soalan ramalan karangan spm 2013 part 1.docx

22
Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1 TOPIK TOPIK PENTING • cara cara mengharumkan nama sekolah # tanggungjawab keluarga dalam memupuk amalan membaca # amalan berjimat cermat,menabung • jenayah pemerdagangan manusia • konsep sekolah penyayang ,cara menghargai guru • sifat sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak lelaki # langkah langkah memelihara peninggalan sejarah (bangsa /bangunan sejarah) • punca punca kemerosotan bekalan makanan dunia # 1 murid 1 sukan • peranan ibu bapa dalam mengalakkan anak anak menjaga alam sekitar. Ramalan yang dapat dari seminar skor A . Bagi yang bertanda (#) tu kena bagi lebih perhatian. Namun ini semua hanyalah ramalan

Upload: eli-shia

Post on 19-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1TOPIK TOPIK PENTING

• cara cara mengharumkan nama sekolah

# tanggungjawab keluarga dalam memupuk amalan membaca

# amalan berjimat cermat,menabung

• jenayah pemerdagangan manusia

• konsep sekolah penyayang ,cara menghargai guru

• sifat sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak lelaki

# langkah langkah memelihara peninggalan sejarah (bangsa /bangunan sejarah)

• punca punca kemerosotan bekalan makanan dunia

# 1 murid 1 sukan

• peranan ibu bapa dalam mengalakkan anak anak menjaga alam sekitar.

Ramalan yang dapat dari seminar skor A .Bagi yang bertanda (#) tu kena bagi lebih perhatian. Namun ini semua hanyalah ramalan

Page 2: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

Soalan Pemahaman Novel Pecutan Akhir 2013Sila Gunakan  Modul Novel Yang Telah Diedarkan Untuk Membantu Pemahaman Soalan dan Jawapan Bahan Di Bawah.

4 (a)     Berdasarkan sebuah  novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat            yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Azfa Hanani ialah masyarakat yang gigih berusaha menuntut ilmu. Buktinya, Azfa Hanani sanggup berulang-alik dari rumah ke sekolah untuk melanjutkan pelajaran dalam aliran sains di Sekolah Menengah Sri Dian kerana sekolah berhampiran tidak mempunyai aliran sains.

Selain itu, terdapat masyarakat elit yang sombong dan mementingkan status. Buktinya, Datuk Tengku Makmur memandang rendah dan menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin sehingga beliau sanggup mencampakkan wang ke atas katil dan menganggap sebagai upah penyamaran Azfa Hanani.

Dalam novel Kembara Amira, latar masyarakat yang terdapat ialah masyarakat yang tabah menghadapi cabaran.Buktinya, Profesor Zaidah  tetap meneruskan kerja arkeologi meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah seperti tali khemas putus dan sebagainya.

Selain itu, terdapat masyarakat yang bekerjasama antara satu sama lain. Buktinya, Tau, Itai dan Ludin banyak membantu Profesor Zaidah dan kawan-kawannya bagi menyelesaikan masalah yang timbul seperti mencari Jacinta yang hilang di hutan dan Malique yang disembunyikan di Gunung Gua Gajah.4 (a)   Berdasarkan  dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat           yang terdapat dalam novel tersebut.             Dua novel yang saya pelajari ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah dan novel Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir. Satu latar tempat yang terdapat dalam novel Azfa Hanani ialah  banglo milik Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Di sinilah Azfa Hanani tinggal semasa menyamar sebagai Tengku Murni. Banglo ini yang dilengkapi perabot mewah,peralatan elektrik yang mahal,dan suasana yang memberikan keselesaan kepada penghuninya.            Selain itu, terdapat latar tempat di Institut Lingua Franca. Azfa Hanani mengikuti kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun secara intensif di sini untuk meningkatkan penguasaan berbahasa.

Salah satu latar tempat dalam novel Kembara Amira ialah Air Terjun Angin. Di sinilah Amira pertama kali berkenalan dengan Malique dan tempat inilah juga Amira terjatuh lalu dihanyutkan air sungai yang deras.

Selain itu, terdapat latar tempat di Stesen Keretapi Dahan Hijau. Di sinilah tempat persinggahan  Amira, Jacinta, Malique dan John O’Hara sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Mat Raya.

Page 3: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

4          (b)       Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari ialah                    persoalan keberanian.

                    Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu persoalan                    keberanian  yang  terdapat dalam novel tersebut.

                    Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani dan novel Kembara Amira.                    Persoalan  keberanian yang terdapat dalam novel Novel Azfa Hanani ialah :

(i)                  Keberanian menyamar untuk membantu orang lain.Azfa Hanani berani menyamar sebagai Tengku Murni terutama di hadapan ibu Tengku Murni iaitu Datin Maziah untuk mengubati kemurungan Datin Maziah setelah kematian Tengku Murni.

(ii)                Keberanian menegur kesilapan dan menyatakan pendapatAzfa Hanani menyatakan pendapatnya bahawa Tengku Muzaffar tidak patut menghalang persahabatannya dengan Ekran semata-mata kerana darjat, tambahan pula dia bukan adik Tengku Muzaffar.

(iii)               Keberanian menolak tawaran orang yang tidak dikenaliAzfa Hanani terpaksa menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tingginya untuk menjaga maruah dirinya, tambahan dia tidak mengenali Iskandar.

(iv)              Keberanian bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukanAzfa Hanani berani memulangkan buku perpustakaan yang diambilnya.

Novel Kembara Amira(i)                  Keberanian mengakui kesalahan

Amira mengaku kepada Jacinta bahawa dia membaca mesej dalam telefon bimbit Jacinta tanpa pengetahuan rakannya itu.

(ii)                Keberanian menghadapi cabaranItai dan Pak Lias sanggup berhadapan dengan makhluk berbulu yang marah kerana mereka ingin membawa Malique keluar dari gua.

(iii)               Keberanian bertanggungjawab atas tindakanAmira berani berhadapan dengan ibunya Professor Zaidah yang amat marah apabila mengetahui Jacinta sesat di dalam hutan angkara Amira yang mahu berjumpa dengan Malique di kawasan Air Terjun Angin.

(iv)              Keberanian bertindak ketika kecemasanJacinta berani mengikut Amira yang lemas dari tebing sungai.

Page 4: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

4              (a)    Persoalan kasih sayang yang terdapat dalam  dua buah novel yang anda                      pelajari

                    AZFA HANANINovel yang saya pelajari ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

dan novel Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir. Satu peristiwa yang menunjukkan persoalan  kasih sayang dalam novel Azfa Hanani ialah persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Buktinya, Tengku Mazran berusaha memujuk Azfa Hanani agar menyamar sebagai adiknya, Tengku Murni kerana hendak memulihkan tekanan perasaan yang dialami oleh ibunya Datin Maziah yang tidak dapat menerima hakikat kematian Tengku Murni dalam kemalangan jalan raya.

Selain itu, terdapat persoalan  kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anaknya. Buktinya, Datin Maziah sangat sayang akan anak perempuan tunggalnya Tengku Murni sehingga sanggup menghadiahi anaknya sebuah jip sempena hari jadinya walaupun Tengku Murni tidak mempunyai lessen memandu.

            KEMBARA AMIRAPersoalan  kasih sayang yang terdapat dalam novel Kembara Amira karya Amer

Hamzah L. Kadir ialah persoalankasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Buktinya, Amira sanggup menolak cadangan ibunya untuk bercuti di rumah neneknya, semata-mata kerana dia ingin menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya yang jarang-jarang dapat berjumpa.

Selain itu, persoalan  kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Buktinya, Profesor Zaidah memeluk dan membelai Amira ketika bersedih kerana sahabat baiknya Jacinta tidak sedarkan diri ketika mencari Amira yang hanyut di bawah deras air.

Akhir sekali, terdapat persoalan kasih sayang seorang sahabat terhadap sahabat. Buktinya, Amira sanggup meredah hutan bersama Itai mencari emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta.

Page 5: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

4 (b) Persoalan bekerjasama yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajariNovel Azfa Hanani Novel Kembara Amira

a)      Bekerjasama dalam keluarga

Keluarga  Datin Maziah sentiasa memberi kerjasama kepada  Azfa Hanani untuk menyesuaikan diri dalam rumah banglo tersebut. Abang Mazran dan Kak Finaz pula sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada Azfa Hanani tentang  peraturan yang mesti dipatuhi di dalam rumah itu. Abang Muzaffar pula sudi untuk mengajar cara-cara menggunakan komputer kepada Azfa Hanani.

Bekerjasama dalam pasukan forum

Azfa Hanani, Tengku Ellina, Fuad, Adlan dan Fazlina sering memberikan kerjasama yang padu dalam pasukan forum remaja. Mereka berbincang bersama-sama untuk membuat latihan bagi memastikan kemenangan pasukan sekolah mereka. Oleh sebab ketiadaan masa, mereka sanggup berkumpul dan berbincang di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, pasukan forum mereka telah berjaya dan Azfa Hanani menjadi pengerusi forum terbaik.

Bekerjasama menjayakan Hari Sumbangsih

Ekran bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Persatuan Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Taman Sari untuk menjayakan Program Hari Sumbangsih  bagi mengumpulkan dana sebanyak RM16000.

Bekerjasama mendirikan gerai burger yang baharu

Tengku Muzaffar bekerjasama dengan Ekran mendirikan gerai burger milik Ekran yang telah terbakar.

Bekerjasama menyelesaikan projek  kajian arkeologi hingga berjaya.

Sekumpulan mahasiswa tahun akhir tempat Profesor Zaidah telah bekerjasama membuat kajian arkeologi di Bukit Mat Raya. Walaupun mereka menghadapi cabaran seperti tali khemah mereka dipotong oleh seseorang, namun mereka tetap meneruskan usaha untuk membuktikan bahawa tempat itu merupakan petempatan manusia zaman silam setelah menemui karpus manusia dan bahan-bahan tinggalan sejarah. Mereka juga bekerjasama menyiapkan  projek tersebut biarpun Profesor Zaidah tercedera dan tidak dapat bertugas.

Bekerjasama mencari rakan yang hilang.

Amira, Jacinta, Itai, Roslan dan Pak Lias berusaha mencari Malique yang hilang setelah kereta yang dinaikinya terjunam ke dalam gaung sehingga ke Gunung Gua Gajah. Amira dan Itai akhirnya menemui Malique di hujung gua tersebut.

Bekerjasama mencari kata laluan mobile disk

Amira, Itai dan Jacinta bekerjasama untuk berkongsi idea mencari  kata laluan mobile diskyang ditemui oleh Amira  di puncak Gunung Gua Gajah untuk mengetahui pemilik sebenar disket dalam usaha mencari Malique yang hilang.

Page 6: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

4 (b)  Persoalan kegigihan yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajariNovel yang saya pelajari ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd.

Hanafiahdan novel Kembara Amira karya Amir hamzah L. Kadir. Persoalan  kegigihan yang terdapat dalam novel Azfa Hanani ialahkegigihan menuntut ilmu untuk berjaya dalam hidup. Buktinya, Azfa Hanani sanggup berulang-alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 kilometer setiap hari untuk melanjutkan pelajaran dalam aliran sains di Sekolah Menengah Sri Dian kerana sekolah yang berhampiran tidak mempunyai aliran sains.

Selain itu, terdapat persoalan kegigihan berlatih untuk menyertai Pertandingan Forum Remaja. Buktinya, Azfa Hanani gigih berlatih sebagai pengerusi forum bersama kumpulannya sehingga kumpulannya berjaya memenangi Pertandingan Forum Remaja peringkat Negeri dan dirinya terpilih sebagai pengerusi terbaik

Persoalan kegigihan yang terdapat dalam novel Kembara Amira pula ialah persoalan kegigihan menyelamatkan rakan yang hilang. Buktinya, Amira, Itai, dan Jacinta dengan dibantu oleh Roslan dan Pak Lias gigih mencari Malique yang hilang berdasarkan mobile disk milik Malique yang dijumpai di Gunung Gua Gajah.

Selain itu terdapat persoalan kegigihan menyelamatkan petempatan milik orang Asli Suku Semai daripada dicerobohi. Tau berusaha gigih bersama kumpulan pelajar Profesor Zaidah untuk menghalang kawasan tempat tinggal mereka daripada dicerobohi dan diterokai oelh syarikat perunding cari gali emas milik John O’Hara. Tau sanggup menyamar menjadi makhluk berbulu untuk menakut-menakutkan kumpulan mencari gali emas daripada mencerobohi kawasan tersebut.4 (b)  Persoalan tanggungjawab yang terdapat dalam dua buah novel yang anda          pelajari

            Novel yang saya pelajari ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah dan novel Kembara Amira karya Amir hamzah L. Kadir.  Persoalan  tanggungjawab yang terdapat dalam novel Azfa Hanani ialah tanggungjawab anak terhadap ibu bapa kandung. Contohnya, Azfa Hanani membaca surah Yasin setiap malam Jumaat untuk dihadiahkan pahalanya kepada kedua-dua ibu bapanya yang telah meninggal dunia kerana menjalankan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa kandungnya.            Selain itu, terdapat persoalan tanggungjawab bapa saudara terhadap anak saudara. Contohnya, Pak Long Madi dan Mak Long Diah bertanggungjawab memelihara dan menjaga Azfa Hanani yang yatim piatu sejak kecil walaupun mereka hidup miskin dan mempunyai anak yang ramai.            Persoalan tanggungjawab yang terdapat dalam novel Kembara Amira pula ialah persoalan tanggungjawab sahabat terhadap sahabat. Contohnya, Amira bertanggungjawab atas keselamatan Jacinta yang pengsan semasa terjatuh di hutan ketika berusaha mencari Amira yang terjatuh dari Air Terjun Angin dan dihanyutkan sungai yang deras.  Amira rasa bersalah dan menjaga Jacinta di khemah mereka.            Selain itu, terdapat persoalan tanggungjawab ketua terhadap anak buahnya. Contohnya, Profesor Zaidah bertanggungjawab atas keselamatan anak buahnya di Desa Karpus apabila tali khemah mereka diputus oleh seseorang yang tidak dikenali. Profesor Zaidah mengarahkan Rosdi supaya berhati-hati.

Page 7: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

4 (b)  Persoalan ketabahan yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajari            Novel yang saya pelajari ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah dan novel Kembara Amira karya Amir Hamzah L. Kadir.  Persoalan  ketabahan yang terdapat dalam novel Azfa Hanani ialah ketabahan menjalani kehidupan sebagai anak yatim piatu yang penuh cabaran. Azfa Hanani tabah menghadapi kehidupan sebagai anak yatim piatu dan tinggal bersama keluarga Pak Long dan Mak Long yang miskin dan mempunyai anak yang ramai.            Selain itu, terdapat persoalan ketabahan menghadapi penghinaan terhadap diri kerana hidup miskin. Contohnya, Azfa Hanani tetap tabah walaupun dihina oleh Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dirinya yang miskin sehingga beliau sanggup mencampakkan wang sebanyak RM500 di atas katil dan menganggapnya sebagai upah.            Dalam novel Kembara Amira pula, persoalan ketabahan yang terdapat ialah ketabahan meneruskan usaha walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Contohnya Profesor Zaidah tetap tabah meneruskan usaha arkeologi walaupun beliau menghadapi pelbagai cabaran seperti dirinya mendapat kemalangan, khemahnya diputuskan tali, dan anaknya Amira terjatuh dari Air Terjun Angin dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras.            Selain itu, terdapat persoalan ketabahan suami dalam menjalani kehidupan apabila  isteri   melarikan diri bersama anak yang tersayang. Contohnya, Tau tabah menjalani kehidupan dengan mengasingkan diri daripada kaumnya sehingga dipulaukan apabila isterinya Ipah melarikan diri bersama lelaki lain dengan membawa anak mereka Sabi. Tau tabah dan berusaha mencari anaknya yang hilang itu.

4 (b)  Persoalan pengorbanan yang terdapat dalam dua buah novel yang anda          pelajari. Novel Azfa HananiPengorbanan seorang anak saudara kepada bapa saudaraAzfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni kerana Tengku Mazran berjanji akan menanggung rawatan penyakit sepupunya Zuraini iaitu anak Pak Longnya yang lumpuh di Indonesia.

Pengorbanan seorang anak terhadap ibunyaTengku Mazran sanggup memujuk Azfa Hanani supaya menyamar sebagai adiknya Tengku Murni kerana ingin membantu memulihkan ingatan ibu yang mengalami tekanan kerana tidak dapat menerima kematian anaknya TENGKU Murni dalam kemalangan jalan raya.

Novel Kembara AmiraPengorbanan seorang abang kepada adiknya.Ludin sanggup memelihara anak saudaranya Itai kerana adiknya Tau telah mengasingkan diri dan tidak mampu memelihara anaknya setelah isterinya, ipah melarikan diri bersama-sma Johnny.Pengorbanan seorang adik kepada abangnyaTau sanggup mengahwini Ipah agar abangnya Ludin dapat menjadi ketua kepada suku kaum Semai.

Pengorbanan seorang anak terhadap ibunyaAmira sanggup berkorban dan menghabiskan masa cuti persekolahannya untuk bersama-sama ibunya Prof. Zaidah di Desa Karpus dan membantu ibunya menjalankan kerja-kerja arkeologi.

Page 8: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

4(a) Peristiwa yang menyedihkan dalam sebuah novel yang anda pelajari.Novel Azfa Hanani :

(i)                       Peristiwa tidak mampu  membeli pakaian sekolah yang baruKemiskinan Pak Long menyebabkan Azfa Hanani memakai pakaian sekolah yang lama kerana Pak Long tidak mampu membeli pakaian yang baharu

(ii)                     Peristiwa menolak jawatan pengawas kerana tidak mampu membeli pakaian pengawas sekolah.Azfa Hanani tidak mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli pakaian pengawas yang mahal harganya kerana kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini yang lumpuh.

(iii)                     Peristiwa kemalangan yang menyebabkan kedua-dua ibu bapanya meninggalDatuk Tengku Makmur mengenang kembali peristiwa 16 tahun lalu yang menyebabkan ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia. Azfa Hanani tercampak keluar melalui tingkap teksi dan ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian. Datin Maziah yang berasa kasihan melihat Azfa Hanani yang masih bayi dan sedang menangis lalu menyusukannya di tempat kejadian.

(iv)                    Peristiwa teringat dan terkenangkan adik-adik sepupu yang tidak pernah merasai makanan yang sedap.Ketika Azfa Hanani makan tengah hari di rumah Datin Maziah, dia terpandang ayam goreng. Hatinya sayu kerana teringat akan sepupunya di kampung yang sekali-sekala sahaja dapat menikmati ayam goreng.

(v)                    Peristiwa dihina dan dipandang rendah kerana kemiskinanTengku Makmur menuduh Azfa Hanani menyamar menjadi Tengku Murni kerana ingin mendapatkan duit sedangkan Azfa Hanani menolong dengan ikhlas atas permintaan Tengku Mazran. Hati Azfa Hanani terguris apabila Datuk Tengku Makmur mencampakkan wang RM500 di atas katil sebagai upah.

(vi)                  Peristiwa ditampar dan dihina apabila rahsia penyamarannya terbongkar.Semasa Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah mendengar pertengkaran tersebut dan mengetahui penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah menampar Azfa Hanani dan memaksanya menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani apabila dia tidak dapat membuktikan dirinya ialah Tengku Murni

Peristiwa menyedihkan dalam Novel Kembara Amira(i)                  Peristiwa terhempasnya Pesawat Cesna sehingga menyebabkan kematian.

Apabila Pesawat Cesna terhempas dan terjunam di perkampungan orang asli suku Semai, api merebak di bahagian enjin. Ibu bapa Samantha, Ridley dan Brenda tersepit. Badan mereka berlumuran darah, sementara Samantha tercampak semasa pesawat itu meletup. Ludin dan Tau menangis kerana belum pernah melihat api yang sebegitu besar.

(ii)                Peristiwa dipulau dan dipinggirkan dalam masyarakat.Jidin membawa pulang seorang kanak-kanak berambut merah dan bermata biru. Kehadiran Samantha dianggap pelik. Penduduk hutan menolak kehadiran Samantha atau Ipah kerana dianggap menghilangkan semangat hutan. Ada cadangan daripada penduduk orang asli di situ

Page 9: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

supaya Ludin menyerahkan Ipah ke hutan semula. Ludin terpaksa berhadapan dengan cabaran besar untuk mempertahankan tindakannya. Akhirnya, Ipah melarikan diri bersama anaknya Sabi kerana masyarakat Orang Asli suku Semai tidak dapat menerima kehadirannya.

(iii)               Peristiwa  bertemu kembali dengan anaknya yang telah lama terpisah.Setelah Amira dan Itai berjaya menyelamatkan Malique yang disembunyikan di dalam sebuah bilik gelap di Gunung Gua Gajah, Tau atau makhluk berbulu menjadi berang kerana dia tidak mahu orang lain mengambil Malique. Tau menangis dan meratap hiba kerana dia tidak mahu berpisah dengan Sabi yang baru ditemuinya setelah lama terpisah.

(iv)              Peristiwa isteri melarikan diri bersama anak  yang masih kecil.Ipah memilih untuk mengikut Johnny dan membawa Sabi, dan sebaliknya meninggalkan Tau dan Itai, anak mereka yang masih kecil. Tau menghadapi konflik jiwa yang mendalam kerana orang kampung menganggap Tau gagal menjaga isterinya pada hal Ipah ingin pergi dari perkampungan itu kerana orang kampung tidak boleh menerima kehadirannya. Kini Tau lebih sanggup kehilangan Ipah daripada kehilangan Sabi.

(v)        Peristiwa mencari sahabat yang hilang di hutan            Amira rasa bersalah apabila mengetahui Jacinta hilang dan pengsan di hutan kerana ingin

mencarinya yang dihanyutkan oleh arus deras setelah jatuh dari Air Terjun Angin.

   4a)    Peristiwa yang menarik dalam novel            Berdasarkan novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah1. Peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan KakFinaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni.            Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak perlu risau lagi memikirkan     kepayahannya  untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang samaAbang      Mazran berjanji untuk membantu mengubati   Zuraini, anak pak longnya yang    lumpuh.                                                                         2     Peristiwa Datin Maziah menghalau Azfa Hanani dari rumahnya            selepas identiti sebenarnya terbongkar.            Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk        Tengku Makmur  yang bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa   Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan.                                                                                  3.   Peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untukmembonceng motosikal berkuasa tingginya.            Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang  gadis yang tahu   menjaga   maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.                    

      4.   Peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang melarangnya  berkawan dengan Ekran.            Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar,     Azfa Hanani berani bertengkar dengannya semata- mata ingin menegakkan       kebenaran.                                                                  5. Peristiwa Azfa Hanani membaca diari Tengku Murni kerana inginmencari nama yang telah terpadam yang mempunyai hubungandengan Tengku Murni.

Page 10: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

            Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa Hanani   merungkai misteri orang yang menghalang hubungan Ekran dengan Tengku            Murni.                                                                                       6. Peristiwa Azfa Hanani menerima pelawaan menggantikan Ellinauntuk menjadi pengerusi Forum Remaja.            Peristiwa ini menarik kerana melalui program ForumRemaja ini telah dapat         menonjolkan bakat Azfa Hanani sebagai merupakan seorang pelajar yang           berbakat dan petah berbicara.       7. Menolak tawaran Laili untuk menjadi pengacara malam Bakat    Sumbangsih.            Peristiwa ini menarik kerana  Azfa Hanani pandai menilai kawan yang baik         atau tidak.                                                                        8. Peristiwa Kunjungan Datin Maziah ke rumah pak long.

            Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak menyimpan dendam terhadap     Datuk Tengku Makmur yang menyebabkan kematian ibu bapanya dan Datin Maziah yang menampar muka dan menghinanya malah dia memaafkan mereka            berdua.9. Peristiwa Azfa Hanani yang terpaksa berulang-alik ke sekolahdengan menaiki bas sejauh 30 kilometer sehari.            Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani seorang pelajar yang gigih dan            tabah             menuntut  ilmu.                                                                                                                      10. Peristiwa Azfa Hanani pergi melihat Ekran berniaga menjual burgerberhampiran Plaza Cahaya.            Peristiwa ini menarik kerana Ekran merupakan contoh anak muda yang            berdikari dalam kehidupannya. Selain memperoleh pengalaman, penjualan         burger ini ini juga dapat  menambah pendapatan sampingan kepadanya.                                                                                                                                (a) Peristiwa paling menarik dalam novel     Berdasarkan novel Kembara Amira     karya Amer Hmzah L. Kadir 1. Peristiwa Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut dibawaarus sungai yang deras dan diselamatkan oleh Itai.            Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebaikan  orang asli suku            Semai  menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.   2. Peristiwa Itai mengetahui Tau bapanya

            Peristiwa ini menarik kerana  Itai menganggap Tau bapa saudaranya            tetapi sebenarnya Tau ialah bapa kandungnya sendiri.3. Peristiwa Amira memberi seketul emas kepada Jacinta

            Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat setia kawan Amira  yang            ingin menggembirakan sahabatnya.              4. Peristiwa Jidin menjaga Samantha setelah bapanya Ridley danibunya Brenda terkorban dalam nahas kapal terbang.            Peristiwa ini menarik kerana ketabahan Jidin yang sanggup memelihara Samantha walaupun  mendapat tentangan daripada kaumnya.  

Page 11: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

                                                           5. Peristiwa Tau mengaku bahawa makhluk berbulu itu ialahdirinya yang sebenar.                                                                    Peristiwa ini menarik kerana pembaca akhirnya tahu siapa sebenarnya   makhluk misteri yang ditakuti oleh masyarakat di Bukit Mat Raya.                                                           6. Peristiwa Malique ingin terus tinggal di dalam hutan dan enggan mengikuti ibunya Jennifer.

            Peristiwa ini menarik kerana Malique ingin bersama Itai, adik kandungnya            dan Tau bapanya sanggup meninggalkan kemewahan untuk tinggal di            dalam hutan tersebut.          7. Peristiwa Amira memulangkan ketulan emas yang diberi oleh Itai.

            Peristiwa ini menarik kerana Amira jujur dan ikhlas. Dia telah memulangkan            seketul emas yang diambil dari sungai kepada  Ludin kerana dia tidak mahu kepercayaan

penduduk kampung terhadap Itai tercalar dan  seterusnya menyebabkan Itai hilang  kelayakan sebagai pengganti ketua kampung.                                                        

8.      Peristiwa Amira menemui mobile disk di lantai gua.            Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan               penemuan mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana Malique            berada.  

9. Profesor Zaidah tetap meneruskan kajian arkeologi walaupunditentang Dr. Zawawi selepas Profesor Zaidah kemalangan.                                         Peristiwa ini menarik kerana memperlihatkan ketegasan Profesor Zaidah            dengan            pendiriannya dan sikapnya yang tidak mudah putus asa.

Soalan 4a :   Huraikan dua kritikan penulis terhadap kepincangan yang berlaku dalam masyarakat berdasarkan sebuah novel yang anda kaji.

AZFA HANANI

Novel yang saya pelajari ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Kritikan penulis terhadap kepincangan yang berlaku dalam masyarakat ialah penulis mengkritik masyarakat orang kaya yang bersikap sombong dan memandang rendah terhadap golongan miskin. Buktinya, Datuk Tengku Makmur dan Tengku Muzaffar begitu angkuh terhadap Azfa Hanani, anak orang kampung, dengan menganggap maruah Azfa Hanani mudah dibeli dengan wang ringgit. Oleh sebab itu, Datuk Tengku Makmur sanggup mencampakkan wang sebanyak RM500 di atas katil dan menganggapnya sebagai upah.

Selain itu, terdapat kritikan penulis terhadap kepincangan yang berlaku dalam masyarakat ialah pelajar yang berasa iri hati terhadap kebolehan pelajar lain. Buktinya, kumpulan budak glamor yang terdiri daripada Laila, Syafiqah dan Fuziana menjadikan Azfa Hanani sebagai sasaran mereka sehingga Azfa Hanani berasa sedih dan terkilan terhadap sikap Laili yang suka menyindirnya.            KEMBARA AMIRA

Page 12: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

Dalam novel Kembara Amira pula, kritikan penulis terhadap kepincangan yang berlaku dalam masyarakat ialah mengkritik sikap anak terhadap ayah yang tidak dapat menerima ayah kahwin lain. Buktinya, Jacinta tidak dapat menerima kenyataan bahawa ayahnya berkahwin lain selepas kematian ibunya menyebabkan setiap kali cuti persekolahan, Jacinta menghabiskan masa di asrama sekolah dan mengikut Amira ke Bukit Mat Raya.

Selain itu, penulis mengkritik sikap negatif masyarakat yang tidak menerima seseorang berlainan kulit warna. Buktinya, masyarakat orang Asli tidak dapat menerima Ipah kerana kulitnya putih dan matanya biru menyebabkan rakan sebaya memulaukan Ipah.

            (a)  Jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepintaran watak utama dalam sebuah novel       yang anda kaji.                                                                                                  [7 markah]    

 (b)  Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu latar tempat yang        terdapat dalam setiap novel.                                                                           [8 markah]

Soalan 4a – Kepintaran watak utamaNovel Azfa HananiWatak Utama -  Azfa Hanani

Pernyataan isi Huraian / contoha. Kepintaran memilih jalan hidup

Azfa Hanani memilih untuk menerima tawaran Tengku Mazran menjadi Tengku Murni kerana dijanjikan pembiayaan keseluruhan persekolahannya

b. Kepintaran menyelesaikan kemelut keluarga

Azfa Hanani berjaya menyelesaikan masalah Tengku Mazran kerana kesedihan yang dialami oleh Datin Maziah [ibunya] setelah dia menyamar menjadi Tengku Murni

c. Kepintaran mengambil hati rakan/ sahabat

Azfa Hanani menolak tawaran Laili untuk menjadi pengerusi Hari Sumbangsih dan menerima tawaran Tengku Elina untuk menjadi pengerusi  Forum Remaja

d. Kepintaran menyesuaikan diri

Azfa Hanani dapat menyesuakan diri tinggal di banglo Datin Maziah kerana cepat memahami tunjuk ajar daripada Kak Finaz

e. Kepintaran menyembunyikan rahsia diri

Azfa Hanani merahsiakan perbuatannya yang mengambil buku rujukan di perpustakaan

f. Kepintaran meninggal kehidupan yang berpura-pura

Azfa Hanani terus meninggalkan banglo Datin Maziah apabila Datin Maziah menghalaunya dan dia rela balik ke kampung apabila rahsianya terbongkar

g. Kepintaran memilih rakan sejati

Azfa Hanani tidak memilih 'budak glamour' sebagai rakannya, sebaliknya dia memilih Tengku Elina yang dilihat lebih baik dan menghormatinya.

Page 13: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

h. Kepintaran mempertahankan maruah diri

Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal besarnya kerana dia tidak mengenali Iskandar.

Novel Kembara Amira Watak Utama -  Amiraa. Kepintaran mempengaruhi orang lain

Amira berjaya memujuk Jacinta, rakan sebiliknya untuk menyertai ekspedisi cari gali arkeologi dengan memberikan Jacinta harapan untuk menemui batu kuartza yang amat diminati oleh Jacinta

b. Kepintaran menyesuaikan diri dengan situasi baru

Amira dapat menyesuaikan diri dengan Itai dan Tau hingga mereka menerima Amira sebagai sahabat mereka.

c. Kepintaran mengambil hati rakan

Amira dapat mengembirakan sahabatnya Jacinta dengan menghadiahkannya seketul emas yang diperoleh dari dasar sungai / bagi mententeramkan hati Itai yang dicurigai oleh Ludin kerana  gagal menyimpan rahsia, Amira meminjamkan Itai komputer riba.

d. Kepintaran membina kepercayaan orang lain terhadap diri

Amira memulangkan ketulan emas yang diperoleh dari dasar sungai kepada Ludin sehingga Ludin yakin dengan kejujuran Amira.

e. Kepintaran menyelesaikan misteri kehilangan rakan

Amira pintar menyelesaikan misteri kehilangan Malique melalui jumpaan 'mobile disk' yang menjadi petunjuk kepadanya untuk mengesan tempat Malique hilang.

f. Kepintaran dalam ilmu pengetahuan

Amira menguasai banyak pengetahuan sehingga Jacinta memanggilnya 'ensaiklopedia bergerak'

g. Kepintaran menyelesaikan kemelut keluarga

Amira membuat keputusan menyelesaikan kemelut keluarga Tau, Itai, Malique, Jacinta dan Ludin di Desa Karpus di suatu tempat yang berkecuali.

                                    Sesebuah novel menonjolkan watak utama yang banyak menempuh cabaran dalamkehidupan.

(a)        Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak utama berdasarkan sebuah novel            yang telah anda kaji.                                                                                    [ 7 markah ]

4a)          Cabaran Watak UtamaNovel Azfa Hanani    

i)                    Cabaran untuk meneruskan hidup sebagai anak yatim piatu.

Page 14: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

·        Azfa Hanani hidup dalam kemiskinan  bersama-sama dengan pak long dan mak long setelah kematian kedua-dua ibu dan bapanya kerana pak long dan mak long hanya bekerja sebagai penoreh getah dan mempunyai anak yang agak ramai.

ii)                   Cabaran untuk meneruskan persekolahan dalam aliran sains tulen.·        Azfa Hanani tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama selepas tamat

tingkatan tiga. Oleh sebab ingin belajar dalam aliran sains tulen, dia terpaksa berulang-alik ke sekolah setiap hari sejauh 30km dengan menaiki bas.

iii)                 Cabaran untuk mengulang kaji pelajaran·        Azfa Hanani tidak dapat membeli buku rujukan untuk mengulang kaji pelajaran kerana

kesempitan  wang. Dia membawa buku rujukan keluar tanpa izin  dari pusat sumber sekolah dan berjanji akan memulangkannya semula.

iv)                 Cabaran untuk menjayakan penyamaran·        Azfa Hanani menghadapi masalah untuk menyamar sebagai Tengku Murni yang manja dan

pandai bertutur bahasa Inggeris. Dia menjalani latihan dengan kak Finaz dan belajar bahasa Inggeris di Institut Lingua Franca.

v)                  Cabaran berpisah dengan ahli keluarga·        Azfa Hanani sering merindui sepupu-sepupunya setelah menyamar sebagai Tengku Murni

dan tinggal di rumah Tengku Makmur. Dia sering berutus surat dengan pak long dan mak longnya di kampung.

vi)                 Cabaran menghadapi kerenah rakan-rakan·        Azfa Hanani sering disindir oleh Fuzi, Syafikah dan Laili. Mereka juga mempelawanya

menjadi juruacara Malam Bakat Sumbangsih. Azfa Hanani bertegas menolak pelawaan tersebut.

vii)        Cabaran menyesuaikan diri dengan golongan kaya / bangsawan / elit·        Azfa Hanani sering disindir dan dicemuh oleh Tengku Makmur dan Tengku Muzaffar pada

peringkat awal kedatangannya di banglo Tengku Makmur semasa menyamar sebagai Tengku Murni.

viii)       Cabaran mempertahankan maruah diri·        Azfa Hanani diganggu oleh Iskandar yang ingin menghantarnya pulang ke rumah dengan

menaiki motosikal. Azfa Hanani menolak pelawaan tersebut kerana dia tidak mengenali Iskandar.

Novel Kembara Amira

i)                    Cabaran ketika berusaha untuk mendapatkan maklumat daripada seseorang.·        Amira telah terjatuh ke dalam sungai ketika sedang menanti Malique untuk memperoleh

maklumat di Air Terjun Angin. Dia telah diselamatkan oleh Itai dan Tau.

ii)                   Cabaran mendapatkan emas untuk sahabat baik.

Page 15: Soalan ramalan karangan SPM 2013 part 1.docx

·        Amira dan Itai bertemu dengan makhluk berbulu ketika dalam perjalanan pulang setelah mengambil emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta. Amira pengsan apabila disergah oleh makhluk tersebut.

iii)                 Cabaran mencari rakan yang hilang·        Amira bersama-sama dengan Itai dan Jacinta serta dibantu oleh Pak Lias menghadapi

cabaran untuk mencari Malique yang hilang kerana tidak mengetahui lokasi Malique berada.

     iv)   Cabaran menghadapi sikap ibu.·        Amira terpaksa menghadapi kemarahan ibunya kerana menyebabkan Jacinta sesat di hutan.

Dia juga tidak memaklumkan tindakannya yang menunggu Malique kepada ibunya.

      v)   Cabaran menghadapi situasi yang mencemaskan.·        Amira berasa cemas dan bersalah kerana tindakannya yang telah menyebabkan Jacinta

sesat di dalam hutan

iv)                Cabaran ketika menyelamatkan rakan / seseorang.·        Pak Lias terpaksa bertarung dengan makhluk berbulu semata-mata untuk membawa

Malique keluar dari pondok kecil di puncak Gunung Gua Gajah.