersebut berbanding drama yang lain.

KESIMPULAN:- Kesan kepada penonton- Harapan- menang anugerah

Page 12: MODUL KARANGAN

JAWAPAN BAHASA MELAYU 1 SET 2

BAHAGIAN A:Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan negara.

PENDAHULUAN

- Sektor pelancongan menambahkan pendapatan rakyat dan negara - Bidang ini membuka hampir satu juta peluang pekerjaan- kemakmuran negara dapat dikekalkan. - beberapa usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya kerajaan negara ini.

ISI-ISI:1. Mengadakan promosi melawat Malaysia. - agar lebih ramai penduduk dunia tahu Malaysia negara yang menarik untuk dilawati. - Contohnya, promosi Tahun Melawat Malaysia 2007 - program ini telah dirancang dengan teliti dan bersungguh-sungguh. - program ‘Tahun Melawat Malaysia’ pasti dapat memajukan lagi sektor pelancongan negara.

2. Kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengan industri pelancongan ditambah setiap tahun. - kemudahan penginapan, perkhidmatan kenderaan awam dan makanan. - perkhidmatan kenderaan awam baik dengan harga yang berpatutan. - Kemudahan penginapan pelbagai dan memenuhi cita rasa pelancong - pengusaha makanan menyediakan makanan yang memenuhi cita rasa pelancong.

3. Rakyat mengamalkan nilai-nilai murni- pelancong suka melancong ke negara yang rakyatnya ramah dan cepat mesra. - Oleh itu, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan menanamkan sikap mesra - di peringkat sekolah, negeri dan negara. - Kementerian Penerangan - menggandakan usaha kempen budi bahasa melalui media massa. - Kesannya pasti lebih ramai pelancong akan datang dan sektor pelancongan terus berkembang.

KESIMPULAN- kedatangan pelancong menguntungkan semua orang- jadi kerjasama semua pihak amat diperlukan.

KARANGAN BAHAGIAN B

SOALAN 1:Konsep ‘Sekolah Selamat’ harus dipupuk dalam kalangan pelajar. Berikan pendapat anda tentang perkara ini.

PENDAHULUAN- Isu semasa – insiden malang di sekolah- pihak media membuat liputan aspek keselamatan yang longgar - kurang selamat- Konsep ‘sekolah selamat’ – diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia - persekitaran sekolah selamat daripada gangguan - secara berterusan

ISI-ISI1. Unsur-unsur keselamatan dalam pengendalian sekolah- tatacara keselamatan berdasarkan keperluan dan iklim persekitaran sekolah- cara menghadapi kecemasan2. Tahap disiplin pelajar harus diperketat- pelajar bermasalah perlu disingkirkan

Page 13: MODUL KARANGAN

- banteras gejala gengsterisme3. Program-program kesedaran- kempen kesedaran dalam kalangan warga Negara- contoh – ceramah, sketsa, pameran, poster, syarahan- peringatan pengetua semasa perhimpunan mingguan- penglibatan PIBG4. Badan beruniform- ciri-ciri keselamatan secara tidak langsung- dididik kepentingan konsep ‘sekolah selamat’5. Peranan ibu bapa- dididik dari rumah- ibu bapa anggota persatuan- mendidik anak

KESIMPULAN- Kerjasama semua pihak

SOALAN 2:Institusi keluarga diyakini mampu menangani gejala sosial yang semakin meruncing pada masa ini.Ulaskan peranan yang dapat dimainkan oleh institusi keluarga untuk membanteras gejala tersebut.

FORMAT- Kata alu-aluan- Kata sapaan- Penutup

PENDAHULUAN- isu peranan institusi keluarga dalam menangani masalah sosial.- kesan isu kepincangan institusi kekeluargaan.

ISI-ISI1. ibu bapa perlu mengambil tahu aktiviti anak remaja di luar rumah- kenali rakan anak- Tanya tujuan anak-anak keluar- halang anak keluar hingga jauh malam2. ibu bapa menunjukkan contoh dan teladan- menjadi model - elakkan daripada melakukan perkara-perkara negatif yang menjadi ikutan anak.- mematuhi ajaran agama agar menjadi ikutan anak3. wujudkan suasana sejahtera di rumah- elakkan pertengkaran atau perpecahan dalam keluarga- keluarga yang berpecah menyebabkan anak-anak rasa terancam- anak tidak rasa tertekan4. hubungan kekeluargaan yang baik akan mewujudkan kemesraan dalam kalangan ahli keluarga.- anak remaja dapat meluahkan perasaan dan masalah- hubungan yang akrab- keluarga – pihak yang boleh dipercayai.

KESIMPULAN- tegaskan kepentingan institusi kekeluargaan dalam menghindari gejala sosial dalam kalangan remaja.- amaran jika keluarga mengabaikan peranan mereka- harapan agar remaja terhindar daripada gejala sosial.

Page 14: MODUL KARANGAN

SOALAN 3:Kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai tahun 2004 melalui Akta Latihan Khidmat Negara 2003.Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan program yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini.

PENDAHULUAN:- 28 Mei 2003 - kabinet memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Akta Latihan

Khidmat Negara 2003- Umur peserta– tidak kurang daripada 16 tahun dan tidak melebih 35 tahun.- Mereka yang tidak hadir – akan didenda tidak melebihi RM3,000 atau

penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.- 16 Februari 2004, kumpulan pertama PLKN sejumlah 26,000 peserta di 41 buah kem di seluruh

negara.

KEBAIKAN-KEBAIKAN PROGRAM INI:

1. Mengisi masa terluang dengan kegiatan yang berfaedah.- Selepas tamat peperiksaan SPM, remaja ada banyak masa terluang selama tiga bulan sebelum

keputusan diumumkan.- Peluang remaja terdedah pada masalah sosial sangat tinggi– melepak di pusat beli-belah, berbual-bual

kosong, pengaruh pergaulan yang tidak sihat.- Program ini mengisi masa terluang dengan kegiatan yang berfaedah- menimba pengetahuan dan

pengalaman

2. Meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja.- Remaja terdedah pada pelbagai pengaruh khususnya dari luar melalui media massa.- Harus dibendung sebelum dieksploitasi oleh pihak asing (Cegah sebelum parah).- Modul Kenegaraan dalam PLKN:

– semangat patriotik dipupuk menjadi kental. - menangkis pengaruh dari luar.

- Jadi, program ini menyediakan barisan remaja: - yang cinta akan negara - mempertahankan negara daripada pihak musuh - memajukan negara pada masa depan.

3. Memperkukuh perpaduan negara- Peserta terdiri daripada pelbagai kaum.- Aktiviti yang dijalankan secara bekerjasama dan saling menolong antara satu dengan yang lain.- Melalui Modul Khidmat Komuniti peserta:

- bekerjasama membina dan membaik pulih kemudahan awam, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, gotong royong dan aktiviti sukarela yang lain.

- Tegasnya, program kemasyarakatan ini:- memupuk perpaduan dalam kalangan remaja- memupuk perpaduan dengan penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

4. Membentuk perwatakan positif melalui pemupukan nilai-nilai murni. - Remaja masih tercari-cari akan identiti masing-masing dan idola yang sesuai dengan jiwa mereka.- Program ini membimbing remaja agar mempunyai nilai yang positif dan perwatakan yang baik.- Melalui Modul Pembinaan Karakter remaja ditekankan:

- penerapan nilai-nilai murni dan sejagat, keyakinan diri dan pemupukan daya kepemimpinan. - Oleh hal yang demikian, remaja akan menjadi pemimpin negara yang berwibawa dan berakhlak mulia.

KESIMPULAN:- Sangkaan PLKN bersifat ketenteraan atau keselamatan negara adalah tidak benar.- PLKN mempunyai objektif:

- membina generasi muda yang bersemangat patriotik dan cinta akan negara,

Page 15: MODUL KARANGAN

- mengeratkan perpaduan masyarakat berbilang kaum, - menimbulkan keprihatinan dan kesukarelaan untuk berjasa kepada masyarakat, - melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri dan - membentuk perwatakan positif dalam kalangan generasi muda.

- Semua pihak hendaklah menyokong program ini agar matlamat kerajaan dapat direalisasikan.- Program ini membawa kebaikan kepada remaja.

SOALAN 4:Penularan penyakit berjangkit di seluruh dunia membimbangkan banyak pihak. Bincangkan kesan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani penyakit berjangkit ini.

PENDAHULUAN Definisi penyakit berjangkit - telah menular di seluruh dunia – menyebabkan banyak kematian - contohnya – Japanese Encephalistis (JE), penyakit sindrom kurang daya tahan melawan penyakit (AIDS), penyakit SARS, selesema burung, selesema babi (H1N1) - membimbangkan semua pihak

ISI-ISI

KESAN

1. Manusia hidup dalam ketakutan.- penyebaran semakin serius- kadar kematian meningkat- kehilangan tenaga pakar- meranapkan tamadun sesuatu bangsa

2. Menjejaskan sektor pelancongan- pelancong asing takut untuk ke negara tersebut- pelancong tempatan lebih suka duduk di rumah- bimbang penyakit akan menjangkiti diri dan keluarga- pendapatan negara akan terjejas

LANGKAH

1. Program pengimunan- suntikan hepatitis B – usaha pencegahan

2. Pemantauan oleh WHO - pegawai kesihatan negara masing-masing - melaksanakan usaha pencegahan - ceramah kesedaran - rakyat menjaga kebersihan dan kesihatan

3. Kuarantinkan mangsa- mangsa yang disahkan dijangkiti- keselamatan dan kesejahteraan rakyat terpelihara

4. Hukuman dan denda- pihak yang mengabaikan tanggungjawab

KESIMPULAN- kerjasama semua pihak- tidak dipandang remeh

SOALAN 5

Page 16: MODUL KARANGAN

Kini remaja semakin kurang meminati karya sastera.Bincangkan langkah-langkah untuk mudah menarik minat remaja meminati karya sastera.

Format:-- tajuk- nama penulis

Pendahuluan.- Definisi – hasil seni dalam bentuk prosa dan puisi- - Mempunyai ciri-ciri keistimewaan.- Sejarah – masyarakat dahulu- unsur pengajaran, keindahan bahasa- Kini - remaja hasil seni sebagai kolot.

Isi :-

Langkah-langkah

1. Pameran badan kerajaan dan swasta.- DBP – menarik minat masyarakat- Pertandingan ( penulisan cerpen , sayembara puisi)- Hadiah lumayan.

2. Peranan media massa.- televisyen – slot sastera masa puncak- filem – filem animasi- penggunaan teknologi moden dan canggih – sastera mampu maju.

3. Pendidikan- Kementerian Pelajaran memperkenalkan KOMSAS- Pengajaran KOMSAS yang kreatif – menarik minat- Contoh teknik pengajaran yang menarik.

4. Peranan ibu bapa- Membeli bahan bacaan yang sesuai- Memberi contoh meminati bahan sastera tempatan.

Kesimpulan.- Pengaruh barat- Dipertahankan- Pembentukan jati diri.

JAWAPAN BAHASA MELAYU 1 (SET 3)

JAWAPAN KARANGAN BAHAGIAN A

Page 17: MODUL KARANGAN

PENDAHULUAN- Zaman dahulu – Oku diabaikan- Kini masyarakat perlu berubah- OKU juga memberi sumbangan kepada Negara dalam pelbagai aspek – hak mereka

ISI-ISI:1. Menyediakan bahan bacaan berbentuk `braille’.- Menempatkan bahan-bahan tersebut di perpustakaan awam dan juga swasta.- Menjual dengan harga subsidi

2. Membantu meringankan bebanan OKU.- Sumbangan kerusi roda.- Menyediakan kerusi roda di tempat-tempat strategik.- Menyediakan kemudahan khusus untuk OKU yang berkerusi roda.

3. Kemudahan belajar hingga ke universiti.- Memberi ruang dan peluang kepada OKU untuk melanjutkan pelajaran di menara gading.- Menyediakan pelbagai kemudahan belajar, seperti laluan, bilik asrama, kantin, bilik kuliah yang mesra OKU.

4. Sukan Paralimpik- Penganjuran sukan Paralimpik di peringkat daerah, negeri, negara dan kebangsaan.- Memberi sokongan moral terhadap penyertaan mereka.- Menyediakan bimbingan jurulatih.

KESIMPULAN- OKU juga makhluk tuhan, berhak mendapat kehidupan sempurna seperti insan lain.- Turut mempunyai kelebihan dan kemahuan seperti orang lain.- Sumbang perlu berterusan sebagai tanggungjawab sosial.- Bersama-sama berganding bahu membawa cabaran negara menjelang tahun 2020.

KARANGAN BAHAGIAN B

SOALAN 1Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal.Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan.

PENDAHULUAN Alam pekerjaan destinasi akhir pelajar Persaingan memasuki pasaran pekerjaan Kelulusan akademik belum menjanjikan jawatan yang dicita Lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran

ISI-ISIIsi 1 : memiliki kemahiran dalam komunikasi

- petah berbicara, matang mengeluarkan hujah dan pendapat dan berani berhadapan dengan pelbagai peringkat klien

- berinteraksi dalam gaya yang sopan

Isi 2: kemahiran menguasai pelbagai bahasa- mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan dan peringkat- menguasai dengan baik sama ada dalam aspek lisan mahupun tulisan – bahasa utama di

Malaysia: Bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis , Arab, Jepun dll

Page 18: MODUL KARANGAN

- berpeluang meneroka pelbagai peluang dengan pendapatan lebih lumayan di seberang laut

Isi 3: kemahiran teknologi- penting selaras dengan kemajuan teknologi global - hala tuju negara menjadi negara maju yang dipacu oleh sektor perindustrian – teknologi

pembuatan, kejuruteraan dan penciptaan - memiliki aset utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor – (pembuatan,

pemesinan, perkakasan dan operasi)Isi 4: kemahiran dalam ICT – (tidak seperti katak di bawah tempurung)

- selaras dengan kemajuan teknologi langit terbuka- mempercepat proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui rangkaian Internet

dan laman web- boleh bersaing dalam gelanggang maklumat yang menguasai gaya hidup moden

KESIMPULAN tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada sesiapa pun yang tahu mengajari kita agar berusaha

mencipta tuah penampilan diri dengan pelbagai kemahiran merupakan tuah yang boleh dicipta untuk kejayaan

SOALAN 2Keluarga yang harmoni adalah penyumbang yang terbesar terhadap kecemerlangan anak-anak.Tulis pendapat anda tentang pernyataan di atas.

PENDAHULUAN- Tingkah laku dan latar belakang menentukan hala tuju anak-anak.- menjadi contoh kepada anak-anak- keluarga harmoni – anak-anak menjadi insan yang berguna.

ISI-ISI1. pertumbuhan minda dan sahsiah anak-anak paling berkait rapat dengan iklim rumah tangga- sikap dan gaya pemikiran anak-anak bermula di rumah- ibu bapa menjadi role model- tingkah laku positif menjadi ikutan anak-anak ’ seperti acuan begitulah kuihnya’2. keluarga ialah orang yang paling dekat dengan anak-anak- ibu bapa lebih mengenali anak-anak- tempat anak-anak merujuk segala masalah- suasana harmoni – anak-anak lebih senang berada di rumah3. melahirkan zuriat yang sempurna dan seimbang- dalam aspek fizikal, mental, rohani dan emosi- asuhan dan belaian sempurna – menjadi baja kepada pertumbuhan sahsiah anak-anak- interaksi keluarga yang lemah lembut- membentuk sikap penyayang - anak-anak berminat belajar – membangunkan kerjaya4. membina sebuah keluarga yang mementingkan akhlak, agama dan ilmu pengetahuan- anak-anak menjejaki kerjaya yang menarik- anak-anak berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam pelajaran- memberikan motivasi dan menjadi sumber inspirasi5. terhindar daripada sebarang tingkah laku negatif- emosi yang tenteram menjadi benteng penebat perbuatan antimoral- ibu bapa dapat mengawal daripada bergaul dengan budak-budak nakal- anak-anak memburu cita-cita menjadi cemerlangKESIMPULAN- Keluarga merupakan institusi tertua penentu hala tuju seseorang.- keluarga harmoni – menjanakan kejayaan cemerlang terhadap anak-anak

SOALAN 3:Anda sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diundang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk, ‘ Tanggungjawab masyarakat untuk menangani masalah penderaan kanak-kanak ‘Sediakan teks ceramah tersebut.

Page 19: MODUL KARANGAN

PENDAHULUAN Kata alu-aluan dan ucapan terima kasih Perkenalkan diri anda dan nyatakan tajuk ceramah

ISI-ISI Maksud penderaan kanak-kanak

- mengenakan tekanan secara fizikal dan mental terhadap kanak-kanak, sama ada yang dikenali atau tidak dikenali

- penderaan fizikal seperti dipukul, didera dengan besi panas, dirotan dan sebagainya- penderaan mental seperti dimarah, tidak diberi makanan dan sebagainya- penderaan seksual seperti cabul, rogol, liwat dan sebagainya

Kesan penderaan terhadap kanak-kanak- menyebabkan kecederaan fizikal seperti luka, melecur, patah tulang, koma, cacat dan

sebagainya- tekanan mental seperti kemurungan, gangguan mental, takut dan sebagainya- akan menjadi pendera apabila dewasa kelak- menyebabkan masalah sosial

Tanggungjawab masyarakat untuk menangani masalah penderaan kanak-kanak- melaporkan kepada pihak berkuasa apabila terdapat kes-kes penderaan di kawasan tempat

tinggal- sentiasa bersikap prihatin terhadap isu-isu yang melibatkan kanak-kanak- menerapkan nilai kasih sayang terhadap kanak-kanak dalam kalangan masyarakat- menganjurkan kempen masyarakat penyayang untuk menghindarkan penderaan terhadap

kanak-kanak- menubuhkan pusat penjagaan bagi kanak-kanak yang terbiar- mewujudkan tabung untuk membiayai kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu bapa- mengesyorkan pihak berkuasa agar hukuman berat dikenakan kepada pihak yang mendera

kanak-kanak.KESIMPULAN

menegaskan tajuk ceramah sekali lagi nyatakan harapan anda terhadap khalayak agar sentiasa peka terhadap masalah penderaan kanak-kanak meminta maaf jika terdapat kesilapan dan ucapkan terima kasih dan salam kepada khalayak

SOALAN 4Tindakan kerajaan menggalakkan pelabur asing melabur di negara kita telah menyemarakkan pertumbuhan ekonomi negara. Menyedari hal itu, anda bercadang untuk menulis rencana mengenai faedah yang diperoleh oleh negara melalui pelaburan tersebut.

FORMAT – Tajuk - PenulisPENDAHULUANKerajaan menyediakan prasarana lengkap kepada pelaburPelaburan – pertumbuhan ekonomi pesat – kemakmuran kepada rakyat jelataNegara-negara jiran juga berminat – Indonesia, Filipina, ThailandISI-ISI1. Kesannya Malaysia memiliki teknologi moden dan melahirkan tenaga profesional.- memindahkan IT bertaraf dunia di MSC- Rakyat tempatan berpeluang mempelajari teknologi moden dan terlibat dengan R&D2. Mengurangkan masalah pengangguran- kehidupan rakyat dapat diperbaiki

3. bahan mentah digunakan secara optimum- bahan mentah di dalam Negara

Page 20: MODUL KARANGAN

- harga lebih terjamin- pendapatan penduduk luar Bandar stabil

4. memantapkan ekonomi negara- berpeluang membayar hutang kepada Bank Dunia- menggelakkan daripada membayar kadar faedah yang tinggi

5. menggalakkan infrastruktur sesebuah negara- kemudahan MSC, KLIA, KLCC dan STAR – barangan dapat dipasarkan segera- juga dapat dimanfaatkan rakyat seluruhnya

6. hasrat Wawasan 2020 menjadi kenyataan- cukai dimanfaatkan untuk projek pembangunan Negara – rakyat selesa

KESIMPULAN- pelabur asing penting dalam menggerakkan jentera ekonomi Negara- tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pelabur

SOALAN 5:“Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan” merupakan tajuk yang ditetapkan dalam suatu pertandingan mengarang anjuran sebuah persatuan belia. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut. Tulis suatu karangan dengan berdasarkan tajuk tersebut.

FORMAT – Tajuk - PenulisPENDAHULUANJohan cemerlang dalam pelajaran dan di tawarkan melanjutkan pelajaran ke menara gading.Kejayaannya membanggakan ibu bapanya.

ISI-ISI1. Mempunyai ijazah dan bekerja sebagai jurutera.- berkahwin dengan naka orang kaya.- gaya hidupnya mula berubah dan kurang pulang ke kampung.2. Adik-adik dan orang kampung tidak dipedulikan.- bangga dengan kehidupannya.- tidak mengaku akan orang kampung.3. Kehidupannya semakin berjaya hasil bantuan mentua.- menguruskan syarikat yang terkenal.- namun hidupnya terasa kosong.4. Dia mencari-cari punca jiwanya kosong.- dia menjalani kehidupannya seperti biasa.- tidak mengetahui akan punca masalah yang ditanggung.5.Tidak pulang ke kampung ketika ayah dan ibunya meninggal dunia.- sedar akan kesilapannya.- mengharapkan adik-beradiknya menerimanya semula.6. Adik-beradik tidak menerimanya.- dia tidak berputus asa.- ada kesempatan dia pulang ke kampung.

KESIMPULANKeluarganya menerimanya semula.- hidupnya berasa gembira.-hubungan adik-beradik bertaut semula.