karangan 99

34
Persatuan Sejarah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia, 40300 Gombak, Pengarah, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, 08000 Merbok, Kedah Darul Aman. 10 JUN 2010 Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Saya Alya Batrisyia selaku Setiausaha Persatuan Sejarah sekolah ini memohon untuk untuk mengadakan lawatan ke tempat hutan. 2. Yang berikut ialah butir-butir berkaitan dengan lawatan tersebut: Tarikh: 28 ogos 2010-12-14 Masa : 9:30 pagi Peserta: 44 orang(40 orang pelajar dan empat orang guru pengiring) 3. objektif lawatan kami untuk mendapat pengatahuan tentang kewujudan pelabuhan dan pusat perdagangan antarabangsa yang terawal di Kepulauan Melayu. 4. Selain itu,para peserta akan dapat dapat melihat artifak-artifak sejarah dan tinggalan seni bina candi yang mempunyai hubungan dengan sejarah perkembangan awal agama hindu di Malaysia. Kami akan berbesar hati sekiranya pihak tuan meluluskan pemohonan ini. Atas kerjasama dan perhatian pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, Yang menjalankan tugas, .............................................. (Alya Batrisyia Bt . Azren) Setiausaha Persatuan Sejarah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara,

Upload: randy-orton-rko

Post on 27-Jun-2015

1.856 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: karangan 99

Persatuan Sejarah,

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia,

40300 Gombak,

Pengarah,

Muzium Arkeologi Lembah Bujang,

08000 Merbok,

Kedah Darul Aman. 10 JUN 2010

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan

Saya Alya Batrisyia selaku Setiausaha Persatuan Sejarah sekolah ini memohon untuk untuk mengadakan lawatan ke tempat hutan.

2. Yang berikut ialah butir-butir berkaitan dengan lawatan tersebut:

Tarikh : 28 ogos 2010-12-14

Masa : 9:30 pagi

Peserta: 44 orang(40 orang pelajar dan empat orang guru pengiring)

3. objektif lawatan kami untuk mendapat pengatahuan tentang kewujudan pelabuhan dan pusat perdagangan antarabangsa yang terawal di Kepulauan Melayu.

4. Selain itu,para peserta akan dapat dapat melihat artifak-artifak sejarah dan tinggalan seni bina candi yang mempunyai hubungan dengan sejarah perkembangan awal agama hindu di Malaysia.

Kami akan berbesar hati sekiranya pihak tuan meluluskan pemohonan ini. Atas kerjasama dan perhatian pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang menjalankan tugas,

..............................................

(Alya Batrisyia Bt . Azren)

Setiausaha Persatuan Sejarah,

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara,

Page 2: karangan 99

11900 Bayan Lepas,

Pulau Pinang.

Media Network Sdn.Bhd,

Unit Langganan & Pengadaran,

Persiaran Selangor,

40200 Shah Alam,

Selangor. 10 DISEMBER 2010

Tuan,

Melanggan Majalah Dewan Pelajar

Sukacita dimaklumkan bahawa sya ingin melanggan majalah yang diterbitkan oleh syarikat tuan.

2. saya ingin melangga majalah Dewan Pelajar selama satu tahun mulai Januari 2010 hingga Disember 2010.

3. Saya telah membuat pembayaran secara wang pos kepada syarikat tuan yang berjumlah RM27.60. bersama-sama dengan surat ini saya sertakan slip bank dan salinan resit wang pos tersebut sebagai bukti pembayaran.

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengirim majalah kegemaran saya ini dengan segera. Dengan cara ini, saya tidak perlu bersusah payah untuk membeli siri majalah tersebut di kedai-kedai.

Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.sekian.

Yang menjalankan tugas,

..................................................

(Farid Kamil B. Riduan)

Persatuan Tunas Puteri,

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Rata,

Page 3: karangan 99

Cameron Highlands,

Pahang.

Guru Besar,

Sekolah Menengha Kebangsaan Tanah Rata,

Cameron Highlands,

Pahang. 25 MAC 2010

Puan,

Meminta Kebenaran Mengadakan Malam Perkhemahan Tunas Puteri 2010

Saya Inta Najiha selaku Setiausaha Persatuan Tunas Puteri ingin meminta kebenaran untuk mengadakan malam Perkhemahan Tunas Puteri 2010 pada hari Sabtu, 14 April 2010.

2. Perkhemahan tersebut akan diadakan di padang hoki sekolah bermula pada pukul 8.0 malam dan berakhir pada pukul 5.30 petang keesokan harinya.

3. Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk berkenal-kenalan antara ahli dan melatih ahli supaya pandai berdikari.

4. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengundang puan untuk merasmikan perkhemahan tersebut.

Saya berharap agar puan bersetuju untuk menghadiri majlis perasmian ini. Kerjasama pihak puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Yang menjalankan tugas,

...................................................

(Intan Najiha BT Hamdan)

Setiausaha Persatuan Tunas Puteri,

Sekolah Menengah Kebansaan Tanah Rata.

No. 71, Kampung Ru,

Jalan Hang Jebat,

77500 Jasin.

Page 4: karangan 99

Yang Dipertua,

Majlis Daerah Jasin,

77000 Jasin,

Melaka. 15 JULAI 2010

Tuan,

Aduan tentang Masalah Binatang Berkeliaran

Saya mewakili penduduk Kampung Ru ingin membuat aduan tentang binatang ternakan yang dibiarkan berkeliaran hingga mendatangkan masalah kepada penduduk setempat.

2. Belakangan ini, binatang-binatang ternakan seperti lembu dan kambing kerap menimbulkan masalah. Masalah ini berpunca daripada sikap perternak yang membiarkan binatang ternakan berkeliaran mencari makanan tanpa diawasi.

3. Baru-baru ini sekawan lembu telah memusnahkan batas tanaman seorang petani sayur di sini. Petani ini telah kerugian hampir RM3000.

4. Perkara ini hampir mencetuskan pergaduhan apabila perternak terbabit tidak mahu membayar ganti rugi kepada petani tersebut.

5. Oleh itu, saya ingin merayu jasa baik pihak untuk memberikan teguran dan nasihat kepada para perternak lebih bertanggungjawab terhadap binatang binatang ternakan mereka.

Kami amat berharap agar masalah ini mendapat perhatian dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.....................................

(Yusof Bin Selamat)

No.171,

Kampung Kurnia Batu Tiga,

25150 Kuantan,

Page 5: karangan 99

Tuan Pengurus,

Syarikat Pernerbitan Bestari,

Peti Surat 104,

50912 Kuala Lumpur. 20 NOVEMBER 2010

Tuan,

Pesanan Buku Cerita,

Saya ada memesan beberapa buah buku cerita daripada syarikat tuan tiga minggu yang lalu. Namun,buku-buku cerita tersebut tidak saya terima.

2. tajuk buku-buku tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) Siput Sandara oleh Nazel Hashim RM6.00

(b) Cermin Ajaib oleh Yatim Ahmad RM7.50

(c) Menaruh Harapan oleh Siti ZalehaRM6.00

3. Saya telah mengirim kiriman wang bernombor E481632 sebanyak RM19.50 syarikat tuan. Saya turut menyertakan setem berharga RM4.00 sebagai bayaran pos.

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera tentang aduan saya ini. Dengan demikian, dapatlah saya memiliki buku-buku tersebut secepat yang mungkin.

5. Hal ini demikiankerana cuti sekolah hampir menjelang. Saya ingin mengisi masa lapang saya dengan membaca buku-buku tersebut.

Kerjasam daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih sekian.

Yang menjalankan tugas,

.....................................................

(Hasri Hashim)

Pasukan Bola Sepak,

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 2,

Taman Makmur,

16150 Kota Bharu.

Tuan Pengurus,

Pasukan Bola Sepak,

Page 6: karangan 99

Sekolah Menengah Kebangsaab Melor,

Jalan Pasir Puteh,

16400 Kota Bharu. 22 JULAI 2010

Tuan,

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

Kami ingin mengundang pasukan bola sepak sekolah tuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak sekolah kami. Perlawanan ini akan diadakan pada hari Sabtu, 15 Ogos 2010 di padang sekolah kami pada pukul 4.30 petang.

2. Dengan adanya, perlawanan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan murid dan kakitangan serta mengerat hubungan kedua-dua buah sekolah.

3. Selain itu, perlawanan ini diharapkan dapat menambah pengalaman kedua-dua buah pasukan dan meningkatkan mutu permainan setiap pemain.

4. Sebagai tuan rumah, kami akan menyediakan kemudahan yang diperlukan seperti minuman,pengadil, dan penjaga garisan pada hari perlawanan tersebut.

5. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan jawapan dengan segera. Hal ini bagi memudahkan kami membuat persiapan.

Kerjasam dan kesudian pihak tuan mengadakan perlawanan ini kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

...........................................................

(Ikmal Bin Kamarul)

Ketua Pasukan Bola Sepak,

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 2.

Persatuan Bahasa Inggeris,

Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah 2,

Bandar Armada Putra,

41000 Pelabuhan Klang,Selangor.

Penyelaras Pertandingan Bercerita,

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Raja,

Page 7: karangan 99

41000 Klang,

Selangor. 8 APRIL 2010

Tuan,

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris

Sukacita dimaklumkan bahawa surat tuan telah diterima. Ribuan terima kasih saya ucapkan atas undagan untuk menyertai pertandingan bercerita yang akan diadakan kelak.

2. Sehubungan dengan itu, kami bersetuju untuk menerima undangan ini dengan hati yang terbuka.

3. Sekolah kami akan menghantar dua orang peserta, iaitu seorang wakil daripada tahap satu dan seorang wakil daripada tahap dua.

4. Kami berharap agar penyertaan dari sekolah kami akan dapat memeriahkan pertandingan bercerita tersebut.

5. Di samping itu, kami berharap agar pertandingan seumpama ini akan sering diadakan . hal ini supaya pelajar dapat menguasai bahasa antarabangsa, iaitu bahasa inggeris dengan baik.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

........................................................

(Chong May Yin)

Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris,

Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah 2.

No. 8-B Kampung Tandung,

Jalan Tasik Alai,

85010 Buluh Kasap.

Page 8: karangan 99

Sekolah Menengah Kebangsaan Buluh Kasap,

Jalan Buluh Kasap,

85010 Buluh Kasap. 13 OGOS 2010

Cikgu,

Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Saya Sabrina Abdul Wahab, murid Tahun Enam Angerik. Saya tidak dapat hadir ke sekolah hari ini, iaitu pada 13 Ogos 2010.

2. Hal ini demikian kerana ibu bapa saya tiada di rumah. Mereka pulang ke kampung untuk menziarahi saudara kami yang sakit. Oleh sebab sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan, mereka tidak dapat pulang awal sebagaimana yang dijadualkan.

3. Saya anak sulung dalam keluarga. Tiada sesiapa yang dapat menjaga adik-adik saya. Oleh sebab itu, saya terpaksa menjaga mereka sementara menunggu kepulangan ibu bapa saya.

4. Menurut mereka, mereka akan pulang secepat mungkin. Dengan demikian, dapatlah saya hadir ke sekolah seperti biasa.

5. Saya berharap agar cikgu dapat memahami keadaan saya dan dapat menerima sebab-sebab yang saya berikan.

Kerjasama cikgu saya dahului dengan ucapan terima kasih,

Yang benar,

............................................

(Sarina Abdul Wahab)

Kelab Alam Sekitar,

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Wangsa,

53300 Setapak,

Kuala lumpur.

Guru Besar,

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Wangsa,

Page 9: karangan 99

53300 Setapak,

Kuala Lumpur.

Tuan Memohon Kebenaran Mengadakan Kempen Mengumpulkan Barangan Kitar Semula

Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku Setiausaha Kelab Alam Sekitar ingin memohon kebenaran untuk mengadakan Kempen Mengumpulkan Barangan Kitar Semula.

2. Keuntungan yang kami peroleh daripada aktiviti ini akan kami dermakan kepada Rumah Anak-anak Yatim Setapak.

3. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk nilai cinta akan kebersihan dalam diri murid-murid.

Pihak kami berharap agar permohonan ini mendapat persetujuan daripada pihak tuan. Segala perhatian dan kerjasam kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Yang benar,

...........................................

(Ikram Mufadli Bin Mohd.Harith)

Setiausaha Kelab Alam Sekitar,

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Wangsa.

Kebelakangan ini, kita sering mendengar berita tentang berlakunya keskeracunan makanan. Lebih malang lagi, apabila berlakunya kematian yang berpuncadaripada keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Menurut sumber-sumber daripada Kementerian Kesihatan, dari Januari hingga Ogos tahun ini,terdapat tiga belas kes keracunan makanan yang melibatkan 801 orang termasuk satukematian. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri daripada pelajar sekolah.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa golongan pelajar merupakan golonganpaling tinggi yang terlibat dengan keracunan makanan. Hal ini berlaku keranagolongan pelajar khususnya yang tinggal di asrama sering terdedah kepadapenyediaan makanan yang tidak sempurna di kantin atauasrama sekolah. Selaingolongan pelajar, golongan kanak-kanak yang sememangnya mempunyai dayaketahanan badan yang lemah juga sering diserang oleh keracunan makanan.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan. Hal inidemikian kerana sebahagian daripada masyarakat masih kurang mempunyaipengetahuan tentang wabak ini. Golongan ini, biasanya terdiri daripada masyarakatluar bandar. Tambahan pula, ada yang menganggap kes keracunan makanan inisebagai penyakit biasa yang mudah dirawat dengan menggunakan kaedah tradisionalseperti meminumair kangkungdan

Page 10: karangan 99

air kelapa muda.Bagi masyarakat orang Aslipula, mereka mempunyai rawatan tertentu jika memakan bahan beracun seperticendawan dan buah-buahan hutan.

Menurut Doktor Ramlah Yaakub, dari Hospital Universiti Petaling Jaya, puncakeracunan makanan adalah daripada proses penyediaan makanan yang tidaksempurna seperti makanan yang kotor, tidak dimasak dengan baik, dan makanan yangterdedah kepada persekitaran suhu 30 darjahCelsius . Di samping itu, terdapat jugabuah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci serta tangan pemakan itu sendiriyang tidak berbasuh sebelum memegang makanan. Keadaan ini menyebabkankeracunan makanan berlaku. Lebih menyedihkanlagi, keracunan makanan inimelibatkan kanak-kanak sekolahyang membeli makanan di kantin sekolah

Beliau menjelaskan lagi bahawa kebanyakan kes keracunan makanandisebabkan oleh bakteria, mikroorganisma, virus racun atau toksin, dan bahan-bahankimia. Makanan yang sering dijangkiti oleh bakteria dan keracunan ialah susu ataukeju, masakan berlemak seperti nasi lemak dan mi, roti, kuih-muih, daging, ayam, danikan. Makanan-makanan lain adalah seperti makanan di dalam tin, makanan basah,dan berair yang didedahkan di tempat panas. Tin yang kemek membolehkanmikroorganisma menyerang makanan di dalam tin melalui lubang-lubang halus dibahagian yang kemek itu. Keracunan juga disebabkan oleh kulat atau cendawanberacun yang membiak pada makanan serta haiwan-haiwan beracun seperti siput,katak, dan ular.

Tanda-tanda umum keracunan makanan ialah rasa mual, muntah, cirit-birit,pening-pening, dan gangguan perut. Selain tanda-tanda umum, pesakit juga mungkinmengalami demam, kelesuan, dan tiada selera makan. Kesan daripada keracuanmakanan ialah kehilangan air dalam badan pesakit. Sekiranya tubuh pesakitkekurangan air yang terlalu serius, pesakit mungkin berkeadaan kritikal. Bagi kes yanglebih parah, kerosakan hati dan sistem saraf boleh berlaku dan boleh membawa maut.Walaupun kesan keracunan makanan amat serius, namun kesedaran secaramenyeluruh tentang bahaya keracunan ini belum wujud. Kita sebenarnya mempunyaiAkta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai tentang kesalahanpenipuan dalam penyediaan dan penjualan makanan. Walau bagaimanapun, setakatini, jarang-jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut.

Oleh sebab kes keracunan makanan khususnya di sekolah merupakan satumasalah yang serius, semua pihak termasuk pengetua, guru-guru, ibu bapa, dananggota masyarakat yang lain mestilah memberi kerjasama untuk mengatasi masalahtersebut. Pihak sekolah boleh bertindak dengan menarik balik tender yang diberikankepada pengusaha-pengusaha kantin atau asrama yang tidak mematuhi garispanduan yang ditetapkan. Ibu bapa pula boleh memberikan didikan kepada anak-anaktentang betapa pentingnya memakan makanan yang bersih dan berkhasiat di sampingmenggalakkan mereka membawa bekal ke sekolah.

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak

remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang

malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’

Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik.

Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa

paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan

keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.

Page 11: karangan 99

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga

radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar

radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan

sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.

Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan

slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.”

Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan

berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen

ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini.

Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan

berjaya.

          Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul

sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu

merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin,

kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu,

kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu

negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif

yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan

tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh

kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh

tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah

merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini

mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan

hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah

yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya

tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah

Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh itu, kerajaan

telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab untuk

memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama.

Page 12: karangan 99

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada

zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan

pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh

kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat

sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis,

benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka,

sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah

matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan

generasi muda untuk mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun.

Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh

persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat

kasih sayang ibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam

membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program

pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar

sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini.

Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292

orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu

bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-

penagih ini mengulangi kegiatan mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat

menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak

memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan

beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana

implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.

Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional, mereka

tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis,

penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan

berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh

mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan

berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit

AIDS yang amat digeruni.  

Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk

memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar.

Page 13: karangan 99

Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat

daripada terus hadir di Malaysia.  Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati

dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.

Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke semasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta, lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negara kita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri.

Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandu dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.

Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihka berkuasa, namun

Page 14: karangan 99

mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasa dilakukan oleh golongan remaja.

Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkah yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalan raya. Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam. Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.

Page 15: karangan 99

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan

keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000,

seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan

pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka

tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga

merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas China dan Hong Kong.

* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja

dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.

· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri

berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju

negara maju dalam abad ini.

· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika

usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu

seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem

pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah

pelancong yang melawat Malaysia.

· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan

(melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini

juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah

melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia,

tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi

galakan yang terbaik.

· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh

pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai

dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang

baik kepada para pelancong.

Page 16: karangan 99

· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri

pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.

· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi

dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan

tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam

industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan.

Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di

rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik

(APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan

Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri

pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor

awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor

swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen

pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai

kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan

memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta

bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang

kepada industri ini.

·

Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada

mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja

seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong

dalam negeri.

· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan

keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.

Page 17: karangan 99

· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat

mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain

itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak

meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan

sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk

memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat

ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis,

pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini,

banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka.

Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan

Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750

kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama

ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri,

sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik

menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-

olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan

memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan

pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-

Page 18: karangan 99

bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di

suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat

menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang

budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah

kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan

adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan

melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua

perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau

sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang

baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah

dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak

beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil

pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari

aspek perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,

Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita.

Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua

kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan

adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan

ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap

sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada

pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di

dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau

menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi

terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama

rendah” dengan negara-negara maju yang lain.

Page 19: karangan 99

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran

atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel

elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan

dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui

mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas

daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh

perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di

kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada

tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya.

Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak

yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya

yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala

Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan

kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh

sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda.

Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang

dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-

pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu

dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan

pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa.

Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata

tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat

Page 20: karangan 99

negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih

dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.

Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda

sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat

yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa

kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak

dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan

tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh

negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil

dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama

memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi

mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.

Sekian, terima kasih.

Page 21: karangan 99

Kejadian keracunan makanan di sekolah sering berlaku sejak kebelakangan ini. Berikan pendapat anda tentang

punca-punca keracunan makanan di sekolah.

Kebelakangan ini kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah sering menjadi tajuk utama dalam akhbar-

akhbar tempatan.Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah perkara ini semakin kerap

berlaku? Apakah tiada tindakan yang diambil untuk menanganinya dari terus berlaku? Semua persoalan ini

tentunya sentiasa bermain-main di fikiran kita.Apakah punca yang menyebabkan kejadian ini terus berlaku?

Antara punca utama keracunan makanan di sekolah adalah disebabkan sikap pengusaha kantin yang mengabaikan

aspek kebersihan dalam penyediaan makanan. Kebanyakan daripada mereka hanya mementingkan keuntungan

semata-mata dan kurang mengambil berat tentang kualiti makanan yang dijual. Sehubungan dengan ini, mereka

tidak akan mempedulikan sama ada makanan tersebut boleh dijual atau tidak kepada para pelajar. Sebagai contoh

mereka tidak mencuci dengan sempurna bahan mentah yang digunakan sebelum memasak sesuatu hidangan.

Perbuatan mereka ini boleh diibaratkan umpama anjing makan muntahnya.Sikap ini jika dibiarkan berterusan

pastinya akan membawa kepada keracunan makanan.

Selain itu, terdapat pengusaha yang tidak menjaga persekitaran kawasan kantin. Kawasan di sekeliling kantin dan

dapur dibiarkan kotor tanpa penjagaan yang sewajarnya. Dengan ini, kawasan tersebut akan dicemari dengan

pelbagai jenis haiwan dan serangga yang membawa pelbagai jenis kuman. Sebagai contoh, serangga seperti lipas,

semut, cicak, tikus dan sebagainya akan berkeliaran dan kadangkala masuk ke dalam makanan. Sewajarnya sikap

ini dijauhi bagi mengelakkan makanan daripada tercemar.

Di samping itu, sikap para pelajar yang kurang menitikberatkan aspek kebersihan diri juga merupakan punca

berlakunya keracunan makanan di sekolah. Kebanyakan pelajar memandang remeh kepada soal kebersihan diri dan

kualiti sesuatu makanan.Sehubungan dengan itu, mereka akan mengabaikan aspek kebersihan dan membeli

makanan yang sudah tercemar. Sebagai contoh, mereka tidak mencuci tangan dengan sabun sewaktu hendak

menjamah sesuatu makanan. Selagi pelajar tidak mengambil berat soal kebersihan diri, pastinya masalah ini akan

Page 22: karangan 99

terus berlarutan.

Konklusinya, pelbagai punca telah dikenalpasti menyebabkan berlakunya keracunan makanan di sekolah. Masalah

ini boleh diatasi dengan menamatkan kontrak pengusaha yang terlibat dengan masalah ini. Dengan ini, akan dapat

memberi pengajaran kepada pengusaha kantin yang lain supaya sentiasa peka dalam soal kebersihan di kantin

sekolah.Jelaslah bahawa masalah ini akan dapat diatasi sekiranya punca-punca kepada permasalahan ini

dapatditangani secara bersepadu.

Kompleks Penghulu,

Mukim Jorak,

12, Pekan Pagoh,

84600 Muar,

Johor Darul Takzim.

Ketua polis,Balai Polis Daerah Muar,Jalan Petrie,84600 Muar,Johor Darul Takzim. 12 MAC 2000.

Tuan,

Cadangan Mengatasi Kemalangan di Pekan Pagoh

Merujuk perkara di atas, saya selaku penghulu yang bertanggungjawab atas keselamatan penduduk Mukim Jorak, khususnya penduduk Pekan Pagoh, berasa bimbang dengan kadar kemalangan yang semakin meningkat dari hari ke hari di mukim kami. Perkara yang menyedihkan, tragedi ini melibatkan murid sekolah yang melalui pekan ini untuk ke sekolah. Oleh itu, saya ingin membuat beberapa cadangan kepada pihak tuan untuk mengatasi masalah kemalangan ini.

2. Cadangan saya yang pertama adalah untuk meminta pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas, terutamanya pada waktu pelajar pulang dari sekolah. Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas kerana pada waktu yang sama, kenderaan dari arah Bukit Kepong dan Lengga juga sibuk menggunakan jalan di pekan ini. Dalam kesibukan inilah, kemalangan mudah berlaku.Tambahan pula terdapat sebilangan kecil pemandu yang mementingkan diri dengan tidak memberi laluan kepada murid-murid sekolah untuk melintas jalan. Jika pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas pada masa itu, sudah tentu kemalangan dapat dielakkan.

3. Saya juga meminta kerjasama daripada pihak polis supaya memberikan surat sokongan bagi mendapat kemudahan lampu isyarat di simpang pekan ini. Setakat ini, permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat tidak diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kawasan ini masih dianggap terkawal dan tidak terlalu sibuk. Untuk makluman tuan, pada bulan lalu, sebuah lori yang membawa muatan simen telah terbabas lalu terbalik di kawasan Pekan Pagoh. Kemalangan dikatakan berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat yang menyebabkan pemandu lori dari Parit Sulong tidak memberhentikan lorinya ketika sampai di simpang. Pada masa yang sama, sebuah motosikal datang dari arah Lengga. Dalam usaha mengelakkan motosikal tersebut, lori berkenaan telah terbabas dan terbalik menyebabkan seorang peniaga terbunuh. Oleh itu, jika permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat diluluskan dengan sokongan pihak tuan, saya yakin kadar kemalangan di pekan ini dapat dikurangkan.

4. Selain itu, saya mengharapkan agar pihak tuan dapat menganjurkan ceramah keselamatan jalan raya kepada penduduk sekitar Pekan Pagoh, khususnya di kalangan pelajar sekolah.Ceramah seperti ini bukan sahaja akan dapat memberikan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya keselamatan di jalan raya malah dapat melindungi pengguna jalan raya yang lain.

Page 23: karangan 99

5. Saya juga mengharapkan kerjasama daripada pihak tuan untuk mengadakan sekatan jalan raya pada waktu malam.Hal ini bertujuan untuk membanteras lumba motosikal haram di sekitar Batu 8 hingga Batu 13. Kegiatan seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam di samping membahayakan nyawa mereka.

6. Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan perhatian kepada cadangan saya ini. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk meninjau keadaan Pekan Pagoh ini.Seterusnya, saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan penduduk di pekan ini terjamin.

Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Atas kerjasama tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Mohiddin

(MOHIDDINBINYASMIN)Penghulu Mukim Jorak

Page 24: karangan 99

Aku tidak berkenan langsung dengan sikap ibu bapaku yang boros berbelanja walaupun aku amat

menyayangi mereka. Setiap tahun, ibuku pasti membeli perabot baru untuk menghiasi rumahku. Ada

saja alasan yang diberikan ibuku kepada ayah untuk mendapatkan apa yang dihajatinya.Pernah ibuku

membelanjakan lebih daripada sepuluh ribu ringgit hanya untuk membeli sofa yang diidam-idamkannya.

Ayahku pula asyik menukar aksesori kereta. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja aksesori yang

ditambah pada kereta Wish kesayangannya itu. Ekzos yang satu dijadikan dua, cat kereta

ditukar,cermin digelapkan dan bermacam-macam lagi pengubahsuaian yang dilakukannya.Aku hanya

mampu mengelengkan kepala. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga di dalam hati. Adakah ayah dan

ibuku menabung wang di bank? Soalan ini sering kali berlegar-legar di kotak fikiranku.

Oleh sebab kesedaran yang tinggi tentang amalan menabung ini, aku mula menyimpan wang sedikit

demi sedikit di dalam tabung buluhku.Wang yang kusimpan itu ialah lebihan wang saku yang diberikan

oleh ayahku pada setiap awal bulan.Walaupun tidak seberapa, tetapi aku berpegang pada prinsip

sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.

Setiap hari aku membawa bekal ke sekolah untuk menjimatkan perbelanjaan harianku. Selain itu, duit

raya yang aku peroleh setiap tahun, aku simpan di dalam bank. Setiap kali aku menatap buku akaunku,

pasti senyuman akan terukir di bibirku kerana saban tahun jumlah wang simpananku pasti meningkat.

Malang tidak berbau,tidak kuduga adik perempuan kesayanganku disahkan menghidap penyakit

jantung berlubang.Ingin sahaja aku memberikan jantungku kepadanya.Doktor yang merawat adikku

memberitahu kami yang adikku memerlukan rawatan segera dan perlu menjalani pembedahan. Kos

pembedahan dianggarkan dua puluh ribu ringgit.

Nasib keluargaku bagai jatuh ditimpa tangga kerana ayah dan ibu tiada simpanan di bank. Ayah pula

tidak berjaya memohon pinjaman daripada bank kerana sebelum ini ayah telah membuat pinjaman

untuk membeli kereta baru. Ibu hanya dapat menyumbangkan dua belas ribu ringgit setelah

menggadaikan barang kemas kesayangannya.Masih ada berbaki lapan ribu ringgit yang harus

Page 25: karangan 99

dilunaskan.Dalam kebuntuan, aku teringatkan buku akaun bankku. Aku segera ke bank untuk

mengeluarkan wang sebanyak lapan ribu ringgit bagi menampung baki yang masih diperlukan itu.Aku

kemudiannya menyerahkan wang itu kepada ayahku. Ayahku memelukku dengan linangan air mata di

pipinya. Betapa ketika itu aku berasa amat ber syukur kerana mengamalkan amalan keramat ini.

Adikku kemudiannya telah selamat menjalani pembedahan. Ketika aku melawat adikku di hospital

bersama-sama ibu bapaku, mereka menanyakan kepadaku dari mana aku mendapat wang sebanyak

itu.Aku hanya tersenyum seraya memberitahu mereka bahawa semua duit yang aku peroleh selama ini,

aku simpan kerana aku berpegang pada peribahasa sediakan payung, sebelum hujan.Kulihat mereka

terkesima. Barangkali malu ataupun menyesali kesilapan diri.

Page 26: karangan 99

Aku sebuah rumah yang dibina daripada kayu dan beratapkan zink. Aku terletak di terletak di

tengah-tengah bandar. Tuanku merupakan sebuah keluarga yang sederhana.

Tuanku menjagaku dengan baik. Aku sentiasa dibersihkan. Apabila menjelang hari raya, tuanku

akan mengecat didingku.

Halamanku dihias dengan pokok-pokok bunga. Apabila aku mengalami kerosakan di mana-

mana bahagian badanku, tuanku akan segera membaikinya.

Tidak lama kemudian aku mendapat tahu bahawa tuanku telah membeli sebuah rumah baru itu

tidak lam lagi. Mereka sekeluarga akan berpindah ke rumah baru tidak lama lagi. Rumah baru mereka

dibina daripada batu. Rumah itu terletaknya di taman perumahan. Rumah itu besar dan cantik.

Aku mendapat khabar berita bahawa aku akan dirobohkan oleh pihak yang berkuasa. Hal ini

demikian kerana aku didirikan tanpa kelulusan kerajaan.

Aku berasa amat sedih mengenangkan nasibku. Namun begitu, aku berbangga kerana dapat

berkhidmat kepada tuanku selama ini.

Page 27: karangan 99