contoh karangan

Download Contoh karangan

If you can't read please download the document

Upload: nur-afifa

Post on 26-May-2015

89.830 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 1. KEMALANGAN JALAN RAYA Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat daris e m a s a k e semasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandukereta,lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa.Negarakita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalanrayayang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kitaberpuncadaripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri. Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letihdanm e n g a n t u k . A k i b a t h e n d a k s e g e r a s a m p a i k e d e s t i n a s i y a n g d i t u j u ,m e r e k a t i d a k menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan.A k i b a t n y a k e n d e r a a n d i p a n d u dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalamkeadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supayadapat memberitumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan. Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalahmemandumelebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketikamemandu.Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan rayadan kawalanlalu lintas oleh pihka berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesukahatit a n p a m e m i k i r k a n k e s e l a m a t a n d i r i s e n d i r i d a n o r a n g l a i n . M a l a h ,a d a j u g a y a n g berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan rayaseperti yang biasadilakukan oleh golongan remaja. Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkahyangpraktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyatharus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripadapelbagai j a b a t a n s e p e r t i J a b a t a n P e n g a n g k u t a n J a l a n , p o l i s , d a n J a b a t a n K e r j aRaya harusm e m b u a t p e m a n t a u a n d a r i s e m u a a s p e k u n t u km e n d i s i p l i n k a n p a r a p e m a n d u d a n menyediakan laluan jalan raya yang selesa demikeselamatan pemandu. Penguatkuasaanundang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaandenda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untukmenyedarkan pengguna jalanr a y a . S e k t o r s w a s t a j u g a m e m a i n k a n p e r a n a n p e n t i n gd a l a m m e n a n g a n i m a s a l a h i n i dengan menyiarkan iklan yang dapat memberikesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain. Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya.Merekatidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur denganpengguna j a l a n r a y a y a n g l a i n . P e r a t u r a n j a l a n r a y a h a r u s l a h d i p a t u h iu n t u k m e m a s t i k a n keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasamemandu kerana kecuaian m e n j a d i p u n c a n y a w a s e n d i r i d a n o r a n g l a i ny a n g t i d a k b e r s a l a h t u r u t t e r a n c a m . Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulusebelum memulakan perjalanan. Kesimpulann ya, keselamatan di atas jalan raya merupakant a n g g u n g j a w a b pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalanganberlaku danh a l i n i t i d a k h a r u s d i b i a r k a n b e r t e r u s a n u n t u k m e n j a m i nk e s e l a m a t a n s e m u a p i h a k . Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukankesilapan tetapi kesilapan yangd a p a t m e n y e b a b k a n n y a w a o r a n g l a i n j u g a t u r u tm e l a y a n g h a r u s l a h d i e l a k k a n d e m i kesejahteraan bersama.

2. Dewasa ini, banyak pelajar bekerja sambilan semasa cuti persekolahan.Pada pendapat anda, wajarkah pelajar bekerja secara sambilan. Apakah kerja sambilan? Sebenarnya kerja sambilan ini merujuk kerja sementara yangbiasanya dilakukan oleh golongan remaja terutama ketika musim cuti sekolah. Kerja ini turutdilakukan oleh golongan tua dan wanita atas dasar untuk menambah pendapatan atau membantusuami menyara keluarga. Sememangnya kerja sambilan wajar dilakukan oleh remaja kerana sudahmenjadi satu gaya hidup moden tetapi gaya ini turut mencetuskan pelbagai impak terhadap remaja.Kerja sambilan ini memberi satu pengajaran berguna kepada remaja dalam kehidupan.Jangka masa yang pendek bersama-sama rakan sekerja dan majikan pasti meninggalkan pelbagaikesan yang menarik. Remaja menyedari betapa kehidupan social memerlukan kemahiran tinggiterutama ketika di tempat kerja. Jadi, pengalaman kerja sambilan menjadi alat untuk menjelaskanerti kehidupan sebenar kepada remaja sebelum mereka benar-benar melaluinya. Malah, remaja mampu membentuk personaliti yang menarik menerusi kerja sambilan ini.Tugas di tempat kerja membina jati diri remaja yang baru kerana kerja ini memerlukan merekamenepati masa, rajin bekerja, menurut arahan, dan menggunakan minda ketika berinteraksi denganpelanggan. Remaja yang dahulunya malas, tiada wawasan,tidak yakin diri dan sebagainya pastiberubah sebaik sahaja mereka bekerja secara sambilan ini.Sudah pasti kelebihan ketara bekerja secara sambilan ini ialah aspek kewangan. Remajamempunyai wang mereka sendiri yang memberi sedikit kepuasan dalam hidup. Perasaan mampumembeli sesuatu atas kemampuan kewangan sendiri sememangnya membawa satu perasaan yangtidak dapat dihuraikan. Jelaslah, kerja sambilan memberi satu kepuasan kewangan yang begitutinggi kepada remaja.Cuma dalam keghairahan remaja bekerja secara sambilan ini, aspek impak negatifnya harusdiberi pertimbangan sewajarnya. Remaja menjadi individu yang terlalu sibuk, mementingkankewangan,lupa tugas belajar mereka dan mungkin terlalu angkuh sehingga menganggap merekasudah mampu hidup sendiri tanpa bantuan keluarga. Sikap terlalu rapat dengan rakan sekerja yanglebih dewasa turut mampu menjerumuskan remaja ke arah budaya yang tidak sihat. Kesimpulannya, kerja sambilan sememangnya wajar dilakukan oleh remaja tetapi harussecara bertanggungjawab. Remaja harus menimbang dengan mendalam sebelum menyertai kerjasambilan. Bukan sahaja kebenaran ibubapa penting tetapi remaja harus bertanya kepada diri sendiri,adakah ini sesuatu yang ingin mereka lakukan? Atau mereka penuhkan masa cuti mereka denganaktiviti berfaedah yang lain. 3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dankepentingannya. Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiranbersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakinhilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyakkaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang adakepentingannya. Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasanperumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahanterutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaumyang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu,hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercoraksetempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semulasemangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melaluimajlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkanmajlis sebegini.Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaransemangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudahpasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoaltahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangatitu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usahamemupuk semangat mulia ini.Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklahmemandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat.Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan olehmasyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekardalam masyarakat kita.Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yangdijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkanoleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita? 4. Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru.Huraikan pernyataan di atas. Kegiatan luar bilik darjah juga dikenali dengan nama akitiviti kokurikulum. Pihak kerajaanmemberi galakan aktiviti ini untuk membantu pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih efektifpula. Oleh itu, hubungan guru dengan pelajar pasti menjadi baik melalui aktiviti sebegini pula.Aktiviti sukan dan permainan menyebabkan pelajar akan saling membantu untukmemperoleh kemenangan dalam sesuatu acara itu. Tindakan bekerjasama ini secara tidak langsungmenjadikan mereka rapt antara satu sama lain. Jadi, hubungan sesame ahli pasukan akan menjadilebih erat melalui acara sukan sebegini.Manakala dalam aktiviti pasukan beruniform pula, para pelajar boleh berbincang tentangsesuatu aktiviti itu dengan meluas. Pelajar akan memperoleh kemahiran mengikut arahan ketua,disiplin dan pengalaman tertentu. Sesungguhnya, hubungan pelajar dengan guru menjadi lebih rapatkerana guru akan membimbing mereka dalam setiap tindakan itu.Selain itu, aktiviti berunsur kelab dan persatuan seperti berbalas pan tun dan quiz sertasyarahan banyak membawa impak positif terhadap interaksi guru dengan pelajar. Perancangan dankerjasama serta muafakat diperlukan antara guru dengan pelajar untuk berjaya dalam programseperti ini. Kekerapan pelajar dan guru berinteraksi menyebabkan mereka saling memahami dansedar kelebihan masing-masing pula. Konklusinya, hubungan yang baik dan rapat memang terjalin apabila aktiviti kokurikulumdiadakan di sekolah kita. Keadaan ini boleh menyumbang ke arah kejayaan mutlak dalampeperiksaan umum pula. Bak kata orang tua-tua "bagai aur dengan tebing" yang membuktikanbahawa kerjasama guru dan pelajar itu penting untuk kejayaan sesebuah sekolah 5. Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan olehanggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, terutama golongan remaja.Jelaskan kesan-kesan kegiatan vandalisme di negara kita. Dalam memasuki era globalisasi ini masih ada segelintir rakyat di negara ini yang berfikiransempit dan tidak bermoral. Golongan sebegini sanggup melakukan aktiviti vandalisme sehinggamenyusahkan banyak pihak terutama pihak masyarakat umum. Pelbagai masalah boleh timbulekoran aktiviti yang tidak sihat ini.Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutamadi kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasantaman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkanbegitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawarakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan. Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakatumum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampuuntuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimanamasyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telahdimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini. Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutamadalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuatpembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakanmembaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebutboleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula. Kesimpulannya, rakyat harus memikul tanggung jawab dalam memastikan vandalisme initidak berleluasa. Sebarang tindakan vandalisme boleh membawa impak negatif kepada semua pihakbaik masyarakat mahupun kerajaan. Lantaran itu, semua pihak memikul tanggung jawab untukmenjamin kemakmuran hidup masyarakat di negara ini. 6. Semangat cinta akan negara dalam jiwa pelajar semakin menghilang.Berikan sebab-sebab berlakunya. Semangat cinta akan negara bolehlah dikaitkan sebagai satu perasaan mengutamakan negaradalam tindakan seseorang itu. Memang sudah ada banyak pendant yang mengatakan bahawa pelajarkini semakin kurang semangat cinta akan negaranya itu. Jadi, apakah punca-punca yang membawamasalah ini berlaku? Sudah pasti punca yang utama ialah kempen mengenai semangat ini jarring disiarkan olehpihak media massa kita. Ketiadaan kempen ini membuatkan pelajar menganggap semangat ini tidakwujud atau penting dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya, tanpa kempenlah semangat cinta akannegara terus hilang daripada naluri pelajar kita. Pada masa yang sama, kegagalan ibu bapa untuk mendidik juga menjadikan masalah initerus menular dalam jiwa pelajar. Orang tua pelajar tidak mengambil inisiatif untuk menjelaskanaspek nasionalisme dalam jiwa anak mereka kerana terlalu sibuk bekerja atau mereka sendiri tidakmelihat semangat itu sesuatu yang penting untuk diterapkan kepada anak mereka. Maka, ibubapalahyang bertanggungjawab untuk menerapkan semangat ini tetapi gagal.Selain itu, kehidupan mewah yang dialami oleh pelajar telah membawa mereka sukar untukmemahami erti kepayahan dan pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang negara suatu masadahulu. Kebanyakan pelajar yang ada sudah lahir ketika negara merdeka malah kemajuan economijuga telah berjalan lancar. Keadaan ini membawa pelajar tidak boleh memahami sebab merekaharus berkorban demi negara kerana kehidupan mewah itu telah menutup jiwa mereka. Malah, masalah ketiadaan semangat ini juga dikaitkan dengan kurangnya minat pelajarterhadap subjek Sejarah. Banyak yang melihat subjek ini sebagai membosankan dan tidak memberiapa-apa kesan buat masa deepen mereka. Jadi, kegagalan untuk melihat kepentingan subjek Sejarahtelah membawa pelajar itu gagal memahami kepentingan untuk memiliki semangat nationalismedalam naluri mereka.Kesimpulannya, semua punca tadi memang berlaku dalam jiwa pelajar kita sehingga merekatidak lagi memiliki sikap cinta akan negara ini. Kerjasama semua pihak terutama pelajar sendiriamat diperlukan agar semangat ini boleh dipupuk semula. Peribahasa biar putih tulang jangan putihmata membuktikan betapa pentingnya kedaulatan negara itu kepada seseorang. 7. Kadar kemalangan jalan raya begitu meningkat setiap tahun.Huraikan punca-puncanya.Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaanatau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawakecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angkakematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untukmemahami masalah ini.Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketikamenggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantukatau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalanganboleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatanorang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi,kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan rayamenjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadilebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaanjalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuanlalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadilebih selamat buat pengguna jalan raya.Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerusberlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketikadalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselarkerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alatmekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapaipiawaian yang baik.Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiaptahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengankenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlakudi jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlakuamat tinggi.Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satuusaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menularlagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat. 8. Apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk memajukan industri ini?Jelaskan.Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional. Industri ini merupakansatu industri yang berpetensi besar untuk membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakatterutama masyarakat desa. Oleh itu, wujud pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untukmemajukan industri ini ke tahap yang lebih baik lagi.Tindakan yang paling logik untuk memajukan industri ini adalah dengan membina lebih banyakpusat kraf tangan di negara. Penubuhan lebih banyak pusat kraf sebegini sudah pasti menjadikanlebih banyak produk yang boleh dipamerkan dan mudah untuk diperoleh oleh pelancong terutamadari luar. Dalam masa yang sama pusat ini juga boleh dijadikan sebagai tempat melatih lebihbanyak penggiat industri ini pula.Kerajaan juga harus menjalankan usaha untuk meningkatkan produktiviti industri ini. Pengenalanteknologi dan reka bentuk yang unik sudah pasti mampu meninggikan lagi keluaran industri inisupaya kos menjadi lebih murah dan harga yang dikenakan kepada pembeli boleh dikurangkansehingga ke tahap minima. Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebih berdaya saingdan kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam hati pelancong.Kempen kesedaran yang meluas harus dilaksanakan terutama dalam kalangan generasi muda. Sudahada remaja yang tidak lagi mengenali hasil kraf tangan negara kerana mereka tidak menggunakanproduk itu sebaliknya lebih suka menggunakan sesuatu yang bercorak moden atau berteknologitinggi. Kempen yang meluas juga mampu mengiklan dan meninggikan imej hasil kraf tangan padamasa yang sama.Produk kraf tangan ini juga perlulah menggunakan hasil semula jadi yang wujud di Malaysia.Usaha mengeksploitasikan sumber semula jadi negara untuk dijadikan kraf tangan mampumemberikan sentuhan unik terhadap produk tersebut lalu meninggikan permintaannya padamasyarakat luar. Bukankah kraf tangan harus menggunakan sumber semula jadi tempatan?Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Semua negara menghargaihasil kraf tangan mereka dan menjadi tugas kita untuk memastikan hasil ini terus hidup subur dalamnegara ini. Kegagalan kita mengekalkan kraf tangan seolah-olah menjadi buktik betapa teruknyapandangan masyarakat terhadap industri kraf tangan sendiri. 9. Bersatu teguh bercerai roboh perlu menjadi pegangan hidup masyarakat Malaysia.Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh bermaksud kepentingan bekerjasama dan perpaduan dalamsesebuah negara itu. Konsep ini begitu penting kerana keutuhan negara banyak ditentukan olehrakyat yang mempunyai kesepaduan yang sebenarnya. Negara yang mempunyai rakyat yang tidakbersatu pasti akan menerima impak negatifnya terutama dengan keadaan ekonomi dan politik duniayang begitu berkaitan hubungannya. Jelaslah, peribahasa ini mempunyai banyak kepentingan untukdihayati oleh masyarakat kita.Kehidupan masyarakat kita yang berbilang kaum memerlukan pengamalan peribahasa ini keranasatu tindakan yang tidak bijak mampu menjejaskan keamanan yang dihayati selama ini. Merekaperlu berpegang pada prinsip peribahasa ini untuk membina kekuatan negara kita semula.Masyarakat yang berbilang yang wujud di negara ini menyebabkan perasaan perpaduan itu begitumudah dikikis jika kita tidak berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan yang mungkin bolehmenjatuhkan air muka kaum yang lain. Maka, peribahasa ini mengingatkan kita betapa pentingnyaperpaduan itu.Selain itu, konsep perpaduan yang diutarakan dalam peribahasa ini juga penting dalam suasanapolitik negara. Perpaduan diperlukan dalam politik kerana politik boleh membela nasib rakyatnegara ini. Perpecahan yang wujud dalam sistem politik atau pentadbiran negara boleh menggugatkeamanan negara pada jangka masa panjang.Tanpa perpaduan yang utuh tiadalah sistem politikyang kukuh untuk memastikan nasib rakyat di negara ini terus terbela.Pada masa yang sama, makna perpaduan juga penting untuk memudahkan pembangunandilaksanakan di negara ini. Semua aktiviti pembangunan yang dirancang bertujuan untukmenjadikan negara ini lebih makmur dan maju. Sebarang tindakan negatif atau jahat bolehmenjejaskan pembangunan yang kemudiannya menjadikan taraf kehidupan rakyat menurun secaramendadak. Keadaan ini jika berterusan akan menjadikan rakyat di negara ini hidup dalam satusuasana yang begitu menyedihkan seperti keadaan negara asing yang kita sering tonton ditelevisyen pula.Malahan, peribahasa ini turut mencanangkan maksud perpaduan rakyat dalam bentuk penyatuankebudayaan. Kita sedia maklum budaya negara ini berbilang yang memerlukan satu integrasi untukmenjadikan semua kebudayaan kita itu satu kebudayaan Malaysia yang sebenarnya. Amalanbekerjasama atau perpaduan yang dihayati oleh rakyat negara ini membolehkan semua kebudayaanyang berbeza itu diserapkan secara tabii menjadi satu kebudayaan kebangsaan yang boleh menjadikebanggaan semua rakyat negara ini.Kesimpulannya, peribahasa ini banyak membawa peringatan kepada kita semua akan peripentingnya perpaduan atau semangat bekerjasama itu. Sikap menuding jari terhadap mana-manapihak apabila mengalami sesuatu masalah bukanlah satu tindakan yang sesuai di negara ini. Kitaharus sedar bahawa amalan bagai aur dengan tebing amat penting dipraktikkan di negara ini. 10. Kenaikan harga barangan di pasaran pada masa sekarang begitu ketara. Sebagai penggunakita perlu bijak berbelanja supaya kewangan kita dapat diurus dengan baik.Bincangkan cara-cara untuk menjadi seorang pengguna yang bijak.Masalah kenaikan harga barangan sememangnya begitu ketara pada masa kini terutama di kawasanurbanisasi. Sebagai pengguna kita perlu memiliki sifat-sifat pengguna yang bijak untuk berupayamengharungi kehidupan sebegini. Maka, kita mempunyai kuasa untuk menentukan barangan ituperlu atau sebaliknya dalam menjalani kehidupan harian itu.Pengguna mestilah berjimat cermat untuk menjadi pengguna yang bijak. Kita hanya perlu membelibarangan yang benar-benar perlu dan tidak membazir. Pada masa yang sama barangan yang bolehdigunakan semula janganlah dibuang dengan begitu sahaja. Jelaslah, amalan berjimat cermat jugamerupakan satu amalan yang mulia yang harus dimiliki oleh semua pengguna.Selain itu, pengguna boleh mengamalkan amalan menabung sejak muda. Sikap menabung ini bolehmenjadi satu kaedah simpanan pada hari depan yang turut boleh dimanfaatkan oleh anak-anakterutama ketika mereka ingin melanjutkan pelajaran mereka kelak. Menabung memberikan satujaminan kehidupan yang lebih baik kepada pengguna kerana kehidupan ini suka diduga masadepannya.Malah, pengguna yang bijak tidak akan berbelanja di kawasan-kawasan mewah. Biasanya baranganyang dijual di kawasan mewah lebih mahal harganya bukan kerana kualiti tetapi kerana faktorkawasan, suasana dan sewa kedai yang lebih tinggi menyebabkan kos barang menjadi mahal.Sebenarnya, semua barang hampir serupa sahaja kualitinya tetapi harga yang dijual berbeza-bezamengikut kawasan tertentu.Berkaitan dengan tidak membeli di kawasan mewah ialah pengguna tidak harus mengutamakanjenama sahaja. Sikap terlalu mengutamakan jenamalah yang membawa pengguna berbelanja besar.Konsep hidup sederhana dan tidak mementingkan aspek kebendaan membolehkan kehidupanpengguna lebih selesa dan tenang tanpa sebarang masalah kewangan pula.Kesimpulannya, masalah kenaikan harga barang ini boleh diatasi jika pengguna menggunakan akalfikiran ketika berbelanja. Semua perbelanjaan yang dirancang akan mampu memberikan lebihbanyak manfaat kepada pengguna. Sikap penggunalah yang menentukan kejayaan mereka dalammengharungi kemelut kenaikan harga barang. 11. Pencemaran alam sekitar menjadi ancaman kepada kehidupan manusia pada hari ini.Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.Alam sekitar semakin tercemar dan itu merupakan realiti yang harus kita semua sedari. Pihak mediamassa turut sama menyiarkan pelbagai komen dan analisis mereka tentang kemelut yang melandaalam ini. Semakin lama kita mengabaikan kenyataan ini semakin seriuslah masalah ini dalamkehidupan manusia. Lantaran itu, pelbagai tindakan konkrit perlu dilaksanakan oleh semua pihakdalam menangani masalah ini.Langkah paling awal ialah kerajaan perlu mengawal perlepasan asap dan pembuangan toksik bahankilang dengan efektif. Pengawalan ini boleh dilakukan menerusi tindakan menguatkuasakanundang-undang terutama meningkatkan aspek dendaan dan hukuman penjara kepada pesalah.Rakyat negara ini pasti akan berasa takut apabila mendengar bahawa hukuman mencemarkan alambegitu berat sehingga mereka tidak lagi berani mencemarkan alam. Jadi, kerajaan perlu mengawalpencemaran alam dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada.Selain mengetatkan peraturan, aspek penguatkuasaan turut memainkan peranan yang penting.Maknanya, lebih banyak pegawai penguatkuasa alam sekitar dilatih untuk mampu mengesan lalumengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan pencemaran alam ini. Pegawai ini hendaklahdilatih dengan menggunakan teknologi terkini dan praktikal untuk memudahkan merekamelaksanakan tugas dengan baik. Oleh itu, jumlah pegawai penguatkuasa yang banyak memastikanaspek perundangan negara terhadap isu alam sekitar dilaksanakan dengan berkesan.Pada masa yang sama isu pencemaran alam ini mampu diatasi menerusi tindakan membuat kempenkesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh difokuskan terhadap golongan muda terutamayang masih berada di bangku sekolah kerana golongan inilah yang akan mewarisi alam sekitar kita.Kesedaran ketika masih muda menjadikan rakyat kita boleh melakukan sesuatu apabila merekadewasa kelak terutama untuk memastikan alam sentiasa bersih dan berkekalan. Oleh itu, kempenyang difokuskan kepada sasaran yang tepat mampu membuahkan hasil yang baik kepadapengekalan alam sekitar di negara ini.Malahan, perubahan sikap masyarakat turut penting dalam memastikan alam sekitar kita teruswujud. Sikap tidak apa atau menganggap tugas menjaga alam sekitar boleh dilakukan oleh oranglain perlulah dikikis segera. Sebaik sahaja kita melihat atau mengetahui satu tindakan mencemarkanalam berlaku sepantas kilat kita memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakansusulan. Maka, perubahan sikap masyarakat menjadikan usaha mengatasi masalah pencemaran alamini sesuatu yang mudah pula.Konklusinya, kita mempunyai banyak pilihan untuk memastikan alam sekitar kita terus bersih danberkekalan. Cuma kita masih enggan mengakui bahawa alam sekitar semakin hilang ditelankerakusan sikap manusia sendiri yang mengutamakan kebendaan itu. Mungkin naluri manusia yangmenganggap mereka makhluk yang paling baik menyebabkan kita alpa akan tugas kita untukmenjaga alam sekitar ini. Alam sekitar bukanlah anugerah Tuhan kepada kita tetapi amanah yangharus kita serahkan kepada generasi akan datang pula. 12. Anda diminta untuk menulis satu karangan bertajuk "Kepentingan sambutan hari perayaandi negara ini" untuk bacaan kelas anda.Huraikan.Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang Islam, TahunBaru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambutsuasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara inimenanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang adabanyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaumdan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yaknisetiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu.Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu,perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum.Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih fahamakan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akantimbul sebarang salah faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahamantentang budaya kaum yang lain.Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutamapelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilangkaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannyabanyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum denganpenuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepadanegara dengan begitu mudah.Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Padamasa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmatibersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini.Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan. 13. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya membaca dalam dirianak-anak.Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.Peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya memberikan bukti yang jelas akan peranan utamaibu bapa dalam aspek pembacaan anak-anak. Ibu bapa menjadi tunggak atau pendorong utamadalam memupuk sikap membaca generasi muda kita kelak. Maka, pelbagai peranan yang mampudilaksanakan oleh ibu bapa dalam menyelesaikan isu ini.Ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam aspek ini. Merekaperlulah sendiri mengamalkan sikap membaca dengan jelas seperti membaca semua bahan-bahanpenting seperti akhbar atau bersama-sama membaca bersama anak mereka. Contoh yang diberikanoleh ibu bapa ini sudah pasti akan tertanam dalam dalam sanubari anak-anak mereka lalu menjadisatu tabiat positif pula.Malah, ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umuranak mereka. Bahan bacaan ini tidak semestinya merupakan bahan bacaan sekolah sahaja tetapimungkin bacaan umum. Kepelbagaian bahan bacaan ini mampu memberikan satu dimensipengetahuan yang unik kepada anak selain memupuk sikap membaca mereka.Malahan, satu sudut khas untuk menyimpan buku atau ruang membaca harus disediakan di rumaholeh ibu bapa. Ruang atau bilik ini perlulah dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan kerusi sertameja untuk menjadikan suasana membaca lebih selesa. Bilik ini boleh menjadi tempat anak-anakmenghabiskan masa lapang mereka dengan begitu berfaedah.Tambahan pula, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka menyimpan wang untuk membelibuku. Setiap hujung bulan ibu bapa boleh membawa anak ke kedai buku dan membenarkan merekamembeli buku-buku yang mereka suka. Mungkin juga ibu bapa boleh memberi sedikit bantuankewangan jika harga buku yang dibeli oleh anak itu melebihi daripada wang yang mereka kumpulsebelum ini sebagai tanda menghargai sikap membaca mereka itu.Kesimpulannya, amalan membaca membolehkan pelbagai jenis ilmu diperoleh oleh generasi mudakita. Peranan dan sikap ibu bapa amat penting dalam memupuk sikap membaca ini keranamerekalah yang menjadi teladan kepada anak-anak. Sikap membaca yang tinggi juga mampumenjadikan warga masyarakat kita satu kelompok masyarakat yang berilmu tinggi kelak. 14. Masalah pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar semakin meruncing. Anda tertarikuntuk menulis rencana berkaitan isu ini.Tulis rencana anda selengkapnya.Disiplin dan pelajar: Satu Pandangan Umum?Oleh; Noor Azman MahatIsu-isu disiplin makin hangat diperdebatkan oleh semua pihak terutama pihak media massa.Pelbagai pihak pula saling menyalahkan satu sama lain atau menuding jari tanpa mahu melihatkesilapan sendiri. Pada masa yang sama tidak ada pihak yang ingin mencari jalan penyelesaiannya.Sebenarnya pembentukan sahsiah anak-anak atau remaja bermula di rumah. Ada ibu bapa yang sukamenyalahkan satu sama lain apabila berlakunya masalah disiplin dalam diri anak mereka. Ibu bapajuga suka melepaskan tanggung jawab mereka mendidik anak dengan menyerahkan tugas itukepada guru dan pembantu rumah dengan alasan mereka sibuk bekerja. Maka, anak-anak mudahterbabit dengan masalah disiplin lantaran sikap ibu bapa mereka itu.Selain itu, masyarakat yang dahulunya dianggap menjadi mata dan telinga bagi ibu bapa tidak lagiberperanan sebegitu. Semua teguran yang diberikan oleh jiran akan dikatakan sebagai penyibukatau menjaga tepi kain orang pula. Ibu bapa biasanya akan menganggap anak mereka baik sahajawalaupun ditegur oleh jiran-jiran mereka. Maka, ramai remaja yang mudah terbabit dalam masalahdisiplin sekolah.Pengaruh media massa merumitkan lagi masalah ini menerusi penayangan pelbagai filem aksi yangmenjadi ikutan remaja pula. Aktiviti meluasnya pengesaran cakera padat yang berunsur lucah telahmenyebabkan masalah ini semakin parah lalu sukar untuk dikawal. Pelbagai usaha kerajaan untukmengatasi masalah ini menemukan jalan buntu. Jelaslah, kewujudan media massa telahmemarakkan lagi masalah disiplin dalam kalangan remaja.Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan tetapi hasilnya tidak begitu jelas dalam kemelut ini.Kejadian pelajar atau remaja melawan guru dan ibu bapa semakin menjadi-jadi pula. Semua tegurandan nasihat yang diberikan dibalas dengan tindakan yang menakutkan kita semua pula. Remajatidak lagi memiliki rasa hormat akan orang tua mereka. Sesungguhnya, masalah ini semakinmeruncing.Kesimpulannya, semua pihak terutama yang terlibat secara langsung dengan remaja seperti ibubapa, guru malah masyarakat perlu aktif membendung pelanggaran disiplin pelajar ini. Kita semuaharus sedar bahawa remaja merupakan pelapis negara pada masa hadapan. Remaja pula haruslahberfikir proaktif dengan tidak menimbulkan pelbagai masalah dan membuktikan bahawa merekamemang baik. 15. Sistem Pengangkutan Awam negara terus menerima kritikan demi kritikan.Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini.Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi,Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukanuntuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagaikemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menanganimasalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kitaialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakatsebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan inimenyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidakmenyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabatsahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyatnegara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidakcekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharapterutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang danmenjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksiturut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Olehitu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhijadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutanawam mereka.Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalahuntuk menukar sistem pengangkutan, contohnya antara monorel dengan LRT atau antara bas denganmonorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beraturuntuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasiyang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupanmasyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segerasebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemanduteksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadukerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkankemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telahmemberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awamnegara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untukmemastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan sudah lama serta masihgagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana kurangnya kesungguhan pihak kerajaan untukmengambil langkah awal dalam menanganinya. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutuperkhidmatan pengangkutan awam, kerajaan pula terus berdiam diri dan hanya bertindak apabila isuitu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanyakerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini. 16. Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar sudahmula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke universiti mulamenekankan aspek kokurikulum juga.Huraikan.Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agakmengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri merekadalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan inidan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyakkebaikan yang tersirat.Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluardapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memangpenuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatanyang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan merekayang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Jelaslah, minda mereka dapat berehatsebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum.Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yangtidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapanmasa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yangterbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka.Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat sepertimelepak.Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini.Kokurikulum menyediakan satu medan yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin ataumengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuanmereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untukmengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi sepertimemimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan danpergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulumitu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untukmenganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalamanini semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangkaburuk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalampeperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperolehkeputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satuproses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proseskehidupan kita sebagai manusia. 17. Bangsa membaca bangsa berilmu sering menjadi cogan kata sesuatu majlis ilmu tetapi rakyatnegara ini masih terbelakang dalam aspek pembacaan. Kita dikatakan hanya membaca satubuku sahaja setahun.Terangkan langkah-langkah untuk meningkatkan minat membacaMasyarakat kita memang tidak suka membaca kerana menganggap aktiviti ini sebagaimembosankan. Kajian menunjukkan bahawa rakyat negara ini hanya membaca sebuah bukusetahun berbanding negara-negara lain yang boleh mencecah 8 buku setahun. Keadaan ini sudahpasti amat memalukan kita semua kerana ketika kita mahu dianggap sebuah negara maju, kadarpembacaan kita terlalu rendah. Agaknya elok kita menilai keutamaan kita dalam menjalanikehidupan seharian sebelum pantas mengkritik kelemahan negara lain.Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani kemelut ini ialah kerajaan menurunkan hargabuku terutama buku ilmiah. Penurunan harga ini membolehkan lebih ramai membeli dan dapatmembaca. Harga buku yang rendah turut menyebabkan seseorang dapat membuat rujukan lebihbanyak buku terhadap sesuatu perkara. Ketika ini, harga buku yang terlalu mahal menyebabkanmasyarakat menganggap membeli buku sebagai satu kerja membazir dan berbau golongan atasan.Tambahan itu, kerajaan harus memberikan banyak insentif kepada penerbit atau syarikat buku untukmenghasilkan lebih banyak buku. Insentif dalam bentuk pengecualian cukai, keuntungan danpemberian permit penerbitan harus diberikan tanpa sebarang gangguan birokrasi. Pemberian iniakan menyebabkan lebih banyak penerbit baru muncul kerana mereka yakin perniagaan merekaakan mengaut keuntungan.Selain itu, pembukaan lebih banyak pembukaan perpustakaan akan memberi galakan kepadamasyarakat untuk membaca. Kewujudan perpustakaan menyebabkan seseorang senang untukmendapatkan ruang untuk membaca. Tiada lagi alasan untuk tidak membaca kerana ketiadaanperpustakaan terutama di kawasan pedalaman. Perpustakaan bergerak juga harus ditambah dengandrastik kerana perpustakaan ini mampu menjalankan peranannya dengan berkesan terutama dikawasan yang padat penduduk dan terlalu jauh.Kesimpulannya, pembacaan seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan kita yang tidakharus dibiarkan begitu sahaja. Membaca juga perlu dijadikan aktiviti sihat bersama-sama keluarga.Ibubapa harus memberi teladan yang jelas dalam aspek ini kerana biasanya anak-anak akanmengikut jejak langkah orang tua mereka. Mungkin selepas ini kita semua akan membaca? 18. Kadar obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan semakin meningkat. Keadaanini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat yang semakin diabaikan.Jadi, apakah cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa untuk menjagakesihatan.Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Tahap kesihatanmenentukan keadaan kehidupan yang dijalani oleh seseoorang itu. Semakin baik kesihatanseseorang itu semakin mudahlah mereka mengharungi kehidupan mereka. Malah, ada kajian yangmengaitkan kesihatan yang baik memastikan produktiviti seseorang itu meningkat. Ada banyakkaedah yang boleh digunakan untuk memastikan kesihatan seseorang itu bertambah baik.Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-kata hikmah yang sering kitadengar mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan makanan atau diet yang seimbag memastikanbadan menerima khasiat yang diperlukannya. Diet yang betul sepanjang kehidupan seseorang itumenyebabkan kesihatannya terjamin. Cuma, kita agak sukar untuk mengamalkan perkara yang baikini untuk jangka masa panjang kerana tahap kesihatan itu sukar diperoleh dalam masa yang pantasdan agak berbeza mengikut pandangan seseorang.Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan besar untuk menghalangpenularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih dan kawasan tempat tinggal juga dipantau tahapkebersihannya. Malah, kawasan sekeliling turut diberi perhatian untuk memastikan semuanya dalamkeadaan bersih daripada penyakit berjangkit. Semua tindakan ini akan memastikan seseorang itutidak diserang penyakit berjangkit seperti taun.Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Senaman ringan dua atau tiga kali seminggu sudah mampumemberikan tahap kesihatan yang baik. Imunisasi seseorang turut meningkat melalui aktivitisenaman ini. Peluh yang keluar membuang sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan. Dalammasa yang sama senaman ini turut mengurangkan tekanan atau stres yang dialami oleh seseorangitu. Stres sering dikaitkan dengan kadar kematian yang semakin meningkat dalam kalanganmasyarakat moden terutama di negara ini.Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh semuaorang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang banyak kerana kesihatantelah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak dalam menangani isu inisupaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik. Harta yangpenting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpawang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang. 19. Setiap orang mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada banyak pendapat yang mengatakanbahawa mempunyai hobi membawa banyak kesan baik.Pada pandangan anda, apakah fungsi-fungsi hobi.Setiap individu mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada yang suka memancing, ada yang sukabersukan, ada yang minat berlumba, ada yang gemar mendaki gunung dan berbagai-bagai hobi.Semua orang mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan mereka melakukan semua hobi itu.Jadi, apakah fungsi-fungsi hobi dalam kehidupan kita dan usaha-usaha untuk menggalakkannyaterutama dalam kalangan remaja? Elok kita semua renungkan.Sesungguhnya hobi memastikan masa senggang seseorang itu dipenuhi dengan baik. Masa memangemas dan harus digunakan sebaik mungkin. Hobi memudahkan kita menghabiskan masa lapangdengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti riadah ini memang nampak mudah dan tidak menarik tetapimempunyai kesan yang mendalam kerana memastikan masa seseorang itu digunakan sebagaikmungkin. Ada masa untuk bekerja, ada masa untuk keluarga, ada masa untuk berhibur dan masauntuk riadah.Selain itu, aktiviti hobi mampu menajamkan pemikiran seseorang itu. Sesuatu hobi itu hanyamampu dilakukan melalui perancangan dan kebolehan yang tertentu. Masa, teman yang akandijemput dan kekerapan melakukan hobi harus ditentukan dahulu. Jadi, kekerapan melakukansesuatu aktiviti itu menjadikan seseorang itu kritikal fikirannya terutama untuk memastikan hobinyalebih baik dan berkesan untuk jangka panjang. Minda sihat dan fizikal turut menjadi lebih kuatuntuk mengharungi kehidupan moden yang penuh cabaran ini.Pemilikan hobi juga mampu mengeratkan hubungan baik keluarga atau rakan rapat seseorang itu.Aktiviti hobi boleh dilaksanakan bersama-sama dengan anak atau kawan lalu menyebabkaninteraksi semakin kerap berlaku. Tindakan ini memberikan satu pemahaman yang baik tentangsikap seseorang. Jelaslah, hobi berupaya menjadikan hubungan sosial manusia semakin positif.Jadi, hobi memang harus dimiliki oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat dan asal-usul.Aktiviti positif ini akan memberi banyak kesan baik kepada individu dalam aspek kesihatan mentaldan fizikal seseorang itu. Kehidupan kita juga menjadi lebih bermakna dan menarik untukditeruskan dari hari ke hari. Sudahkah anda semua melakukan hobi anda hari ini? 20. Bencana alam turut berlaku di negara ini. Banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutanmerupakan antara bencana alam tersebut.Nyatakan punca-punca menangani masalah ini.Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Negarakita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yangmendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketiak bumi dikatakan sedang mengalamiperubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, ada banyak faktoryang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untuk membendungnyadaripada terus berlaku.Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahanhutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahanberlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkanair dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorongmudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau denganlebih teliti oleh pihak kerajaan.Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya bencanaalam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah menyebabkansistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana alam daripadatidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang bencana alam berlaku lantasterus menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai rasa takut atau bimbangberlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru, pembangunan yang pesat memangpenting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistemekologi secara drastik.Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungai danpembalakan hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakan keuntungankewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa depan telahmengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi kerana manusia memangmenganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencana alam akan terus berlakukerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnya dengan baik.Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambillewa kerana menganggap alam bukan tanggung jawab mereka telah menyebabkan masalah inimenjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencanaalam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang. Agaknya kita menilainyawa manusia sama seperti alam? 21. Negara kita memiliki banyak rangkaian media cetak. Akhbar, majalah dan jurnal dikatakanmenjadi sasaran utama rakyat negara ini yang memang ketandusan maklumat.Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan yang mampu dimainkan oleh media cetak dinegara ini.Media cetak sering dikaitkan dengan akhbar, majalah dan jurnal di negara ini. Negara kita pulamemang boleh dianggap mempunyai penerbitan media cetak yang semakin meningkat saban tahunwalaupun jumlah itu boleh ditingkatkan dengan lebih drastik dalam tempoh mendatang ini keranasikap masyarakat yang suka membawa dan mencari informasi sudah mula kelihatan. Jadi, mediacetak di negara ini memiliki peranan-peranan besar yang mampu membentuk satu masyarakatnegara yang berkualiti mindanya.Sumbangan utama media cetak di negara ini ialah media cetak menjadi sumber maklumat kepadamasyarakat kita. Saban hari media cetak menyiarkan pelbagai perkara yang berlaku di negara inidan semua berita atau maklumat ini menjadikan masyarakat kita mengetahui semua perkara yangberlaku, sedang, dan bakal terjadi di negara ini. Sikap berlumba-lumba media cetak untukmendapatkan maklumat terkini turut menyebabkan masyarakat sering mendapat maklumat lebihawal mengenai sesuatu perkara.Selain itu, kelebihan media cetak ialah media ini mampu menghasilkan analisis berita yang lebihkritis berbanding media yang lain. Situasi ini wujud kerana ciri media cetak yang berlandaskanpenulisan mampu menghasilkan satu penulisan kritis yang menyebabkan pembaca mampu melihatsesuatu peristiwa yang berlaku itu dengan lebih mendalam. Media cetak mengupas semua isu yangberlaku daripada pelbagai sudut sehingga menyebabkan fenomena yang berlaku itu difahami olehamsyarakat. Jelaslah, media cetak mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang memilikiminda yang kritis apabila membicarakan sesuatu topik.Malahan, media cetak turut menyiarkan cerita-cerita yang mampu dijadikan pengajaran. Berita-berita jenayah, isu keluarga, projek pembangunan dan kejayaan individu tertentu sudah pastimenjadi tatapan masyarakat kita. Pembacaan mereka terhadap berita-berita jenis ini memberi satupengajaran secara tersirat kepada pembaca yang seterusnya menyebabkan berlakunya satuperubahan diri dan minda mereka terhadap perkara tersebut. Oleh itu, pembacaan bahan mediacetak memberikan pembaca satu pengajaran yang mampu membawa kebaikan.Secara tuntasnya, media cetak di negara ini memang mempunyai peranan yang penting dalammemastikan negara terus mampu bersaing dalam era yang penuh persaingan ini. Ruang untuk mediacetak berkembang turut wujud kerana media cetak dianggap lebih murah berbanding jenis mediayang lain. Cuma ada sedikit kebimbangan dengan kewujudan bahan media cetak yang lebihmengutamakan isu-isu gosip atau sensasi daripada berita-berita yang benar-benar berlaku di negaraini. 22. Semangat kebangsaan dalam kalangan remaja semakin menipis. Keadaan ini seringdikaitkan dengan perubahan kehidupan masyarakat kita.Nyatakan usaha-usaha untuk memupuk dan kepentingan memiliki semangat ini kepadaremaja.Semangat kebangsaan merujuk sikap cinta akan negara atau nasionalisme yang mendalam terhadapnegara yang tercinta. Sememangnya semangat nasionalisme ini semakin berkurangan terutamadalam kalangan generasi muda kita lantaran corak kehidupan yang semakin berubah selari denganperubahan zaman. Maka, banyak tindakan yang mampu dilaksanakan untuk memastikan sikap initerus wujud kerana sikap ini memiliki kesan yang positif.Tindakan yang pertama ialah subjek sejarah yang diajar di sekolah dilaksanakan secara meluas.Pelajaran sejarah penting ditekankan kerana subjek ini mampu memberi rasa cinta yang meluasdalam diri remaja. Pemahaman tentang sejarah ini menyedarkan remaja mengenai kepentinganmemiliki sikap menyintai negara yang mendalam. Jadi, langkah menjadikan subjek sejarah inimampu menyuntik sikap nasionalisme dalam diri masyarakat terutamanya remaja.Selain itu, kerajaan boleh menonjolkan pejuang-pejuang negara yang sanggup berkorban demikedaulatan negara ketika hari Kebangsaan. Penonjolan ini boleh dilakukan melalui penggunaanmedia massa dengan menyiarkan maklumat diri pejuang-pejuang tersebut beserta kepentingantindakan mereka dalam menentukan hala tuju kemerdekaan negara pada masa lampau. Langkah inimampu meningkatkan pemahaman remaja tentang sebab musabab yang membawa kepada pejuangnegara itu melakukan sesuatu tindakan yang dipelajari dalam subjek sejarah. Ringkasnya, langkahmempamerkan informasi tentang pejuang-pejuang negara ini mampu meningkatkan semangatremaja untuk meniru semangat yang telah dipamerkan oleh pejuang-pejuang bangsa itu sebelum ini.Malah, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan boleh menjalankan satu pertandingan yangmelibatkan remaja seperti deklamasi sajak, menulis esei, dan pementasan drama yang bertemakansemangat kebangsaan. Aktiviti ini dapat memastikan remaja menyelami dan memahami peristiwayang dialami oleh pejuang-pejuang negara secara lebih mendalam lagi. Pertandingan yang berunsursastera ini dapat mendekatkan remaja dengan pejuang-pejuang negara yang sudah lamameninggalkan negara ini. Maka, aktiviti berunsur pertandingan sastera ini memberi satu dimensibaru kepada remaja untuk mencintai negara mereka.Kerajaan boleh menonjolkan kejayaan negara dalam semua aspek kehidupan masyarakat. Kejayaanini mungkin diperoleh melalui kejayaan melangsungkan kejohanan sukan, memenangi sesuatuanugerah, dan pencapaian luar biasa rakyat kita dalam sesuatu perkara. Kejayaan rakyat kitamendaki Gunung Everest dan penghasilan kereta nasional mampu meningkatkan sikap cinta akannegara ini selain kemampuan negara dalam menganjurkan Sukan Komanwel suatu masa dahulu.Perkara ini penting ditekankan supaya remaja mempunyai sesuatu perkara yang boleh merekabanggakan dan kaitkan dengan negara apabila berbicara tentang negara sendiri. Sesungguhnya,semua kejayaan negara memberikan satu motivasi yang tinggi kepada remaja untuk turut mencapaikejayaan yang serupa atau menghasilkan kejayaan yang lebih baik lagi.Kesimpulannya, pemupukan semangat kebangsaan memang menjadi perkara penting dalampembangunan negara sejak dahulu. Pemupukan ini penting supaya remaja tidak lupa akanperjuangan yang sudah dilakukan oleh generasi terdahulu dan membiarkan pengorbanan merekamenjadi sia-sia belaka. Mungkin remaja sekarang harus merenung dan bertanya kepada diri sendiri,apa yang mampu mereka sumbangkan kepada negara dan bukannya apa yang mampu diberikanoleh negara kepada mereka. 23. Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakingusar.Huraikan punca-punca tercetus.Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memerasugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorangterhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku disekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amatmerimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan,masyarakat dan lain-lain lagi.Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajardan semakin serius masalahnya. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang. Oleh itu,setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telahdikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggupmelibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkanperhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusannilai kemanusiaan.Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak jugamenjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikapmaterialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang inimudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli,pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahlikumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberipeluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.Terdapat pelbagai langkah drastik yangboleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaanseperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalampelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, PendidikanIslam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buliini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesanburuk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buliini.Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satubangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasratnegara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jeninsemata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akanmenerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usahamenangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh denganonak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yangdapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia. 24. Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah. Namun, menyebarluaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada adat, norma, dan nilaimasyarakat sesebuah negara.Ulaskan pernyataan di atas.Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusiakini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah kehidupan. Merekayang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuhcabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluasdan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet iaitusebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini amat ketaraterutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar anginamat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama dikalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan sepertimedia massa yang lain.Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan aktivitikunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan siber (cyber)lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang memudahkanseseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiranbukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkarayang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas.Malah yang mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet danbukan melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan menghantarkad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yang lebih canggih danmengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantar kad ketika menyambut harilembaran tidak dapat dinafikan lagi.Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah. Penggunaaninternet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan dengan budaya manusiasejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remaja malah kanak-kanak yangmelihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan internet bukan sahajasetakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet turut meningkatkan gejalaini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain pula.Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di negara ini demimenjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua buku, bahan atau berita yangditerbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan kerana internet tidak mempunyai sempadan dansukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mudah disogok dengan buku dan beritayang tidak tepat atau kurang sesuai dengan peringkat umur mereka sehingga boleh menimbulkansatu keadaan yang mengancam keselamatan negara.Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi penyiaran iklanyang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran iklan yang tidak sihat atau tidakdikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat. Bagaimana perkaraatau iklan ini boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawamasyarakat terutama remaja suka meniru sesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi disinilah peranan iklan yang tidak sesuai di internet berlaku. 25. Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh kerajaandengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam persoalan ini bolehmembawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang. Masyarakat pula perlu lebihpandai menapis dan memilih bahan dalam internet agar mereka tidak terpedaya dengan golongantertentu yang cuba menghancurkan keamanan negara kita.Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongansiswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkansiswazah tetapi golongan lain juga.Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya.Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Sabantahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untukmemperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelmasetiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universitidijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlakuSudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi inimenyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukansahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yangterdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberikesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwakejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Beliakita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti.Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalampelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikanakan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutamapenguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidupketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Merekahanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhanekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lamamenerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberimereka pekerjaan selepas tamat belajar.Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombonganperdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan inicuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka dinegara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikanekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api LajuKL-Singpura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkanpelbagai cukai.Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia sepertimengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengannegara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang 26. mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yangberkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiranpositif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikutteknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yangsama sepanjang hidup mereka. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.Kemunculan hospital swasta sedikit sebanyak dapat menampung bilanganpesakit yang semakin bertambah setiap hari. Huraikan kebaikan dankeburukan hospi tal.Kemunculan hospital swasta kian pesat di negara ini umpama cendawan tumbuh selepashujan. Kemunculan hospital swasta secara mendadak ini memang mampu menampungpeningkatan pesakit penyakit terutama yang kronik. Cuma, ada beberapa impak baik danburuk yang timbul daripadanya.Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah kewujudan hospital ini memastikan peningkatankemudahan serba moden. Semua hospistal swasta memiliki teknologi merawat penyakityang terkini. Kecanggihan peralatan ini dikaitkan pula dengan kewujudan tenaga doktoryang mahir atau pakar. Keadaan ini memberi pesakit satu rawatan yang terbaik untukmemastikan penyakit mereka sembuh.Selain itu, pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan.Hospital swasta seolah-olah menjadi pembantu kepada hospital kerajaan kerana hospitalkerajaan memang sudah terlalu sesak dengan pesakit. Bilik rawatan yang lebih banyakmemastikan semua pesakit dapat dirawat dalam masa yang singkat. Suasana inimenjadikan penyakit itu mudah dikawal pada peringkat awal.Hospital swasta memberi layanan yang lebih baik daripada hospital kerajaan keranamereka memerlukan pesakit untuk terus memberikan perkhidmatan. Jika layanan merekatidak baik, sudah pasti ramai pesakit tidak akan datang dan imej hospital mereka akanterjejas. Layanan yang mesra ini menyebabkan lebih ramai pesakit lebih sukamendapatkan rawatan di hospital swasta.Keburukan yang jelas ialah bil rawatan hospital swasta agak tinggi. Keadaan inibersesuaian dengan kepakaran doktor mereka bersama-sama perkhidmatan mesra yangdiberikan. Situasi ini menyebabkan hanya golongan kaya atau berada yang mampumendapatkan rawatan di hospital sebegini. Bagaimana dengan golongan miskin?Lantaran itu wujudnya kes-kes penyalahgunaan kuasa turut boleh berlaku. Doktorsanggup melakukan apa-apa sahaja termasuklah menasihati supaya melakukanpembedahan yang tidak perlu untuk mengaut keuntungan. Mungkin juga wujud kesalahanetika seperti membenarkan pengguguran kandungan bayi dan mengambil organ manusiasecara tidak sah.Kesimpulannya, penubuhan hospital swasta ini memang baik terutama ketika rakyatnegara ini mengutamakan tahap kesihatan mereka. Namun, dalam keghairahan kitamelihat pertumbuhan hospital ini, kita harus ingat hospital ini didirikan atas dasarperniagaan iaitu keuntungan. Satu sistem pemeriksaan harus diwujudkan supaya hospitalswasta tidak menmgambil kesempatan atas pesakit mereka. 27. Buah-buah import semakin banyak di negara ini. Jelaskan langkah-langkahyang mampu dilaksanakan untuk mengawal keadaan ini.Buah import merujuk buah yang ditanam atau dibawa masuk dari luar negara seperti epal dananggur. Manakala buah tempatan ialah buah yang ditanam di Malaysia seperti rambutan dan durian.Sememangnya ada banyak langkah yang mampu direalisasikan oleh pelbagai pihak untukmengawal fenomena mengutamakan buah-buahan import ini.Langkah pertama yang boleh diambil oleh kerajaan ialah negara mengenakan kadar cukai yangtinggi terhadap buah import. Tindakan mengenakan cukai ini akan menyebabkan harga buah importakan meningkat secara mendadak. Keadaan ini menyebabkan pengguna tidak mampu untukmembelinya dengan kerap. Jadi, langkah ini pasti memberi kesan dalam aspek pembelian pengguna.Kerajaan juga boleh menjalankan kempen kesedaran mengutamakan buah-buahan tempatan.Kempen ini menjelaskan kebaikan-kebaikan membeli buah-buahan tempatan menerusi penggunaanmedia massa. Iklan dan ceramah mengenai buah-buah tempatan dijalanakan secara giat terutama dikawasan urban. Sesungguhnya, kempen ini menimbulkan kesedaran kepada pengguna untukmemilih buah-buahan tempatan daripada import.Selain itu, peladang buah-buah tempatan seharusnya meningkatkan kualiti buah mereka.Penanaman buah-buah tempatan seharusnya menggunakan teknik moden untuk menghasilkan buahyang lebih baik, menarik, dan sesuai dengan cita rasa pengguna. Keunikan buah-buahan tempatanakan menarik lebih banyak pengguna untuk membelinya. Jelaslah, peladang harus mencari benihdan buah yang terbaik.Malahan, pengguna juga harus berubah paradigma mereka apabila membeli buah-buahan tempatan.Kita seharusnta membuang sikap menganggap buah import lebih baik daripada tempatan. Persepsiyang negatif ini harus dikikis dengan segera melalui pembelian buah tempatan. Maka, penggunaharus bijak dengan membeli buah-buahan tempatan sahaja.Kesimpulannya, buah tempatan sememangnya sama taraf dengan import. Semua pihak terutamapengguna harus memberi peluang kepada buah-buahan tempatan kerana tanpa pengguna industribuah-buahan tempatan akan musnah. Hargailah produk tempatan dan bukannya keluaran negaraasing. 28. Kemunculan hospital swasta sedikit sebanyak dapat menampung bilangan pesakityang semakin bertambah setiap hari. Huraikan kebaikan dan keburukan hospitalswasta.Kemunculan hospital swasta kian pesat di negara ini umpama cendawan tumbuh selepashujan. Kemunculan hospital swasta secara mendadak ini memang mampu menampungpeningkatan pesakit penyakit terutama yang kronik. Cuma, ada beberapa impak baik danburuk yang timbul daripadanya.Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah kewujudan hospital ini memastikan peningkatankemudahan serba moden. Semua hospistal swasta memiliki teknologi merawat penyakityang terkini. Kecanggihan peralatan ini dikaitkan pula dengan kewujudan tenaga doktoryang mahir atau pakar. Keadaan ini memberi pesakit satu rawatan yang terbaik untukmemastikan penyakit mereka sembuh.Selain itu, pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan.Hospital swasta seolah-olah menjadi pembantu kepada hospital kerajaan kerana hospitalkerajaan memang sudah terlalu sesak dengan pesakit. Bilik rawatan yang lebih banyakmemastikan semua pesakit dapat dirawat dalam masa yang singkat. Suasana inimenjadikan penyakit itu mudah dikawal pada peringkat awal.Hospital swasta memberi layanan yang lebih baik daripada hospital kerajaan keranamereka memerlukan pesakit untuk terus memberikan perkhidmatan. Jika layanan merekatidak baik, sudah pasti ramai pesakit tidak akan datang dan imej hospital mereka akanterjejas. Layanan yang mesra ini menyebabkan lebih ramai pesakit lebih sukamendapatkan rawatan di hospital swasta.Keburukan yang jelas ialah bil rawatan hospital swasta agak tinggi. Keadaan inibersesuaian dengan kepakaran doktor mereka bersama-sama perkhidmatan mesra yangdiberikan. Situasi ini menyebabkan hanya golongan kaya atau berada yang mampumendapatkan rawatan di hospital sebegini. Bagaimana dengan golongan miskin?Lantaran itu wujudnya kes-kes penyalahgunaan kuasa turut boleh berlaku. Doktorsanggup melakukan apa-apa sahaja termasuklah menasihati supaya melakukanpembedahan yang tidak perlu untuk mengaut keuntungan. Mungkin juga wujud kesalahanetika seperti membenarkan pengguguran kandungan bayi dan mengambil organ manusiasecara tidak sah.Kesimpulannya, penubuhan hospital swasta ini memang baik terutama ketika rakyatnegara ini mengutamakan tahap kesihatan mereka. Namun, dalam keghairahan kitamelihat pertumbuhan hospital ini, kita harus ingat hospital ini didirikan atas dasarperniagaan iaitu keuntungan. Satu sistem pemeriksaan harus diwujudkan supaya hospitalswasta tidak mengambil kesempatan atas pesakit mereka