panduan karangan

Upload: sasi-steanly

Post on 09-Jul-2015

864 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Apa itu karangan KO

Soalan : Pertanian ialah perniagaan Berdasarkan penyataan tersebut, bincangkan langkah-langkah sewajarnya diambil untuk meningkatkan sector pertanian di Malaysia. yang

Pertanian. Sejak dahulu kala pertanian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Tanpa pertanian, manusia mungkin tidak dapat hidup di dunia ini. Hal ini demikian kerana pertanian menjadi sumber makanan yang utama kepada manusia di dunia yang luas ini. Jika kita mengabaikan pertanian alamatlah bahawa kita akan memusnahkan diri kita akibat kebuluran. Oleh itu kita perlu memberi keutamaan kepada bidang pertanian sama seperti sektor perindustrian. Perindustrian hanya boleh mengukuhkan ekonomi negara kita. Pertanian pula menjamin kehidupan kita di dunia ini. Oleh itu langkah-langkah perlu diambil demi menguatkan bidang pertanian di tanah air kita.

MENGAPA KO. a) Tiada unsur-unsur tarikan.

b) Tiada kosa kata yang menawan. c) Tiada peribahasa. d) Terlalu umum. e) Tiada kematangan.

KARANGAN OKRancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) yang diwar-warkan sejak kebelakangan ini telah mendapat pelbagai reaksi (KOSA KATA LUAS/KKL). mencetuskan kontroversi(KKL) dengan mendakwa bahawa pertanian ini adalah tidak rancangan Sesetengah pihak cuba

yang

mengutamakan

sektor

relevan (KKL) dalam arus globalisasi dan kepesatan pembangunan negara berasaskan industri. Namum demikian, seandainya pembangunan negara, kita perhatikan kronologi(KKL) sejarah

industri pertanian merupakan tulang belakang ekonomi negara yang membolehkan Malaysia melangkah ke era negara industri. Hal ini sekali gus menjadikan indikator (KKL) yang sudah terang lagi bersuluh (UNGKAPAN MENARIK/UM) membuktikan bahawa pertanian sememangnya mendapatkan keuntungan kepada negara. Berbudi kepada tanah, tenaga dan masa yang dicurahkan tiada akan sia-sia, pastinya kita akan dapat menuai hasil yang lumayan. Oleh itu, pelbagai uslub(KKL) atau minhaj(KKL) perlu diambil oleh semua pihak demi merealisasikan(KKL) hasrat menjadikan negara yang unggul dalam bidang pertanian di seantero (KKL) dunia. Visi (KKL) suci ini bertepatan dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.(UM) Soalan :

Dunia kini terancam oleh bencana alam seperti ribut taufan, tsunami, gempa bumi dan tanah runtuh. Bencana alam ini bukan sahaja memusnahkan harta benda tetapi turut meragut nyawa manusia. Bincangkan sumbangan dan bantuan yang dapat dihulurkan kepada negara yang terlibat dengan bencana alam ini. Pada hari ini bencana semula jadi atau bencana buatan manusia bukanlah sesuatu yang baharu di dunia ini. Bencana alam seolah-olah sudah menjadi sebati dalam kehidupan manusia. Gempa bumi, tanah runtuh dan tsunami tidaklah menghairankan kita. Hal ini demikian kerana bencana alam sering berlaku dan kita seolah-olah sudah biasa dengan kejadian seumpama itu. Walaupun begitu mangsa-mangsa bencana alam memang terperangkap dalam keganasan alam semula jadi. Oleh yang demikian kita harus mencari langkah-langkah untuk membantu golongan yang tidak bernasib seperti mereka.

Perenggan pendahuluan: Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. (UNGKAPAN MENARIK.UM) Belum sempat menitis ke pipi, tangisan kering sendiri.(UM) Demikian peribahasa dan bait-bait lagu yang menggambarkan betapa perit dan sengsaranya golongan manusia yang ditimpa musibah(KOSA KATA LUAS/KKL). Bait-bait indah lagu yang bertajuk Wajah dendangan penyanyi tersohor (KKL) iaitu Jaclyn Victor cukup menyentuh hati kita terhadap nasib yang menimpa golongan yang ditimpa bencana alam seperti tsunami, tanah runtuh, kemarau dan lain-lain lagi. Keperitan yang dialami oleh mereka amat berat untuk ditanggung kerana mereka bukan sahaja kehilangan harta benda tetapi juga orang yang tersayang. Masihkan anda teringat akan tragedi (KKL) tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang melanda negara kita, Phuket, Acheh dan lain-lain lagi? Gempa bumi berukuran 7 skala Richter (KKL) mengakibatkan tsunami yang begitu dahsyat. Dalam sekelip mata, kawasan yang dilanda bencana menjadi padang jarak, padang terkukur (UM). (LATAR BELAKANG ISU/SEJARAH) Selain itu, kejadian gempa bumi 6.3 skala Richter yang

berlaku di Christchurch, New Zealand baru-baru ini turut menjejaskan kehidupan masyarakat. Apatah lagi bencana berkembar gempa bumi dan tsunami di bumi Jepun. (ISU SEMASA TENTANG TAJUK/SEJARAH) Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin, (KKL) kita seyogianya (KKL) bersimpati dengan nasib malang yang menimpa mereka. Hulurkan tangan, ringankan beban, (UM) bantulah mereka berdasarkan tahap kemampuan masing-masing kerana banyak prakarsa (KKL) yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka. (AYAT ARAH)

Begitu juga dengan perenggan bagi setiap isi, keseimbangan perlulah diberi perhatian. Keseimbangan ini bermaksud panjang untuk setiap perenggan isi seboleh-bolehnya sama. Untuk memastikan keseimbangan itu, pastikan anda memasukkan 4 elemen dalam setiap perenggan isi, iaitu: AYAT ARAH

AYAT HURAIAN

AYAT CONTOH

AYAT PENYIMPUL

Soalan: Masyarakat penyayang dapat melahirkan generasi berwawasan dan berakhlak mulia. Huraikan peranan penyayang. keluarga untuk melahirkan masyarakat

Satu daripada cara mewujudkan masyarakat penyayang ialah ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana semua agama di dunia ini menggalakkan umatnya melakukan perkara-perkara yang baik. Oleh

sebab itu sesiapa yang memiliki didikan agama yang sempurna tetap akan mempamerkan nilai-nilai yang mulia. Manusia seperti ini jarang-jarang melakukan kekejaman atau bertindak tidak adil kepada pihak yang lain kerana takut akan dihukum oleh Tuhan. Mereka tahu bahawa setiap perbuatan yang melampaui batasan tetap akan diberi balasan oleh Tuhan. Jadi manusia yang melengkapkan diri dengan didikan agama akan membesar sebagai insan yang mulia.

I

ISI/ Langkah

Antara prakarsa (KKL) yang boleh dilaksanakan untuk merealisasikan (KKL) hasrat kewujudan masyarakat penyayang ialah memberikan didikan agama yang sewajarnya kepada anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. (UM)

M

Didikan agama yang mantap secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah dan Mengapakah langkah di atas peribadi yang mulia. Hal ini demikian kerana setiap ajaran agama menuntut agar setiap perlu dilakukan? umatnya melakukan amalan yang mulia (KKL) tanpa mengira usia, pangkat mahupun harta.

P

Pengembangan/Cara Memperkenalkannya (AYAT CONTOH)

Setiap agama melatih manusia supaya bersabar dalam setiap amalan dan pekerjaan sekali gus mendisiplinkan diri mentaati perintah Tuhan. Orang yang taat kepada perintah Tuhan keghalibannya(KKL) ialah orang yang taat kepada perintah ibu bapa dan mengamalkan nilai-nilai mahmudah (KKL) dalam kehidupan. Dalam hal ini, ibu bapa mestilah menjadiuswatun hasanah (KKL) ataupun suri teladan (KKL) kepada anakanak. Mereka yang diasuh dengan ajaran agama tidak akan menderhaka kepada ibu bapa, berbohong, jauh sekali mengabaikan ibu bapa apabila ibu bapa sakit ataupun

A

Alibi/Contoh

mengalami musibah (KKL). Anak-anak yang diasuh dengan nilai-nilai agama tidak akan bersikap seperti kacang lupakan kulit (UM). Mereka akan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan kerana menyedari bahawa tanggungjawap menolong sesama insan merupakan tuntutan agama. Tuntasnya pendidikan agama mampu menjadi penjana insan madani (KKL) berkat swadaya (KKL) ibu bapa yang berdedikasi sebagai pencorak insan berminda kelas pertama.

K

Kesan/Akibat (AYAT PENYIMPUL)

KARANGAN BAHAGIAN B

Apa itu karangan KO Permainan tradisional

Punca-punca semakin memajukannya

mundur

dan

langkah-langkah

untuk

Permainan tradisional ialah permainan yang menjadi kesukaan generasi masa dahulu untuk mengisi masa lapang mereka Permainan congkak, wau, untuk mengisi masa lapang mereka.

gasing adalah antara permainan tradisional yang memenuhi aspek rekreasi masyarakat dahulu. Pada hari ini permainan tradisional tidaklah begitu popular kerana generasi zaman kini lebih meminati permainan moden seperti bola sepak, badminton, hoki dan banyak lagi. Kedatangan dunia siber pula lebih mencabar permainan tradisional. Kemungkinan besar permainan tradisional akan terus lenyap sekiranya tiada usaha-usaha diambil demi menghidupkan

PENDAHULUAN permainan tradisional. LANGKAH PUNCA

RANGKA KARANGAN

DIANGGAP KOLOT / KETINGGALAN ZAMAN MEDIA MASA KERAJAAN LAMBAKAN SUMBER HIBURAN/ PERMAINAN MODEN

PENUTUP/ KESIMPULAN

RANGKA PERENGGAN PENDAHULUAN ISU SEMASA TENTANG TAJUK MASUKKAN PENDAPAT UMUM/TOKOH/ UNGKAPAN MENARIK PENDAHULUAN AYAT ARAH (PUNCA) LATAR BELAKANG ISU

KARANGAN OK Pendahuluan: Permainan tradisional ialah satu daripada akar budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia. Congkak, wau, sepak takraw, batu seremban, ting-ting, galah panjang dan lain-lain lagi merupakan sebahagian daripada permainan yang popular dalam kalangan masyarakat kita suatu masa dahulu. Keghalibannya masyarakat kita bermain permainan ini pada masa lapang terutamanya pada waktu petang dan melibatkan jumlah pemain yang agak ramai terutamanya untuk galah panjang. Namun, kini tidak lagi, warisan budaya ini semakin hari semakindimamah usia dan terus ditelan zaman. Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang terus berjuang untukmemartabatkan warisan budaya ini khususnya masyarakat desa di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Contoh permainan yang masih mendapat tempat di hati masyarakat ialah wau, gasing dan sepak takraw. Wau ialah permainan yang amat popular dan begitu sinonimdengan masyarakat di negeri Terengganu dan Kelantan, seolah-olah bagai lesung dengan antan dan bagai irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan. Scenario ini telah memberi harapan kepada kita bahawa warisan tradisional ini masih lagi mendapat tempat di hati masyarakat dan masih dibudayakan. Marcapada memperlihatkan kepada kita bahawa banyak pengaruh baru yang menerobos masuk ke dalam budaya kita. Kita tidak sewajarnya ambil sikap lepas tangan ataupun memandang sebelah mata kepada scenario yang berlaku sehingga boleh menyebabkan budaya tradisional kita pupus. Oleh itu, segala punca yang menyebabkan budaya tradisi ini semakin tidak diminati mestilah dikenal pasti dan prakarsa yang pragmatik seyogianya dijalankan demi memastikan kelangsungan budaya ini.

CATATAN: luas (KKL)

Perkataan/rangkai kata yang dicetak tebal ialah kosa kata

PERENGGAN ISI PENGEMBANGAN ISI

ISI AYAT/AYAT TEMPAT JUDUL/ FOKUS KEMUKAKAN PENGOLAHAN BUKTI/ YANG MENARIK PERENGAN ISI

POKOK HURAIAN ISI AYAT DAN JELAS

BAHASA SATU ISI SATU YANG PERENGGAN BERKESAN

MEMBUAT RUMUSAN/ PENEGASAN ISI (AYAT AKHIR)

Perenggan isi: Dianggap kolot dan ketinggalan zaman Kalau tiada angin, masakan pohon bergoyang, itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kepada kita punca permainan tradisional semakin kurang diminati oleh masyarakat pascamerdeka. Punca utama yang menyebabkan kelunturan minat masyarakat terhadap warisan budaya yang tidak ternilai harganya ini ialah anggapan masyarakat bahawa golongan yang bermain permainan seperti galah panjang, ting-ting, congkak dan lainlain lagi sebagai kolot dan tidak maju. Keadaan ini berpunca daripada kurangnya pendedahan tentang ketinggian nilai seni warisan budaya ini kepada generasi muda. Masyarakat kita pada hari ini berhadapan dengan arus pemodenan, masing-masing sibuk dengan tugasan harian sehingga

tiada masa terluang untuk mengenali apatah lagi memartabatkan permainan tradisional ke tempat yang sewajarnya. Mereka juga beranggapan sekiranya bermain permainan ini tidak mencabar minda mereka kerana permainan seperti galah panjang ini hanya berasaskan ketahanan fizikal semata-mata. Di samping itu hanya berasaskan ketahanan fizikal semata-mata. Di samping itu, mereka beranggapan bahawa permainan tradisional tidak akan berupaya memajukan mereka kerana sudah ketinggalan zaman berbanding permainan moden yang dipertandingkan di peringkat Sukan Olimpik, Sukan Asia, Piala Dunia dan lain-lain lagi. Oleh itu permainan tradisional tidak seiring dengan permainan moden yang juga membayangkan tahap status seseorang pemain yang berjaya di peringkat antarabangsa. Anggapan negatif bahawa permainan tradisional ialah permainan yang sudah ketinggalan zaman semakin menebal kerana tiada pengiktirafkan daripada mana-mana pihak kepada golongan pemain dan pihak penganjur tidak seperti permainan moden yang lain. Hal ini menyebabkan mereka berpendapat bahawa mereka tidak perlu mengaktifkan diri dalam permainan tradisional kerana permainan tersebut tidak akan memajukan diri mereka sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan apatah lagi di peringkat antarabangsa. Perenggan isi 2: Lambakan sumber hiburan/ permainan lain Di samping itu, lambakan sumber hiburan dan permainan yang lain seperti playstation, permainan berasaskan program komputer, bola sepak dan lain-lain lagi kian mendapat tempat di hati masyarakat pada hari ini. Hal ini demikian kerana, kewujudan pelbagai pertandingan berkaitan permainan ini dianjurkan oleh pelbagai pihak. Contoh permainan yang sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat ialah bola sepak dan badminton. Kegilaan dan keghairahan anggota masyarakat terhadap permainan ini telah menyebabkan minat terhadap permainan tradisional semakin hilang. Kini, banyak pertubuhan ataupun persatuan diwujudkan dalam usaha untuk meningkatkan mutu permainan berkenaan. Pelbagai persatuan dan kelab ditubuhkan, antaranya seperti My Team dan Soccer Kids ke arah menarik minat golongan remaja terhadap permainan tersebut. Malangnya, permainan tradisional tidak sebegitu kerana dianggap tidak berupaya memajukan diri, bangsa dan negara. Bola sepak dan permainan-permainan lain semakin diminati oleh masyarakat Malaysia. Berdasarkan situasi yang berbeza, dalam arus globalisasi ini, kemajuan teknologi maklumat dam komunikasi (ICT) yang tiada sempadan telah melahirkan ramai pakar dan yang celik ICT. Golongan ini lebih selesa menghabiskan masa mereka dengan menatap skrin komputer untuk bermain permainan yang terdapat dalam program komputer. Tuntasnya, lambakan permainan berunsur moden dan boleh dimainkan secara bersendirian seperti permainan yang berunsurkan ICT merupakan sebahagian daripada punca lunturnya minat masyarakat terhadap permainan tradisional.

PENGOLAHAN PERENGGAN Setiap karangan mestilah mengandungi 3 komponen iaitu didahului dengan perenggan pendahuluan, perenggan isi dan diakhiri dengan perenggan kesimpulan. Peruntukkanlah masa yang sesuai untuk merancang rangka karangan anda supaya setiap perenggan tersebut berkembang dan relevan dengan isu yang dibincangkan. Andai kata karangan anda tidak dimulakan dengan perenggan pendahuluan, maka karangan anda tidak boleh dikategorikan sebagai karangan yang cemerlang. Begitu juga seandainya karangan anda ditamatkan tanpa perenggan kesimpulan, maka karangan anda secara automatik tidak boleh dikategorikan sebagai karangan yang cemerlang. Perenggan ini penting kerana terkandung pendirian anda tentang sesuatu isu yang dikemukakan di samping anda berpeluang menyatakan cadangan dan harapan anda.

KESILAPAN LAZIM YANG MENYEBABKAN KARANGAN ANDA TIDAK BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI KARANGAN CEMERLANG

Pendahuluan: Tiada perenggan pendahuluan Perenggan pendahuluan terlalu ringkas, yakni satu atau dua ayat sahaja.

Menyenaraikan semua isi yang berkaitan tugasan dalam soalan.

Perenggan isi: Dua isi dimasukkan dalam satu perenggan. Perenggan isi tidak tersusun, yakni yang kurang penting didahulukan dan yang terpenting diletakkan sebelum perenggan kesimpulan. Perenggan isi yang tidak seimbang iaitu ada perenggan isi yang panjang dan ada yang pendek.

Kesimpulan : Tiada perenggan kesimpulan. Perenggan kesimpulan terlalu ringkas, iaitu hanya satu atau dua ayat sahaja. Menyenaraikan semula kesemua isi yang telah dinyatakan dalam perenggan isi.

ASAS PEMBINAAN RANGKA KARANGAN

Soalan: Ungkapan Rumahku Syurgaku sering menjadi idaman dan sebutan masyarakat kita.

Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Gunakan ayat-ayat yang tidak lengkap, frasa, singkatan atau tanda baca seperti sempang (-) sediakan tiga komponen, iaitu pendahuluan, isi dan penutup. (Tujuan: ISI tidak terpesong atau lain daripada tajuk, mengelakkan isi yang berulang dan dapat menyusun isi mengikuti keutamaan). Merangka karangan (contoh): Pendahuluan Latar belakang isu - Definisi frasa-frasa penting - Ungkapan menarik - Ayat arah Isi-isi i. Melengkapkan diri ahli keluarga dengan ilmu ii. Sentiasa melakukan aktiviti secara berjemaah iii. Bertolak ansur dan prihatin iv. Hormat menghormati

Penutup Contoh 1

Rumusan Harapan dan cadangan Impak jika diamalkan.

Perenggan Pendahuluan: Ungkapan Rumahku Syurgaku bukanlah asing bagi manusia yang inginkan hidup sejahtera bersama-sama anggota keluarga tersayang. Setiap orang mendambakan sebuah keluarga yang bahagia. Ungkapan Rumahku Syurgaku bermaksud tempat tinggal atau kediaman yang begitu indah,

cantik dan mendatangkan kebahagiaan kepada setiap penghuninya. Dalam konteks ini, indah dan cantik itu bukanlah hanya dari sudut binaan rumah dan hiasannya semata-mata tetapi juga penghuninya yang berakhlak mulia. Berasaskan kriteria inilah, akan wujudnya suasana aman, tenteram dan harmoni yang seterusnya menjadikan rumah sebagai tempat yang menjamin kebahagiaan untuk semua penghuninya. Perkataan syurga itu sendiri menjelaskan kepada kita bahawa di situlah tempat yang seyogianya dijadikan tempat untuk menikmati hidup yang bahagia bersama-sama orang tersayang. Dalam hal ini, kita mestilah berusaha menjadikan rumah kita sebagai tempat untuk kita memupuk kasih sayang sesama kita kerana di situlah tempat yang paling sesuai untuk mencambahkan rasa kasih sesama manusia. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh, setiap anggota keluarga seyogianya memainkan peranan masing-masing kearahmerealisasikan hasrat murni tersebut. Contoh 2 Perenggan isi: Ungkapan Rumahku, Syurgaku boleh direalisasikan melalui inisiatif melengkapkan diri anggota keluarga dengan ilmu, amal dan akhlak terpuji. Ilmulah yang menjadi indikator untuk individu mengenal diri, keluarga, masyarakat dan alam ciptaan-Nya. Dalam konteks ini, ilmu berkaitan dengan dunia dan akhirat mestilah diberi keutamaan sejak anak-anak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pemangkin kepada ilmu ialah amal dan sahsiah diri yang unggul. Hal ini demikian kerana, setinggi mana pun ilmu di dada, tetapi jika tidak dilengkapi dengan iman dan amalan terpuji, maka akan terbentuklah keluarga yang pincang ataupun porakperanda bak bahtera tanpa kemudi hanyut teroleng-oleng dek dipukul gelombang. Situasi yang sama berlaku dalam konteks hidup berkeluarga, anak-anak dan juga ahli yang tidak berilmu ataupun tidak mempunyai akhlak yang terpuji akan menjadikan keluarga mereka huruhara, sering bergaduh sesama mereka, terlibat dengan gengsterisme dan lain-lain lagi. Kepincangan ini tercetus kerana mereka tidak memiliki ilmu yang menjadi benteng yang teguh untuk mengelakkan diri daripada terus hanyut dalam kegelapan. Berasaskan ilmu yang dimiliki, sudah tentu apaapa tindakan yang dilakukan oleh mereka akan mendatangkan kebaikan kepada ahli keluarga mereka yang menjurus kepada pembentukan institusi keluarga bahagia. Orang yang berilmu akan menggunakan ilmunya untuk membentuk hubungan yang baik sesama keluarga, masyarakat dan lain-lain lagi. Sekiranya berlaku sebarang masalah dalam keluarga, mereka akan menanganinya secara berhikmah, jauh sekali menyinggung perasaan anggota keluarga yang lain. Benarlah kata pujangga, kuat ketam kerana sepitnya, kuat manusia kerana ilmunya. Cadangan susunan ayat untuk perenggan kesimpulan:

A1 A2 A3 A4

-

Rumusan/kesimpulan Cadangan Harapan/hasrat, masukkan ungkapan menarik Pendirian tentang keseluruhan isi karangan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. Apa yang penting ialah kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan hasrat yang murni ini. Kita harus tahu bahawa keluarga merupakan asas pembentukan masyarakat. Jelas sekali jika kita gagal mewujudkan keluarga yang bahagia, bagaimanakah kita dapat menjayakan hasrat kerajaan untuk membentuk keluarga yang bahagia? Oleh yang demikian sudah tiba masanya setiap pihak bekerja keras ke arah impian yang mulia ini. A1 konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu melaksanakan langkahlangkah yang telah dinyatakan tadi untuk memastikan institusi keluarga bahagia yang diidam-idamkan dapat direalisasikan. A2 Langkah-langkah ini perlu dilaksanakan dengan teratur dan bersungguhsunggguh supaya matlamat untuk membentuk keluarga bahagia dapat dicapai. A3 Saya berharap dalam jangka masa terdekat, tiada lagi keskes berkaitan kepincangan ataupun krisis yang melibatkan institusi keluarga dilaporkan. Kita sebaliknya mampu menjadi bangsa yang beradab, bangsa yang saling menghormati, bangsa yang kaya dengan budi bahasa dan bangsa yang hidup dalam suasana harmoni bersama-sama ahli keluarga masing masing. Seandainya setiap keluarga mempunyai visi inginkan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat, nescaya kita mampu meletakkan nama negara sebagai negara yang didiami oleh rakyatnya yang sentiasa mementingkan ukhuwah sesama manusia terjalin erat. Oleh itu, demi merealisasikan visi kudsi ini, maka amalkanlah slogan yang selalu diwar-warkan iaituUtamakan Keluarga: Semakin Hari Semakin Sayang. A4 Akhirulkalam, marilah kita bersama-sama mengorak langkah seiring sejalan menjayakan hasrat murni ini dengan penuh swadaya demi mewujudkan keluarga bahagia, selaras dengan ungkapan Rumahku Syurgaku, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.

Rancanglah kerja mengarang anda dengan sebaik-baiknya, pastikan tiga elemen yang diterangkan sebelum ini menjadi asas kepada karangan anda iaitu menulis pendahuluan, isi-isi dan kesimpulan. Kesimpulan yang berkesan meninbulkan kepuasan kepada pembaca apabila membaca karangan anda dan yang pasti, pembaca dapat mengetahui pendirian anda tentang sesuatu itu yang dibincangkan.

Karangan Pendapat KARANGAN BAHAGIAN B KARANGAN PENDAPAT (100 MARKAH) Soalan: Keluarga yang bahagia dapat melahirkan generasi yang berwawasan dan berakhlak mulia. Bincangkan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. Panduan Umum: STRATEGI MENGARANG YANG BETUL Karangan yang cemerlang sebenarnya terhasil daripada perancangan/strategi yang betul. Anda seyogianya berupaya memperoleh markah yang cemerlang iaitu A+ sekiranya langkah-langkah tersebut di patuhi. Baca, analisis, kenal pasti tugasan dalam soalan dan garisi frasa-frasa penting dalam soalan.

Membuat rangka isi dan menyusun mengikut keutamaan

Mengarang

Menyemak karangan

Pendahuluan Langkah

Ibu bapa tidak Bersikap pilih kasih Persefahaman antara Suami isteri

RANGKA PERENGGAN PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG ISU

PENDAHULUANMASUKKAN PENDAPAT UMUM/TOKOH/UNGKAPAN

PENDAHULUAN :MENARIK

Dunia kini semakin diasak dengan pelbagai masalah terutama yang berkaitan dengan gejala sosial. Acap kali telinga kita dipanaskan dengan isu-isu seperti kes anak luar nikah, gejala merempit, gengsterisme dan sebagainya. Apabila disoal selidik golongan yang terlibat majoritinya terdiri daripada keluarga yang berantakan. Ibu bapalah yang bertanggungjawab

untuk mendidik anak-anak sama ada membentuk manusia yang mulia atau sebaliknya. Idea ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa lebih memahami karakter mereka sejak kecil. Sungguhpun begitu,terdapat juga dalam kalangan ibu bapa yang bersikap, acuh tidak acuh tentang peranan mereka kepada anakanak. Impaknya anak-anak mudah terdorong untuk melakukan perkaraperkara negatif yang seterusnya memporak-perandakan institusi keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa berpegang teguh dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya demi mewujudkan keluarga bahagia. Oleh itu, pelbagai prakarsa seyogianyadilakukan untuk memastikan kebahagiaan keluarga dapat dikecapi. CATATAN : Perkataan/rangkai kata yang dicetak tebal ialah kosa kata luas (KKL).

PENGEMBANGAN ISI :

HURAIAN ISI TEMPAT DAN JELAS

PENGOLAH YANG MENARIK

BAHASA YANG GRAMATIS

Perenggan isi : Pendidikan agama Antara insiatif yang dapat dilakukan ialah memberikan pendidikan agama yang cukup untuk anak-anak. (AYAT JUDUL). Pendidikan agama amat penting diterapkan kerana agama merupakan cara hidup yang dapat memandu manusia untuk hidup di landasan yang betul.

Sebagai ketua keluarga, bapa perlu untuk memainkan peranan untuk mengemudi keluarga mengecapi kebahagian berterusan ajaran agama yang syumul. Ibu bapa perlu tegas dalam mendidik anak-anak terutamamya yang melibatkan soal hubungan sesame manusia dan menjaga hubungan dengan Tuhan seperti yang ditegaskan dalam al-Quran iaitu jagalah hubungan sesama manusia dan menjaga hubungan dengan Tuhan. Semasa anak-anak masih, kecil, iaitu semasa mencapai usia 7 tahun, ibu bapa perlulah mengajar dan menyuruh anak-anak mengerjakan solat. Solat merupakan tiang agama dan merupakan Rukun Islam yang kedua. Sesungguhnya solat dapat mencegah kita daripada melakukan onar dan berupaya membentuk ajaran agam keghalibannya akan mematuhi perintah ibu bapa. Apabila masing-masing hidup berlandaskan ajaran agama, sudah tentu tidak timbul soal anak derhaka, anak memukul ibu bapa, sumbang mahram dan lain-lain lagi. Kerukunan hidup berkeluarga pasti dapat dikecapi kerana masing-masing akan menjaga akhlak selaras dengan tuntutan agama seperti hormatmenghormati, berkasih saying,bertolak ansur, sedia memaafkan dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana mereka menyedari bahawa hubungan keluarga perlu dijaga walaupun badai melanda kerana air dicincang, tidak putus. Tuntasnya, kewujudan keluarga bahagia Berjaya

direalisasikan sekiranya didikan agama diterapkan kepada semua anggota keluarga kerana mereka sentiasa ingat akan azab Tuhan yang termat perit sekiranya menjadi manusia yang derhaka kepada ibu bapa.

Perenggan isi 2: Persefahaman antara suami isteri Sebelum membentuk sebuah keluarga yang penuh dengan Biah solehah, ibu bapa perlulah mengubah diri kea rah yang lebih positif. Hal ini demikian kerana seorang ketua keluarga perlulah menyiapkan diri agar dapat menempuh rintangan yang bakal terjadi dalam kehidupan berumah tangga kerana sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Demikianlah antara seni kata lagu yang pernah didengankan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee suatu ketika dahulu. Hakikatnya, kehidupan berumah tangga amatlah rumet ditempuhi seandainya kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri tidak cuba mengenali mahupu menerima teguran ataupun pandangan daripada pasangannya. Mungkin dahulunya kita sudah biasa dibelai dan dimanjai oleh kedua-dua ibu bapa kita, namun apabila sudah mendirikan rumah tangga, kita perlulah mematangkan diri sendiri. Jadikanlah pasangan hidup kita sebagai tempat berkongsi suka dan duka serta bertukar-tukar pendapat. Dalam hal ini, Tuhan telah berfirman yang bermaksud Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, lelaki yang tidak baik untuk wanita yang tidak baik. Huraian ayat daripada Surah An-Nur ini menerangkan betapa Tuhan telah menetapkan jodoh yang baik untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Pasangan yang soleh dan solehah inilah yang dijanjikan oleh Tuhan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, pasangan suami isteri seyogianya menjalinkan persefahaman yang utuh demi kebahagiaan keluarga. Hal ini bertepatan dengan seni kata lagu yang pernah didendangkan oleh sebuah kumpulan nasyid yang antara lainnya berbunyi: Isteri cerdik yang solehah, Penyeguk mata, penawar hati, Penajam fikiran, di rumah dia isteri,

Di jalanan kawan, pada waktu kita sempit Dia penunujk jalan Tuntasnya, keluarga bahagia berupaya dibina seandai pasangan suami isteri saling menghormati dan sentiasa bertolak ansur walaupun ditimpa pelbagai dugaan.

PENULISAN RENCANA

Soalan: Bersempena dengan Minggu Kesihatan yang telah dianjurkan oleh Kelab Kesihatan sekolah anda, satu pertandingan menulis rencana yang bertemakan kesihatan telah diadakan . anda berminat menyertainya dan memilih tajuk Amalan Gaya Hidup Sihat. Tulis rencana tersebut selengkapnya. PENDAHULUAN SATU PERENGGAN SAHAJA Rangka Pendahuluan dan isi : Perenggan pendahuluan yang menarik sewajarnya mengandungi perkara-perkara seperti yang berikut :

DEFINISI FRASA-FRASA PENTING DALAM SOALAN LATAR BELAKANG ISU/ ISU SEMASA TENTANG SEJARAH TAJUK/PENDAPAT TOKOH ATAU MASYARAKAT UMUM TENTANG ISU

MASUKKAN PERIBAHASA /UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN/SENI KATA LAGU/PANTUN DAN LAINLAIN KEMUKAKAN BEBERAPA AYAT TERAKHIR UNTUK SOALAN BERKAITAN PERENGGAN INI IALAH ISU YANG AYAT ARAH, YAKNI DIBINCANGKAN MENJURUS KEPADA KEPADA PEMBACA TUGASAN DALAM SOALAN

Amalan Gaya Hidup Sihat Oleh: Nurul Syahidah Syahid

Perenggan Pendahuluan: Dewasa ini, kita sering melihat di dada akhbar dan di kaca televisyen tentang hal berkaitan masalah kesihatan yang membelenggu masyarakat dunia. Sebenarnya segala musibah (KOSA KATA LUAS/KKL) berkaitan penyakit berpunca daripada tabiat negatif masyarakat yang tidak mahu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Amalan gaya hidup yang sihat sememangnya tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat kerana sudah banyak bukti yang menunjukkan kepentingannya kepada setiap individu. Andai kata aspek ini diabaikan, maka sudah tentu banyak risiko (KKL) yang akan membelenggu manusia terutamanya yang melibatkan masalah kesihatan. Persoalannya, adakah manusia lebih mementingkan soal material berbanding soal-soal yang berkaitan gaya hidup sihat? Adakah mereka menyedari risiko yang bakal dihadapi oleh mereka andainya aspek ini diabaikan? Dalam hal ini, agama Islam amat mementingkan aspek penjagaan kesihatan melalui peringatan yang berbunyi, kebersihan sebahagian daripada iman (UNGKAPAN MENARIK/UM). Oleh itu, beberapa pendekatan yangkomprehensif (KKL) perlu dilaksanakan ke arah memastikan amalan gaya hidup sihat menunjangi (KKL) kehidupan manusia sejagat (KKL).

AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG

BERSUKAN/ BERIADAH

LANGKAH-LANGKAH

MENGHINDARI ROKOK/ DADAH

REHAT/TIDUR YANG MENCUKUPI

Setiap induvidu seyogianya mengamalkan pemakanan yang seimbang. Model yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu piramid makanan mestilah ditepati kerana sudah banyak kajian yang membuktikan keberkesanan piramid makanan ini. Karbohidrat sewajarnya diambil dalam kuantiti yang banyak kerana mampu menghasilkan tenaga yang banyak kepada seseorang. Karbohidratkeghalibannya (KKL) banyak terdapat dalam makanan misalnya nasi dan roti. Selain itu, kita haruslah mengurangkan pengambilan makanan berlemak seperti kek, coklat dan makanan berminyak. Hal ini demikian kerana makanan seperti ini boleh menyebabkanpelbagai masalah kesihatan yang kronik (KKL) contoh obesiti (KKL), darah tinggi dan kencing manis. Dalam hal ini, seorang rakyat Jerman ditemui mati di atas katilnya kerana tidak mampu bergerak langsung. Obesiti yang di hadapinya terlalu kritikal (KKL) dan setelah dikaji, diet (KKL) yang diamalkan tidak seimbang. Beliau akan makan tiga biji kek ketika sarapan, tiga ekor ayam panggang ketika makan tengah hari dan snek ringan untuk makan malam. Lihatlah betapa menakutkan akibat daripada makan terlalu banyak ditambah dengan makanan yang tidak seimbang. Ibu sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menjaga diet ahli keluarga. Dia harus memastikan makanan yang dihidangkan kepada ahli keluarga tidak memudaratkan(KKL) kesihatan. Selain itu, setiap individu sepatutnya makan mengikut cara makan yang telah disarankan oleh Nabi Muhamad, iaitu makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang (UM). Seorang pakar nutrisi (KKL) dari Jepun telah membuat kajian berdasarkan saranan baginda dan mendapati cara ini berkesan dan bermanfaat kerana mampu merehatkan perut dan tidak perlu bekerja tanpa henti. Tindakan ini mampu mengurangkan tahap peningkatan penyakit berbahaya yang boleh mendatangkan implikasi (KKL) negatif kepada kita. Selain itu, semua individu semestinya beriadah (KKL) sekurang-kurangnya setengah jam sehari. Sukan ialah satu aktiviti yang memberi peluang kepada badan untuk bergerak bagi menambahkan kecekapan dan kecergasan badan kekita bekerja. Hal ini bertepatan dengan kata-kata, otak yang cerdas daripada badan yang cergas (KKL). Satu kajian oleh Alex Luther dari Amerika Syarikat mendapati bahawa seorang murid yang tidak gemar bersukan atau terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal lebih cenderung untuk berkelakuan pasif di dalam kelas selain sering berkhayal dan mengantuk ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlansung. Pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana (KKL) yang banyak untuk memperbaiki dan menarik taraf infrastruktur (KKL) di samping kemudahankemudahan yang telah disediakan di tempat-tempat riadah seperti taman bunga, taman permainan, padang serta stadium. Semua usaha ini adalah untuk menarik minat rakyat agar melupakan sebentar segala urusan yang

berkaitan kerja dan focus terhadap kesihatan diri iaitu dengan bersukan. Encik Muhammad Fakhrul Zaharil, seorang pesara yang berusia 75 tahun dan masih aktif mengusahakan kebun telah membokar rahsia kecergasannya. Beliau begitu minat terhadap aktiviti kecergasan diri iaitu sukan dan sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal. Sudah terang lagi bersuluh (UM), aktiviti riadah mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang, ayuh, jangan berdolak-dalih lagi, marilah kita memperuntukkan waktu untuk bersama-sama beriadah kerana riadah berupaya meningkatkan kesejahteraan hidup. Seterusnya, semua individu seyogianya menghindari rokok dan dadah. Kedua-dua bahan ini telah dibuktikan banyak mendatangkankemudaratan (KKL) ataupun impak negative terhadap badan manusia. Sebagai conthoh, bahan karsinogen (KKL) yang terdapat di dalam sebatang rokok merupakan punca utama kanser. Tar pula mampu menghitamkan jantung dan asap rokok yang banyak mengandungi karbon dioksida (KKL) dan karbon monoksida (KKL) boleh menyebabkan sesak nafas dan asma. Dadah pula boleh menyebabkan ketagihan yang melampau, hilang kawalan diri dan merencatkan fungsi otak untuk berfikir secara waras. Rokok dan dadah sudah terbukti hanya memburukan keadaan dan kondisi (KKL) kesihatan seseorang. Selain itu, kisah tragis (KKL) seorang ibu telah diperlakukan secara kejam oleh anaknya yang merupakan seorang penagih dadah telah memberikan gambaran yang jelas, nyata dan terang kepada kita bahawa dua bahan ini ialah punca perosak kebahagian keluarga. Malangnya, kesedaran mengenai bahaya rokok dan dadah semakin berkurang. Setiap hari, jumlah perokok tegar (KKL) dan penghuni pusat serenti akan bertambah. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah menggiatkan lagi usaha untuk mewujudkan kesedaran dalam diri rakyat. Ibu bapa juga haruslah mengambil peranan dalam membanteras segala gejala negative ini dan sentiasa prihatin terhadap kegiatan mereka dengan cara menjadi idola terbaik. Jangan pula si ayah merokok tetapi melarang anaknya merokok. Anak-anak hanya mentertawa bapa kerana ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus.(UM) Akhirnya, kita haruslah tidur secukupnya kerana tidur penting kerana berupaya menambah tenaga kita untuk bergerak aktif dan bekerja dengan teliti. Seorang pelajar harus meluangkan masa sekurang-kurangnya 7 jam sehari untuk tidur. Usah bazirkan masa dengan belajar sehingga lewat malam kerana perkara itu hanya sia-sia, malahan boleh mengancam kesihatan. Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2008 menyarankan agar semua pelajar tidur secukupnya. Badan kita bukanlah robot yang boleh bekerja 24 jam tanpa henti. Namum, jangan sesekali kita melebihkan tidur. Kajian oleh pakar kesihatan di negara kita iaitu Doktor Mokhtar, mendapati bahawa seseorang individu yang tidur lebih daripada had yang ditetapkan lebih cenderung untuk menghadapi masalah migraine

yang kritikal (KKL) berbanding individu yang tidur mengikut had. Memetik kata-kata pujangga, tidur ialah penjara orang malas (UM). Maka, untuk memperoleh kejayaan yang maksimum, kita haruslah bijak mengatur jadual rutin harian mengikut mengikut kesesuaian. Jangan pula kita terlalu asyik mengejar kejayaan akademik, kita lupa terhadap soal-soal yang berkaitan dan keupayaan kepada tubuh badan kita.

TEKNIK MENGHURAIKAN ISI Setiap karangan yang cemerlang seyogianya mempunyai isi/idea yang menunjukkan kematangan fikiran dan tahap keterampilan berbahasa yang tinggi. Untuk menjana idea yang matang dan relevan dengan tugasan dalam soalan, rancanglah pelan tindakan yang strategic seperti yang disarankan di bawah.

MERANCANG MASA

1. Membaca arahan dan semua soalan ( 2 minit ) 2. Menganalisis dan memilih soalan ( 2 3 minit ) 3. Mengenal pasti kata kunci soalan atau tugasan dalam soalan ( 1 2 minit ) 4. Merangka karangan ( 5 10 minit ) 5. Menulis karangan ( 70 75 minit ) 6. Menyemak karangan ( 5 minit )

Soalan : Bersempena dengan minggu kesihatan yang telah dianjurkan oleh Kelab Kesihatan Sekolah anda, satu pertandingan menulis rencana bertemakan kesihatan telah diadakan. Anda memilih tajuk rencana Amalan Gaya Hidup Sihat. Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Membuat rangka karangan

Peranan ibu baba / institusi keluarga

Peranan Media Massa

Langkah-langkah Menangani

Peranan institusi pendidikan

Peranan Individu

PENDAHULUAN Amalan gaya hidup sihat dapat melahirkan badan yang cergas untuk sepanjang hayat. Melalui amalan gaya hidup yang Luas/KKL) misalnya kencing sihat, penyakit-penyakit kronik (Kosa Kata

manis, darah tinggi, strok dan kanser akan dapat dibendung. Hal ini demikian kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang seperti terlebih gula, garam dan bahan perasa. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh (Ungkapan

Menarik/UM), pengambilan diet (KKL) yang salah akan merosakkan masa hadapan individu. Bukan setakat individu itu akan mendapat kesan negatif, bahkan ahli keluarga juga akan terkena tempiasnya (KKL). Ahli keluarga perlu berjaga-jaga terutamanya dalam pemilihan makanan kepada pesakit sekali gus perlu membantu merawat pesakit yang kronik keadaannya. Oleh itu, beberapa prakarsa (KKL) yang proaktif (KKL) perlu dilaksanakan demi melahirkan masyarakat yang sihat.

PERENGGAN ISI 1: Percayakah anda bahawa kebanyakan penyakit kronik berpunca daripada pengambilan diet yang tidak seimbang? Percaya atau tidak, jawapannya tentulah ya. Kebanyakan penyakit kronik yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia bermula daripada makanan. Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelaran Malaysia mengharamkan tindakan menjual makanan-makanan yang tidak berkhasiat di kantin-kantin dan koperasi sekolah. Walaupun pengharaman penjualan makanan yang tidak berkhasiat hanya dikuatkuasakan dalam kalangan murid sekolah, namun hal ini akan menatijahkan dampak positif (Frasa Menarik/FM) jika ibu bapaprihatin (KKL) dan turut turun padang (UM) serta membantu menjayakan program ini. Hal ini demikian kerana, usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bertujuan mengelakkan obesiti (KKL) dalam kalangan murid di samping dapat memupuk dan menyemai kesedaran tentang bahayanya makanan yang tidak berkhasiat sejak kecil, bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya (UM). Tindakan ini diyakini dapat mengelakkan generasi yang seterusnya mengalami nasib yang sama. Selain itu, kita hendaklah mengambil makanan dalam kuantiti yang sepatutnya dengan merujuk kepada piramid makanan yang telah disebarluaskan (KKL) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak, manakala makanan yang mengandungi kandungan gula yang banyak diambil dalam kuantiti yang sedikit. Selain itu, kepada penggemar makanan segar, anda hendaklah mengurangkan pengambilan makanan tersebut bagi mengelakkan penyakit.

PERENGGAN ISI 2: Amalan seturusnya ke arah kesihatan yang diimpikan ialah senaman. Mungkin ramai dalam kalangan murid perempuan yang akan berasa tertekan untuk melakukan aktiviti ini kerana akan menyebabkan peluh keluar dengan banyak dan akan mendatangkan masalah bau yang kurang menyenangkan. Masyarakat juga menganggap aktiviti senaman tidak perlu diberi keutamaan kerana banyak lagi aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan selain bersenam. Namun begitu, tanggapan prejudis (KKL) terhadap aktiviti ini hendaklah ditolak mentah-mentah. Hal ini demikian kerana aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh ialah aktiviti yang paling baik untuk menyihatkan tubuh badan. Melalui senaman, lemak-lemak degil yang terkumpul di dalam badan akan dibakar dan menyebabkan kita kelihatan lebih cergas. Selain itu, pepatah Arab juga ada menyebut, akal yang cerdas lahir dari badan yang cergas (UM). Bertetapan dengan pepatah tersebut, pelajar yang mempunyai akal dan minda yang cerdas ialah pelajar yang memilik tubuh badan yang sihat dan cergas bagi menghadapi kehidupan yang penuh dengan onak. Pelajar yang selalu bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan akan menumpukan perhatian yang penuh dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian kerana aktiviti kesukanan dapat memupuk disiplin yang utuh dalam diri pelajar. Natijahnya, (KKL) mereka akan lebih cemerlang berbanding pelajar yang kurang bersenam. Oleh itu, saya ingin mengesyorkan kepada semua pelajar supaya dapat mencari waktu yang terluang untuk melakukan senaman seperti jogging pada setiap pagi sebelum ke sekolah. Begitu juga dengan anggota masyarakat yang lain, sebelum ke tempat kerja luangkanlah masa unruk bersenam. Aktiviti kecergasan ini hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dalam tempoh 20-30 minit dalam satu sesi.

PERENGGAN ISI 3: Amalan gaya hidup sihat juga merangkumi aspek kerohanian. Bagi para pelajar, kita hendaklah mengelakkan stres disebabkan tanggungjawab yang kadangkala akan membebankan kita. Stres berlaku dalam pelbagai bentuk misalnya susah menerima pelajaran, bergaduh dengan rakan ataupun masalah kekeluargaan. Oleh itu, generasi muda yang merupakan aset negara dalam era globalisasi ini hendaklah bijak dalam menangani stres. Stres atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai tekanan perasaan hendaklah ditanganidengan mengambil masalah tersebut sebagai proses untuk mematangkan fikiran. Apabila menerima masalah, seorang remaja hendaklah menarik nafas sedalam-dalamnya dan berfikiran positif. Oleh

sebab remaja ialah individu yang mudah dipengaruhi, mereka hendaklah meminta bantuan daripada golongan yang matang misalnya ibu bapa, guru atau kaunselor dalam membantu remaja untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Oleh itu, mereka tidak akan memilih penyelesaian yang salah seperti mengambil najis dadah, merokok dan bunuh diri. Bagi seorang remaja islam, kita hendaklah mendekatkan diri dengan Allah bagi menguatkan semangat ketika dilanda musibah. Antara amalan yang dapat dipraktikkan ialah menunaikan solat lima waktu, mangaji dan berzikir. Bertetapan dengan maksud zikir, cukuplah Tuhan sebagai bebaik-baik wakil, sebaik-baik pembantu dan sebaik-baik penolong. Oleh itu, kita harus yakin bahawa Tuhan akan sentiasa membantu dalam apa jua keadaan sekalipun. Akhir sekali, bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat, kita perlulah sentiasa menjaga kebersihan sama ada diri mahupun persekitaran kita. Bagi menjaga kebersihan diri, seseorang perlulah mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari, memotong kuku setiap dua minggu, mencuci pakaian setiap hari dan mencuci rambut sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria pada tubuh badan. Oleh itu, badan kita akan sentiasa cergas dan kelihatan bersih. Selain itu, sebagai pelajar kita hendak mengelakkan diri daripada merokok atau perokok pasif. Kesan negative bagi perokok ialah kerosakan paru-paru berfungsi dengan baik, batuk dan sakit tekak manakala bagi seseorang perokok pasif mereka akan menerima dampak negatif yang lebih dasyat berbanding perokok. Hal ini demikian kerana, perokok pasif akan menerima asap rokok secara langsung daripada perokok dan hal ini sudah tentu memberi kesan yang lebih buruk. Oleh itu, sebagai pelajar kita hendaklah menjauhi rokok dan perokok. Selain itu, dapatkan tidur yang cukup juga penting dalam melahirkan tubuh badan yang sihat. Tempoh waktu yang ideal bagi seorang remaja ialah antara empat hingga lima jam. Berdasarkan huraian-huraian dan tip-tip diatas, jelaslah bahawa amalan gaya hidup yang sihat merangkumi banyak factor dan memerlukan disiplin yang kuat. Namum begitu, harus diingat bahawa individu yang Berjaya mengamalkan tip-tip ini akan memperoleh nikmat kesihatan bagi sepanjang hayat mereka. Ingatlah kawan-kawan, bahawa nikmat atau anugerah kesihatan adalah tidak ternilai serta tiada tolok bandingnya.

KARANGAN PENDAPAT, PERBINCANGAN BAHAGIAN B (100 MARKAH) Soalan: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diadakan untuk remaja lepasan sekolah mampu membentuk remaja yang berdisiplin, patriotik dan bermoral. Bincangan. Soalan di atas mengarahkan murid menyatakan pendapat tentang PLKN yang semestinya mendatangkan impak yang positif kepada remaja yang menyertainya. Karangan perbincangan atau pendapat jenis ini biasanya diletakkan sebagai soalan ketiga daripada lima soalan yang dikemukakan. Aras untuk soalan ini sederhana sukar kerana murid yang ingin menjawab soalan ini perlu mengetahui hal-hal berkaitan dasar negara khususnya pengisian aktiviti dalam PLKN yang menjurus kepada pembentukan remaja yang berdisiplin, patriotik dan bermoral.

Peruntukkanlah masa yang sesuai untuk membuat perancangan isiisi yang relevan berdasarkan tugasan dalam soalan seperti yang ditunjukkan di bawah.

Pendahuluan

Rangka karangan

Penekanan kepada latihan lasak berjaya Memantapkan ketahanan mental dan fizikal

Proses sosialisasi yang terancang berjaya Mendedahkan peserta dengan kehidupan bermasyarakat Remaja didedahkan dengan ilmu berkaitan sejarah dan lain-lain

Cara hidup berdikari berkaitan pengurusan diri dan masa diutamakan

Penutup / kesimpulan

PERENGGAN PENDAHULUAN

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2004 telah menatijahkan beberapaimpak positif. Kesan positif tersebut terjana melalui perubahan sikap pelatih sama ada daripada aspek keterampilan peribadi, mental, fizikal mahupun kemasyarakatan. Jika dahulunya kebanyakan ibu bapa hanya memandang enteng dan tidak bersetuju sekiranya anak-anak mereka terpilih menyertai PLKN, kini rata-rata ibu bapa berharap anak-anak mereka terpilih. Kini, sudah terang lagi bersuluh PLKN mula menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak khususnya ibu bapa. Hal ini demikian kerana mereka percaya bahawa PLKN menjadi titik peralihan terpenting dalam membentuk anak-anak menjadi personaliti yang berwibawa, yakni menjadi remaja yang berdisiplin, patriotik dan bermoral. PERENGGAN ISI 1: Penekanan kepada latihan lasak berjaya memantangkan ketahanan mental dan fizikal. Program ini lebih menekankan latihan yang agresif dan teratur untik memantapkan ketahanan mental, fizikal dan jati diri remaja. Latihan lasak yang berkonsepkan ketenteraan telah menjadi asas kepada pemupukam daya tahan fizikal dan mental remaja yang mungkin selama ini terlalu manja. Melalui latihan fizikal seperti merempuh halangan, berkayak, meredah hutan belantara dan lain-lain lagi, mereka mula mengenali erti kehidupan yang sebenarnya iaitu perlu tabah mengharungi cabaran hidup. Berdasarkan latihan-latihan yang sedemikian, semangat mereka untuk terus berjuang akan terus dibajai. Hal ini demikian kerana semangat juang yang tinggi berupaya membentuk jiwa remaja yang berdisipli dan berhemah, seterusnya menjadikan mereka remaja berwawasan dan bermoral. Hal ini bertepatan dengan kata-kata daripada seorang falsafah yang masyhur Flower A. Newhouse iaitu kurang semangat menyebabkan lebih banyak kegagalan berbanding dengan kurangnya kebijaksanaan ataupun kemahiran. Berbelakan semangat juang yang tinggi dalam diri, mereka menjadi lebih berani dan memiliki ketahanan mental dan fizikal yang mantap. Hal ini ditambah dengan kekuatan mental mereka untuk sentiasa mematuhi disiplin yang ditetapkan demi mencapai matlamat untuk melakukan aktiviti dengan jayanya. Mereka perlu melakukan aktivi berdasarkan arahan sekiranya ingin Berjaya, umpamanya jika ingin merempuh halangan seperti aktiviti flying fox mereka perlufocus dan tidak melakukannya secara sambalewa, bak kata pepatah melepaskan batuk di tangga. Tuntasnya, melalui aktiviti-aktiviti lasak sebegini, remaja yang berdisiplin Berjaya dibentuk kerana orang yang berdisiplin sahaja yang akan mencapai kejayaan.

PERENGGAN ISI KEDUA : Proses sosialisasi terancang berjaya mendedahkan peserta dengan kehidupan bermasyarakat. Selain itu, satu pakej latihan yang amat berkesan ialah proses sosialisasi yang terancang telah diadakan oleh penganjur. Para peserta akan didedahkan dengan kehidupan bermasyarakat, yakni yang melibatkan pelbagai etnik dan agama. Mereka akan bergotong-royong dan sentiasa bekerjasama bagai aur dengan tebing serta sentiasa berinteraksi sesame mereka. Ironinya, sikap mementingkan diri sepertienau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dapat dibendung. Semua aktiviti seperti program khidmat masyarakat akan memberikan pengalaman yang baru agar mereka lebih bersedia melalui kehidupan sebenar, bak kata pepatah, lama hidup luas pengalaman, jauh berjalan luas pandangan, banyak belajar luas pengetahuan. Mereka juga menjadi lebih ringan tulang dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana seperti mangsa banjir besar, tanah runtuh, kebakaran dan lain-lain lagi. Mereka juga tidak akan teragak-agak untuk melakukan kerja-kerja amal yang lain seperti menziarahi rumah warga emas dan anak-anak yatim. Natijahnya, melalui aktiviti ini, para perserta PLKN dapat berkongsi pengalaman dan penderitaan dengan mereka yang kurang bernasib baik dan menjadi manusia yang bersyukur dengan nikmat yang dikecapi. PERENGGAN ISI KETIGA: Remaja didedahkan dengan ilmu berkaitan sejarah dan lain-lain. Di samping itu, para peserta berpeluang untuk memperoleh pengetahuan yang banyak terutama dalam bidang sejarah, pembangunantamadun bangsa, negara dan kenegaraan. Cendekiawan sering mengungkapkan bahawa sejarah ialah guru yang paling benar. Sejarah mengajar kita erti perjuangan membentuk sebuah negara bangsa. Perjuangan menegakkan sebuah bangsa yang berdaulat bukanlah boleh dilakukan secara sambalewa, sebaliknya menagih pengorbanan darah, nyawa dan harta benda. Dalam hal ini , PLKN dianggap sebagai penyelamat kerana kesedaran, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara dalam jiwa anak pascamerdeka khususnya semakin berkurangan. Melalui aktiviti yang diikuti dalam PLKN, para peserta akan dilatih dan dididik agar sentiasa mencintai negara dan bersemangat patriotik. Mereka akan berusaha mempertahankan kedaulatan negara daripada petualangpetualang yang durjana demi mengekalkan keamanan negara walaupun boleh memudaratkan diri, bak kata pepatah biar putih tulang, jangan putih mata. Tokoh falsafah yang tersohor, iaitu Plato pernah berkata

bahawa kemajuan sesebuah tanah air bukanlah terletak pada kesuburan tanah-tanahnya, tetapi terletak pada jiwa bangsanya yang merdeka. Tuntasnya, pengisian slot kenegaran melalui PLKN diyakini dapat menambahkan pengetahuan peserta berkaitan hal-hal kenegaraan, sekali gus boleh mematangkan mereka ke arah menjadi warganegara yang patriotik dan memiliki minda kelas pertama.

KARANGAN PERBINCANGAN, PENDAPAT (BAHAGIAN 1)

Karangan pendapat atau perbincangan merupakan satu bahagian yang penting dalam pembinaan item karangan. Kita teruskan lagi perbincangan berkaitan tajuk diatas dengan memnberi focus kepada aspek pembinaan perenggan pendahuluan dan perkembangan isi. Seperti yang diwarawarakan sebelum ini, perenggan permulaan iaitu perenggan pendahuluan mestilah berupaya menarik minat pembaca untuk terus membaca karangan anda tanpa jemu. Oleh hal yang demikian, binalah perenggan pendahuluan anda dengan memasukkan elemen yang dapat menarik minat pembaca seperti yang berikut: Pastikan perenggan pendahuluan dapat menarik pembaca. Fikirkan cara menulis pendahuluan yang menarik, penggunaan Bahasa yang jelas dan berkesan serta mempunyai ungkapan menarik.

PENDAHULUAN Olahan contoh, peribahasa, penyoalan, sejarah dan lain-lain. Ayat terakhir Pembuka isi (ayat arah) /focus kepada Kehendak soalan Satu perenggan Memberikan takrif/definisi, Menerangkan latar belakang isu.

HURAIAN ISI, BAHASA DALAM KARANGAN Setiap karangan yang cemerlang mengandungi isi/idea yang matang di samping kesemua ayat yang gramatis. Sebagai seorang pelajar Tingkatan 4 dan 5, anda seyogianya menonjolkan tahap kematangan fikiran yang tinggi, iaitu dengan mengemukakan isi/idea yang rasional dan bernas. Pastikan anda memperuntukkan masa yang sesuai untuk membuat rangka isi. Ingat, hanya isi-isi karangan yang relevan sahaja perlu dimasukkan dalam karangan anda berdasarkan kata kunci atau tugasan dalam soalan. KELEMAHAN PELAJAR Elakkanlah kesilapan semasa mengarang seperti yang dicatatkan di bawah.

Punca kemerosotan (Pelajar) Pengolahan/Penyampaian/Pengolahan lemah Tidak mematuhi arahan dalam soalan Tidak menjawab soalan/tugasan Kurang maklumat/idea Isi berulang Tiada kematangan Skop perbincangan terbatas Kelemahan tatabahasa

TIP UNTUK MELAHIRKAN IDEA/ISI YANG MATANG DALAM KARANGAN KEMATANGAN FIKIRAN Kebolehan mengeluarkan isi dengan menggunakan bahasa yang lancer dan kosa kata yang tepat/luas.

KARANGAN CONTOH 1: Soalan: Hormat-menghormati ialah nilai yang perlu diamalkan oleh setiap individu untuk kehidupan yang sejahtera. Huraikan kepentingan generasi muda menghormati generasi tua. Di samping itu, maslahat yang diperoleh daripada amalan menghormati warga tua ialah generasi tua memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada anak-anak muda dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini. Tambahan pula, dunia semakin canggih. Tanpa tujuk ajar dan

nasihat daripada mereka, generasi muda akan mudah goyah dan diperalatkan oleh anasir-anasir luar yang sememangnya bertentangan dengan nilai budaya dan agama kita. Kini, penjajah tidak menyerang kita menggunakan senjata tetapi melalui minda. Mereka menggunakan sains dan teknologi seperti televisyen, internet dan unsur-unsur hiburan yang lain untuk menjadikan kita sentiasa berada dalam kealpaan. Lao Tze, seorang ahli falsafah China yang terulung mengasaskan ajaran Taoisme menyeru manusia supaya bersatu dengan alam untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan hidup. Beliau mengingatkan manusia supaya mengelakkan diri daripada mengejar kebendaan kerana manusia akan berhadapan dengan situasi sifat kemanusiaan yang semakin menipis jika itu yang menjadi keutamaan. Pandangannya lebih 3,000 tahun dahulu masih diterima umum dan sudah terbukti kebenarannya. Kini, amalan mulia dan idea warga tua terus dijadikan panduan dan ikutan. Golongan muda dapat bertukar-tukar idea dengan warga emas agar percambahan ilmu antara mereka dapat menjadi pelita dalam mengharungi hidup yang penuh mencabar. Warga tua juga boleh menceritakan pengalaman pahit manis yang dilalui kepada generasi muda agar dapat memberi pengajaran dan petunjuk yang berguna dalam hidup golongan muda. Mereka terlebih dahulu makan garam daripada kita. Dalam hal ini, seorang cendekiawan, Albert Camus ada mengatakan Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. Tuntasnya, generasi muda dapat menerima pelbagai ilmu daripada generasi tua untuk digunakan dalam hidup agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

KARANGAN CONTOH 1: Soalan: Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat menyebabkan kita berasa dunia ini semakin kecil. Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi. PERENGGAN ISI Di samping itu, perkembangan sains dan teknologi menjadi jaringan dunia berinovasi dan kreatif banyak ditunjangi pertembungan kuasa penyebaran maklumat. Penerokaan ke angkasa lepas, satelit dan kemampuan dalam dunia perubatan moden ditunjangi oleh kejayaan menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Tamsilannya, Dato Dr. Syeikh Muzafar Syukor ialah rakyat Malaysia pertama yang menjadi angkasawan negara

melakukan sesuatu kajian di aeroangkasa melalui bantuan ICT. Hal ini demikian kerana tanpa ICT, impian kita untuk meneroka angkasa lepas sukar menjadi realiti. Selain itu, pendidikan maya yang menemukan antara profesor dengan pelajar berlaku dalam jarak yang jauh. Pakar perubatan juga menyalurkan bantuan dan khidmat kepada sekumpulan doktor yang menjalankan pembedahan dengan menyampaikan maklumat dari dalam kator melalui e-mail dan sidang video. Hal ini membuktikan jarak bukan pemisah untuk melakukan sesuatu perkara kerana walaupun jarak beriburibu batu, mereka masih dapat berkomunikasi secara langsung. Keadaan ini menjadi rakyat kita celik dalam semua segi dan tidaklah dikatakan seperti katak di bawah tempurung. Perkembangan sains dan teknologi ini dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat kerana memudahkan rakyat menjalani kehidupan harian dengan baik dan berkualiti. Hal ini juga bertepatan dengan matlamat Wawasan 2020 iaitu memajukan bidang ICT di negara kita. ULASAN TENTANG DUA PERENGGAN DI ATAS: ASPEK ISI/IDEA Isi yang dikemukakan relevan kerana menepati tugasan Isi dihuraikan/dikembangkan dengan baik iaitu mengandungi contoh dan huraian yang jelas Isi yang dihuraikan menunjukkan penulis menguasai/mengetahui isu yang dibincangkan secara mendalam kerana memasukkan hal berkaitan kemajuan terkini dan zaman lampau dengan mendalam Penulisan berupaya meyakinkan pembaca/menguatkan hujah dengan memasukkan ungkapan menarik yang sesuai berdasarkan isu yang dibincangkan. ASPEK BAHASA Binaan ayat yang betul, tepat, gramatis Pemilihan kata, penggunaan imbuhan dan tanda baca yang betul Penggunaan penanda wacana, kata hubung, kata sendi yang betul dan bervariasi Penggunaan ungkapan menarik yang tepat dan sesuai.

TEKNIK MENGEMBANGKAN/MENGHURAIKAN ISI TEKNIK MENGARANG Kadar kemalangan jalan raya yang kian meningkat dikatakan berpunca daripada sikap pengguna jalan raya sendiri. Jelaskan pernyataan ini. Memandu dalam keadaan mengantuk merupakan antara sikap pengguna jalan raya yang menjadi punca kemalangan. APA (Ayat judul) Hal ini berpunca mungkin kerana mereka tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup atas sebab-sebab tertentu seperti terpaksa bekerja lebih masa.

MENGAPA (Huraian sebab boleh berlaku)

BAGAIMANA/ KESAN DARIPADA APA (Cara boleh berlaku)

Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat mengawal kenderaan yang dipandu dengan sempurna kerana penat dan rasa mengantuk yang keterlaluan.

Oleh hal yang demikian, kenderaan yang dipandu oleh mereka mungkin akan terbabas hingga melanggar pokok, pengguna

CONTOH/BUKTI jalan raya atau masuk ke laluan pengguna (Contoh daripada kenderaan yang lain sehingga berlaku sesuatu/isi pokok) kemalangan. Konklusinya, sikap seperti inilah yang menyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya di negara ini ekoran daripada sikap lalai dalam kalangan pemandu. Mereka seyogianya beringat, kerana malang tidak berbau.

PENEGASAN (Kesimplan isi)

Soalan : Faktor-faktor lumba haram. Antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya kegiatan lumba haram ialah kurangnya perhatian daripada ibu bapa ataupun penjaga.

APA (Ayat judul) MENGAPA (Huraian sebab boleh berlaku) BAGAIMANA/KESAN DARIPADA APA (Cara boleh berlaku) CONTOH/BUKTI (Contoh daripada sesuatu/isi pokok) PENEGASAN (Kesimpulan isi)

Konklusinya, kepincangan institusi keluarga seperti inilah yang menyumbang kepada peningkatan kes lumba haram di negara kita ekoran daripada keinginan untuk membebaskan diri daripada kebosanan dek sikap ibu bapa yang tidak menjaga mereka dengan sempurna.

MENILAI TAHAP KUALITI KARANGAN Menghasilkan karangan yang berkualiti, iaitu mendapat markah 26 ke atas untuk Bahagian B seyogianya menjadi fokus atau matlamat anda dalam peperikasaan dalaman mahupun awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Apabila anda menetapkan sasaran yang tinggi, anda sudah tentu mempunyai prakarsa yang lebih gigih demi mencapai matlamat anda. Oleh itu, patuhilah langkah dan teknik mengarang yang disarankan oleh guru-guru anda di samping panduan yang diberikan pada setiap minggu melalui karangan contoh yang dipaparkan. TIP UNTUK CEMERLANG (A+)

ASPEK TAKRIF Tempat, yakni menjawab berdasarkan tugasan dalam soalan

ASPEK BAHASA Semua ayat gramatis Kosa kata luas Laras bahasa yang tepat

ASPEK ISI/IDEA Isi yang cukup Ada kematangan fikiran Isi dikembangkan dengan baik

Ada variasi ayat Tanda baca yang betul Ejaan yang betul Ada ungkapan menarik

Isi tersusun mengikut keutamaan

PEMERENGGANAN Terdapat keseimbangan antara perenggan Ada kesinambungan / pertautan antara perenggan

Soalan: (Isu berkaitan keluarga/masyarakat) Satu daripada faktor meningkatnya kejadian jenayah di kawasan kediaman sama ada di bandar mahupun di luar bandar pada hari ini adalah disebabkan kurangnya hubungan kejiranan yang kukuh antara penduduk. Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk membanteras kegiatan jenayah yang semakin kerap berlaku. RANGKA KARANGAN PENDAHULUAN

Meningkatkan kawalan keselamatan

Kerjasama antara masyarakat dengan pihak berkuasa

Langkah-langkah untuk membanteras jenayah

Pengawasan daripada ibu bapa

Hukuman yang lebih berat

PENUTUP

Perenggan Pendahuluan Definisi jenayah Latar belakang isu Isu semasa tentang tajuk Pendapat umum tentang jenayah/masukkan ungkapan menarik Ayat arah

Pendahuluan: Kegiatan jenayah dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang mengandungi unsur kejahatan dan menyalahi undang-undang. Di negara kita, kegiatan jenayah tidaklah membimbangkan ataupun berada di tahap yang kritikal seperti yang berlaku di Thailand, Amerika Syarikat dan lainlain lagi. Namun, saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita yang menggemparkan masyarakat misalnya kes bunuh, pembuangan bayi, ragut, rogol, rompakan dan sebagainya. Jenayah yang semakin kerap berlaku pada hari ini menyebabkan anggota masyarakat sentiasa dibayangi rasa cemas. Antara faktor utama meningkatnya kejadian jenayah ialah kurangnya hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat. Sikap masyarakat, khususnya yang tinggal di kawasan perumahan dikatakan menyebabkan jenayah mudah berlaku. Hal ini demikian kerana mereka bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Mereka dikatakan mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengambil tahu keadaan yang berlaku di sekeliling walaupun melibatkan hal-hal yang berkaitan kepentingan bersama. Keadaan ini merumitkan lagi keadaan kerana memberi kesempatan kepada penjenayah untuk melakukan onar dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, beberapa uslub wajar diimplementasikan oleh seluruh anggota masyarakat agar jenayah dapat dibanteras. Perenggan kedua (isi pertama) Ayat judul (isi) Ayat huraian/ungkapan menarik Ayat contoh Ayat penyimpulan/penegas

CATATAN

Pastikan setiap perenggan isi mengandungi perkara-perkara yang dicadangan melalui catatan di atas. Perenggan isi anda dianggap berkembang dan seimbang sekiranya mengandungi empat elemen tersebut. Seboleh-bolehnya kembangkan isi/idea anda dengan menerangkan sesuatu perkara secara terperinci supaya pembaca dapat memahami apa-apa yang anda ingin sampaikan dengan jelas.

Perenggan Isi Pertama: Meningkatkan Kawalan Keselamatan

Langkah pertama yang perlu diambil dalam membanteras jenayah ialah meningkatkan kawalan keselamatan di mana-mana sahaja. Pasukan keselamatan perlu melaksanakan obligasi dengan cekap terutamanya ke arah menghidu jejak langkah penjenayah. Hal ini bermakna mereka seyogianya efisien dan terlatih untuk memudahkan mereka menangani kegiatan-kegiatan jenayah berat seperti pembunuhan, rompakan, rogol dan sebagainya. Di kawasan kediaman, aktiviti meronda ataupun kawalan keselamatan melalui rukun tetangga mestilah dibuat secara bersepadu dan lebih kerap terutamanya pada waktu malam. Kerap kali kita dengar bahawa kejadian rompakan banyak dilakukan pada waktu malam. Sering kali kita dengar, perompak lebih gemar memecah masuk rumah pada waktu malam ketika seisi anggota rumah sedang tidur lena dibuai mimpi indah. Mereka melarikan pelbagai harta berharga sepertinya wang tunai, emas dan sebagainya sehingga menyebabkan kerugian beriburibu ringgit. Oleh hal yang demikian, kawalan keselamatan perlulah diperketat sepertinya menubuhkan pasukan keselamatan iaitu pasukan RELA bagi memantau kawasan kediaman masyarakat. Jika berlalu kegiatankegiatan jenayah seperti ini. Pasukan keselamatan yang telah ditugaskan perlulah bersiap sedia menjalankan tugas mereka dan tidak mengabaikannyaibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Sudah terang lagi bersuluh, kawalan keselamatan yang diadakan oleh penduduk setempat mampu menggerunkan penjenayah kerana penduduk seiasekata mengatur langkah sederap ke arah mengelakkan jenayah berlaku. Perenggan Isi Kedua: Kerjasama antara masyarakat dengan pihak berkuasa Salian itu, seluruh anggota masyarakat tidak boleh mengharapkan pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan-kegiatan jenayah semata-mata. Mereka harus berganding bahu dan bekerjasama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika duduk dalam keadaan bermasyarakat, kita perlulah bersikap ringan tulang dan saling bekerjasama demi melahirkan masyarakat madani yakni yang sentiasacakna akan kebajikan sesama mereka. Dalam hal ini, anggota masyarakat perlu mengadakan system giliran untuk berjaga malam bagi mengawal keadaan keselamatan di kawasan kediaman. Sebagai contohnya, mereka akan bergilir-gilir untuk berjaga malam seramai empat atau lima orang untuk memantau dan membuat rondaan bagi memastikan keadaan kediaman mereka selamat. Inisiatif yang murni ini akan menjadikan anggota masyarakat berasa lebih selamat dan dapat meneruskan aktiviti tanpa rasa cemas. Pihak yang bertanggungjawab juga boleh mengadakan demonstrasi tentang kegiatan jenayah dan cara-cara untuk mempertahankan diri secara umum. Selain itu, iklan tentang kejadian jenayah dan peringatan supaya sentiasa berhati-hati juga perlu dilaksanakan sebagai langkah untuk mengurangkan kegiatan

jenayah yang semakin kerap berlaku. Dalam hal ini, orang ramai mestilah menyahut saranan daripada pihak polis supaya mengambil langkah keselamatan yang perlu semasa berada di rumah mahupun di luar rumah. Sekiranya terdapat individu yang mencurigakan, laporkan kepada pihak polis supaya tindakan segera dapat diambil. Tindakan sebegini sudah tentu berjaya menghalang penjenayah melakukan kegiatan negatif mereka dan membuktikan bahawa sekiranya kita bersatu, segala masalah dapat ditangani. Hal ini betepatan dengan gurindam melayu yang iaitu, bersatu teguh, bercerai roboh dan bermuafakat, bertambah berkat. Perenggan Isi Ketiga: Mempelajari Ilmu Mempertahankan Diri Jenayah-jenayah berat yang berlaku amat membimbangkan anggota masyarakat terutamanya golongan perempuan dan kanak-kanak. Jika kita perhatikan, kes jenayah ragut sering kali melibatkan kaum wanita menjadi mangsa. Kekejaman para peragut yang tidak berperikemanusiaan sehingga meragut nyawa mangsa amat menyayat hati. Kes seorang wanita mengandung diragut sehingga mati amat tragis dan menyentuh jiwa serta meruntun kalbu para pendengarnya. Oleh hal yang demikian, seluruh anggota masyarakat disarankan agar mengikuti kelas seni mempertahankan diri seperti menuntut ilmu dan kemahiran mempertahankan diri misalnya silat, tae kwan do dan lain-lain lagi. Kaum wanita digalakkan mempelajarinya bagi mempertahankan diri mereka daripada kegiatan jenayah bukan sahaja ragut, malah kes-kes lain seperti rogol dan sebagainya. Kanak-kanak juga digalakkan mempelajarinya agar mereka boleh mempertahankan diri daripada berlaku kes-kes penculikan. Langkah ini bertepatan dengan peribahasa melayu yang menyebut, sediakan payung sebelum hujan. Pembunuhan kanak-kanak yang sangat kejam iaitu Nurin Jazlin menjadikan semua ibu bapa sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam menjaga anakanak mereka. Mereka sentiasa berjaga-jaga kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna merupakan peribahasa yang bersesuaian agar tidak berlaku lagi kes-kes penculikan akibat daripada para ibu bapa dalam menjaga anak-anak. Intihanya, perlindungan yang secukupnya perlu diberikan terutamanya kepada golongan wanita dan kanak-kanak bagi menhindarkan diri daripada kegiatan-kegiatan jenayah oleh manusia tidak bermoral dan tidak berhati perut.

Soalan latihan menjelang peperiksaan SPM 2011 Dimensi keluarga 1. Budaya balik ke kampung semasa musim perayaan banyak mendatangkan faedah. Berikan pendapat anda. 2. Kesan-kesan saiz keluarga yang kecil. 3. Budaya makan bersama-sama keluarga akan banyak mendatangkan faedah. 4. Kesan-kesan jika ibu dan bapa bekerja. 5. Cara-cara memperkukuh hubungan kekeluargaan. 6. Faktor-faktor hubungan kekeluargaan semakin renggang. 7. Peranan keluarga dalam mengatasi masalah sosial dalam kalangan anak. 8. Peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak bersukan/menabung/sihat. 9. Peranan ibu bapa dalam menyemaikan semangat patriotik dalam kalangan anak. 10. Punca-punca berlaku kes kehilangan kanak-kanak dan langkah-langkah mengatasinya.

Dimensi negara 1. Punca-punca permainan tradisional semakin merrosot dan langkahlangkah mengatasinya. 2. Program Satu Murid, Satu Sukan. 3. Kepentingan sektor pelancongan dan langkah-langkah untuk memajukannya.

4. Cara-cara untuk menghargai warga tua. 5. Perubatan tradisional dan kesan-kesannya. 6. Telefon bimbit dan kesan-kesannya. 7. Latihan Khidmat Negara dan manfaatnya. 8. Langkah-langkah untuk mengatasi lumba haram. 9. Punca-punca pelajar ponteng sekolah dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Dimensi antarabangsa 1. Kesan-kesan kemasukan pelajar-pelajar asing. 2. Isu-isu penyeludupan dadah oleh sindiket antarabangsa dan cara-cara untuk mengatasinya. 3. Peranan negara-negara antarabangsa dalam mengatasi masalah ekonomi. 4. Punca-punca berlaku keganasan di perairan antarabangsa dan langkahlangkah untuk mengatasinya/kesan. 5. Punca-punca rakyat Malaysia bekerja di luar negara dan langkah-langkah untuk menggalakkan mereka pulang ke Malaysia. 6. Punca-punca berlaku kebuluran di sesetengah negara dan langkahlangkah untuk mengatasinya. 7. Peranan pemimpin dunia dalam menjaga keamanan dunia.

Bahagian Komsas 1. Cerpen/drama. 2. Prosa tradisional. 3. Puisi Moden/Puisi tradisional.

Bahagian novel 1. Tema. 2. Persoalan. 3. Watak utama. 4. Watak sampingan. 5. Latar masa. 6. Latar tempat. 7. Latar masyarakat. 8. Plot-permulaan, perkembangan, konflik (watak utama/watak sampingan). 9. Teknik plot. 10. Nilai. 11. Pengajaran. 12. Sinopsis. 13. Kasih sayang. 14. Kegigihan. 15. Ketabahan. 16. Tanggungjawab. 17. Baik hati. 18. Pengorbanan. 19. Kesabaran. 20. Keberanian.

21. Cabaran yang dihadapi oleh watak utama/cara waatak utama menyelesaikan konflik. 22. Tiga peristiwa yang boleh diteladani. 23. Dua peristiwa yang paling menarik dalam novel. 24. Kesesuaian tajuk novel. 25. Sebab permulaan novel menarik. 26. Kepincangan sosial. 27. Perbandingan.