meringkaskan karangan

29
Kemahiran meringkaskan Karangan: Ringkas yang Bagaimana?

Upload: rozaiman-makmun

Post on 27-Nov-2014

7.156 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Meringkaskan Karangan

Kemahiran meringkaskan Karangan:Ringkas yang Bagaimana?

Page 2: Meringkaskan Karangan

Beberapa Konsep MK

Hacker (1993):a summary condenses information from a source, perhaps capsulizing a chapter in a short paragraph or a paragraph in a single sentence.

Page 3: Meringkaskan Karangan

Za’ba (2002):Satu sekadar memendekkan sahaja, iaitu memberi isi sesuatu karangan yang lanjut dengan perkataan yang sedikit, dibuang seberapa yang patut daripada perhiasannya dan cakap-cakapnya yang berulang dan diambil maksudnya yang besar-besar sahaja. Satu lagi memendekkan sehingga penghabisan ringkas sekali yang dapat, iaitu diambil isi yang pekat atau teras sahaja dan dibuang segala kulit, dahan, daun dan bunga-bunganya.

Page 4: Meringkaskan Karangan

Kementerian Pendidikan NBD (1994:21):Ringkasan mengungkapkan semula buah fikiran yang ada dalam teks bacaan dengan ungkapan mereka sendiri yang semaksud dengannya dengan ungkapan yang lebih padat dan ringkas.

Page 5: Meringkaskan Karangan

Tujuan pengajaran MK:

(Abd. Aziz Abd. Talib, 2000:165-166)Di sekolah, kemahiran tersebut diperlukan oleh murid-murid apabila mereka membaca dan ingin mencatat nota daripada bahan-bahan yang dibaca seperti bab-bab penting dalam buku teks, dan bahan-bahan rujukan yang lain seperti buku rujukan, ensiklopedia, jurnal, majalah, laporan atau artikel. Selain itu, tidak kurang pula pentingnya kemahiran meringkas dan mencatatkan bahan-bahan yang didengar apabila guru mengajar. Sesungguhnya kemahiran meringkas bahan-bahan dibaca (atau didengar) amat berguna kepada murid-murid di sekolah, dan juga kepada pelajar-pelajar di maktab atau universiti. Seterusnya, dalam dunia pekerjaan pula, para setiausaha, pelapor, pemberita dan seumpamanya memerlukan kemahiran yang sama bagi meringkas bahan isi dalam ceramah, syarahan, atau mesyuarat, dan seumpamanya.

Page 6: Meringkaskan Karangan

Hubungan MK dan kefahaman

(Abd. Aziz Abd. Talib, 2000:165-166) Dalam usaha MK, seorang pelajar tidak mungkin dapat menghasilkan sesuatu ringkasan yang baik dan bernas, sekiranya dia tidak faham apa yang dibacanya, menangkap idea dan isi penting dan menuliskannya semula dalam satu bentuk ringkasan yang masih tepat tentang keratan bacaan yang asalnya.

Page 7: Meringkaskan Karangan

Bloom (1956:106) juga mengakui MK sebagai salah satu cara untuk menilai kemampuan pelajar dalam memahami dan menginterprestasi maklumat:In evaluating the ability to interpret, the individual is presented with a communication and is asked to supply or recognize inferences which may be drawn from the communication. The inferences may be at a more general level than the communication itself and should, where possible, be based on more than one element in the communication. Sometimes, the inferences may represent generalizations based on particulars given in the communication, or may pertain to particulars to which generalizations given in the communication apply. The interpretation of a lengthy quatation may be that of preparing a summary or outline.

Page 8: Meringkaskan Karangan

Mullai Ramaiah (2003:19):Summarizing, like formulating questions, provides a general test of comprehension and so forms the basis for comprehension monitoring: it is a preliminary phase of self-diagnosis. Students learn that if they cannot form a good summary, it is probably because they do not understand the text well enough and should either reread it or try to clarify their difficulties.

Page 9: Meringkaskan Karangan

Hubungan MK dengan Menulis dan Membaca

John Langan (2001:343) menyimpulkan bahawa:Writing a summary brings together a number of important reading, study, and writing skills. To condense the original matter, you must preview, read, evaluate, organize, and perhaps outline the material. Summarizing, then can be a real aid to understanding: you must “get inside” the material and realize fully what is being said before you can reduce its meaning to a few words.

Page 10: Meringkaskan Karangan

Contoh kesalahan dalam MK

Kesalahan Isi Kerana Mengubah Maksud (KIM)

Kesalahan Isi Kerana Memasukkan Isi Sokongan (KIS)

Kesalahan Ayat-Menyalin Ayat Penulis (KAM)

Kesalahan Ayat Tergantung (KAT) Kesalahan Struktur Ayat (KAS) Kesalahan Ayat Tidak Gramatis (KAG) Kesalahan Menghitung Jumlah Perkataan

Page 11: Meringkaskan Karangan

Kesalahan Isi Kerana Mengubah Maksud

Maksud asal:

Cadangan untuk menubuhkan sebuah universiti di Negara Brunei Darussalam timbul sejak tahun 1976.

KIM pelajar 037:

Universiti di Negara Brunei Darussalam ditubuhkan sejak tahun 1976.

KIM pelajar 135:

Universiti di Negara Brunei Darussalam ditubuhkan pada tahun 1976.

Page 12: Meringkaskan Karangan

Maksud asal:

Pada 23 April 1985, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah pengumuman bahawa demi kepentingan pembangunan bangsa, sudah wajar Negara Brunei Darussalam mempunyai universiti sendiri.

KIM pelajar 101:

Pada 23 April 1985, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mengurniakan titah pengumuman dimana Negara Brunei Darussalam telah mempunyai universiti sendiri.

Page 13: Meringkaskan Karangan

Kesalahan Isi Kerana Memasukkan Isi Sokongan

Perenggan 1:Cadangan untuk menubuhkan sebuah universiti di Negara Brunei Darussalam timbul sejak tahun 1976 [isi penting]. Ini berlaku sewaktu diadakan penelitian menyeluruh mengenai kemudahan-kemudahan pendidikan tinggi bagi negara ini [isi sokongan]. Hasil daripada beberapa perbincangan selanjutnya ialah penubuhan sebuah jawatankuasa pandu untuk mendalami perkara ini [isi sokongan].

KIS 103:Hasil perbincangnya ialah menubuhkan sebuah jawatan kuasa pandu untuk mendalami perkara ini [isi sokongan].

Page 14: Meringkaskan Karangan

Perenggan 2:Walau bagaimanapun, perancangan yang aktif berlaku antara tahun 1984 dan 1985. Pada waktu itu soal-soal hubungan akademik telah dibincangkan dengan beberapa buah universiti di United Kingdom dan Malaysia.

KIS 125:Pada waktu itu soal-soal hubungan akademik telah dibincangkan dengan beberapa buah universiti di United Kingdom dan Malaysia.

Page 15: Meringkaskan Karangan

Kesalahan Menyalin Ayat Penulis

Ayat asal 1:Cadangan untuk menubuhkan sebuah universiti di Negara Brunei Darussalam timbul sejak tahun 1976.

KAM 059:Cadangan untuk menubuhkan sebuah universiti di Negara Brunei Darussalam timbul sejak tahun 1976.

Page 16: Meringkaskan Karangan

Ayat asal 2:Pada 23 April 1985, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah pengumuman bahawa demi kepentingan pembangunan bangsa, sudah wajar Negara Brunei Darussalam mempunyai universiti sendiri.

KAM 112: Pada 23 April 1985, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ...................... telah mengurniakan titah pengumuman bahawa demi kepentingan pembangunan bangsa, sudah wajar Negara Brunei Darussalam mempunyai universiti sendiri.

Page 17: Meringkaskan Karangan

Kesalahan Ayat Tergantung

Ayat asal 1:Pada 23 April 1985, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah pengumuman bahawa demi kepentingan pembangunan bangsa, sudah wajar Negara Brunei Darussalam mempunyai universiti sendiri.

KAT 005:Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah pengumuman demi pembangunan bangsa.

Page 18: Meringkaskan Karangan

Ayat asal 2:Cadangan untuk menubuhkan sebuah universiti di Negara Brunei Darussalam timbul sejak tahun 1976.

KAT 049:Cadangan untuk menubuhkan sebuah universiti di Negara Brunei Darussalam.

Page 19: Meringkaskan Karangan

Kesalahan Struktur Ayat

KAS 054:Pada waktu perancangan yang aktif berlaku antara tahun 1984 dan 1985.

KAS 015:Sebuah Universiti Brunei Darussalam telah di cadangkan untuk ditubuhkan timbul Sejak tahun 1976.

KAS 019:Hasil dari perbincangan itu untuk menubuhkan jawatankuasa pandu untuk mendalami perkara ini.

KAS 039:23 april 1985 sultan yang di petuan Negara Brunei Darussalam bertitah demi kepentingan bangsa untuk mempunyai uneversti sendiri.

Page 20: Meringkaskan Karangan

Kesalahan Ayat Tidak Gramatis (KAG)

KAG 075: Penubuhan Universiti Brunei Darussalam ini ialah tahun 1976.

KAG 074:Pada 23 April 1985, Kebawah Duli bertitah bahawa pembangunan bangsa, wajar Negara Brunei Darussalam mempunyai univesiti sendiri.

KAG 013:Cadangan menubuhkan universiti di Brunei timbul tahun 1976.

KAG 020:Pada 23 April 1985, Sultan Brunei telah bertitah bahawa memang sudah wajar brunei darussalam mempunyai universitinya sendiri ini kerana unuk kepentingan negara.

Page 21: Meringkaskan Karangan

Kesalahan Menghitung Perkataan

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

Cadangan / untuk / menubuhkan / sebuah / universiti / di / NBD / timbul / sejak / tahun / 1976./ ini / berlaku / sewaktu / diadakan / penelitian / menyeluruh / mengenai / kemudahan-kemudahan / pendidikan / tinggi / bagi / negara / ini./ Hasil / daripada / beberapa / perbincangan / selanjutnya / ialah / penubuhan / sebuah / jawatankuasa / pandu / untuk / mendalami / perkara / ini./ (38pp)

Walau bagaimanapun /, perancangan / yang / aktif / berlaku / antara / tahun / 1984 / dan / 1985./ Pada / waktu / itu / soal-soal / hubungan / akademik / telah / dibincangkan / dengan / beberapa / buah / universiti / di / United Kingdom / dan / Malaysia./ (26pp)

Pada / 23 April 1985,/ Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan / Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, / Sultan / dan / Yang Di-Pertuan / NBD / telah / mengurniakan / titah / pengumuman / bahawa / demi / kepentingan / pembangunan / bangsa,/ sudah / wajar / NBD / mempunyai / universiti / sendiri. / Dalam / tempoh / yang / singkat, / sebuah / kampus / sementara / telah / disiapkan.

Page 22: Meringkaskan Karangan

/ Kampus / itu / terletak / di / bekas / Sekolah Rendah Gadong / yang / diubah suai, / berhampiran / dengan / Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, / kira-kira / empat / kilometer / dari / pusat bandar. / (48pp)

Pada / 28 Oktober 1985, / Universiti Brunei Darussalam / membuka / pintunya / kepada / seramai / 176 / orang / pelajar. / Pada / tahun / 1988 / Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah / telah / disepadukan / dengan / universiti. / Kini / terdapat / lebih / 300 / orang / tenaga / akademik / dan / 1,500 / orang / pelajar / di / enam / buah / fakulti / di / universiti / tersebut, / iaitu / Fakulti Sastera dan Sains Sosial, / Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pentadbiran, / Fakulti Pengajian Islam, / Fakulti Sains, / Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah / dan / Akademi Pengajian Brunei. / (44pp)

Pada / 15 September 1995, / kampus / baharu / di / Tungku / telah / dibuka / dengan / rasminya. / Menurut / Naib Canselornya, / pegawai, / kakitangan / dan / mahasiswa / Universiti Brunei Darussalam / telah / mula / beralih / secara / berperingkat-peringkat / sejak / tahun / 1994. / (25pp)

[181 patah

perkataan]

Page 23: Meringkaskan Karangan

Jumlah perkataan dalam contoh jawapan ringkasan

Sejak / 1976, / Negara Brunei Darussalam / bercadang / untuk / menubuhkan / universiti / pertamanya. / Perbincangan / mengenainya / bersama / univesiti-universiti / luar / dimulakan / antara / tahun / 1984 / dan / 1985. / Pada / 23 April 1985, / Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan / Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah / mengurniakan / titah / merestui / hasrat / itu. / Berikutnya, / bangunan / sementara / disediakan / dengan / kemasukan / 176 / pelajar. / Kemudian, / Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah / dan / Universiti Brunei Darussalam / digabungkan / pada / tahun / 1988, / membentuk / enam / fakulti, / 300 / tenaga / akademik / dan / 1,500 / pelajar. / Akhirnya, / kampus / baharu / Universiti Brunei Darussalam / dirasmikan / pada / 15 September 1995. /

[60 patah perkataan ]

Page 24: Meringkaskan Karangan

Kesalahan menghitung jumlah pekataan

salah betul

006 di Negara Brunei Darussalam di Negara Brunei Darussalam 011 23 April 1985 23 April 1985 012 Pada 23 April 1985 Pada 23 April 1985 030 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Paduka Seri Baginda Sultan / Haji

Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di- Waddaulah, / Sultan / dan / Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam Pertuan / Negara Brunei Darussalam 034 di buka dibuka 038 diantara di antara 034 Universiti Brunei Darussalam Universiti Brunei Darussalam 034 institut pendidikan Sultan Hassanal Institut Pendidikan Sultan Hassanal

Bolkiah Bolkiah

Page 25: Meringkaskan Karangan

Rajah 11 Prestasi Pelajar dalam Keseluruhan Aspek KMK

96

51

26 24

3

sangat lemah lemah sederhana baik cemerlang

0

20

40

60

80

100

Count

96

26 24

Jumlah P

elajar

Prestasi Pencapaian

Page 26: Meringkaskan Karangan

Ringkas yang bagaimana?

Hanya isi penting, bukan isi kembangan;

Mengekalkan susunan isi yang asal; Tidak mengubah maksud; Gunakan ayat sendiri yang betul,

bukan ayat asal (penulis); Menggunakan penghubung ayat

yang sesuai; Mematuhi jumlah perkataan.

Page 27: Meringkaskan Karangan

Hal yang perlu disentuh dalam pengajaran MK

1) pengetahuan tentang jenis perenggan; 2) pengetahuan tentang komponen perenggan; 3) pengetahuan tentang bentuk perenggan; 4) letak isi penting ( ayat judul) dan isi kembangan; 5) fungsi isi penting dan isi kembangan; 6) memanipulsi ayat; 7) bentuk perenggan ringkasan; 8) keutuhan perenggan ringkasan; 9) penggunaan bahasa atau kata ekonomis; 10) menghitung jumlah perkataan; 11) teknik atau strategi bacaan; 12) penanda wacana (kohesi & koheren), kata kunci; 13) Teknik atau langkah-langkah meringkaskan

karangan.

Page 28: Meringkaskan Karangan

Proses Meringkaskan Karangan

1) memahami kehendak soalan; 2) membaca kali pertama untuk memahami keseluruhan teks 3) membaca kali kedua untuk meringkaskan; 3) menggariskan atau menandakan isi-isi penting; 4) menyenaraikan isi-isi penting; 5) membuat draf ringkasan; 6) menulis ringkasan; 7) menyemak ringkasan; 8) mengedit ringkasan (termasuk jumlah perkataan); 9) menulis ringkasan sebenar; 10) mencatat jumlah patah perkataan.

Page 29: Meringkaskan Karangan

Sekian

Terima Kasih